sejarah6

17
Salam sejahtera dan selamat pagi, Sumbangan dan Peranan :-Abdullah seorang yang sangat berkebolehan dan bijak. Abdullah banyak memainkan peranan dan memikul tanggungjawab seperti telah dilantik sebagai jurutulis dan penterjemah ketika Stamford Raffles membuat lawatan ke Melaka kali ketiga. Beliau bekerja di kediaman Raffles Bandar Hilir, Melaka. Tugas yang lakukan sebagai jurutulis Raffles antaranya menyalin hikayat, menulis surat kiriman, menulis tentang bahasa Melayu, syair, dan sebagainya. Sikap rajin dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Abdullah membuatkan Raffles menyenanginya dan berasa hormat dalam kalangan Inggeris terhadap anak watan itu. Bagaimanapun, persahabatan itu terputus apabila Raffles berpindah ke Betawi. Ketika usianya 27 tahun, Abdullah telah mengajar Bahasa Melayu kepada Paderi Milne tetapi pada masa yang sama Paderi Milne bersetuju menerima Abdullah belajar bahasa Inggeris. Selain menjadi seorang guru kepada orang Inggeris, Abdullah turut mencetak buku dan risalah. Abdullah juga telah mengajar seorang lagi Inggeris yang bernama C.H.Thomson ketika dia datang ke Melaka pada bulan September 1815 selepas Abdullah mula belajar dan mengajar di rumah Paderi Milne. Walaupun Paderi Thomson pernah belajar bahasa Melayu di Jawa, dia tetap mahu menguasai lagi bidang nahu dan penulisan bahasa Melayu. Abdullah bersetuju untuk mengajar Paderi Thomson bahasa Melayu setelah berbincang dengan Paderi Milne dan memperuntukkan masa yang lebih berbanding

Transcript of sejarah6

Page 1: sejarah6

Salam sejahtera dan selamat pagi,

Sumbangan dan Peranan :-Abdullah seorang yang sangat berkebolehan dan bijak. Abdullah

banyak memainkan peranan dan memikul tanggungjawab seperti telah dilantik sebagai jurutulis

dan penterjemah ketika Stamford Raffles membuat lawatan ke Melaka kali ketiga. Beliau bekerja

di kediaman Raffles Bandar Hilir, Melaka. Tugas yang lakukan sebagai jurutulis Raffles

antaranya menyalin hikayat, menulis surat kiriman, menulis tentang bahasa Melayu, syair, dan

sebagainya. Sikap rajin dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Abdullah membuatkan Raffles

menyenanginya dan berasa hormat dalam kalangan Inggeris terhadap anak watan itu.

Bagaimanapun, persahabatan itu terputus apabila Raffles berpindah ke Betawi.

Ketika usianya 27 tahun, Abdullah telah mengajar Bahasa Melayu kepada Paderi Milne tetapi

pada masa yang sama Paderi Milne bersetuju menerima Abdullah belajar bahasa Inggeris. Selain

menjadi seorang guru kepada orang Inggeris, Abdullah turut mencetak buku dan risalah.

Abdullah juga telah mengajar seorang lagi Inggeris yang bernama C.H.Thomson ketika dia

datang ke Melaka pada bulan September 1815 selepas Abdullah mula belajar dan mengajar di

rumah Paderi Milne. Walaupun Paderi Thomson pernah belajar bahasa Melayu di Jawa, dia tetap

mahu menguasai lagi bidang nahu dan penulisan bahasa Melayu. Abdullah bersetuju untuk

mengajar Paderi Thomson bahasa Melayu setelah berbincang dengan Paderi Milne dan

memperuntukkan masa yang lebih berbanding Paderi Milne. Hal ini demikian dapat dilihat

bahawa orang Inggeris berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dan menunjukkan

penyebaran penggunaan bahasa Melayu di seluruh dunia. Kehebatan anak Melayu juga terserlah

apabila mampu bekerjasama dengan orang Inggeris.

Selain itu, pada tahun 1815, peralatan percetakan telah digunakan di kediaman Paderi Milne.

