Titas Grouping
-
Upload
erman-hayyani -
Category
Documents
-
view
411 -
download
8
Transcript of Titas Grouping
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN
SIDANG 2012/2013 (SEMESTER 2)
HTU 223/2: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Nama Pensyarah: Dr Suhaila Abdullah
TAJUK: 6. ISLAMOPHOBIA
Nama Ahli Kumpulan No Matrik
1. Herman bin Hasim 113229
2. Abang Mohamad Borhan b. Abang Mouhammad Hashim 117607
3. Azrul Aminul Rashid bin Mohd. Ali 113224
4. Badrul Hisham bin Shahid 113225
5. Muhamad Nadzrin bin Mohamed
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Pengenalan 3
Faktor terjadunya Islamophobia 4
Islamophobia di Barat 5
Islamophobia di Asia 6
Kesan-Kesan Islamophobia 9
Kesimpulan 11
Rujukan 13
2
PENGENALAN ISLAMOPHOBIA
Islamophobia ialah suatu perasaan sangsi atau kebencian atau takut terhadap orang-
orang Islam. Perkataan ‘Islamophobia’ kian meluas semenjak berlakunya peristiwa serangan 11
September 2001 ke atas negara Amerika. Di sini kami mengemukakan beberapa contoh
Islamophobia yang berlaku di barat juga di asia.
Semakin lama jika kita perhatikan semakin banyak kes-kes Islamophobia yang berlaku di
dunia Barat. Pelbagai insiden penghinaan samada di Amerika ataupun di Eropah terhadap agama
Islam dan umat Islam. Ianya seolah segala keburukan dan kejahatan itu datangnya daripada
ajaran agama Islam. Undang-undang diwujudkan bagi menyekat hak umat Islam dan ia tidak di
anggap melanggar hak asasi manusia. Islamophobia didefinasikan sebagai kontroversi yang
merangkumi prasangka dan diskriminasi terhadap Islam. Islamophobia juga merupakan satu
bentuk “NEOLIGISME” yang merujuk kepada diskriminasi atau prejudis terhadap orang Islam
dan agama Islam. Ianya juga diberi maksud ketakutan yang berlebih-lebihan terhadap Islam
namun disebaliknya ia digunakan untuk menunjukkan sikap berat sebelah dan prasangka buruk
terhadap orang islam. Istilah Islamophobia mula digunakan pada tahun 1980-an dan menjadi
popular selepas serangan di Amerika Syarikat pada11 September 2001. Terdapat juga yang
mendefinisikan Islamophobia sebagai rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada
pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan yang berkaitan dengan Islam. Pelbagai andaian
timbul berkenaan agama Islam semenjak itu. Antara persepsi negatif orang yang bukan beragama
islam terhadap agama Islam adalah di manaIslam merupakan agama yang menggalakkan
keganasan, Islam mengamalkan diskriminasi terhadap wanita dan Islam merupakan agama yang
ketinggalan zaman. Persepsi-persepsi buruk ini berleluasa kerana peranan media barat yang
sering memburuk-burukkan agama Islam, sedangkan agama Islam adalah agama yang mencintai
keamanan. Malah, agama Islam juga yang membela kaum wanita. Sebagaimana kisah pada
zaman jahiliyyah yang membunuh anak-anak perempuan kerana menganggap anak perempuan
adalah satu keaiban bagi mereka. Kemudian, kemunculan agama Islam mengubah amalan
tersebut dengan menaikkan martabat seorang wanita. Pada tahun 1997, Badan Amanah
Runnymede mentakrifkan Islamophobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam justeru itu
3
membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam. Selain itu, ia juga merujuk kepada
amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi,
sosial dan kehidupan masyarakat. Islamophobia juga termasuk persepsi bahawa Islam
mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan
mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali sebagai satu agama mulia. Mungkin
benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia.
Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, yang merentasi pelbagai agama, boleh dijadikan alasan
untuk dunia menyerang semua orang dalam agama itu? Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah,
inilah yang berlaku terhadap orang Islam. Hanya kerana propaganda AS yang tidak henti-henti
bercakap mengenai pengganas Al-Qaeda, yang jumlahnya mungkin tidak sampai 0.1 peratus pun
daripada jumlah umat Islam, satu stereotaip dilemparkan kepada orang Islam.
