Risalah Madani Edisi Disember 2012
-
Upload
gptd-unisel -
Category
Documents
-
view
188 -
download
1
Transcript of Risalah Madani Edisi Disember 2012
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Universiti Selangor (UNISEL)Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Universiti Selangor (UNISEL)
RISALAH MADANIRISALAH MADANI
:: KE ARAH MENJANA INSAN ADABI :::: KE ARAH MENJANA INSAN ADABI ::
Khas XPDC IBN BATTUTAH | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | Disember 2012Khas XPDC IBN BATTUTAH | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | Disember 2012
Penjelasan Hadis Mengenai Tawakal
Page 2
Edisi Disember 2012 Page 2 Edisi Disember 2012
Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Akan masuk syurga 70,000 orang dari kalangan umatku tanpa dihisab”, mereka berkata : Siapakah mereka wahai Rasulul‐lah? Baginda menjawab : “Mereka ia-lah orang tidak mengubati dir-inya dengan ruqyah (jampi), ti‐dak percaya kepada petanda baik atau bu‐ruk (dengan melihat burung dan seba‐gainya) dan tidak membakar bahagian tubuh yang sakit dengan besi panas. Mereka bertawakal kepada Allah semata‐mata”. (Hadis riwayat al‐Bukhari dan Mus‐lim)
Penjelasan Hadis
Mengapa di sini orang yang meninggalkan ruqyah itu dipuji serta diberi kelebihan masuk syurga tanpa hisab sedangkan ruqyah itu diajar dan diamalkan sendiri oleh Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam? Para ulama’ mempunyai beberapa pendapat dalam menaf-sirkan phrase yang saya boldkan di atas. Antaranya :
1. Ia membawa maksud mereka yang menjauhkan diri daripada kepercayaan bahawa ubat itu mendatangkan manfaat dengan sendir-inya seperti mana yang dipercayai oleh orang-orang jahiliyah. 2. Ruqyah yang dipuji sekiranya ditinggalkan itu adalah jenis ruqyah daripada perkataan jahiliyah, bukan daripada al-Quran dan Sunnah yang sahih serta jampi yang tidak dapat difahami maknanya.
(Rujukan : Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-’Asqalani)
Hadis
RISALAH MADANI
E-mel: [email protected]
SIDANG REDUKSI
Penasihat
Izwan Suhadak bin Ishak
Editor
Radiome Istuning
Penolong Editor
Muzzakir
Kolumnis
MUHD FAKHRUL AMIRUDDIN
SAZNI
HENDRO
ANA MARJAN
AZLAN SHARIF
WARDATU
NOR HAFIZ BIN RAZALI
ERYSZA SOPHEA
HAZIRA
Diterbitkan oleh
Page 3
Edisi Disember 2012
BAGUSLAH ANDA BERTAWAKAL
Ahli-ahli GPTD memang sering diingatkan su-paya banyak bertawakal kepada Allah S.W.T. Lantaran ahli-ahli GPTD sering diberi tugasan menguruskan program dan kembara yang berbentuk ilmiah dan explorasi alam dan diri, kesusahan dan cabaran untuk memulakan serta mengadakan sesuatu itu selalu ada. Setelah pelbagai usaha dan idea diusahakan tapi hasil tidak begitu mencukupi. Doa dan tawakal itu harus sentiasa diamalkan. Kita hanya merancang dan Allah jua yang me-nentukan. Petikan dari buku "Learning How to learn", "Good language learners: (Rubin & Thompson,1982),Learn to live with uncertainty by not getting frustrated and by continuing". Ia bermaksud seorang pelajar yang baik harus be-lajar hidup dengan keadaan yang tak menentu, tidak kecewa(jika gagal) dan teruskan beru-saha.
Ketua Editor,
RADIOME ISTUNING
GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : [email protected]
Blog : gptdunisel.blogspot.com
Kata editor
Page 4
Edisi Disember 2012 Page 4 Edisi Disember 2012
MITOS PELAJAR
BERCINTA Farhan dan Rahman adalah pelajar semester 2 di Unisel. Mereka adalah kawan rapat sejak mendaftar di Unisel.
Farhan mengeluh; “Aku dah dua semester belajar kat Unisel, tapi tak ada seorang awek pun yang terpikat dengan aku”.
Rahman berkata dengan nada seloroh; “Kau ni Farhan, tak ada perkara lain ke nak difikirkan,awek juga yg kau fikirkan”.
Farhan; “Hari‐hari, aku tengok budak‐budak Unisel ni couple,aku pun nak couple juga”.
Rahman berkata; “Ingat mak ayah kat kampung kita,mereka menaruh harapan yang tinggi pada kita agar berjaya. Semua
keluarga kita di kampung mengharap pada kita agar mengharumkan nama mereka semua dan menjadi contoh te‐
ladan yang baik buat anak‐anak mereka”.
Farhan kelihatan termenung sejenak mendengar kata‐kata sahabat baiknya itu.
Rahman menyambung ; ” Tak ada kebaikan yang kita dapat bila couple,sebaliknya banyak keburukkan”. Kita ni lelaki, be‐
sar tanggungjawab dan bebanan yang perlu ditanggung jika apa‐apa berlaku yang tak diingini kepada anak gadis
orang”.
Farhan Mengiyakan kata‐kata Rahman dan berkata; “Beruntung aku berkawan dan mempunyai sahabat seperti kau. In‐
syaAllah, kita akan sama‐sama tamat belajar dengan pointer yang cemerlang”.
Ulasan:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
(Al Israa';ayat 32)
Editor: Bercouple kena guna banyak duit.Dah clash sia –sia ja.Hukalorh!
Pengarang:Siti Maryam( Ijazah tahun akhir dalam bidang Bioteknologi Industri )UNISEL BESTARI JAYA
Page 5
Edisi Disember 2012 Page 5 Edisi Disember 2012
Page 6
Edisi Disember 2012 Page 6
Edisi Disember 2012
Kami bertolak dari Dewan Biru Unisel pada 3.00 petang. Tiga orang wakil daripada GPTD diketuai oleh Sdr Nor Hafiz Bin Razali, Sdr Muhd harris Fadhilah bin Johari dan Sdri Nur Hazzanina Bt Farizah. Perjalanan kami ke destinasi memakan masa yang agak lama akibat daripada kesesakan Jalan Raya pada waktu itu. Kami tiba di pusat Karangkraf Shah Alam pada 3.40 minit petang.
Tepat 4.00 petang program dimulakan dengan Al‐Fatehah oleh pengerusi majlis dan diserahkan kepada moderator untuk menguruskan Majlis Wacana Sinar ‘’Peranan Ulama Menasihati Pemimpin’’. Dr Maszlee Malik dari UIAM bertindak sebagai moderator dalam menguruskan majlis tersebut. Seterusnya tetamu jemputan yang di bawa khas untuk hidangan ilmu kepada kita adalah bekas Presiden ABIM yang juga Presiden Wardah, Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin, yang juga Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Pada awalnya setiap jemputan diberi masa dua minit untuk memberi hujah atau pandangan dan pengenalan terhadap tajuk utama forum wacana ini. Kemudian pusingan kedua sesi diteruskan sehingga pusingan kedua dan pusingan ketiga. Pada pusingan keempat yang menariknya di sana audien diberi peluang untuk menanyakan soalan. Sebagai penutup jemputan khas untuk wacana diberi peluang menyimpulkan forum ini.
Sesi pertama dimulakan oleh Datuk Dr. Siddiq Fadzil beliau menceritakan siapakah ulama yang sebenarnya dan definisi seorang pemimpin. Memang sangat menarik setiap hujah yang diberikan. Memetik daripada salah satu hujah dari beliau ketika teringat pada satu puisi seorang ibu dan ayah yang menasihati anak nya. ‘’apabila besar jadilah orang besar kerana orang besar itu habuannya banyak, orang kecil
habuannya kecil, orang kecil jujur dibilang tolol,orang besar tolol dibilang jujur, orang besar bisa berbicara seenaknya, orang kecil paling‐paling dibicarakan’’ beliau juga turut mengupas ciri‐ciri ulama yang sebenarnya ulama adalah orang yang diangkat oleh masyarakat kerana sifat‐sifat yang boleh dicontohi. Seterusnya giliran Dr. Asri memberi hujah adalah apakah hubungan pemimpin dengan ulama dan bagaimana ulama menegur pemerintah adakah ulama perlu menegur pemerintah secara terbuka atau tertutup. Persoalan di sini adakah ulama menegur pemerintah dengan berjumpa dengannya, atau mengkritik secara terbuka atau perlu diampu semasa menegur? Giliran ketiga merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno iaitu Shahrin Jamaluddin juga menyetujui pendapat yang diberikan oleh Dr. Asri.
Dalam sesi kedua pusingan berjalan seperti biasa antara isu
yang hangat diutarakan daripada Datuk Dr. Siddiq Fadzil
dengan menyokong pendapat beliau berkenaan ciri‐
ciri ulama yang benar‐benar ulama. Ulama yang menjadi
ulama bukan orang yang mengaku dirinya ulama tetapi
diangkat oleh masyarakat berdasarkan pemerhatian dan
perwatakannya yang menjadi tauladan. Dengan itu, ulama
yang dipilih oleh masyarakat merupakan ulama yang mewarisi
sifat‐sifat para anbia’ dan ulama itu yang sepatutnya
dicontohi. Majlis diteruskan dengan hujah yang diberikan oleh
Dr. Asri yang merupakan jemputan khas yang amat
berpengalaman dalam membahaskan topik ini. Dalam
penyampaian beliau telah menyentuh tentang isu yang sangat
sensitif adalah sekiranya pemimpin itu dipilih dikalangan
ulama,
CATATAN WACANA SINAR HARIAN “Peranan Ulama Menasihati Pemimpin”
Jejak sana,Jejak sini
Page 7
Edisi Disember 2012 Page 7 Edisi Disember 2012
bagaimana atau adakah pemimpin itu tidak boleh ditegur? Beliau telah memberi contoh salah satu parti di Malaysia iaitu Parti Pas. Seandainya Pas memimpin negara ini suatu hari nanti adakah pemimpin mereka tidak boleh ditegur, sekiranya hal ini telah disuburkan dalam parti itu sendiri tidak hairanlah di masa akan datang negara ini dipimpin seperti Ayatollah. Maka, pemerintah harus bersikap terbuka untuk menerima teguran daripada ulama.
Seterusnya, merupakan giliran Syahrin Md Jamaluddin yang menjawab soalan moderator iaitu peranan ulama UMNO dalam menegur pemimpin UMNO itu sendiri. Menjawab pertanyaan tersebut setiap tahun setiap cawangan pusat akan membuat musyawarah di mana pada ketika itu mereka menegur dan membuat penilaian terhadap setiap ketua‐ketua bahagian menurut kata beliau pada sidang wacana tersebut. Sesi yang ketiga diteruskan dengan pandangan yang cukup menarik daripada Datuk Dr Siddiq Fadzil iaitu pemimpin yang dipilih merupakan orang yang berduit. Hal ini telah disuburkan didalam UMNO itu sendiri, kita dapat melihat bahawa pemimpin yang dipilih merupakan orang yang berduit. Di sini saya suka memetik kata‐kata beliau “dalam politik ini pendapat‐pendapat ulama itu tidak penting, yang penting adalah pendapatan”. Diteruskan dengan giliran Dr. Asri untuk memberi hujah beliau adalah dengan menyambung dan menyokong apa yang diutarakan oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil dan pandangan beliau pada sesi yang sebelum ini. Beliau menegaskan secara santai Adakah ulama perlu menegur pemerintah secara terbuka atau tertutup? Yang membolehkan ulama menegur secara terbuka adalah jika masalah itu merupakan kepentingan awam maka, ulama harus menegur secara terang‐terangan dan beradab sopan. Disebaliknya, jika masalah melibatkan perilaku peribadi harus ditegur secara peribadi dengan berjumpa dengan pemimpin itu dan tegurlah dengan adab kesopanan.
Pada sesi yang ke‐empat ini audien diberi peluang tampil untuk melontarkan sebarang pertanyaan. Antara pertanyaan yang menarik minat saya adalah pemimpin patut dipilih dalam kalangan ulama. Dr. Asri menjawab persoalan ini ulama itu boleh menjadi pemimpin sekiranya dia mempunyai sifat kepimpinan dan bukan semua ulama ada sikap kepimpinan mungkin ulama itu sendiri ada integriti dan sifatnya diangkat menjadi ulama tidak bermakna dia boleh menjadi pemimpin. Namun sekiranya ulama itu mempunyai sikap kepimpinan maka,boleh dijadikan pemimpin. Dalam sesi membuat kesimpulan, ulasan yang cukup bagus untuk dikongsi daripada Datuk Dr Siddiq Fadzil ialah kerajaan perlu memberi peluang kepada rakyat untuk mandiri. Beliau mengatakan rakyat terlalu bergantung dengan kerajaan nah, disini kita melihat untuk membuat Majlis Maulidur Rasul pun minta bantuan dari YB seperti yang di ulas oleh Shahrin Md. Jamaluddin. sebagai contoh institusi seperti sekolah rakyat perlu diadakan.