Percetakan lebih giat dilakukan selepas peralatan percetakan seperti pengecap buku dan surat,

dan pembentuk huruf-huruf jawi di bawa masuk. Abdullah telah menggunakan peralatan baru itu

untuk membuat huruf-huruf, mengaturnya, dan mencetak buku serta surat. Dengan bantuan

Abdullah, Aglo-Chinese College(ACC) telah mengeluarkan terjemahan buku matematik untuk

anak-anak Melayu. Buku-buku perbualan dalam bahasa Melayu untuk tujuan berkomunikasi dan

majalah turut diterbitkan. Berdasarkan rekod sejarah, majalah “Bustan Ariffin” telah diterbitkan

di dalam dwi-bahasa, Inggeris-Melayu tiga bulan sekali. Bagaimanapun, penerbitan majalah

tersebut hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja .

Page 2: sejarah6

Apabila Singapura dibuka, Abdullah telah berpindah di sana dan menjadi jurutulis serta

jurubahasa Raffles. Di Singapura, beliau tetap meneruskan kerja-kerja utamanya seperti di

Anglo-Chinese College di Melaka, iaitu sebagai jurucetak, jurubahasa dan mengajar bahasa

Melayu kepada pedagang-pedagang yang berada di Singapura. Beliau juga bertanggungjawab

menulis undang-undang Singapura atas arahan Raffles. Abdullah juga diberi tugas untuk

mengumpul bahan sastera Melayu lama seperti kitab, hikayat dan syair untuk Raffles membawa

pulang bahan itu ke England. Seorang Inggeris yang bernama Newbold telah mengarahkan

Abdullah mengkaji dan menulis adat Cina dan masyarakat Jakun dalam bahasa Inggeris apabila

Abdullah kembali ke Melaka. Tugas itu telah membawa Abdullah mengembara ke Gunung

Pancur bagi melihat dan mengkaji budaya hidup masyarakat Jakun di sana.

Pemikiran Abdullah Munsyi

Kebanyakkan hasil penulisan yang ditulis oleh Abdullah ini ialah berdasarkan pengalaman

hidup yang pernah dilaluinya dan hal-hal realiti. Antara hasil karya yang telah ditulis ialah

Kisah Pelayaran Abdullah (1838 ketika beliau sedang mengembara ke Pahang, Terengganu,

dan Kelantan., karya Hikayat Abdullah (1849) tentang perjalanan hidupnya, karya Kisah

Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1920), karya Syair Singapura Terbakar (1830), Dewa-ul-

kulub (1883), dan sebagainya. Sarjana bahasa bersepakat bahawa dari segi penggunaan

bahasa Melayu, Abdullah Munsyi tidak boleh dikategorikan sebagai tokoh bahasa yang

terbaik. Abdullah menggunakan bahasa Melayu yang tidak setaraf dengan bahasa Melayu

yang terdapat dalam karya-karya Melayu lama. Hal ini demkian kerana, Abdullah dilahirkan

dalam keluarga yang bertutur dalam bahasa Tamil dan pada peringkat awal, bahasa Melayu

diajar oleh bapanya sendiri. Walau bagaimanapun, dengan semangat yang tinggi, Abdullah

mempelajari bahasa Melayu secara formal, teratur, dan betul.

Abdullah boleh dianggap sebagai wartawan yang merakamkan pengalaman hidup dan kisah-

kisah yang berlaku dalam masyarakatnya. Karya yang ditulis berdasarkan hal-hal yang

menarik dan mampu memberikan manfaat kepada para pembaca kerana cerita yang

dihasilkan bukanlah cerita dongeng atau khayalan. Bahan-bahan yang ditulis Abdullah

menjadikan suatu titik persimpangan besar yang membezakan antara karya-karya Melayu

lama dengan penulisan Melayu moden. Begitu juga dengan hasil penulisan Abdullah yang

tergolong ke dalam bentuk kesusasteraan Melayu moden. Oleh itu, Abdullah Munsyi telah

Page 3: sejarah6

diberikan penghormatan oleh golongan sasterawan Melayu sebagai “Bapa Kesusasteraan

Melayu Moden”.

