ASSGMNT TITAS
-
Upload
atikah-mohdtaib -
Category
Documents
-
view
3.241 -
download
1
Transcript of ASSGMNT TITAS
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN 2
PENGHARGAAN 3
SOALAN 4
SOALAN 1 5 - 7
SOALAN 2 8 – 26
SOALAN 3 27 - 29
REFLEKSI 30 - 31
REKOD KOLABORASI 32 - 33
BIBLIOGRAFI 34
LAMPIRAN 35
1
HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
TANDATANGAN : ……………………………………………
PENULIS : NURUL JANNAH BT MAMAT
TARIKH : 25 FEBRUARI 20102
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatNya, diberi saya kekuatan serta kelapangan untuk menyiapkan kerja kursus
pendek Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini dengan sempurna dan jayanya.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ingin saya tujukan buat
pensyarah iaitu Puan Latifah Mohd Razali di atas bimbingan serta panduan yang
diberikan dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga ditujukan buat ahli keluarga saya terutamanya ibu bapa, di
atas bantuan kewangan dan sokongan moral dalam pelaksanaan tugasan ini. Dorongan
kalian banyak membantu saya.
Tidak dilupakan, penghargaan buat rakan-rakan sekelas yang banyak membantu
dan memberi curahan idea sewaktu menjalankan tugasan ini. Kerjasama yang
diberikan amatlah dihargai.
Akhir sekali, diharapkan semoga kerja kursus ini memberi manfaat kepada
semua, sama ada secara langsung mahupun tidak. Insyaallah…
Sekian, Wassalam..
3
SOALAN TUGASAN
1. Memberi maksud ramadun secara lengkap.
2. Menyatakan bentuk kepercayaan dan amalan
agama dan budaya yang tedapat dalam 3 kaum
terbesar di negara Malaysia.
3. Memberi langkah-langkah cadangan ke arah
pemantapan Tamadun Malaysia.
4
1. Memberi maksud tamadun secara lengkap.
Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah
masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa,
perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi
(S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri
adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu.
Dari sudut etimologinya tamadun berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja
merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi
pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan pula perkataan madani yang merupakan sifat
nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan
perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan
madani sendiri sebenarnya berasal dari deen yang bermaksud agama, iaitu
menggambarkan kehidupan beragama.
Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting
iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara
lebih sempurna, tamadun boleh diertikan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan
dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti Sains dan Teknologi, kesenian,
kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji
untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk
memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan
civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan
peradaban, civilization juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara
ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan. 5
Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini
antaranya adalah Jurji Zaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti
Muhammad Abduh dan Malik Bennabi. Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas
dan mengenengahkan idea pengajian ketamadunan ini adalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun
menggunakan istilah ‘umran bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun yang
merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan secara khusus
bagi pengajian ini oleh Jurji Zaydan apabila beliau menerbitkan karyanya yang masyhur
Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Muhammad Abduh menggunakan istilah madaniyyah iaitu
daripada akar perkataan yang sama dengan tamaddun.
Berdasarkan pandangan Dr. Muhammad Baki, tamadun ialah segala usaha dan
daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan
akal, perasaan dan tingkah laku.
Syed Muhammad Naqiub al-Attas pula berpendapat tamadun ialah keadaan
kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.
Abu Bakar Hamzah berpandangan tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang
bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan yang lahir
daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa
sekala (material).
Mengikut pandangan Barat iaitu. M.A.J Beg tamadun ialah pencapaian manusia
meliputi aspek kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.
Manakala, Edward L. Farmer pula berpendapat tamadun adalah satu unit budaya
yang merangkumi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi
ke satu generasi.
6
Seterusnya, Arnold J. Toynbee berpendapat tamadun merupakan suatu pemikiran
dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,
kesusasteraan, agama dan akhlak.
Kesimpulan, definisi tamadun secara umumnya merupakan satu konsep yang luas
dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam
bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian,
perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam.
