Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

16
HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU ____________________________________________________________________________ __ 1.0 PENGENALAN Kemahiran menulis adalah merupakan proses merakam ataupun menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan dan juga maklumat dalam bentuk tulisan yang digunakan untuk berhubung dengan orang lain. Penulisan karangan merupkan satu komponen yang penting dalam kemahiran bahasa dan sehingga ianya dijadikan sebagai satu gerak kerja yang penting dalam mata pelajaran bahasa Melayu baik dalam peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Menurut pendapat Kamarudin Husin (1996) telah memetik pendapat Loban uyang menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran karangan dalam semua peringkat sekolah adalah penting disebabkan ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa, iaitu kemhairan bahasa tulisan. Namun begitu, menurut Lado(1964), Brato (1974), Bullock(1976), dan Ishak Haron (1979) menyatakan bahawa karangan bukanlah hanya melihat kepada hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kat, ayat dan frasa malah ia juga merujuk kepada kemahiran menyampaikan idea dan fakta yang berkaitan dengan pemikiran manusia iaitu merujuk kepada pengarag ataupun penulis. Buah fikiran ini disokong oleh Chomsky (1965) yang telah memberikan penekanan kepada peranan pemikiran dalam kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa dan seterusnya ayat yang terdapat dalam sesebuah wacan atau karangan. Oleh yang demikian, kemahiran menulis karangan bukan sahaja sebagai pelajaran sampingan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas malah pelajar harus menguasai kemahiran ini dengan baik. Pendapat diatas disokong dengan pendapat Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz(1997) yang mengatakan bahawa kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dimana pelajar-pelajar haruslah menguasai kemahiran tersebut bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa malahan juga mata pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis dalam apa bentuk sekalipun mustahak. Ia dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran. 1 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

description

Bahan

Transcript of Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

Page 1: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Kemahiran menulis adalah merupakan proses merakam ataupun menghasilkan bahan yang

berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan dan juga maklumat dalam bentuk tulisan yang

digunakan untuk berhubung dengan orang lain. Penulisan karangan merupkan satu komponen yang

penting dalam kemahiran bahasa dan sehingga ianya dijadikan sebagai satu gerak kerja yang penting

dalam mata pelajaran bahasa Melayu baik dalam peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Menurut pendapat Kamarudin Husin (1996) telah memetik pendapat Loban uyang menyatakan

bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca,

dan kemahiran menulis. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran karangan dalam semua

peringkat sekolah adalah penting disebabkan ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa, iaitu

kemhairan bahasa tulisan.

Namun begitu, menurut Lado(1964), Brato (1974), Bullock(1976), dan Ishak Haron (1979)

menyatakan bahawa karangan bukanlah hanya melihat kepada hasil kepandaian atau kemahiran

mengubah atau menyusun kata-kat, ayat dan frasa malah ia juga merujuk kepada kemahiran

menyampaikan idea dan fakta yang berkaitan dengan pemikiran manusia iaitu merujuk kepada

pengarag ataupun penulis. Buah fikiran ini disokong oleh Chomsky (1965) yang telah memberikan

penekanan kepada peranan ‘pemikiran’ dalam kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa

dan seterusnya ayat yang terdapat dalam sesebuah wacan atau karangan. Oleh yang demikian,

kemahiran menulis karangan bukan sahaja sebagai pelajaran sampingan dalam pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas malah pelajar harus menguasai kemahiran ini dengan

baik.

Pendapat diatas disokong dengan pendapat Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz(1997)

yang mengatakan bahawa kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dimana pelajar-

pelajar haruslah menguasai kemahiran tersebut bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa malahan juga

mata pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran. Menulis

dalam apa bentuk sekalipun mustahak. Ia dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam

pelajaran.

1 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 2: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

2.0 DEFINISI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

Wacana merujuk kepada bahasa yang digunakan untuk dijadikan bahasa penghubung sesuatu

bahasa agar menjadi ayat yang lengkap. Fonologi adalah merupakan kajian mengenai fonem

sebagai satu unit bahasa, manakala sintaksis merujuk kepada mengkahi ayat yang sebagau unit

bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya

menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Kamus

Dewan mentakrifkan wacana adalah merujuk kepada keseluruhan tutur yang merupakan suatu

kesatuan, ucapan, pertuturan dan percakapan. Selain ini, wacana juga adalah merupakan kesatuan

fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan contohnya pidato, khutbah atau tulisan seperti

artikel, surat, cerpen dan novel. Sehubugan dengan itu, wacana juga merupakan satu unit bahasa

yang lengkap. Iai melebihi tingkat ayat disebabkan kerana sifatnya yang lengkap wacana

mempunyai tubuh teks seperti pendahuluan, tubuh atau isi, penutup dan graf atau jadual.