Salam sejahtera Cikgu info saya tentang Abdullah Munsyi.Abdullah menerima

gelaran “munsyi” yang bermaksud guru ketika berumur 11 tahun kerana kepintarannya dan

mempunyai banyak ilmu. Beliau juga menjadi guru dan mengajar pelajaran agama kepada

askar Islam Melaka. Golongan askar tersebut atau dikenali sebagai Supai atau ‘sepoy’ dalam

bahasa Inggeris yang telah memberikan gelaran “munsyi”. Mereka merupakan anggota

tentera berbangsa India yang diambil berkhidmat dengan tentera Inggeris di India. Panggilan

“munsyi” digunakan oleh Abdullah di hujung nama beliau dan gelaran tersebut menjadi

sebahagiaan daripada nama penuh beliau sehingga kini. Abdullah meninggal dunia pada

tahun 1854 berusia 58 tahun ketika dalam perjalanan ke Mekkah. Ketika itu, beliau ingin

menunaikan fardhu haji pada 19 Januari 1854. Sepanjang perjalanan itu, Abdullah mencatat

pengalamannya tetapi terhenti apabila beliau meninggal dunia semasa berada di Mekkah.

Hasil tulisan Abdullah itu tetap dicetak walaupun tidak dapat disiapkan dengan diberi tajuk

“Kisah pelayaran Abdullah ke Jeddah” yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada

1920.

Salam sejahtera Cikgu..izinkan saya membicarakan latar belakang tokoh Abdullah Munsyi.

Nama sebenar Munsyi Abdullah ialah Abdullah bin Abdul Kadir. Beliau dilahirkan pada

1796 di Kampung Masjid atau Kampung Masjid Keling yang juga dikenali sebagai Kampung

Pali pada waktu itu. Abdullah mempunyai empat orang adik-beradik tetapi ketiga-tiga

abangnya telah meninggal dunia ketika kecil berusia antara satu hingga tiga tahun. Ibu

Abdullah selalu menangis dan berasa susah hati sehinggakan sampai ke pengetahuan

seorang guru agama yang bernama Habib Abdullah. Beliau menasihati ibu Abdullah supaya

berhenti menangis dan jika dikurniakan anak lelaki lagi, maka diberikan nama Abdullah bagi

mengambil berkat daripada nama beliau.

Abdullah menyatakan asal usul keturunannya bermula daripada seorang pemuda Arab

Yaman, suku Uthmani yang bernama Syeikh Abdul Kadir. Syeikh Abdul Kadir telah

Page 4: sejarah6

mengembara dari Tanah Arab ke Bandar Nagor di India. Beliau bekerja sebagai guru agama

dan bahasa. Beliau telah berkahwin dengan gadis tempatan dan menetap di tanah asing itu.

Mereka telah dikurniakan empat orang anak dan salah seorang merupakan datuk Abdullah

yang bernama Muhammad Ibrahim. Muhammad Ibrahim telah mengembara sehingga ke

Melaka apabila Syeikh Abdul Kadir meninggal dunia. Beliau juga telah berkahwin di Melaka

dengan gadis bernama Peri Achi mungkin berketurunan India-Islam dan mendapat anak

yang salah seorangnya ialah ayah Abdullah, iaitu Abdul Kadir sempena nama ayah beliau.

Abdul Kadir sangat tegas dengan anaknya terutama dalam pelajaran. Setiap malam bapa

Abdullah akan mendera beliau supaya menyambung pelajaran atau membuat kerja rumah.

Hasil didikan itu menyebabkan Abdullah menjadi pintar dan kreatif berbanding kanak-kanak

lain. Abdullah dikatakan cepat matang dan memiliki sikap berdikari kerana pada usia yang

masih kanak-kanak lagi, beliau sudah menjual layang-layang, melukis, menulis surat, dan

menyalin al-Quran untuk mendapatkan wang. Abdullah juga sangat rajin menuntut ilmu. Dia

tidak kisah belajar dengan sesiapa asalkan dapat mempelajari ilmu baru. Bidang yang paling

digemarinya ialah bidang bahasa dengan meluaskan pengetahuan mengenai kata dari aspek

simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan, dan ilmu bahasa. Beliau juga turut

mempelajari bahasa Tamil, Arab, dan Inggeris selain bahasa Melayu untuk memudahkan

proses berkomunikasi dengan bangsa lain.

