Tamadun
-
Upload
noor-aini-samsusah -
Category
Documents
-
view
7.909 -
download
6
description
Transcript of Tamadun
Pengenalan
Tamadun mempunyai dua bentuk yang penting iaitu tamadun spiritual dan
tamadun material. Tamadun-tamadun utama di dunia mempunyai persamaan dan
perbezaanbaik dalam aspek spiritual mahupun material.Persamaan dan perbezaan
tamadun ini boleh dilihat dalam pelbagai segi meliputi aspek-aspek
teologi,etika,pemikiran,kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-
pencapaiannya.Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu alam
sekitar,keluarga,komuniti,kerajaan,kegiatan ekonomi,pendidikan dan kesihatan.
Teologi
Di antara tamadun-tamadun besar terdapat persamaan dan perbezaan dalam bidang
teologi.Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam
Islam,Kristian,Yahudi dan Hinduisme.Konsep monoteisme terdapat dalam agama
Islam,Yahudi,Kristian,Yahudi dan Monoteisme demikian manifestasi konsep
Monoteisme,Kristian,Yahudi dan Hinduisme dalah berbeza dengan islam.Agama
islam,Kristian,Yahudi telah dikembangakan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari
Allah SWT.Sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak kabur dan agama ini
tidak mempunyai pengasas ataupun nabi.Hubungan yang rapat antara islam dan
Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan penganut-penganut agama
Kristian dan Yahudi dikena sebagai Ahl-alkitab.Teologi ialah aspek tamadun spiritual
yang penting bagi sesebuah masyarakat.
Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi
lebih merupakan sebuah ajaran moral dan etika.Dalam ajaran Buddhisme tidak
membincangkan mengenali konsep ketuhanan sebaliknya membincangkanperilaku-
perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia demi untuk melepasi kesengsaraan
hidup dan mencapai pembebasan diri ataupun nirvana.Oleh kerana Buddhisme
terbentuk dalam kerangka sosio budaya masyarakat India maka tidak dapat dinafikan
terdapat beberapa konsep Buddhhisme yang dapat dicari persamaanya dalam ajaran-
ajaran Hinduisme.
CIRI-CIRI PERSAMAAN ANTARA TAMADUN DALAM ASPEK TEOLOGI
1. Semua agama menekankan kepada konsep ketuhanan kecuali agama Buddha
yang menekankan kepada falsafah moral dan etika.Dalam ajaran Buddhisme
tiada konsep ketuhanan.
2. Semua agama mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama
yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya seperti sembahyang lima
waktu,puasa di bulan Ramadan,mengerjakan haji bagi orang Islam,upacara-
upacara tertentu bagi pengenut-penganut Hindu,sembahyangdi gereja bagi
penganut-penganut Kristian.Doktrin ini terkandung dalam kitab-kitab suci
agama-agama tersebut iaitu Al-Quran bagi umat Islam, Taurat (Old Testament)
bagi penganut agama Yahudi, Injil (New Testament) bagi penganut Kristian dan
kitab-kitab Ved bagi penganut agama Hindu.
3. Aspek-aspek tertentu dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi mempunyai
persamaan iaitu contohnya dari hidup selepas mati dan balasan akhirat. Begitu
juga dengan konsep-konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan.
4. Dalam beberapa aspek konsep-konsep Buddhisme mempunyai persamaan
dengan Hindusime kerana Buddhisme terbentuk dalam kerangka Hinduisme
sehinggalah ianya mempunyai bentuk tersendiri kemudiannya. Di dalam agama
Hindu dan Buddhisme terhadap konsep * kelahiran semula*. Konsep *karma*
dalam agama Hindu juga mempunyai persamaan dengan konsep *karma*
dalam agama Buddhisme. * Karma * ialah konsep yang berkaitan dengan
pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.
CIRI-CIRI PERBEZAAN
1. Manifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya
monoteisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monoteisme dalam
agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian, konsep triniti adalah
berbeza dengan ketunggalan Tuhan dalam Islam. Begitu juga asosiasi nabi-
nabi tertentu dengan tuhan dalam agama Yahudi dan Kristian adalah
bertentangan dengan monoteisme agama Islam yang mengaku hanya Allah swt
tuhan yang sebenar dan Allah tidak boleh dikaitkan atau disekutukan dengan
manusia mahupun benda. Sementara konsep moneteisme dalam agama Hindu
membolehkan tuhan digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan
dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Kesukaran
untuk memahami Hinduisme menyebabkan ramai berpendapat bahawa konsep
ketuhanan dalam agama tersebut adalah politeisme.
2. Wujud juga perbezaan antara agama Hindu dengan Buddhisme, antaranya
ialah tentang konsep reinkarnasi ataupun penjemaal semula. Konsep ini hanya
terdapat dalam agama Hindu. Penjelmaan semula bermaksud, seseorang itu
akan menjelma semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk manusia.
