Tugasan Jawi

40
PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083) " له وڽ ت ت سا اڤ ي ت- اڤ ي ت ڽ ي ن س ك ڽ ري دان ن ك و ج ر ي ل وا! چ ك ري ي د) ي س ا ساي رج ك ل ي صله جا ادا ن ي ا ا كارتوا ها ب وا ك ا ساي رڽ مب و س ن ك ت ڽا ساي." Yang benar, TANDATANGAN : ...................................... ..................... NAMA : ري صب مد ح م ن ي وم ي ق مد ح م1

Transcript of Tugasan Jawi

Page 1: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

"- تياڤ يڠ ريڠكسن دان رجوكن كچوالي سنديري ساي كرجا حاصيل اداله اين كاريا بهاوا اكوا ساي

سومبرڽ ڽاتكن ساي تله ساتوڽ ". تياڤ

Yang benar,

TANDATANGAN : ...........................................................

NAMA محمد : بن قيوم محمدصبري

NO. KAD PENGENALAN : 930915-02-5099

NO. MATRIK : 125184

TARIKH : 21 SEPTEMBER 2014

1

Page 2: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

PENGHARGAAN

. Bersyukur juga kerana telah dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang untuk

saya manfaatkan bagi menyiapkan tugasan kerja kursus yang berkaitan dengan

Konsep dan pelaksanaan kelas pemulihan jawi serta kelas biasa dalam pengajaran dan

pembelajaran jawi sekolah rendah.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

pensyarah bagi subjek Pengajaran Jawi Sekolah Rendah, YM Ustaz Raja Abdullah Bin

Raja Ismail yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya untuk saya menyiapkan

tugasan ini. Segala nasihat yang diberikan, segala tunjuk ajar yang telah disampaikan

akan saya manfaatkan dalam kehidupan seharian. Beliau juga telah banyak

memberikan bimbingan dan dorongan bagi saya untuk menyiapkan tugasan kerja

kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya

yang banyak membantu dalam proses mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan

kerja kursus pendek ini. Masa yang terluang dimanfaatkan dengan mengadakan

perbincangan kecil untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu saya bersama-sama

mencari maklumat dan berkongsi pandangan dan pendapat bagi lebih memudahkan

tugas saya untuk menyiapkan tugasan ini..

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak

langsung. Semoga dengan usaha murni ini diberi ganjaran oleh Allah. Semoga kita

sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Amin.

Sekian, terima kasih.

2

Page 3: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

PENDAHULUAN

Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu. Tulisan ini mempunyai ciri-ciri

keistimewaan sebagai tulisan perantaraan yang telah meletakkan bangsa Melayu ke

arah menguasai ilmu pengetahuan yang lebih meluas. Tulisan Jawi telah digunakan

sebelum zaman penjajahan pihak Barat ke Tanah Melayu. Hal ini terbukti dengan

terdapatnya manuskrip-manuskrip tulisan tersebut, di samping surat-surat perjanjian

yang ditulis dalam Tulisan Jawi antara pembesar dan raja-raja Melayu dijajah oleh

kuasa-kuasa Barat. Seterusnya tulisan rumi telah mengambil tempat utama

menggantikan tulisan Jawi setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara non

formal, iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem

persekolahan formal mula diperkenalkan setelah negara mencapai kemerdekaan

dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap

pelajar beragama Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum,1991). Buku teks yang

digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan

ada yang ditulis dengan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah

Jusoh,1990).

Konvensyen Tulisan Jawi pada tahun 1984 telah diselaraskan dan diperkemas

dengan maklumat-maklumat dan resolusi yang dipersetujui dalam Konvensyen Tulisan

Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1991 dan Seminar

Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut

disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Tulisan Jawi Pusat Islam dan

Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994.

Pengajaran Jawi mempunyai kaedah pengajaran yang khusus dan

tersendiri. Namun ramai yang beranggapan kaedah mengajar jawi sama seperti kaedah

pengajaran mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Tanggapan sebegitu kurang

tepat. Kaedah pengajaran jawi yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) dan telah diberi pendedahan secara khusus kepada bakal-bakal guru

Pendidikan Islam dan j-QAF (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006

3

Page 4: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

KAEDAH EJAAN JAWI OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

KAEDAH MENGAJAR KATA DASAR TIGA SUKU KATA TERBUKA

Pengejaan kata dasar yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih dalam tulisan Jawi

adalah menurut peraturan penggunaan huruf-huruf vokal alif, ya, wau dan ye dalam

kata dasar dua suku kata. Dalam hal ini aturan-aturan pengejaan kata dasar dua suku

kata itu diterapkan kepada dua suku kata terakhir dalam kata tiga suku kata atau lebih.

