Sveučilište Jurja Dobrile u Puli Fakultet informatike u Puli
PULI ATION OF UPENA UITM TERENGGANU · 2019-08-07 · 8 Grade AA is best to use for fried or...
Transcript of PULI ATION OF UPENA UITM TERENGGANU · 2019-08-07 · 8 Grade AA is best to use for fried or...
8
JANUARI—APRIL 2016
PUBLICATION OF UPENA UITM TERENGGANU
1
PATRONS
Assoc. Prof. Dr. Samad Abdol Nawi
Assoc. Prof. Madya Dr. Azemi Bin Che Hamid
Assoc. Prof. Dr. Mazidah Puteh
ADVISOR
Mohd Hairi Bin Jalis
CHIEF EDITOR
Siti Nor Fadillah Ahmad Shariff
EDITORS
Siti Nurhanifah Sulong
LAYOUT AND GRAPHICS
Siti Nor Fadillah Ahmad Shariff
Editorial BOARD
“NO..” That‟s the answer we received when students were asked, „Do you have any question?‟ Or in worse case, no prompt response and the class remain silent. I bet almost all other lecturers experi-enced the similar case. Do they understand? In a positive way, it is a good contemplation. But let‟s take a look when they sit for tests, it seems a lot of questions they did not comprehend. Some might claim this situation happened among Malay students. Noticeably, it is hard to rebut the allegation. Thus, in what sense, the initial „NO‟ in this paragraph fits this situation? We know they did not understand some points, however, they refuse to further clarify the issue.
Teaching is not an easy job. We deal with human. It is a challenge to ensure the stu-dents understand what we deliver. Teaching the subject is one story, but to make sure students understand what we teach is quite another. To reach at a point, language is definitely a barrier. We often fall into our mother tongue language to reach to an under-standing on certain body of knowledge. Similarly, when student was asked to define a term, what would they reply? They “translate” the term.
With plenty of questions in their mind but at the end, they only study by themselves and among themselves. One of my students mentioned, “if every student studied for test like they were studying for final examination, each of them could obtain a good score, but where‟s the fun of it.” Does anyone notice that students are having fun?
It is difficult to grab their attention and to focus on what we teach for hours. Thus, it is highly recommended to take five minutes from time engaging in small talk, an informal conversation apart from what we teach. Usually, interesting latest issues and asks them to initiate a topic. It would build lecturer-student relationship, hence; improve student motivation to engage in learning session. Another method, we could ask them to write on a piece of paper what they dislike about us and how we could improve. It might look as an inferior evaluation of students toward their lecturer. However, it helps to improve teaching process, tremendously. Yet, of course, we do not want to be so full of our self.
Grade AA is best to use for fried or
poached eggs
Use Grade A or AA that have been held
a few days in the refrigerator for hard-
cooked eggs
Grade B eggs are suitable for use in bak-
ing or when the firmness of the whole
egg is less important. E.g.; scrambled eggs
Eggs are also graded by size. Most food-
service operations use large eggs, and
recipes are based on this size.
