Ulasan guru efektif

9
TUGASAN INDIVIDU TAJUK : ULASAN JURNAL JURNAL GURU EFEKTIF DAN PERANAN GURU MENCAPAI OBJEKTIF PERSEKOLAHAN SEKOLAH RENDAH: PERSEPKTIF GURU BESAR KOD KURSUS : TH 20503(KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH) AHLI KUMPULAN : APIN SINGGI (CT 11210559) PENSYARAH : DR. ROSY TALIN

Transcript of Ulasan guru efektif

Page 1: Ulasan guru efektif

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :

ULASAN JURNAL

JURNAL GURU EFEKTIF DAN PERANAN GURU MENCAPAI OBJEKTIF

PERSEKOLAHAN SEKOLAH RENDAH: PERSEPKTIF GURU BESAR

KOD KURSUS : TH 20503(KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH)

AHLI KUMPULAN : APIN SINGGI (CT 11210559)

PENSYARAH : DR. ROSY TALIN

Page 2: Ulasan guru efektif

“Pengajaran dikatakan sebagai satu tugas yang nampaknya mudah tetapi

sebenarnya adalah kompleks. Seseorang guru mampu mengubah nasib dan masa

depan seseorang pelajar”, ( Chia Lai Lai dan Abdul Rahim Hamdan, 2007). Saya

sangat bersetuju dengan kata-kata yang mereka tulis di atas berdasarkan

pengalaman sendiri sebagai guru yang sudah genap 20 tahun mengajar . Mungkin

pendapat mereka ini selaras dengan kata-kata yang ditulis oleh Marzano seperti

berikut “Effective teachers appear to be effective with students of all

achievementlevels regardless of the level of heterogeneity in their classes. If the

teacher is ineffective, students under that teacher’s tutelage will achieve inadequate

progress academically, regardless of how similar or different they are regarding their

academic achievement” (Marzano, 2003a, ms 72).

Sejak kebelakangan ini tugas sebagai seorang guru semakin mencabar dan

menuntut pelbagai keperluan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Para guru dituntut supaya menjadi seorang yang berkaliber, berkarisma,

berdaya saing, dan mempunyai nilai tambah yang selaras dengan perkembangan

dunia pendidikan semasa. Justeru itu, para guru tidak sepatutnya mengeluh, leka

dan lalai. Guru sewajarnya berusaha menyahut cabaran ini dengan menambah ilmu

yang ada dan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri. Jika kita rujuk kembali

pada pengertian guru, ianya bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh (Kamus

Dewan) . Ini bermakna guru merupakan ejen yang menjadi sumber kepada

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada anak-anak

murid di sekolah. Jika ejen penyampai ini tidak berkesan, maka sudah tentulah

matlamat menggapai seperti yang terkandung dalam falsafah Kementerian

Pendidikan Malaysia itu tidak akan tercapai. Jika kita ingin mencapai keberkesanan

sebagai seorang pendidik, secara amnya kita perlulah berusaha menepati maksud

perkataan guru tadi. Iaitu sebagai seorang pengajar yang mengajar segala ilmu

kepada muridnya. Sebagai pendidik yang memberikan didikan emosi, rohani dan

jasmani. Juga sebagai pengasuh yang menjaga anak muridnya seumpama

mengasuh anaknya sendiri. Namun begitu para guru harus sedar bahawa

tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun

Page 3: Ulasan guru efektif

sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad

Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6). Pengajaran yang efektif membawa maksud

yang amat bermakna dalam hidup seseorang guru dan juga dunia pendidikan.

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa guru yang efektif dalam pengajaran

mempunyai pengaruh pada kejayaan dan pencapaian pelajar (Marzano,Pickering &

Pollock, 2001).

Setelah membaca dan memperhalusi Jurnal Guru Efektif dan Peranan Guru Dalam

Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar, hasil kajian

oleh Mohamad Johdi Hj. Salleh, dari Institut Pendidikan International Islamic

University Malaysia. Secara keseluruhannya bahasa yang digunakan agak mudah

difahami. Susunan ayat yang digunakan oleh penulis adalah teratur, disamping

pengolahan ayat yang mudah, menarik dan menampakkan bahawa beliau

merupakan seorang penulis yang baik. Bahasa yang digunakan tidak berbelit-belit

dan ini memudahkan bagi sesiapa sahaja pembaca yang menggunakan jurnal ini

sebagai bahan kajian mahupun sebagai rujukan. Saya mengatakan demikian kerana

pernyataan yang ditulis oleh penulis begitu jelas dan disamping mengambil beberapa

