TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

78
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT(TITAS) WAJ 3101 Ahli Kumpulan : Ooi Wei Tong Jong Siaw Mei Kumpulan : PISMP SEM 1 Nama Pensyarah : En. Mohd Radzi Bin Lebai Mat

description

kkp titas

Transcript of TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Page 1: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT(TITAS)

WAJ 3101Ahli Kumpulan : Ooi Wei Tong

Jong Siaw Mei

Kumpulan : PISMP SEM 1

Nama Pensyarah : En. Mohd Radzi Bin Lebai Mat

Page 2: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

SOALAN TUGASAN:

Tamadun Islam dan Tamadun Barat:

Satu Perbandingan

Page 3: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam

Page 4: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Latar Belakang Tamadun Islam

Page 5: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Diwujudkan dan dikategorikan antara tamadun manusia yang terunggul di dalam dunia

Ilmuan serta cendekiawan Islam menyumbang kepada pembangunan dalam pelbagai bidang.

Diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan di Eropah melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemahkan dan mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam

Latar Belakang:

Page 6: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Lahirlah Universiti-unversiti seperti Universiti Naples di Bologna, Universiti Paris di Oxford

Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju ke Zaman Pembaharuan yang baru.

Ilmu-ilmu yang diterjemah itu termasuklah ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra.

Page 7: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Asal Usul Tamadun Islam

Page 8: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

• Cetusan daripada Islam itu sendiri.• Menurut Syed Qutb, Islam itulah tamadun (Rasid

Muhamad, 1996: 8). Perkataan Islam tidak dikaitkan dengan mana-mana individu, bahkan perkataan Islam itu sendiri mengandungi maknanya yang tersendiri.

• Dari segi etimologi, Islam bermaksud tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera.

• Dari sudut istilah pula, Islam membawa maksud taat kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.

Page 9: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Manisfestasi daripada definisi tersebut,Islam mengajak manusia: • Taat kepada Allah S.W.T. • Mengikuti segala suruhan-Nya dan

meninggalkan segala larangan-Nya. • Agama yang universal yang tidak dikhususkan

kepada bangsa tertentu sahaja mahupun dibatasi oleh sempadan waktu yang tertentu.

Page 10: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

• Ajaran yang dibawa dan disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul semenjak nabi Adam A.S sehinggalah rasul yang terakhir iaitu nabi Muhammad S.A.W.

• Berpegang kepada prinsip mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T. Tuhan Yang Esa, pencipta dan pemilik segala yang ada di bumi dan di langit seluruhnya.

• Allah mengutuskan rasul dan nabi silih berganti untuk mengajak dan mengembalikan manusia mengikuti jalan kehidupan yang benar.

Page 11: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

• Tugas para nabi dan rasul: menjelaskan ajaran Islam kepada manusia

• Dipercayai tanpa petunjuk dari Allah S.W.T., manusia akan sesat kerana akal fikiran dan pengalaman yang amat terbatas.

• Tidak sekadar agama yang mengatur hal-hal kerohanian, malah juga merupakan cara hidup (way of life) yang menyediakan panduan alam segenap aspek kehidupan manusia.

Page 12: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Ciri- CiriTamadun Islam

Page 13: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

• Sifat yang istimewa yang bermaksud dapat dilihat dan dikesan di mana sahaja tanpa sempadan geografi, asalkan Islam dijadikan sebagai al-din.

• Di mana sahaja agama Islam wujud, di situlah juga tamadun Islam diwujudkan.

Kesejagatan

• Dapat menerima, menggalakkan penerusan unsur-unsur yang terdapat dalam tamadun lain, selagi tidak bertentangan dengan ajaran syariat Islam

Keterbukaan

• Tamadun Islam bermula dengan penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira. Bermula dari saat tersebut, tarikh kelahiran Tamadun silam mula dan terus wujud tanpa sempadan masa.

Kewujudannya sepanjang zaman

Page 14: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

• Diterima oleh masyarakat yang lain dengan mudah. Sbb: menjamin hak-hak asasi masyarakat tempatan, sama ada beragama Islam atau bukan Islam.

