Risalah Madani Edisi November 2014
-
Upload
gptd-unisel -
Category
Documents
-
view
241 -
download
0
Transcript of Risalah Madani Edisi November 2014
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
1/201
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
2/202
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
MENARIK BULAN INI
Fokus Antarabangsa
Islamic State
Fokus Isu bulanan
Ibadat Taat
Tips
Kembara dalam Islam
Sejarah
Tamadun ?
Aktiviti GPTD
Ilmu Falaq
Induksi TURDA
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
3/203
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
RIS L H M D NI
E-mel: [email protected]
En.Izwan Suhadak Bin Ishak
NUR BALQIS HANNAH BT MOHD JAMIL
AKMAL ADLI
ANIS NUR SYUHADA
UMMU HUDAMUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
AIN
GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : [email protected]
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
4/204
Assalamualaikum ...
Terasa baru seperti semalam menerbitkan RIMA edisi oktober, kini
November pula sudah menjelma. Tidak lama lagi Disember juga akan
memeasuki dalam kalender kehidupan setiap insan.. Seuruh pelajar
UNISEL juga nanti akan disambut dengan peperiksaan akhir untuk semester ini. Bersediakah?
Dalam kehidupan, kita akan banyak berjumpa dengan banyak pilihan. Pilihan untuk memasuki uni-versiti, pilihan untuk memilih kawan, bahkan pilihan untuk memilih makanan juga pernah dihadapi
oleh setiap orang. Namun apa yang ingin ditegaskan, setiap pilihan-pilihan kita itu adakalanya ada
yang benar, ada yang kecundang.. Memang kita akan sering beranggapan, pilihan pertama yang
muncul dalam kehidupan kita adalah yang terbaik, namun tidak semuanya berfungsi seperti itu.
Misalnya, jika kita tidak menjadi pilihan pertama untuk pensyarah dalam melakukan sesuatu tugas,
kita tidak seharunya kecewa, Itulah adalah satu cara untuk Allah menegur kita supaya dapat
memperbaiki diri. Selain itu, saya pasti dan yakin, memasuki UNISEL ini bukanlah pilihan pertamabagi kebanyakan pelajar. Namun, atas ketentuanNYA, kita terpilih juga untuk meneruskan pengajian
disi.
Oleh itu, pilihan pertama kita itu adakalanya baik dan adakalanya tidak,. Jangan segan untuk
memilih pilihan-pilihan yang lain muncul dalam kehidupan, kerana siapa tahu, pilihan yang kita pan-
dang remeh itulah merupakan pilihan yang terbaik untuk kita. Wallahualam
November 2014 Tutur Editor!
Salam Senyum
Nur Balqis Hannah
-Editor Risalah Madani -
PILIHAN PERTAMA!
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
5/205
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Gejala bejat dalam masyarakat yang kian terserlah di hadapan kita seharusnya di tangani dengan segera.
Sesungguhnya inilah cabaran masa kini, dekat yang meminta kita menelusuri kehidupan masyarakat dengan lebih
teliti sekaligus memberi penyelesaian praktikel terhadap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.
Pelajar adalah hati nurani dan jiwa masyarakat. Kita adalah pencetus dan pencorak perubahan dalam
masyarakat. Program sosial mestilah merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat kerana ia merupakan
nadi dan degupan yang bakal tercerna. Dimensi sosial gerakan pelajar menuntut pengelibatan dan penyertaansecara serius dalam kerja sosial. Kerja sosial bukan kerja part time, malahan ia adalah kerja on call yang
memerlukan persediaan awal serta sentiasa bersedia untuk tidak bersedia berkhidmat pada bila-bila masa dan
berbakti dengan penuh ketekunan.
Tema kerja sosial gerakan pelajar mestilah berorientasikan gerak kerja (action-oriented), dan bukan
dengan memperbanyakkan kajian ilmiah yang terlalu bersifat akedemik dan terlalu statitiskal sehinggakan
masyarakat sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Penderitaan masyarakat mestilah diatasi dengan
pembelaan amali serta program alternatif yang bersifat operatif dan tidak terlalu menggunakan lisan. Proses
melahirkan insan yang sedar dan mempunyai nilai-nilai keinsanan yang tinggi adalah berteraskan kepada sistem
pendidikan yang dilaluinya. KBSR dan KBSM adalah pencetus kepada lahirnya generasi yang baru serta komited
dan bertanggungjawab.