7
2. Menyatakan bentuk kepercayaan dan amalan agama dan budaya yang
tedapat dalam 3 kaum terbesar di negara Malaysia.
KEPERCAYAAN DAN AGAMA
Agama ialah segala kepercayaan kepada Tuhan, dewa atau roh nenek moyang
serta kebaktian dan kewajipan-kewajipan yang berkaitan dengannya.
Menurut ahli-ahli sosiologi, agama ialah satu sistem kepercayaan dan amalan
agama di mana satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang
tersendiri tentang apa yang dianggap suci atau kudus.
Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai
agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping
lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat
di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di
Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.
Secara ringkasnya, agama dapat disimpulkan sebagai:
1. Sistem kepercayaan terhadap kuasa mutlak di luar manusia.
2. Sistem ritual manusia terhadap kuasa mutlak.
3. Sistem norma yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam lain.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, 3 kaum terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu,
India dan China.
A. BENTUK KEPERCAYAAN DAN AGAMA MELAYU
Kepercayaan dan agama di Kepulauan Melayu dapat dikesan menerusi tiga peringkat:
1. Zaman sebelum kedatangan agama Hindu- Buddha
8
2. Zaman selepas kedatangan agama Hindu-Buddha
3. Zaman selepas kedatangan Islam
Zaman sebelum kedatangan agama Hindu- Buddha
Sebelum kedatangan agama Hindu penduduk di Nusantara berpeganag kepada
kepercayaan animisme dan dinamisme.
Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai jiwa atau roh dan
mempunyai keperibadian sendiri. Konsep dinamisme ialah kepercayaan bahawa jiwa
bukan sahaja berada di mana- mana, tetapi juga mempunyai tenaga atau kekuatan yang
memberikan kesan baik atau buruk. Kepercayaan terhadap jiwan atau roh dapat dikesan
melalui mitos, legenda dan memorates.
a) Mitos
Cerita mengenai dewa dewi dan makhuk luar biasa yang menjadi asas kepada
kepercayaan dan agama.
b) Legenda
Cerita mengenai kejadian alam, keramat, pusara dan pokok yang dianggap berpuaka.
c) Memorates
Cerita mengenai hantu, toyol, Pontianak dan sebagainya.
Elemen penting dalam kepercayaan animisme ialah pemujaan roh nenek moyang.
Roh nenek moyang juga dikenal sebagai hyang dianggap mempunyai kesaktian dan
jelmaan tuhan. Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang dapat dikesan daripada lukisan-
lukisan binatang di gua –gua di Irian Jaya dan tradisi membina tugu-tugu megalitik.
Megatilik ialah batu-batu besar yang didirikan sebagai tanda penghormatan kepada nenek
moyang. Tradisi ini terdapat di Samutera, Jawa, Sulawesi, Samba dan Bali di Indonesia
9
serta Melaka dan Negeri Sembilan di Tanah Melayu. Kajian – kajian yang dilakukan oleh
Andrew Lang dan Wilhelm Schimd menunjukkan bahawa wujud Dewa Agung yang
mempunyai kuasa tertinggi seperti Sang Hyang Tunggal.
Zaman selepas kedatangan agama Hindu-Buddha
Terdapat masyarakat melayu yang menganut agama Hindu dan Buddha atau kedua-
duanya sekali. Wujud sinkretisme atau persenyawaan yang mana agama Hindu-Buddha
dianuti bersama dengan kepercayaan nenek moyang. Membuktikan bahawa mereka
menerima pengaruh luar dan pada masa yang sama tetap mempertahankan tradisi nenek
moyang mereka. Selepas kedatangan agama Hindu-Buddha ke alam Melayu mereka telah
menjadikan upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Syed Muhammad Naqiub,
kedatangan agama Hindu tidak mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara
mutlak. Kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan atasan sahaja ( golongan
bangsawan ) tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu.
