TEKS PERUTUSAN KPPA SEMPENA MBK AM-BIL 1/2016
Transcript of TEKS PERUTUSAN KPPA SEMPENA MBK AM-BIL 1/2016
TEKS PERUTUSAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI
PEKERJA-PEKERJA AM DALAM KUMPULAN
PELAKSANA BILANGAN 1 TAHUN 2016
20 Mei 2016 (Jumaat), 9.00 Pagi
Institut Semarak Felda
Bangi, Selangor
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Transformasi dan Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan)
Yang Berbahagia Dato’ Haji Raihan bin Sharif
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi)
Yang Berbahagia Datuk Lok Yim Pheng
Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am
Yang Berbahagia Dato’ Norsham binti Rahin
Setiausaha Pihak Pegawai MBK Am
Yang Berusaha Encik Mohd Mazlan bin Mohd Shaari
Setiausaha Pihak Pekerja MBK Am
Ahli-ahli Mesyuarat Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan
dan Puan-Puan yang saya kasihi sekalian,
3
Pertama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan
kurnia-Nya kerana pada pagi ini, kita sekali lagi dapat
bersama-sama dalam Mesyuarat Majlis Bersama
Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan
Pelaksana Bilangan 1 Tahun 2016 di Institut Semarak
Felda, Bangi, Selangor.
2. Seperti yang ahli mesyuarat sedia maklum,
mesyuarat ini bertujuan untuk mencapai persetujuan
bersama berhubung perkara-perkara yang telah
dibincangkan dalam Mesyuarat Pre-Council MBK Am
pada 19 Mei 2016. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli
mesyuarat yang hadir dan telah memberikan komitmen
untuk berbincang dalam suasana harmoni berprinsipkan
kepada permuafakatan bagi menghasilkan keputusan
yang bermanfaat kepada kedua belah pihak.
4
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
SENARIO SEMASA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
3. Pada tahun 2013, Kerajaan, telah melaksanakan
penambahbaikan ke atas 81 skim perkhidmatan.
Susulan daripada itu, dalam pembentangan Bajet 2015,
Kerajaan telah mengumumkan akan menambah baik
252 skim perkhidmatan sedia ada.
4. Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan JPA
bagi mengiktiraf sumbangan penjawat awam kepada
negara. Cadangan tersebut merangkumi:
(i) penambahbaikan 252 skim perkhidmatan
sedia ada;
(ii) penetapan RM1,200 sebulan sebagai Gaji
Permulaan Terendah dalam Perkhidmatan
Awam; dan
(iii) pemberian faedah satu (1) Kenaikan Gaji
Tahunan (KGT).
5
5. Sesuai dengan Kerangka Tranformasi
Perkhidmatan Awam (KTPA), teras pertama iaitu
Mendaya Upaya Bakat, kajian rasionalisasi skim
perkhidmatan terhadap kesemua 252 skim
perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah Sistem
Saraan Malaysia (SSM) telah dilaksanakan bertujuan
supaya Perkhidmatan Awam dapat menarik dan
mengekalkan modal insan terbaik untuk berkhidmat
dengan negara seterusnya melonjakkan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
6. Pada masa yang sama, JPA turut menyokong
usaha Kerajaan dalam mengarusperdanakan pendidikan
Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan
memperluaskan pemakaian kelayakan dalam bidang
teknikal dan vokasional dalam skim perkhidmatan.
Walaupun kelayakan TVET ini adalah untuk memenuhi
keperluan industri, Kerajaan sebagai majikan terbesar
di Malaysia, perlulah memainkan peranannya dengan
menyediakan penanda aras melalui skim perkhidmatan
berkaitan. Oleh itu pengiktirafan kelayakan TVET di
dalam Perkhidmatan Awam ini sebenarnya turut
memberi manfaat kepada sektor swasta.
6
7. Disamping itu, rasionalisasi skim perkhidmatan ini
juga telah mengambil kira peruntukan sedia ada iaitu
sebanyak RM1.4 bilion yang akan memberi kesan
kepada 1.6 juta penjawat awam. Melalui urusan ini,
pengurusan skim perkhidmatan diperkemaskan untuk
mengekalkan bakat terbaik, menambah baik mobiliti
dan kemajuan kerjaya penjawat awam serta
mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan.