Salam sejahtera Cikgu Peranan dan Sumbangan dalam Penulisan tentang Abdullah Munsyi.

Abdullah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan. Beliau pernah bekerja

sebagai guru bahasa, wartawan, sejarahwan, penterjemah dan sebagainya (Ismail Yusoff,

2008). Pengkaji sejarah berpendapat bahawa pemisahan antara Sastera Melayu Lama dengan

Sastera Melayu Baru berlaku selepas tahun 1800, pada abad ke-19 iaitu setelah munculnya

karya-karya Abdullah Munsyi yang membawa unsur-unsur baru dalam Sastera Melayu.

Kejayaan Abdullah dalam bidang penulisan banyak didorong oleh faktor persekitaran

seperti kehidupan keluarga, keadaan sosio-politik selain bakat semulajadi yang dimilikinya.

Sebagai seorang yang lahir dalam keluarga elit yang mementingkan ilmu, beliau mempunyai

imej yang tinggi di mata masyarakat. Hal ini disebabkan nenek dan ayahnya sangat rapat

Page 5: sejarah6

dengan bidang pendidikan yang kurang dititikberatkan oleh masyarakat pada zaman tersebut.

Corak kehidupan dan gaya hidup bapanya telah merapatkan hubungannya dengan pihak

Inggeris. Hal ini telah membolehkan Abdullah diberi kesempatan untuk menyertai

rombongan ke Kelantan bagi mendapatkan kembali kapal dagang Singapura yang ditahan

pada 1937.

Abdullah Munsyi telah menghasilkan banyak karya yang bermutu seperti Syair Singapura

Terbakar (1830), Dawaiy- Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1938), Kitab

Adat Segala Raja-Raja Melayu dalam Segala Negeri (1838), Hikayat Abdullah bin Abdul

Kadir (1849) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Juddah (1854). Beliau juga menghasilkan

karya terjemahan Hikayat Pancatanderan dan menyunting Sejarah Melayu. Karya-karya

beliau ada yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing.

Karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau membawa unsur-unsur pembaharuan

dalam lapangan sastera Melayu. Dua buah karya agungnya iaitu Hikayat Abdullah dan Kisah

Pelayaran Abdullah ke Kelantan merupakan cerminan kepada situasi yang berlaku dalam

masyarakat. Abdullah melaporkan perkara yang benar-benar terjadi dan tidak memasukkan

unsur khayalan. Hikayat Abdullah yang berbentuk autobiografi memuatkan pengalaman

hidupnya bersama orang-orang Inggeris dan mengandungi kritikan terhadap orang Melayu,

raja-raja Melayu dan undang-undang Timur yang sebelumnya tidak pernah disentuh oleh

golongan penulis.

Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula dapat dianggap sebagai dokumentasi

sejarah yang ditulis berdasarkan pemerhatian semasa. Beliau telah mengupas aspek politik,

ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat Melayu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Aspek yang mendapat perhatian di mata beliau ialah kemunduran orang-orang Melayu, soal

pelacuran di Kelantan, kezaliman raja dan sebagainya.

Beliau berpendapat kemunduran orang-orang Melayu berpunca daripada sikap raja

dan golongan bangsawan yang mengambil kesempatan terhadap ketaatan rakyat kepada

mereka. Di Kelantan, rakyat berfungsi untuk memberi khidmat kepada raja dan kerabatnya

sahaja sehingga tiada masa untuk bekerja. Malah kadang-kadang harta yang dimiliki oleh

mereka turut dirampas oleh raja. Di Terengganu, beliau mengkritik sistem perhambaan dan

Page 6: sejarah6

adat atau pantang larang yang dikenakan agar tidak menyamai golongan pemerintah.

Namun, beliau berasa hairan kerana tiada pula adat yang melarang rakyatnya hidup dalam

kedaifan dan kehinaan.