Menurut Halliday dan Hassan(1976) menyatakan bahawa organisasi sesuatu teks tribina

daripada intersentential linguistic features(ciri-ciri yang membina teks), yang memberikan sesuatu

teks itu tekstur dan ciri yang membina teks tersebut wujud di dalam teks. Halliday dan Hassan

(1976) menamakan ciri linguistik tersebut sebagai cohesiveties ( unsur tautan/ sarana kohesi).

Mereka berdua telah membahagikan tautan kepada lima jenis, iaitu rujukan, penggantian, elipsis,

penghubung dan tautan leksikal.

Menurut Nik Safiah et al. (2008) juga menggunakan penjenisan kohesi (tautan) oleh Halliday

dan Hassan (1976) tetapi menggunakan istilah penanda wacana untuk semua unsur tautan(sarana

kohesi/ cohesiveties). Menurut mereka penanca wacana terdiri daripada penana penghubung,

penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau penguguran.

2 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 3: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

Penggunaan istilah penanda wacana adalah untuk merujuk kepada semua jenis unsur tautan

tetapi penggunaan perkataan tautan mungkin akan mengelirukan pengguna bahasa

Melayu,terutamanya guru dan murid, dimana mereka sudah biasa menggunakan istilah penanda

wacana yang bermaksud sentence connectors dan sequence dalam tatabahasa Bahasa Inggeris

sebagai kata atau frasa yang berada di permulaan ayat yang pada kebiasaaannya diletakkan tanda

koma (,)selepasnya

Menurut Sanat Md. Nasir (2002), penanda wacana atau tautan penghubung ayat ( sentence

connetors) berfungsi untuk menghubungkan antara unsur linguistik, iaitu unit teks (ayat) sebelum

dengan yang sesudahnya. Menurut pandangan beliau, tautan(penada wacana) dibahagikan kepada

tiga iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Tautan perulangan

menunjukkan ciri sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang atau dari segi makna unsur itu

yang berulang atau pun kedua-duanya sekali.

3 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 4: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

3.0 STRATEGI PENGAJARAN WACANA PENULISAN KARANGAN PERINGKAT

SEKOLAH RENDAH

Dalam usaha untuk memantapkan pengajaran wacana dalam penulisan karangan peringkat sekolah

rendah adalah, pertama sekali para guru haruslah didedahkan dengan unsur penanda wacana. Dalam

hal in, unsur wacana sepatutnya diberikan penekanan kepada bakal-bakal guru Bahasa Malaysia.

Pengetahuan tentang unsur wacana bolehlah disebarkan kepada para guru Bahasa Malaysia melalui

menghadirkan diri dalam kursus dan seminar. Dengan ini guru dapat memantapkan lagi memantapkan

pengetahuan dalam penggunaan wacana dalam mengajar murid menulis karangan.

Selain daripada itu, seorang guru Bahasa Malaysia juga perlulah merancang pelbagai aktiviti untuk

mengajarkan wacana dalam kemahiran menulis berdasarkan prinsip daripada mudah kepada susah.

Aktiviti yang mudah untuk penggunaan wacana perulangan(tautan perulangan) adalah seperti

menyenarikan seberapa banyak kata yang dapat diterbitkan dari satu kata dasar, memberikan perkataan

atau frasa yang sama maksud(sinonim) dengan perkataan atau frasa tertentu dan menggantikan kata

atau frasa dalam perenggan dengan unsur rujukan yang sesuai. Bagi tautan hubungan pula, aktiviti

yang mudah adalah seperti memberikan perkataan atau frasa yang berlawan (antonim) dengan kata

atau frasa tertentu untuk hubungan berlawanan,

Setelah murid sudah memahami konsep dan jenis wacana, barulah guru boleh

mengalihkan pandangan murid kepada aktiviti yang lebih sukar. Antara aktiviti yang dapat

dijalankan pada tahap ini adalah seperti mengaplikasikan unsur tautan(wacana) dalam penulisan

murid-murid. Seterusnya guru akan membetulkan kesilapan penggunaan unsur dalam penulisan

karangan yang telah dikarang oleh murid.