FAKTOR TERJADINYA ISLAMOPHOBIA
Terdapat dua faktor mengapa terjadinya Islamophobia iaitu faktor luaran dan faktor
dalaman. Antara faktor luaran yang menyebabkan hal ini berlaku adalah penghijarahan orang
Islam ke negara majoriti bukan Islam yang memberi implikasi kurangnya peluang pekerjaan
untuk rakyat negara tersebut. Selain itu, kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam
mengenai Islam seterusnya Islam dilihat sebagai menggugat gaya hidup dan suatu agama yang
ganas. Tidak dapat dinafikan tragedy serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat
sememangnya memberi impak dan kesan yang sangat besar sehingga Islamophobia telah
menular luas khususnya di Eropah. Antara faktor luaran yang lain pula ialah terdapat gerakan-
gerakan Islamophobia yang menyokong dari segi dana dan sanggup membayar puluhan juta
ringgit demi menanam ketakutan rakyat Amerika Syarikat terhadap Islam. Pengaruh media di
barat juga berperanan dalam memberi kesan yang ketara supaya orang bukan Islam membenci
Islam. Hasilnya, terjadi diskriminasi dan prejudis yang melampau terhadap Islam sehingga
menyebabkan penindasan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam di barat.
Faktor dalaman pula adalah disebabkan oleh kurangnya penyebaran maklumat mengenai
negara Islam yang menjadi mangsa keganasan di mana media-media massa banyak menjadikan
Islam sebagai punca keganasan sahaja tanpa menyiarkan berita mahupun isu-isu keganasan yang
berlaku ke atas negara Islam oleh negara-negara bukan Islam yang telah sekian lama berlaku.
4
Selain itu, kurangnya maklumat insiden Islamophobia yang berlaku dan kurangnya maklumat
mengenai keganasan oleh gerakan agama lain menjadi faktor menularnya penyakit Islamophobia
ini. Kebangkitan kuasa politik Islam seperti Iran dan Turki selain kekuatan ekonomi Negara-
negara Islam seperti Negara pengeluar minyak juga merupakan faktor dalaman yang menambah
ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam.
ISLAMOPHOBIA DI BARAT
Kemuncak tanda Islamofobia Barat ialah apabila ada paderi yang mengumumkan niatnya untuk
membakar ratusan naskhah al-Quran bercetak sebagai memperingati peristiwa 11 September di
Amerika Syarikat baru-baru ini. Walaupun niatnya itu dibatalkan tetapi dunia tergamam dengan
pengumumannya. Orang Islam di seluruh dunia marah dan tidak kurang yang sudah mengancam
nyawanya. Apa yang dikhuatirkan ialah apabila beliau meneruskan juga niatnya itu dan satu
tindak balas yang ganas mungkin akan berlaku dari kalangan orang Islam, yang natijahnya hanya
memburukkan lagi hubungan antara orang Islam, dan Kristian serta selanjutnya menyusahkan
dunia keseluruhannya.
Bagi orang Islam, niatnya untuk membakar naskhah al-Quran bercetak adalah sikap Islamofobia
iaitu takut pada Islam dan bermaksud takut pada perkara yang tidak patut. Sememangnya Islam
tidak patut ditakuti. Apabila seseorang itu takut pada Islam, maka wujudlah Islamofobia. Namun
kini di Barat, itulah yang berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan mereka.
Tetapi bagi orang Barat, apa yang mereka rasakan bukanlah Islamofobia. Bagi mereka, ketakutan
kepada Islam itu adalah berasas dan ia bukan fobia. Mereka berpendapat memang wajar Islam
ditakuti dan dimusuhi. Ini kerana Islam yang difahami mereka ialah agama yang mempunyai
sifat untuk menghancurkan semua tamadun lain, termasuklah Barat. Pada pandangan mereka,
Islam hanya mahu wujud sendiri dan menakluki agama dan tamadun lain.