Gerakan pelajar harus sensetif dengan keadaan di sekelilingnya. Mereka seharusnya berperanan
menjadikan institusi pendidikan seperti sekolah, maktab, dan universiti sebagai medan bagi melahirkan generasi
yang dikehendaki. Segala ilmu yang diterima di dalam bilik kuliah seharusnya diterjemah dalam konteks
kehidupan masyarakat bagi mengelakkan kecanggungan apabila berada dalam komuniti yang sebenar.
Iltizam serta yakin bahawa islam akan kembali menguasai dunia. Rentetan peristiwa yang berlaku dengan
kejatuhan ideologi Komunis-Russia dan kejelikan umat terhadap tamadun barat-Amerika melambangkan bahawa
islam akan kembali menguasai dunia. Rantau Alam Melayu adalah rantau yang menjadi idaman pelbagai
kelompok musuh ketika ini. Zionis Yahudi dan Kristian Nasara mengembeling tenaga demi merosakan
kebangunan Islam yang telah terbina. Inilah cabaran lingkungan yang terpaksa kita hadapi.Sesungguhnya jangkauan gerakan pelajar mestilah lebih lebar dan luas. Gerakan pelajar hanya akan
mampu bertahan di pangkalan kemelut cabaran umat dengan memiliki pengikut yang setia, petugas yang
amanah, pendakwah yang berkualiti dan pemimpin yang berwibawa.
GER K N PEL J R D L M
PEMB NGUN N M SY R K T
PENULIS: MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDANPresiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia
Penulis merupakan Aktivis GPTDdalam Jurusan
ISM Sains Industri di tahun Pertama
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
6/206
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
7/207
November 2014 FOKUS-TEMA BULAN INI
badat dan Taat
PENULIS: Akmal Adli
Ibadat dan adat merupakan dua perkara yang
mempunyai hubungan yang rapat kerana menurut
pandangan zahir keduanya hampir merupakan suatu
yang sama. Cuma yang membezakan keduanya ada-
lah niat. Sebagai contoh seseorang yang keluar di
awal pagi tanpa sarapan, kerana terlalu sibuk ia juga
tidak makan dan minum tengahari hingga tiba waktu
malam tetapi tidak mendapat apa-apa ganjaran. Se-
mentara seorang yang lain yang turut berlapar dan
dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa pula
mendapat ganjaran pahala.
Ibadat itu pula sangat luas ruang lingkupnya.
Ibadat bukan hanya sekadar sembahyang, puasa,
zakat, haji, berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran,
tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Ia merangku-
mi hal-hal seperti makan, minum, memenuhi keperlu-
an hidup, berkahwin, melaksanakan pemerintahan,
menguatkuasakan undang-undang dan sebagainya.
Bekerja juga merupakan satu ibadah jika betul
niatnya. Sebagaimana ibadat itu mencakupi semua
kegiatan hidup, ia juga mencakupi gerak geri manu-
sia. Seseorang muslim itu juga boleh beribadat
dengan hati, fikiran dan pancaindera seperti meng-
ingati Allah, melihat dan memikirkan tentang kejadian
yang diciptakan Allah. Kerja-kerja sosial seperti mem-
bantu orang, bersedekah, mengajarkan ilmu dan ber-
buat baik kepada makhluk juga di kira ibadat. Ibadat
juga meliputi keperibadian yang baik dan akhlak yang
mulia seperti bercakap benar, amanah, tidak mungkir
janji, tidak menyakiti dan tidak menzalimi orang lain.
Semua perkara ini merupakan perintah da-
ripada Allah kepada hamba-hambaNya dan di sam-
paikan melalui Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, dalam
konteks ketaatan, seorang muslim itu hendaklah taat
kepada perintah Allah dan rasulNya. Digandingkan
perintah taat itu supaya taat kepada Allah dan
Rasulullah, tidak boleh dipisahkan
Apakah makna taat? Taat itu pasrah dan
mengikut perintah Allah dan rasulNya. Ringkasnya,
apabila disuruh untuk melakukan sesuatu,ia di
lakukan tanpa soal, tanpa memikirkan sebab atau
hikmah. Walaupun masih banyak perkara yang tidak
difahami dan masih abstrak tujuannya namun perkara
ini dilakukan hanyalah atas dasar iman. Jika difikirkan
seperti contoh mengapa solat 5 waktu? Mengapa
solat subuh 2 rakaat,zohor 4 rakaat? Mengapa perlu
melontar jamrah 7 kali? Mengapa tawaf 7 kali pus-
ingannya? Hikmahnya boleh dicari atau dikaji tetapi
bukan untuk menjadi sebab mengapa perintah itu per-
lu dilakukan. Hakikat yang sebenar ialah taat kepada
perintah, disuruh buat maka ia dilakukan atas dasar
keimanan, bukan kerana hikmah.