Contoh bagi penerapan pengejaan kata dasar bagi dua suku kata terakhir ke dalam tiga

suku kata adalah :

4

Page 5: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

5

Page 6: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

KAEDAH PENULISAN HAMZAH

6

Page 7: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

KONSEP DAN PERLAKSANAAN YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM BAGI KELAS PEMULIHAN JAWI DAN KELAS BIASA

KELAS PEMULIHAN JAWI

Masalah penguasaan Jawi dikalangan pelajar telah menjadi perkara yang sangat perlu

diberi penekanan oleh pihak sekolah. Penguasaan kemahiran jawi adalah wajib bagi

setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi. Kelambatan dalam

mempelajari dan menguasai jawi akan menyebabkan mereka akan tertinggal apabila

rakan-rakan mereka yang lain lebih cepat menguasainya hinggakan dapat mengikutnya

pada kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Persamaan pada sebutan dan

bentuk dapat menyebabkan sesetengah pelajar akan terkeliru dalam mempelajari

kemahiran mengenal huruf-huruf tunggal dan sebagainya. Oleh itu Program J Qaf telah

diperkenalkan di sekolah bagi membantu murid-murid yang lemah dalam bidang Jawi

ini dan juga beberapa bidang yang lain termasuk dalam Program J Qaf tersebut.

Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran

mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan

yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti

kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar

yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan

kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan

pelajar dan minat pelajar.

Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan

menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk

memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah

pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula

dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir .

7

Page 8: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu diberi pemulihan adalah melalui

aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah untuk menguasai sebarang kemahiran

sebelum berpindah kepada tajuk atau kemahiran yang seterusnya. Pelajar yang sangat

lemah akan dikumpul dan diletakkan di dalam satu kelas yang berasingan supaya dapat

dibimbing oleh guru pemulihan khas untuk beberapa ketika. Sekiranya pelajar dapat

menguasai atau melepasi tahap kemahiran yang ditetapkan mereka akan dipindahkan

ke kelas mereka yang asal. Antara kaedah yang dapat digunakan bagi mengenalpasti

murid yang lemah adalah :

1. Memerhati aktiviti pembelajaran murid tersebut.

2. Membuat sesi temubual dengan murid tersebut.

3. Menganalisa setiap hasil kerja murid

4. Mengadakan ujian bagi mengenalpasti tahap pencapaian murid

Antara strategi yang dapat dilaksanakan dalam aktiviti pemulihan adalah :

1. Kaedah berkumpulan. Apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang mempunyai

masalah pembelajaran yang sama maka strategi kumpulan adalah paling sesuai

digunakan. Oleh hal yang sedemikian guru perlu merancang dan melakukan

aktiviti pemulihan dengan sekumpulan pelajar yang lemah.

2. Kaedah individu. Apabila terdapat sekumpulan kecil pelajar yang mempunyai

masalah pembelajaran yang berlainan, strategi secara individu digunakan. Guru

memberi tumpuan kepada pelajar yang mempunyai masalah tertentu dan

selepas itu beralih kepada murid yang bermasalah yang lain pula. Bimbingan

indivdu dalam kumpulan dilakukan secara bergilir.

Kebolehan setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi minat,

kebolehan dan bakat tetapi proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh

kebanyakan guru pada masa kini adalah kaedah secara menyeluruh. Keadaan ini

menyebabkan sebahagian pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh

guru. Maka hasilnya, pelajar yang tercicir akan ketinggalan berbanding rakan-rakan

yang lain. Pelajar yang bermasalah ini memerlukan bantuan individu dan program

pemulihan.

8

Page 9: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Antara kemahiran yang boleh digunakan bagi menjalani pemulihan terhadap murid-

murid yang lemah adalah melalui :

1. Kemahiran Membaca

Antara aktiviti pemulihan yang boleh dilaksanakan semasa di dalam kelas adalah

membaca. Kaedah ini terbahagi kepada dua teknik iaitu teknik am dan khusus. Teknik

am dapat dilaksanakan melalui proses saringan bagi mengenalpasti kelemahan yang

dihadapi oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Manakala teknik khusus pula adalah sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran

pemulihan dalam bidang kemahiran membaca.

