Skema Bm Kertas1 Set2

5
SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 2¼ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 2 Halaman 1

description

BM SPM SKOR A

Transcript of Skema Bm Kertas1 Set2

Page 1: Skema Bm Kertas1 Set2

SULIT 1103/1

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 2¼ jam

JABATA

LEARN

B

Dua

JANGAN BUKA SOALAN INI S

1. Kertas soalan ini mengandungi 2. Jawab soalan Bahagian A dan 3. Jawapan boleh ditulis dalam tu

Kertas soalan ini mengandungi

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajara

N PELAJARAN PERAK

ING TO SCORE 2005

AHASA MELAYU

Kertas 1

jam lima belas minit

EHINGGA DIBERITAHU

dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

satu soalan daripada Bahagian B.

lisan Rumi atau Jawi.

5 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

n Perak SKEMA SET 2 Halaman 1

Page 2: Skema Bm Kertas1 Set2

SULIT 1103/1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA

Sejak kebelakangan ini, pencapaian negara dalam beberapa acara sukan tidak begitu membanggakan. Persembahan yang tidak konsisten pada peringkat antarabangsa menjadi rungutan peminat-peminat sukan tanah air. Beberapa langkah wajar diambil untuk mempertingkat semula martabat sukan negara supaya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara kuasa sukan dunia yang lain. Satu daripada usaha yang perlu diambil ialah pihak Majlis Sukan Negara dan badan-badan sukan berkenaan perlu mencungkil dan menggilap bakat muda sejak awal kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah, “ melentur aur biarlah dari rebungnya”.Anak- anak yang berbakat ini hendaklah ditempatkan di sekolah-sekolah sukan di seluruh negara. Perkembangan bakat mereka dipantau dan mereka perlu didedahkan dengan beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa . Selain itu, bagi sukan tertentu yang diminati majoriti rakyat negara ini seperti bola sepak, hoki dan badminton, jurulatih luar yang berkaliber hendaklah diambil bagi melatih pasukan kebangsaan. Sentuhan jurulatih profesional yang kaya dengan pengalaman dan taktikal mampu membentuk pasukan yang mantap. Pihak pengurus pasukan dengan kerjasama jurulatih yang dilantik perlu mengadakan latihan yang sistematik dan intensif. Latihan intensif bukan sahaja dilakukan di dalam negara tetapi juga di luar negara, termasuklah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih sebelum menyertai pertandingan yang sebenarnya. Perkara lain yang perlu dititikberatkan ialah disiplin di kalangan ahli sukan. Dalam hal ini, pihak pengurus pasukan hendaklah tegas dengan menyingkirkan pemain yang tidak berdisiplin. Pemain yang tidak berdisiplin akan merosakkan prestasi pasukan dan akan menjejaskan moral pemain lain. Oleh sebab itu, pemain tersebut hendaklah disingkirkan meskipun pemain tersebut merupakan ayam tambatan pasukan. Dalam masa yang sama, kebajikan pemain hendaklah diambil berat. Penyokong-penyokong pula disarankan agar membanjiri stadium untuk memberi sokongan moral yang berterusan. Janganlah mereka menyokong pasukan ketika mengecapi kemenangan tetapi mencerca apabila pasukan negara mengalami kekalahan. Oleh hal yang demikian, kerjasama serta komitmen semua pihak termasuklah para jurulatih, pengurus pasukan, para pemain dan para penyokong akan dapat mengembalikan martabat sukan negara. di persada antarabangsa. MALAYSIA BOLEH.

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 2 Halaman 2

Page 3: Skema Bm Kertas1 Set2

SULIT 1103/1

GARIS PANDUAN GURU

SOALAN 1

Sejenis wabak penyakit berjangkit telah melanda negara. Sebagai seorang wartawan akhbar tempatan, anda ditugaskan mewancarai seorang doktor pakar sebuah hospital untuk mengetahui punca, kesan dan langkah-langkah untuk menangani penyakit tersebut.

Sediakan wawancara anda selengkapnya .

(a) Format : Wawancara Tolak markah jika tiada- Pendahuluan / tajuk - 2 markah Soal / jawab - 1 markah Penutup - 1 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis wawancara dengan seorang doktor

pakar tentang punca, kesan dan langkah-langkah untuk menangani wabak sejenis penyakit berjangkit

(c ) Kemungkinan :

i) Pelajar menyentuh 2 daripada aspek isi tersebut - maksimum takrif dan isi peringkat baik.

ii) Penyakit berjangkit rekaan pelajar - diterima

SOALAN 2 Mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menjadi cita-cita setiap rakyat Malaysia. Selain mencipta kejayaan dalam bidang sukan, banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai cita-cita tersebut. Sebagai rakyat yang memiliki semangat patriotisme, huraikan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama negara. (a) Format : Tiada (b) Diharapkan : Pelajar dapat menghuraikan kejayaan dalam bidang sukan

dan cara-cara lain yang dapat diakukan untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa (c ) Kemungkinan : Tiada

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 2 Halaman 3

Page 4: Skema Bm Kertas1 Set2

SULIT 1103/1

SOALAN 3 Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menceburkan diri dalam bidang pertanian secara komersial. Hal ini kerana bidang pertanian berpotensi untuk menjana pembangunan ekonomi negara.

Jelaskan pendapat anda tentang faktor-faktor yang dapat memajukan sektor pertanian

di negara kita. (a) Format : Tiada (b) Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan faktor-faktor yang dapat

memajukan sektor pertanian di negara ini. (c ) Kemungkinan : Tiada

SOALAN 4 Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas. Tajuk perbahasan itu ialah ‘Rakyat Cemerlang Penjana Kegemilangan Negara’. Tulis hujah-hujah anda sama ada sebagai pencadang atau pembangkang. (a) Format : Perbahasan Tolak markah jika tiada – Menghadap majlis - 2 markah Tuan-tuan - 1 markah Penutup - 1 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis teks perbahasan bertajuk ‘Rakyat

Cemerlang Penjana Kegemilangan Negara’ sama ada sebagai pihak pencadang atau pembangkang. (c ) Kemungkinan :

i) Pelajar menulis menggunakan format bahas ala parlimen - terima ii) Calon menyatakan pendirian sebagai pencadang tetapi keseluruhan

hujah bagi pihak pembangkang - terima.

iii) Calon menulis hujah sebagai pencadang dan pembangkang – isi bercampur aduk. – Takrif dan isi maksimum peringkat kurang memuaskan.

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 2 Halaman 4

Page 5: Skema Bm Kertas1 Set2

SULIT 1103/1

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 2 Halaman 5

SOALAN 5 Golongan sasterawan banyak memberikan sumbangan dengan menghasilkan karya yang bermutu. Karya yang dihasilkan itu dapat mencorakkan keperibadian masyarakat. Huraikan peranan karya sastera dalam melahirkan masyarakat yang berperibadi tinggi.

(a) Format : Tiada (b) Diharapkan : Pelajar dapat menghuraikan peranan karya sastera dalam melahirkan masyarakat yang berperibadi tinggi. (c ) Kemungkinan : Tiada.

GARIS PANDUAN GURU TAMAT