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
8/208
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Sesuatu perkara itu dilakukan kerana taat kepada Allah dan taat kepada Rasul. Ini kerana dalam hukum
iman, hukum logik perlu diketepikan. Contohnya dalam kisah Nabi Musa yang dikejar oleh Firaun, diperintahkan
oleh Allah untuk memukul tongkatnya ke laut. Jika mengikut logic akal , pukulan hanya menyebabkan percikan.
Malah jika dijatuhkan batu besar ke dalam laut, yang berlaku hanya percikan air. Tetapi kerana taat kepada Allah,
diperintahkan untuk melakukan maka Nabi Musa memukul tongkatnya dan berlaku keajaiban di mana laut itu ter-
belah dan memberi laluan untuknya menyelamatkan diri.
Demikian juga halnya dalam taat kepada rasul. Seorang lelaki yang bernama Ukasyah bin Mihshan, ketika
berperang di dalam peperangan Badar, pedangnya telah patah. Dia pergi kepada Rasulullah dan mengatakan
bahawa dia tidak mempunyai senjata untuk berperang, maka Rasulullah telah mengambil ranting kering lalu di
perintahkan supaya Ukasyah berperang menggunakan ranting itu. Jika secara pandangan kasarnya, bagaimanak-
ah hendak berperang menggunakan ranting? Tetapi atas dasar iman dan taat kepada Rasul, apa yang diperinta-
hkan di buat maka ranting itu berubah menjadi pedang dan diberi gelaran Al -Aun. Bagaimana perkara seperti ini
boleh berlaku? Kerana apa yang datang dari Allah dan Rasul pasti ada hikmahnya.
Oleh itu, sebagai muslim yang bertakwa hendaklah taat kepada Allah s.w.t dan Rasulullah supaya di rahmati oleh
Allah s.w.t. Sesungguhnya ketaatan kepada perintah Allah itu tidak mendatangkan keburukan melainkan nikmat
dan ganjaran yang besar.
Penulis merupakan pelajar dalam Jurusan ISMTESL di tahun kedua
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
9/209
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
INDUKSI TURUN KE DESA TURDA)
2014
Penulis : Ain
Ahad, 26 Oktober-Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD ) UNISEL Bestari Jaya telah mengadakan
satu program Induksi bersama Sukarelawan Projek Turun Ke Desa ( TURDA ) semalam. Program 2
hari 1 malam ini diadakan di Pusat Dakwah Islam IOA Subang, Shah Alam. Seramai 16 orang peserta
sukarelawan telah menyertai program ini. Projek TURDA akan dilaksanakan di satu kawasan pedala-
man Sabah, iaitu di Kampung Sumbilingun selama 15 hari. Program induksi ini diadakan bertujuan
melah para sukarelawan untuk bersedia dari segi zikal dan mental untuk Projek Turda yang akan
dilaksanakan nan. Hari pertama induksi, para peserta didedahkan dengan pelbagai akvi zikal,
mental dan kerohanian serta simulasi modul. Hari kedua induksi hari ini, peserta diberi pencerahan
tentang penulisan berita, travelog dan puisi. Turut diadakan adalah sesi perkongsian kisah lawak ber-
pengajaran dan perlawanan teka-teki berkumpulan. Akvi bertujuan mengasah bakat peserta agar
lebih berkiran terbuka dan bersikap mampu bergaul dengan masyarakat setempat. Para peserta
melahirkan rasa gembira dan bersemangat untuk meneruskan projek TURDA tersebut. Program be-
rakhir dengan resolusi program serta kesan dan pesan berkaitan program.
Penulis merupakan Aktivis GPTDdalam Jurusan
Diploma TESL di tahun Pertama
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
10/2010
November 2014 HAI PENGEMBARA!
