reflkesi

14
15. JURNAL REFLEKTIF Pertemuan 1 Tarikh : 7 Januari 2012 Masa : 7.30 – 9.30 pagi Aktiviti : Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Jadual Pertemuan penggal pertama. Pendaftaran ahli kelab hoki Sekolah. Masalah : Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pasukan Hoki merupakan perjumpaan pertama bagi tahun 2012. Aktiviti ini merupakan perkara penting agar sesuatu pasukan dpat diorganisasikan dengan baik dan teratur. Untuk Jawatan Pengerusi hingga Bendahari, Guru penasihat meminta agar dikhususkan untuk Tahun 6, memandangkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Masalah timbul apabila terdapat beberapa murid Tahun 5 mempertikaikan perkara ini dan menggangap ianya tidak adil untuk ahli pasukan. Bagi murid Tahun 4 pula yang baru menyertai aktiviti kokurikulum agak termangu-mangu kerana mereka tidak mengetahui berkaitan kokurikulum sewaktu berada di Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.: Sebagai guru penasihat, kami memberi pejelasan bahawa guru penasihat berbuat

Transcript of reflkesi

Page 1: reflkesi

15. JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 1

Tarikh : 7 Januari 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Aktiviti : Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa

Jadual Pertemuan penggal pertama.

Pendaftaran ahli kelab hoki Sekolah.

Masalah :

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pasukan Hoki merupakan perjumpaan pertama bagi tahun

2012. Aktiviti ini merupakan perkara penting agar sesuatu pasukan dpat diorganisasikan dengan

baik dan teratur. Untuk Jawatan Pengerusi hingga Bendahari, Guru penasihat meminta agar

dikhususkan untuk Tahun 6, memandangkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah pada

tahun hadapan.

Masalah timbul apabila terdapat beberapa murid Tahun 5 mempertikaikan perkara ini dan

menggangap ianya tidak adil untuk ahli pasukan. Bagi murid Tahun 4 pula yang baru menyertai

aktiviti kokurikulum agak termangu-mangu kerana mereka tidak mengetahui berkaitan

kokurikulum sewaktu berada di Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3)

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.:

Sebagai guru penasihat, kami memberi pejelasan bahawa guru penasihat berbuat

demikian kerana kami berharap segala jawatan ini akan memberi nilai dalam penglibatan murid

Tahun 6 semasa di sekolah rendah. Selain itu rasional pemilihan murid Tahun 6 adalah kerana

mereka lebih arif berkaitan permainan hoki, malah pernah menyertai pertandingan dan mewakili

sekolah semasa di Tahun 5. Murid Tahun 5 diminta untuk lebih bekerjasama dan bertoleransi

memandangkan mereka juga akan melalui situasi yang sama pada tahun hadapan.MAIZURA RUSLAN 741102016352

Page 2: reflkesi

49

Bagi murid Tahun 4 pula, kami menasihatkan mereka agar belajar menyesuaikan diri

dengan aktiviti kokurikulum sekolah dan giat mempelajari kemahiran hoki yang akan diajarkan.

Setiap ahli pasukan diarahkan untuk menghadiri setiap perjumpaan kokurikulum yang akan

diadakan. Setiap ahli mendapat Takwim Jadual Kokurikulum dan Takwim aktiviti hoki untuk

sepanjang penggal pertama persekolahan

JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 2

Tarikh : 7 Januari 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Tempat : Bilik Darjah

Aktiviti : Pembelajaran di dalam kelas

Memperkenalkan murid-murid peralatan permainan hoki dan kemahiran asas hoki

Masalah :

Pada pertemuan kedua ini, murid-murid diperkenalkan kepada peralatan permainan hoki

dan kemahiran yang akan dipelajari. Peralatan permainan hoki seperti bilah kayu hoki, pakaian,

bola hoki, saiz padang dan kemahiran asas permainan hoki. Bagi murid - murid Tahun 4, ianya

merupakan suatu perkara baru dan mereka amat berminat untuk mengetahuinya. Namun bagi

murid Tahun 5 dan 6. Penerangan ini seperti membosankan kerana mereka telah

mempelajarinaya ketika Tahun 4 dan 5.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.

Sebagai guru penasihat, saya meminta mereka agar memberikan tumpuan kerana

walaupun mereka pernah mempelajarinya, aktiviti ini merupakan ulangan yang akan MAIZURA RUSLAN 741102016352

50

memberikan mereka kefahaman yang lebih berkaitan permainan hoki. Mengetahui tidak bererti

Page 3: reflkesi

mereka memahaminya dengan baik dan menguasai kemahiran permainan hoki.

JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 3

Tarikh : 5 Februari 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Tempat : Padang sekolah

Aktiviti : Meperkenalkan permainan hoki

1. Cara memegang bilah kayu hoki.

2. Kemahiran mengawal bola.

3. Mengelecek.

Permainan “Keep It Up”: Bertujuan memperbaiki kawalan bola

Masalah :

Bagi aktiviti 1 dan 2, aktiviti ini agak mudah dijalankan. Murid-murid Tahun 4

khususnya memberikan tumpuan yang baik, namun agak sukar dilakukan kerana tangan mereka

agak kaku ketika memegang kayu hoki. Hal yang demikian menyebabkan mereka sukar

mengawal bola dengan baik. Aktiviti mengelecek juga amat sukar bagi mereka untuk

mengelecek di garis lurus dan menggunakan Skitel. Malah kayu hoki juga sering terlepas dari

genggaman kerana saiz tapak tangan mereka agak kecil agak sukar memegang kayu hoki.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.

Para jurulatih terpaksa memperuntukkan masa yang agak lama untuk murid Tahun 4

melakukan setiap aktiviti. Perincian aktiviti ini telah diterangkan dalam Contoh Sesi Latihan MAIZURA RUSLAN 741102016352

51

Permainan Hoki. Saya menggalakkan mereka agar mempunyai kayu hoki sendiri dirumah dan

berlatih dengan kerap bagi bagi memperbaiki kawalan bola. Bagi murid tahun 5 dan 6,

Page 4: reflkesi

kelihatannya mereka dapat menguasai dengan baik dan mampu bermain Permainan “Keep it Up”

dengan baik

JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 4

Tarikh : 11 Februari 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Tempat : Padang sekolah

Aktiviti : Memukul dan menahan

Permainan 1 : “Hitting game”

Permainan 2 : Pukulan berhalangan

Masalah :

Dalam Permainan “Hitting Game” Pemain diberi jarak dan diminta memukul melintasi

jarak. Pemain yang memukul paling kemas dikira pemenang. Masalah yang dikenalpasti ialah

hanya beberapa orang murid sahaja dapat memukul dengan kemas melintasi jarak. Kebanyakan

pukulan kurang kemas malah ada yang tidak melintasi jarak ditetapkan.

Dalam Permainan Pukulan Berhalangan pula, pemain di kehendaki memukul bola hingga

menjatuhkan skitel. Namun apabila pululan kurang kemas, tidak akan mengenai skitel. Pemain

juga perlu memulul dengan kemas dan tepat agar lawan dapat menahan.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan

Bagi pemain yang tidak dapat memukul dengan kemas dan melintasi jarak, mereka perlu

mengulangi aktiviti sehingga Berjaya. Begitu juga dalam Permainan Pukulan berhalangan. MAIZURA RUSLAN 741102016352

52

Jurulatih menangani masalah ini dengan mengadakan latih tubi sehingga Berjaya bagi mengatasi

kelemahan murid.

Page 5: reflkesi

JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 5

Tarikh : 18 Februari 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Tempat : Padang sekolah

Aktiviti : Menolak

Teknik menolak

Jenis Tolakkan

1. Tolakkan kilas

Permainan : Permainan Monyet

Masalah :

Murid-murid diajar konsep tolakan yang asas, kemudian barulah kepada beberapa jenis tolakan.

Namun tumpuan diberikan kepada Tolakan Kilas. Bagaimanapun pelajar sering melakukan

beberapa kesilapan seperti jarak kaki terlalu rapat, badan terlalu tegak dan bola terlalu jauh dari

kaki kiri apabila menolak.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan

Untuk mengatasi masalah ini jurulatih perlu memberi tumpuan kepada setiap murid

semasa mereka melakukan tolakan. Malah mereka juga perlu mengulangi kemahiran tolakan

dalam jumlah ulangan yang banyak agar kemahiran tolakan mereka bertambah baik.MAIZURA RUSLAN 741102016352

53

JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 6

Tarikh : 2 Mac 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Tempat : Padang sekolah

Page 6: reflkesi

Aktiviti : Menguis

Kuis ke sasaran.

Kuis tinggi.

Permainan : Permainan kuis jarak jauh (pertandingan kecil)

Masalah :

Menguis merupakan kemahiran yang agak sukar dalam permainan hoki. Terdapat

pelbagai kemahiran menguis. Namun tumpuan lebih diberikan kepada asas penguasaan

kemahiran menguis, menguis ke sasaran dan menguis tinggi.

Masalah yang sering berlaku pada pemain ialah mereka tidak dapat menukarkan berat

badan dari kaki kanan ke kaki kiri dan posisi badan terlalu tegak. Sekiranya kesalahan ini tidak

di perbaiki, pemain agak sukar menguasai asas menguis dengan sempurna.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan

Pada peringkat awal, jurulatih terpaksa membuat demontrasi kemahiran menguis.