Pada 6:30 petang acara yang berlangsung selama dua jam selesai. Kami bertolak pulang ke unisel dan selamat tiba tanpa sebarang kesesakan jalanraya. Di sini, kami yang mewakili GPTD mengucapkan terima kasih kepada En. Izwan Suhadak, Penasihat GPTD Unisel kerana memberi peluang untuk menghadiri majlis ini yang amat bermakna kepada kita semua. Majlis yang sangat baik dan patut dirasai budaya perbahasan dan suasana menimba ilmu seperti ini di seluruh kampus di Malaysia.
Penulis merupakan mahasiswa jurusan Diploma TESL di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor dalam semester dua tahun pertama. Beliau adalah Exco Unit Bahasa di bawah Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel. Boleh dihubungi melalui Facebook : Erysza Sophea
Jejak sana,Jejak sini
Page 8
Edisi Disember 2012 Page 8 Edisi Disember 2012
Merenung Kembali Perjalanan Seba-gai AHLI GERAKAN
OLEH : Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan AMIR PKPIM UNISEL
Sudah tentu menjadi satu kelucuan apabila seseo-
rang yang mengaku dirinya sebagai ahli gerakan Islam melakukan perkara yang seringkali dilakukan oleh orang-orang kebanyakan (mereka yang tidak menyertai gerakan Islam). Sebagai contoh, andainya ahli gerakan Islam itu dalam kalangan pelajar, tugasannya dilakukan dengan meniru, atau verbatim daripada sumber-sumber di laman maya, gagal dalam pelajaran atas sebab malas mengu-langkaji (beralasan sibuk dsb), dan untuk umum; menon-ton pornografi, ber’sayang’, ‘I-You’, ‘dear’, ‘honey’ dalam panggilan telefon atau SMS sesama lelaki dan wanita yang bukan mahram, hadir lewat ke tempat bertugas dan sebagainya; dan sudah tentu yang paling teruk, andai mereka yang bergelar ahli gerakan Islam itu tidak ubah seperti burung kakak tua—mengulang-sorak menjaja mak-lumat-maklumat yang pada hakikatnya tidak digapai
maknanya dan dihadami tujuannya. Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita lihat se-
mula definisi dua perkataan ini iaitu ‘Gerakan Islam’ dan ‘Ahli gerakan Islam’ secara spekulatif dan rasional.
Gerakan Islam, atau lebih dikenali sebagai Hara-kah Islamiyyah merupakan satu gerakan yang bermisikan Pencerahan, Pembebasan dan Perubahan.
Pencerahan adalah satu misi meletakkan kembali sumber cahaya yang benar, yang sifatnya menerangi sepanjang masa. Sudah tentu, andai cahaya yang diletakkan itu sekadar mirip lilin, ia akan padam andai di-tiup angin atau apabila sudah terbakar seluruh badannya. Tidak salah kalau kita katakan bahawa Budaya Ilmu yang seharusnya menjadi tunjang utama sesebuah gerakan Islam adalah penyokong kuat ke arah kejayaan misi yang pertama ini.
Misi seterusnya iaitu Pembebasan, adalah satu manifestasi hasil daripada keberjayaan misi yang pertama. Bagi sesetengah orang, pembebasan seharusnya bersifat besar dan boleh dinilai. Sebagai contoh, seseorang itu harus dibebaskan daripada belenggu kemiskinan, keta-kutan, penghambaan kepada manusia yang lain, dan se-bagainya. Namun, kebebasan sebenar adalah apabila se-seorang itu mampu membebaskan dirinya daripada belenggu kejahilan, kegelapan, kekelaman dan kekalutan nubari sendiri. Pencerahan dan Pembebasan akan menghasilkan Perubahan. Perubahan yang dimaksudkan di sini adalah perubahan skala kecil yang bermula daripada peringkat individu. Perubahan besar yang lain adalah hasil daripada usaha-usaha individu yang sudah tercerah, terbebas dan terubah itu. Gerakan Islam seharusnya bermula merubah individu yang kelak apabila melakukan perubahan yang besar dan berjaya— Perubahan besar kepada individu ini dapat kita lihat pada perubahan diri yang berlaku ke atas Saidina Umar al-Khattab; yang di kala tidak Islamnya bengis dan digeruni, dan apabila masuk Islam masih bengis dan digeruni juga—tidak menjadi lembik, tunduk dan mencicit ketakutan apabila diserang musuh—namun sifat bengis dan digeruninya itu, sebaliknya dinyalakan oleh hati nurani yang tercerah dengan pengenalan kembali kepada hakikat dirinya dan pandangan alam mengenai tempat letak duduk bengis dan kegerunan yang jelas dalam Islam. Perubahan beginilah yang kita mahukan berlaku dalam umat masani. Dan hakikatnya, kita boleh katakan ketiga-tiga misi besar ini adalah satu agenda Pengembalian (Inggeris: Returning, Arab: Al-Raj’u) manusia kepada fitrahnya. Justeru sesuatu gerakan, tanpa mengira apa nama dan labelnya, seandainya ia setia melakukan dan melaksana-kan agenda Pengembalian ini, maka selayaknya ia dige-larkan sebagai gerakan Islam.
Kalam Amir
Page 9
Edisi Disember 2012 Page 9 Edisi Disember 2012
Marah kerana gagal?
Teruskan berusaha!
Akan sampai harinya
YOU WILL WIN!!!!!!!
CARTOONIST GUSHA KUN.
FB:GUSHA KUN
Page 10
Edisi Disember 2012 Page 10 Edisi Disember 2012
1. saya berpikir bahwa - . ( I think that - ) 2. saya mengira bahwa - . ( I suppose that - ) 3. saya tahu bahwa - . ( I know that - ) 4. saya merasa bahwa - . ( I feel that - ) 5. saya ingin agar - . ( I want so that - ) 6. saya setuju jika - . ( I agree if - ) 7. saya tidak setuju jika - . ( I disagree if - ) 8. saya suka - . ( I like - )
9. saya dapat - / saya bisa - . ( I can - ) / ( I could - ) 10. saya mencoba untuk - . ( I try to - ) 11. saya ingat bahwa - . ( I remember that - ) 12. saya lupa tentang - . ( I forget about - ) 13. saya tidak terbiasa untuk - . ( I am not accustomed to - ) 14. saya menyarankan agar - . ( I suggest so that - ) 15. saya menebak jika - . ( I guess whether - ) 16. saya memperkirakan jika - . ( I assess whether - )
17. saya berharap agar - • ( I hope that - ) 18. saya menerima jika - . ( I receive if - ) / ( I accept if - ) 19. saya menolak untuk - . ( I refuse to - ) 20. saya memberikan agar - . ( I give so that - ) 21. saya mengerti jika - . ( I understand if - ) 22. saya mengembalikan kepada - . ( I return to - ) 23. saya membuat untuk - . ( I make for - )
Let's
learn Indonesia/
Mari belajar bahasa Indonesia
by:Hendro
Basah-basah bahasa
Page 11
Edisi Disember 2012 Page 11 Edisi Disember 2012
24. saya memastikan bahwa - . ( I assure that - ) 25. saya berjanji untuk - . ( I promise to - ) 26. saya mengakui bahwa - . ( I admit that - ) 27. saya yakin bahwa - . ( I am sure that - ) For Examples : 1. saya berpikir bahwa bahasa Indonesia itu sangat menantang . ( I think that Indonesian is very challenging ) 2. saya mengira bahwa kamu orang Indonesia, ternyata bukan . ( I suppose that you are an Indonesian, it was not ) 3. saya tahu bahwa bahasa Indonesia sangat menarik . ( I know that Indonesian is interesting ) 4. saya merasa bahwa semua orang bisa berbicara bahasa Indonesia . ( I feel that all people could speak Indonesian ) 5. saya ingin agar bahasa Indonesia menjadi bahasa internasional . ( I want so that Indonesian becomes the international language ) 6. saya setuju jika bahasa Indonesia menjadi bahasa internasional . ( I agree if Indonesian becomes the international language ) Vocabularies :sangat = very tantang = challenge untuk = for / to
ternyata = the fact is / in fact bukan = not ( for noun ) tarik = pull bicara = speak fasih = fluent dengan = with dengan fasih = fluently jadi = become me + jadi = menjadi = become me + tantang = menantang = challenge / challenging me + narik = menarik = interesting ber + bicara = berbicara = speak / speaking 7. saya tidak setuju jika bahasa Indo-nesia hilang . ( I disagree if Indonesian were lost ) 8. saya suka mempelajari semua ten-tang bahasa Indonesia . ( I like learning all about Indonesian ) 9. saya dapat mengajari kalian bahasa Indonesia . ( I can teach you Indonesian ) 10. saya mencoba untuk berbicara bahasa Indonesia dengan baik . ( I try to speak Indonesian well ) 11. saya ingat beberapa kata dalam bahasa Indonesia . ( I remember some words in Indonesian ) 12. saya lupa untuk membawa kamus bahasa Indonesia . ( I forget to bring the Indonesian diction-ary )
Vocabularies : jika = if hilang = loss / lost belajar = study / learn semua = all tentang = about semua tentang = all about baik = good / nice / kind dengan baik = well beberapa = some / several kata = word beberapa kata = several words / some words dalam = in / inside bawa = bring me + bawa = membawa = bring / bringing me + belajar + i = mempelajari = learn / learning TO BE CONTINUED… BERSAMBUNG…. https://www.facebook.com/groups/180877921960227/doc/341147275933290/ fb group: Let’s learn Indonesian‐Mari kita mempelajari Bahasa Indonesia
Basah-basah bahasa
Page 12
Edisi Disember 2012 Page 12
Edisi Disember 2012
KEMBARA PULAU KETAM (bahagian 2) OLEH:ANA MARJAN(EXCO KAJIAN GPTD UNISEL)
Semua kumpulan bergerak ke tempat yang ditetapkan pada jam 12.05 tengah hari. Saya selaku wakil ahli kumpulan gotong-royong bersama ahli-ahli lain memulakan perjalanan kami dan berharap objektif kami tercapai, target kami ialah untuk ke rumah muaalaf kerana selari dengan misi kami yang islamiyyah dan ingin membela nasib mereka yang seakidah kami semua. Rumah pertama yang kami lawati ialah rumah muaalaf yang sudah sembilan belas tahun memeluk islam dan lebih mesra di panggil Pak Cik Ishak, beliau menceritakan tentang keislaman beliau dan beberapa soalan yang berkaitan mendapat respon positif dari beliau. Pak Cik Ishak memeluk islam setelah berkawin dengan isterinya yang berasal dari Indonesia yang beragama islam, anak-anak mereka telah diberikan pendidikan islamik di Klang,dan salah seorang anaknya merupakan seorang hafiz. Mereka mendapat bantuan daripada JAIS. Walaubagaimanpun, agak megecewakan apabila Pak Cik Ishak memberitahu bahawa dia agak terbatas untuk mempelajari ilmu berkaitan islam kerana tenaga pengajar yang dihantar hanya seorang dan dalam masa dua kali seminggu sehaja ustaz pergi ke tempat mereka selain ajaran yang tidak sistematik. Dalam masa setengah jam , masa yang agak terbatas kami terpaksa balik semula ke Balai Islam untuk makan tengah hari dan solat zohor, masa yang diberikan tidak mencukupi untuk kami membuat pemetaan komuniti dan perangcangan kami agak tidak menjadi seperti yang dirancang dan kami telah membuat back up plan untuk menggantikan rancangan kami yang tergendala. Pada jam 1.50 tengah hari semua sukarelewan diberi masa untuk bersiar-siar dan membuat aktiviti santai. walau bagaimanapum, kami mengambil alternatif untuk pergi ke rumah seorang lagi muaalaf, Pak Cik Musa Chua b Abdullah.