• Hak-hak kemanusiaan agama yang lain juga terpelihara(sudut kebebasan beragama, kebudayaan mahupun keselamatan)

Sifat toleransi serta keterbukaannya

terhadap agama dan budaya lain

• Akidah: asas serta titik tolak yang mendasari Tamadun; menyatukan segala bentuk kemajuan yang dicapai.

• mewujudkan satu tamadun yang mempunyai nilai setara dari semua sudut.

Kesatuan dalam kepelbagaian

• Mengajar umatnya mewujudkan keseimbangan antara rohani dengan jasmani, antara spiritual dengan fizikal.

• Mengiktiraf kewujudan manusia dalam dua entiti utama(rohani dan jasmani/fizikal) yang seimbang.

Keseimbangan antara rohani dan jasmani

Page 15: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Ciri-ciri yang

khusus

Rabbani

Sifatnya yang

menyeluruh(sempurna)

Umum Ideal

Realistik

Page 16: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Kenapa tamadun Islam berbeza dengan tamadun yang lain??

Sebab:• Ia banyak didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan

keagamaan. • Sumber, matlamat, cara dan tujuan kehidupan

manusia dalam Islam ditetapkan oleh Allah S.W.T. • Aspek akidah dan kepercayaan, peraturan dan

kehakiman, akhlak dan hubungan antara manusia sesama manusia atau hubungan sekelilingnya adalah disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Page 17: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

KonsepTamadun Islam

Page 18: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

1. Muhammad Abdul Jabbar Beg menyatakan terdapat dua konsep tamadun. a)Konsep pertama ialah daripada tamadun Islam.• dibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai al-din.• diasaskan pada akidah, diikat dengan syariah, akhlak dan

prinsip-prinsip tertentu.• menekankan fungsi Quran terhadap perkembangan ummah

muslim b)Konsep kedua ialah daripada tamadun barat.

2.Muhammad Asad pula menyifatkan Tamadun Islam sebagai • tamadun yang bersifat ideologi, • rujukan yang dipegang adalah Quran. • syariah juga dikatakan sebagai konseptual pembentukan

tamadun Islam.

Page 19: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

3) Oswald Spengler:• Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan kerana

dipercayai ia mampu membawa kepada kemajuan tamadun.

4) J.K Fiebleman • Tamadun ialah kepandaian masyarakat mengeksploitasi

material.

5) Menurut Sayyid Qutb (m.1966) pula, • Tamadun Islam merupakan segala bentuk kemajuan yang

dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam.

Page 20: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

6) Said Hawa(m. 1989) • Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di

atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.

7) Abu Bakar Hamzah(m. 1972)-Sarjana tempatan • Tamadun Islam sebagai sesuatu yang lahir dan berkembang

bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang bersifatkan kebendaan ataupun sebaliknya.

8) Syed naquib al-Attas • Tamadun adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat

yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat (Osman Bakar, 2009:38).

Page 21: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pandangan yang berbeza dengan yang lain, 1) Ibn Khaldun Tamadun Islam sebagai pencapaian masyarakat yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Secara umumnya, • tamadun Islam adalah cetusan daripada memartabatkan Islam

sebagai al-din (suatu cara hidup yang lengkap selaras dengan fitrah manusia)

• penekanan kepada hubungan manusia dengan Allah S.W.T., hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam.

Page 22: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

SumberTamadun Islam

Page 23: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam dibangunkan berpandukan dua panduan sumber. a) Sumber ketuhanan (wahyu) • sumber utama Quran dan Sunnah. bersifat mutlak serta sesuai sepanjang zaman dan keadaan.b) sumber kemanusiaan (akal fikiran) • sumber sampingan ijitihad, khazanah tamadun dan

budaya yang lain. • berubah mengikut keperluan dan situasi semasa. • peranan cendekiawan Muslim untuk mengolah hukum

berkenaan penemuan-penemuan baru ini berdasarkan keilmuan dan kepakaran yang dimilikinya.

• adalah sistem berfikir yang dinamik dan sama sekali bertentangan dengan sistem berfikir tradisional yang statik.