2 5
MAC 2014
PUBLICA-TION OF
2
Perkembangan hari ini menunjukkan tren lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara terus memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pengajian tinggi. Salah satu daripada indikator yang diukur adalah dari segi kecemerlangan penyelidikan. Output dan impak penyelidikan turut menjadi kayu ukur terutamanya dalam menghasilkan jurnal-jurnal berimpak tinggi dan berkualiti. Menyedari pentingnya penerbitan jurnal dalam dunia akademik, pihak UPENA UiTM Terengganu sentiasa merancang strategi dan plat-form bagi memperkasakan penerbitan jurnal di UiTM Terengganu khususnya. Inisiatif pertama bagi tahun 2016 adalah dengan mengadakan „Bengkel Penerbitan Jurnal Saintifik‟. Bengkel dua hari ini telah berlangsung pada 13 hingga 14 Mc 2016 di Dewan Jasmin, UiTM Ter-engganu. Bengkel ini telah mensasarkan kesemua pensyarah UiTM (Terengganu) Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi. Seramai 23 pensyarah pelbagai bidang telah mendaftar untuk menghadiri bengkel. Peserta-peserta bengkel bertuah kerana telah mendapat bimbingan penceramah yang ber-pengalaman luas serta pakar dalam bidang Penyelidikan dan Penerbitan Jurnal Saintifik iaitu PM. Dr. Jamaluddin Mahmud, Pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Objektif utama bengkel adalah antara lain ber-tujuan untuk menyuntik semangat serta mewujudkan budaya penulisan jurnal dalam ka-langan pensyarah, selain memperjelaskan penu-lisan jurnal saintifik secara sistematik dari segi for-mat dan aspek-aspek teknikal. Selain itu, pendedahan dan panduan dalam menghasilkan jurnal berkualiti dan berimpak tinggi turut ditekankan. Secara ringkasnya intipati per-kongsian penceramah pada bengkel tersebut ada-lah: Pendedahan asas-asas dan tips penulisan
saintifik merangka penulisan saintifik penyediaan abstrak, pengenalan dan kaedah penyampaian keputusan Penyampaian Keputusan: Teks, Jadual Dan
Rajah Penulisan: Perbincangan dan Kesimpulan Menyediakan Rujukan Penghantaran kepada jurnal serta me-
nangani komen
Dalam penulisan jurnal saintifik, angka adalah perkara paling penting untuk menyampaikan ceri-ta bagi memastikan ianya mudah difahami. Justeru, penyampaian keputusan daripada angka perlulah ditulis dengan baik. Beberapa tips dalam cara penulisan jurnal saintifik turut dikongsi an-taranya adalah: Tajuk Mudah dan spesifik untuk menggambarkan kan-dungan. Abstrak Berbentuk ringkas dengan tujuan mendapatkan perhatian pembaca dengan kenyataan pertama. Pengenalan Ambil perkara yang paling releven kepada tajuk dan terangkan mengapa. Kembangkan latar belakang sambil fokus kepada isu paling penting. Pastikan manuskrip bebas daripada kesilapan terutamanya data. Semak semua maklumat dan pastikan ianya kon-sisten. Masa Cari masa paling sesuai dan efektif untuk menulis serta adakan jadual harian. Selidik beberapa jurnal dan lihat yang mana paling sesuai dengan bidang. Minta pandangan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman sebagai penulis, penilai atau editor. Hantar manuskrip berkualiti tinggi. Di akhir bengkel, beberapa peserta telah berjaya menghasilkan manuskrip masing-masing dan ber-sedia dihantar untuk penerbitan di jurnal. Pihak UPENA juga amat berharap bengkel ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang dengan harapan lebih ramai lagi penglibatan daripada pa-ra pensyarah.
MASMED (Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development) begitu asing bagi seba-
hagian besar staf mahupun pelajar. Jauh sekali untuk mereka memahami fungsi dan peranan MASMED
dalam sistem UiTM. Hal ini menjadikan kewujudan unit Siswa Niaga di bawah MASMED tidak pernah
terlintas dalam minda mereka. Kepincangan pemikiran sedemikian menjadikan pelajar yang berminat da-
lam bidang keusahawanan tidak dapat mempraktikan bakat serta ciri-ciri keusahawanan yang mereka
miliki. Fenomena ini dilihat satu kerugian yang besar dalam proses pembudayaan keusahawanan di per-
ingkat universiti.
Dalam merealisasikan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi bagi pembangunkan
keusahawanan di kalangan pelajar IPTA (sejak tahun 1989), peranan unit Siswa Niaga adalah begitu sig-
nifikan untuk membina, membentuk dan menerapkan proses budaya keusahawanan di kalangan pelajar.
Program pembangunan tersebut dilaksanakan melalui aktiviti latihan, projek-projek khas, penyelidikan,
perundingan dan menyediakan peluang perniagaan yang luas bagi pelajar yang berminat. Unit Siswa Niaga
bukan sahaja membuka peluang kepada mereka yang berminat dalam aktiviti perniagaan tetapi juga akan
memberi tunjuk ajar serta bimbingan sehingga ke peringkat mereka mampu mengendalikan organisasi
perniagaan yang lebih besar lagi.