contoh kajian jurnal terdahulu seperti Teddie, Kirby dan Stringfield (1989)

dalam kajian mengenai Effective School versus Ineffective School dan beberapa

contoh lain lagi. Tindakan penulis ini mengukuhkan lagi pendapat beliau dalam

menyokong beberapa fakta mengenai guru yang efektif dalam mencapai objektif

persekolahan di sekolah rendah. Setiap penjelasan dan huraian yang dinyatakan

dalam jurnal ini begitu jelas dan ini memudahkan saya memahami apa akan

disampaikan olehnya.

Dari segi penggunaan sumber pula penulis telah menggunakan beberapa sumber

rujukan (12 rujukan) bagi menguatkan dan menyokong segala pendapat yang

beliau utarakan dalam kajian ini dan juga telah menggunakan sumber pertama, iaitu

kajian dilakukan melalui tinjauan eksploratari dengan mengedarkan borang soal

selidik. Pemilihan responden berdasarkan kaedah convenient sampling yang terdiri

daripada Guru Besar-Guru Besar yang sedang mengikuti Program Khas

Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)di Institut Pendidikan, Universiti Islam

Page 4: Ulasan guru efektif

Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur. Komposisi responden terdiri

daripada kaum Melayu – 17: Cina – 14: India – 7: Jumlah: 38 orang. Responden

diminta memberikan respons ke atas Skala 5-Likerd. Analisis data soalselidik

menggunakan SPSS dan respons dibentangkan dalam peratus dan min. Hasil

dapatan kajian ciri-ciri guru efektif mengikut perspektif guru besar seperti berikut;

Perspektif Guru Besar terhadap ciri-ciri Guru Efektif:

1. Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan Bidang - 4.8371

2. Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran - 4.7616

3. Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran - 4.7296

4. Pengukuran & Penilaian – 4.6725

5. Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu – 4.6397

6. Pemulihan & Pengayaan – 4.6281

7. Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid - 4.5732

8. Menyediakan Rancangan Mengajar - 4.5428

9. Pengurusan Bilik Darjah – 4.4565

10. Kepelbagaian Kaedah Mengajar – 4.2782

Berdasarkan tindak balas responden di atas jelas sekali begitu penting peranan guru

efektif dalam peranannya mencapai objektif persekolahan di sekolah rendah dan ini

disokong oleh hasil soal selidik yang telah dilakukan keatas para guru besar.

Perspektif Guru Besar terhadap Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan

Sekolah Rendah. Berikut dibentangkan secara keseluruhan analisis respons oleh

Guru Besar- Guru Besar terhadap peranan guru dalam mencapai objektif

persekolahan sekolah rendah:

A. Perkembangan Asas Kendiri Murid - 4.5420

B. Persediaan Persekolahan - 4.0208

C. Persediaan Persekolahan Seterusnya - 4.3240

D. Persediaan Pekerjaan - 3.9440

E. Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial - 3.4083

Page 5: Ulasan guru efektif

F. Pembinaan Minat dan Bakat - 3.4057

G. Keagamaan dan Moral - 4.2280

H. Sumbangan Kepada Masyarakat - 4.4775

Justeru itu, menurut penulis, beliau menegaskan sekali lagi betapa pentingnya guru

efektif dalam mencapai objektif persekolahan. Ini berdasar kajian dalam jurnal ini

yang disokong dengan hasil tinjauan daripada perspektif para guru besar. Walau

bagaimanapun wujud sedikit kekeliruan bagi analisis respons oleh Guru Besar-Guru

Besar terhadap peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah:

Kekeliruan ini timbul disebabkan penulis tidak menyusun skor min mengikut

kronologi dan penggunaan abjad bagi analisis respon dan nombor pula digunakan

dalam penyenaraian data rumusan analisisnya seperti di bawah. Walau

bagaimanpun mungkin penulis ada alasan tersendiri tentang hal ini.