Page 24: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

1) Quran• wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi Muhammad

S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S Quran.• dalamnya mengandungi prinsip-prinsip asas agama Islam dan ilmu

pengetahuan yang boleh digunakan oleh manusia bagi membangunkan ketamadunan mereka, juga meliputi ilmu kerohanian dan kebendaan yang menjadi ramuan kepada kelahiran sesebuah tamadun yang maju seperti akidah, syariah, akhlak, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ekonomi, politik, sosial, budaya dan sebagainya.

• pencetus dan pendorong utama pembentukan Islam.(apabila wahyu pertama kepada Rasullulah S.A.W dimulakan dengan perintah membaca, menunjukkan bahawa untuk membangunkan manusia yang hidup dalam kejahilan hendaklah dengan ilmu pengetahuan.)

• banyak menyeru dan menggesa manusia menggunakan akal fikiran dan segala sumber yang ada bagi mencapai kesejahteraan dan kejayaan hidup.

Page 25: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

2) Sunnah • setiap perlakuan, perkataan dan pengakuan yang dibuat oleh

Rasullulah S.A.W. • sumber utama tamadun Islam selepas Quran. • Quran mengariskan prinsip-prinsip asas kehidupan beragama

dan pendekatan ilmu pengetahuan yang bersifat umum, kemudian dihuraikan dan diperincikan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W.

• pelengkap kepada Quran, sumber inspirasi umat Islam dalam membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka

• berpandukan Sunnah ini, manusia dapat memahami dengan lebih jelas sesuatu perkara yang dilaksanakan dalam kehidupan mereka tanpa sesuatu perkara yang dilaksanakan dalam kehidupan mereka tanpa melanggar prinsip yang ditetapkan oleh Quran.

Page 26: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Dalam membina tamadun, Islam juga • bersifat terbuka menerima nilai-nilai dan idea-idea daripada

tamadun lain yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. • nilai dan idea yang ada dalam tamadun lain diasimilasikan

dengan tamadun Islam melalui proses interaksi yang sihat. • proses ini dilakukan dengan penuh waspada agar prinsip-

prinsip dalam tamadun Islam tidak tercemar. • contoh: sistem kementerian yang dierkenalkan oleh Khalifah

Umar al-Khattab semasa pemerintahannya adalah mencontohi sistem yang dipratikkan oleh kerajaan Romawi tetapi digarap semula untuk disesuaikan oleh roh ajaran Islam.

• prinsip keterbukaan menerima ilmu-ilmu daripada tamadun asing yang lain secara tidak langsung telah membantu memperkayakan lagi khazanah ilmu Islam.

Page 27: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

AsasTamadun Islam

Page 28: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

• dibangunkan di atas dasar akidah(kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak)

• diikat dengan syariah(undang-undang, peraturan-peraturan dan ketetapan Allah S.W.T. yang diperuntukan kepada manusia) dan akhlak(sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku atau perbuatan manusia terhadap Allah S.W.T., terhadap diri sendiri dan makhluk lain )

• prinsipnya lebih bersifat mutlak, universal, terperinci dan tidak boleh diubahsuai bagi memenuhi kehendak manusia yang sentiasa berubah.

Page 29: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Bil. Asas tamadun Islam Penerangan

1. Akidah Aspek kepercayaan:a) Keimanan kepada Allah S.W.T.b) Keimanan kepada malaikatc) Keimanan kepada raul dan nabid) Keimanan kepada kitabe) Keimanan kepada Akhiratf) Keimanan kepada qadak dan qadarAspek Kaedah(Pelaksanaan)g) Kesatuanh) Rasionali) Toleransi

2. Syariah Manifestasi Syariaha) Memelihara agamab) Memelihara Nyawac) Memelihara akald) Memelihara kehormatan dan keturunane) Menjaga harta benda

3. Akhlak Manusia dicipta dengan penuh keindahan yang meliputi luaran dan dalaman.

Page 30: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pandangan Terhadap Semesta

Tamadun Islam

Page 31: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pandangan semesta tamadun Islam a) terkandung dalam ajaran Quran dan Sunnah b) bertegak dan berkembang di atas asas yang

kukuh iaitu wahyu yang bukan bersandarkan akal manusia semata-mata.

c) mengambil kira semua aspek keperluan manusia sama ada material mahupun spiritual.

d) menekankan konsep keimanan (Allah adalah pencipta, manusia adalah hamba), konsep kekuasaan (manusia adalah pemegang amanah dan penggerak tamadun) dan konsep kemanusiaan (manusia adalah makhluk di mana adalah kombinasi roh dan jasad).

