TAKLIMAT PBS PDPP AMBILAN JUN 2020 - ipsah.edu.my
Transcript of TAKLIMAT PBS PDPP AMBILAN JUN 2020 - ipsah.edu.my
TAKLIMAT PBS
PDPP AMBILAN JUN 2020
SITI HASLINA BINTI MOHAMAD SHAH
KETUA UNIT PRAKTIKUM
TARIKH : 21 JANUARI 2021
MASA : 2.15 PETANG
APLIKASI : GOOGLE MEET
STRUKTUR ORGANISASI UNIT PRAKTIKUM
PN. SITI HASLINA MOHAMAD SHAHKETUA UNIT PRAKTIKUM
PN. KAMALA A/P SENGALRAYANPENOLONG KETUA UNIT PRAKTIKUM
PN. ROSHITA ABU BAKARPEMBANTU OPERASI
KONSEP• Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada amalan profesional
bagi pelajar program diploma pascasiswazah pendidikan (PDPP).
• Meningkatkan pengetahuan sedia ada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif
seorang guru.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
serta melihat peranan guru di dalam bilik darjah melalui
* pemerhatian
* Penelitian dokumen
* Refleksi
* Interaksi dengan guru
* Interaksi dengan komuniti
• Memahami sistem organisasi sekolah berdasarkan pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal
murid, kokurikulum, nilai-nilai kepimpinan serta mengenalpasti dasar-dasar pendidikan yang
dilaksanakan di sekolah secara efektif.
OBJEKTIF
• Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
• Menghayati kerjaya seorang guru.
• Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.
• Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
• Memahami pengurusan dan strategi pdp.
• Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, komuniti
sekolah dan masyarakat.
sambungan objektif…
• Mengumpul maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah (kurikulum,
hal ehwal murid, kokurikulum dan prasarana sekolah) iklim pdp, budaya sekolah
dan masyarakat.
• Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal.
• Membina sikap positif terhadap profesion keguruan dan kepemimpinan
sekolah.
• Membuat refleksi dan rumusan mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
• Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui selepas pelaksanaan pbs.
PELAKSANAAN PBS PDPP
Kursus Semester Tempoh KREDIT
PRKA2031 2 2 Minggu 1 KREDIT
PENEMPATAN
• Sekolah tempat bertugas sedia ada
PROSEDUR PELAKSANAAN
• Pensyarah jabatan bidang teras akan menyedia dan membuat penilaian tugasan
pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh
pelaksanaan PBS. Tiada tugasan lain yang boleh diberikan kepada pelajar
selain tugasan yang telah ditetapkan.
• Penilaian pbs merupakan 100% daripada markah kerja kursus bidang teras.
• Hasil aktiviti pbs akan dibincang bersama-sama pensyarah yang berkenaan
semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi.
WAJARAN MARKAH
Semester Tempoh Tugasan Penilaian Wajaran Markah
2 2 minggu Bidang Teras Berdasarkan MK
Portfolio 30%
Laporan pemerhatian
40%
Kajian kes 30%
MK (MAKLUMAT KURSUS)
HPK Huraian Pentaksiran Wajaran
HPK 1
Merumuskan maklumat pengurusan pentadbiran
kurikulum, kokurikulum dan prasarana sekolah
secara tersusun dan sistematik ( A4, HP9, KPK1,
KPK2)
Portfolio
(Dokumentasi)30%
HPK2
Menganalisis pelaksanaan pengurusan komuniti
dan budaya serta peraturan dan disiplin sekolah
(A4, HP2, HP8, KKG6, KKG7, KAT6,KAT11)
Laporan
Pemerhatian40%
HPK3
Menghasilkan refleksi berkaitan pengurusan dan
pentadbiran serta komuniti dan budaya sekolah
berdasarkan yang diperoleh semasa PBS (C6,
HP2, KKG5)
Kajian kes 30%
Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat :
AKTIVITI SEMASA PBS
• Pelajar dikehendaki melengkapkan maklumat PBS dan diserahkan bersama-sama
tugasan kepada jabatan bidang teras.
• Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan semua aspek yang
dtetapkan oleh jabatan bidang teras dan unit praktikum dalam tempoh
pelaksanaan pbs.
• Jabatan bidang teras perlu menyediakan tugasan.
• Pelajar perlu menyerahkan tugasan kepada pensyarah yang dilantik untuk dinilai.
STATUS PELAKSANAAN
• Pelajar perlu menyempurnakan PBS mengikut struktur program yang telah ditetapkan sebagai prasyarat
menjalani praktikum.
• Pelajar perlu menulis pernyataan profesional/kontrak aktiviti (lampiran 1-1) sebelum menjalani pbs
• Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:
Melengkapkan portfolio individu (lampiran 1-2, lampiran 1-3).
Melengkapkan rekod pemerhatian (lampiran 1-4, lampiran 1-5, lampiran 1-6).
Melengkapkan maklumat umum sekolah (lampiran 1-7).
Melengkapkan tugasan pbs (lampiran 1-8)
Melengkapkan kajian kes (lampiran 1-9)
Kehadiran pelajar dalam PBS (lampiran 1-10).
Mendapatkan laporan perkembangan pelajar (lampiran 1-11) dari pihak pengurus sekolah.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
• Menerima maklumat berkaitan pelaksanaan PBS.
• Memahami objektif pbs.
• Melaksanakan aktiviti pbs.
• Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh pbs.
• Mematuhi etika keguruan, peraturan ipg dan peraturan sekolah.
• Memerhati suasana pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah.
• Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan.
• Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu.
• Menyerahkan tugasan dan portfolio pbs kepada pensyarah bidang teras pada masa yang ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH
• Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,
pengurusan, peraturan, disiplin, budaya, komuniti sekolah dan
masyarakat.
• Bekerjasama dengan pihak ipg dalam menjayakan pbs.
• Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran
sekolah/proses pdp/aktiviti guru.
• Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan
bagi melaksanakan aktiviti pbs.
• Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah dan masyarakat
Sambungan…
• Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan borang kehadiran
PBS.
• Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan borang laporan
perkembangan pelajar (lampiran 1-11).
• Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar.
• Membantu pelajar meningkatkan keperihatinan terhadap alam
persekolahan dan profesion keguruan.
• Memastikan pelajar tidak diberi kelas ganti melebihi lima waktu seminggu
KEHADIRAN
• Kehadiran pelajar dalam PBS adalah 100 peratus.
• Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai
perubatan.
• Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh pbs yang ditetapkan, melainkan
mendapat pengecualian daripada pengarah ipgksah.
• Sediakan catatan (BUKU LOG)
Peratus Kehadiran Tindakan
90% ke atasJKIPIPG/JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar
perlu melengkapkan kehadiran.
70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran.
Kurang daripada 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan.
Tindakan bagi Kes Kehadiran Praktikum/PBS Kurang daripada 100%
TINDAKAN PELAJAR
• Melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan
• Menghantar dokumen dan tugasan PBS kepadapensyarah pemeriksaPELAJAR
TINDAKAN PELAJAR
BIL NAMA DOKUMEN BENTUK
DOKUMEN
HANTAR KEPADA TARIKH AKHIR
PENGHANTARAN
1 Portfolio
Laporan Pemerhatian
Kajian Kes
Soft copy (melalui
GC)
Pensyarah melalui Google
Classroom
25/26 Februari
2021
2 Borang Kehadiran
(Lampiran 1-10)Salinan asal
Unit Praktikum
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000Sungai Petani , Kedah