2. Kemahiran Menulis

Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Jawi. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran

menulis akan menghadapi masalah dan guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti

mengenal dan menulis Jawi Aktiviti ini amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan

sekolah rendah yang masih belum menguasai cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar

sekolah rendah belum dapat menguasai kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi.

Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar

juga sering terkeliru dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama.

9

Page 10: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

PENGENALAN PROGRAM J QAF

Pendidikan Islam telah diperkasakan melalui Program J Qaf dengan penekanan yang

khusus terhadap pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain yang

dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Program dilaksanakan menggunakan

kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus

digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuran, pengayaan dan

penghayatan pelajar. Selain itu, pelajar istimewa dalam pendidikan khas juga akan

dilibatkan dalam program J Qaf. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas,

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang

khas serta kemudahan-kemudahan lain.

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Pengenalan

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk

memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan

jadual waktu persekolahan sedia ada.

Objektif

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal,

menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan

perkataan-perkatan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi kelas ini adalah mana-mana murid yang tidak dapat melepasi

ujian khas iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.

10

Page 11: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Strategi Pelaksanaan

1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksanaan peringkat sekolah yang dipengerusikan

oleh Guru Besar.

2. Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :

- Mengenal pasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat

daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi sebuah kelas pemulihan

hendaklah di antara 6-10 orang.

- Penyediaan tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.

- Penyediaan bahan bantu mengajar.

- Melaksanakan kelas pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.

- Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan

nyanyian yang menyeronokkan.

- Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas

dilaksanakan.

Agihan Tugas

1. Guru besar bertanggungjawab :

- Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

- Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

- Memastikan kelas pemulihan Jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

- Memantau pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi.

2. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :

- Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana pada peringkat sekolah.

- Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam

menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

- Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan.

11

Page 12: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

3. Guru mata pelajaran bertanggungjawab :

- Membuat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti kelas Pemulihan

Jawi.

- Meneruskan pengajaran mengikut jadual persekolahan biasa.

4. Guru pemulihan bertanggungjawab :

- Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

- Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas pengajaran dan

pembelajaran.

- Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada ketua panitia.

Kaedah Dan Strategi Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan Jawi, antara kaedah

yang paling baik untuk dilaksanakan adalah kaedah yang dapat menarik minat pelajar.

Kaedah yang menyebabkan murid tidak berasa bosan. Iaitu kaedah nyanyian dan

permainan.

Kaedah Permainan

Kaedah permainan mestilah bersesuaian mengikut tajuk yang diajar. Contohnya :

Permainan bagi kemahiran huruf tunggal adalah

Permainan Bowling

Permainan Tenteng

Permainan kereta api

Permainan kad

12

Page 13: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Permainan Bowling Permainan Kereta Api

Permainan Ten Teng Permainan Kad

13

Page 14: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Pelaksanaan Jawi Bagi Kelas Biasa

Pengenalan

Kaedah dan teknik yang betul dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran jawi

adalah sangat penting untuk keberkesanan topik yang diajar. Kaedah-kaedah yang

digunakan bagi pengajaran jawi di kelas biasa dan kelas pemulihan adalah sama iaitu

setiap kaedah yang digunakan untuk pengajaran jawi di kelas biasa boleh digunakan

dalam kelas pemulihan jawi tetapi aktiviti yang dilaksanakan hendaklah disesuaikan

dengan tahap kebolehan murid. Pendidikan jawi diajar daripada tahun 1 hingga tahun 6.

Namun begitu, kaedah yang sesuai pada tahap masing-masing perlu diselaraskan agar

dapat mencapai tahap yang diinginkan.

Bilangan murid adalah tertentu mengikut kelas yang telah ditetapkan. Bagi kelas

biasa tidak ditentukan bilangan yang tertentu. Hal ini kerana melalui keias biasa, guru

akan dapat mengesan murid yang perlu dipulihkan. Tenaga pengajar daripada guru

Pendidikan Islam tanpa mengikuti kursus khas bagi pemulihan juga dapat mengajar

mata pelajaran jawi bagi kelas biasa. Berbanding kelas pemulihan yang memerlukan

sekurangnya guru yang telah mengikuti kursus tertentu. Tempat pembelajaran adalah

bebas mengikut kesesuaian tajuk yang dipelajari dan juga kaedah yang digunakan

murid-murid tersebut. Contohnya kelas, perpustakaan, padang kecil dan lain-lain.

14

Page 15: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Kaedah Pengajaran Jawi Kelas Biasa

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran Jawi. Antaranya adalah :

1. Kaedah pandang Sebut.

Melalui kaedah ini murid diminta membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan

gambar. Membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mempunyai cerita. Murid juga

diharapkan agar tidak memfokuskan kepada pengajaran bunyi huruf dan tidak mengeja.