8. Usaha ini telah dipermudahkan dengan sokongan
CUEPACS yang telah memberi pandangan dan
cadangan supaya Pekeliling ini dapat memberi manfaat
kepada penjawat awam.
9. Sebanyak 87 sesi rundingan telah diadakan di
antara JPA, wakil-wakil Ketua Perkhidmatan, CUEPACS
dan Kesatuan/Persatuan yang terlibat. Sesi terakhir
ialah penyemakan draf Pekeliling bersama CUEPACS
yang dilaksanakan pada 24 Mac 2016. Melalui
kerjasama ini, JPA telah dapat menggubal kaedah-
kaedah pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini
dengan sebaik mungkin, mengambil kira pendekatan
7
yang terbaik dan bersesuaian dengan peruntukan
kewangan semasa Kerajaan.
10. Di samping penambahbaikan ke atas skim
perkhidmatan, Kerajaan juga bersetuju menetapkan gaji
terendah dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200
sebulan. Ketetapan ini adalah sejajar dengan matlamat
Kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara
berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari. Pelaksanaan
ini juga merupakan hasrat Kerajaan untuk membantu
khususnya penjawat awam dalam Kumpulan Pelaksana
menangani kos sara hidup yang meningkat.
11. Walaupun, penetapan gaji terendah pada RM1,200
sebulan ini mungkin tidak mencukupi bagi menangani
kos sara hidup keseluruhannya, namun saya
menyarankan supaya semua penjawat awam
merancang perbelanjaan dengan bijak dan mengurus
kewangan peribadi dengan baik. Bak kata peribahasa
Melayu “Sempit bertelempu, lega berlunjur” yang
bermaksud berbelanja mengikut pendapatan.
8
12. Dalam hal yang sama, pelaksanaan satu (1)
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada penjawat awam
seperti yang telah dijanjikan dalam Bajet 2016
dikekalkan dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2016.
13. Melalui pendekatan tersebut Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi
Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam
Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah
diumumkan pada 7 April 2016 dan telah dimuatnaik ke
portal JPA pada 14 April 2016.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
SENARIO SEMASA EKONOMI MALAYSIA
Penyesuaian Bajet 2016
14. Sepertimana tuan/puan sedia maklum, YAB
Perdana Menteri telah membentangkan Bajet 2016 pada
23 Oktober 2015. Namun disebabkan keadaan ekonomi
semasa, maka tindakan pengubahsuaian bajet diambil
untuk memastikan kita berada di landasan negara
berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
9
15. YAB Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan telah menjelaskan keadaan ekonomi semasa
adalah berbeza dengan krisis kewangan Asia pada
tahun 1997/1998. Antara sebab mengapa kita
mengalami kejatuhan yang lebih serius termasuklah:
(i) pengukuhan dolar Amerika berikutan
perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat
serta jangkaan peningkatan kadar faedahnya
yang menarik keluar aliran pelaburan yang
sebelum ini telah masuk ke dalam pasaran
negara-negara membangun atau emerging
markets;
(ii) kejatuhan harga komoditi minyak dan gas serta
lain-lain komoditi seperti minyak sawit dan
getah. Kita juga merupakan pengeksport bersih
minyak dan gas. Apabila harga minyak Brent
jatuh daripada US$100 setong pada 2014 kepada
US$48 setong pada 10 September 2015,
seterusnya merudum kepada US$31 setong pada
27 Januari 2016, nilai tukaran ringgit juga turut
terjejas; dan
10
(iii) pertumbuhan ekonomi yang sederhana Republik
Rakyat China yang merupakan rakan dagangan
utama negara kita serta penurunan nilai mata
wang Renminbi turut memberi kesan yang
ketara kepada ringgit.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
16. Melalui pengumuman Pengubahsuaian Bajet 2016
pada 28 Februari 2016, Kerajaan telah mengumumkan
sebelas (11) langkah pengubahsuaian dan
penstrukturan bagi memastikan ekonomi dan kewangan
negara kekal pada jajaran yang betul. Melalui
Pengubahsuaian Bajet 2016 tersebut, Kerajaan telah
menetapkan pengurangan perbelanjaan sebanyak RM9
bilion berikutan penurunan dalam kutipan hasil negara.