Tips Bermusafir dalam Islam
PENULIS: HAN NAH
Agama Islam ternyata telah memberikan
1001 solusi dalam sekecil-kecil dan sebesar
-besar urusan . Begitu juga keka kita yang
ingin bermusar ataupun mengembara.
Berikut adalah antara beberapa panduan
yang digalakkan untuk kita laksanakan di
dalam islam.
1. Memasang niat yang betul
Seper yang tercatat dalam hadis arbain
(Hadis 40), yang pertama sekali yang
disebutkan adalah memasang niat
kerana Allah. Begitu juga jika kita ingin
memulakan perjalanan, niat yang betul
dan baik haruslah diselit bagi perjalanan
kita itu mendapat keberkatan dariNya
2. Berdoa ketika bermusafir
Antara ga doa yang akan dikabulkanoleh Allah ad lah doa orang yang terani-
ya, doa orang bermusar dan doa orang
tua untuk anaknya. Oleh itu, bagi kita
yang sedang bermusar ini amat diga-
lakkan untuk kita berdoa sepanjang
perjalanan. Tambahan juga Rasulullah
juga pernah berpesan , sesuatu pekan
atau kampung jika kita telah memasu-
kinya, kita disunatkan berdoa kepadaAllah S.W.T. Seap kali baginda me-
masuki sesuatu negara atau kampung,
baginda akan berdoa agar Allah permu-
dahkan perjalanannya. Jika seseorang
itu mengamalkan sunnah ini, Allah akan
lindunginya seap kali dia melalui
sesuatu kawasan.
3. Bermusafir dalam kumpulan
Kita juka digalakkan untuk bermusar di
dalam ku pulan. Sesuai dengan sabda
nabi yang bermaksud, Jika manusia
mengetahui bahaya bermusar sendiri-
an sebagaimana aku ketahui, tentu
mereka enggan bermusar sendirian.
4. Bersegeralah pulang ke
pangkuan keluarga
Setelah kita bermusar meninggalkan
ahli keluarga kita, kita seharusnya pu-
lang kepada keluarga kita. Nabi juga
pernah berpesan Perjalanan adalah
sebahagian daripada azab. Dia dak
dapat makan enak dan minum sepuas-
puasnya serta dur dengan nyenyak.Apabila seorang daripada kamu sudah
menyelesaikan hajatnya, segeralah kem-
bali kepada keluarganya. (Hadis Ri-
wayat Bukhari dan Muslim). Selain itu
keka balik dari bermusar, kita diga-
lakkan untuk membawa balik hadia.
Biarpun hadian itu sekecil-kecil pem-
berian, namun ia amat bernilai bagi ahli
Penulis merupakan Aktivis GPTDdalam Jurusan
ISM TESL di tahun Kedua
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
11/2011
November 2014 FOKUS ! -ANTARABANGSA
Penulis : Aile Strike
Islamic State atau IS ialah sebuah geraka radikal
islam yang telah merampas sejumlah besar
wilayah timur Syria dan utara serta barat Iraq
Taktik peperangan yang kejam termasukklah
membunuh dan menculik ahli dari kalangan
agama dan ethnik minoriti serta memancung
askar lawan dan jurnalis. Ini telah menyebabkan
kemarahan seluruh pelusuk dunia.
Kumpulan ekstrimis ini berjuang dengan
bertujuan menubuhkan sistem khalifah, sebuahnegara yang di naungi oleh seorang ketua dari
aspek agama dan politik dibawah undang-undang
islam atau syariah. Walaupun meraka bergerak
aktif hanya di Iraq dan Syria namun IS
menjanjikan mereka akan meruntuhkan
sempadan Jordan dan Lubnan demi pembebasan
Palestin. Dengan janji ini mereka berjaya menarik
minat dan sokongan dari umat islam seaentero
dunia.
Kita boleh menjejak kembali sejarah penubuhan
IS yang berkait rapat dengan arwah Abu Musab
Al-Zarqawi melalui karyanya Tawhid Wa Al-
Jihad pada 2002. Setelah setahun Amerika
menawan Iraq, Zarqawi menyatakan sumpah
setia kepad Osama bin Laden dan menubuhkan Al
-Qaeda di Iraq yang menjadi sebuah kuasa besar
dalam pembebasan di Iraq.