4 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 5: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

Menurut Lado(1994), Broto 91974), Bullock(1976, dan Ishak Haron(1979) menyatakan

karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata,

frasa dan ayat tetapi merupkan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya dalam

pemikiran manusia(pengarang atau penulis) melaui alat komunikasi yang dinamakan bahasa dalam

Awang Mohamad Amin(1983).

Bagi memantapkan penguasaan penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan, murid

perlulah menguasai empat faktor utama ini iaitu penguasaan kosa kata, tatabahasa, peribahasa dan

gaya penulisan. Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajaran perlulah dilaksanakan berdasarkan

perengganan, pemilihan kosa kata dan pengajaran tatabahasa dengan menggunakan teknik-teknik

penulisan seperti yang berikut:

a. Daripada am kepada yang khusus( kenyataan umum dengan huraian contoh)

b. Daripada khusus kepada yang am(huraian contoh kemudian dibuat rumusan)

c. Penulisan mengikut susunan kejadian(seperti diari)

d. Penulisan mengikut susunan pertalian(membuat huraian tentang sesuatu gambaran dari atas ke

bawah, kiri ke kanan, tengah dan selainnya).

Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk mengajar wacana dalam penulisan, antaranya

adalah seperti berikut:

a. pendekatan terkawal

b. pendekatan pola –perenggan.

(a) Pendekatan terkawal

Pendekatan terkawal adalah merupakan pendekatan yang satu cara yang

dirancang secara berurutan. Pendekatan terkawal ini juga digunakan dalam

memahirkan murid menguasai satu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Melalui

pendekatan ini, murid diminta untuk menyudahkan tugasan berdasarkan bahan dan

mamatuhi arahan yang telah ditetapkan. Semasa memnngunakan pendekatan ini, murid-

murid akan dikawal dan dibimbing agar mereka tidak melakukan kesilapan. Isi

5 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 6: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

kandungan dan juga wacana yang sesuai akan disediakan untuk tujuan latihan

penulisan. Walau bagaimanapun, murid diberikan kebebasan untuk memilih

penggunaan perbendaharaan kata dan struktur ayat sendiri.

Merujuk kepada pendekatan ini, guru akan merancang dan menyediakan aktivit-

aktiviti secara berterusan dalam langkah pengajarannya agar murid boleh menguasai

penggunaan penanda wacana dalam menulis karangan dan kemudiannya dapat

memperbaiki ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada

kemahiran dan keaslian.

Dalam penulisan, murid akan diminta untuk membina ayat dengan menggunakan

penanda wacana yang disenaraikan bersesuaian dengan ayat yang dibina berdasarkan gambar.

Namun begitu, guru perlulah memastikan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran adalah

fleksibel dan sesuai dengan peringkat dan tahap kebolehan dan kefahaman murid.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan pendekatan ini dalam

mengajar murid menggunakan penanda wacan semasa menulis karangan adalah seperti berikut:

i. menyusun ayat sehingga menghasilkan karangan yang lengkap menggunakan penanda

wacana.

ii. melengkapkan ayat atau mengisi tepat kosong menggunakan penanda wacana

iii. menyusun perkataan atau frasa

iv. mengubah dialog kepada karangan

v. menulis karangan berdasarkan gambar bersiri.

vi. Menyusun isi-isi karangan bermula dengan bahagian pendahuluan, bahagian isi dan

bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap berstruktur.

Sekiranya guru memilih aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat sebagai salah

satu aktiviti, guru haruslah membimbing murid-murid mengisi tempat kosong dengan penanda

wacana yang sesuai…untuk menghubung ayat agar menjadi satu ayat yang lengkap. Guru juga

boleh menyediakan penanda wacana yang sesuai dalam membuat ayat untuk melengkapkan frasa

6 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 7: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

itu. Penanda wacana yang disediakan oleh guru adalah untuk mengurangkan kesilapan dalam

penggunaan penanda wacana.