Page 32: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Barat

Page 33: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Latar Belakang Tamadun Barat

Page 34: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Barat

Tamadun Yunani

Tamadun Rom

Zaman Graeco-Rom (323-146 S.M.)/

Zaman Hellenistik

Pax Romana Zaman Gelap /Zaman

Pertengahan

Perang Salib (1096-1291 M)

Zaman Renaissance

Revolusi Sains

Page 35: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

o Masyarakat dalam Tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, sosial dan ekonomi.

o Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-Rom (323-146 S.M.).

o Zaman Hellenistik = perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain.

Page 36: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

o Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. - tahun 14 Masihi. & melangkah ke zaman kegemilangan → Pax Romana.

o Kejatuhan Empayar Rom pada tahun 476 M telah membawa Eropah kepada Zaman Gelap / Zaman Pertengahan.

o Pada awal Zaman Gelap → perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atas masyarakat.

o Selepas itu, tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian.

o Perang Salib membawa kepada munculnya Zaman Renaissance pada abad ke-14 dan 15 M. Zaman Renaissance telah melahirkan nilai-nilai humanisme, individualisme, dan sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat.

Page 37: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

o Zaman Renaissance juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol dan Portugal

o Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada ciptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.

o Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England.

Page 38: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Falsafah Tamadun Barat

Page 39: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

o Sumber utama pemikiran Tamadun Barat ialah berasal dari pemikiran Tamadun Greek Yunani yang mementingkan logik akal dan kepercayaan kepada apa yang mampu dicapai oleh pancaindera.

o Tokoh utama adalah Socrates, Plato dan Aristotle.

Page 40: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Socrates o mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan.

o berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan".

Plato o banyak menghasilkan karya dan buku. o Bukunya yang bertajuk Republic → buku panduan akhlak yang

memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika.

Aristotle o Guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) o orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan

kaedah saintifik dalam mencari kebenaran. o Dalam satu dialog, Aristotle pernah berkata; “pada hakikatnya nilai

moral dan spiritual yang mutlak tidak ada. Oleh itu, manusia hendaklah berseronok semasa hidup di dunia ini. Hanya itu satu-satunya matlamat hidup manusia, memenuhi keseronokan, pancaindera dan syahwat kebinatangannya.” (faham hedonism)

Page 41: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Konsep Tamadun Barat

Page 42: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

melihat perkara-perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata.

Segala urusan tidak ada kaitan dengan

agama

Agama adalah sebahagian daripada

kebudayaan dan dicorak oleh perubahan budaya.

Menurut Edward Burnett Taylor, ahli antropologi Inggeris, keseluruhan yang kompleks terkandung ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, dan adat istiadat.

Konsep Tamadun

Barat

Kebudayaan Barat = tidak tunduk kepada peraturan-peraturan tertentu yang

berbentuk kitab

Page 43: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Definisi Tamadun Barat

Page 44: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

The Oxford Dictionary (1995) = baru dan muktahir iaitu new and up to date.

Arnold Tonybee :suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti yang mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem

politik, pengetahuan dan seni.

J.K. Fiebleman : kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.

E. B. Taylor :rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan,

kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

Definisi Tamadun Barat

Page 45: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

∴ Tamadun = kemajuan dalam pembangunan dan kebendaan sahaja dan tidak mementingkan aspek kerohanian.

Redfield : satu cara hidup yang dapat memberikan kriteria tertentu.

Darcy Riberio : “The Civilization Process” - tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.

Clive Bell : “Civilization and Old Finds” - tamadun merupakan satu kriteria masyarakat.