Pak cik ishak dan isteri
remaja muaalaf membantu kami
Salah seorang anak pak cik ishak merupakan
seorang hafiz
Jejak sana,Jejak sini
Page 13
Edisi Disember 2012 Page 13
Edisi Disember 2012
Gotong-royong membersihkan rumah pak cik musa
Saling membantu Sesampai kami ke rumah Pak Cik Masa, kami
agak terkejut dengan keadaan rumah dan
kesihatan Pak Cik Musa yang uzur, Pak Cik Masa
tidak berkawin dan dia hanya tinggal berseorang
di rumah, walau pun abangnya tinggal di sebelah
rumah. Menurut ceritanya, dia memeluk agama
islam kerana ditipu oleh induvidu tertentu dengan
menyatakan jika masuk islam akan mendapat
bantuan kewangan. Kesihatan Pak Cik Musa
sangat teruk
kerana dia mengalami bengkak di seluruh badan
dan kakinya berkudis dan dia tidak mahu ke
hospital, kami menghadapi sedikit kesulitan dalam
komunikasi untuk memahami kerana Pak Cik
Musa tidak fasih berbahasa melayu selain kami
hanya ada seorang penterjemah ke bahasa
mendrin seorang sahaja. Selepas bertanyakan
beberapa soalan kepada Pak Cik Musa kami
mengambil keputusan untuk gotong-royong
membersihkan rumah Pak Cik Musa. Antara
usaha kami menadah air bersih, membasuh
pinggan mangkok, buang sampah dan kemas
rumah dan lain-lain sebelum kami meninggalkan
Pak Cik Musa dan kembali ke Balai Islam kerana
telah di panggil oleh ahli jawatankuasa untuk sesi
pembentangan.Tepat jam 3.00 petang, kami ke
slot seterusnya iaitu membentang untuk
mengetahui adakah objektif yang dirancang dari
awal terlaksana atau sebaliknya. Sesi
pembentangan terhenti seketika karana memberi
laluan untuk kami semua solat asar dan minum
petang dan disambung semula pada jam 5.15
petang.
BERSAMBUNG......
Jejak sana,Jejak sini
Page 14
Edisi Disember 2012 Page 14
Edisi Disember 2012
SAMBAL KERANG(MASAKAN BUJANG) BAHAN‐BAHAN
‐3Ulas bawang putih dipotong halus
‐1biji bawang besar dipotong
‐cili giling
‐kerang dalam 1kg atau 2kg
‐minyak masak
‐gula
‐garam
CARA MASAK
Rendam kerang dalam air panas
10minit(2kali rendam) dan
kacau untuk buang kotoran dan
bau.Kupas kerang dan
asingkan isi dan kulit.Panaskan minyak dan
tumisan bawang
putih dan besar.Tumis cili giling dengan bawang
bila sudah
keluar bau.Tumis sampai pecah minyak atau cili
giling masak.
Tambah minyak dan air mengikut ke‐
sesuaian.Tambah 2sudu
gula dan 1cubit garam.Masukkan kerang dan
tumiskan dalam
6‐10minit.SIAP!
Oleh :Muzakkir Zainuddin
Pelajar Unisel IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)(PENDIDIKAN AWAL
KANAK‐KANAK)
Pandai makan,Pandaila masak
Page 15
Edisi Disember 2012 Page 15 Edisi Disember 2012
Belajar Bahasa Mandirin sebelum ke Pulau Ketam
BESTARI JAYA, 11 Oktober 2012 ‐ Saudara Nazran atau dikenali sebagai Abang Buah (UNISEL) telah sudi mengajar secara
sukarela Bahasa Cina. Lebih 20 orang sukarelawan GPTD yang hadir sebagai persiapan ke Kembara Alam di Pulau Ketam.
Menurut fakta atau populasi adalah lebih 95 peratus penduduk Kg Nelayan Pulau Ketam terdiri daripada bangsa cina. Saudara
Nazran memberi tumpuan dalam penguasaan perbualan ringkas melatih cara menyebut dengan selanga mandirin seperti Wo
Pu Ming Pai (saya tidak faham). Kelas bahasa seperti ini adalah latihan wajib yang merupakan latihan standard bagi
sukarelawan GPTD yang akan pergi ke sesuatu tempat projek. Pada akhir kelas saudara Nazran telah mengajar serangkap lagu
yang bertemakan ibu. Chi Sang Chi Wao Mawa Wa Hou, Xou Ma Chi Ha Zhi Xiang Ke Boo, Cheng Di Mou Di Huai Boa, Shing Fu
Siang Fa Liaw. Yang akan di persembahkan ketika acara ke Pulau Ketam. ‐ Unit Media
Oleh Hazirah Muhammad Rosli
Page 16
Edisi Disember 2012 Page 16
Edisi Disember 2012
Subhanallah..Allah Akhbar..Keajaiban
Di peperangan Gaza.
Al‐Kisah yang telah diceritakan oleh al
‐fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul
Rahma, Pengerusi Ekskutif
Aman Palestin dan juga merangkap
Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia yang telah pergi
ke Gaza pada 20‐31 Januari yang
lalu.Berikut adalah beberapa kisah
benar dan pengalaman beliau di
Gaza:
:
:Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik
bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin
menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi
yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan
baki 6 RPG, tiba‐tiba
senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak me‐
nembak dan para pejuang berkata mereka
tidak melakukannya. Mereka berkata tiba‐tiba senjata
mereka berfungsi dan menembak
sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang men‐
dapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Ak‐
hbar!
::Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV
Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat
pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih
sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah
yang berbaju putih itu???
~Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata
mereka tiba‐tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu
siapakah yang melakukannya.
::Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di
lancarkan oleh Israel ke Gaza
mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri!
Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!
::Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket‐ roket Hamas yang hendak di‐
lancarkan, tiba‐tiba salah satu roket itu meluncur laju ke uda‐
ratanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu men‐
genai sasaran di Israel !
Hati is Heart
Page 17
Edisi Disember 2012 Page 17
Edisi Disember 2012
::Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang
mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda
menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al‐fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu
di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.Allahu Akbar!!!
"ALLAH" BERSAMA KITA..DOA JGN PERNAH BERHENTI..SAYA BUKAN ORG
MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA
ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG
MEREKA..WALAUPUN hanya DENGAN DOA..
SUMBER:SAUFI TUNE
Hati is Heart
Page 18
Edisi Disember 2012 Page 18 Edisi Disember 2012
UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR SATU KEPE‐
DULIAN
Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi
Umat Islam Rohingya menghadapi penindasan dan
penghapusan yang sangat berat serta menjadi mangsa
perlanggaran hak asasi manusia di Arakan, Myanmar
sejak 1948.Sejak dari kemerdekaan Myanmar,nasib umat
Islam Rohingya terus menghadapi penindasan dari regim
tentera yang berkuasa.Kempen membenci dan
membenci etnik Rohingya sebagai kaum pribumi di
Arakan telah disebarkan oleh pihak berkuasa Myanmar
yang beragama Buddha.
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat
Hak Asasi Manusia Ireland(ICHR),seorang pakar
undang‐undang hak asasi manusia antarabangsa
mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan
oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya
yang tinggal di daerah Barat Myanmar merupakan antara
jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.
kemuncak pada isu pertumpahan darah kembali pada
bulan Jun 2012 yang mengakibatkan lebih kurang
9000 orang yang mati,walau bagaimanapun pihak
pemerintah Myanmar berjaya menyembunyikan
fakta angka kematian iaitu seramai 17orang,supaya
tidak diketahui oleh negara luar khususnya negara
Asean yang berdekatan.Kekejaman dilakukan secara
berterusan termasuklah,perbuatan menangkap tanpa
bicara,mangsa dipenjara,diseksa,dipaksa keluar dari
agama Islam,dibunuh,gadis diperkosa,harta dirampas
serta masjid dimusnahkan.
Dalam satu laporan khas,kerajaan Myanmar melakukan
kekejaman terhadap Umat Islam Rohingya yang dipanggil
"Penghapusan Etnik Rohingya"oleh etnik Rakhine yang
sangat kejam.Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah
bagaimana Aung San Suu Kyii,yang selama ini dilihat sebagai
tokoh demokrasi dan pecinta keamanan turut berdiam diri
dan membisu dalam isu ini.Beliau yang pernah memenangi
Anugerah Nobel Keamanan,apabila diasak tentang isu
Rohingya dan ditanya apakah wajar mereka ini diberi taraf
kerakyatan,beliau hanya mampu untuk menyatakan, "Saya
tidak bertanggungjawab."
Ingatlah,bahawa mengambil tahu dan kepedulian terhadap
orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu
yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini
sebagaimana sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud
"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat
Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya".Oleh
itu kami menyeru semua pecinta kebenaran dan keadilan
untuk menyokong hak masyarakat Rohingya dan Kempen
Citizenship For Rohingya di laman sosial Facebook.
Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan.
Koordinator Kempen Citizenship For Rohingya di bawah
GPTD
Mahasiswa Jurusan Diploma Teknologi Industri,
Tahun 2,UNISEL
Page 19
Edisi Disember 2012 Page 19 Edisi Disember 2012
SUKAN TAHUNAN I, ROHINGYA EDU CENTRE(REC), KLANG 2Dis‐
embr2012
Di Sekolah Kebangsaan Batu Belah,Klang
Tahniah kepada semua!!! Anak2 & guru2 Rec Klang, Wadah Pencerdasan
Umat, Wadah Selangor, Abim Klang, Majlis Ulama Rohingya, GPTD UNISEL
Anak‐anak Rohingya terbela dan dipelihara masa depannya.
Page 20
Edisi Disember 2012 Page 20 Edisi Disember 2012
ACHEH EDISI
GRUP IBNU BATUTTAH
KE
Page 21
Edisi Disember 2012 Page 21 Edisi Disember 2012
ACHEH SEBELUM
Page 22
Edisi Disember 2012 Page 22 Edisi Disember 2012
Pertemuan Anggota XPDC Ibn Battutah
(ke ACHEH)
BESTARI JAYA (UNISEL) ‐1 DISEMBER 2012. Pertemuan anggota XPDC Ibn Battutah yang akan ke Aceh di Masjid UNISEL pada
jam 11.00 pagi .Antara anggota yang hadir (Mohd Safarudin, Mohd Azhaari, Siti Hajar Harnani, Siti Nur Alia dan Hazirah) tiga
anggota lain mempunyai urusan di kampung masing‐masing (Muhd Fakhrul Amiruddin, Harris, dan Syafika). Pertemuan itu
dibuat untuk menyelesaikan segala urusan yang belum lengkap serta membahagikan kerja tugasan masing‐masing dan mem‐
betulkan pergerakan tentatif yang perlu dibuat di sana.
Antara tugasan dokumentasi yang telah diberikan kepada mereka adalah Istana Maimun dan Tun Sri Lanang (Samalanga) di
serahkan oleh Mohd Azhaari. Siti Nur Alia : Masjid Al – Mashun dan Masjid berancan di Meureudu. Selain itu, Siti Hajar Har‐
nani : Muzium dan Tongkat Iskandar Muda di Sigl. Di Perlak (Sultan Maulana Abdul Aziz Shah) dan Syuhadah lapan di Jeurieb
ditugaskan oleh Hazirah. Makam MalikuurSalleh dan Muzium Tsunami diserahkan oleh Mohd Safarudin. Dan Syafika : makam
Nasriyah serta masjid Baiturrahman. Makam 44 ulama dan makam Syeikh Kuala diberikan kepada Muhd Fakhrul Amiruddin
dan di Biruen dan makam Iskandar Muda ditugaskan oleh Harris.
Bukan itu saja, kami memikirkan bagaimana untuk mencari sponser dalam masa terdekat ini bagi menambahkan dana keper‐
luan masing‐masing dan untuk didermakan ke bandar Aceh. Pertemuan ini di akhiri pada jam 4.30 petang.
GOMBAK‐ Satu pertemuan singkat telah diadakan diantara aktivis‐aktivis Ibn Battutah dengan presiden Grup Penjejak
Tamadun Dunia (GPTD) pusat iaitu Saudara Muhd. Suhail bin Ahmad pada 24 November 2012. Seramai 10 orang aktivis
telah mengikuti perjumpaan ini termasuk seorang penasihat Gptd dan dua lagi aktivis grup Pattani iaitu Ili Akmal bt. Razif
dan Tengku Farhanan bt. Tengku . Dua buah kereta telah digunakan. Kereta pertama bertolak pada pukul 10 pagi, mana‐
kala kereta seterusnya pula bertolak dari Unisel pada pukul 12.00 tengah hari dan sampai di GPM pada pukul 2.30
petang. Perjumpaan ringkas bersama presiden Gptd pusat memberi kesedaran kepada aktivis‐aktivis Ibn Battutah yang
akan menjalankan misi Rahmatan lil‐alamin di Aceh pada 28 Disember 2012 ini agar lebih berdisiplin dan bijak meng‐
gunakan peluang yang ada.
http://grupibnbattutah.blogspot.com/
Page 23
Edisi Disember 2012 Page 23 Edisi Disember 2012
TAMAN DAN MAKAM DI KOTA MASY-
HAD ‘ALI IBN ABI TALIB R.A
Sambungan dari kisah yang sebelumnya
(AKU MENINGGALKAN MEKAH‐edisi
November 2012),cerita pada kali ini adalah
hanya tertumpu kepada sebuah mandar
maju lagi indah yang bergelar kota Masyhad
‘Ali Bin Abi Talib r.a.Terlalu banyak kein‐
dahan serta perhiasan yang dikhabar‐
kan melingkari setiap binaan di bandar
tersebut.