             

(b ) PENDEKATAN POLA- PERENGGANAN

Pendekatan Pola- Perengganan adalah satu cara untuk membuat kumpulan ayat

berkaitan dengan isi atau idea yang sama. Dalam penulisan,, murid haruslah dibimbing oleh guru

dalam membina perenggan. Pembinaan perenggan karangan adalah sangat penting untuk

membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali bermulanya isi yang baru, murid haruslah

memulakan perenggan yang baru dan memasukkan penanda wacan sebagai bunga bahasa untuk

menghasilkan karangan yang menarik dan berkesan.

Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan penggunaan penanda wacana yang sesuai ayat-

ayat yang berkiat haruslah ditentukan terlebih dahulu. Setelah itu, perlu ada kesatuan dan pertutan isi.

Kesatuan dapat dicapai jika isi berkait dipilih dan pertautan pula dapat dicapai jika dengan

menggunakan penanda wacana. Antara contoh-contoh penanda wacana adalah seperti selain itu,. Di

samping itu, oleh yang demikian dan sebagainya.

Melalui pendekatan pola perenggan adalah member keutamaan dalam pembentukan perenggan

yang baik. Dalam langkah ini murid akan dilatih untuk memberikan pendapat sendiri kemudian

membantu murid menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain menggunakan wacana yang sesuai.

Wacana yang dipilih haruslan sesuai dengan setiap perenggan yang dibina agar perenggan yang dibina

dan isi yang disampaikan mengikut urutan yang betul.

Berikut merupakan latihan yang boleh diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah dengan

membuat latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang kemas.

Selain itu, murid juga boleh diberikan latihan yang menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru

7 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 8: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

supaya membentuk sebuah karangan yang kemas. Setiap isi yang disediakan oleh guru perlu

diselitkan dengan wacana yang sesuai untuk

4.0 CIRI-CIRI KEPENTINGAN MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN.

Menurut Rosmunah Bt Shamsuddin (2003) menyatakan dalam mod wacana pula, terdapat empat

jenis penulisan, iaitu penulisan jenis naratif, deskriptif, eksposisi, dan perbahasan. Kesedaran mengenai

tujuan dan mod wacana penulisan amat penting bagi menyampaikan isi (mesej dan maksud) penulisan

tersebut.

Dalam aspek kesedaran mengenai pembaca, Abdul Aziz Abdul Talib(1988: 174) juga sependapat

dengan Mofferr( 1968), Rosen (1973), Britton(1978) dan Smith(1982) yang mengatakan bahawa terdapat

pertalian yang rapatantara kesedaranmengenai tujuan penulisan, mod wacana, dan pembaca sasaran seperti

berikut:

i. Isi penulisan (mesej dan maksud) hendaklah dipadankan dengan minat pembaca dan

pengetahuan yang sedia ada pada pembaca.

ii. Teks penulisan hendaklah sesuai dengan bentuk bahasa atau laras bahasa yang mudah

difahami oleh bakal pembaca.

iii. Pemilihan topik atau tajuk penulisan hendaklah disesuaikan dengan bakal pembacanya.

Kecekapan menggunakan wacana dalam penulisan karangan memberikan pengetahuan kepada

murid untuk menyusun atur ayat supaya terdapat pertautan dan pertalian dalam setiap ayat yang dibina.

8 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 9: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

Murid hendaklah menekankan aspek-aspek pembinaan perenggan supaya mereka dapat menghasilkan hasil

karangan yang berkesan.

Menurut Cook (1989) menyatakan bahawa pengajaran bahasa bukan sekadar menentukan betul

atau salah sesuatu kata, frasa atau ayat berdasarkan rumus tatabahasa tertentu. Sebailiknya pengajaran

bahasa harus mengambil kira peranannya secara keseluruhan, iaitu sebagai alat komunikasi. Dalam

komunikasi manusia, sama ada secara lisan atau tulisan, komunikasi tersebut tidak berlaku sekadar sayu

ayat. Komunikasi berlaku melagkaui ayat seingga membentuk suatu wacana. Oleh itu, guru perlu

mengambil kira faktor wacana dan analisis wacana sekiranya mahu melahirkan murid yang mempunyai

kecekapan berbahasa.

