KITAB AL-RIJAL:TUMPUAN KEPADA KITAB TAQRIB AL-TAHZIB OLEH IBNU HAJAR AL-’ASQALANI
Disediakan Oleh :
Mohd Khalil Bin Abdullah
Abdul Adil Bin Abdul Aziz
Muhammad Bin Mahadi
Ibnu Hajar al-’Asqalani
• Nama• Nama sebenar beliau ialah Syihabuddin Abul
Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Hajar, al Kinani, al ‘Asqalani, asy Syafi’i, al Mishri.
• Dikenali dengan nama Ibnu Hajar, Gelaran ‘Asqalani adalah nisbah kepada ‘Asqalan’, satu tempat di Palestin, berdekatan dengan Gazza
LahirBeliau lahir di Mesir pada 22 Sya’ban Tahun 773 H, ibunya wafat ketika beliau masih bayi, kemudian bapanya pula wafat ketika beliau berumur 4 tahun. Sebelum wafat, bapanya berwasiat kepada dua orang ‘alim iaitu Zakiyuddin al Kharrubi dan Syamsuddin Ibnu al-Qaththan al-Mishri supaya mengasuh dan mendidik Ibnu Hajar yang masih kecil itu. Wafat
Ibnu Hajar Pada 28 Dzulhijjah 852 H di Mesir.Beliau di kebumikan di Qarafah ash-Shugra.
Pendidikan beliau
Semenjak kecil beliau memiliki semangat yang tinggi untuk belajar. Beliau memulakan pengajian di kuttab (Pendidikan al Qur’an) setelah genap berusia lima tahun.
Hafal al-Quran ketika genap berusia sembilan tahun. Di samping menghafal kitab-kitab ilmu yang ringkas, seperti al -‘Umdah, al Hawi al-Shagir, Mukhtasar Ibnu Hajib dan Milhatul I’rab.
Beliau seorang yang sangat dahagakan ilmu, ini dapat dilihat melalui pengembaraan beliau mengambil ilmu ke tempat-tempat berikut:
1)Makkah Beliau mula-mula sampai ke Makkah al-
Mukarramah pada tahun 785 H semasa beliau berumur 12 tahun. Beliau mempelajari Sahih Bukhari di Makkah dengan Shaiykh al-Muhaddith ‘Afifuddin al-Naisaburi Rahimahullah.
2. Damsyiq . Beliau bertemu dan belajar dengan murid-murid Ibnu ‘Asakir Rahimahullah. Dan beliau juga menimba ilmu dari Ibnu Mulqin dan al-Bulqini.
3. Baitul Maqdis, dan banyak kota-kota di Palestin, seperti Nablus, Ramlah dan Ghuzzah. Beliau bertemu dengan para ‘ulama di situ dan mengambil manfaat ilmu daripada mereka.
4. Sanaa’ dan beberapa kota lagi di Yaman.
Sifat Ibnu Hajar Al-Asqalani - Ibnu Hajar seorang yang berbadan
tinggi. - Mempunyai pendengaran dan
penglihatan yang tajam. - Bercita-cita tinggi - Fasih dalam berkata-kata. - Pandai - Pintar dalam bersyair - Menjadi pemimpin di masanya.
Antara guru-guru Ibnu Hajar, Guru Dalam Bidang al Quran
- Ibrahim bin Ahmad bin Abdul Wahid at Tanukhi asy Syami (W 800 H)- Muhammad bin Muhammad bin Muhammad ad Dimasyqi al Jazari (W 833 H)- Abu Bakr bin Abdul Aziz bin Jama’ah al Hamawi al Misri (W 819 H).