Namun kisah lebih menarik yang dimiliki
bandar ini adalah terdapat beberapa tanda
kekeramatan telah berlaku dan ini
mengukuhkan dakwaan penduduk bahawa
disini terdapat makam ‘Ali r.a.Antara
kekeramatan tersebut ialah suatu peristiwa
yang telah berlaku pada malam ke 27 bulan
Rejab.Malam ini dinamai sebagai lailatul
muhayya yang bermaksud malam
kehidupan oleh mereka.Hal ini kerana,
orang‐orang yang tempang dari
al‐‘Iraqain,Khurasan,Parsi dan Rom akan di‐
bawa berkumpul di makam
tersebut.Selepas solat Isyak,mereka akan
diletakkan di atas makam yang dianggap
suci itu. Disamping itu,orang ramai yang
menanti akan bersembahyang, berzikir,
membaca Al‐Quran dan bertafakur ber‐
dekatan makam tersebut.
Apabila berlalu 2/3 malam,semua orang
yang tempang itu akan sembuh dan bangun
dalam keadaan sihat tanpa ada kesan keca‐
catan mereka yang sebelumnya.Lalu mereka
mengucapkan “Tiada Tuhan yang di sembah
melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah” serta bersyukur sema‐
hunya.Ibnu Batutah berkata bahawa beliau
tidak pernah menghadiri malam terse‐
but,hanya mendengar kisah dari mereka
yang percaya dan menunggu masa untuk
menyertainya.
Di kota ini,tiada cukai yang dikenakan.Begitu juga pemungut cukai dan gabenor.Hanya Naqib Al‐Asyraf yang menjalankan pemerin‐tahan.Penduduknya ialah peniaga yang ber‐musafir ke serata ceruk rantau.Mereka ialah orang‐orang yang berani serta pemurah dan sesiapa yang memperoleh perlindungan mereka,tidak akan teraniaya.Ibnu Batutah yang pernah mendampingi mereka sangat memuji budaya yang diamalkan dan sikap mereka yang fanatik terhadap ‘Ali r.a.
Oleh:Wardatu
Page 24
Edisi Disember 2012 Page 24 Edisi Disember 2012
ISU SEMASA YANG MELIBATKAN PERTEMBUNGAN 2
NEGARA ASEAN MALAYSIA‐INDONESIA
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Lom‐
bok, Indonesia sempena rundingan tahunan kali kelapan
– amat bermakna kepada hubungan Malaysia dan
Indonesia. Di Lombok, kedua‐dua pemimpin mem‐
bincangkan isu‐isu termasuk soal penarikan balik mora‐
torium penghantaran pembantu rumah Indonesia ke
Malaysia dan isu sempadan daratan dan sempadan
maritim yang menjadi pertikaian kedua‐dua negara.
Pertemuan di Lombok itu juga dilihat tepat pada ma‐
sanya ketika segelintir rakyat Indonesia mengadakan
demonstrasi di depan pejabat Kedutaan Besar Malaysia
di Jakarta berikutan dakwaan pencerobohan tanah di
Kalimantan Barat, yang realitinya tidak berlaku. Atas
nama hubungan saudara serumpun, Susilo mengingat‐
kan seluruh rakyat Indonesia agar tidak bertindak
melampau dalam meluahkan rasa tidak senang
menerusi aksi demonstrasi sehingga melukai hati ne‐
gara jiran, Malaysia.
Dalam satu demonstrasi melibatkan isu Malaysia den‐
gan Indonesia, selain menghina bendera Malaysia, kum‐
pulan penunjuk perasaan Indonesia yang menghina Ma‐
laysia itu turut melemparkan najis kepada bangunan
kedutaan Malaysia. Kumpulan itu sebelumnya
membawa lima bungkusan najis – diletakkan dalam
bungkusan makanan, plastik dan kotak polisterin – dan
dinyatakan sebagai “hadiah” untuk Duta Besar Malaysia
sambil mendakwa Malaysia selama ini beberapa kali
memberi “najis” yang lebih kotor kepada Indonesia. De‐
monstrasi itu menandakan kemarahan mereka ter‐
hadap Malaysia yang mereka dakwa merendahkan ma‐
ruah republik itu dalam insiden di perairan Bintan pada
13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pega‐
wai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan
Perikanan Indonesia.
Pada bulan November 2011, sekali lagi Malaysia
bertemu Indonesia dalam pertandingan akhir bagi
merebut gelaran emas dalam Sukan SEA. Seperti biasa
apabila melibatkan pertemuan antara Malaysia dan
Indonesia ia sudah tentu menjadi satu cerita yang panas,
walaupun perlawanan baru di peringkat kumpulan. Dari
satu aspek ia adalah satu kejayaan buat Malaysia dan
Indonesia kerana ia dapat memperkenalkan 2 negara
ini. Ia juga menunjukkan 2 negara ini adalah yang terbaik
di rantau ini. Dari satu aspek lain ia nampaknya menjadi
satu yang negatif kerana ada segelintir yang
menganggap ia seolah olah satu peperangan, wujud
perasaan benci yang boleh mengundang kepada situasi
tegang.
kalau dilihat dalam konteks yang lebih
besar, sebenarnya apa sahaja isu yang melibatkan
Malaysia‐Indonesia selalunya akan menjadi tumpuan.
Walaupun isu yang kecil seperti tarian kebudayaan dan
lain‐lain akan berubah menjadi isu yang besar. Jika kita
lihat sentimen ini berlaku disebabkan manipulasi
media terutama media di Indonesia tidak kurangnya di
Malaysia yang sering membangkitkan isu isu kecil
seperti ini dan diolah sedemikan rupa seperti sengaja
mewujud perasaan tegang antara rakyat Indonesia dan
Malaysia.
Dalam satu kenyataan Susilo, kita berharap masa depan hubungan Malaysia‐Indonesia akan bertambah erat. Kita berasa ada jaminan bahawa hubungan Malaysia Indonesia tidak mudah diganggu gugat pada masa ha‐dapan. Sejak isu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ter‐lepas daripada tangan Indonesia, apa sahaja isu melibat‐
kan soal hubungan kedua‐dua negara, akan ada demonstrasi mengutuk Malaysia
Page 25
Edisi Disember 2012 Page 25 Edisi Disember 2012
. Bagi Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk memelihara dan melanjutkan tali persaudaraan yang panjang ini. Ada
kira‐kira dua juta rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Ini adalah jumlah tenaga kerja yang terbesar di luar Indonesia.
Tentu saja kehadiran pekerja Indonesia di Malaysia membawa keuntungan bersama.
Jumlah pelancong Malaysia ke sana juga ramai – pada 2009 kita adalah ketiga terbesar dengan jumlah 1.18 juta orang daripada
6.3 juta pelancong yang berkunjung ke Indonesia. Malah kira‐kira 13,000 pelajar dan mahasiswa Indonesia belajar di Malaysia,
dan 6,000 mahasiswa kita pula belajar di Indonesia. Ini merupakan aset bangsa yang harus terus dibina bersama, dan juga mo‐
dal insan untuk masa hadapan. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan sosio ekonomi Indonesia–Malaysia sungguh kuat.
Tidak dinafikan hubungan Indonesia dan Malaysia adalah tiang utama dalam keluarga besar ASEAN. Selama empat dekad
ASEAN dapat tumbuh dengan pesat antara lain kerana kukuhnya hubungan bilateral Malaysia‐Indonesia. Namun, hubungan
istimewa ini juga sangat kompleks. Hubungan ini tidak dapat lari daripada masalah.
Selain masalah pekerja dengan izin dan tanpa izin Indonesia, kita juga kerap menjumpai masalah yang terkait dengan
perbatasan atau sempadan kedua‐dua negara. Masalah ini perlu ditangani dengan serius oleh kedua‐dua belah pihak.
Menyedari kepentingan bersama ini, pendekatan Perdana Menteri dan Presiden Indonesia yang sering berkomunikasi secara
langsung, di samping berunding dalam mesyuarat tahunan, kita dapat lihat kesan isu‐isu bilateral dapat dikelola dan dicarikan
jalan penyelesaiannya dengan baik.
ISU UTAMA :
Penarikan balik moratorium penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dan sempadan maritim yang men‐
jadi pertikaian kedua‐dua negara.
Dakwaan pencerobohan tanah di Kalimantan Barat, yang realitinya tidak berlaku.
Dakwaan merendahkan maruah republik itu (Indonesia) dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan
Indonesia.
Masalah pekerja dengan izin dan tanpa izin Indonesia yang bekerja di Malaysia.
Isu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang terlepas di tangan Indonesia.
Pandangan negatif terhadap polimik perlawanan Bola Sepak di antara Malaysia‐Indonesia yang dianggap seolah olah
satu peperangan serta wujud perasaan benci yang boleh mengundang kepada situasi tegang.
Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
Pelajar Tahun Dua Diploma In Industrial Technology
Page 26
Edisi Disember 2012 Page 26 Edisi Disember 2012
Biografi Syeikh Hamzah al-Fansuri Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17, tetapi tarikh lahir secara tepat belum dapat ditentukan. Menurut Prof A.Hasymi, Syeikh Hamzah hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alaidin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (1589-1604 M) sehingga ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Darma Wangsa Mahkota Alam (1607-1636 M) Fansur merupakan sebuah kampung yang terletak di antara Kota Singkel dengan Gosong Telaga(Aceh Selatan). Semasa zaman Kerajaan Aceh Darussalam, Kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian Aceh Selatan. Segelintir pengkaji mempunyai perbezaan pendapat, menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.
Sewaktu mengembara dan berdagang itu, pelbagai sumber menyebut bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri telah belajar berbagai-bagai ilmu dalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga telah mengembara kepelbagai tempat, di antaranya ke Banten (Jawa Barat).Sumber lain juga menyatakan bahawa beliau pernah mengembara ke-seluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Me-layu,India, Parsi dan Arab. Dikatakan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain. Beliau berkebolehan dalam pelbagai bahasa lain seperti Urdu, Parsi, jawa dan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah menunjukkan bentuk seperti kita gunakan sekarang. Menurut Syeikh al-Attas, Hamzah Fansuri meninggal semasa tahun 1607M, sementara L.B Brakel menyebut bahawa Hamzah Fansuri masih hidup sehingga 1620M. Sumbangan Hamzah al-Fansuri terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu. Syeikh Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pejuan besar Melayu. Beliau merupakan penyair Melayu pertama atau “Bapa Kesusasteraan Melayu” yang mengubah syair-syair yang bersifar agama. Hamzah Fansuri adalah seorang yang sangat terke-muka dikalangan orang-orang Melayu, oleh kerana itu syair-syair dan puisi-puisinya sangat hebat.
Syair-syair Hamzah Fansuri yang diketahuai tidak kurang 32 untaian. Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu sajak empat baris dengan pola bunyi akhir a a a pada setiap barisnya.
Ciri-ciri sajak beliau : 1) Pemakaian penanda ke-pengarangan.
2) Dari petikan ayat al-Quran, hadis, pepatah dan kata-kata arab.
Page 27
Edisi Disember 2012 Page 27 Edisi Disember 2012
3) Setiap baris akhir syairnya selalu mencantumkan tahallus (nama diri), iaitu nama yang biasa didasarkan pada nama tempat kelahiran penyair atau tempat di besarkan.
4) Terdapat tamsil atau citraan-citraan simbolik yang biasa digunakan oleh penyair Arab dan Persia.
5) Diksi yang seimbang (pilihan kata), rima dan unsur-unsur puisinya.
Pengaruh beliau cepat tersebar seluruh tempat di Malaysia melalui pengajaran-pengajaran yang beliau berikan. Beliau bukan sahaja ulama tasawuf dan sasterawan tekemuka tetapi juga seorang perintis dan pelopor pembaharuan. Sumbangannya yang paling besar terhadap Nusantara khususnya dalam bidang kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa dan sastera.
