Sistem Rangka

41
PJM3106 Sistem Rangka: ~ Struktur Tulang ~Fungsi Tulang ~Perkembangan & Pertumbuhan Tulang

Transcript of Sistem Rangka

PJM3106Sistem Rangka:

~ Struktur Tulang~Fungsi Tulang~Perkembangan & Pertumbuhan Tulang

Sistem Rangka

• Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, katrij, dan sendi.

• Tulang adalah tisu keras yang mempunyai lapisan luar yang kuat dan lapisan dalam yang berongga.

• Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang-tulang tersebut atau rawan yang boleh bergerak dan memberi sokongan dan kekuatan sendi.

• Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses), sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses).

• Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

• Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia yang mempunyai lapisan luar yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.

• Perkataan ‘skeleton’ berasal dari perkataan greek iaitu ‘badan yang telah dikeringkan’.

• Sistem rangka adalah asas terhadap seluruh badan kita yang terbentuk. Tulang kita adalah ringan tetapi kuat lalu memberikan kita kemudahan untuk bergerak selain memberi kita perlindungan.

Tendon

Ligamen

Ligamen Tisu berfiber yg menyambung dua atau lebihtulang

TendonTisu penyambung yang menyambugotot ke tulang

KartilejTisu lembut yang menyaluti hujung tulang

Sendi Bahu

FUNGSI SISTEM RANGKA

• SOKONGAN• PERLINDUNGAN• PERGERAKAN• PEMBENTUKAN SEL-SEL DARAH• PENYIMPANAN MINERAL

2.2 FUNGSI SISTEM RANGKA Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu: Sokongan

Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh:- Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulang rangka.

PerlindunganTengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh:- Tengkorak melindungi otak.

Pergerakan Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang

melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi. Contoh:- Sendi siku-ulna dan humerus.

Pembentukan sel-sel darah

Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat termasuklah sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.

Penyimpanan mineral

Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus yang menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan.

Contoh:- Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot.

KLASIFIKASI TULANG

Tulang Panjang

Tulang Pendek

Tulang Leper/pipih

Tulang Tak Sama Bentuk

STRUKTUR TULANG PANJANG

Epifisis Proksimal

Epifisis Distal

Diafisis

Garisan epifisal

Tulang beronggaTulang mampat

Kaviti medulari

Arteri nutrien

Sum-sum kuning

Periosteum

Endosteum

Kartilej

PEMBENTUKAN TULANG

Sel-sel pembentuk tulang (osteoblas) Rembes fiber yg memerangkap mineral

Osteosit

Osteoklas Sel-sel yang melarutkan tulang

Osifikasi tulangKartilej

Osteoblas- Menyaluti kartilej

Tulang di luar Kartilej di dalam

Osteoklas –MelarutkanKartilej didalam

Medula kaviti

2.3 KLASIFIKASI TULANGTerdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Tulang-tulang boleh

diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya:

2.3.1 Tulang panjang

- secara umumnya tulang-tulang ini lebih panjang, lebar dan

berfungsi sebagai tuas.

- kebanyakannya tulang mampat.

- Contoh:- Tulang pada tangan (humerus, radius , ulna,

metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula,

metatarsal, falanges) kecuali pergelangan tangan dan kaki.

2.3.2 Tulang pendek

- tulang-tulang ini berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang

yang tertutup.

- berperanan memindahkan daya.

- tulang-tulang ini berongga.

- Contoh:- Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan

pergelangan kaki (tarsal).

2.3.3 Tulang leper/pipih

- berbentuk pipih, nipis dan melengkung.

- berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi

organ-organ di bawahnya.

- Contoh:- Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.

2.3.4 Tulang tak sama bentuk

- berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi.

- Contoh:- Tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar,

sekrum, dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus,

maleus).

2.4 STRUKTUR TULANG PANJANG

Rajah 1.3 Struktur Tulang Panjang

2.4.1 - Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang dan terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga.

- Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal yang merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang secara memanjang.

- Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja.

2.4.2 - Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai periosteum.

- Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang.

2.4.3 - Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel.

- Melainkan di antara kaviti sendi, lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum.

- Periosteum:- Mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya. Menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf. Terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan tulang.

2.5 PERKEMBANGAN TULANG

2.5.1 Pembentukan Tulang

i) Sel-sel tulang

- tulang terdiri daripada sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat.

- Sel-sel pembentuk tulang (osteobles) merangkap fiber-fiber yang memerangkap mineral.

- Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang (osteosit).

- Tulang juga mempunyai sel-sel yang melarutkan tulang (osteoklas).

- Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.

- Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda.

- Osteoklas lebih aktif pada mereka yang berumur.

ii) Osifikasi tulang-Tulang dibina dari kartilej dan tulang.- Pada embrio, kabanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari

kartilej hailin dan kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak.- Pada pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat:

Peringkat pertamaOsteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral.Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkatilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar.

Peringkat keduaModel berkartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.

- Model kartilej hailin telah digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menuto kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal.

KEPERLUAN UNTUK TUMBESARAN TULANG SECARA NORMAL

1. Garam Mineral - Kalsium dan fosfat

2. Vitamin - Vitamin A, D dan C

3. Hormon - Hormon tiriod, hormon tumbesaran dan hormon seks

2.5.2 Tumbesaran Tulang

Arah Tumbesaran- Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja.- Semasa kanak-kanak, plat epifiseal adalah kawasan bagi

tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang.- Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir

lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifiseal dan menjadikannya nipis.

- Pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga 8 tahun seterusnya.

- Pada peringkat ini, diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal.

- Semasa tumbesaran, diameter tulang akan bertambah kesan daripada pertambahan beban ke atas tulang.

2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon.

Garam mineral

i. Kalsium dan fosfat - tumbesaran tulang.

ii. Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra natal lagi.

Vitamin

i. Vitamin A, D dan C – tumbesaran tulang.

ii. Vitamin D – merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat.

iii. Vitamin A dan C – tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak.

Hormon

i. Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks diperlukan untuk tumbesaran tulang.

JENIS-JENIS SENDI

Tidak bergerak ( synarthroses)

Gerakan terhad (amphiathroses)

Gerakan bebas (diathroses)

JENIS-JENIS SENDI (PERGERAKAN)

1. Gelungsur

2. Bersudut

3. Sirkumduksi

4. Putaran

JENIS-JENIS SENDI (STRUKTUR)

Sendi ‘Fibrous’

Sendi ‘Cartilaginous’

Sendi ‘Synovial’

JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL

Sendi gelungsur

Sendi Engsel (hinge joint)

Sendi paksi (pivot joint)

Sendi kondil (Condyloid joint)

Sendi lesung

Sendi Pelana

2.6 JENIS-JENIS SENDI

2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi

Rajah 1.4 Jenis Sendi Sinovial

2.6.2 Sendi Berasaskan Struktur

Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan

Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan

2.6.3 Jenis-Jenis Pergerakan

Jenis ContohPenerangan

Jenis Penerangan Contoh

Rajah 1.5 Model RIngkas Pergerakan Artikular