Tanda terbesar sikap Islam ini menurut kaca mata mereka ialah peristiwa 11 September. Lihatlah
bagaimana pengganas Islam telah menyerang simbol-simbol tamadun Barat. Pusat Perdagangan
Dunia (WTC) adalah simbol ekonomi Amerika. Pentagon adalah simbol pertahanan Amerika
dan Kongres adalah simbol politik Amerika. Gerakan keganasan Islam inilah yang menjadi bukti
pada mereka bahawa Islam wajar ditakuti. Perasaan takut ini pula bagi mereka adalah berasas.
5
Itu dari segi amalan, tetapi dari segi pemikiran pula, ada di antara mereka yang turut membaca
terjemahan al-Quran. Apa yang mereka dapati ialah ada ayat-ayat keras yang menyeru orang
Islam memerangi orang kafir. Mereka juga berasakan bahawa Islam akan sentiasa berusaha
untuk menakluki orang bukan Islam. Maka antara sebab itulah gereja berkenaan mahu membakar
naskah al-Quran bercetak sebagai usaha menghantar mesej kepada umat Islam bahawa Barat
menganggap ajaran al-Quran sebagai jahat. Bagi orang Islam, al-Quran dan Islam adalah
semulia-mulia ajaran, tetapi bagi Barat kitab itu membawa dorongan untuk melakukan
keganasan. Bagi Barat, al-Quran juga yang membawa kepada peristiwa 11 September itu. Tetapi
bagi orang Islam umumnya, serangan dalam 11 September itu bukan ajaran Islam. Keganasan
bukan ajaran Islam. Orang Islam sendiri bukan saja takut pada keganasan, tetapi telah pun
menjadi mangsa kepada keganasan.
Di Afghanistan, Indonesia, Pakistan dan Iraq, orang Islam turut menjadi mangsa keganasan yang
dilancarkan atas nama Islam juga. Bukan saja orang Barat, orang Islam juga takut kepada
keganasan. Apa yang berlaku bukannya terrorfobia, tetapi ketakutan terhadap keganasan yang
sememangnya ada asas.. Pemimpin agung Mujahidin, Ahmad Massoud yang banyak berjasa
dalam jihad menentang komunis telah dibunuh oleh al-Qaeda. Sama-sama berjuang atas nama
jihad. Tentunya orang Islam umumnya menolak Al-Qaeda dan kaedah perjuangannya. Mungkin
benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia.
Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua
orang dalam agama itu, khususnya penganut agama Islam? Maka mari kita fikirkan bersama, apa
benar tentang kebimbangan yang tidak berasas ini.
ISLAMOPHOBIA DI ASIA
Sejarah berlakunya islamophobia di kawasan asia adalah berikutan dengan berlakunya
peristiwa 11 mei yang berlaku di Amerika. Berikutan daripada berlakunya peristiwa tersebut
telah memberikan impak yang besar terhadap golongan bukan islam terhadap bukan islam di asia
dengan melebelkan orang islam adalah pengganas dan terbentuklah ada juga golongan yang
menjadi takut dengan orang islam yang dipanggil islamophobia. Selain itu, Sebelum terjadinya
peristiwa 11 September, Presiden amerika syarikat telah mengarahkan pegawainya sebagai
utusan mereka untuk memantau Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC yang telah ditubuhkan
6
di Iran pada tahun 1999. Ini telah menunjukkan bahawa pandangan serong terhadap orang islam
telah lama bermulanya pada masa dahulu lagi.
Untuk menjaga hak asasi orang islam, OIC telah bergabung antara Negara islam. Human right
watch HRW menyatakan bahawa oic adalah tekad untuk berjuang. Ini adalah kerana ia adalah
gabungan Negara asia yang dikecam dan di kritik oleh Negara Negara lain seperti pertubuhan-
pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB. Selain daripada itu, Negara- Negara bukan islam juga
tidak menyukai tindakan yang diambil oleh orang islam, contohnya seperti peperangan yang
berlaku di asia tengah seperti Negara lubnan pada tahun 2006 negara OIC mengambil bahagian
untuk mengecam para pakar kerana berani melihat pelanggaran Israel sama juga dengan
Hizbulla. OIC menuntut bahawa dewan harus bekerja sama dengan kerajaan daripada hanya
mengutuk merek. HRW menjawab bahawa ini hanya berjaya jika mereka yang sedia bekerja
sama dengan mereka; yang lain mengeksploitasi sikap pasif.