Kesalahan yang di lakukan oleh setiap pelajar perlu diperbaiki. Setelah murid menguasai teknik

menguis, mereka di ajar teknik menguis ke sasaran secara berulang kali. Latihan ini bertujuan

melatih pemain membuat kuisan dengan tepat.

Bagi Pertandingan kecil, pula pemain diberi 5 percubaan menguis dalam jarak yang

berlainan. Permainan ini ternyata dapat meningkatkan sasaran kuisan.MAIZURA RUSLAN 741102016352

54

JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 7

Tarikh : 10 Mac 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Tempat : Padang sekolah

Aktiviti : Menceduk , menghantar dan menerima

Page 7: reflkesi

Masalah : Masa tidak mencukupi untuk mengajar semua kemahiran ini dengan baik

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan

Para jurulatih berbincang dan bersetuju untuk mengajar semua kemahiran secara ringkas. Ini

bertujuan semua kemahiran dapat diajar dalam masa yang ditetapkan. Kemahiran ini akan di ajar

dengan terperinci pada sesi kokurikulum pada penggal kedua.

JURNAL REFLEKTIF

Pertemuan 8

Tarikh : 31 Mac 2012

Masa : 7.30 – 9.30 pagi

Tempat : Padang sekolah

Aktiviti : Mengelak aktif dan pasif. Permainan Drill Seluruh padang.

Masalah : Murid Tahun 4 masih lagi tidak menguasai pelbagai kemahiran hoki. Oleh itu

mereka tidak dapat menjalankan permainan ini dengan baik.MAIZURA RUSLAN 741102016352

55

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan

Pada penggal kedua nanti, murid tahun akan di ajar dengan lebih terperinci. Ketika Murid

Tahun 5 dan 6 diminta membantu murid Tahun 4 untuk menguasai kemahiran.

JURNAL REFLEKTIF

Setelah memasuki pertemuan ke 9 hingga pertemuan ke 20 guru peltih dan pembimbing

akan lebih menumpukan persiapan bagi menghadapi pertandingan peringkat zon yang mana

latihan secara intensif akan dijalankan. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah akan

diajar dan dilatih dari segi aspek kecergasan fizikal dan kemahiran teknikal.

Memasuki fasa persediaan pertandingan, tumpuan haruslah diselaraskan kearah

penyediaan latihan yang intensif dan berkala mengikut turutan bagi mempertingkatkan stamina

dan kemahiran para pelatih permainan hoki. Dalam bab latihan fasa pertandingan diperjelaskan

Page 8: reflkesi

dengan lebih terperinci tentang jeda latihan dan kekerapan ulangan yang diperlukan dari minggu

ke 12 hingga minggu ke 20. Secara jelasnya disini, penumpuan kepada fasa latihan adalah perlu

dalam usaha kita membentuk pemain dan menyediakan mereka menjelang fasa pertandingan

yang perlu menjadi keutamaan.

16. REFLEKSI

Kegiatan ko-kurikulum adalah satu bentuk tranformasi bagi membentuk keterampilan

pelajar. Pembinaan ahlak, kecergasan fizikal dan pelbagai nilai murni yang lain dapat dibentuk

melalui kegiatan ko-kurikulum. Perancangan pihak Kementerian dalam mewujudkan Program “1

pelajar 1 sukan” adalah bertujuan membentuk jati diri para pelajar. Aspek ini adalah pemangkin

dalam memebntuk sasiah dan jati diri yang lebih mulia dan terpuji jika pelajar dibentuk mengikut

acuan yang diterapkan.

Kaedah pembelajaran dan pengajaran adalah aspek yang penting dalam sesuatu proses

melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang terpuji. Mencergaskan badan

seterusnya akan mencergaskan minda mereka. Penekanan dan penumpuan yang betul akanMAIZURA RUSLAN 741102016352

56

membentuk para pelajar mengikut acuan yang betul. Kesimpulannya kokurikulum ialah satu

saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian

besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran

dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan,

kelab, sukan dan permainan. Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa:

Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.

Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental

Page 9: reflkesi

(intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.

Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.

Masyarakat juga bertanggungjawab dalam mendidik murid.

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa

lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan

aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih

setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada

berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha,

bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi,

mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti

persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang

demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk

disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin

susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita

mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah MAIZURA RUSLAN 741102016352

57

dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuhi disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi

lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum.

Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk

menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya

latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan

mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.

Page 10: reflkesi

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan

dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa

Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.

Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan

hubungan sesama mereka.

Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat

diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak

sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar

menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan

kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.