Zaman selepas kedatangan Islam
Selewat-lewatnya pada abad ke-15 masyarakat Melayu menempuh era baru
dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup, dan
pandangan mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada
kepercayaan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Antara elemen asas pandangan
semesta tamadun Melayu-Islam ialah :
1. kepercayaan kepada yang Maha Esa, pencipta, pentadbir dan pemelihara alam
semesta.
2. konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.
3. keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.
4. menghormati maruah dan martabat manusia. Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan.
10
5. kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani, emosi dan akhlak.
Seperti yang kita ketahui kaum Melayu di Malaysia hampir keseluruhannya adalah
beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih
dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh
unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan
sebelum Islam ada secara laten atau disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas
dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu atau cara perubatan tradisional, dan
dalam beberapa upacara adat.
Antara kepercayaan-kepercayaan lama yang masih diamalkan oleh kaum Melayu di
negara kita ialah upacara menduduki rumah baru.Biasanya diadakan upacara tepung
tawar dengan membaca jampi atau ayat al-Quran. Ianya bertujuan untuk mengusir
makhluk jahat atau anasir-anasir asing yang menghuni di kawasan itu. Ada juga upacara
menduduki rumah baru dibuat dengan mengadakan kenduri doa selamat iaitu menjemput
jiran-jiran sekampung. Kemudiannya upacara itu diakhiri dengan bacaan doa selamat,
memohon perlindungan Allah daripada segala bentuk gangguan makhluk-makhluk halus
yang jahat. Keadaan ini melambangkan jiwa masyarakat Melayu penuh dengan sifat
berhati-hati, tertib dan penuh etika dalam menjalani kehidupan seharian.
Melalui aspek keagamaan pula, masyarakat Melayu memperlihatkan nilai-nilai
positif kepada pembangunan diri mereka sendiri. oleh kerana budaya Melayu berteraskan
Islam dan adat, maka kedua-dua aspek ini menjadi asas utama dalam pembudayaan.
Beberapa upacara "rites de passage", gabungan unsur agama dan adat dilakukan hampir
setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu. Malah sebelum seseorang itu dilahirkan lagi,
berbagai pantang-larang perlu dipatuhi. Dalam perkampungan Melayu, lazimnya, kita
melihat ibu bapa membawa anak mereka ke masjid atau ke surau terutama pada hari
Jumaat dan sepanjang bulan Ramadhan. Ini jelas memperlihatkan masyarakat Melayu
menerapkan nilai-nilai murni dalam hidup mereka berdasarkan aspek-aspek kepercayaan
keagamaan.
11
Bagi masyarakat Melayu, aspek kepercayaan dan keagamaan membantu
memberikan fungsi manusia sebagai satu cara hidup yang sempurna. Bagi yang
berpegang teguh kepada agama Islam, akan bekerja bersungguh-sungguh dan
bertanggungjawab pula dalam soal ibadat seperti sembahyang lima waktu sehari
semalam, berpuasa dalam bulan Ramadhan atau menunaikan haji.
Kesimpulannya, kepercayaan masyarakat Melayu banyak membawa perubahan
kepada mereka yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan pada masa yang sama
mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap kehidupan sosial mereka. Kepercayaan
masyarakat Melayu masih terus diwarisi sehingga ke hari ini terutamanya yang membawa
manfaat dan faedah kepada kehidupan orang-orang Melayu. Namun tidak dapat dinafikan
kepercayaan yang berbentuk tahyul, khurafat masih wujud tetapi ia semakin tenggelam
dengan peredaran masa dan generasi baru lebih berminat untuk tidak mempertahankan
kepercayaan yang dianggap membawa kemunduran kepada kehidupan masyarakat.
B. BENTUK KEPERCAYAAN DAN AGAMA INDIA
Bagi agama India, kepercayaan dan agama berlaku setelah penemuan mohor,
patung dan bahan tembikar merupakan bukti masyarakat Lembah Indus mempunyai
agama dan kepercayaan tersendiri. Masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan
Polytheistic, iaitu menyembah banyak dewa dewi. Dewa dewi ini mewakili fenomena alam
seperti langit, bumi, air, api, bintang dan tumbuh- tumbuhan.