Setelah kematian beliau pada 2006, Al-Qaeda di
Iraq ini menubuhkan cawangan iaitu Islamic
State Iraq (ISI). ISI kemudiannya di lemahkan
oleh tentera Amerika dan penubuhan Majlis
Mesyuarat Sahwa (kebangkitan) yang dipelopori
oleh puak Sunni Arab yang menolak fahaman
ekstrimis mereka. Setalah menjadi ketua pada
2010, Abu Bakar al-Baghdadi (Baghdadi) membina
semula ISI. Pada 2013, ISI melancarkan bertubi
serangan di Iraq. Mereka juga menyertai
peperangan menentang presiden Basyar yang
merupakan presiden Syria dengan menubuhkan
Al-Nursa.
April 2013, Baghdadi mengumumkan
pengabungan kuasa militannya di Iraq bersama
militan Syria dan membentuk Islamic State in
Iraq and the Levant (Isis). Ketua kepada Nursa
dan Al-Qaeda Iraq menolak gerakan tersebut,
namun pejuang yang masih taat bersamaBaghdadi keluar dari Nursa dan membantu Isis
untuk berjuang di Syria.
Pada penghujung disember 2013, Isis mengubah
sasrannya kembali kepad Iraq dan
mengeksploitasikan pergolakkan politik diantara
kerajaan Syiah dan minoriti Sunni. Dengan
bantuan rakyat setempat, Isis berjaya mengawal
ibu kota Falluja
Pada Jun 2014, Isis memerintah kota utara Mosul
dan kemudiannya mara ke selatan menuju
Baghdad. Pada hujung bulan tersebut, setelah
berunding bersam pengikutnya, Isis mengumukan
pembentukan khalifah dan mengubah nama kepad
Islamic State.
Penulis merupakan Aktivis GPTDdalam Jurusan
Foundation Sains
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
12/2012
November 2014 GPTD SANA SINI
BESTARI JAYA,25 Oktober 2014- Sebuah program berkaitan ilmu
falak atau astronomi telah dijalankan oleh Grup Pengkaji Tamadun
Dunia Universi Selangor (GPTD UNISEL) kampus Bestari Jaya. Pro-
gram yang diberi nama 'Program Ilmu Falak' ini telah dijalankan pada
24 Oktober 2014 (Jumaat) di Pusat Islam, Unisel bermula pada jam
3.00 petang dengan kehadiran peserta seramai 70 orang dari ka-
langan pelajar dan staf Unisel.
Program ini dijalankan bagi mendedahkan peserta tentang
kepenngan mempelajari ilmu falak dan memfokuskan kepada mod-
ul penentuan arah kiblat berpandukan bayang serta perkongsian
tentang astronomi atau planet-planet di alam semesta.
Perkongsian daripada wakil Persatuan Falak Jabatan Mui Selangor,
Ustaz Abdul Lap Ibrahim berkenaan tentang prakkal menentukan
arah kiblat secara manual telah menarik perhaan para peserta.
Prakkal berkaitan kompas matahari yang menggunakan bayang
sebagai penentu arah kiblat merupakan suatu ilmu baharu dan
membuat peserta semakin tertarik untuk belajar.
Program menjadi lebih menarik dengan kehadiran En. Shahrin Ah-
mad dari Falak Online pada slot sebelah malam. Beliau yang ber-
kongsi tentang bintang-bintang dan planet-planet di alam semesta
telah mendedahkan pelbagai fakta menarik. Peserta dapat
mengenali planet dan mendalami bahawa bumi adalah planet yang
kecil sahaja berbanding planet-planet lain.
Program dilanjutkan dengan slot cerapan langit yang membolehkan
para peserta memperoleh pengalaman mencerap bintang. Slot ini
dikendalikan oleh Falak Online dan Persatuan Falak Jabatan Mui.
Maklum balas daripada para peserta menyatakan mereka sangat
berpuas ha dan meminta program seper ini diteruskan oleh GPTD
Unisel. Asni bin Alimin, salah seorang peserta menyatakan ' Pro-
gram seper ini perlu dibuat lagi kerana saya dak puas belajar
mengenai arah kiblat'. Program disudahi dengan penyampaian
cenderamata dan sesi bergambar dengan pihak yang terlibat. Pro-
gram berakhir pada jam 11.00 malam dan lancar.