Guru Dalam Bidang Hadis- Abdullah bin Muhammad bin Muhammad bin Sulaiman an Naisaburi yang dikenal dengan nama an Nasyawari (W 790 H)- Muhammad bin Abdullah al Makhzumi (W 817 H)- Abu Fadhl Abdurahim bin al Husain al ‘Iraqi (W 806 H)
Guru Dalam Bidang Fiqh- Ibrahim bin Musa Burhanudin al Abnasi asy Syafi’I (W 802 H)- Amr bin Ali bin Ahmad bin al Mulaqin asy Syafi’I (W 704 H)- Abu Hafsh al Bulqini (W 805 H)
Antara murid-murid beliau:
Al-Sakhawi, Burhanuddin Al-Biqa’i, Zakaria Al-Anshari. Ibnu Al-Haidhari. At-Tafi bin Fahd Al-Makki. Al-Kamal bin Al-Hamam Al-Hanafi. Qasim bin Quthlubugha. Ibnu Taghri Bardi
Karya-karya beliau:
Al-Tamyiz fi Takhrij Ahadith Syarh Al-Wajiz (Al-Talkhis Al-Habir).
Fath Al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari Hadyu al-Sari Muqqadimah Fath Al-Bari. Ta’jil al-Manfaah bi Zawaid Rijal al-A’immah
Al-Arba’ah. Taqrib al-Tahzib. Tahzib al-Tahzib. Lisan al-Mizan.
Al-Ishaabah fi Tamyiz al-Shahabah. Inba’ al-Ghamar bi Inba’ al-Umur. Bulughul Maram min Adillah Al-Ahkam.
Jawatan disandang
Beliau dilantik menjadi ketua qadhi di Mesir untuk
beberapa kali.
Selain menjadi hakim, beliau juga melakukan tugas-tugas lain seperti:
- Berkhutbah di Masjid Jami’ al-Azhar.
- Berkhutbah di Masjid Jami’ ‘Amr bin al Aash di Kaherah.
- Memberi fatwa di Jabatan Pengadilan.
Pujian ulama’ ke atasnya:
Al-’Iraqi berkata “Beliau seorang shaikh
yang alim, yang sempurna, yang mulia, seorang muhaddith yang banyak memberikan manfaat, yang agung, seorang Al-Hafiz, sangat bertakwa, yang dhabit (boleh dipercayai kata-katanya), yang thiqah, dan amanah
Pengenalan Kitab Taqrib al-Tahzib Kitab ini merupakan ringkasan kepada karya
sebelumnya iaitu “ Tahzib al-Tahzib” yang juga merupakan ringkasan kepada karya gurunya al-Imam al-Hafiz al-Mizzi iaitu “Tahzib al-Kamal”. Idea untuk menulis kitab ini mula timbul selepas al-Hafiz Ibnu Hajar melihat kesukaran yang dialami oleh penuntut ilmu semasa merujuk kepada karya-karya rijal al-hadith sebelumnya yang kebanyakkan ditulis dengan panjang lebar. Walaupun karya ini ringkas, Ibnu Hajar masih mengekalkan perkara-perkara yang penting yang terdapat dalam kitab asal,
contohnya beliau telah menyatakan hukuman ‘ulama al-jarh wa ta’adil ke atas seseorang perawi dengan teliti walaupun dengan sangat ringkas. Beliau mula menulis kitab ini pada tahun 827H dan menyempurnkannya pada tahun 850H iaitu dua tahun sebelum kewafatannya.
Metodologi Penulisan
Secara umumnya al-Hafiz Ibn Hajar telah menggunakan 3 metodologi dalam kitabnya ini:
1) Tabaqat perawi 2) Peringkat-peringkat Jarh Wa Taadil 3)Penggunaan Rumuz
1. Tabaqat perawi Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani telah meletakkan
peringkat perawi kepada 12 peringkat seperti berikut : Peringkat Pertama: Mendahulukan tabaqat sahabat,
jika ada perselisihan tentang kedudukan mereka di kalangan ulama’. Ibn hajar akan menjelaskan kedudukannya.seperti dalam turjumah Abdullah bin Amir bin Hanzhalah al-Ghasil.
Peringkat kedua Tabi’in besar seperti Ibnu Musayyab. Tabi’in
muhadramun. ( seperti Al-Sana<bahi dan Abu ‘Aliyah al-Riyahi )
Peringkat ketiga Tabi’in pertengahan seperti Hassan al-Basri
dan Ibnu Sirin. Peringkat Keempat Tabi’in yang banyak meriwayatkan hadith
daripada Tabi’in besar seperti Zuhri dan Qatadah.