Menurut Sir John Marshell terdapat tiga bentuk kepercayaan iaitu:
1. Penyembahan Dewi Ibu
2. Penyembahan Dewa Shiva (Dewa Berkepala Tiga)
3. Penyembahan Lingam dan Yoni
Penyembahan Dewi Ibu
i) Kepercayaan yang amat popular di kalangan maasyarakat Indus.
ii) Patung-patung Dewi Ibu di temui di selatan Baluchistan dan Lembah Zhob.12
iii) Kepercayaan ini tersebar secara meluas di Asia Barat, Elam, Mesopotamia, Transcopia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.
iv) Dewi Ibu dianggap sebagai tenaga kosmik dan sebahagian daripada jiwaKosmik.
v) Kepercayaan ini terdapat di kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan nisab ibu (matriarchal).
vi) Penyembahan Dewi Ibu ialah asas bagi penyembahan saktisma.
Penyembahan Dewa Shiva (Dewa Berkepala Tiga)
i) Penemuan sebuah mohor yang mengandungi gambar dewa berkepala tiga oleh Dr. E. Mackay yang merupakan bukti terdapatnya penyembahan Shiva.
ii) Sir John Morshall mentafsirkan gambar dewa berkepala tiga itu sebagai lambang proto Shiva.
iii) Tiga kepala mewakili konsep Trimurthi, iaitu fungsi utama Dewa Shiva iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan.
iv) Mohor itu juga melambangkan konsep Mahayogi dan Mahatapah yang menganggap Dewa Shiva sebagai ketua Yoga.
v) Terdapat juga konsep Pasupati iaitu Pasu melambangkan penyembahan Yoni yang merupakan symbol Dewi Ibu.
Penyembahan Lingam dan Yoni
i) Terdapat juga penyembahan Lingam iaitu lambang Shiva.
ii) Bukti kewujudan penyembahan Lingam ialah penemuan batu berbentuk kon di Mohenjo- Daro dan Harappa.
iii) Penemuan batu-batu berbentuk gelang melambangkan penyembahan Yoni yang merupakan simbol Dewi Ibu.
Kepercayaan bagi agama India yang mana lebih kepada amalan penyembahan
pokok. Antaranya, Udumbura,Bilva, Nimba,Thulasi, Pipal dan Acacia popular di kalangan
masyarakat Indus. Pokok Pipal merupakan pokok paling suci dan melambangkan
pengetahuan, manakalla pokok Acacia melambangkan jiwa.
Menurut Sastri, Dewa Pipal amat popular dan merupakan ketua bagi semua dewa di
Lembah Indus. Seterusnya, penemuan patung gangsa wanita menari menunjukkan
terdapat tarian ritual bagi masyarakat India. Kewujudan kolam mandi di Mahenjo- Daro 13
menunjukkan terdapat amalan mandi ritual yang di praktikkan di bawah pengawasan
golongan pendeta.
C. BENTUK KEPERCAYAAN DAN AGAMA CHINA
Orang China pada Zaman Shang mengamalkan pemujaan alam semesta dan roh
nenek moyang serta dewa dewi. Pada Zaman Shang juga terdapat pemujaan Tuhan
Shang Ti. Upacara sembahyang pula dilakukan oleh pawing dengan melakukan
pengorbanan binatang dan manusia. Pawang menggunakan tulang-tulang dewata (oracle
bones) untuk membuat amalan serta memberikan nasihat kepada raja tentang pemilihan
tarikh dan masa bagi peperangan, memburu dan mengembara.