Dalam bidang keilmuan, beliau telah mempelopori penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang bercorak mistik dan bersifat ilmiah. Dalam bidang sastera, beliau mempelopori pula penulisan puisi-puisi Islam bercorak kesufian, mistik, metafizik dan pembicaraan terhadaphubungan insan dengan penciptanya. Dalam bidang kesusasteraan pula beliau ialah orang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi empat baris seperti cirri-cirinya di atas.
Syair-syairnya bukan sahaja memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu tetapi juga men-gintegrasikan konsep-konsep Islam dalam berbagai bidang kehidupan dalam sistem bahasa. Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk men-cari Tuhan. Syair-syair beliau sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pan-tun ,menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah.
Karya Hamzah Fansuri
Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)
Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)
Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan)
Syair Si Burung Pingai
Syair Si Burung Pungguk
Syair Sidang Fakir
Syair Dagang
Syair Perahu
By Muhammad Harris Fadhilah bin Johari
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
UNISEL BESTARI JAYA
Page 28
Edisi Disember 2012 Page 28 Edisi Disember 2012
Empayar Islam Nusantara
Sejarah itu dikatakan berkait rapat dengan manusia dan peristiwa. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Seperti yang di nyatakan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, sejarah bu-kanlah hanya kisah-kisah, cerita-cerita mahupun peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau, tetapi sejarah merupakan satu subjek yang harus kita ambil sebagai iktibar dan pengajaran.
Sejarah itu telah diwarnai oleh manusia, tidak men-gira jenis peristiwa yang berlaku. Terdapat sejarah yang menceritakan peradaban dunia, terdapat juga sejarah yang menceritakan kemunduran manu-sia. Sejarah tidak pernah menipu, tetapi penyam-paian sejarah itu sendiri banyak diselewengkan. Seperti yang di sebut di dalam sebuah buku yang bertajuk Api Sejarah hasil tulisan Ahmad Mansur Suryanegara, iaitu ketika berlaku penjajahan, si pen-jajah tidak hanya menjajah wilayah penjajahan. Melainkan juga cuba menjajah pola pemikiran rakyat jajahan dengan cara mendistor-sikan penulisan sejarah. Penjajah turut melancarkan 'News Imperialism' iaitu penjajahan berita. Di se-babkan perkara tersebut, para sejarawan mengalami
kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat untuk kajian mereka.
Keluasannya menyamai Inggeris dan melampaui Eropah. Bayangkan betapa luasnya Nusantara dan betapa hebatnya usaha para da'ie untuk menyebar luaskan syiar islam di bumi yang subur ini. Kajian sejarah menyatakan masuknya agama Islam ke Nusantara seawal abad ke-1 H/ 7 M. Di dalam hal ini Ulama dan pedagang memainkan peranan yang sangat penting di dalam penyebaran agama Islam di Nusantara. Kukuhnya ajaran Islam di Nusantara Sehingga berdirinya beberapa buah kerajaan Islam. Namun Saat Kegemilangan Empayar Islam itu ter-bina adalah ketika pemerintahan seorang Sultan, iaitu Sultan Iskandar Muda yang ketika itu terletak di Aceh.
Hampir dalam seluruh aspek kehidupan menunjukkan bahwa zaman Sultan Iskandar muda merupakan masa kegemilangan Aceh. Dia tidak hanya mampu menyusun dan menetapkan berbagai konsep qanun (undang-undang dan peraturan) yang adil dan universal, tetapi juga telah mampu melak-sanakan secara adil dan universal pula. Sebagai seorang yang masih sangat muda menduduki tahta kerajaan (usia 18-19 tahun), kesuksesan Sultan Is-kandar Muda sebagai penguasa Kerajaan Aceh Da-russalam telah mendapat pengakuan bukan hanya dari rakyatnya, tetapi dari musuh-musuhnya dan bangsa asing di seluruh dunia. Sultan Iskandar Muda telah berhasil menyatukan seluruh wilayah semenanjung tanah Melayu di bawah panji kebe-saran Kerajaan Aceh Darussalam. Dia juga telah berhasil menjalin hubungan diplomasi perda-gangan dengan berbagai bangsa Asing, sehingga secara internasional Aceh tidak hanya dikenal seba-gai sebuah negeri yang sangat kaya dengan berbagai sumber daya alamnya, tetapi kekayaan itu benar-benar dapat dinikmati secara bersama oleh rakyat-nya. Dalam bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan, dia telah menempatkan para ulama dan kaum cerdik pandai pada posisi yang paling mulia dan istimewa. Sehingga pada masa pemerintahannya, Kerajaan Aceh Darussalam benar-benar menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dan tamadun
Page 29
Edisi Disember 2012 Page 29 Edisi Disember 2012
di Asia Tenggara yang paling banyak dikunjungi oleh para kaum pelajar dari seluruh dunia.Selama lebih kurang 30 tahun masa pemerintahannya, yaitu (1606 - 1636 M) dia telah berhasil membawa Kerajaan Aceh Darussalam ke atas puncak kejayaannya, hingga mencapai peringkat kelima di antara kerajaan Islam terbesar di dunia. Dengan kebijaksanaan Sultan Iskandar Muda,beliau telah menyusun pemerintahanya dengan merangka tata negara yang mempunyai empat bahagian iaitu;
Segala persoalan yang berkaitan dengan adat maka kebijaksanaannya di serahkan kepada sultan, penasihat dan orang-orang besarnya
Segala urusan hukum diserahkan kepada ulama yang pada masa itu Sheikh Nuruddin Ar-Raniry telah di angkat sebagai Qhadi Malikuladil
Urusan qanun, majelis adab, sopan santun dan tertib dalarn pergaulan hidup bermasyarakat, termasuk mengenai berbagai upacara adat diserahkan kepada kebijaksanaan Maharani (Putroe Phang).
Sedangkan urusan reusam (pertahanan dan keamanan) berada dalam kekuasaan Pan-glima Kaum atau Bentara pada masing-masing daerah.
Segala kebijakan mengenai adat, hukum, qanun dan reusam itu kemudian tertuang dalam sebuah hadih maja yang hingga saat ini masih dikenal dalam masyarakat Aceh yang berbunyi :
Adat bak poteu meureuhum, hukom bak syiah kuala
Meujeuleueih kanun bak putroe phang, reusam bak bentara (laksamana).
Setelah menyusun dan menetapkan tugas-tugas tersebut, Sultan Iskandar Muda menyusun dan mengeluarkan berbagai qanun sebagai pegangan. Isi kandungan qanun tersebut berupa aturan yang me-nentukan martabat, hak dan kewajiban segala hu-lubalang dan pembesar kerajaan. Perkara-perkara tersebut di letakan di dalam satu perundangan yang di panggil sebagai adat Meukota Alam. Menurut naskah Adat Aceh, dalam menyusun qanun tersebut Sultan Iskandar Muda melibatkan para Syaik-hul-Islam, Orang Kaya Sri Maharaja Lela, Penghulu
Karkun Raja Setia Muda, Katibul Muluk Sri Indra Suara dan Sri Indra Muda beserta para perwira Balai Besar untuk membuat dan menyusun qanun (peraturan) yang sesuai dengan tatakerama dan mak-lumat Raja. Di dalamnya memuat sebanyak sembilan fasal. Pada bagian pertama sangat jelas menggam-barkan watak kewibawaan Sultan sebagai penguasa, di mana di dalamnya menguraikan tentang perintah segala raja raja. Kerajaan Aceh Darussalam bukan hanya terkenal di Nusantara, malah turut di kenali di serata dunia. Ha-sil hubungan perdangan dengan bangsa-bangsa asing seperti Cina, Siam, India, Eropah dan Turki, Sultan Iskandar mengukuhkan kekuasaan Kerajaan islam yang terbina pada ketika itu. Kesan dari perluasan persahabatan ini Kerajaan Aceh Darussalam bukan sahaja terkenal sebagai sebuah tempat perda-gangan yang penting malah adalah sebuah pusat ilmu pengetahuan dan pendidikan . Oleh karena itu, para pembesar kerajaan bersama seluruh rakyat Aceh akhirnya sepakat memberikan sebuah gelar kehormatan Mahkota Alam kepadanya. Dengan demikian, dia mempunyai nama Iengkap Paduka Seri Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Selama lebih kurang 30 tahun, yaitu (1606 - 1636 M), dia telah berhasil membawa Kerajaan Aceh Darussalam ke atas puncak kejayaannya, hingga mencapai peringkat kelima di antara kerajaan Islam terbesar di dunia, yakni setelah kerajaan Islam Ma-roko, Isfahan, Persia dan Agra. Sultan Iskandar Muda wafat pada tahun 1636 M dan makamnya terletak dalam komplek Kandang Mas yang telah pernah dihancurkan Belanda. Yang ada sekarang ini merupakan duplikat hasil petunjuk Po-cut Meurah isteri Sultan Mahmudsyah. Dia masih rnengingat letak Makam Sultan lskandar Muda, karena sebelum dihancurkan Belanda dia sering berziarah ke sana sambil menghitung langkahnya sebanyak 44 langkah dari pinggir Krueng Daroy. Sebagai mengenang jasa-jasa beliau, kerajaan Republik Indonesia menganugerahkan Sultan Iskandar Muda sebagai Pahlawan Nasional. Mohd Safarudin Jhinku Ijazah TESL UNISEL BESTARI JAYA
Ibn Battutah
Latar belakang Ibn Battutah.
Nama penuh Ibn Battutah ialah Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Lawati al-Tanji. Beliau diberi gelaran Abu Abdullah atau Shams al-Din. Selain itu, Beliau dikenali sebagai Ibn Battutah. Seorang kabilah Barber dari golongan Muslim Sunni. Beliau telah di lahirkan di Tangier, Maghribi 24 Februari 1304 bersamaan 704 Hijrah bulan Rejab dan meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi. Beliau merupakan cendiakawan, ulama Mazhab Maliki dan pernah berkhidmat sebagai Qadi. Ibn Battutah terkenal sebagai penjelajah dan pengembara serta menulis mengenai pengenbaraanya selama hampir tiga puluh tahun. Beliau adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya merentasi benua Afrika dan Asia serta menghasilkan karya penting dunia islam yang meliputi daerah Barat Afrika hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Cina. Selain itu, Beliau diberikan gelaran sebagai Syamsuddin di negeri-negeri timur. Tokoh orientalis Dozy, menggelar beliau sebagai ‘Pengembara Yang Jujur’. Beliau telah meninggalkan kota asalnya pada tahun 1325 untuk menun-aikan haji di Mekah yang mengambil masa selama satu setengah perjalanan ketika berusia 21 tahun. Bukan itu saja, beliau terkenal sebagai seorang ahli geografi Islam yang banyak membuat pelayaran dari Timur Tengah ke India dan seterusnya China. Oleh kerana bapa dan datuknya terdiri daripada ulama dan bertugas sebagai kadi, maka Ibn Battutah sejak kecil lagi telah menerima pendidikan agama di kam-pungnya. Di Tanjah beliau telah menyempurnakan pelajaran syariah Mazhab Maliki. Beliau mem-pelajari banyak bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa Arab, Parsi, Turki, sastera dan ilmu ketika dalam pengembaraannya.
Ciri-ciri Keperibadiannya Ibn Battutah adalah seorang ilmuan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa. Dalam bidang geografi beliau dianggap sebagai seorang ahli geografi yang mempunyai sakhsiah yang menakjubkan. Jawatan beliau sebagai kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya membuktikan ilmu agamanya tinggi, terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan Mazhab Maliki. Beliau bukan hanya mahir berbahasa Arab tetapi juga mahir dalam bahasa Parsi dan Turki. Pengembaraannya yang begitu jauh yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan halangan membuktikan beliau adalah seorang yang tegas, kuat cita-cita, dan tidak mudah putus asa serta ahli dalam bidang pelayaran. Kejayaannya mendampingi para sultan, gabenor dan ketua-ketua negara, para ulama di negara yang dilawatinya menunjukkan Ibn Battutah adalah seorang yang berperibadi tinggi, mulia akhlak, berwibawa, pandai berdiplomasi serta mempunyai sifat-sifat terpuji. Oleh kerana sifat baik serta berpendirian teguh, maka kenalannya di tempat-tempat yang dilawatinya itu mudah memberi segala bantuan dan kemudahan untuk
Page 30
Edisi Disember 2012 Page 30 Edisi Disember 2012
Page 31
Edisi Disember 2012 Page 31 Edisi Disember 2012
pengembarannya. Dalam bukunya Rihlah, beliau menyebut lebih 2000 orang yang ditemuinya secara peribadi atau maqam-maqam yang dilawatinya.