Ini juga merupakan kaedah yang paling popular dalam pengajaran jawi dan dapat

menjimatkan masa guru.

2. Kaedah Huruf

Asas bacaan bagi kaedah ini adalah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan.

Seterusnya guru hendaklah memperkenalkan kesemua 37 huruf jawi, huruf vokal dan

huruf konsonan. Cantuman huruf konsonan dan vokal membentuk bunyi dalam suku

kata seterusnya membentuk perkataan. Hal ini menyebabkan murid dapat mengeja dan

membaca semua perkataan. Namun begitu kaedah ini mengambil masa yang lama

untuk mengeja setiap perkataan. Ini merupakan kaedah asas yang paling tua

digunakan.

3. Mengeja / Membatang

Melalui kaedah ini murid diminta mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang

membentuk suku kata. Kemudian mengeja dan membunyikan huruf secara individu,

kumpulan dan kelas. Murid juga diminta menggabungkan suku kata dieja dan

membentuk perkataan. Selepas itu murid diminta untuk mengeja dan menulis perkataan

yang dibentuk.

4. Permainan

Salah satu kaedah yang dapat melatih murid dengan menarik dan praktis. Seterusnya

dapat mengembangkan banyak kemahiran murid-murid yang mempelajari jawi. Selain

itu juga ianya sesuai dengan murid-murid pada peringkat rendah. Ia juga amat

berkesan dalam memupuk minat, tujuan dan impak pengajaran.

15

Page 16: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

KERTAS KERJA BENGKEL LESTARI SENI KHAT

16

Page 17: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

LAPORAN PROGRAM

SEBELUM

1 SEPTEMBER 2014

11.45 PAGI

Guru pelatih PISMP Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama 2 Semester 4 telah merancang

satu bengkel penulisan khat yang bakal berlangsung pada kuliah ganti pada hari Sabtu. Pada 1

September 2014, satu perjumpaan di antara guru-guru pelatih Pengajian Agama 1 dan

Pengajian Agama 2 telah diadakan bertempat di bilik kuliah F1. Perjumpaan ini turut dihadiri

oleh Yang Mulia Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail.

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk membentangkan gerak kerja yang perlu

dilakukan oleh setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik terutamanya AJK Peralatan. Hal ini

demikian kerana, AJK Peralatan bertanggungjawab untuk menyediakan pen-pen khat yang

perlu digunakan oleh para peserta pada hari tersebut. Gerak kerja ini dibentangkan bagi

memudahkan dan melancarkan perjalanan program agar dapat dilaksanakan dengan sempurna

dan teratur.

GAMBAR 1 : YM Ustaz Raja Abdullah sedang melihat pembentangan gerak kerja yang

disampaikan oleh Pengarah Projek iaitu Mohammed Adib bin Mohamed Suti

17

Page 18: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

SEMASA

6 SEPTEMBER 2014

7.30 PAGI : PENDAFTARAN

Seawal jam 7.30 pagi, guru pelatih PISMP Pengajian Agama 1 dan Pengajian Agama 2 telah

bergerak ke tempat pendaftaran bagi mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta Bengkel

Lestari Seni Khat bertempat di Bilik Mikro Teaching 2, Teltrac. Beberapa orang guru pelatih

telah ditugaskan untuk menjadi AJK Pendaftaran dan menyediakan borang kehadiran untuk

ditandatangani. Borang pendaftaran tersebut akan dijalankan sebanyak dua sesi iaitu pada sesi

pagi dan juga pada sesi petang. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada ketidakhadiran guru

pelatih dalam bengkel tersebut.

Setiap peserta akan diberikan sebuah fail yang telah dilengkapi dengan peralatan-

peralatan menulis khat seperti kertas, pen khat dan lain-lain. Ini memudahkan peserta untuk

mengikuti bengkel tersebut dengan tenang kerana peralatan yang diperlukan telah tersedia.

GAMBAR 2 & 3 : Guru pelatih sedang mendaftarkan diri di meja pendaftaran sebagai peserta

bengkel khat

8.00 PAGI : KETIBAAN PARA PENSYARAH DAN PENCERAMAH

18

Page 19: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Setelah mendaftarkan diri, para peserta masuk ke dalam Bilik Mikro Teaching 2 untuk memilih

tempat yang sesuai untuk diduduki. Para peserta telah diberikan sebuah fail yang mengandungi

peralatan menulis khat dan buku program setiap seorang. Sebahagian peserta mencuba

menulis khat kerana terlalu teruja untuk mempelajari khat. Meskipun kaedah khat yang mereka

lakukan salah, tetapi mereka tetap mencubanya.