Selain itu, beliau juga lantang mengkritik rakyat di Pahang yang malas bekerja sehingga

keluasan kawasan yang dimiliki tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Beliau juga

berasa hairan kerana tiada guru yang dapat memahami maksud ayat yang diujarkan oleh

mereka. Sikap orang Melayu yang ganjil pada pandangannya juga turut dikritik. Beliau

mengecam orang Melayu yang malas berusaha, suka bersabung ayam, meletakkan

tanggungjawab mencari nafkah di bahu perempuan dan suka memakan makanan yang tidak

berkhasiat seperti pekasam, tempoyak, ikan asin, jering, petai dan lain-lain.

Terima kasih Cikgu, saya bersetuju dengan pmikiran cikgu….disini saya ingin berkongsi ilmu

dengan cikgu hasil-hasil Karya Munsyi Abdullah:-

KARYA.

Syair Singapura Terbakar 1843

Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835)

Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)

Dawai-Kulub (1838)

Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)

Hikayat Abdullah (1843)

Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).

Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan

(1838)

Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-

9).

Page 7: sejarah6

Syair Singapura Terbakar (1843)

Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?)

Malay Poem on New Year’s Day (1848)

Ceretera Kapal Asap (1843)

Ceretera Haji Sabar ‘Ali (1851)[1]

PERSEPSI negatif terhadap mata pelajaran sejarah, yang wajib lulus dalam Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat menjadi antara halangan proses pembinaan semangat

patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Bagi menyingkirkan persepsi itu Kementerian Pendidikan melaksanakan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang antara lain untuk

memperkasakan mata pelajaran yang dilabelkan sebagai membosankan, kaku dan tiada

nilai komersial itu.

Ahli akademik dan sejarah berharap proses tranformasi melalui PPPM itu dapat

membantu membina kekuatan jati diri yang unggul dalam kalangan generasi muda dan

seterusnya melahirkan warganegara yang mempunyai identiti nasional.

Namun persoalannya, sejauhmana mata pelajaran wajib lulus bermula tahun lepas itu

dapat membantu pembentukan bangsa Malaysia yang berkualiti kerana ia sering dianggap

ketinggalan zaman, sukar dan membosankan.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar Mohd.

Hashim berpendapat krisis identiti yang berlaku di kebanyakan negara menyebabkan

rakyatnya tidak memahami siapa diri mereka dan apakah peranan dan tanggungjawab

yang sepatutnya dimainkan.

Page 8: sejarah6

Salam sejahtera dan selamat pagi Cikgu ,persoalan ini seharusnya dibincangkan dengan teliti

kerana berikutan cabaran dunia tanpa sempadan yang semakin hebat menyebabkan

generasi muda begitu mudah terdedah kepada perubahan dan keterbukaan yang boleh

melunturkan kesetiaan terhadap negara dan bangsa.

Pelbagai kajian dilakukan di seluruh dunia mendapati sebahagian rakyat negara tertentu

jahil sejarah sehingga menjadi fenomena sosial global yang paling mendapat perhatian sejak

akhir ini. Melihat kepada keruncingan itu, dunia mula melihat sejarah sebagai satu medium

penting dalam dasar awam untuk menangani permasalahan isu identiti dan memperkasakan

perpaduan. Negara-negara Asia seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, China dan

Singapura telah ke hadapan dalam transformasi pendidikan sejarah ke arah yang lebih

progresif.

Malaysia tidak seharusnya ketinggalan untuk menerapkan aspek kemahiran pemikiran

sejarah sebagai satu kompenan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran di

peringkat sekolah. Kebanyakan negara mula mengamalkan kurikulum yang berorientasikan

transformatif bagi membolehkan pendidikan sejarah difokuskan untuk kemahiran berfikir.

Melalui PPPM, Kementerian Pendidikan telah mengenalpasti kemahiran abad ke-21 bagi

melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi yang mampu bersaing di peringkat

antarabangsa.

Pemikiran ke atas pendekatan dan orientasi kurikulum sejarah juga harus diberi perhatian

yang besar. Penumpuan hendaklah diberikan kepada usaha memperbaiki keberkesanan

pendidikan sejarah di sekolah terutama menekankan dari segi kurikulum, tahap profesional

guru yang tinggi, pembelajaran yang lebih aktif dan kreatif.