Bab 18: Ibn Battutah.
Sultan Mul Jawa.
Baginda ialah Sultan al-Malik al-Zahir iaitu salah seorang raja yang memiliki kelebihan di samping seo-rang yang dermawan. Baginda bermazhab Syafie dan mengasihi fuqaha. “Fuqaha” pula menghadiri ma-jlis baginda untuk membaca kitab dan bermuzakarah. Baginda banyak berjihat dan berperang selain me-rupakan seorang yang tawaduk. Bukan itu saja, Sultan al-malik al-Zahir menunaikan solat Jumaat dengan berjalan kaki. Rakyat baginda juga bermazhab Syafi’e dan mereka turut mencintai jihad serta keluar ber-perang bersama-sama dengan baginda secara sukarela. Selain itu mereka berjaya mengalahkan orang kafir yang tinggal berdekatan dengan mereka. Orang kafir ini membayar jizyah kepada penduduk Jawa untuk menjamin keamanan diri.
Kisah dan Punca Perselisihan Sultan Al-Malik Al-Zahir dengan Putera Saudara Baginda.
Sultan Al-Malik Al-Zahir mempunyai seorang putera saudara yang berkahwin dengan puterinya. Baginda menyerahkan pemerintahan beberapa buah negeri kepada putera saudaranya itu. Putera saudara sultan ini pula jatuh hati kepada anak perempuan salah seorang amir dan berhasrat untuk mengahwininya. Sudah menjadi adat bagi seorang lelaki sumatera sama ada ia seorang amir, orang biasa atau orang lain, apabila anak perempuannya telah dewasa dan tiba waktu untuk berkahwin, maka ia harus mendapatkan perintah serta keputusan sultan berhubung dengan anak perempuan itu. Sultan seterusnya akan mengutus kaum wanita yang akan melihat gadis tersebut dan seandainya baginda tertarik dengan sifatnya, baginda akan mengahwini gadis itu. Jika tidak, baginda akan meninggalkannya dan ia kan menkahwinkan oleh walinya sebagaimana dikehendaki.
Kemudian sultan berangkat untuk pergi berperang. Tempoh perjalanan untuk sampai ke negeri orang kafir mengambil masa selama sebulan. Putera saudara baginda itu telah mengkianatinya dan pergi ke sumatera. Beliau memasukinya kerana Sumatera pada waktu tersebut tidak mempunyai tembok. Beliau juga mengistiharkan dirinya sebagai raja dan setengah-setengah orang telah brbai’ah kepadanya. Manakala setengah-setengah yang lain pula enggan berbuat demikian. Ayahanda saudara telah mendapat berita tentang tindakannya itu. dan baginda segera pulang ke Sumatera. Putera saudaranya telah men-gambil apa yang terdaya iaitu harta dan khazanah di samping jariah yang dikasihinya. Selepas itu bliau pergi ke Mul Jawa, negeri orang kafir. Kerana peristiwa inilah sultan telah membina sebuah tembok mengelilingi Sumatera.
Page 32
Edisi Disember 2012 Page 32 Edisi Disember 2012
Grup Ibn Batuttah; menyahut peranan mahasiswa sebenar
Di dalam hiruk pikuk kehidupan di alam kampus, mahasiswa dewasa ini dilanda penjajahan minda akibat arus modernisasi. Golongan yang digelar sebagai intelaktual ini tidak ubah seperti robot-robot yang disetkan mindanya hanya untuk mengejar kerjaya.Angka statistik terbaru daripada akhbar Utusan Malaysia, iaitu seramai 32000 graduan masih menganggur.Angka tersebut menimbulkan persoalan besar, adakahgraduan-graduan di negara kita benar-benar tidak berkelayakan untuk mendapat pekerjaan. Apakah isu sebenar di sebalik angka tersebut.
Seringkali kita mendengar slogan yang menyatakan Mahasiswa itu merupakan juru bicara ummat. Namun sejauh mana rutin mahasiswa masa kini untuk di bandingkan dengan nilai slogan tersebut. Seperti yang di sebutkan oleh Maulana Sayyid Abul
'A'la Al-Maududi bahawa mahasiswa itu haruslah bergantung kepada akidah Islam, akhlak dan nilai-nilai Islam. Menurut beliau Apa yang dapat dilihat sejak zaman- berzaman bahawa pusat-pusat pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar. Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan dengan nilai Islam serta bercanggah dengan segala prinsip akhlak Islam. Hal ini di sebut-sebut pada zaman sekarang dengan istilah 'Soft-Skills'. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat kelompok mahasiswa yang rutin hariannya hanyalah apabila usai dari bangun pagi, terus ke ku-liah kemudian kembali ke dorm masing-masing. Jadilah mereka seperti sang pendekar yang bertapa di dalam gua. Benarlah seperti kata pepatah melayu iaitu seperti katak di bawah tempurung. Hidup mereka hanyalah di alam maya ciptaan manusia iaitu Internet. Sistem komunikasi mereka hanya menggunakan Gadget yang sekarang berlambak di pasaran. Justeru itu, mahasiswa yang berada di dalam lingkungan ini membentuk rutin ini menjadi budaya yang telah sebati di alaf ini. Selain daripada itu mahasiswa zaman sekarang juga sinonim dengan hiburan yang berlebihan. Ianya telah menjadi fenomena di negara kita. Gejala ini yang di gelar 'Hedonisme' telah meracuni gaya hidup mereka. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita akan kehadiran suatu penyakit di kalangan umat akhir zaman. Hal ini ada di sebutkan di dalam sebuah hadith yang kira-kira bermaksud Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang saha-bat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)
Page 33
Edisi Disember 2012 Page 33 Edisi Disember 2012
Di dalam mendepani cabaran ini risalah pada kali ini mengambil tema daripada XPDC Ibn Batuttah, yang di lakukan sekelompok mahasiswa sedar daripada Grup Penjejak Tamadun Dunia yang merasa terpanggil untuk merubah persepsi Negatif terhadap mahasiswa. Berbekalkan misi Rahmatan lil'alamin, kami cuba untuk mendokong peranan mahasiswa yang sebenar. Usaha kecil kami dalam men-ganjurkan pengembaraan adalah bertujuan untuk menjejak dan meneladani tokoh-tokoh tersohor terdahulu. Di samping itu, pengembaraan ini secara tidak langsung melatih mahasiswa untuk menjadi pemimpin. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan daripada mahasiswa menyemarakkan lagi semangat Ukhuwah. Di setiap Pengembaraan yang di anjurkan Grup Penjejak Tamadun dunia, Setiap aktivis mahasiswa di dedahkan dengan beberapa perkara. Yang pertama ialah infaq atau memberi sumbangan. Hal ini bertepatan dengan tuntutan Islam iaitu untuk ber-jihad dengan harta benda. Jihad yang sempurna itu dilakukan dengan jiwa, harta dan lisan Seba-gaimana firman Allah S.W.T yang kira-kira bermak-sud “Hai orang2 yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada api yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa2mu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, dan ( memasukkan mu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adnin. Itulah keberuntungan yang besar.” (Al-Saff: 10-12) Bukanlah dinamakan ibadah setakat rukuk dan sujud sahaja. Hasan Al- Banna dalam menjelaskan tentang tasawwur Islam menyatakan Islam juga adalah usaha dan harta. Di dalam hal ini, mahasiswa akan di dedahkan dengan pengorbanan di dalam pengembaraan seperti yang telah di lakukan tokoh-tokoh besar seperti Ibn Batuttah dan ramai lagi. Di dalam perkara yang kedua pula, ingin saya membicarakan satu perkara daripada sebuah risalah yang di tuliskan oleh Sheikh Dr. Fathi Yakan iaitu bagaimana kita menyeru kepada islam. Bertepatan dengan Tugas mahasiswa itu sebagai juru bicara ummat, mahasiswa itu seharusnya menjadi
penyampai risalah da'wah, menjadi da'ie dan sang pencerah. Menurut Sheikh Dr. Fathi Yakan Da'wah itu ditujukan kepada seluruh ummat manusia yang memiliki latar belakang yang berbeza-beza. Hal ini menyebabkan para da’ie harus menjadi orang-orang yang bijaksana, mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu. Para da’ie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu. Perkara ini yang akan di lengkapkan kepada setiap mahasiswa di dalam menyebarkan rahmat ke sekelian alam. “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala la-rangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disang-kakannya.” (At-Talaq :2-3) “Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah”. (Surah Ali-’Imran: Ayat 110) Dalam ayat di atas Allah Ta’ala menyatakan keting-gian dan kemuliaan orang-orang Mu’min beserta sifat-sifat yang menyebabkan mereka layak digelar sebagai “Khaira Ummah” (Ummat Yang Terbaik) iaitu, i) mereka menyuruh (mengajak) manusia kepada perkara-perkara yang ma’ruf (kebaikan), ii) mereka mencegah (melarang) manusia dan mela-kukan kemungkaran dan iii) dalam usaha-usaha tersebut mereka sentiasa menjaga dan memelihara diri mereka dengan men-taati segala perintah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Semoga usaha kami ini membuahkan hasil untuk membina semula peranan mahasiswa di dalam era globalisasi ini. Mohd Safarudin Jhinku Ijazah TESL UNISEL BESTARI JAYA
Page 34
Edisi Disember 2012 Page 34 Edisi Disember 2012
Sultan Malikul Saleh Nabi Muhammad SAW tatkala hayat hadrat baginda masih
ada, baginda bersabda kepada sahabat baginda di Mekkah,
“Bahawa ada sepeninggalku itu ada sebuah negeri di bawah
angin Samudera namanya. Apabila ada didengar khabar negeri
itu maka kami suruh kamu sebuah kapal membawa perkakas
dan kamu bawa ia orang dalam negeri masuk dalam agama
islam serta mengucapkan dua kalimat syahadat. Syahdan lagi
akan dijadikan Allah SWT dalam negeri itu terbanyak daripada
segala wali Allah jadi dalam negeri itu. Adapun pertama ada
seorang fakir di negeri Mengiri namanya. Ia itulah kamu bawa
serta kamu ke negeri Samudera itu.”
Pada suatu hari di Rimba Jerun, Merah Silu pergi berburu den‐
gan membawa anjingnya yang bernama si Pasai. Merah Silu
melepaskan anjingnya lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu.
Merah Silu mendapati bahawa terdapat seekor semut yang
besarnya seperti kucing lalu beliau menangkap semut itu dan
memakannya. Di kawasan itulah Merah Silu mendirikan
istananya dan menamakannya sebagai Negeri Samudera yang
bermaksud semut besar.
Setelah beberapa lama kewafatan Nabi Muhammad SAW,
maka tersebarlah akan kewujudan negeri Samudera ini di
Mekkah. Lalu seorang khalifah iaitu khalifah Syarif, menga‐
rahkan sebuah kapal membawa segala perkakas alat kera‐
jaan ke negeri Samudera. Syarif Syaikh Ismail diarahkan untuk
singgah ke Mengiri. Setelah beliau sampai ke Mengiri dan berlabuh di Teluk Mengiri, maka terlihatlah kehadiran mereka itu
oleh orang Mengiri lalu dikhabarkan kepada rajanya mengenai kapal yang berlabuh di teluk itu. Lalu Sultan Muhammad pun
mengarahkan perdana menterinya untuk memanggil orang kapal untuk bertanya kepada orang kapal tersebut, “Dari mana
kapal ini datang dan siapa nama nakhodanya dan kemana ia hendak pergi?”, maka sahut orang kapal itu, “Adapun kapal ini
dari Mekkah dan nama nakhodanya Syaikh Ismail yang diarahkan oleh khalifah Syarif di Mekkah ke negeri yang bernama
Samudera.” Setelah itu, perdana menteri pun menghadap raja datang bersembah, “Ya tuanku Syah alam, adapun kapal itu dari
Mekkah, nama nakhodanya bernama Syaikh Ismail hendak pergi ke negeri Samudera.” Setelah mendengarnya, Sultan
Muhammad pun mengarahkan untuk menghantar segala makanan‐makanan dan segala nikmah kepada nakhoda kapal, Syaikh
Ismail. Setelah itu, sultan pun dengan segera merajakan seorang anaknya yang tuha di negeri Mengiri itu untuk menggantikan
beliau menjaga kerajaan. Lalu sultan pun menukar pakaiannya dan memakai pakaian fakir lalu turun dari istananya dan naik ke
dalam kapal tadi sambil berkata kepada Syaikh ismail, “kamu bawa hamba ke negeri Samudera itu.” Lalu mereka pun berlayar
ke negeri Samudera.