GAMBAR 4 : Fail dan buku program yang disediakan untuk para peserta

Sebelum ketibaan para pensyarah dan juga penceramah, YM Ustaz Raja Abdullah bin

Raja Ismail telah menyampaikan sedikit peringatan kepada para peserta untuk menjaga adab

ketika berguru dan menunjukkan sahsiah dan teladan yang baik di hadapan penceramah.

Beliau juga mengingatkan para peserta bahawa sebanyak 20 markah akan disumbangkan

untuk kerja kursus Pendidikan Jawi Sekolah Rendah melalui hasil seni khat yang akan

disiapkan oleh para peserta pada akhir bengkel nanti.

Ini akan membuatkan para peserta bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya bagi

memastikan markah yang diperoleh tinggi dan supaya dapat mempraktikkannya untuk masa

hadapan. Para peserta memberikan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh YM Ustaz

Raja dan menunggu penceramah dengan sabar.

19

Page 20: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

GAMBAR 5 & 6 : Para peserta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang

disampaikan oleh YM Ustaz Raja

Sejurus kemudian, penceramah-penceramah selamat tiba di Bilik Mikro Teaching 2 dan

disambut dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan, Ustaz Rahim bin Mohamed dan YM Ustaz

Raja Abdullah. Mereka mengambil tempat masing-masing di hadapan para peserta Bengkel

Lestari Seni Khat.

Majlis Perasmian Bengkel Lestari Seni Khat ini dikendalikan oleh Saudara Mohd Farhan

bin Abdullah dari Pengajian Agama 1. Beliau merupakan antara pengerusi majlis yang

berpengalaman di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan merupakan seorang yang petah dalam

berkata-kata.

GAMBAR 7 & 8 : Para penceramah, YM Ustaz Raja Abdullah dan Ustaz Rahim mengambil

tempat dan majlis dikendalikan oleh Saudara Mohd Farhan bin Abdullah

Bagi memberkati lagi majlis perasmian Bengkel Lestari Seni Khat, dijemput Saudara

Mohd Azree bin Mohd Jamil untuk membacakan doa. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan

20

Page 21: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

ucapan daripada Timbalan Ketua Jabatan, Ustaz Rahim bin Mohamed mewakili Ketua Jabatan

iaitu Ustaz Sabawi bin Awang.

Dalam ucapan beliau, beliau menekankan bahawa khat ini merupakan satu seni yang

semakin dilupai dan lupus dalam pemikiran masyarakat marcapada ini. Oleh sebab itu, beliau

berpesan agar para peserta dapat menggunakan peluang ini untuk mempelajari khat dengan

sebaik mungkin. Beliau turut menceritakan pengalaman beliau mempelajari khat sewaktu di

alam persekolahan dahulu.

GAMBAR 9 & 10 : Bacaan doa dibacakan oleh Saudara Mohd Azree bin Mohd Jamil dan Ustaz

Rahim merasmikan Bengkel Lestari Seni Khat

8.30 PAGI : SLOT 1 (AMALI PENULISAN KHAT RIQ’AH)

Pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada penceramah jemputan untuk mengendalikan slot

Bengkel Lestari Seni Khat. Penceramah jemputan yang dijemput pada kali ini bukan calang-

calang orang kerana mereka merupakan ahli tertinggi di dalam JawatanKuasa Seni Khat

Terengganu. Mereka adalah Ustaz Mohd Sanusi bin Awang@Hamid dan Ustaz Syed Ibrahim

Halmi bin Syed Mohamad. Para pensyarah yang hadir dalam bengkel tersebut mengambil

tempat di belakang untuk sama-sama mempelajari seni khat yang akan diajar oleh penceramah

jemputan.

21

Page 22: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

GAMBAR 11 : Para Pensyarah yang hadir mengambil tempat di belakang bilik untuk sama-

sama mempelajari seni khat

Slot pertama dikendalikan oleh Ustaz Sanusi. Beliau memperkenalkan kepada para

peserta mengenai sejarah seni khat dan bahan-bahan yang digunakan untuk menulis khat.