Rumusan daripada data di atas menunjukkan bahawa persepsi guru besar terhadap

peranan guru mencapai objektif sekolah rendah mengikut skor min adalah seperti

berikut:

1. Perkembangan Asas Kendiri Murid - 4.5420

2. Sumbangan Kepada Masyarakat - 4.4775

3. Persediaan Persekolahan Seterusnya - 4.3240

4. Keagamaan dan Moral - 4.2280

5. Persediaan Persekolahan - 4.0208

6. Persediaan Pekerjaan - 3.9440

7. Pemahaman Budaya dan Kemahiran Sosial - 3.4083

8. Pembinaan Minat dan Bakat - 3.4057

Meskipun secara keseluruhannya jurnal ini boleh dikatakan baik, mudah difahami

dan penyampaian yang bagus, namun terdapat beberapa kesalahan yang berlaku di

dalam jurnal ini. Penggunaan istilah dalam bahasa lain, khususnya dalam bahasa

inggeris untuk menerangkan sesuatu perkara telah beberapa kali atau acap kali

Page 6: Ulasan guru efektif

digunapakai oleh penulis. Namun penulis tidak menggunakan penanda kata untuk

menunjukkan istilah tersebut dalam bahasa lain. Perkara ini penting untuk

memberitahu para pembaca bahawa istilah tersebut adalah petikan daripada bahasa

lain dan sepatutnya perlu disertakan penjelasan atau maksud istilah tersebut di

dalam kurungan. Berikut diselitkan penggunaan beberapa istilah, mind-set

sepatunya ditandai ‘mind-set’ dan perlu penjelasan maksudnya di dalam kurungan.

Contoh lain seperti; spiral curriculum, teach sequentially and globally, employ a wide

variety of methods dan terdapat beberapa lagi yang lain. Perkara ini sedikit-

sebanyak mengelirukan pembaca terutama bagi mereka yang kurang berkemahiran

dalam bahasa inggeris.

Disamping itu penulis juga telah melakukan beberapa kesalahan kecil dalam

ejaannya. Perkara ini walaupun tidak banyak dilakukan namun sedikit-sebanyak

menjejaskan kredibiliti beliau sebagai penulis yang cermat dan berhati-hati. Berikut

kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh penulis; laangkah, sepatutnya langkah,

summatif sepatutnya sumatif dan system sepatutnya sistem. Oleh yang demikian

sebagai penulis perlu berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang

kesilapan sekalipun sekecil manapun. Walaupun kesilapan ini nampak terlalu kecil,

namun sebagai penulis sepatutnya mereka memastikan bahawa kesalahan ejaan

tidak seharusnya berlaku. Ini kerana ia akan membawa konatasi atau maksud

berlainan kepada pembaca. Penulis juga menimbulkan keraguan dalam tulisan

seperti dalam rangkai kata berikut; “ Kajian menunjukkan bahawa kaedah

yang digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman,

minat dan komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran”. Rangkai

kata tersebut tidak menunjukkan bukti kajian dari segi sumber dan penulisnya. Oleh

yang demikian penulis telah menimbulkan keraguan kepada pembaca. Sebaik-

baiknya penulis perlu menyertakan nama kajian, sumber, tahun kajian dibuat dan

penulisnya siapa. Bagi pembaca tanpa bukti yang jelas semua yang ditulis mungkin

dianggap hanya sebagai pendapat penulis sendiri yang tidak mendapat sokongan

penghujahan dari sumber-sumber yang terdahulu.

Page 7: Ulasan guru efektif

Selanjutnya penulis telah mengemukan sepuluh ciri guru efekif seperti berikut;

1. Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan Bidang

2. Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

3. Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran

4. Pengukuran & Penilaian

5. Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu

6. Pemulihan & Pengayaan

7. Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid

8. Menyediakan Rancangan Mengajar

9. Pengurusan Bilik Darjah

10. Kepelbagaian Kaedah Mengajar

Kesemua ciri yang dikemukakan oleh penulis telah dihuraikan dengan penerangan

yang jelas dan mudah difahami. Penulis telah berjaya memberikan contoh ciri-ciri

guru efektif dan telah menjelaskannya berdasarkan beberapa rujukan (12 rujukan)

serta menggabungkan dengan hasil dapatan kajian dan pendapat sendiri. Saya

bersetuju dengan semua pendapat yang telah dikemukakan oleh penulis. Sebagai

guru efektif seseorang guru tersebut perlulah ada kesemua ciri di atas dan

meletakkan perkara-perkara tersebut sebagai amalan dalam kehidupan sebagai guru

yang benar-benar komited, efektif dan efesien terhadap pelajarnya dan seterusnya

organisasi sekolah itu sendiri. Pendapat tersebut di atas selari dengan pendapat

Philip Gurney dalam jurnalnya bertajuk, Five Factors for Effective Teaching. New

Zealand Journal of Teachers’ Work, Volume 4, Issue 2, 89-98, 2007. Dalam kajian

jurnal tersebut beliau menggariskan lima kunci utama kejayaan sebagai guru efektif

di sekolah. Berikut lima kunci tersebut;