Konsep ini asalnya hanya digunakan untuk penjelmaan semula dewa-dewa
Hindu tetapi perkembangan sejarah agama Hindu kini memperlihatkan bahawa
konsep ini juga seringkali dikaitkan dengan seseorang manusia.
Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun
Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang
tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu dengan satu tamadun
yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsi
antara beberapa Tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara
Tamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan
teologi berhubung monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme
yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula
sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza
daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum
merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan mereka berbeza antara
satu
sama lain.
Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahan
pendapat. Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku
antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam
sesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya
dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang
kontroversi. Hakikat ini dapat lenjelaskan bahawa dialog Tamadun atau peradaban
boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada
persoalan etika. Dalam konteks melihat perbezaan antara Tamadun, tujuh persoalan
etika berikut dikemukakan Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi,
Hashim Hj Musa, lohd Zuhdi Marsuki.(2002)
Alam Sekitar
Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima semua
agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai
anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian
tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam,
Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna
menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam Tamadun
tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu
disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini,
Tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar.
Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan
tahap teknologi yang lasih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari
bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh
pandangan semesta sesuatu pengamalan budaya.
Komuniti
Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap Tamadun
tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam
menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat
memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa
dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan
psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan
komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang
pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa
transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu
tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah
Ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan
kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti
Islam dan Buddhisme.
Kerajaan
Falsafah Tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral
atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan
dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang
saksama dan adil merupakan tema utama Tamadun-tamadun silam. Dalam Tamadun
China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang
lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya
membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-
Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian
kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang
diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam
Tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat
tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas
keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk
membetulkannya.
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi di dalam tamadun-tamadun awal berlangsung dalam konteks
* moral semesta *( universe moral ). Oleh itu muncul konsep hak-hak kehidupan
(livelihood rights) dalam ajaran Buddha sebagaimana yang termaktub dalam salah
satu daripada ajaran jalan lapan lapis (eight fold path). Dalam ajaran Islam, prinsip
yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan
persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang
boleh mempertingkatkan tahap moral manusia. Konsep *wang*, laba, ganjaran,
pasaran, dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral.
Penipuan, riba, rasuah dan bentuk-bentuk penyelewangan lain amat ditegah dalam
Islam. Sementara Tamadun China yang kuat dipengaruhi oleh Falsafah
Konfusianisme memberi perhatian kepada kepentingan golongan petani. Falsafah
Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan
pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan
untung yang merupakan elemen-elemen yang mengikut ajaran Konfusianisme. Dalam
Tamadun Eropah zaman pertengahan, kita dapati bahawa ajaran kristian amat
mempengaruhi kegiatan ekonomi. Sepertimana ajaran Islam unsur-unsur rasuah, riba
dan penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran kristian. Kegiatan ekonomi yang
dijalankan juga terikat dengan konsep halal dan haram.
Keluarga
Keluarga merupakan unit asas dalam Tamadun China. Ajaran Confucius yang
menjadi asas kepada Tamadun China memberi penekanan yang penting kepada
hubungan kasih sayang dan hirarki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Kasih
sayang antara manusia ini akan mewujudkan ketenteraman dana harmoni dalam
masyarakat. Konsep *li* menekankan lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu :
1. Hubungan sesama manusia
2. Hubungan bapa dan anak
3. Hubungan abang dengan adik
4. Hubungan suami dan isteri
5. Hubungan kawan dengan kawan.
Dalam lima jalinan hubungan penting ini, tiga daripadanya ialah hubungan yang
penting yang terdapat dalam sesebuah keluarga iaitu hubungan antara bapa dengan
anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri. Kesetiaan
seorang anak kepada bapanya sama dengan kesetiaan seorang rakyat kepada
maharajanya. Terdapat banyak kisah dalam masyarakat China yang menunjukkan
ketaatan kepada kedua ibu bapa. Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua
ibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapalah yang menyebabkan
masyarakat China digalakkan mengadakan upacara mengingati nenek moyang.
Upacara ini selain bertujuan untuk memperingati roh nenek moyang, ia juga bertujuan
untuk mengucapkan rasa terima kasih serta meunujukkan ketaatan kepada nenek
moyang serta iibu bapa yang telah meninggal dunia.