Antara pelaksanaan tersebut adalah:
(i) memberi pelepasan khas cukai sebanyak
RM2,000 kepada pembayar cukai individu
berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah,
untuk tahun taksiran 2015;
11
(ii) mengurangkan kos harga barang keperluan
harian dengan meliberalisasikan kawalan
kuota import atau AP bagi lapan produk
pertanian terpilih untuk tempoh sementara;
(iii) FAMA pula diarahkan untuk membuka pasar
belian terus hasil pertanian atau MyFarm
Outlet. Projek yang bermula di Presint 7
Putrajaya akan diperluaskan ke sepuluh (10)
lokasi di pusat bandar lain seluruh negara;
(iv) KPDNKK pula diminta untuk mengenalpasti
dan memperbanyakkan kedai jualan harga
berpatutan dari 640 buah kepada seribu kedai
pada tahun ini; dan
(v) pengenalan program MyBeras untuk
membantu golongan rakyat yang terkesan
dengan kenaikan kos sara hidup terutama
golongan miskin tegar.
17. Bagi perbelanjaan pembangunan, fokus diberikan
kepada projek yang mendahulukan kepentingan rakyat,
12
serta memberi impak pengganda tinggi serta
kandungan import yang rendah. Contohnya, projek
fizikal yang memberi keutamaan kepada pembinaan
rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan
pengangkutan awam serta keselamatan.
18. Selain itu, sektor pelancongan pula telah diberi
lebih tumpuan kerana melalui peningkatan kedatangan
pelancong boleh merangsang pertumbuhan ekonomi
domestik.
19. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini walau
bagaimanapun tidak melibatkan emolumen kakitangan
awam, pencen pesara dan tidak menjejaskan
mekanisme penyampaian Kerajaan (delivery
mechanism). Malah, Kerajaan tidak akan
memberhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk
penjawat awam lantikan secara kontrak.
20. Disamping itu, Kerajaan turut meningkatkan
strategic linkages di antara bandar dan luar bandar
dengan pembinaan sepuluh (10) lagi Urban
Transformation Centre (UTC) di Labuan, Sungai Petani,
13
Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau,
Keningau, Seremban dan Kangar.
21. Empat (4) Rural Transformation Centre (RTC)
baharu juga dijangka siap dibina di Jawi, Pulau Pinang,
Rembau, Negeri Sembilan, Sungai Rambai, Melaka dan
Betong, Sarawak pada tahun ini.
22. Secara ringkasnya, intipati Pengubahsuaian Bajet
2016 merangkumi perkara berikut:
a. langkah-langkah yang diambil adalah tindakan
proaktif, telus dan realistic seiring dengan
cabaran ekonomi semasa;
b. ekonomi negara masih utuh, tumbuh dan
berkembang serta berdaya tahan dipacu oleh
aktiviti ekonomi domestik;
c. kesejahteraan rakyat akan terus didahulukan
dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan
tidak terjejas;
14
d. Kerajaan komited melaksanakan langkah
konsolidasi fiskal; dan
e. pengubahsuaian bajet ini bertunjangkan
kepada prinsip shared responsibility oleh
segenap lapisan masyarakat.
MODEL BAHARU PENAJAAN JPA
23. Selaras dengan pengumuman Pengubahsuaian
Bajet tersebut, JPA telah melaksanakan langkah
pengubahsuaian yang lebih strategik dengan
mengoptimumkan peruntukan sedia ada serta
mengambil kira kepentingan program pembangunan
modal insan secara menyeluruh. Sebagai langkah
memastikan negara mendapat pulangan yang optimum
daripada pelaburan besar yang diperuntukkan bagi
program penajaan, Kerajaan memperkenalkan model
baharu penajaan JPA mulai tahun 2016.
24. Model baharu ini membolehkan penajaan
dilaksanakan secara komprehensif merangkumi aspek
merit dan kecemerlangan serta keperluan membantu
15
golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40
terutama dalam bidang Teknikal dan Vokasional.
Tumpuan diberikan kepada penajaan pelajar ke IPT
dalam negara bagi menyokong usaha kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.
Usaha ini dapat memartabatkan IPT tempatan dan
memastikan kemampanan fiskal jangka panjang
negara.