Sementara itu, pada suatu hari si Merah Silu bermimpi akan seorang lelaki yang menutup mata dan menumpang dagu be‐liau menggunakan empat jarinya. Orang itu pun berkata, “Hai Merah Silu, ujar olehmu dua kalimat syahadat.” Maka sahut Merah Silu, “Tiada hamba tahu mengucap akan dia.” Maka ujarnya, “Bukakan mulutmu.” Maka dibukakannya Merah Silu maka diludahinya mulut Merah Silu itu rasanya lemak manis. Maka ujarnya lagi, “Hai Merah Silu, engkaulah Sultan Malikul Saleh namamu sekarang. Islamlah engkau dengan mengucap dua kalimat syahadat itu dan segala binatang yang hidup lagi halal engkau sembelih maka kau makan dan yang tiada disembelih jangan engkau makan. Sebermula dalam empat puluh hari lagi ada sebuah kapal datang dari Mekkah. Barang segala katanya dan barang segala perbuatannya yang berpatutan dengan segala pekerjaan agama Islam orang yang dalam kapal itu, janganlah engkau lalui dan hendaklah engkau turut barang dalam pengajarannya.”
Page 35
Edisi Disember 2012 Page 35 Edisi Disember 2012
Empat puluh hari selepas mimpi itu, maka tibalah satu kapal yang berasal dari Mekkah. Lalu, datanglah seorang nakhoda kapal yang bernama Syaikh Ismail datang menyembah Sultan Malikul Saleh. Lalu beliau meminta akan Sultan Malikul Saleh untuk mengucap dua kalimat syahadat. Sultan Malikul Saleh pun menyebut dua kalimat syahadat dengan lancar. Maka pada keesokan harinya pula, si fakir dari negeri Mengiri itu pun turun ke darat dengan membawa senaskah Al‐quran bersamanya lalu memberikannya kepada Sultan Malikul Saleh. Sultan Malikul Saleh lantas mengambil dan menjunjung Al‐quran itu dan membacanya tanpa di ajar oleh sesiapa. Syaikh Ismail dan si fakir itu pun mengucapkan “Alhamdulillah”. Maka setelah itu, Syaikh Ismail mengarahkan agar segala hulubalang dan segala rakyat besar kecil dan tua muda, laki‐laki dan perempuan untuk berhimpun dan mengucapkan dua kalimat syahadat dengan tulus ikhlas dan yakin hatinya. Setelah itulah negeri Samudera dinamakan negeri Darul‐salam kerana pengislaman rakyat tiada paksaan dan di atas kerelaan mereka sendiri
Setelah itu, Syaikh Ismail pun memanggil kesemua hulubalang dan rakyat untuk menghadap Sultan atas pertabalan beliau
sebagai raja di negeri itu. Pada hari pertabalan beliau, Sultan memakai selengkap pakaian kerajaan anugerah dari Mekkah.
Syaikh Ismail berjaya mengislamkan seluruh rakyat Samudera.
Sultan Malikul Saleh berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak gundik Raja perlak dan dianugerahi seorang anak lelaki dan
dinamakan Sultan Malikul Tahir. Negeri Pasai dibuka dan Sultan Malikul Tahir menjadi raja di sana. Seterusnya, Sultan Malikul
Tahir mendapat dua putera iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Setelah Sultan Malikul Tahir mangkat,
Sultan Malikul Saleh telah menyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan
Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semyamuddin.
Sultan Malikul Saleh merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darul Salam dan
membuat wasiat supaya kedua‐dua Perdana Menteri dan kedua‐dua cucunya menjalankan pemerintahan dengan adil dan
saksama sebagaimana syariat Islam.Namun satu perbalahan telah berlaku diantara Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul
Mahmud. Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu, Sultan Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seo‐
rang perempuan dari istana Pasai. Sultan Maikul Mahmud memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana men‐
yangka tidak menahan perbuatan sumbang adindanya itu. Perdana Menteri Pasai telah meninggal dunia dan diganti oleh Tun
Perpatih Tulus Tukang Segara dan mereka merancang membunuh Sayid Semayamuddin.
Sultan Malikul Mahmud mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput Sultan
Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid Semayamuddin. Sebaliknya , Sultan Malikul Mansur ditangkap dan
dibuang ke negeri Temiang. Sementara Sayid Semayamuddin dibunuh, kepalanya dibuang ke laut, badannya disula di Kuala
Pasai.
Tetapi,anehnya kepala itu mengikut‐ikut perahu Sultan Malikul Mansur. Oleh itu , Sultan Malikul Mansur meminta tubuh
Sayid Semayamuddin yang disula itu daripada Sultan Malikul Mahmud untuk dikebumikan di Padang Maya. Setelah insaf, Sultan Mlikul Mahmud menjemput Sultan Malikul Mansur ke Pasai semula. Tetapi dalam perjalanan ke Pasai, Sultan Malikul Mansut telah meninggal dunia di atas makam Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Mahmud semakin hiba dan jatuh sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai.
SITI NURALIA BINTI CHE BURHAN (DIPLOMA TESL UNISEL BESTARI JAYA)
Abdurrauf Singkil Syeikh Abdul Rauf Singkel (Singkel, Aceh 1024 H/1615 M - Kuala Aceh, Aceh 1105 H/1693 M) adalah seorang ulama besar Aceh yang terk-enal. Pada umumnya, beliau memiliki pengaruh yang besar dalam penyebaran agama Islam di Sumatera dan Nusantara. Beliau juga terk-enal dengan gelaran Teungku Syiah Kuala (Syeikh Ulama di Kuala).
Ketika Muda Nama penuhnya ialah Aminuddin Abdul Rauf bin Ali Al-Jawi Tsumal Fansuri As-Singkeli. Menurut riwayat masyarakat, keluarganya berasal dari Arabia atau Persia, yang datang dan menetap di Singkel, Aceh Darussalam pada akhir abad ke-13. Sewaktu usia mudanya, beliau mula belajar daripada ayahnya sendiri. Beliau ke-mudiannya belajar daripada ulama-ulama di Fansur dan Banda Aceh. Kemudian, beliau pergi menunaikan ibadah haji, dan dalam proses menunaikan ibadahnya itu, beliau belajar dengan berbagai ulama di Timur Tengah untuk mendalami agama Islam.
Tariqat Syattariyah Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, Syeikh Tariqat Syattariyah iaitu Ahmad al-Qusyasyi adalah merupakan salah seorang gu-runya. Nama Abdurrauf muncul dalam salah silah tariqat dan beliau menjadi orang pertama yang memperkenalkan Tariqat Syattariyah di Indonesia. Nama beliau juga dihubungkan den-gan terjemahan dan tafsir Al-Qur’an bahasa Melayu atas karya Al-Baidhawi berjudul Anwar at-Tanzil Wa Asrar at-Ta'wil, yang pertama kali diterbitkan di Istanbul tahun1884.
Pengajaran dan karya Ia dijangka kembali ke Aceh pada sekitar tahun 1083 H/1662 M dan mengajar serta mengembangkan Tariqat Syattariah yang diperolehinya. Murid yang berguru den-gan beliau kebanyakannya berasal dari Aceh Darus-salam serta wilayah Nusantara lainnya. Beberapa orang muridnya yang menjadi ulama terkenal ialah Syeikh Bur-hanuddin Ulakan (dari Pariaman, Sumatera Barat) dan Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan (dari Tasik Malaya, Jawa Barat). Azyumardi Azra mengatakan bahwa banyak karya-karya Abdurrauf Singkel yang sempat disebar luaskan melalui murid-muridnya.
Antaranya ialah :
1. Mawa'iz al-Badi. Berisi sejumlah nasihat penting dalam pembinaan akhlak.
2. Terjemahan Hadis Ar-ba'in karya Imam Al-Nawawi. Kitab ini ditulis atas permintaan Sultanah Zakiyyatuddin.
3. Mir'at al-Thullab fi Tasyil Mawa'iz al-Badî' rifat al-Ahkam al-Syar'iyyah li Malik al-Wahhab. Karya di bidang fiqh atau hukum Islam, yang ditulis atas permintaan Sultanah Safiyatuddin.
4. Tarjuman al-Mustafid. Merupakan naskah pertama Tafsir Al Qur'an yang lengkap berbahasa Melayu.
NURUL SYAFIKA BINTI SHAHARI UNISEL BESTARI JAYA
Page 36
Edisi Disember 2012 Page 36 Edisi Disember 2012
Page 37
Edisi Disember 2012 Page 37 Edisi Disember 2012
LATAR BELAKANG SYEIKH NURUD-DIN AR-RANIRI
Nama sebenar Syeikh Nuruddin ialah Nuruddin Mu-hammad B. Ali Hasanji B. Muhammad Hamid Al - Quraysyi Al – Syafii Al – ‘Asy’ari Al – Aydarusi Al- Raniri. Beliau merupakan anak kelahiran Aceh – Gujarat. Ranir adalah sebuah daerah yang terletak berdekatan dengan Surat di Gujarat, India yang juga merupakan sebuah pelabuhan yang terkenal di Pantai India Selatan. Sementara itu, tarikh kelahirannya ti-dak seorang pun daripada kalangan ahli sejarah yang mengetahuinya termasuklah sejarawan P. Voorhoeve tetapi kemungkinan besar, ia menjelang pada akhir abad ke-16 Masihi. Beliau juga mempunyai hubun-gan yang sangat rapat dengan sultan pada ketika itu. Tambahan pula, salah seorang bapa saudara beliau iaitu Muhammad Jailani Al- Raniri turut mengajar di Aceh mengenai ilmu feqah selepas itu ilmu tasaw-wuf dan kerana itu juga Syeikh Nuruddin juga telah diterima masuk ke dalam tarikat Rifiyyah yang di-asaskan oleh Syeikh Ahmad Rifae. Syeikh Nuruddin Al – Raniri juga merupakan salah seorang tokoh yang sangat kuat menentang fahaman tarikat Wuju-diyah. Setelah lama beliau menetap di Aceh selama
tujuh tahun, beliau telah kembali ke Negara asalnya di Ranir, India untuk meneruskan kerjaya beliau se-bagai seorang guru dan penulis kitab. Beliau telah meninggal dunia pada 22 Zulhijjah bersamaan 21 September 1658.
PENENTANGAN TERHADAP FAHAMAN WUJUDIAH
Memandangkan Syeikh Nuruddin telah diberikan pangkat sebagai tokoh ulama’ dan mufti dalam kera-jaan Aceh yang sebelum ini yang di sandang oleh Syeikh Syamsuddin Al-Sumatrani yang telah men-inggal dunia. Maka dengan ini, Syeikh Nuruddin Ar-Raniri telah menulis kitab-kitab bagi memerangi ajaran Wujudiah yang telah lama bertapak di dalam kerajaan tersebut. Perkara ini berlaku pada sekitar tahun 1637 semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani dan diterima baik oleh kerajaan Aceh. Terda-pat empat kesimpulan yang mendasari fahaman Wu-judiah dan memdapat tentangan daripada Nuruddin iaitu :
Kepercayaan bahawa Tuhan berada dalam kand-ungan alam ini.
Kepercayaan bahawa nyawa itu bukan khaliq dan bukan makhluk.
Kepercayaan bahawa Al-Quran itu makhluk. Kepercayaan bahawa nyawa berasal daripada
Tuhan dan akan kembali kepada-Nya.
Antara keempat-empat kesimpulan tersebut perkara pertama adalah paling penting kerana merupakan masalah pokok fahaman tersebut. Dengan inisitif lain, beliau telah mengadakan pertemuan dengan para ulama’ di Aceh bagi membahaskan ajaran ini. Hasil daripada pertemuan tersebut keluarlah fatwa yang mengatakan kafir mereka yang menjadi pengi-kut fahaman tersebut dan boleh dijatuhkan hukuman halal dibunuh. Berikutan dengan itu, beliau telah mengarahkan agar semua karya Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al – Sumatrani dikumpulkan dan di-bakar di hadapan Masjid Raya Baitul Rahman di Aceh.