Antisemitisme
Pada 16 Oktober 2003, persidangan OIC telah berlangsung di Malaysia Putrajaya.
Persidangan ini telah menarik perhatian dari Negara luar dan barat juga di mana pada
permulaannya perdana menteri malaysai iaitu Tun Doktor Mahadhir Mohamad telah
mengemukakan percakapan beliau dan mengkritik pandangan barat serta menyatakan bahawa
barat telah menyebabkan penindasan terhadap Negara-negara kecil dan menjadikan mereka
Negara yang paling berkuasa kerana dapat menjajah Negara kecil. Beliau juga telah menyatakan
bahawa orang barat telah mengakibatkan orang lain mati untuk mereka.
Persengketaan dengan Thailand
Thailand telah menjawab kritikan OIC bahawa pelanggaran hak asasi manusia di wilayah
majoriti Muslim Pattani, Yala dan Narathiwat di Thailand selatan. Dalam pernyataan yang
dikeluarkan pada 18 Oktober 2005, setiausaha agung OIC, Ihsanoglu telah menyuarakan
keprihatinan atas konflik yang berterusan di selatan Thailand yang meragut nyawa orang tak
bersalah dan memaksa penghijrahan penduduk tempatan keluar dari tempat mereka. Beliau juga
telah menyatakan bahawa krisis yang berlaku di selatan Thailand juga akan menambahkan lagi
keburukan dan kekerasan terhadap golongan majoriti islam di Negara tersebut. Pada 18-19 April
7
2009, pemimpin Patani yang dibuang negeri, Abu Yasir Fikri (lihat PULO) telah dijemput oleh
OIC untuk berbicara tentang konflik dan telah memepersembahkan sebuah penyelesaian untuk
menamatkan keganasan antara kerajaan Thailand dan etnik Melayu Muslim yang tinggal di
selatan secara sosioeknomi diabaikan yang telah berjuang melawan dasar asimilasi Thailand dan
bagi pentadbiran sendiri semenjak ditawan oleh Thailand pada 1902. Abu Yasir Fikri
mencadangkan enam jalan penyelesaian pada persidangan di Jeddah termasuklah mendapatkan
hak-hak asasi yang sama seperti kumpulan lain apabila datang kepada hak-hak mendapatkan
bahasa, agama dan budaya. Di dalam penyelesaian Abu Yasir Fikri juga mencadangkan bahawa
Thailand membuang dasar diskriminasi terhadap orang Patani dan paling kurang membenarkan
Patani hak untuk mentadbir negeri sendiri sama seperti daerah lain di Thailand sudah dapat,
dengan alasan bahawa ini tidak bercanggah dengan perlembagaan Thailand kerana telah
dilakukan di bahagian lain daripada Thailand dan ini hanyalah soal kemajuan politik. Beliau juga
mengkritik kerajaan Thailand peningkatan keganasan dengan menaja dan mencipta kumpulan
bersenjata Buddha dan mempersoalkan niat mereka. Dia menambah bahawa dasar Thailand
untuk tidak menyiasat rasuah, pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan
oleh Bangkok yang dipimpin pentadbiran dan anggota tentera terhadap penduduk Melayu
muslim merupakan hambatan untuk mencapai keamanan dan penyembuhan luka-luka mendalam
dilayan sebagai warga negara kelas ketiga.
