Titas Assignment

7
Tokoh Al-Biruni Nama sebenar beliau ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Beliau dilahirkan pada tahun 362 Hijrah bersamaan 973 Masihi di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera- putera Ma’muniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma’muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar ‘Khawanizini’ kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawanizin. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian ilmuwan Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, "Abu Raihan Muhammad ibn Al- Biruni digelar sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik,

description

kERJA KURSUS INI KHASNYA TENTANG TOLOH AL-BIRUNI

Transcript of Titas Assignment

Tokoh Al-BiruniNama sebenar beliau ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Beliau dilahirkan pada tahun 362 Hijrah bersamaan 973 Masihi di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Mamuniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Mamuniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar Khawanizini kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawanizin. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian ilmuwan Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, "Abu Raihan Muhammad ibn Al-Biruni digelar sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik, ilmu fizik, geografi , dan sejarah. Beliau mungkin sesuai dan paling menonjol dalam peneraju zaman keemasan ilmu pengetahuan Islam." Pengakuan yang sama juga dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Sir JN Sircar. Beliau menulis "Hanya sedikit yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang sedikit itu yang terbesar di Asia adalah Al-Biruni, sekaligus ahli falsafah dan ilmuwan. Beliau pakar dalam kedua bidang tersebut. Beliau adalah antara orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden. Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, beliau telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Beliau juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Melaui sumbangan beliau dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan, beliau adalah tokoh yang sesuai untuk dijadikan teladan bagi untuk saya berjaya kerana beliau bukan sahaja mendalami ilmu agama tetapi juga mendalami ilmu fizik, astronomi, matematik dan lain lain. Sebagai seorang guru matapelajaran bahasa inggeris, saya tidak semestinya mendalami ilmu bahasa inggeris sahaja tetapi perlu juga mendalami ilmu pengetahuan yang lain agar dapat menjadi seorang guru yang berpengetahuan tinggi. Selain daripada itu, saya juga kagum dengan Al-Biruni kerana mendapat pujian daripada ilmuwan barat kerana orang barat sangat sukar memberi pujian kepada tokoh islam. Masyarakat islam pada masa kini perlu menjadi masyarakat yang berpengetahuan luas agar dapat menaikkan nama Islam. Hal ini kerana pada masa kini, masyarakat islam sentiasa dibunuh, dicerca dan sehingga ada orang mengalami islamofobia. Salah satu cara menaikkan nama islam adalah menjadi masyarakat yang berpengetahuan. Sebagai seorang guru, saya akan cuba menerapkan nilai membaca kepada anak murid saya agar menjadi orang yang berpengetahuan luas dan tinggi. Kepakaran Al-Biruni dalam pelbagai bidang dan meletakkan diri beliau antara sarjana yang teragung dalam dunia Islam. Minat dan kecenderungan untuk mempelajari serta memperluaskan dimensi ilmu pengetahuan mendorong beliau merantau ke luar negara. Walaubagaimanapun, beliau ditawan oleh Sultan Mahmood Al-Ghaznawi semasa berada di India dan ditugaskan di istana sebagai seorang ulama. Kesempatan berada di India tidak dipersia-siakan, beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Buktinya beliau telah menulis beberapa buku yang berkaitan dengan masyarakat India dan kebudayaan India. Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian. Saya amat kagum dengan kecenderungan Al-Biruni dalam mempelajari ilmu pengetahuan sehingga sanggup merantau ke luar negara. Melihat kesungguhan tokoh al-Biruni dalam mengejar ilmu pengetahuan, ia membangkitkan semangat saya untuk cuba sedaya upaya menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku dan juga menghadiri kelas kelas yang terbuka. Selain daripada itu, saya juga kagum dengan Al-Biruni kerana mengambil kesempatan semasa di India untuk mempelajari bahasa Sanskrit, agama dan falsafah India. Di Malaysia terdapat tiga kaum yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Tidak salah jika kita sebagai warganegara Malaysia mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa mereka dan juga mempelajari agama mereka seperti tokoh Al-Biruni. Dengan mempelajari bahasa dan mengenali agama mereka, kita akan dihormati. Secara tidak langsung juga ilmu pengetahuan kita tentang bangsa lain juga akan bertambah. Tokoh al-biruni dapat dijadikan teladan kepada masyarakat di Malaysia bahawa tidak salah untuk mengenali agama mereka dan mempelajari bahasa mereka. Secara tidak langsung juga perpaduan dapat dieratkan. Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Walaupun beliau dipenjarakan, tetapi beliau masih lagi menuntut ilmu dan juga mampu menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Tokoh al-Biruni menunjukkan contoh yang baik iaitu beliau tidak suka membuang masa dan beliau tidak membenarkan sebarang halangan untuk menuntut ilmu. Sikap yang ada pada al-Biruni wajar dicontohi kerana akan melahirkan individu yang Berjaya dan juga masyarakat yang berjaya. Sikap beliau juga menunjukkan bahawa kita boleh menuntut ilmu di mana mana sahaja selagi kita yang mahu. Sikap beliau juga telah membangkitakan semangat saya untuk menuntut ilmu dimana sahaja kita berada. Selain itu, saya juga tidak membenarkan sebarang halangan untuk saya tidak menuntut ilmu walaupun dengan keadaan yang tidak selesa. Akhir sekali, saya akan tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Keilmuannya Al-Biruni tidak dapat disangkal lagi. Antara pencapaian Al-Biruni ialah ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari. Ketika beliau berusia 22, beliau menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections), kartografi, yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik (plane mathematics). Ketika berusia 27 tahun, beliau telah menulis buku bertajuk Kronologi yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah. Umur juga tidak menjadi halangan kepada Al-Biruni untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah diselesaikan lagi. Saya berasa kagum dengan al-Biruni dalam kegigihan menyelesaikan masalah. Perkara yang sukar begitu beliau lakukan dalam usia yang begitu muda iaitu 17 tahun dan umur 22 tahun berjaya membuat pengkaedahan dalam matematik. Melihat kehebatan tokoh al-Biruni saya ingin jadikan teladan kepada diri saya bahawa umur bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu. Jadi saya bertekad untuk memegang PHD sebelum umur saya mencecah 30 tahun. Saya akan bersungguh sungguh untuk mencapai cita cita saya. Para penulis riwayat hidup menggambarkan ilmuan itu tidak pernah melepaskan pena dari tangannya, atau mengalihkan mata dari sebuah buku, dan fikirannya selalu terarah pada pembelajarannya. Saat ia menanggung bisa kesakitan di ranjang menjelang kematiannya, seorang ahli fiqih datang menjenguknya. Al-Biruni dengan segala penyakit dan penderitaannya menganggap bahawa ini merupakan kesempatan baik baginya untuk menanyakan berbagai masalah yang berkaitan dengan hukum, lalu dia pun menanyainya. Ahli fiqih itu terkejut menyaksikan perbuatannya, lalu berkata, Saya fikir saat ini bukan waktunya bagi anda untuk bertanya dan membahas ilmu pengetahuan. Al-Biruni dengan suara lemah menjawab, Aku berfikir akan lebih baik sekiranya aku mengetahui masalah ini kemudian aku meninggal dunia, daripada aku tidak mengetahuinya kemudian meninggal. Melihat peristiwa ini, ia menunjukkan bahawa beliau sangat cintakan ilmu dan mempunyai sikap jika tidak tahu, maka perlu bertanya. Selain itu peristiwa ini juga mengajar saya bahawa walaupun sakit, ia juga tidak menghalang untuk menuntu ilmu. Saya akan cuba mencontohi sikap beliau dalam kehidupan seharian sehabis baik. Akhir sekali, melalui peristiwa itu saya juga mengetahui bahawa jika kita tidak pasti tentang sesuatu, kita perlu bertanya. Sikap ini akan saya praktikkan dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, melaui sikap al-Biruni yang tidak pernah cemuh dalam menuntut ilmu amatlah disuruh dalam islam. Buktinya dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W Tuntutlah ilmu sejak buaian ibu hingga ke liang lahad. Hadis ini menunjukkan bahawa islam sangat mendorong penganutnya belajar dan menguasai ilmu pengetahuan tidak kiralah usianya muda ataupun tua.