(u.p: Ketua Unit Praktikum)
*POS
11 Februari 20213 Laporan Perkembangan
Pelajar
(Lampiran 1-11) Salinan asal
LAMPIRAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Lampiran 1-1 Panduan Menulis Pernyataan Profesional/Kontrak Aktiviti
Lampiran 1-2 Panduan Penyediaan Portfolio PBS
Lampiran 1-3 Kandungan Portfolio
Lampiran 1-4 Rekod Kolaboratif/Interaksi/Perbincangan
Lampiran 1-5 Penulisan Refleksi
Lampiran 1-6 Amalan Refleksi
Lampiran 1-7 Maklumat Umum Sekolah
Lampiran 1-8 Contoh Format Penyediaan Tugasan PBS
Lampiran 1-9 Panduan Penyediaan Kajian Kes
Lampiran 1-9a Borang PR4 Borang Penilaian Portfolio (Pensyarah hantar ke Unit Praktikum)
Lampiran 1-9b Panduan penggunaan Borang PR4
Lampiran 1-10 Borang Kehadiran ( Pelajar hantar ke Unit Praktikum )
Lampiran 1-11 Laporan Perkembangan Pelajar ( Pelajar hantar ke Unit Praktikum )
Lampiran 1-12 Borang Kerja Kursus PBS (Pensyarah hantar ke Unit Praktikum)
TINDAKAN PENSYARAH
BIL DOKUMEN WAJARAN MARKAH
1 Portfolio30 %
2Laporan Pemerhatian 40%
3 Kajian Kes 30%
MAKLUMAN TUGASAN
TUGASAN 1 : PORTFOLIO (DOKUMENTASI – INDIVIDU 30%)
1. Anda dikehendaki membina satu portfolio tentang;a. Pengurusan dan pentadbiran dalam kurikulumb. Kpengurusan dan pentadbiran dalam kokurikulum dan c. Prasarana sekolah anda.
2. Lengkapkan portfolio anda dengan dokumen-dokumen yang disenaraikan secara sistematik dan profesional.
3. Anda boleh merujuk kepada lampran 1-1 hingga lampiran1-7 dalam garis panduan pelaksanaan pengalaman berasaskan sekolah.
TUGASAN 2 (40%)
• TUGASAN 2: LAPORAN PEMERHATIAN (INDIVIDU - 40%)
• Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, anda dikehendaki membuat pemerhatian berkaitan dengan sebarang
isu yang dihadapi. Isu yang telah dikenalpasti perlu dianalisis dengan mengambilkira peranan pihak
pengurusan sekolah, komuniti, peraturan dan disiplin dalam menyediakan laporan.
• Laporan tersebut perlu mengandungi semua elemen seperti:
Pendahuluan (latar belakang dan soalan kajian)
Metodologi (pemerhatian)
Tatacara penganalisisan data
Perbincangan rumusan dapatan dan implikasi kajian.
Cadangan Penambahbaikkan
Lampiran Berkaitan : rekod kolaboratif/interaksi/perbincangan pbs (lampiran 1-4 di buku panduan),
Borang ‘amalan refleksi pbs’. (Lampiran 1-6). Mengikut penulisan refleksi PBS di lampiran 1-5.
TUGASAN 3 (30%)
• TUGASAN 3 : kajian kes (individu - 30%)
Berdasarkan pemerhatian dalam tugasan 2, pilih satu isu yang menarik perhatian anda dan
hasilkan satu refleksi tentang isu tersebut berkaitan pengurusan dan pentadbiran serta
komuniti dan budaya sekolah.
Penulisan refleksi tersebut hendaklah dilakukan menggunakan reka bentuk kajian kes.
Ikut panduan penyediaan kajian kes di lampiran 1-9 dalam garis panduan pelaksanaan
pengalaman berasaskan sekolah.
Arahan Pelaksanaan Tugasan :
Format penulisan tugasan 2 dan 3 adalah seperti berikut:
- muka depan hendaklah mengikut format terkini
- fon arial, saiz huruf - 11 dan langkau 1.5 baris
- rujukan mengikut format APA (american psychological association) edisi ke-7.
- Amalan plagiarisma dalam apa-apa bentuk adalah menyalahi etika dan tidak dibenarkan
sama sekali.
- Plagiarisma boleh menjejaskan markah kertas projek anda.
- Bilangan perkataan setiap tugasan (tugasan 2 dan 3) adalah di antara 800 hingga 1000 patah
perkataan. - Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren merujuk kepada buku
panduan yang dikeluarkan oleh IPGM.
- Tugasan ini perlu disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa
sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
SELAMAT MENJALANI PBS
TERIMA KASIH