Oleh itu dalam keadaan semakin mendesak untuk memantapkan kandungan kurikulum yang

menjurus kepada pembinaan bangsa dan negara. Sudah tiba masanya, pendidikan

pembinaan sejarah perlu digiatkan sebagaimana usaha-usaha meningkatkan mata pelajaran

lain yang dianggap penting sepertimana Bahasa Inggeris, Sains dan Matametik.

Page 9: sejarah6

444

Teknik menghafal membosankan

Namun, usaha melihat subjek Sejarah berperanan dalam pembinaan bangsa masih kabur, sekiranya rungutan-rungutan yang dilontarkan pelajar berhubung mata pelajaran itu tidak dapat diatasi. Kaedah memaksa pelajar menghafal fakta yang dipraktikkan dalam pengajaran mata pelajaran itu sejak sekian lama menjauhkan lagi pelajar dengan sejarah.

Kajian Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei Sejarah yang dilakukan oleh Rozita Ngah Mohamed dan Zaliza Md. Zali pada tahun 2005 ke atas 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Jalan Peel mengenalpasti beberapa masalah pelajar terhadap mata pelajaran itu.

Antaranya sikap para pelajar yang malas membaca, sukar mengingati fakta, tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah, tidak menguasai apa yang diajar serta pembelajaran kurang berkesan.

Keadaan ini dikatakan berpunca daripada buku teks yang terlalu menekankan fakta selain kurangnya kemahiran guru untuk menghurai dan mentafsir satu-satu peristiwa sejarah yang berlaku.

Sementara itu, pensyarah pengkomputeran dan teknologi maklumat Dr. Wong Seng Yue dari Universiti Taylors dalam kajiannya ke atas 582 pelajar tingkatan empat dan 15 guru sejarah di �lima buah sekolah di Kajang mendapati mereka sukar mengingati fakta sejarah.

Katanya, apabila penekanan hanya kepada bahan teks semata-mata, ia menyebabkan pelajar tidak mendapat gambaran jelas tentang peristiwa sejarah yang berlaku sekaligus menyukarkan mereka memahami dan menghayatinya.

Dalam menangani permasalahan itu, PPPM yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berupaya menjadi wadah penyelesaian kepada permasalahan itu.

Bagaimanapun, pelan yang mewajibkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam SPM bermula tahun lepas menjadi kebimbangan dalam kalangan ahli akademik kerana ia dilihat sebagai satu paksaan dan bukannya penyelesaian masalah.

Ini juga sekaligus menjejaskan proses menyemai minat dan penghayatan pelajar terhadap sejarah sebagai medium pembinaan bangsa kerana ia kini menjadi satu lagi mata pelajaran merebut kecemerlangan dalam peperiksaan.

Page 10: sejarah6

Guru-guru pastinya akan menggunakan pelbagai kaedah bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan termasuk latih tubi bagi membolehkan pelajar mengingati tarikh, nama tokoh dan peristiwa yang berlaku.

Ia dilihat tidak akan merubah bentuk pengajaran yang diamalkan sebelum ini dan pastinya membantutkan usaha untuk melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara analisis dan kritikal seperti yang mahu dilahirkan dalam PPPM.

Kajian sebelum ini mendapati masih ramai pelajar sekolah terutama di peringkat menengah rendah masih minimum penguasaan mereka dalam mengenali sejarah sebagai elemen patriotisme, mengumpul dan merekodkan fakta sejarah.

Ini diperoleh melalui kajian Kemahiran Dan Keyakinan Pelajar Dalam Perlaksanaan Kerja Kursus Sejarah (KKS) Di Sekolah oleh Prof. Dr. Chan Yuen Fook dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

KKS wajib diambil setiap calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) berbentuk tugasan projek luar bilik darjah bagi memenuhi keperluan persijilan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang peka dan minat terhadap sejarah serta mampu mengamalkan unsur-unsur patriotisme.

