amali elektrik

22
OBJEKTIF Mendawai dan memasang aksesori untuk litar lampu. Memahami fungsi setiap litar. Menggunakan alatan tangan dengan betul. Menguji rintangan penebatan, keterusan litar litar mati dengan betul. PERALATAN/KELENGKAPAN

description

amali elektrik UTM

Transcript of amali elektrik

Page 1: amali elektrik

OBJEKTIF

Mendawai dan memasang aksesori untuk litar lampu.

Memahami fungsi setiap litar.

Menggunakan alatan tangan dengan betul.

Menguji rintangan penebatan, keterusan litar – litar mati dengan betul.

Page 2: amali elektrik

PERALATAN/KELENGKAPAN

KOTAK AGIHAN

Kotak Agihan ialah sebagai perantaraan antara bahagian pihak berkuasa bekalan dengan

bahagian pihak pendawaian pengguna. Ia adalah tempat penyimpanan suis utama, dan alat

perlindungan untuk litar pendawaian pengguna.

Terdapat tiga peranti utama dalam kotak agihan iaitu Main Switch @ Suis Utama, ELCB

(Earth Leakage Circuit Breaker) dan MCB (Miniture Circuit Breaker ) @ PLKA (Pemutus Litar

kecil Akhir).

Ia biasanya terdapat di rumah-rumah teres, rumah Semi-D dan rumah-rumah di kampung.

Ia juga berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar.

Page 3: amali elektrik

SUIS UTAMA (MAIN SWITCH)

Suis utama berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah.

Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama. Fungsi utama peranti ini ialah

untuk menyambung dan memutuskan bekalan utama pada litar pendawaian pengguna. Terdapat

dua saiz peranti ini iaitu 40A dan 63A untuk bekalan satu fasa 240V. Penentuan saiz peranti ini

adalah bergantung kepada nilai Arus Anggaran keseluruhan litar ini melalui pengiraan faktor

kepelbagaian.

ELCB (EARTH LEAKAGE CIRCUIT BREAKER)

Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) merupakan sejenis pemutus litar keselamatan yang

dipasang pada sistem pendawaian elektrik dengan galangan bumi yang tinggi untuk mencegah

renjatan elektrik. Kebanyakan pendawaian elektrik mempunyai galangan bumi yang tinggi

disebabkan penggunaan rod bumi pada sistem pembumian TT ataupun keadaan tanah yang

kering. Untuk membolehkan ELCB berfungsi, ELCB mestilah disambung pada sambungan bumi

pada pendawaian elektrik. Sistem pembumian yang tidak berfungsi akan mengakibatkan ELCB

gagal berfungsi.

Page 4: amali elektrik

MINIATURE CIRCUIT BREAKER

MCB merupakan singkatan dari Miniature Circuit Breaker yang mempunyai fungsi

sebagai pemutus arus elektrik jika arus elektrik mengalami kenaikan secara mendadak atau

perlahan sehingga mencapai had maksimum kemampuan MCB, selain itu MCB juga berfungsi

sebagai keselamatan hubung singkat.

MCB merupakan salah satu keselamatan arus elektrik yang menggunakan bimetal

sebagai komponen utama, bimetal adalah dua lapis logam yang mempunyai koefisien muai yang

berbeza dan disatukan dengan kedudukan sejajar, sehingga ketika arus elektrik yang mengalir

pada bimetal melebihi batas maka akan menimbulkan panas dan bimetal menjadi bengkok

kerana logam yang mempunyai muai lebih tinggi akan memuai lebih panjang sedangkan logam

yang mempunyai muai lebih rendah akan memuai lebih pendek. Selain itu MCB juga

menggunakan elektromagnetik sebagai komponen utama, jika bimetal berfungsi memutuskan

arus elektrik lebih maka elektromagnetik berfungsi memutuskan arus elektrik jika terjadi hubung

singkat.

Page 5: amali elektrik

SUIS DUA GENG SATU HALA

Digunakan untuk mengawal lampu atau beban lain dari satu kedudukan. Suis yang

digunakan ialah satu unit Suis Satu Hala. Suis Satu hala mempunyai dua terminal iaitu – “ C “

Common untuk kabel daripada bekalan dan “1W” 1 way: untuk kabel ke beban (kabel suis).