25. Model Baharu Penajaan JPA akan dilaksanakan
seperti berikut:
i. Program Penajaan Nasional
Penajaan 20 pelajar terbaik SPM 2015
berdasarkan senarai Lembaga Peperiksaan
Malaysia untuk mengikuti pengajian peringkat
ijazah pertama di universiti terkemuka dunia
terhad kepada bidang yang ditetapkan
Kerajaan.
16
ii. Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea,
Perancis dan Jerman
Penajaan 200 pelajar cemerlang SPM 2015
untuk mengikuti pengajian peringkat
diploma/ijazah pertama dalam bidang
kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis
dan Jerman.
iii. Program Ijazah Dalam Negara
Penajaan 7,000 pelajar yang sedang mengikuti
pengajian di universiti awam dan institusi
pengajian tinggi swasta dalam kategori
Government Linked Company (GLC) iaitu
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti
Teknologi Petronas (UTP).
iv. Program Dermasiswa B40
Penajaan kepada 1,000 pelajar daripada
keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti
pengajian peringkat diploma di politeknik,
universiti awam, UNITEN dan MMU. Ia
17
merupakan program baharu diperkenalkan
dalam model baharu penajaan JPA 2016.
v. Program Lepasan Bursary
Penajaan 744 pelajar Program Bursary
2013/2014 (lepasan SPM tahun 2012/2013) di
bawah Program Lepasan Bursary diteruskan
bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah
Pertama di IPT tempatan.
vi. Program Bursary
Penajaan 250 pelajar lepasan SPM 2015 yang
mendapat 9A+ dan ke atas merangkumi
program peringkat persediaan/asasi dalam
negara dan seterusnya ke peringkat ijazah
pertama di IPT tempatan yang ditetapkan oleh
Kerajaan. Bidang yang ditawarkan adalah di
bawah kelompok klinikal dan kesihatan,
kejuruteraan dan teknologi, sains dan sains
sosial. Pemilihan berdasarkan merit.
26. Mulai tahun 2016, program penajaan akan
dilaksanakan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah
18
kecuali bagi Program Dermasiswa B40. Ia berteraskan
prinsip pulangan pelaburan kepada negara (ROI) dalam
memastikan Kerajaan memperoleh bakat terbaik untuk
Perkhidmatan Awam. Di samping itu, prinsip ini
berupaya mewujudkan sifat kebertanggungjawaban
kepada negara.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
PENCAPAIAN TAHUN 2015
27. Pada tahun 2015, JPA telah mengeluarkan
beberapa Pekeliling Perkhidmatan iaitu:
i. Penambahbaikan Kaedah Pemberian
Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan
Jadual Gaji Minimum - Maksimum;
ii. Bantuan Khas Kewangan Tahun 2015;
iii. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan
Kematian Ahli Keluarga Terdekat;
19
iv. Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan
Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang
Berada Di Luar Negara Atas Urusan
Persendirian;
v. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi
Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam
Perkhidmatan Awam;
vi. Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan
Awam Persekutuan;
vii. Pemberian Khas Tahun 2015; dan
viii. Kadar Kelayakan Kemudahan Cuti Rehat
Tahunan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan
20
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
PENGHARAPAN KERAJAAN KEPADA PENJAWAT AWAM
Integriti Penjawat Awam
28. Isu integriti dalam perkhidmatan awam sering
dibangkitkan. Di kesempatan ini saya ingin
mengingatkan tuan/puan sekali lagi akan kepentingan
menjaga integriti Perkhidmatan Awam.
29. Sebagai penjawat awam, perlu mentaati ikrar
Perkhidmatan Awam untuk menjaga rahsia Kerajaan.
Insiden kebocoran rahsia Kerajaan sebelum sesuatu
pengumuman rasmi dibuat boleh memberi implikasi
kepada keputusan Kerajaan.
30. Penggunaan teknologi dalam melaksanakan tugas
memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk
melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan cepat.
Sebagai contoh, penggunaan telefon pintar (smart
phone) membolehkan penyebaran maklumat kepada
sasaran yang besar dengan cepat. Namun, perkara
negatif yang mungkin timbul ialah apabila maklumat
21
yang disebarkan tidak tepat atau tidak berdasarkan
sumber yang sahih. Akibatnya akan memberi kesan
negatif kepada individu atau organisasi yang
diperkatakan.