Tamadun Islam yang berasaskan Al-Quran turut memberi kepentingan kepada
keluarga. Hubungan anak-anak dengan ibu baoa berasaskan kepada hak dan
tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan oleh ibu
bapanya sejak anak itu berada dalam kandungan lagi contohnya bapa mestilah
memberi rezeki yang halal dari sumber yang halal kepada keluarganya. Sementara
ibu pula digalakkan membuat kebajikan. Ia bertujuan agar anak yang dilahirkan akan
sentiasa cenderung untuk membuat kebaikan. Selepas dilahirkan anak berhak
dinamakan dengan nama-nama yang baik. Ibu bapa juga bertanggungjawab memberi
pendidikan yang sempurna kepada anak-anak bagi mempersiapkan anak-anak untuk
menghadapi masa
Pendidikan
Matlamat paling utama pendidikan dalam Tamadun-tamadun tradisional
adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu
mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari
perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam,
Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan
menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa
perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma
cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam
ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi
manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat
dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
Kesihatan
Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang
masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam Tamadun-tamadun tradisional tidak
boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting
konsep kesihatan Tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan
holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa
kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih
menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud
adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan
penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan
seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan
pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.
Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras
kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam Tamadun-
Tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam
persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud
beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan
antara satu Tamadun dengan Tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk
lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya,
mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu Ketamadunan
membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah
kehidupan yang lebih saksama.
Perbezaan dan persamaan Tamadun Islam,China dan India
Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan
tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya
dan etika.
Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza
dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu
pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula,
mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya
makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan
gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun
terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan
empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek
budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram.
Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan
minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun
India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.
Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara
tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam
hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu
dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai
manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana
percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus
dijaga dengan baik.
Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah.
Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk
menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga
disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran
Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan
bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci
dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada
rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.
Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan
bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota
masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi
sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara
penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.
Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze
yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.
Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan
pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan
perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil
riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga
diletakkan paling bawah kerana menindas golongan lain.
Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China.
Tamadun Islam dan Tamadun China sebenarnya mempunyai begitu
banyak perbezaannya. Secara terperincinya, kita boleh pecahkan perbezaan antara
dua tamadun ini kepada 8 iaitu agama, politik, kekeluargaan, ekonomi, pendidikan,
sistem tulisan, kesenian dan akhir sekali ialah sumbangan tamadun itu sendiri kepada
dunia.
Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang paling unik kerana
kelahirannya adalah asas daripada agama. Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah
Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul. Jika dilihat kepada tamadun-
tamadun lain, lahirnya tamadun akan membawa kepada kewujudan sesuatu fahaman
dan agama, tetapi tidak bagi Tamadun Islam. Tamadun Islam mempercayai bahawa
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dan rujukan hidup mereka. Kepercayaan
kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Khiamat serta Qada dan Qadar merupakan
perkara yang wajib dipercayai oleh mereka semua.
Tamadun China pula mempunyai pandangan yang berbeza di mana tumpuan
ajaran-ajaran kepercayaan orang Cina banyak berkisar di sekitar diri manusia. Oleh
itu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Tuhan
orang Cina dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia
yang mencerminkan kepercayaan mereka yang mementingkan manusia berhubung
kebaikan dunia dan akhirat. Ini berbeza dengan agama-agama Masihi seperti Kristian
dan Islam yang mengakui kewujudan Tuhan yang satu. Agama atau kepercayaan bagi
masyarakat Cina adalah sesuatu yang personal. Mereka bebas mengamalkan
beberapa agama dan kepercayaan sekaligus yang diyakini mereka dapat memberikan
kesejahteraan hidup mereka asalkan tidak bercanggah dengan adat dan budaya
mereka. Ianya harus sesuai dengan kehendak orang cina dan tidak menghilangkan
identiti mereka.
Perbezaan yang kedua ialah dari segi kerajaan atau politik. Bagi tamadun
Islam, kekuasaan dan pemerintahan ialah hak dan milik mutlak Allah s.w.t dan
dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Pangkat dan kedudukan
seseorang merupakan perhiasan hidup Zinat al-hayah, pemberiaan Allah s.w.t untuk
menguji ketaatan dan kesetiaan hamba-Nya. Jawatan dan kekuasaan boleh menjadi
satu kemuliaan dan juga pada masa yang sama boleh menjadi satu kehinaan. Dalam
tamadun Islam, kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberi oleh raja kepada
rakyatnya adalah dimensi yang penting. Penderhakaan merupakan jenayah yang
paling berat hukumannya dalam tamadun Islam.
Bagi Tamadun China pula, ajaran Confucius telah memberi satu garis panduan
mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mestilah
berperanan sebagai bapa kepada rakyat. Ini bemakna, seseorang raja perlulah
mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepada
rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang sedemikian mandat atau kelayakan seseorang raja
untuk memerintah sesebuah dinasti akan terhapus. Namun demikian Confucius tidak
menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik.
Dalam aspek kekeluargaan pula, bagi Tamadun Islam telah ditetapkan dalam
agama Islam bahawa asas pembentukan keluarga ialah perkahwinan. Kedudukan
wanita adalah sama dengan kedudukan lelaki. Kaum wanita telah diberi hak asasi
yang sama dengan lelaki dan tanggungjawab kaum wanita setaraf dengan lelaki
dalam segala aspek kehidupan yang bersesuaian. Berbeza dengan Tamadun China,
sistem kekeluargaan berasaskan kuasa bapa dan ini telah diserap masuk ke dalam
pelbagai aspek kehidupan sosial serta mendatangkan impak yang mendalam
terhadap arah perkembangan kebudayaan China. Antara ciri-ciri masyarakat yang
memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuk waris sebelah bapa
dan pemerintah yang berpusatkan bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan
suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan
dan sebagainya.