Page 38
Edisi Disember 2012 Page 38 Edisi Disember 2012
Page 39
Edisi Disember 2012 Page 39 Edisi Disember 2012
SUMBANGAN KARYA
Syeikh Nuruddin Al Raniri merupakan pengarang kitab-kitab agama yang berfahaman Ahlul Sunnah yang bertujuan menolak aliran Wahdatul Wujud. Nuruddin mengarang pelbagai bidang agama termasuk ilmu fikah, usuluddin, tasawuf, hadis dan lain-lain. Beliau juga telah menghasilkan lebih daripada 31 buah kitab antaranya termasuklah:
Bustan al Salatin
Sebuah kitab ketatanegaraan bertujuan sebagai panduan pemerintahan. Mengandungi 7 bab dan beberapa fasal. Isinya membicarakan pelbagai jenis ilmu seperti firasat dan perubatan. Turut membincangkan kon-sep kejadian alam dan kisah nabi-nabi.
b. Siratul Mustaqim
Sebuah kitab ilmu fikah yang membicarakan berbagai hukum Islam. Membicarakan tentang ibadat dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain. Kitab ini juga turut membahaskan tentang hukum-hukum qurban, berburu dan soal halal dan haram dalam makanan.
c. Akhbar Al Akhirat
Sebuah kitab mengandungi hal-hal penciptaan Muhammad, Adam, maut, tanda-tanda kiamat, syurga neraka dan lain-lain. Isi kitab adalah saduran daripada kitab karangan Imam Al Ghazali.
d. Jawahir Al Ulum
Kitab yang menghuraikan tentang fahaman sufi dan memuatkan peraturan-peraturan ilmu. Ia juga meru-pakan sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membahaskan falsafah mistik dengan mendalam.
e. Syifa Al Qulub
Sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membicarakan cara-cara berzikir kepada Allah s.w.t
f. Asrar Al Ihsan Fi Makrifat Ar Ruh Ar Rahman
Sebuah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab yang membahaskan tentang manusia terutama roh, sifat, hakikat serta hubungan manusia dengan tuhan. Ia turut mengandungi perdebatan tentang roh dengan Hamzah Fansuri.
g Kitab Hillal Zil
Seperti Tabyan Fi Makrifat, Syafaul Kulub dan Hujjatus Sidik. Merupakan kitab yang mengandungi ajaran dan kepercayaan aliran ahlul sunnah yang ditulis bertujuan menentang ajaran Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al Sumatarani.
SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK
DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM
UNISEL BESTARI JAYA
Page 40
Edisi Disember 2012 Page 40 Edisi Disember 2012
Keadaan Ekonomi Masyarakat
Aceh Pasca Bencana 2004
Masyarakat di wilayah Aceh dahulunya terkenal
sebagai penghasil lada dan timah yang dieksport ke
luar negeri. Semakin rancak Selat Melaka, ber-
datangan pula bangsa-bangsa Eropah yang ingin
berdagang di Aceh, diantaranya Sepanyol, British,
Portugis dan Belanda. Pelabuhan yang terletak di
wilayah Aceh merupakan daerah transit
barang-barang yang dijual dari dalam negeri ke luar
negeri dan sebaliknya. Barang-barang dari dalam
negeri diantaranya beras, lada, timah, emas, perak
dan rempah-rempah. Sedangkan barang-barang dari
luar negeri adalah kain, porselin, sutra dan minyak
wangi.
Sekarang pada masa pasca bencana tsunami 2004,
Aceh telah berjaya meletakkan landasan penting
untuk kelangsungan pembangunan ekonomi jangka
panjang. Ini dimungkinkan dengan mengalirnya
dana dalam jumlah yang substansial ke dalam eko-
nomi Aceh, baik dalam bentuk bantuan ke-
manusiaan maupun bantuan yang sifatnya lebih
strategik seperti program-program pemberdayaan
ekonomi melalui fasiliti pembiayaan pembangunan
ekonomi (EDFF) oleh Multi Donor Fund (MDF) dan
lembaga-lembaga donor lain. Pemerintah Aceh
sendiri melalui dana autonomi khusus telah
membangunkan infrastruktur yang semakin baik.
Pertumbuhan ekonomi Aceh mencapai puncaknya
pada 2006-2007, kemudian turun pada 2008 tapi
menanjak kembali setelah itu. Beberapa tahun
terakhir pertumbuhan ekonomi telah mengjangkau
5% setahun. Namun begitu pendapatan per kapita
masih rendah. Pendapatan per kapita per penduduk
masih berada sekitar Rp 6,4 juta pada 2010.
Walaubagaimanapun, menurut Analisa Harian
(Indonesia), Masyarakat Aceh bersama masyarakat
di lima wilayah lain di Sumatera mengalami keadaan
ekonomi pada 3 bulan ke 2 tahun 2012 di bawah
garis nasional. Sedangkan Kepulauan Riau, Bangka
Belitung, Riau serta Sumatera Selatan memiliki
optimisme perkiraan ekonomi pada 3 bulan ke 2-
2012 di atas rata-rata nasional.
Disusun semula oleh : Mohamad Azhaari Shah.
Degree in Tesl(UNISEL BESTARI JAYA)
Page 41
Edisi Disember 2012 Page 41 Edisi Disember 2012
Bendahara Paduka Raja Tun
Muhammad
‘Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau’,
Itulah ungkapan terbaik untuk menggambarkan sosok peribadi
Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau lebih dikenali
dengan nama Tun Seri Lanang. Bangsa Melayu mengenang Tun
Seri Lanang sebagai seorang tokoh sejarah / pujangga Melayu
yang agung. Karyanya, Sulalatus Salatin [Sejarah Melayu] terus
menjadi rujukan hingga ke hari ini dan beliau telah
dimahkotakan sebagai Pujangga Agung Nusantara. Ternyata,
tulisan beliau yang telah berusia lebih 400 tahun bukanlah suatu
omongan kosong. Intipatinya masih relevan dalam arena politik
Melayu sekarang.
Sulalatus Salatin dalam Bahasa Arab ialah Pertuturan Segala
Raja-raja merupakan satu karya Sejarah mengenai kebangkitan,
kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka
yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu.
Kitab ini dikaitkan dengan perincian sejarah Kesultanan Melayu
Melaka yang pernah berdiri sebagai sebuah negara Melayu
yang paling kuat, agung dan kaya pada abad 15 Masihi. Dek
kerana itu, karya ini sering dikaji sebagai sebuah dokumen
sejarah yang menggambarkan kelahiran Kerajaan Melayu
Melaka dengan tamadun Melayu Islam Berajanya, perluasan
kuasa pemerintahan serta pelbagai aspek dan titik bengik
kehidupan kesultanan tersebut yang berakhir dengan episod
keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka akibat serangan Portugis
pada tahun 1511 Masihi. Ini bermakna, kitab Sulalatus Salatin
merupakan sumber rujukan utama yang bersifat primer tentang
sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal.
Menurut Prof. Emiritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff bin Hashim,
sumbangan terbesar yang dilakukan oleh Tun Seri Lanang
mengikut titah Yang Di Pertuan di Hilir [Raja Abdullah,
kemudian menjadi Sultan Abdullah Maayah Shah Johor pada
tahun 1615 hingga 1623] dalam menyusun teks Sulalatus Salatin
ialah:
KRONOLOGI KEHIDUPAN TUN SERI LANANG:
1565 : Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang lahir
di Seluyut dalam Kesultanan Johor Lama 1575 – 1613 : Menjadi bendahara kepada dua orang sultan
bagi Kerajaan Johor Lama yang bernama
Sultan
Ali Jalla Abdul Jalil Shah II [1570/71 – 1579]
dan Sultan Alauddin Riayat Shah III [1597 –
1615] 13 Mei 1612 : Tun Seri Lanang menerimah titah Raja
Abdullah atau yang disebut juga Yang
Dipertuan di Hilir
untuk mengarang kitab Sulalatus Salatin
iaitu pada masa kekanda Raja Abdullah iaitu
Sultan
Alauddin Riayat Shah III sedang
bersemayam di Pasir Raja atau Pekan Tua.
“Mengetengahkan serta memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa bangsa Melayu
adalah BERTAMADUN dan setaraf dengan tamadun-tamadun dunia lain pada waktu itu.”
Page 42
Edisi Disember 2012 Page 42 Edisi Disember 2012
Page 43
Edisi Disember 2012 Page 43 Edisi Disember 2012
Mei 1613 : Semenjak tahu 1613, Sultan Aceh
Darussalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam [1607 – 1636] telah
membuat serangan ke atas banyak negeri-negeri
Melayu
termasuk Johor Lama, Pahang Lama, Perak
dan kerajaan-kerajaan lainnya, dibuat sebagai
strategi Sultan Iskandar Muda untuk
menghambat pengaruh dan kuasa Portugis dari
Kepulauan Melayu serta meluaskan
kepentingan kerajaannya yang besar.
Antaranya termasuklah peristiwa Perang
Batu Sawar yang melibatkan serangan
tentera Aceh
ke atas ibu kota Kesultanan Johor Lama.
Selesai berperang, Sultan Johor iaitu Sultan
Alaudin, Raja Abdullah, Bendahara Tun Seri
Lanang, panglima serta orang-orang besar
Johor telah ditawan dan dibawa balik ke
negeri Aceh. Sultan Johor kemudiannya
telah pulang ke Johor sementara Tun Seri
Lamang terus tinggal di Aceh.
1613 : Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah
melantik Tun Seri Lanang sebagai Uleebalang
Kenegerian Samalanga, iaitu bersifat pemerintah
otonomi dalam sebuah jajahan Kesultanan
Aceh. Hingga 1659 : Di samping peranannya sebagai
Uleebalang Samalanga, Tun Seri Lanang juga telah
dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani [putera Pahang
yang menjadi Sultan Aceh] dan Sultanah
Tajul Alam Safiatuddin Shah [permaisuri Sultan
Iskandar Thani] dengan gelaran Orang Kaya
Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.
Sepanjang kehidupan Tun Seri Lanang
sebagai uleebalang / pemerintah otonomi di
Samalanga, beliau telah berjumpa dan
bersahabat dengan alim ulama’ Aceh yang tersohor.
Pada masa ini jugalah Syeikh Nuruddin Ar-
Raniry [pengarang kitab masyhur iaitu Bustanul
Salatin] sempat bertemu dengan Tun Seri
Lanang sehingga membawa kepada perhubungan
Saling memanfaatkan, bertukar ilmu
pengetahuan iaitu tentang Agama Islam yang
dikuasai
oleh Syeikh Nuruddin, serta bahasa dan
Kesusasteraan Melayu yang dikuasai pula oleh Tun
Seri Lanang. Tun Seri Lanang juga selalu
berguru dengan ulama-ulama terkenal yang lain di
Aceh, seperti Tun Acheh, Tun Burhat,
Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani.
Tun Seri Lanang yang memulai penulisan
kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesultanan
Johor Lama dalam tahun 1612 Masihi telah
meneruskan misi tersebut sepanjang kehidupannya
sebagai uleebalang / pemerintah otonomi di
Samalanga, Aceh Darussalam. Kesimpulannya,
dalam peranan sebagai bendahara bagi
Kesultanan Johor Lama (yang mewarisi Kesultanan
Melaka dari aspek keturunan dan kuasa politik
Melayu tradisional), dan kemudiannya sebagai
uleebalang serta penasihat bagi Raja-raja
Aceh, pendedahan Tun Seri Lanang kepada
kehidupan dalaman istana dua kerajaan
Melayu yang terbesar waktu itu sudah tentu telah
dimanfaatkan sepenuhnya dalam penulisan
kitab Sulalatus Salatin. Malahan persahabatan
eratnya dengan alim ulama Aceh,
pengkajiannya pada sejarah kedatangan serta
perkembangan Islam di Alam Melayu yang
kebetulan bermula seawal tahun 850 Masihi,
LIHAT MUKA SURAT SEBELAH...
, iaitu di zaman tabit tabiin di bahagian Aceh lama seperti Perlak dan Pasai telah memberikan manfaat
yang besar kepada Tun Seri Lanang dalam misi kepengarangannya sehingga berjaya
menghasilkan sebuah karya yang agung dan monumental.
1659 : Tun Seri Lanang meninggal dunia di Samalanga, Aceh. Zuriatnya berterusan menjadi pemeritah
otonomi di sana sedangkan sebahagian lagi zuriatnya kembali ke Johor lalu ditakdirkan
menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor Moden sehingga ke
hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipugar dan dijaga oleh pihak berkuasa di Samalanga
dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji sejarah, khususnya dari Malaysia dan
Indonesia.
Makamnya masih kekal di daerah Kota Blang, Samalanga bersama-sama rumah pusaka tinggalannya. Ketokohan beliau sebagai
wira, pemerintah dan tokoh cendekiawan Nusantara memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Aceh, menukar
Samalanga kepada pusat perkembangan dan pendidikan Islam di kawasan timur Aceh selari dengan perkembangan sastera
hingga kini.
WAN RITINI BINTI WAN ISMAIL
Penyelaras Ekspedisi Grup Ibn Battutah
GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana‐mana individu yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang
berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke
nombor:
013‐3917122