Persengketaan dengan India
India telah juga menghentam OIC yang menyokong tuntutan PBB bagi ketegangan yang
berlaku di Kashmir. Lebih jauh daripada ini,kerana kerumitan yang berlaku untuk penyerahan
tanah Amarnath 2008, kutukan OIC terhadap penggunaan kekuatan berlebihan dan berterusan
yang tidak berasas terhadap orang-orang Kashmi disambut oleh tindakbalas India sebagai
berkata: "OIC telah sekali lagi memilih untuk mengulas Jammu dan Kashmir dan urusan
dalaman India yang mana tidak mempunyai locus standi(tadak mempunyai hak) Untuk menyeru
penglibatan antarabangsa dalam urusan dalaman India yang berdaulat adalah tidak berasas,
haram dan hanya mencerminkan pengembalian kepada pola fikiran yang telah menimbulkan
keputusan yang tidak baik bagi Pakistan pada masa lalu. PBB menyatakan bahawa itu adalah
8
"prihatin" tentang "aksi protes kekerasan" di Kashmir dan reaksi daripada negara India dan
menyerukan untuk menahan diri daripada kedua belah pihak.
KESAN-KESAN ISLAMOPOHIBA
Gambaran yang diputarbelitkan oleh Barat tentang Islam adalah tidak benar sama sekali.
Ini telah memberikan pelbagai implikasi negatif kepada umat Islam sejagat.
Antaranya ialah perlanggaran hak asasi ummah Islam seperti yang telah berlaku di
Switzerland di mana, pindaan perlembagaan negara tersebut yang mengharamkan pembinaan
menara-menara masjid. Walaupun tindakan ini dikecam oleh pelbagai pihak antaranya Amnesty
International dan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, namun ianya tetap diteruskan. Terdapat
juga para perenang Muslim yang disekat kelayakan untuk bertanding ekoran memakai pakaian
renang yang menutup aurat.
Muslim turut dijadikan mangsa diskriminasi kaum dan xenophobia. Mereka menghadapi
penerimaan agama yang negatif dan penghinaan khususnya di Eropah dan negara bukan Islam
yang lain. Menurut kajian oleh Today Gallup Poll, 4 dari 10 rakyat Amerika mengakui
mempunyai prejudis kepada Muslim sehingga mereka tidak mahu berjiran dengan mana-mana
Muslim. Selain itu, mereka juga terpaksa menanggung keperitan melihat sendiri proses
pembakaran naskah Al-Quran di Amerika bermula dari September 2010 sehingga April 2011.
Selama 9 bulan Muslim di Amerika terpaksa melalui pengalaman segetir ini. Tambahan pula
dengan penerbitan kartun yang menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.
Warga Muslim di Eropah juga terpaksa menghadapi diskriminasi dalam mencari
pekerjaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Menurut The Pew Forum on Religion and
Public Life, diskriminasi terhadap Muslim adalah tinggi iaitu sebanyak 58%. Sebagai contoh,
seorang Muslim warga Itali yang kerjanya hanya sebagai seorang tukang cuci namun wanita
tersebut telah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan kepada negara lalu dia
diberhentikan. Berlaku juga ketidakadilan dalam penjagaan kesihatan apabila seorang doktor
Jerman yang enggan merawat seorang pesakit Muslim yang tenat. Tidak ketinggalan Muslim
terus diperkotak katikkan apabila seorang pelajar Muslim diusir dari persekolahan di Kanada
hanya kerana dia ingin terus berhijab.
9
Muslim turut menerima impak keganasan disebabkan islamofobia ini.
Keselamatan diri dan keluarga mereka sangat terancam. Berlaku kes tembakan di Amerika oleh
pihak berkuasa terhadap Muslim yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat. Di Nevada,
pihak polis bertindak ganas terhadap Muslim yang sedang menunaikan solat di tempat letak
kereta.
Umat Muslim di seluruh dunia termasuk Eropah dan Amerika Syarikat turut menghadapi
sekatan perjalanan. Sukar bagi mereka untuk pergi ke sesuatu destinasi disebabkan mereka
merupakan seorang Muslim. Menurut USA Today Gallup Poll, 18% rakyat Amerika berasa
gementar dan tidak selesa jika ada wanita atau lelaki Muslim berada di dalam kapal terbang
yang sama.