Selepas itu, beliau mula menunjukkan kepada para peserta cara menulis khat riq’ah dengan

menggunakan ‘Khat Board’. Malahan, para peserta disediakan beberapa helai kertas A4 untuk

memudahkan peserta untuk mempraktikkannya. Para peserta diminta melukis garisan di atas

kertas A4 tersebut sebelum memulakan penulisan. Ini bertujuan untuk membantu peserta agar

dapa menulis mengikut garisan huruf yang betul. Sepanjang pengajaran yang dikendalikan oleh

Ustaz Sanusi, para peserta turut dibantu oleh Ustaz Syed. Mereka tidak lokek untuk berkongsi

cara-cara penulisan khat yang betul kepada semua peserta. Peserta diajar untuk menulis huruf-

huruf hijaiyyah dengan menggunakan gaya penulisan khat Riq’ah.

GAMBAR 12 & 13 : Ustaz Sanusi sedang menceritakan sejarah tulisan khat dan beliau

memulakan sesi pengajaran dengan melakar garisan di atas kertas masing-masing supaya

para peserta dapat menulis khat dengan baik

22

Page 23: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

GAMBAR 14 &15 : Para peserta muslimat sedang berlatih menulis Khat Riq’ah dengan

bersungguh-sungguh bagi menghasilkan karya yang baik

10.30 PAGI : MINUM PAGI

Para peserta diberi masa selama 30 minit untuk minum pagi. Minum pagi telah disediakan oleh

Pengusaha Kafetaria Teltrac iaitu Kak Yah. Para peserta dan pensyarah disediakan mihun

goreng, keropok, dan air teh.

GAMBAR 16 : Para peserta mengambil makanan yang disediakan dengan teratur

11.00 PAGI : SLOT 2 (AMALI PENULISAN KHAT NASAKH)

Setelah selesai minum pagi, slot kedua diteruskan lagi. Pada kali ini, slot kedua akan

dikendalikan oleh Ustaz Syed Ibrahim Halmi bin Syed Mohamad. Beliau akan mengajar para

peserta tentang penulisan khat nasakh.

Sebelum memulakan amali khat nasakh, Ustaz Syed terlebih dahulu memperkenalkan

tulisan-tulisan khat nasakh melalui slide power point. Beliau terus menunjukkan contoh

penulisan kepada peserta mengikut sifat-sifat huruf. Beliau menunjukkan langkah penulisan

huruf satu persatu supaya peserta dapat menghasilkan penulisan mengikut kaedah yang betul.

23

Page 24: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Semakin lama, penulisan khat yang ditunjukkan semakin susah sehinggalah kepada

penyambungan satu-satu huruf dengan huruf-huruf yang lain. Semasa Ustaz Syed memberikan

penerangan tentang penulisan khat nasakh, para peserta turut dibantu oleh Ustaz Sanusi.

Sebarang masalah yang dihadapi oleh pesera terus dirujuk kepada Ustaz Sanusi.

GAMBAR 17 & 18 : Ustaz Syed menerangkan ciri-ciri penulisan khat nasakh dan menunjukkan

contoh huruf-huruf bagi khat nasakh

GAMBAR 19 & 20 : Penulisan huruf khat nasakh mengikut huruf dan huruf-huruf bersambung

1.00 TENGAH HARI : REHAT & MAKAN TENGAH HARI

Masa begitu cepat berlalu sehinggakan para peserta tidak sedar akan waktu rehat. Tengah hari

tersebut, para peserta disediakan nasi minyak, gulai ayam, acar, dan air sirap. Pada peserta

beratur untuk mengambil makanan. Terdapat sebahagian peserta membungkus makanan yang

24

Page 25: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

disediakan kerana khuatir mereka tidak sempat untuk menunaikan solat Zuhur secara

berjemaah di Balai Islam al-Muttaqin. Sebahagian peserta perempuan bersolat di tempat solat

yang disediakan di Teltrac.

2.30 PETANG : UJIAN AMALI KHAT NASAKH DAN RIQ’AH

Para peserta mula memenuhi Bilik Mikro Teaching 2 apabila jam mula mendekati pukul 2.30

petang. Sebahagian peserta berlatih menulis khat nasakh dan juga riq’ah kerana selepas itu,

mereka akan menjalani ujian amali.

Para penceramah bersama-sama beberapa orang pensyarah masuk ke Bilik Mokro

Teaching tepat jam 2.30 petang. Sejurus selepas itu, Ustaz Sanusi terus menunjukkan contoh

kepada peserta cara-cara untuk menulis khat riq’ah bagi membentuk perkataan dan beliau

memberikan contoh pepatah kepada peserta untuk ditulis. Manakala, Ustaz Syed mengagihkan

kepada semua peserta dengan 2 helai ‘glossy paper’ yang mana kertas tersebut mampu

membuatkan hasil penulisan semakin menarik.

Kemudian, Ustaz Syed menulis pepatah yang membawa maksud “Kebersihan itu

Separuh Daripada Iman” di dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan menggunakan khat

riq’ah dan khat nasakh. Hasil karya tersebut dipaparkan kepada para peserta dan beliau

meminta agar peserta menghasilkan penulisan khat yang sama.

Para peserta diberikan masa untuk berlatih sebelum menghasilkannya di atas ‘glossy

paper’ yang disediakan. Ustaz Sanusi dan Ustaz Syed membantu peserta yang memerlukan

bantuan dan memberikan tunjuk ajar secara individu. Malah, peserta yang mahir dalam

penulisan khat juga turut membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah dari segi

pembentukan huruf-huruf.

25

Page 26: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Gambar 21 & 22 : Ustaz Sanusi memaparkan hasil karya yang dibuat oleh Ustaz Syed di

papan ‘Khat Board” dan Ustaz Sanusi membantu peserta yang memerlukan bantuan

GAMBAR 23 : Peserta tekun berlatih beberapa kali untuk menulis pepatah yang diberikan

dengan menggunakan penulisan khat Riq’ah dan nasakh

Setelah para peserta berpuas hati dengan penulisan yang dihasilkan, mereka akan

menghasilkan penulisan khat riq’ah dan nasakh di atas ‘glossy paper’ yang disediakan.

Sekiranya terdapat kesilapan yang dibuat, peserta dapat menggunakan ‘glossy paper’ yang

kedua untuk dibuat. Peserta begitu berhati-hati ketika melakukannya bagi mengelakkan

kesilapan yang kecil berlaku. Hasil yang ditunjukkan oleh para peserta begitu

memberangsangkan malahan bakat yang ada dalam diri para peserta ini boleh dibawa ke

peringkat yang lebih tinggi. Hasil karya yang telah siap dihantar kepada Ketua Unit kelas

masing-masing untuk diserahkan kepada pensyarah pembimbing untuk dinilai.

26

Page 27: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

GAMBAR 24 & 25 : Hasil karya yang ditunjukkan oleh para peserta cukup cantik

4.30 PETANG : PENYAMPAIAN CENDERAMATA, BERSURAI

Majlis Penutup Bengkel Lestari Seni Khat dimulakan apabila semua peserta telah menyerahkan

hasil karya mereka kepada Ketua Unit. Majlis Penutup ini dipengerusikan oleh Saudari Nurul

Ain binti Ahamad Shabudin. Dalam majlis penutup ini, Pengarah Projek iaitu Saudara

Mohammed Adib bin Mohamed Suti turut meyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau

mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya buat penceramah-penceramah, pensyarah-

pensyarah dan peserta-peserta bengkel serta orang-orang yang terlibat di sebalik tabir bagi

menjayakan bengkel ini dengan jayanya. Selain itu, YM Ustaz Raja Abdullah turut

menyampaikan ucapan. Beliau berharap agar bengkel sebegini mampu dilaksanakan lagi agar

seni khat ini tidak akan luput dek zaman. Sebelum mengakhiri majlis, YM Ustaz Raja Abdullah

menyampaikan hadiah kepada kedua-dua penceramah yang hadir.

GAMBAR 26 & 27 : Ucapan disampaikan oleh Pengarah Projek iaitu Saudara Mohammed Adib

bin Mohamed Suti dan YM Ustaz Raja Abdullah bin Raja Ismail

27

Page 28: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

GAMBAR 28 : Cenderamata yang disediakan untuk penceramah jemputan

Selepas selesai majlis penyampaian hadiah, semua peserta mengemas peralatan-

peralatan yang digunakan dan menyimpannya dengan baik. Para peserta juga diingatkan untuk

menyusun kembali meja yang digunakan kerana bilik tersebut akan digunakan pada keesokan

hari. Peserta lelaki mengambil peluang tersebut untuk bersalaman dengan penceramah dan

juga pensyarah.

GAMBAR 29 & 30 : Peserta mengemas peralatan-peralatan yang digunakan dan peserta lelaki

bersalaman dengan penceramah dan pensyarah

SELEPAS

Tujuan analisis SWOT diadakan adalah untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan

untuk program yang akan datang. Oleh yang demikian, setiap jawatankuasa dikehendaki telus

dalam menganalisis SWOT bagi setiap jawatankuasa masing-masing.

28

Page 29: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

Keseluruhan jawatankuasa telah berjaya membentangkan analisis SWOT mereka

dengan baik. Meskipun, terdapat beberapa kekuatan, tidak dinafikan masih terdapat beberapa

kelemahan yang harus diperbaiki. Hakikatnya, dua sifat semula jadi yang ada pada setiap

individu ialah kekuatan dan kelemahan.

Kekuatan dan kelemahan ini akan mempengaruhi kehidupan manusia melalui bagi tiga

aspek iaitu aspek mental, fizikal dan spiritual. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan kekuatan

yang ada pada diri dan janganlah kita membiarkan kelemahan membawa kekecewaan pada

diri.

Biarpun bagi sesetengah orang, ia merupakan perkara kecil, tetapi tidak bagi yang lain.

Tambah membanggakan, setiap jawatankuasa masing-masing sedar akan kelemahan sendiri

dan bersedia membuat penambahbaikan pada masa akan datang.

Walaupun Program Bengkel Lestari Seni Khat telah berakhir, bagi AJK Laporan dan

Dokumentasi mereka masih perlu menyediakan laporan dokumentasi. Beberapa kali mesyuarat

diadakan untuk pembahagian tugasan sesama AJK memandangkan tugasan itu perlu disiapkan

dalam masa terdekat. Meskipun masing-masing bergelut dengan tugasan Kerja Kursus, tetapi

mereka masih memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan amanah yang telah

diberikan.

ANALISIS KESELURUHAN PROGRAM

Strength Weakness

29

Page 30: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

- Tenaga pengajar yang mahir dalam

bidang khat

- Bimbingan tentang penulisan khatam

memenuhi kehendak pelajar dan

pensyarah

- Kemudahan pengajaran yang lengkap

- Pemantauan daripada tenaga pengajar

amat memuaskan

- Sebahagian pelajar tidak mempunyai

asas dalam bidang khat

- Segelintir pelajar masih tidak dapat

menguasai asas-asas penulisan khat

hingga akhir program

- Hanya sebahagian huruf jawi diajar

dalam penulisan khat riqa’ah dan

nasakh

Opportunity Threat

- Tempat yang selesa

- Segelintir pelajar telah menguasai

penulisan khat

- Pelajar mudah menguasai asas-asas

seni khat

- Kemudahan alat tulis yang lengkap

disediakan

- Tiada sebarang gangguan teknikal

- Masa yang terlalu singkat untuk

mempelajari 2 jenis khat dengan baik

- Ada segelintir pelajar cuba menekap

dan mengamalkan plagiat untuk

mendapat markah yang tinggi walaupun

tiada asas dalam penulisan khat

PENUTUP

Pengajaran Jawi Sekolah Rendah adalah perlu dititikberatkan agar para murid akan

mendapat menguasai dengan baik sama ada dari sudut penulisaan, pembacaan dan

30

Page 31: Tugasan Jawi

PENGAJARAN JAWI SEKOLAH RENDAH (PIM 3083)

sebagainya. Dalam hal ini, para guru di sekolah perlulah memainkan peranan yang

sangat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif. Hal ini kerana para guru perlulah mewujudkan satu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan bersesuian sama ada dalam kelas biasa mahupun

kelas pemulihan jawi. Kaedah yang menarik, aktiviti pembelajaran yang menghiburkan

dikatakan akan dapat menyebabkan para pelajar dapat menguasai kemahiran jawi

dengan lebih berkesan.

Dari pandangan umum, tulisan Jawi juga mesti diperkasakan semula. Ia adalah

khazanah yang sangat bernilai untuk negara kita. Tidak salah sekiranya tulisan Jawi

digunakan secara bersama dalam sebuah negara majmuk di Malaysia. Akuilah hakikat

bahawa tulisan Jawi sudah lama digunakan di negara ini. Sebelum merdeka dulu,

semua akhbar dan majalah menggunakan tulisan Jawi malah semangat perjuangan

menuntut kemerdekaan juga dicagunkan melalui tulisan Jawi. Justeru, untuk

mengembalikan semula martabat dan generasi celik Jawi, kita mestilah bermula

dengan pengajaran Jawi seperti dahulu.

Pemerkasaan tulisan jawi juga dilihat mampu memartabatkan kembali warisan

tulisan tersebut agar ianya tidak lapuk ditelan zaman. Pelbagai pendekatan mampu

diambil agar dapat menjadikan tulisan jawi satu warisan yang akan terus dikenang

zaman berzaman.

31