Page 46: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Ciri- Ciri Masyarakat Bertamadun Menurut

Sarjana Barat

Page 47: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

1• Manusia mula tinggal menetap dalam sebuah

komuniti di sebuah kawasan

2

• Pengkhususan kerja- setiap kumpulan dan lapis masyarakat mempunyai tugas yg berlainan yang telah ditentukan.

3• Organisasi sosial yang lengkap

4• Wujud sistem politik dan pemerintahan atau sebuah

kerajaan

Page 48: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

5• Wujud tulisan dan bahasa.

6• Aktiviti perdagangan dan pertanian.

7

• Kemajuan sains dan teknologi untuk memudahkan kehidupan seharian serta perkembangan ilmu pengetahuan.

8

• Agama dan kepercayaan pula tidak diutamakan dan memadai jika wujudnya kepercayaan-kepercayaan yang berkaitan animisme atau penyembahan dewa-dewa.

Page 49: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Fahaman Yang Mendasari Tamadun

Barat

Page 50: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Sekularisme

Rasionalisme

Kapitalisme Kolonialisme

Materialism

Modenisme Liberalism

Pragmatism

Page 51: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Sekularisme

o Sekularisme merupakan suatu fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan negara.

o Sekularisme merupakan fahaman induk kepada seluruh fahaman moden.

Page 52: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Rasionalisme

o Rasionalisme mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak segala yang bertentangan dengan logik akal.

o Lantaran itu, kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.

Page 53: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Kapitalisme

o memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat.

Page 54: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Modenisme

o Modenisme mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan tradisional dan ke arah hidup secara moden.

o Lantaran itu, agama juga mesti diubah supaya selari dengan pemikiran moden.

Page 55: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Materialism

• Materialism mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat fizik dan menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai penghalang tamadun.

• Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan oleh fahaman ini.

Page 56: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Kolonialisme

o Kolonialisme adalah penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek fizikal dan material tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.

Page 57: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Liberalism

o Liberalism mengajak masyarakat berfikir secara liberal iaitu bersikap terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan peraturan agama dan adat tradisi.

Page 58: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pragmatism

o Pragmatism mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat walaupun salah dan memberi kesan kepada akidah dan akhlak umat.

Page 59: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pertentangan Di Antara Sekular Dengan Islam

Page 60: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam Tamadun Barat

akidah,syariah dan akhlak Asas materialism

wahyu Sumber asas dan mutlak pemikiran

pemikiran manusia semata-mata

berpegang kepada agama sebagai ad-din atau cara hidup yang syumul.

Pegangan menolak segala yang bersifat tradisional termasuk kehidupan beragama yang dianggap sebagai penghalang kemajuan

tegak atas dasar takwa dan keredhaan Allah

Dasar tegak atas dasar keinginan nafsu dan matlamat hidup hanya keduniaan dan keseronokan.

bermatlamatkan keampunan dan keredhaan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat

Matlamat bermatlamatkan kepuasan segelintir manusia dan keseronokan hidup dunia semata-mata.

Page 61: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Persamaan antara Tamadun Islam dan

Tamadun Barat

Page 62: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Kekeluargaan dan kemasyarakatan• semua tamadun menekankan pembinaan nilai

dan etika yang baik antara satu sama lain. • Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun

ketiga-tiga pandangan mereka hampir sama dalam membicarakan hal berkenaan dengan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

• ContohConfucius dan Buddha meletakkan 5 hubungan asas antara manusia dengan manusia seperti anak patuh pada ibu bapa, adik patuh pada abang, isteri patuh pada suami, murid patuh pada guru dan rakyat patuh pada raja

Page 63: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

• Islam juga menyeru kepada perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan dengan berdasarkan al-Quran dan kitab-kitabnya.

• sistem sokongan penting bagi seseorang individu dalam masyarakat.

• Contohtamadun Islam, baginya ikatan masyarakat bukan sekadar sesama kerabat tetapi adalah sesama agama dan manusia tanpa mengira bangsa dan agama di mana pentingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat di samping prinsip sama rata bagi semua. Ajarannya menolak prinsip kelas hamba (membahagikan masyarakat kepada beberapa lapisan) dan mementingkan setiap nyawa dalam masyarakat.