Pada Zaman Chou, pemujaan alam semulajadi, pemujaan alam roh nenek moyang
dan amalan pengorbanan binatang diteruskan. Pada zaman itu juga, masyarakatnya
menyembah Tien atau syurga dan raja dianggap anak syurga. Manakala pada Zaman Han
pula, bermulanya tradisi menyembah tokoh-tokoh yang dimulakan oleh Hui Ti. Hui Ti
mengarahkan pembinaan tokong untuk Han Kao Tsu (ibu bapanya) di sebuah negara.
Pada zaman Han dan Tang, agama Buddha daripada mazhab Mahayana disebarkan di
China. Chang-an menjadi pusat perkembangan agama Buddha yang terkenal. Agama
Buddha mempunyai pengaruh yang besar dalam aspek kesenian, falsafah dan
kesusasteraan.
BUDAYA
Menurut Kamus Dewan, “budaya” bermaksud tamadun, peradaban, kemajuan
dan cara hidup masyarakat. Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary, “budaya”
ialah perkembangan lanjut kuasa manusia. Perkataan ‘kebudayaan’ merupakan
perkataan ‘budi’ (letaknya di hati) dan ‘daya’ (terletak pada kelakuan dan perbuatan).
14
Kebudayaan ialah suatu nilai hidup yang dijelmakan oleh daya akal dan daya
rasa manusia. Kebudayaan lahir daripada hasil kegiatan berfikir dan perasaan manusia
dalam bentuk perbuatan yang dipanggil cara hidup. Pengertian kebudayaan dikelaskan
kepada dua, iaitu:
a) Pengertian ilmiah yang luas – meliputi bidang sosial, ekonomi, politik, ilmu, seni
dan falsafah.
b) Pengertian terbatas – hanya tertumpu kepada seni.
Kebudayaan Islam merupakan satu cara hidup yang lahir daripada keimanan.
Ia merangkumi aspek sosial, politik, ekonomi, dan kesenian yang merupakan
manifestasi daripada keimanan dan ketakwaan.
BUDAYA BAGI 3 KAUM TERBESAR DI MALAYSIA IAITU MELAYU,CHINA DAN
INDIA IALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Budaya kaum Melayu
Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan.
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu
sebagai rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama
Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan,
keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan
masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk
kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari
perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain
dianggap sebagai perayaan penting.
Kelahiran
15
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap
pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam,
adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing,
justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat
Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan
berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan
untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang
bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh
hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga
daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah
pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi
mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat
yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
Perkahwinan
16
Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada
beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara
menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari
persandingan; jemput menantu.
- MERISIK ATAU MENINJAU
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya
dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Hasil daripada merisik ini
akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna.
- UPACARA PEMINANGAN
Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan
persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah
pihak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara
yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan
dan tempoh bertunang.
- UPACARA MENGHANTAR TANDA
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan
dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Cincin ini disebut
sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran
belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
- HANTARAN BELANJA
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Wang
hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam
berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-
masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja;
pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.
17
- MENJEMPUT
Waris bakal pengantin akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu
untuk memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di
rumah pengantin perempuan.
- UPACARA NIKAH
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding.
Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan
hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Dari saat ini
sahlah mereka menjadi suami isteri.
- BERINAI BESAR
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah
pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh
pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan
upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
- HARI PERSANDINGAN
Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin
perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan
selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah
pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar
terlebih dahulu.
- JEMPUT MENANTU
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin
lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya
dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.
18
Kematian
Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad
yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban
menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.
Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si
mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada
saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Mayat tersebut akan diletakkan
di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain. Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak
akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.
Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat atau di kalangan
ahli keluarga si mati sendiri dengan tertib dan cermat.
Jenazah seterusnya dikapankan dan sebagai penghormatan terakhir, ahli
keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat. Mayat seterusnya
disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.
Selepas Kematian
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas
jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat
puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si
mati yang berada di alam barzakh.
2. Budaya kaum China
Kelahiran
19
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
1. Sewaktu Mengandung
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita
mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak
lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan
nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara
waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga
suaminya.
2. Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu
mengawal tingkah laku supaya bayi tidak terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja
supaya mudah bersalin. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa
mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Selain itu
wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana
bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja.
Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan
makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Antaranya, berpantang, kenduri, mencukur rambut dan memberi nama.
Kematian
20
Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni
sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju
berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.
Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa
sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan
kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan
derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan
sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata –
kata pujian kepada si mati.
Perkahwinan
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan
institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada
satu generasi kepada generasi yang lain. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu
bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua
lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada
asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak
dan tingkah laku si gadis.
Meminang
21
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke
rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu
pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas
kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik
digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu
Toong-Su. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Bagi
membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah
atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati
daripada tukang tilik.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan
barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai
akan diberi.
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu
mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.
Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Seterusnya
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan mereka akan
22
diiringi oleh pengiring masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum
teh sangat penting dan masih diamalkan. Adat ini melambangkan penerimaan
pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam
iaitu jamuan makan yang biasa diadakan secara besar-besaran samada di rumah,
dewan, atau restoran. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin
akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di
hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara
tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.
3. Budaya kaum India
Kelahiran
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita
hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan
dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Gelang ini
dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran
semasa bersalin.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa
jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat
perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
23
Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di
rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih
diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi,
pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.
Perkahwinan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah
satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk
di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat
resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan.
Majlis perkahwinan masyarakat India di Malaysia dijalankan oleh pendanda.
Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu
kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang
berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta
bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini digunakan untuk merestui pengantin
sewaktu upacara mengikat thali berlangsung.
Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja
diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin
perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul
sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas
pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga
yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan
pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali. Pengantin lelaki
menyarungkan cincin dijari kaki pengantin. Pengantin disatukan.
24
Kematian
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu
kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga
menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi
kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan.
Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
Pengebumian
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga
kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic
catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan
ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak
menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke
tanah satu persatu.
Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur.
Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang
tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara
tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat
pengebumian sebelum balik ke rumah.
Pakaian
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya
pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga
keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna
terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-
batu permata.
Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban
manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita 25
remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau
choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-
khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman
benang emas dan labuci.
3. Memberi langkah-langkah dan cadangan ke arah pemantapan Tamadun
Malaysia.
26
Sebagaimana yang kita ketahui, tamadun secara umumnya merupakan satu
konsep yang luas dan kompleks. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu
masyarakat atau negara dalam pelbagai bidang. Antara bidang-bidang tersebut ialah
meliputi kemajuan teknologi, sistem pemerintahan yang teratur, urbanisasi yang
terancang, kewujudan organisasi sosial yang teratur, sistem kepercayaan sebagai
pegangan,budaya dan kesenian dan sistem tulisan dan bahasa.
Pembinaan tamadun Malaysia yang berasaskan dengan kepelbagaian etnik,
budaya dan agama akan dapat membentuk sebuah negara yang harmonis, aman, dan
makmur. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama
sememangnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi.
Dalam usaha meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya
dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni
dan luhur. Ini kerana, penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan
menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia
juga akan menjadikan bangsa itu dihormati dan disegani. Dengan demikian kemajuan
ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian
akhlak masyarakat berbilang kaum.
Sebagaimana yang kita ketahui, langkah ke arah pemantapan tamadun salah
satu caranya ialah kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari. Pendekatan Islam Hadhari
yang diperkenalkan melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi
kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan
spiritual. Dengan itu, bagi mewujudkan bangsa yang maju ianya memerlukan
masyarakat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Untuk itu
mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan
diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain Negara perlu
diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai
rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara.
27
Sekiranya kekuatan pertahanan negara kita dititik beratkan, maka Tamadun Malaysia
yang mantap dapat di wujudkan dengan suasana yang begitu harmoni.
Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas perdana menteri kita adalah salah
satu cara untuk mendekatkan dan memperkasakan umat supaya mereka berupaya
menghadapi cabaran dunia semasa. Prinsip -prinsip yang terdapat dalam Islam Hadhari
adalah berbentuk realistik dan boleh dilaksanakan di Malaysia oleh semua pihak
meliputi agensi kerajaan dan swasta. Prinsip-prinsip ini merupakan salah satu langkah
negara Malaysia untuk membentuk sebuah tamadun yang mantap.
Jika kita kaji bahawa keseluruhan kandungan wawasan 2020 itu sendiri adalah
bersifat Hadhari, dengan syarat pelaksanannya dipraktikkan bertepatan dengan nilai-
nilai ketemadunan. Contohnya Wawasan 2020, melalui strategi pertama adalah untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020
nanti. Sejarah juga telah membuktikan bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang
berilmu. Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi.
Sesebuah tamadun yang ingin dibentuk seperti Malaysia merupakan usahasama
antara semua masyarakat yang berbilang kaum. Pada pendapat saya, rakyat negara
Malaysia mestilah mempunyai keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Masyarakat
yang beragama dapat mewujudkan tamadun yang utuh. Seterusnya, bagi membentuk
tamadun, pelantikan seorang pemimpin adalah sangat penting. Malahan, seseorang
pemimpin itu mestilah bersikap adil dan beramanah. Selain itu, bagi tanggungjawab
masyarakat sebagai rakyat adalah mempunyai semangat cinta akan negara sendiri.
Langkah seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya
ilmu seperti pembelajaran sepanjang hayat dan memperluaskan konsep pendidikan
bersepadu bagi melahirkan manusia yang mahir dalam ilmu Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah.
Dari sudut ekonomi pula, sesebuah negara seperti Malaysia akan mencapai
ketamadunan sekiranya mempunyai sistem pembangunan ekonomi yang konprehensif
28
dan seimbang. Contohnya, mengutamakan golongan kurang berkemampuan, negara
membangun berasaskan ekonomi yang halal, menyeimbangkan ekonomi antara bandar
dan luar bandar, memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan
asasi rakyat dan banyak lagi.
Usaha-usaha lain yang perlu bagi memantapkan tamadun negara ialah meliputi
aspek sosial dan budaya. Contohnya aspek sosial yang perlu dilihat ialah,
memperkemaskan Pusat Khidmat Sosial, Pusat Pembangunan Keluarga Islam, Institusi
Perlindungan untuk ibu tunggal, ibu tinggal, anak yatim, wanita teraniaya. Contoh lain,
memperkemas dan memperkukuhkan peranan institusi masjid, institusi keluarga dan
masyarakat.
Manakala menerusi aspek budaya pula, rakyat mestilah mengamalkan budaya
yang sesuai dengan nilai-nilai ketamadunan seperti mengamalkan amalan budi bahasa,
gotong-royong, ziarah- menziarahi dan sebagainya. Budaya-budaya seperti ini haruslah
di praktikkan dalam kehidupan seharian agar negara Maalaysia dapat mencapai
ketamadunan yang mantap.
Kesimpulannya, sekiranya masyarakat melayu tidak mempunyai prinsip hidup
yang mantap berteraskan sistem nilai yang murni, beradab dan berakhlak mulia, maka
hasrat untuk membangunkan tamadun negara tidak berjaya dilaksanakan. Sejarah
telah menunjukkan bahawa negara dan tamadun ada pasang surutnya iaitu yang jatuh
dan bangun sepanjang masa pemerintahannya. Oleh itu, adalah penting bagi Malaysia
dan rakyatnya mengkaji status pasang surut sesuatu tamadun agar dapat rakyatnya
menjadikan iktibar untuk kemantapan pembangunan tamadun negara Malaysia pada
masa akan dating.