31. Kecuaian menjaga kerahsiaan Kerajaan akan
menyebabkan keselamatan negara terancam. Di
samping itu, ia akan menyebabkan orang ramai
mempertikaikan integriti penjawat awam dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan. Secara tidak
langsung menjejaskan keyakinan rakyat kepada
kelancaran sistem penyampaian Kerajaan.
32. Peraturan 19 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) telah
menjelaskan seseorang pegawai tidak boleh, secara
lisan atau bertulis dengan apa-apa cara lain:
i. membuat apa-apa pernyataan awam yang
boleh memudaratkan apa-apa dasar,
rancangan atau keputusan Kerajaan tentang
apa-apa isu;
22
ii. membuat apa-apa pernyataan awam yang
boleh memalukan atau memburukkan nama
Kerajaan;
iii. membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan
apa-apa dasar, rancangan atau keputusan
Kerajaan; atau
iv. mengedarkan apa-apa pernyataan atau
ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau
mana-mana orang lain
melainkan jika kebenaran bertulis sama ada secara am
atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada
Menteri. Pernyataan awam ini termasuklah apa-apa
pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak
akhbar atau orang ramai semasa memberikan apa-apa
syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa
penyiaran atau penerbitan.
33. Penjawat awam perlu mempertahankan prinsip
neutrality dan impartiality dalam Perkhidmatan Awam.
Konsep integriti bertujuan memastikan Perkhidmatan
23
Awam benar-benar merupakan Perkhidmatan Awam
yang stabil serta berkecuali terhadap mana-mana
pihak, kumpulan termasuk gerakan, fahaman dan parti
politik.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Produktiviti Kerja
34. Tahap produktiviti di Malaysia telah meningkat
dalam tempoh Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-
10), namun masih jauh ketinggalan berbanding dengan
negara berpendapatan tinggi. Laporan Produktiviti
2014/2015 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia
menunjukkan produktiviti buruh di Malaysia masih
rendah berbanding Amerika Syarikat, Hong Kong dan
Korea. Manakala produktiviti negara China, Myanmar,
Indonesia, Thailand, Bulgaria dan India semakin
meningkat. Keupayaan Malaysia meningkatkan
produktiviti buruh bergantung kepada sejauh mana
negara mampu memperoleh kecekapan yang lebih
besar daripada sumber dalaman, terutamanya modal
insan, inovasi dan kecekapan operasi.
24
35. Tindakan Kerajaan mengekalkan keputusan yang
diumumkan di dalam Bajet 2015 dan 2016 berkaitan
penjawat awam membuktikan Kerajaan prihatin dan
mengiktiraf sumbangan penjawat awam kepada negara.
36. Pengiktirafan Kerajaan ini sewajarnya dibalas
dengan meningkatkan kompetensi, prestasi,
produktiviti dan daya inovasi selaras dengan teras
strategik Transformasi Perkhidmatan Awam untuk
Mendaya Upaya Bakat. Ia perlu ditunjukkan secara
kuantitatif bagi membuktikan pulangan kita kepada
Kerajaan berasaskan pelaburan atau Return On
Investment (ROI) yang nyata. Ianya wajar dizahirkan
dalam bentuk perkhidmatan yang terbaik kepada
rakyat.
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
KESIMPULAN
37. Penjawat awam mempunyai peranan besar dalam
pembangunan dan kesejahteraan negara. Dengan
adanya platform rasmi seperti MBK, memberi peluang
25
dan ruang kepada penjawat awam untuk bersama-sama
memberi buah fikiran dalam perancangan dasar Negara
terutama dari segi pelaksanaan. Ini kerana penjawat
awam adalah frontliner Kerajaan dan tunjang kejayaan
sesebuah dasar.
38. Saya yakin perbincangan intelektual dan
profesional dalam mesyuarat ini akan memberi hasil
yang konstruktif pada semua pihak. Saya juga pasti kita
akan dapat mengharungi cabaran semasa dengan
bersatu hati, berpadu tenaga dan yakin dengan kemam-
puan kita. Insya-Allah.
39. Akhir kata, saya berharap mesyuarat hari ini akan
berjalan dengan lancar dan penuh permuafakatan demi
memartabatkan Perkhidmatan Awam secara
keseluruhan.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufikwalhidayah
wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
26
Seterusnya saya menjemput Yang Berbahagia Datuk Lok
Yim Pheng, Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.