Sehubungan dengan itu, pengajaran unsur wacana juga penting diaplikasikan dalam karangan

adalah untuk membantu murid menghasilkan perenggan yang kohesif dan koheran. Penentuan

terhadap penghasilan perenggan yang kohesif dan koheran tersebut adalah dengan membuat analisis

kekerapan penggunaan unsur tautan tyang terdapat dalam karangan. Kaedah analisis kekerapan unsur

tautan ini digunakan oleh pengkaji

seperti Musmira Sa’ad (1995), Abdul Jalil Othman (2000), Lucas dan Wesenforth(2001), Sanat Md.

Nasir (2002) dan Bayatee Dueraman(2007). Lebih kerap unsur tautan yang digunakan di dalam ayat

atau di antara ayat akan menjadikan ayat itu lebih dekat lagi.

9 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 10: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

5.0 APLIKASI PENULISAN WACANA YANG BERBENTUK FAKTA DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH.

Berikut merupakan wacana diaplikasikan dalam penulisan sekolah rendah. Kemahiran yang

perlu digunakan oleh murid untuk memantapkan penulisan karangan yang berjenis fakta dengan

menerapkan penggunaa wacana dalam penulisan mereka adalah, murid perlulah menjawab soalan

tentang isi sesuatu bahan terlebih dahulu. Murid perlulah memahami kehendak soalan terlebih dahulu

sebelum mengaplikasi kan kemahiran yang kedua. Seterusnya muri perlulah mempunyai idea yang

bernas. Murid-muri perlu menyatakan pendapat yang bernas dalam sesi perbincangan tidak kira

bersama guru atau bersama dengan rakan-rakan yang berada dalam satu kumpulan. Idea yang

dikemukankan haruslah menepati kehendak soalan dan tidak kelua dari tajuk.

Sehubungan itu, murid haruslah menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur.

Maklumat yang ditulis semula haruslah betul mengikut keutamaan dan isi penting agar membentuk

perenggan karangan yang baik. Pemilihan wacana yang sesuai akan menyerikan lagi setiap perenggan

karangan yang dibina. Muri-murid juga perlulah menulis karangan dalam bentuk prosa.

Melalui aktiviti yang dijalankan, objektif aktiviti yang dirancang tersebut adalah untuk

memberikan peluang kepada murid untuk memberi dan menyusun isi penting mengikut turutan serta

dapat menulis semula dengan baik. Media pengajaran yang boleh digunakan untuk mengajar

10 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 11: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

kemahiran tersebut adakah seperti menggunakan gambar, kad jalur, carta dan keratin akhbar. Tujuan

aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif murid-murid.

6.0 KESIMPULAN

11 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 12: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

RUJUKAN

1 MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

ROSMINAH BINTI SHAMSUDDIN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAC 2003

William Littlewood (1992). Pengajaran bahasa secara komunikatif: satu pengenalan. Trj. Juriah Long. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal

Abdul Aziz Abdul Talib (1988). “Konsep Gaya, Mod Wacana, dan Kesedaran Mengenai Pembaca dalam Penulisan: Implikasi daripada Sudut Pengajaran” dlm. Dewan Bahasa 32:10, hal. 704-719.

Abdul Aziz Abdul Talib (1996). Menguji kemahiran bahasa: prinsip, teknik, dan contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)

Page 13: Tatabahasa Dalam Pengajaran Bm (Hbml 3203)

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________

Kamarudin Husin (1994). KBSM dan strategi pengajaran bahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Cook, G. (1989). Discourse. Oxford: Oxford University Press.

Abdul Jalil Othman. (2000). Analisis tautan ayat dari segi kohesinahuan dan leksikal dalam penulisan karangan. Jurnal Bahasa,44, 826-845.Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (2002). Introduction to

Lucas, S.B., & Weasenforth, D. (2001). E-mail and word processingin the ESL classroom: How the medium affects the message.Language Learning & Technology, 5, 135-165.

Sanat Md. Nasir. (2002). Tautan dalam wacana bahasa Melayuakhbar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bayatee Dueraman. (2007). Cohesion and coherence in Englishessays written by Malaysian and Thai medical students.Proceedings from Southern Thailand English LanguageTeaching/Cultural Change Conference.

Kesan Model Unsur Tautan Terhadap( 2009)Pengajaran Karangan Bahasa MelayuZAMRI SALLEHSekolah Menengah Kebangsaan Batu 5, GurunABDULL SUKOR SHAARIUniversiti Utara MalaysiaABSTRAK

13 Pamela ak Lawrance Siloi (811112135268001)