Program Ilmu FalakPenulis : Anis Nur Syuhadah
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam JurusanISM Psikologi di tahun kedua
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
13/2013
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
14/2014
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
15/2015
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Dewasa ini, kerja-kerja sukarela sudah tidak asing
lagi dalam kelompok masyarakat khususnya di negarakita. Kita dapat melihat perkembangan yang sihat
serta kesedaran yang semakin meluas dalamkalangan masyarakat. Namun begitu, ada sestengahindividu mahupun kelompok yang masih gagalmemaknai erti sebenar kerja sukarelawan. Adakalanya kerja sukarela hanya dijadikan sebagai aktivitipengisi masa lapang bagi sesetengah individu.
Seharusnya individu yang terlibat memaknai erti
sebenar kerja sukarela agar kerja-kerja sukarelayang dibuat mampu memberikan impak yang maksimabukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada diri
individu itu sendiri.
Kerja sukarela (voluntary work) atau khidmatsukarela (voluntary service) ialah kegiatan yangdilakukan secara sukarela, ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang pulangan mahupun balasanserta haruslah mampu memberikan manfaat kepada
golongan sasaran. Kerja sukarela terdiri daripadapelbagai bidang merangkumi pendidikan, penyelidikan,kesihatan, pengupayaan komuniti, hak-hak asasi,ketatanegaraan, keagamaan, pemulihan, sukan danrekreasi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.
Bidang yang luas ini membuka peluang yang besarkepada masyarakat untuk terlibat dengan kerjasukarela berdasarkan bidang serta kepakaranmereka. Jadi sudah tidak releven seseorang
menjadikan alasan idak terlibat dengan kerja sukarelakerana tidak mempunyai kepakaran dalam satu-satubidang kerana mereka boleh menyumbang dalam
bidang mereka sendiri.
Bidang ataupun jenis kerja sukarela ini telahdikategorikan kepada empat bahagian utama iaitubantuan kendiri (self help), kedermawan(philantrophy) atau perkhidmatan, penyertaan (orang
ramai/masyarakat/ awam), dan pembelaan atau
kempen (advocacy or campaigning). Pelaksanaan
kerja-kerja sukarela ini boleh dibuat melalui pelbagaicara seperti melalui perkongsian ataupun
menyumbang daripada segi masa, idea, material,tenaga fizikal, kemahiran, pengalaman, ilmu
pengetahuan dan banyak lagi.
Dari segi sasaran kepada kerja sukarela
mensasarkan kepada individu mahupun masyarakatyang memerlukan seperti mangsa-mangsa bencana,orang kelainan upaya, pelarian, mangsa peperangan,
mangsa penindasan serta mana-mana golongan yangmemerlukan bantuan. Sasaran ini biasanya ditentukansendiri oleh pihak ataupun agensi yang mengetuai
satu-satu misi sukarela tersebut.
Kesimpulannya tidak boleh dinafikan lagi kerjasukarela merupakan satu keperluan dalammasyarakat bukan sahaja dalam Negara tetapi di
seluruh dunia umumnya. Tanpa kesedaran daripadamasyarakat kerja sukarela tidak akan dapatdilaksanakan. Masyarakat harus memaknai kerjasukarela serta berpartisipasi dalam dalampelaksanaannya untuk memastikan kesejahteraan
masyarakat sejagat. Kalau bukan kita siapa lagi, dankalau bukan sekarang bila lagi. Bersama-samalah
kita memikul tanggungjawab ini untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih sejahtera.
Memaknai Kerja Sukarela
Penulis: Ummu Huda
Penulis merupakan Aktivis GPTDdalam Jurusan
ISM Matematik Statistik di tahun Kedua
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
16/2016
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
17/2017
November 2014 SEJARAH? OH SEJARAH!
Tamadun? Apa itu
Penulis Ana Marjan
Tamadun wujud melalui peradapan
dan tidak mempunyai tarikh yang
tetap bagi kewujudannya. Ia juga tid-
ak boleh wujud tanpa pertumbuhan
kumpulan-kumpulan social atau
masyarakat daripada pelbagai kum-
pulan.