1. Teacher knowledge, enthusiasm and responsibility for learning.

2. Classroom activities that encourage learning.

3. Assessment activities that encourage learning through experience.

4. Effective feedback that establishes the learning processes in the

Page 8: Ulasan guru efektif

classroom.

5. Effective interaction between the teacher and the students,

creating an environment that respects, encourages and stimulates

learning through experience

Oleh yang demikian, Penulis jurnal yang dikaji mempunyai dukungan dalam

berkaitan ciri-ciri guru efektif. Kedua-dua penulis ini, mempunyai pendapat yang

hampir sama tentang guru efektif dalam sebuah sekolah. Cuma bezanya kedua-

duanya menggunakan istilah yang berlainan tetapi maksud dan tujuannya menuju

kepada perkara yang sama, iaitu bagaimana ciri-ciri guru efektif serta pengaruh

terhadap kejayaan murid. Saya mengambil contoh kunci ke 2 iaitu ‘Classroom

activities that encourage learning’ dan ‘pengurusan bilik darjah’. Penulis

jurnal, kedua-duanya memperkatakan betapa pentingnya pengurusan bilik darjah

dari segi pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang

bersuasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan.

Melalui pengurusan bilik darjah yang baik, menggalakan segala aktiviti di dalam

kelas dapat dijalankan tanpa banyak gangguan sama ada secara fizikal bilik darjah

mahupun dari para pelajar. Justeru itu, kajian penulis jurnal pertama Mohamad

Johdi Hj. Salleh telah berjaya menguatkan pendapatnya dengan adanya kajian jurnal

lain yang memberi pendapat yang serupa.

Seterusnya saya mengambil contoh yang kedua; Pengetahuan, Kemahiran dan

Kecekapan Bidang: Seseorang guru efektif seharusnya mempunyai kecekapan

yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya.

Saya bersetuju pendapat ini. Disebabkan semakin hari pendedahan terhadap dunia

luar dan sumber ilmu tidak hanya terhad di dalam bilik darjah, maka seharusnya

seorang guru yang efektif perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kecekapan

bidang yang diajar terutamanya. Guru akan menghadapi kesukaran kalau tidak

bertindak meningkatkan keupayaannya dari segi menguasai ilmu yang dinyatakan di

atas, seperti yang dinyatakan terdahulu ilmu tidak hanya terhad di dalam bilik darjah

seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Pendapat penulis disokong dalam

Page 9: Ulasan guru efektif

tulisan jurnal Philip Gurney iaitu berkaitan akronim SCORE iaitu huruf S membawa

maksud “The Success of mastery of the subject that you teach”. Oleh yang

demikian, mahu tidak mahu, seseorang guru itu perlu dan wajib mempertingkatkan

keupayaan ilmu terhadap mata pelajaran yang diajarnya agar ianya memberi

keyakinan kepada para pelajar apabila sesuatu pertanyaan itu mampu dijawab

dengan baik dan memuaskan hati pelajar. Kenyataan ini selari dengan pendapat

Philip Gurney, seperti berikut; “ If the teacher goes in unprepared, unwilling to

share, unfocussed on the process of developing a context that will encourage and

stimulate an interest and a thirst for further knowledge then that teaching is shirking

the responsibility of being a teacher. Teaching is far more than simply transferring

information, it is the engaging of minds to seek out answers”.

Sebagai rumusannya, saya dapati bahawa jelaslah peranan guru efektif sangat

penting dalam mencapai objektif persekolahan walaupun berlainan dari segi

keutamaannya seperti yang terdapat di dalam jurnal ini. Kepentingan guru efektif

memang tidak dapat dinafikan dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Ini

telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian lepas. Malahan faktor guru yang efektif

merupakan indikator utama dalam menentukan kejayaan serta pencapaian tinggi

pelajar( Marzano, 2001). Ia juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap hidup

dan pembelajaran seseorang pelajar pada masa kini mahupun masa depan.