Page 64: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Idea Intelektual• tamadun masing-masing mempunyai perbezaan dari

segi pandangan dan pendapatnya. • terdapat juga beberapa perkara penting yang sama

dari segi pendapat dan pemikirannya seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan dan sebagainya. falsafah tradisional yang menekankan kepentingan moraliti dan akhlak sebagai asas kerajaan juga diamalkan oleh kedua-dua tamadun Islam dan Barat.

• Contohnya seperti Raja yang mendapat gelaran tertinggi mestilah adil, amanah dan mempunyai akhlak yang baik dalam menunaikan setiap tanggungjawabnya.

Page 65: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Agama • dipercayai setiap agama menekankan konsep

ketuhanan. • Contohnya, agama Islam, kristian dan Hidusisme

percaya konsep monoteisme (kepercayaan kewujudan hanya satu dewa, atau keesaan Tuhan dalam dunia.)

• Amalan dan konsepnya juga mempunyai sedikit sebanyak persamaan dari pelbagai aspek tertentu seperti konsep syurga, neraka, hari pembalasan dan lain-lain.

Page 66: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pendidikan• semua tamadun pentingkan pendidikan untuk

rakyatnya• Sebab: dipercayai pendidikan mampu

membentuk peribadi seseorang individu dalam masyarakat. tugas menyampaikan ilmu selalu dikategorikan sebagai tanggungjawab yang mulia dalam setiap tamadun yang wujud di dunia.

• Tanpa pendidikan, maka susahlah untuk sebuah tamadun dalam mencapai kemajuan dan pencapaian tertinggi.

Page 67: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Secara keseluruhannya,• setiap tamadun juga terdapat persamaannya

dari beberapa aspek. • rumusannya, setiap tamadun adalah

mempunyai perkaitannya antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain.

• Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa tamadun akan menjadi semakin maju dari semasa ke semasa pada masa akan datang.

Page 68: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Perbezaan Antara Tamadun Islam

Dengan Tamadun Barat

Page 69: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam Perbezaan Tamadun Barato menjadikan Al-Quran dan As-

Sunnah sebagai pegangan dan rujukan hidup mereka.

o Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia, samada keduniaan atau keagamaan.

o Pembaharuan mengikut agama bukan agama mengikut pembaharuan.

Kedudukan Agama o Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan.

o Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama.

o Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan akhirnya agama juga dicorak oleh perubahan.

o Ada konsep kesepaduan dan pengawalan.

o Segala bentuk pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian.

o Segala urusan tidak terlepas daripada mengikut prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak.

Konsep Kesepaduan Dan

Pengawalan

o Tiada konsep kesepaduan dan pengawalan.

o Tamadun Barat melihat perkara-perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata.

o Terikat dengan undang-undang tetapi pengawalannya terlalu longgar.

Page 70: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam Perbezaan Tamadun Barat

o menekankan konsep kesepaduan ilmu

o menekankan konsep kerohanian

Konsep dan Perspektif

o menekankan konsep pengkhususan ilmu

o menganggap segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal fikiran manusia tanpa pertolongan daripada tuhan.

o Islam mengambil kira aspek kemajuan dan perubahan tetapi dengan menegaskan bagaimana cara ia dicapai dan apakah matlamatnya.

o Islam menolak konsep ‘matlamat menghalalkan cara‘.

Konsep Kemajuan o Kemajuan berdasarkan keuntungan semata-mata.

o berpegang dengan konsep ‘matlamat menghalalkan cara‘.

o mementingkan pembangunan lahiriah iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran dan menolak tentang kemajuan rohaniah.