Dari degi perspektif barat,
menurut Profesor M.A.J Beg, tamadunmerupakan pencapaian manusia da-
lam bentuk kota, skrip, kesenian, seni
bina, agama, undang-undang dan poli-
tik. Beliau menyatakan tamadun ter-
tua di dunia adalah Tamadun Mesopo-
tamia yang lahir lebih kurang 5000
tahun yang lalu dan diantara cirri-ciritamadun ini adalah kewujudan Nega-
ra kota, tugu-tugu peringatan, agama
dan system tulisan. Manakala pan-
dangan Islam pula, menurut Ibn Khal-
dun tamadun ialah kemuncak pem-
bangunan yang berkait dengan pen-
ingkatan kemewahan, keindahan sua-
sana dan minat kepada pelbagai aspek
industri yang boleh mempertingkat-
kan kualitinya. Ini termasuk kepada
keperluan kepada bahan-bahan ma-
kanan, pakaian, peralatan rumah
tangga dan sebagainya. Beliau juga
mengemukakan aspek-aspek yang ter-
angkum dalam perbahasan tamadun,
iaitu kenegaraan, perancangan ban-
dar, sosioekonomi, sains, pelbagai
pengetahuan dan kesenian.
Terdapat beberapa cici-ciri
masyarakat bertamadun antaranya
adalah penempatan kekal. Ia bermula
apabila penduduk mengetahui carabercucuk tanam dan menternak dan
tidak lagi hidup berpindah-randah.
Penempatan tetap biasanya dimu-
lakan perhampiran sungai atau lem-
bah-lembah sungai yang subur dan
sesuai untuk pelbagai kegiatan
ekonomi. Contohnya empat tamadunawal yang wujud di lembah-lembah
sungai ialah Tamadun Mesopatamia
atau Sumeria di Lembah Sungai Tigris
-Euphrates, Tamadun Mesir di Lem-
bah Sungai Nil, Tamadun Indus di
Lembah Sungai Indus dan Tamadun
Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang
Ho. Tamadun-tamadun ini bermula
sebagai kampung-kampung kecil
kamudian dengan pesat menjadi nega-
ra-negara kota yang besar dan kom-
pleks.
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
18/2018
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan masyarakat yang mempunyai organ-
isasi yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang
tersusun dan memainkan peranan yang tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan
masyarakat, seperti biasa Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh
pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintahan ini diikuti oleh golongan yang diperintah
seperti rakyat biasa, petani dan artisan. Manakala golongan yang mempunyai kedudukan
yang paling rendah ialah hamba abdi. Dalam masyarakat Mesopotamia, raja yang menera-
jui takhta pemerintahan, diikuti oleh golongan bangsawan yang dikenali sebagai marbanut,
dibawah golongan bangsawan terdapat golongan profesioanal yang dikenali sebagai um-
mane, rakyat bebas termasuk pengusaha bank, pedagang, dokter, jurutulis istana, dan go-
longan artisan. Hupshi yang merangkumi petani, askar dan hambamenduduki susun lapis
masyarakat yang terbawah.
Penempatan tetap menjadi sebuah negara akibat pertumbuhan penduduk serta pel-
bagai ekonomi. Proses perubahan dan perkembangan ini digelar proses pembandaran. Con-
tohnya negara-negara kota tamadun awal ialah Ur, Erech dan Kish di Lembah Tigris-
Euphrates di Semeria serta Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Indus di India berkem-
bang menjadi kota terkenal. Negara kota atau kota istana dan tempat ibadat.
Penduduk awal percaya kepada animisme dan mengamalkan pemujaan nenek mo-yang. Agama telah timbul bersama dengan perkembangan adat istiadat dan cara hidup
mereka. Penduduk-penduduk kampung atau bandar mengamalkan cara hidup dibawah
seorang pawang selaku pemimpin agama dan mempunyai kuasa keatas semua adat istiadat,
peraturan pertanian, hak-hak istimewa dan hukum-hukum yang diwarisi turun temurun.
Agama dan kepercayaan ini penting dari segi perpaduan dan memberi hak atau kuasa kepa-
da pihak tertentu seperti paderi-paderi yang menjalankan upacara-upacara keagamaan.
Contohnya, pembinaaan pyramid di Tamadun Mesir dan ziggurat di Mesopotamia jelasmenunjukkan kewejudan kepercayaan dab agama tamadun awal manusia.
Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan per-
tambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga
wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan dan pemgkhususan ini te-
lah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-
barang kemas, kain dan sebagainya.
Penulis merupakan Aktivis GPTDdalam Jurusan
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
19/2019
November 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
-
8/10/2019 Risalah Madani Edisi November 2014
20/20
GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu
yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang
berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon
dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke
nombor:
013-
3917122