REFLEKSI29
SEBELUM
Sebelum membuat kerja kursus ini, perkara pertama yang saya lakukan ialah cuba memahami
soalan dalam tugasan tersebut. Disebabkan tidak beberapa faham mengenai soalan-soalan itu
walaupun sudah diterangkan oleh pensyarah, maka saya mula mencari maklumat di pusat
sumber. Alhamdulillah buku-buku tersebut sedikit sebanyak dapat membantu saya
menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, apabila saya balik ke kampung saya berjaya
mendapatkan buku-buku rujukan dari kawan-kawan yang pernah masuk STPM. Alhamdulillah
maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu saya memulakan kerja kursus ini.
SEMASA
Semasa saya melakukan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi.
Antaranya, susah untuk membuat huraian bagi setiap soalan. Dengan bantuan maklumat yang
diperolehi, saya cuba meneruskan tugasan tersebut secara perlahan- lahan. Semasa cuti hari
raya cina,saya berjaya menyiapkan separuh draf tugasan ini dan apabila habis cuti, saya
meneruskan tugasan tersebut dengan menambah serta membuang maklumat apa sepatutnya.
Walau terpaska bersengkang mata, proses kerja kursus itu saya cuba selesaikan dengan
daya usaha sendiri serta bantuan kawan-kawan seperjuangan.
SELEPAS
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini pada waktu yang ditetapkan, barulah saya sedar
bahawa sesuatu kerja itu tidak semudah apa yang kita harapkan bagai menanti buah yang
gugur. Tanpa usaha dan rasa tanggungjawab, sesuatu kerja itu tidak akan dapat kita
30
selesaikan dengan sendirinya. Tambahan pula, setelah menyiapkan tugasan ini saya amat
bersyukur kerana ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya
juga berharap dengan hasil yang telah saya siapkan ini, pensyarah yang terlibat terutamanya
Puan Latifah berpuas hati dengan hasil titik peluh saya ini.
REKOD KOLABORASI
NAMA PELAJAR : NURUL JANNAH BT MAMAT
NO. K/P : 900919 11 5668
KUMPULAN : PISMP (PSV2/PJ/BM) SEMESTER 1
31
MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
PENSYARAH : PUAN LATIFAH BT MOHD RAZALI
TARIKH PERKARA DIBINCANGKAN CATATAN TANDATANGAN
10/02/2010 -Menerima soalan tugasan dan
taklimat daripada pensyarah
mata pelajaran
-Tugasan perlu dihantar
selewat-lewatnya
25.02.2010
(Pn. Latifah)
12/02/201
0
-Memahami kehendak soalan -Mengadakan
perbincangan bersama
rakan dan pensyarah
(Nurul jannah)
14/02/2010 -Menyediakan draf
- Mula menaip tugasan
-Menyusun maklumat
-Menganalisis maklumat
berdasarkan kehendak
tugasan
(Nurul jannah )
25/02/2010 -Menghantar hasil tugasan -Segala maklumat
32
kepada pensyarah. sudah lengkap dan
sedia untuk dihantar.
(Nurul jannah)
BIBLIOGRAFI
33
BUKU
Arjuna @ Mohd.Noor Yunus. Cetakan Pertama2003. Pelangi Sdn.Bhd. Sejarah
STPM Tamadun Islam
Ahmad Zaki Abd Latiff. Azam Hamzah. Azhar Mad Aros. Cetakan
pertama2009.Oxford Fajar Sdn.Bhd. Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun
Asia
Mahayudin Hj. Yahya.Terbitan Pertama1999. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Tamadun
Islam
Sivachandralingam Sundara Raja.Ayadurai Letchumanan.Terbitan Pertama2000.
Fajar Bakti Sdn.Bhd. Tamadun Dunia (Hingga Tahun 1800)
INTERNET
http://malaysiana.pnm.my/01/0102cna_pengenalan.htm
http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=soalan2
http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c4=22&c3=40&click=1
http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-tamadun.html
34
LAMPIRAN
35