BATTEN LAMP HOLDER

Pemegang lampu batten ini digunakan untuk memegang dan memudahkan untuk

menukar ganti lampu. Pemegang lampu mempunyai dua terminal iaitu untuk punca sambungan

pengalir fasa dan neutral bagi menyambung ke lampu. Pada kedua-dua terminal terdapat spring

yang membolehkan terminal tersebut memberi satu sambungan yang berkesan ke punca lampu.

Terdapat dua jenis pemegang lampu iaitu jenis pendant dan batten. Jenis batten dipasang terus ke

permukaan dinding atau syiling. Bahan buatan bagi membentuk sesuatu pemegang lampu

mestilah daripada jenis penebat yang baik.

Page 6: amali elektrik

KONDUIT PVC

Bentuk yang sama dengan logam tetapi diperbuat daripada bahan PVC. Ia lebih ringan

berbanding logam dan mempunyai bebenang skru di kedua-dua hujung konduit. Segala

penyambungan juga menggunakan pengganding dan aksesori yg diperbuat daripadaPVC. Ikatan

penyambungan tidak gunakan sistem skru tapi gunakan bahan pelekat.

Konduit PVC boleh lentur atau fleksibel PVC selalu digunakan di kawasan yang sempit,

kawasan berliku-liku yang memerlukan banyak offset sekiranya menggunakan konduit PVC dan

di kawasan yang berhalangan. Terdapat dalam pelbagai saiz, sama seperti saiz konduit PVC

dapat menyediakan perlindungan kepada kabel tetapi tidak sesuai untuk kegunaan pendawaian

jarak panjang kerana strukturnya yang terlalu lembut dan tidak stabil

Page 7: amali elektrik

KABEL 1.5mm/ 1.25mm

Bertujuan untuk mengalirkan arus dan menyambungkan peranti utama dalam kotak agihan.

KABEL 4mm/6mm

Bertujuan untuk mengalirkan arus dalam litar.

Page 8: amali elektrik

TOOL BOX

Tool box bertujuan untuk menyimpan pelbagai alatan seperti:

1. PEN PENGUJI ( TEST PEN )

Pen penguji digunakan sebagai alat ujian mengesan kehadiran arus elektrik yang mengalir

melalui satu litar hidup iaitu dengan menyentuh hujung logam penguji pada litar dan jari kita

pada hujung penutup logam. Jika ada elektrik maka lampu akan menyala. Terdapat juga pen

penguji yang menggunakan kuasa kuasa bateri untuk menentukan samada pengalir tersebut putus

ataupun tidak. Selain daripada itu pen penguji juga boleh digunakan untuk memutar skru yang

kecil.

Page 9: amali elektrik

2. PEMUTAR SKRU ( SCREW DRIVER)

Diperbuat daripada keluli keras. Saiznya ditentukan oleh panjang batangnya dan lebar hujung

mata. Digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru. Terdapat dua jenis pemutar skru

iaitu pemutar skru mata rata dan pemutar skru mata Philips. Pemutar skru mata rata digunakan

untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk alur. Pemutar

skru Philips digunakan untuk mamasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya

berbentuk palang.

3. PITA PELEKAT

Pita pelekat adalah getah atau plastik yang bersifat anjal dan boleh melekat. Pita pelekat ini

terdapat dalam pelbagai jenis dan bergantung kepada kualitinya. Pita ini digunakan apabila

kabel atau dawai disambung. Pita ini akan membaluti kawasan sambungan dan dengan ini dapat

mengelakkan daripada berlakunya arus bocor, litar pintas serta lebih selamat kepada pengguna.

Page 10: amali elektrik

4. PLAYAR PADUAN

Playar paduan merupakan gabungan diantara dua jenis alat tangan iaitu playar dan pemotong.

Ia biasa digunakan untuk memintal pengalir kabel, memegang bahan-bahan kerja dengan

lebih kemas dan memotong kabel-kabel serta pengalir. Playar yang biasa digunakan adalah

jenis yang bertebat, supaya dapat mengelakkan dari terkena kejutan elektrik.

5. PEMOTONG (CUTTER)

Merupakan satu alat yang menyerupai playar paduan. Cuma kepalanya mempunyai bentuk

yang tirus dan tajam supaya memudahkan membuat pemotongan. Pemotong wayar

digunakan untuk memotong kaki komponen, memotong wayar elektrik dan lebihan wayar

pada tamatan. Sesuai digunakan di kawasan yang sempit.

Page 11: amali elektrik

6. GERGAJI BESI

Bertujuan untuk memotong lebihan konduit PVC berdasarkan pada ukuran yang telah

diberikan.