Page 71: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam Perbezaan Tamadun Barat

o bersifat komprehensif dan“multi-dimensional”iaitu kerohanian dan kebendaan seiring.

o Kemajuan dalam Islam bersifat lengkap.

o Pembangunan dan kemajuan dalam Islam adalah alat untuk mencapai kesempurnaan zaman.

o Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah manusia itu sendiri.

o Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

Penekanan Sudut Kemajuan

o menitikberatkan aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek kerohanian.

o Mereka menghadapi krisis nilai yang teruk akibat mengabaikan aspek kemajuan dari sudut kerohanian atau spiritual.

o Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

Page 72: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Perbezaan Ciri-ciri Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Page 73: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam Ciri- Ciri Tamadun Barato mengaitkan kota atau bandar

sebagai tempat bermulanya tamadun.

o Dalam Tamadun Islam, kewujudan sesebuah tamadun tidak akan sah jika tidak ada kota atau bandar dengan bangunan serta seni binanya yang merupakan lambang keagungan dan identiti sesebuah tamadun.

Kehidupan o hidup menetap membawa kepada kelahiran bandar dan seterusnya negara.

o Sistem tulisan berperanan untuk mempercepatkan proses penyerapan kebudayaan Islam yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan manusia.

Tulisan o tulisan dicipta untuk memenuhi keperluan kehidupan seperti untuk merekod sesuatu dengan menggunakan simbol-simbol tertentu.

Page 74: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam Ciri- Ciri Tamadun Barato Keadilan amat penting dalam

kehidupan masyarakat Islam. o Islam lebih menekankan

persamaan taraf antara sesama manusia.

o Ada masyarakat menceburi bidang pendidikan, perkhidmatan dan seumpamanya.

o Semua ini sebagai contoh susun lapis dan organisasi dalam masyarakat bertamadun.

Organisasi Sosial o Organisasi sosial di Tamadun Barat lahir apabila manusia hidup bermasyarakat bagi memenuhi keperluan hidup.

o Mereka terpaksa bergantung di antara satu sama lain.

o Dalam Tamadun Islam, aqidah yang benar iaitu mempercayai Allah yang Maha Esa dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dianggap ciri utama manusia yang bertamadun.

Agama dan Kepercayaan

o jenis kepercayaan pada zaman tamadun awal adalah berbentuk politeisme atau mempercayai banyak tuhan.

o Unsur-unsur alam sekitar disembah untuk mengelakkan malapetaka.

Page 75: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Tamadun Islam Ciri- Ciri Tamadun Barato Islam mewajibkan setiap

individu dalam masyarakat menjalankan tugas mereka dengan baik.

o Mereka bebas memilih peranan sebagai anggota masyarakat dan berlaku mobiliti sosial.

Pengkhususan Pekerjaan

o melambangkan pekerjaan yang khusus dalam sesuatu masyarakat yang bertamadun.

o Perkerjaan ini dibahagikan kepada petani, buruh, tentera, hamba, artisan dan sebagainya dalam menyediakan keperluan hidup bermasyarakat.

o Islam telah melahirkan ramai tokoh intelektual yang mengemukakan banyak penemuan baru.

o Terdapat sarjana Islam yang menggunakan terminology 7ath-Thaqafah (ilmu pengetahuan) menggambarkan tentang kebesaran dan keunggulan tamadun Islam.

Sains dan Teknologi o menjadi ukuran dalam menentukan bangsa-bangsa yang bertamadun seperti tamadun Mesir yang terkenal delam teknologi pembinaan.

Page 76: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

RUJUKAN

Page 77: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

o Badul Rahman Nawas. (1995). TAMADUN ISLAM. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp. Sdn.Bhd..

o Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed, Nasruddin Yunos. (2011). Pengajian Islam Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

o Zuraini Hj Jamil @ Osman, Ahmad Yunus Kasim. (2006). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA. Perak Darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

o Nuffnang. Persamaan dan perbezaan antara tamadun ( 2009, September 25). Didapatkan Mac 12, 2012, daripada Rujuk Nota Blogspot:

o Tamadun Islam Vs. Tamadun Barat. (2012, Februari 25). Didapatkan Mac 14, 2012, daripada TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA: http://titas-haba.blogspot.com/search/label/Tamadun%20Islam%20dan%20Tamadun%20Barat

Page 78: TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Barat

SEKIAN, TERIMA KASIH!