Aspek ekonomi bagi Tamadun Islam adalah berbeza dengan Tamadun China
dimana dalam Tamadun Islam unsur riba tidak dibenarkan di dalam perniagaan. Di
dalam Islam juga, unsur penipuan seperti mengurangkan timbangan, boros, kedekut
dan membazir tidak dibenarkan sama sekali. Islam membenarkan umatnya berniaga
asalkan ianya dijalankan secara halal, bersih, suci, berguna dan tidak
membahayakan. Selain itu, beberapa langkah juga telah di ambil untuk memajukan
sektor pertanian antaranya seperti melebarkan sungai dan terusan, membuat
empangan, membuka tanah pertanian baru dan membuat penyelidikan dalam
pertanian.
Tamadun China pula dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme iaitu memberi
perhatian kepada kepentingan golongan petani. Falsafah Konfusianisme memandang
rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat
dengan penipuan dan keuntungan yang merupakan elemen-elemen yang buruk
mengikut ajaran Konfusianisme. Selain itu, di dalam tamadun China, penciptaan
telaga, kolar kuda, pembinaan terusan, tanaman bergilir dan sebagainya adalah
langkah yang diambil untuk memajukan ekonomi mereka.
Pendidikan dalam Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid yang
memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Sebaliknya dalam ajaran-
ajaran Buddha, transformasi sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari diri
sendiri (self-siscovery). Masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yang
serius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring dengan
bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-
satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan
sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain.
Perbezaan seterusnya ialah sistem tulisan. “tulisan jawi” dalam Tamadun Islam telah
wujud sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah. Tulisan jawi berasal daripada skrip
Arab dan bukti kewujudan tulisan jawi pada ketika itu ialah batu nisan, ukiran-ukiran
pada masjid dan istana, batu bersurat, duit syiling dan sebagainya.
Tulisan Cina atau Hanzi dalam Tamadun China merupakan antara tulisan yang
paling tua di dunia. Tulisannya adalah berlainan dengan tulisan dalam tamadun lain di
mana seperti sedia maklum, tulisan Arab, jawi ditulis berdasarkan cantuman beberapa
huruf bagi membentuk maknanya. Berbeza dengan tulisan Hanzi kerana iainya
berdasarkan Syllabe, tetapi berdasarkan huruf-huruf. Oleh itu, bahasa Cina memiliki
50,000 patah perkataan yang tidak semua diketahui oleh orang Cina. Pada umunya,
mereka hanya mengetahui hanya 3000 patah perkataan sahaja. Tulisan dalam
tamadun China adalah berdasarkan kepada lambang-lambang gambar, lambang
petunjuk, lambang petunjuk fikiran dan gabungan bunyi-bunyi.
Perbezaan dari segi kesenian dalam Tamadun Islam pula ialah dapat dilihat
dalam seni halus seperti tulisan khat, lagu nasyid, ukiran kayu, seni persembahan
melayu, seni tekstil dan sebagainya. Seni ini telah menjadi warisan dalam diri mereka
sejak berkurun lamanya. Bagi Tamadun China, kesenian seperti seni Opera iaitu seni
drama yang mana pelakonnya memakai pakaian berwarna-warni, menari-nari dan
memutihkan muka mereka. Selain itu, seni Tamadun China juga dapat dilihat dalam
muzik klasik, kaligrafi, seni lukis, seni pembinaan, seni mempertahankan diri seperti
kung fu dan sebagainya telah menjadi warisan dalam hidup
Akhir sekali ialah perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun China dari
aspek sumbangan tamadun kepada dunia. Antara sumbangan Tamadun Islam yang
terbesar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia yang dikembangkan oleh Gaber Ibn
Hayyan telah menyumbang kepad pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburan
emas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian
dalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam juga
menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnya
cendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu mereka
masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematik
dunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia.
Holistiknya, tamadun Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalam
bidang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini.
Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seperti
bidang penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya.
Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin dan
Yang di mana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan. Tamadun China
juga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru seperti magnet, penciptaan
kompas, penghasilan lilin daripada serangga dan sebagainya. Antara ciptaan hebat
tamadun China juga ialah penciptaan kertas oleh Cai Lun(105), serbuk letupan dan
sebagainya.Pelbagai perbezaan dapat dilihat diantara 2 tamadun ini kerana tahap
pemikiran, idea, persekitaran, politik dan pelbagai lagi unsur berbeza yang
mempengaruhi pencapaian sesuatu tamadun tersebut.