7. TUKUL

Digunakan untuk mengemaskan bar saddle apabila dilekatkan pada konduit PVC.

Page 12: amali elektrik

PEGAS PEMBENGKOK

Digunakan untuk membengkokkan konduit PVC bagi membentuk selekoh kecil dan selekoh

L atau selekoh 90 darjah. Masukkan pegas dlm kondiut dan bengkokkan ikut keperluan.

DAWAI PEMANCING NILON

(Wire puller) adalah dawai atau plastik yang keras dan tahan lasak. Ia juga boleh dibelokkan

kemana sahaja. Pada hujung (wire puller) terdapat kepala yang boleh berputar seperti roda

dan kepala itu dibuat daripada besi yang kukuh.(Wire puller) digunakan semasa proses

menarik kabel dilakukan. Pada mulanya (wire puller) dimasukkan kedalam paip kondiut

sehingga kepala (wire puller) itu keluar ke poin yang dikehendaki. Setelah itu kabel diikat

pada kepala (wire puller) dan ditarik sehingga kabel tadi keluar ke poin mula – mula tadi.

Page 13: amali elektrik

AKSESORI

BAR SADDLE

Bertujuan untuk melekatkan konduit PVC pada bay yang telah ditetapkan.

TERMINAL FOUR WAY

Page 14: amali elektrik

3 WAY TEE BOX

PENYUAI KONDUIT

Page 15: amali elektrik

1 WAY TERMINAL BOX

INSPECTION ELBOW

Page 16: amali elektrik

ANALOG MULTIMETER

Kegunaan multimeter adalah untuk mengukur voltan, arus dan rintangan dan menguji keterusan

litar. Selain itu, ia mengukur rintangan antara terminal pengalir dan badan pemampat.

MEGAOHM METER

Digunakan untuk mengukur rintangan yang sangat besar, seperti pendawaian insulationof. Untuk

menggunakan meter ini, asingkan rintangan yang diukur dari litar lain, sambungkan meterleads,

menghidupkan engkol tangan, dan beri perhatian pada petunjuk meter. Penebat normal akan

menunjukkan infiniti.

Page 17: amali elektrik

ARAHAN KERJA

Tempat pendawaian dirancang dengan teliti dan betul.

Gambarajah satu garisan kedudukan aksesori dilukis dengan kapur.

Mulakan pendawaian dengan memotong kondiut PVC mengikut ukuran yang diberikan

pada litar.

Bentukkan kondiut PVC mengikut ukuran yang telap ditetapkan.

Pasangkan pembuluh PVC bersama-sama aksesori. Gunakan pelana dan bar (bar saddle)

untuk menyokong pembuluh PVC.

Pasangkan papan agihan apabila semua pemasangan kabel siap.

Tanggalkan penebat kabel kira-kira 2cm dari hujung kabel dan pintalkan lembaran

pengalir dengan kemas menggunakan playar.

Pastikan setiap penyambungan kabel-kabel ke terminal dalam papan agihan dilakukan

dengan betul, ketat dan selamat.

Tekan serta pusingkan aksesori berkenaan perlahan-lahan ke tapak bongkah plastik empat

segi sehingga rapat dan kemudian skrukannya

Ukur dan potong saiz kabel berkenaan mengikut jarak yang diperlukan seperti yang

ditujukkan.

Kemudian, mulakan kerja-kerja menyalurkan kabel ke dalam sesalur mini PVC tersebut.

Mulakan kerja-kerja menyalurkan kabel ke dalam pembuluh tersebut dan jika perlu

gunakan penarik kabel (fishing tape).

Susunan wayar PVC hendaklah kemas dan teratur.

Tinggalkan baki pada penghujung wayar untuk memudahkan anda fitting nanti.

Pasang aksesori mengikut aturan dan pastikan ianya kukuh dan kemas.

Page 18: amali elektrik

GAMBARAJAH LITAR

Page 19: amali elektrik
Page 20: amali elektrik

GAMBAR LITAR SEBENAR

Page 21: amali elektrik

LAMPIRAN

MENGEMASKAN STRUKTUR KONDUIT PVC AGAR NAMPAK KEMAS

PROSES MEMASUKKAN KABEL KE DALAM KONDUIT PVC MENGGUNAKAN DAWAI PEMANCING NILON

Page 22: amali elektrik

LITAR YANG TELAH SIAP DIPASANG DAN LENGKAP.