10
KESIMPULAN
Apa yang dapat kita simpulkan adalah Islam sendiri mesti meningkatkan mutu
tamadunnya sendiri supaya Barat akan akhirnya dapat melihat Islam sebenar dan tidak perlu
fobia lagi. Untuk menghadapi fenomena ini, umat Islam perlu bijak mengatur langkah dan
strategi berkesan antaranya membina kefahaman mengenai Islam dalam setiap diri individu
Muslim. Aspek paling asas patut diselesaikan umat Islam. Umat Islam tidak perlu mencipta
polisi atau dasar lain sebagai penyelesaian kerana penyelesaian sudah tersedia sejak dulu lagi.
Paling penting kemampuan umat Islam dalam menyesuaikan era pasca modenisme ini dengan
kesyumulan Islam. Umat Islam juga perlu berusaha memberi kefahaman kepada Muslim dan
bukan Muslim mengenai tuduhan yang dipalitkan terhadap Islam khususnya di Barat. Namun
sukar kerana penguasaan media secara global oleh Barat.
Islam perlu maju dalam bidang teknologi bagi membolehkan umat menepis tuduhan serta fitnah.
Mengadakan dialog antara pemimpin agama dapat membantu menjernihkan fenomena
Islamofobia. Menghadapi situasi yang mencengkam umat islam kini, unsur persaudaraan harus
menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam. Jika kita bersatu di bawah ikatan
akidah, maka akan terhasillah kesatuan pemikiran dapat menghasilkan kesatuan tindakan.
Islamofobia hanya rekaan yang dicipta Barat berikutan peristiwa 11 September , sedangkan
maksud fobia itu hanya wajar dikaitkan dengan objek atau konsep, bukan agama.
Biarpun 10 tahun serangan berlalu, impak Islamofobia pada masyarakat dunia sedikitpun tidak
menunjukkan pengurangan, bahkan ia ditambah dengan kempen anti-Islam dianjurkan aktivis
Barat secara berterusan.
Langkah bagi menangani permasalahan islamophobia dimana mengadakan Program
Jelajah Keamanan yang telah dilakukan pada tahun 2012 di Malaysia.1
Dengan mempromosikan misi keamanan dan kesejahteraan agama Islam, risalah berkaitan
Keamanan Dalam Islam, Islam untuk Semua, Muhammad SAW Nabi umat Islam akan diedarkan
kepada masyarakat bukan Islam sepanjang jelajah satu hari tersebut.
1 Utusan Malaysia 21 April 2013 / 10 Jamadil Akhir 1434
11
Seluruh umat Islam tidak kira kedudukan dan latar belakang harus bekerjasama dalam
menerangkan mengenai kesejahteraan Islam kepada masyarakat bukan Islam.
Apa yang kita sedari, pelbagai laporan yang disiarkan oleh media barat serta saluran
sebaran maklumat menerusi pelbagai medium dilihat banyak yang tidak benar dan memberi imej
buruk terhadap umat Islam.
Menerusi jelajah ini pendakwah yang terlibat akan bertemu dengan masyarakat bukan Islam bagi
menerangkan kepada mereka mengenai agama Islam yang membawa keamanan kepada dunia.
Menerusi program ini juga diharap dapat meningkatkan kefahaman dan memperbetulkan
persepsi masyarakat bukan Islam bahawa Islam merupakan agama yang menitikberatkan
keamanan sejagat dan bukannya keganasan seperti yang dihebahkan oleh media barat.
Kesannya, menerusi jelajah ini bakal mewujudkan suasana harmoni dan bersatu padu dalam
kehidupan masyarakat majmuk pelbagai bangsa serta agama di negara ini.
12
RUJUKAN
1. Das, N.K. (July 2006). "Cultural Diversity, Religious Syncretism and People of India: An Anthropological Interpretation
2. Haddad, Yvonne Yazbeck (2002). Muslims in the West: from sojourners to citizens. Oxford [Oxfordshire]: Oxford University
3. Roald, Anne Sophie (2004). New Muslims in the European Context: The Experience of Scandinavian Converts. Brill.
4. Utusan Malaysia 21 April 2013 / 10 Jamadil Akhir
13