Peringkat kelima Tabi’in kecil yang sempat berjumpa dengan
seorang atau dua orang sahabat. seperti Al-A’mash.
Peringkat Keenam Sezaman dengan peringkat kelima tetapi
tidak dipastikan mereka bertemu dengan sahabat seperti Ibnu Juraij.
Peringkat Ketujuh Kibar tabi’ tabi’in seperti Malik dan Sufyan
al-Thauri. Peringkat Kelapan Tabaqat pertengahan di kalangan Tabi’
Tabi’in seperti Ibnu ‘Uyainah. Peringkat Kesembilan Tabi’ Tabi’in yang kecil seperti Yazid bin
Harun dan al-Syafi’i.
Peringkat Kesepuluh Kibar tabi’ tabi’ tabi’in. seperti Ahmad
bin Hanbal dan Yahya Ibnu Ma’in.
Peringkat Kesebelas Tabi’ tabi’ tabi’in pertengahan seperti al-
Bukhari.
Peringkat kedua belas Tabi’ tabi’ tabi’in kecil seperti al-Tirmizi.
2. Peringkat Jarh Wa Taadil.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani telah menyusun 12 peringkat al-Jarh wa Ta’adil seperti berikut :
1. MARTABAT PERTAMA : Para Sahabat.
2. MARTABAT KEDUA : Pujian dengan menggunakan ayat penguat seperti : awthaqu an-Naas, atau dengan pengulangan secara lafaz seperti : 'Thiqah Thiqah' , atau pengulangan secara ma'na seperti : 'thiqah hafidz'
3. MARTABAT KETIGA: pujian dengan sesuatu sifat tanpa pengulangan seperti : Thiqah, Mutqin, Thabat atau 'Adil.
4. MARTABAT KEEMPAT :Ia disebut dengan kata seperti : “saduq”, “La baksa bih”, “Laisa bihi baksun” .
5. MARTABAT KELIMA :Ia disebut dengan kata seperti : “Saduq sayyi’ al-Hifdz”, “Saduq yuhim” atau “lahu awham”, atau taghayyar biakharatin (biaahiratin) atau saduq yukhtik, begitu juga sesiapa yang dituduh dengan apa jua bid'ah seperti Syiah, Qadariyah, Jahmiyyah .
6. MARTABAT KEENAM :Iaitu sesiapa yang tidak meriwayat hadith kecuali sedikit, seta tidak thabit pada riwayatnya, maka disebut dengan : Maqbul atau layyin al-hadith.
7. MARTABAT KETUJUH :Diriwayat darinya lebih dari seorang tetapi ia tidak dipercayai atau tidak disebut apa2 tentangnya dari perawi yang mengambil darinya, maka tidak diketahui hal sebenarnya. Ia disebut dengan lafadz : Mastur, Majhul al-Hal.
8. MARTABAT KELAPAN : Mereka yang tidak mendapat kepercayaan dari ahli hadith serta terdapat yang mengatakannya sebagai dhaif walaupun tidak diperincikan. Mereka ini disebut dengan lafadz 'Dhoif.
9. MARTABAT KESEMBILAN :Sesiapa yang hanya diriwayatkan darinya oleh seorang sahaja serta tidak dipercayai. Maka disebut Majhul.
10.MARTABAT KESEPULUH :Sesiapa yang langsung tidak dipercayai, di dhaifkan dengan penjelasan. Mereka disebut Matruk, Matruk al-Hadith, Wahi al-Hadith atau saqit. 11. MARTABAT KESEBELAS :Mereka yang ditohmah dengan pembohongan. Iaitu al-kizb.
12.MARTABAT KEDUA BELAS :Mereka yang digelar pembohong (al-kizb) atau pereka hadith (al-wad'
3)Rumuz-rumuz dalam Taqrib al- Tahzib
صحيحه في . ((خ))البخاري 3 معلقا .((خت))البخاري المفرد األدب في .((بخ))البخاري العباد أفعال خلق في .((عخ))البخاري ((م))لمسلم. صحيحه مقدمة .((مق))في داود .((د))ألبي ((ت))للترمذي. الشمائل في .((تم))الترمذي ((س))النسائي.
.
Top Related