Salam sejahtera cikgu saya menyokong penuh dengan pendapat yang Cikgu berikan,

Kajian yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah di sembilan buah negeri itu turut

mengenalpasti punca masalah itu termasuk ada pelajar yang tidak mendapat bimbingan

yang cukup daripada guru selain lemah dalam Bahasa Melayu serta tidak mahir membuat

rumusan dan menghuraikan fakta. Ini menunjukkan, pelajar-pelajar belum mencapai

kemahiran abad ke-21 yang menuntut pemikiran kritikal, menganalisis serta berkebolehan

menguasai pelbagai bentuk komunikasi. Kajian ini diperoleh melalui kajian Kemahiran

Dan Keyakinan Pelajar Dalam Perlaksanaan Kerja Kursus Sejarah (KKS) Di Sekolah oleh

Prof. Dr. Chan Yuen Fook dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kajian itu turut mencadangkan perlunya penambahbaikan dalam menjadikan Kerja

Kursus Sejarah (KKS )lebih menarik dan berupaya memotivasikan pelajar seperti

mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah. Oleh itu, sudah tiba

masanya persepsi negatif dalam kalangan pelajar terhadap sejarah perlu diubah sekiranya

ingin melahirkan warga negara yang utuh jati diri nasionalnya. Anjakan paradigma ini

memerlukan kerjasama seluruh pihak dalam memasyarakat dan meremajakan lagi

pengajaran mata pelajaran sejarah supaya tidak lagi dianggap sebagai satu mata

pelajaran membosankan dan tidak bermanfaat kepada mereka. Oleh itu, tumpuan penuh

Page 11: sejarah6

disandarkan kepada PPPM dalam merealisasikan matlamat berkenaan namun tetap

menjadi persoalan tentang sejauhmanakah ia mampu mencorakkan satu penyelesaian

terhadap polemik yang telah lama diperdebatkan ini.

555

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Dalam mempelajari Subjek Sejarah, teknik yang

penting ialah teknik menghafal, tetapi teknik menghafal membosankan pelajar ,berbagai

usaha melihat subjek Sejarah berperanan dalam pembinaan bangsa masih kabur,

sekiranya rungutan-rungutan yang dilontarkan oleh pelajar berhubung mata pelajaran itu

tidak dapat diatasi. Kaedah memaksa pelajar menghafal fakta yang dipraktikkan dalam

pengajaran mata pelajaran itu sejak sekian lama menjauhkan lagi pelajar dengan

sejarah.Kajian Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei Sejarah yang dilakukan

oleh Rozita Ngah Mohamed dan Zaliza Md. Zali pada tahun 2005 ke atas 30 pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Jalan Peel mengenalpasti beberapa masalah

pelajar terhadap mata pelajaran itu. Antaranya sikap para pelajar yang malas membaca,

sukar mengingati fakta, tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah, tidak menguasai

apa yang diajar serta pembelajaran kurang berkesan. Keadaan ini dikatakan berpunca

daripada buku teks yang terlalu menekankan fakta selain kurangnya kemahiran guru

untuk menghurai dan mentafsir satu-satu peristiwa sejarah yang berlaku.

Page 12: sejarah6

Salam sejahtera Cikgu,

Dalam mengetengahkan perihal Mengapakah mata pelajaran sejarah sering dianggap sebagai

subjek yang membosankan oleh sebilangan pelajar. sudah semestinya peranan para guru sebagai

tonggak utama tidak terkecuali yang mana memerlukan mereka lebih kreatif dalam proses

pengajaran mata pelajaran berkenaan. Pelajar sudah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada

buku teks dan mengehadkan pelajaran di bilik darjah semata-mata.

"Murid-murid berkata, bahawa mata pelajaran Sejarah adalah paling dibenci kerana mereka perlu

menghafal. Kalau hendak menghafal, macam mana dengan saya yang sudah tua ini menghafal

sejarah," kata Kay Kim yang dipetik dalam satu laporan berita.

Beliau juga mengutarakan kebimbangan apabila melihat bilangan pelajar mengambil mata

pelajaran Sejarah semakin merosot seperti di Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Sebelum ini, ia

menerima 1,300 pelajar setahun dan kini semakin menurun jumlahnya.