Semua jenis premis perniagaan di dalam kampus UiTM Terengganu khususnya berada di bawah
pengurusan unit Ruang Niaga yang dipengerusikan oleh rektor. Bagi tujuan aktiviti keushawanan pelajar,
sebahagian daripada premis perniagaan di dalam kampus diperuntukan kepada unit siswaniaga. Sekiranya
berminat, ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan. Anda boleh
merujuk kepada unit ini untuk penjelasan yang lebih lanjut. Bilangan premis/gerai yang dipantau oleh
siswaniaga sentiasa berubah-ubah tertakluk kepada arahan daripada jawatankuasa Ruang Niaga. Untuk
tahun 2016, terdapat 9 premis/gerai diantaranya ialah gerai fotokopi karah, kedai fotokopi blok 8, food
court redang, dan kiosk celcom di dataran sura. Sewaan utk setiap kedai berbeza-beza mengikut apa
yang telah ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM. Untuk pengetahuan anda juga, para peniaga wajib
memberi sumbangan kepada MASMED yakni 10% dari keuntungan sebulan atau RM 50 sebulan (mana-
mana yang lebih tinggi). Hasil sumbangan ini akan digunakan untuk program-program keusahawanan yang
akan dijalankan oleh MASMED.
Selepas ini, unit siswaniaga juga akan meluaskan skop pemantauan tidak hanya di kedai/gerai yang
telah di tetapkan oleh UiTM tetapi juga di kolej-kolej pelajar. Kami berharap agar setiap perniagaan yang
dijalankan oleh pelajar di kolej didaftarkan di bawah unit ini. Ini adalah penting bukan sahaja untuk me-
mastikan agar data-data mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan dapat dikemaskinikan
tetapi juga untuk memudahkan pihak siswa niaga merangka program sokongan ke arah penerapan bu-
daya keusahawan secara total di kalangan mereka.
Kami amat berharap agar semua pensyarah dapat memaklumkan kepada semua pelajar akan
kewujudan siswaniaga di bawah unit MASMED agar pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar
dapat direalisasikan selaras dengan dasar kerajaan. Kita harus melihat peranan untuk menjana budaya
keusahawanan di kalangan pelajar adalah menjadi tanggungjawab kita bersama. Kemampuan membentuk
satu generasi usahawan yang baharu di kalangan pelajar universiti bukan sahaja dapat mengurangkan
beban isu graduate employability (GE) tetapi juga dapat mencipta majikan, serta meningkatkan
penglibatan Bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian.
3 3
Kebakaran adalah satu tragedi yang tidak harus dipandang ringan dan perlu dielak-
kan.Pendedahan awal berhubung keselamatan kebakaran di kediaman dan premis dalam
kalangan masyarakat adalah penting bagi membolehkan tindakan proaktif diambil un-
tuk melindungi nyawa dan harta benda daripada berlaku perkara tidak diingini. Menye-
dari kepentingan persediaan mencegah dan menghadapi kebakaran di dalam kampus
terutamanya, pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tenggol telah menjalankan program
latihan „firedrill‟ yang berfokuskan kepada „evacuation drill‟ atau pengungsian bangunan
dengan kerjasama beberapa pihak termasuk OSCHO UiTM Terengganu, Unit Kesihatan
dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Latihan yang telah berlangsung pada 17
Februari 2016 ini melibatkan semua residen Kolej Tenggol A dan B serta termasuk semua
Staf Residen Kolej. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan
kefahaman dan kesedaran setiap individu mengenai bahaya kebakaran serta cara-cara
bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan se-
hingga keadaan diishtiharkan selamat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan mengambil langkah-langkah penam-
bahbaikan bagi mempertingkatkan keselamatan fasiliti-fasiliti sedia ada, prosedur serta
keyakinan individu terlibat semasa latihan.
Program dimulakan dengan teori kebakaran dan demonstrasi menggunakan alat
pemadam api sehari sebelum latihan „firedril‟ dilakukan. Teori ini amat penting dalam
memberikan pendedahan mengenai kebakaran dan cara-cara menggunakan alat pemad-
am api selain mewujudkan semangat kerjasama di antara pelbagai pihak. Program ini
adalah aktiviti berkala yang dianjurkan setiap tahun. Latihan „firedrill‟ bermula pada jam
2:30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 4:00 pagi. Program seperti ini perlu terus dijal-
ankan pada masa-masa akan datang untuk memberikan kesedaran berterusan kepada
para pelajar khususnya mengenai kepentingan mencegah kebakaran dan tindakan awal
yang perlu diambil. