TITAS WD.docx
-
Upload
wee-dong-lau -
Category
Documents
-
view
111 -
download
1
Transcript of TITAS WD.docx
1.0 PENDAHULUAN
Negara Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Rakyat
Malaysia menganuti agama yang berbeza-beza serta mengamalkan budaya dan adat-adat masing-
masing. Melalui kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), rakyat Malaysia berpeluang
menambah ilmu pengetahuan terhadap konsep tamadun, Tamadun Islam yang agung, Tamadun Asia,
tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan dalam pembangunan sesuatu tamadun serta membuat
sintesis daripada sumbangan mereka dan mengapikasikan nilai-nilai murni pada diri sendiri.
Selain itu, kami tidak dapat menafikan bahawa perkembangan tamadun lain pada masa yang
lalu telah banyak menyumbang dalam pembentukan dan perkembangan negara Malaysia yang tercinta,
sehinggalah negara Malaysia dikenali sebagai negara maju yang dapat setanding dengan negara-
negara lain di persada dunia. Tamadun Islam dan Tamadun Asia juga telah memberi sumbangan yang
tidak dapat dinilaikan terhadap kemajuan masyarakat dunia pada zaman globalisasi dan modenlisasi ini.
Oleh yang demikian, sebagai bakal guru yang merupakan tonggak masyarakat yang berkewajipan
mendidik dan mendorongkan negara Malaysia ke arah kemajuan, kursus TITAS ini amat diperlukan
untuk mengkaji tamadun lain di samping membantu menyemai sifat keterbukaan dalam rakyat Malaysia
supaya menerima dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa-peristiwa sejarah yang sangat bermakna.
2.0 ULASAN KRITIS
Tajuk : Islam dan Tamadun Melayu
Buku yang saya kaji untuk membuat ulasan kritis ialah Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang
dikarang oleh Mohd Razimi Husin pada tahun 2013. (Buku A). Saya juga memilih dua buah buku lain
untuk dijadikan rujukan tambahan dan bahan banding beza. Antaranya ialah Sejarah Tingkatan 4 Buku
Teks (Buku B) yang dikarang oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof Ibrahim,
Muhammad Bukhari Ahmad dan Rosnanaini Sulaiman pada tahun 2012 serta Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua yang dikarang oleh Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah dan
Azhar Mad Aros pada tahun 2012.
Agama Islan mempunyai kaitan rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah
negara Malaysia. (Mohd Razimi Husin, 2013). Sejarah tersebut haruslah dihayati dan rakyat Malaysia
haruslah mampu mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah yang berlaku. Oleh yang demikian,
ulasan kritis akan memberi penekanan kepada beberapa aspek seperti kandungan serta persembahan
isi dan maklumat.
1
2.1 Kandungan
Buku A Buku B Buku C
Bab dan Tajuk
4: Islam dan Tamadun Melayu 7: Isalam di Asia Tenggara; 3: Tamadun Melayu: Teras
Tamadun Malaysia
Hasil Pembelajaran
Dinyatakan.
1. Menjelaskan teori
kedatangan Islam ke Alam
Melayu
2. Menganalisis peranan Islam
dalam pembinaan tamadun
Malaysia
3. Menganalisis kesan dan
pengaruh Islam dalam
tamadun-tamadun Melayu
dari aspek politik, ekonomi
dan sosial.
4. Menghuraikan peranan Islam
dalam pembinaan tamadun
Malaysia.
Dinyatakan.
1. Menghuraikan dan
membahaskan teori
kedatangan Islam ke Asia
Tenggara
2. Menerangkan proses
penyebaran Islam di Asia
Tenggara
3. Mengklasifikasikan pengaruh
Islam di Asia Tenggara
Dinyatakan.
1. Menghuraikan 3 teori
kedatangan Islam ke Alam
Melayu
2. Menjelaskan pengaruh Islam
dala bidang akidah, politik,
sosial, undang-undang,
ekonomi, kesenian, bahasa
dan sastera serta pendidikan
di Alam Melayu
3. Menganalisis peranan
tamadun Melayu dalam
pembinaan tamadun Malaysia
Pengenalan
1. Panjang
2. Ditulis dalam beberapa
perenggan yang panjang
3. Mengenai kepentingan Islam
dalam tamadun Melayu dan
latar belakang tamadun
Melayu
1. Sederhana
2. Ditulis dalam beberapa
perenggan yang lebih pendek
3. Mengenai latar belakang Asia
Tenggara
1. Pendek
2. Ditulis dalam satu perenggan
yang pendek
3. Mengenai isi dan maklumat
yang akan dibincang
Kandungan
1. Teori Kedatangan Islam
- Teori Kedatangan Islam dari
Arab
1. Teori Kedatangan Islam
- Teori Kedatangan Islam dari
Semenanjung Tanah Arab
1. Bukti kewujudan Manusia di
Alam Melayu Zaman Paleolitik
2
- Teori Kedatangan Islam dari
China
- Teori Kedatangan Islam dari
India
- faktor yang menjadi pemangkin
Islamisasi di Alam Melayu
2.Peranan Islam dalam
pembinaan Tamadun Malaysia
3. Kesan dan pengaruh Islam
dalam Tamadun Melayu
- aspek politik
- aspek ekonomi
- aspek sosial
- aspek pendidikan
- aspek bahasa dan
kesusasteraan
- aspek perundangan
- Teori Kedatangan Islam dari
China
- Teori Kedatangan Islam dari
India
2. Penyebaran Islam di Asia
Tenggara
- perdagangan
- perkahwinan
- pengislaman raja dan golongan
bangsawan
- kelahiran kerajaan Islam
- peranan pusat kebudayaan
- peranan mubaligh
- keistiwewaan Islam
3. Pengaruh Islam di Asia
Tenggara
- pemerintahan dan pentabdiran
- pendidikan
- bahasa dan kesusasteraan
- cara hidup
- kesenian
- ekonomi
2. Istilah Melayu, Alam Melayu
dan Tamadun Melayu
3.Islam dalam Tamadun Melayu
- Teori Kedatangan Isam (India,
China / Champa, Arab)
- Kesan dan pengaruh Islam
dalam Tamadun Melayu
- Akidah
- politik/ kerajaan
- sosial
- undang-undang
- ekonomi
- kesenian
- bahasa dan sastera
- pendidikan dan ilmu syariah
4. Sejarah pencapaian Tanah
Melayu
5. Peranan tamadun Melayu
dalam Pembinaan Tamadun
Malaysia
Rumusan
1. Pendek
2. Ditulis dalam satu perenggan
3. Merumuskan isi dan
maklumat dalam bab tersebut
1. Sederhana
2. Ditulis dalam beberapa
perenggan
3. Mempunyai sintesis dan boleh
mengambil iktibar dan
menyemai nilai-nilai yang
dapat dirumuskan melalui
peristiwa sejarah
1. Pendek
2. Ditulis dalam bentuk butiran
3. Mempunyai sintesis dan boleh
mengambil iktibar dan
menyemai nilai-nilai yang
dapat dirumuskan melalui
peristiwa sejarah
3
Dalam Buku A, B dan C, hasil pembelajaran telah dinyatakan dengan jelas. Hal ini telah memberi
panduan kepada pembaca tentang objektif dan ilmu pengetahuan yang akan dikuasai pada akhir bab
tersebut. Selain itu, pembaca boleh menguji penguasaan diri berdasarkan hasil pembelajaran.
Pengenalan dalam Buku A yang ditulis dalam bentuk perenggan adalah terlalu panjang. Namun,
pengenalan Buku A mempunyai pelbagai infomasi yang sangat lengkap mengenai kepentingan Islam
dan tamadun Melayu dan latar belakang tamadun Melayu. Pengenalan Buku B mengenai latar belakang
Asia Tenggara adalah sederhana panjang dan ditulis dalam bentuk perenggan. Pengenalan Buku C
mengenai maklumat dan isi yang akan dibincangkan dalam bab adalah sangat pendek. Infomasi adalah
tidak mencukupi. Pengenalan buku yang baik haruslah tidak terlalu panjang, merangkumi isi dan
maklumat yang akan dipelajari serta mengandungi serba sedikit latar belakang mengenai tajuk tersebut.
Dalam bab-bab dalam ketiga-tiga buah buku yang dipilih, pengarang telah memberi fokus
kepada teori kedatangan Islam. Teori kedatangan Islam boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu dari Arab,
China dan India.
Dalam Buku C, pengarang telah memberi serba sedikit latar belakang berkaitan kewujudan
manusia di Alam Melayu pada zaman Paleolitik dan istilah Tamadun Melayu. Namun, Buku A dan Buku
B tidak berbuat sedemikian. Pada pendapat saya, dengan adanya latar belakang, pembaca boleh
memahami peristiwa sejarah daripada yang mudah dan ringkas kepada yang lebih kompleks.
Di sampig itu, dalam Buku A, teori kedatangan Islam dari Arab dikemukakan oleh dua orang
tokoh, iaitu T.W Arnold dalam bukunya The Preaching of Islam dan John Crawford. T.W Arnold
mengatakan bahawa kemasukan Islam ke Alam Melayu dilakukan oleh pedagang Arab, manakala John
Crawford menyebutkan bahawa Islam dibawa terus dari Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7.
Pendapat John Crawford ini disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Buku A
mempunyai maklumat yang lebih daripada Buku B dan Buku C kerana pengarang mengemukakan
pendapat tokoh T.W Arnold yang tidak wujud dalam dua buah buku yang lain. Namun, Buku B dan Buku
C menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang menyebabkan Islam bertapak di Alam Melayu seperti
melalui aktiviti perdagangan di Selat Melaka, perkahwinan antara pedagang Arab dan wanita tempatan
serta menunjukkan bukti di mana adat resam orang Melayu banyak terpengaruh oleh budaya Arab.
Dengan penjelasan seperti itu, pembaca boleh mendapat ilmu yang lebih mendalam serta memahami
proses keseluruhan kedatangan Islam dari Arab. Teori kedatangan Islam dari China dan India dalam
Buku B dan Buku C juga diterangkan dengan jelas manakala Buku A tidak berbuat demikian. Oleh itu,
adalah lebih baik jika Buku A boleh menerangkan peristiwa sejarah dengan lebih terperinci.
Dalam Buku A, subtopik kecil yang dinamakan sebagai “faktor yang menjadi pemangkin
Islamisasi di Alam Melayu” yang merangkumi faktor-faktor seperti keunggulan dan kemurniaan Islam,
pengislaman raja dan bangsawan, perkahwinan, hubungan diplomatik, politik dan penaklukan, kegiatan
4
perdagangan dan sebagainya telah dimasukkan di bawah topik teori kedatangan Islam manakala
kandungan tersebut menjadi topik besar “penyebaran Islam di Asia Tenggara” di dalam Buku B. Di
sebaliknya, kandungan tersebut tidak wujud dalam Buku C. Pada pendapat saya, kandungan tersebut
adalah penting dan perlu dititikberatkan dan dijadikan sebagai topik besar supaya mudah dirujuk oleh
pembaca.
Topik “peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia” dalam Buku A merupakan
kandungan yang amat istimewa kerana tidak dapat dijumpai dalam Buku B dan Buku C. Dalam topik ini,
pengarang memperkenalkan peranan Islam sebagai anutan mejoriti penduduk Tamadun Malaysia,
peranan bahasa Melayu sebagai lingua franca, kesedaran seluruh hiduo terfokus ke arah Tuhan dan
yakin bahawa Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani.
Dalam topik “kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu”, Buku A telah menceritakan
pengaruh Islam dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan dan
perundangan. Kandungan yang difokuskan dalam Buku B adalah seperti Buku A tetapi kandungannya
adalah lebih lengkap berbanding dengan Buku A. Di sebaliknya Buku C mengandungi kandungan yang
berbeza berbanding dengan kedua-dua buku yang lain. Perbezaan dalam kandungan Buku A dan Buku
C adalah seperti yang contoh yang berikut. Kesan Islam dalam bidang poliktik yang dikemukakan dalam
Buku A memberi penekanan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan menjadi ketua agama, ulama
menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, kewujudan Institusi Kesultanan dan
Perundangan dan istilah “sultan” digunakan menggantikan raja, manakala Buku C memberi penekanan
kepada contoh kerajaan Islam yang pernah muncul di Alam Melayu serta peruntukan tentang kuasa-
kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman yang tertinggi.
Rumusan Buku A adalah pendek dan ringkas. Rumusan tersebut merumuskan isi utama yang
dipelajari dalam bab tersebut. Rumusan Buku B adalah sederhana panjang dan ditulis dalam beberapa
perenggan. Rumusan Buku C adalah pendek dan ditulis dalam bentuk butiran. Kedua-dua rumusan ini
bukan sahaja merumuskan idea utama dalam bab tetapi juga mempunyai sintesis supaya pembaca
boleh mengambil iktibar dan menyemai nilai-nilai daripada peristiwa sejarah yang lalu.
5
2.2 Persembahan Isi dan Maklumat
Buku A Buku B Buku C
Pengurusan Grafik
1. Terdapat pengurusan grafik
dan peta minda yang ringkas
untuk memberi gambaran
keseluruhan bab
2. Hanya satu pengurusan grafik
yang digunakan untuk
menyampaikan isi
1. Terdapat pengurusan grafik
dan peta minda yang lengkap
untuk memberi gambaran
keseluruhan bab
2. Tidak digunakan untuk
menyampaikan isi dan
maklumat
1. Terdapat pengurusan grafik
dan peta minda yang ringkas
untuk memberi gambaran
keseluruhan bab
2. Tidak digunakan untuk
menyampaikan isi dan
maklumat
Gambar
Kurang digunakan Kerap dijumpai dalam bab
tersebut
Kurang digunakan
Kegunaan Ruang
Terdapat ruang di bahagian tepi
sebagai sudut maklumat
tambahan
Ruang untuk sudut maklumat
tambahan disediakan sekiranya
perlu
Tiada ruang untuk sudut
maklumat tambahan
Font dan Saiz Font
1. Font : Times New Roman
2. Saiz huruf sesuai
3. Jarak langkau sesuai
1. Font : Times New Roman
2. Saiz huruf sesuai
3. Jarak langkau terlalu sempit
1. Font : Times New Roman
2. Saiz huruf terlalu kecil
3. Jarak langkau sesuai
Persembahan Isi
Isi ditulis dalam bentuk
perenggan dan butiran
Isi ditulis dalam bentuk
perenggan yang panjang
Isi ditulis dalam bentuk butiran
Sebelum memasuki pelajaran yang sebenar, Buku A, Buku B dan Buku C menggunakan pengurusan
grafik dan peta minda untuk mempamerkan isi kandungan utama di dalam bab tersebut. Hal ini telah
berjaya memberi pembaca satu gambaran yang jelas tentang apa-apa kandungan dan ilmu
pengetahuan baharu yang akan dipelajari pada akhir bab tersebut. Namun, kebanyakan isi dalam Buku
A ditulis dalam bentuk perenggan yang panjang lebar tanpa menggunakan pengurusan grafik, manakala
Buku B dan Buku C langsung tidak menggunakan pengurusan grafik untuk mempamerkan isi.
Gambar yang dimasukkan ke dalam teks dapat menarik perhatian pembaca di samping memberi
imej yang sebenar tentang sesuatu objek atau gambaran peristiwa sejarah yang berlaku pada masa
6
dulu. Dalam Buku A dan Buku C, gambar kurang digunakan. Hal ini telah menyebabkan buku tersebut
amat membosankan kerana kebanyakan muka surat dipenuhi dengan perkataan sahaja. Di sebaliknya,
Buku B kerap memasukkan gambar ke dalam teks dan hal ini memudahkan penyampaian maklumat
dan dapat menarik perhatian pembaca.
Di samping itu, Buku A dan Buku B mempunyai ruang sudut maklumat tambahan di bahagian
tepi. Ruang tersebut berfungsi untuk memberi penekanan kepada definisi istilah yang baharu atau
merumuskan isi-isi dalam subtopik tersebut. Isi tambahan adalah mudah dirujuk dan jelas. Sekiranya
tiada maklumat yang ditambah, ruang tersebut boleh dijadikan sebagai ruang catatan nota ringkas oleh
pembaca. Pembaca boleh membuat ulangkaji serta menyediakan pengurusan grafik tentang topik yang
dipelajari di bahagian tersebut bagi mengukuhkan lagi ingatan. Buku C tidak disediakan dengan ruang
untuk sudut maklumat tambahan. Oleh yang demikian, kadang-kala isi dalam Buku C adalah tidak
mencukupi seperti Buku A dan Buku B. Pembaca juga tidak boleh membuat nota ringkas di dalam buku.
Di sebaliknya, mereka perlu melekat kertas tambahan yang kecil seperti sticky note pada buku kerana
tiada ruang kosong. Bahkan, Buku C kelihatan kompleks kerana muka surat dipenuhi dengan perkataan
tanpa ruang kosong.
Jenis font dan saiz font adalah penting dalam sesuatu buku. Buku A, B dan C menggunakan font
Times New Roman yang jelas, kemas dan formal. Saiz font dalam Buku A dan Buku B adalah sesuai
dan mudah dilihat manakala saiz font dalam Buku C adalah terlalu kecil. Sekiranya Buku C dibaca
dalam jangka masa yang panjang, pembaca mungkin berasa pening dan penglihatan mata akan
merosot kerana saiz font adalah tidak sesuai. Jarak langkau Buku A dan Buku C adalah sesuai
manakala langkau Buku B adalah sempit jika dibandingkan dengan kedua-dua buku yang lain itu. Jarak
langkau yang sesuai membolehkan kami membaca tanpa berasa tertekan dan bosan kerana semua
perkataan tidak kelihatan sempit dalam ruang yang terhad.
Malahan, bagi aspek persembahan isi, pengarang Buku A memaparkan isinya melalui
perenggan dan butiran; pengarang Buku B menulis semua isi dalam bentuk perenggan yang panjang
manakala pengarang Buku C menulis isinya dalam bentuk butiran. Persembahan idea dalam bentuk
butiran adalah lebih sesuai kerana semua isi telah disusun dalam urutan yang tepat dan tidak
membosankan seperti isi yang ditulis dalam perenggan yang panjang lebar.
2.3 Kekuatan Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia oleh Mohd Razimi Husin, 2013.
Kekuatan Buku A jika dibandingkan dengan Buku B dan Buku C ialah pengenalan dalam Buku A adalah
lengkap dan merangkumi banyak aspek. Pengenalannya mengandungi kepentingan Islam dan tamadun
Melayu dan latar belakang tamadun Melayu. Selain itu, pengenalan tersebut memberi gambaran
tentang isi keseluruhan.
7
Kandungan adalah padat meliputi semua aspek. Terdapat isi dan maklumat tambahan yang lain
daripada kedua-dua buah buku. Perkataan yang mudah difahami digunakan. Kesalahan ejaan juga
sukar dijumpai.
Pengurusan grafik digunakan dalam Buku A adalah untuk mempamerkan isi utama dalam bab
tersebut dengan jelas dan mudah difahami. Selain itu, terdapat ruang di bahagian tepi sebagai sudut
maklumat tambahan. Oleh yang demikian, pembaca boleh menimba ilmu pengetahuan yang lebih serta
mampu membuat nota ringkas di ruang-ruang tersebut.
2.4 Kelemahan Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia oleh Mohd Razimi Husin, 2013.
Kelemahan Buku A ialah pengenalannya terlalu panjang walaupun maklumatnya lengkap. Pengenalan
yang panjang adalah membosankan dan seterusnya tidak dapat menarik perhatian pembaca.
Kandungan dalam buku adalah sekadar ilmu pengetahuan asas sahaja dan tidak terperinci
seperti kedua-dua buah buku yang lain. Sebagai contoh, dalam teori kedatangan Islam dari Arab,
pengarang tidak menceritakan peristiwa keseluruhan yang berlaku seperti aktivit perdagangan,
perkahwinan antara pedagang Arab dan wanita tempatan. Hal ini menyebabkan pembaca susah
mengukuhkan ingatan kerana tidak memahami proses secara menyeluruh.
Selain itu, bahagian rumusan adalah tidak lengkap jika dibandingkan dengan Buku B dan Buku
C kerana hanya merumuskan isi utama dalam bab tersebut tetapi tidak mempunyai sintesis supaya
pembaca boleh mengambil iktibar dan menyemai nilai-nilai daripada peristiwa sejarah yang lalu.
Tambahan pula, bilangan pengurusan grafik dan gambar rajah yang dimasukkan adalah tidak
mencukupi. Persembahan isi juga berada dalam bentuk perenggan yang panjang. Hal ini telah
menyebabkan buku dipenuhi dengan perkataan dan membosankan. Penyampaian maklumat juga tidak
berkesan kerana pembaca perlu mencari isi-isi penting dalam perenggan.
2.5 Penambahbaikan
Bilangan perkataan dalam pengenalan perlu dikurangkan, hanya isi-isi yang benar-benar penting dan
berkaitan dengan tajuk bab dikekalkan.
Isi boleh diubahsuai dengan mengkaitkannya dengan peristiwa yang terkini. Pengarang juga
boleh menceritakan peristiwa keseluruhan secara ringkas tetapi bukan sekadar memberikan fakta-fakta.
Dengan mengetahui seluruh proses, pembaca boleh memahami peristiwa sejarah dengan lebih
mendalam dan seterusnya menghayati jasa-jasa tokoh yang lalu. Oleh yang demikian, pembaca boleh
mengetahui sejarah di samping mengambil iktibar bahawa kesan-kesan sejarah adalah saling berkaitan
kepada kehidupan pada zaman kini.
8
Malahan, bahagian rumusan perlu diubahsuai. Sesuatu rumusan yang sempurna bukan sahaja
merumuskan setiap isi penting dalam bab tetapi mempunyai sintesis supaya pemaca boleh mengambil
iktibar daripada peristiwa sejarah yang lalu.
Bilangan pengurusan grafik dan gambar rajah perlu ditambahkan. Adalah lebih baik sekiranya
pengarang membuat pengurusan grafik untuk memberi gambaran keseluruhan pada permulaan setiap
subtopik supaya isi-isi penting difokuskan dan tidak hanya menulis isi-isi dalam perenggan yang
panjang dan membosankan.
Pengarang boleh berubah cara persembahan isi dan janganlah menulis dalam perenggan yang
panjang sahaja. Persembahan dalam bentuk butiran juga amat berkesan dan mampu memberi
gambaran yang jelas terhadap sesuatu perkara. Bahkan, pembaca boleh memperoleh idea baharu
dengan lebih mudah dan sistematik.
3.0 PENULISAN AKADEMIK
Isu : Interaktif Positif Tamadun China dengan Tamadun Malaysia
Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun China terletak di Lembah
Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan China. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan
Dinasti Chin pada tahun 221 SM. Dinasti Chin merupakan dinasti pertama di Tamadun China dan
berakhir pada 206 SM. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti
perluasan kuasa hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.
Tamadun ini telah diperkembangkan dan telah menyumbangkan kepada kegemilangan dalam beberapa
bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, sains dan teknologi dan sebagainya. Kegemilangan
tersebut membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi sumbangan kepada
kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini.
3.1 Politik dan Sistem Pentadbiran
Tamadun China memperkenalkan jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam yang dikenali Hon
Kao Tzu. Pegawai kerajaan yang dilantik mesti lulus peperiksaan awam. (Siti Bahriah, 2011). Di
Tamadun China, pemerintah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Raja harus mempunyai moral
yang baik dan sebagai pelindung kepada rakyat. Mandat akan ditarik balik oleh Tien (Maha Agung)
China melalui pelbagai bencana sekiranya raja tidak mempunyai sifat-sifat atau kelayakan yang
diperlukan. (Irene Bunsie Anak Bandang, 2012).
Sejak dari zaman Dinasti Chin, Tamadun China sudah mempunyai sistem pemerintahan yang
amat bersistematik dan teratur. Malaysia pula mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
9
Negara. (Isma Abadi, 2013). Pemerintah negara tidak mengabaikan kepentingan rakyat dan mempunyai
sikap terpuji yang boleh dicontohi oleh rakyat. Di samping itu, dengan sumbangan dan inspirasi
daripada Tamadun China, Malaysia mempunyai sistem peperiksaan tersendiri untuk melantik pegawai
kerajaan. Calon-calon harus lulus peperiksaan atau temu duga serta mempamerkan sikap yang baik.
3.2 Hubungan Diplomatik
Menurut Mohammad Syamsul Izwan (2009), hubungan diplomatik negara China dan Melayu semakin
berkembang khususnya pada zaman Dinasti Yuan dan Ming serta zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Laksamana Yin Ching telah mengetuai rombongan Melaka membawa permintaan Parameswara kepada
Maharaja China untuk memohon bernaung di bawah perlindungan China. Maharaja China menerima
pertuanan tersebut dengan syarat Melaka membayar ufti kepada China. (Mohd Razimi Husin, 2013).
Selain itu, pada abad ke-15, angkatan kapal dan diplomasi pimpinan Laksamana Cheng Ho singgah di
Melaka pada zaman Dinasti Ming. Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan
Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka dan dianugerahkan alat kebesaran seperti cap
mohor, pakaian sutera dan sekaki payung kuning. Walau bagaimanapun, Melaka dikehendaki
membayar ufti sebagai menerima pertuanan China. Peristiwa lain yang menunjukkan hubungan
diplomatik antara Tamadun China dengan Tamadun Malaysia ialah Melaka telah memohon
perlindungan daripada ancaman Siam. Melaka mengadu tentera Siam telah dihantar ke Melaka dan
merampas cap kempa. Oleh yang demikian, Maharaja Ming mengarahkan Siam mengembalikan cap
kempa empayar kepada Melaka. Kemudian pada 1409 Cheng Ho diutuskan pergi ke Siam untuk
menegah persengketaan antara Siam-Melaka.
Hubungan tamadun Malaysia dan China semasa Dinasti Ming mencapai puncak hubungan
diplomatik yang halus dan teratur, baik hubungan politik mahupun hubungan perdagangan dan
kebudayaan. (Liang Liji, 1996). Negara kita telah mendapat perlindungan daripada China bagi
mengelakkan ancaman kuasa asing. Bukan itu sahaja, kedatangan Laksamana Cheng Ho
menyebabkan kewujudan Bukit Sam Po, Perigi Sam Po dan Tokong Sam Po di Melaka. Di samping itu,
wujudnya pelbagai entik seperti Baba-Nyonya dalam kaum Melayu berdasarkan perkahwinan antara
orang Cina dan orang Mekayu. Hubungan diplomatik menyemai sifat keterbukaan antara kedua-dua
tamadun. Pada tahun 1993, Persatuan Persahabatan China-Malaysia (PPCM) berjaya ditubuhkan di
Beijing. Pada tahun 2008 dan 2013, gempa bumi yang amat menakutkan berlaku di Sichuan, China.
Pada masa tersebut, negara Malaysia telah menghulurkan bantuan kepada China dari segi kewangan,
iaitu sumbangan berjumlah RM1 juta dan kerja-kerja pembinaan semula bandar Ya'an. (Berita Harian,
2013). Pada tahun 2014 berlakunya tragedi kapal terbang MH370 yang disangka terhempas di Lautan
Hindi. Negara China telah melibatkan diri secara aktif dalam operasi mencari serpihan pesawat di lokasi
10
tersebut. Bedasarkan Berita Harian (2014), Kapal Tentera Laut China Jinggangshan yang membawa
dua helicopter tiba di kawasan pencarian baharu pesawat MH370 di Lautan Hindi.
3.3 Ekonomi
3.3.1 Perdagangan
Catatan Geografi menjelaskan pelayaran utusan Maharaja Wu Di (140-87 SM) ke India melalui
Semenanjung Tanah Melayu. Di samping pelayaran itu, mereka melakukan perdagangan dan
perniagaan kaedah sistem barter dengan negeri-negeri di Asia Tenggara dan Asia Selatan. (Liang Liji,
1996). Jalan Darat yang dikenali Jalan Sutera Darat digunakan untuk berdagang dengan Barat
manakala Jalan Laut digunakan untuk berdagang dengan negara luar. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, pelabuhan Melaka yang mempunyai kedudukan geografi yang strategik dan dilengkapi dengan
kemudahan menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat semasa menunggu
pertukaran angina monsun. (Jumali, 2012). Oleh yang demikian, pedagang China singgah di pelabuhan
dan menjalankan perdagangan. China membekalkan kain sutera, seramik, gula, tembikar, logam dan
teh cina manakala memperoleh bijih, tembaga, gaharu dan rempah ratus daripada Tanah Melayu.
Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan diperdagangkan ke
pelabuhan Melaka. Penemuan tembikar China di beberapa tapak pelabuhan kerajaan awal adalah bukti
perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.
Oleh yang demikian, pada zaman kini, rakyat Malaysia berpeluang memakai pakaian yang
diperbuat daripada kain sutera. Selain itu, perindustrian membuat tembikar, seramik dan seni ukir China
telah diwarisi dan menjadi salah satu jenis kemahiran orang Cina di Malaysia. Perdagangan antara
China dan Malaysia mengembangkan kesenian seramik di Malaysia kerana seramik seladon dan
tembikar biru-putih telah dihasilkan.
3.3.2 Pertanian
Sejak zaman Dinasti Shang dan Dinasti Han, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan
pertanian. Oleh yang demikian, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas. Terusan-terusan
dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini
telah diteruskan pada zaman Dinasti Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah
terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Sistem
penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan. Pada zaman Dinasti Shang, kawasan
bukit ditereskan untuk pertanian. Kolar kuda dicipta dan digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala
kayu, kereta sorong dan penyisir tanah. Maharaja Qin yang bergelar Maharaja Kangxi dan Qianlong
telah memperkenalkan teknik penanaman bahru yang dipelajari daripada orang Barat. (Ahmad Zaki
Abd. Latiff et al., 2012)
11
Pembangunan dalam sektor pertanian menyumbang kepada kemajuan teknologi pembajakan
serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani mula menggunakan batas untuk tujuan
penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat
pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi. Pencapaian Tamadun China
memberi inspirasi kepada Tamadun Malaysia untuk mengubah teknik-teknik penanaman dan
menggunakan alat yang lebih maju. Malaysia telah mengimport mesin pembajakan daripada China
untuk memudahkan pertanian. Hal ini amat menjimatkan masa dan tenaga manusia, di samping
meningkatkan hasil tanaman.
3.3.3 Kemudahan Pengangkutan
Di Tamadun China, perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem
perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat pengangkutan
kereta kuda dan kereta lembu. Oleh yang demikian, bagi memajukan ekonomi Malaysia, pengangkutan
darat seperti jalan raya dan lebuh raya telah ditubuhkan. Selain itu, jalan air juga digunakan untuk
mengangkut kayu balak. Dengan kemajuan teknologi, alat pengangkutan seperti kapal dan lori boleh
digunakan untuk mengangkut barang secara besar-besaran dan menjimatkan masa.
3.4 Kepercayaan dan Falsafah
Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaan yang boleh memberikan kesejahteraan,
kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Tuhan orang Cina banyak digambarkan dalam bentuk dewa-
dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu
mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.
Dalam Tamadun China, masyarakat Cina mengamalkan konsep penyembahan kepada roh
nenek moyang. Oleh yang demikian, wujudnya festival Qing Ming pada bulan April, di mana masyarakat
Cina akan menziarahi kubur dan upacara sembahyang diadakan. Sehingga pada hari ini, orang Cina di
Malaysia juga mengamalkan amalan ini dan secara tidak langsung, sikap taat kepada ibu bapa disemai
pada generasi muda dan mereka akan menghargai jasa nenek moyang pada masa dahulu.
Falsafah Toeisme, Legalisme dan Konfusianisme menjadi rujukan ahli falsafah moden. Ajaran
Konfusianisme merupakan ajaran yang paling banyak diperkatakan dan menjadi teladan bagi
kebanyakan masyarakat Cina dan masyarakat lain. Ajaran tersebut menekankan amalan nilai dan sifat
moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan, kesusilaan dan ketaan kepada ibu bapa.
Ajaran Konfusius diketengahkan di Malaysia kerana selari dengan beberapa aspek kehidupan
terutamanya kepada masyarakat Cina. Menurut ajaran Konfusius, Raja perlu mempunyai moral yang
baik dan menjalinkan hubungan baik dengan rakyat. Dalam ajaran Islam, penekanan hubungan erat
antara rakyat dan pemerintah juga diutamakan. Dalam Rukun Negara Malaysia, rakyat perlu setia
12
kepada raja. Kesetiaan warganegara mampu memantapkakn kedaulatan dan kedudukan negara di
pentas dunia dari segi politik dan ekonomi.
3.5 Pendidikan
3.5.1 Sistem Peperiksaan
Masyarakat China amat menyanjungi pendidikan negara kerana terdapat sistem peperiksaan. Sistem
peperiksaan di China dinamakan Peperiksaan Awam China. Peperiksaan awam ini dibahagikan kepada
3 tahap iaitu Hsiu Tai, Chun Jen dan Chin Shih. Matlamat sistem peperiksaan di China adalah untuk
lulus peperiksaan awam untuk menjadi pegawai kerajaan.
Sistem peperiksaan awam diperkenalkan dalam pendidikan di Malaysia dan diamalkan hingga
hari ini. Contoh sistem peperiksaan awam di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia. Tujuan peperiksaan ini diakankan adalah untuk menguji tahap penguasaan
pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan awam berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
3.5.2 Sistem Bahasa dan Sistem Tulisan
Tamadun China kaya dengan bahasa kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama. Perbezaan loghat dari segi bunyi, sebutan dan pertuturan adalah ketara di tempat-tempat
tertentu. Pada zaman kini, penggunaan bahasa umum di China ialah PutongHua atau Hanyu. Negara
Malaysia yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum turut mempunyai pelbagai bahasa. Antaranya
ialah Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa rasmi di Malaysia ialah Bahasa Melayu
yang wajib dipelajari oleh setiap warganegara di sekolah rendah dan menengah.
Selaras dengan perkembangan bahasa, sistem tulisan turut muncul. Tulisan Tamadun China
pada zaman dulu ialah piktograf, iaitu gambaran yang membawa maksud. Tulisan Cina tidak bersifat
fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Tulisan Cina atau Hanzi merupakan tulisan tertua di dunia. Orang
Cina di Malaysia menggunakan tulisan Hanzi dalam penulisan.
Pelbagai karya kesusasteraan seperti puisi, sajak dan prosa telah dihasilkan. Sebagai contoh
karya The Art War dihasilkan oleh Sun-Tzu membincangkan strategi peperangan yang menyediakan
negara untuk log peperangan dan kegunaan pengintip serta propaganda. Pada zaman kini, rakyat
Malaysia turut membaca karya tersebut dan mengaplikasinya dalam perniagaan.
3.6 Perkembangan Sains dan Teknologi
3.6.1 Kertas
Pada kurun ke-2 SM, kertas telah dicipta oleh Cai Lun. Kenyataan bahawa kertas terawal diperbuat
daripada kulit pokok papyrus sesungguhnya tidak benar. Kulit pokok mulberi, kain buruk, tali dan
13
sebagainya merupakan bahan utama dalam proses pembuatan kertas. Teknologi membuat kertas telah
menyumbangkan dalam bidang penulisan di Malaysia. Hal ini jelas ditunjukkan apabila ulama mampu
merekod urusetia istana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
3.6.2 Serbuk Letupan
Menjelang kurun ke-7, orang Cina menggunakan serbuk letupan untuk permainan bunga api. Teknologi
membuat serbuk letupan diaplikasikan dan berjaya menghasilkan bom yang digunakan untuk tujuan
peperangan pada zaman kini.
3.6.3 Kompas
Pengetahuan kompas diperoleh apabila para saintis Cina telah mendapati bahawa terdapat sesetengah
besi yang berkutub akan menunjukkan ke arah utara-selatan apabila digantung bebas dengan tali.
Penciptaan kompas membawa revolusi pelayaran dan pengembaraan pada zaman kini. Kapal layar dan
kapal terbang banyak bergantung kepada penggunaan kompas.
3.6.4 Percetakan
Percetakan awal telah diperkenalkan oleh bangsa Cina pada kurun ke-8 M dengan menggunakan blok
kayu daripada jenis pear, boxwood, pokok deciduous, dakwat dan kertas. (Dr, Rozeyta Omar, 2002).
Bahan-bahan yang ingin dicetak, diukirkan pada permukaan kayu dan disentuhkan pada kertas dengan
berhati-hati. Teknologi ini menyumbangkan dalam menghasilkan buku-buku agama Buddha dan buku-
buku Konfusius secara besar-besaran.
3.6.5 Kalendar
Ilmu astronomi dan matematik terhadap gerak geri matahari dan bulan menghasilkan kalendar yang
mengandungi unsur-unsur feng-shui dan sebagainya. Pada zaman kini, kalendar masih digunakan oleh
masyarakat setiap hari.
3.7 Perkembangan Bidang Perubatan
Ilmu sains dan teknologi dalam bidang alkimia menyumbang kepada perkembangan bidang perubatan.
Alkimia ialah cara perubatan bagi mencapai kehidupan yang lebih lama. Alkimia melibatkan
pengetahuan yin (darah) dan yang (nafas). Terdapat satu teknik terapeutik yang dikenali sebagai
akupunter dan mokibusi. Kebanyakan orang tidka yakin akan perubatan Barat. Oleh itu, ilmu perubatan
tradisional China yang berasakan penggunaan herba masih menjadi rujukan pada hari ini.
3.8 Budaya
3.8.1 Seni Bina
Kayu merupakan bahan binaan struktur utama yang juga sebagai medium kesenian seperti ukiran,
lukisan dan perhiasan tradisional. Struktur bangunan diperbuat daripada kepingan kayu yang
14
disambung dengan rekaan cantuman yang khas tanpa dipaku dan dibebat. Di Malaysia, Istana Lama
Seri Menanti yang terletak di Negeri Sembilan juga dibina tanpa menggunakan paku.
Terdapat 4 ciri bangunan yang menunjukkan identiti seni bina China, iaitu Dagoba, Pagoda,
Pavilion dan Stupa. Contoh seni bina Pagoda di Malaysia dapat dilihat pada reka bentuk bumbung
Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera di Melaka.
Tembok Besar Cina yang ditubuhkan pada Dinasti Chin bertujuan untuk mengelakkan ancaman
musuh. Pada zaman kini, Tembok Besar Cina telah menjadi tempat pelancongan yang menarik dan
diperkenalkan sebagai salah satu keajaiban dunia. Ramai rakyat Malaysia yang melancong ke China
setiap tahun. Perbuatan tersebut meningkatkan ekonomi dan sektor perlancongan negara.
3.8.2 Seni Kaligrafi dan Lukisan
Seni kaligrafi muncul sebagai seni halus yang agung sejak abad ke-3 SM. (Rozeyta Omar, Suaibah Abu
Bakar, Syaharizatul Noorizwan Muktar, 2002). Kaligrafi Cina merupakan seni yang menggunakan berus
Cina. Kaligrafi ini telah digunakan selama 4000 tahun dalam penulisan dan masih menjadi kebanggaan
masyarakat Cina pada hari ini. Kesenian ini digunakan pada kain sutera sama ada untuk membuat
pakaian, bahan tontonan umum atau untuk menyampaikan mesej tertentu.
Tulisan kaligrafi Cina telah menjadi kemahiran rakyat di Malaysia tanpa mengira bangsa dan
agama. Pertandingan menulis kaligrafi diadakan setiap tahun, terutamanya semasa perayaan Tahun
Baru Cina. Pertandingan tersebut dikategorikan kepada kumpulan berbangsa Cina dan bukan
berbangsa Cina. Hal ini membolehkan rakyat Malaysia lebih memahami budaya kaum lain dan
menyemai sifat keterbukaan. Perpaduan kaum turut dipupuk dalam kalangan masyarakat. Tulisan
kaligrafi dimodifikasi dengan penambahan unsur-unsur lukisan Cina. Tokoh Kaligrafi yang terkenal di
Malaysia ialah Lim Shu Poh. Dia telah mengetuai Persatuan Kaligrafi Malaysia, sesebuah persatuan
NGO. Dengan mengadakan seminar-seminar kaligrafi, budaya ini boleh diwarisi oleh generasi muda.
3.8.3 Muzik
Muzik klasik Cina adalah antara muzik yang paling lama dan berkembang pesat dalam dunia ini. Sistem
melodi muzik Cina klasik dalah kompleks. Alat-alat muzik boleh dikategorikan mengikut bahan akustik
digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Seni muzik klasik Cina juga diwarisi oleh rakyat Cina
Malaysia, di mana kebanyakan sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) menubuhkan Persatuan
Orchestra Cina dan dijadikan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Pertandingan antarabangsa
seperti Malaysia Chinese Orchestra Competition 2012 diadakan di Selangor pula mengilap bakat
generasi muda yang berminat dalam muzik klasik ini.
Industri Muzik di China juga berkembang dengan maju. Ramai artis baharu atau kumpulan
penyanyi yang ditubuhkan mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia. Ramai artis Malaysia menjadi
popular apabila mereka menyertai pertandingan menyanyi di China. Sebagai contoh, Shila Hamzah
15
telah menyertai Pertandingan “I’m Singer” yang disiarkan di China dan mendapat sokongan daripada
penonton China. Hal ini akan dapat meningkatkan ekonomi negara China dan Malaysia.
3.8.4 Sukan dan Permainan
Seni mempertahankan diri seperti Wushu, Kung Fu, Tai Chi telah dipelajari oleh rakyat Malaysia. Wushu
juga dijadikan sebagai salah satu pertandingan Sukan Olimpik. Negara Malaysia mempunyai wakil
Wushu yang mampu bertanding di persada dunia. Permainan China seperti mahjong juga dimainkan
oleh orang Cina di Malaysia terutamanya pada perayaan Tahun Baru Cina.
3.8.5 Makanan dan Hari Perayaan
Terdapat pelbagai jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu
seperti tauhu, kicap, tauge dan sebagainya. Orang Cina di Malaysia merayai hari perayaan seperti
Festival Kuih Bulan, Festival Dumpling dan Festival Winter Solstis. Semasa festival tersebut, orang Cina
akan makan makanan tradisional seperti kuih bulan, kuih bola, dumpling dan sebagainya bagi
memeriahi festival tersebut. Orang Cina turut mematuhi segala pantang larang kerana dipercayai
durjana akan dialami sekira melanggar pantang larang tersebut.
4.0 REFLEKSI
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan WAJ 3101 Tamadun Islam dan
Tamadun Asia yang diamanahkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah saya, Tn. Hj. Zakaria Bin Nasirudin kerana sudi menerangkan aspek-aspek kerja
kursus ini yang harus dicapai dengan teliti dan terperinci. Beliau menghulurkan bantuan kepada saya
serta meluangkan masa untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan penuh sabar.
Setelah menerima taklimat kerja kursus ini, saya berasa agak bimbang kerana saya tidak
memahami kehendak soalan iaitu penulisan ulasan kritis. Saya tidak mempunyai pengalaman berbuat
sedemikian. Oleh yang demikian, saya telah bertanya pensyarah untuk mendapat penyelesaian. Saya
dapati saya perlu mencari buku teks TITAS yang lain sebagai sumber rujukan dan membuat banding
beza antara kandungan dalam buku-buku tersebut. Saya mengadakan perbincangan dengan rakan
saya sekira saya tidak memahami bahagian tertentu. Selain itu, saya mencari maklumat tambahan di
pusat sumber dan melayari lawan web untuk mendapatkan panduan bagi memudahkan saya membuat
ulasan kritis. Saya melakar draf berkaitan tentang kandungan, kekuatan dan kelemahan buku. Setelah
menyiapkan ulasan kritis, saya juga mengemukakan pendapat saya untuk menambahbaik kandungan
buku teks.
Semasa saya membuat ulasan kritis saya, saya telah menganalisis kandungan yang terdapat
dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan mencari sumber rujukan tambahan yang relevan
untuk membuat perbandingan. Akhirnya, saya mendapati bahawa kandungan dalam buku tersebut agak
16
ringkas tetapi mudah difahami. Dengan menjalankan tugasan ini, saya mengambil iktibar bahawa untuk
memahami sesuatu tajuk dengan mendalam, kita perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber dan
tidak hanya memberi fokus pada satu buah buku sahaja. Di samping itu, saya juga memahami setiap
buku mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing yang telah merefleksikan kehidupan
manusia. Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa memajukan diri, memantapkan kekuatan diri dan
mencari jalan memperbaiki kelemahan diri.
Kekuatan yang dapat saya kenalpasti ialah saya dapat berkomunikasi dengan baik semasa
mengadakan perbincangan dengan rakan. Saya memberi komitmen yang tinggi dan sudi berkongsi
maklumat dengan rakan. Selain itu, saya berkemampuan untuk mendapatkan sumber maklumat yang
berbagai. Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya telah menghadapi banyak masalah. Bagi
mendapatkan maklumat, saya perlu berjalan kaki ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku yang
bersesuaian dengan tajuk yang dipilih. Pada masa yang sama, saya terpaksa bersaing dengan rakan-
rakan lain kerana sumber buku yang sedia ada di perpustakaan agak terhad dan tidak dapat
menampung bilangan pelajar yang ramai. Oleh itu, saya berkunjung ke perpustakaan awam dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Kelemahan saya ialah saya tidak dapat
membahagikan masa dengan sempurna dan menyiapkan kerja kursus ini pada akhir masa.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya sedar bahawa penubuhan sesuatu
tamadun bukanlah usaha yang senang. Saya haruslah mencontohi tokoh-tokoh Tamadun China kerana
mereka telah berjaya membangunkan Tamadun China sehingga mencapai kegemilangan. Maharaja
China mentadbir negara dengan cara tersendiri. Bagi memastikan sistem pentadbiran yang sistematik,
Maharaja China mencipta sistem peperiksaan bagi memilih pegawai kerajaan yang berkualiti. Tokoh-
tokoh Tamadun China juga mempunyai ciri-ciri seperti berinovatif, kreatif, berfikiran kritis dan gigih
berusaha. Mereka telah mencipta pelbagai jenis alatan bagi memudahkan kehidupan masyarakat pada
zaman dahulu dan zaman kini. Mereka cinta akan ilmu dan berusaha sehingga mencapai
kecemerlangan diri. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, saya akan
mempraktikan dan mengamalkan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan harian. Saya juga akan
menyampaikan nilai-nilai tersebut kepada anak murid saya pada masa yang akan datang.
Sebagai seorang bakal guru, saya akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Saya juga
akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan serta mengamalkannya dengan berkesan
supaya dapat menjadi teladan kepada anak murid. Dengan mengkaji peristiwa sejarah, saya telah
mengambil iktibar bahawa kesilapan haruslah diperbaiki dan elak daripada mengulanginya. Saya juga
akan menghargai dan menghayati jasa tokoh-tokoh dahulu. Secara kesimpulan, saya akan berusaha
bersungguh-sungguh supaya menjadi seorang guru yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial supaya disanjung tinggi oleh anak murid saya pada suatu hari nanti.
17
5.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Berita Harian. (2013). Kerajaan Malaysia beri bantuan bencana RM1 juta kepada daerah Ya'an.
Didapatkan 29 Mac, 2014, daripada Berita Harian Online:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanMalaysiaberibantuanbencanaRM1jutakepad
adaerahYa_an/Article/index_html
Berita Harian. (2014). MH370: Kapal China mula cari serpihan pesawat di lokasi. Didapatkan 29 Mac,
2014, daripada Berita Harian Online:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_KapalChinamulacariserpihanpesawatdilokas
i/Article/index_html
Irene Bunsie Anak Bandang. (2012). Persamaan dan perbezaan antara tamadun. Didapatkan 29
Mac, 2014, daripada Slideshare: http://www.slideshare.net/IreneBunsie/persamaan-n-
perbezaan
Isma Abadi. (2013). Sistem pemerintahan di Malaysia pada sebelum dan selepas merdeka.
Didapatkan 29 Mac, 2014, daripada [email protected]: http://wwwjelai-
isma.blogspot.com/2013/10/sistem-pemerintahan-di-malaysia-pada.html
Jumali. (2012). Faktor Melaka sebagai pusat perdagangan. Didapatkan 29 Mac, 2014, daripada
Wordpress: http://fastnote.wordpress.com/faktor-melaka-sebagai-pusat-perdagangan/
Liang, Liji. (1996). Lembaran sejarah gemilang hubungan empayar Melaka - Dinasti Ming abad ke-15.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Razimi Husin. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof Ibrahim, Muhammad Bukhari Ahmad, Rosnanaini
Sulaiman. (2012). Sejarah tingkatan 4 buku teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozeyta Omar, Suaibah Abu Bakar, Syaharizatul Noorizwan Muktar. (2002). TITAS II Beberapa aspek
Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Siti Bahriah. (2011). Sejarah TG4-bab 2 peningkatan tamadun. Didapatkan 29 Mac, 2014,
daripada Sejarah: http://sitibahriahsejarah.blogspot.com/2011/01/sejarah-tg4-bab-2.html
18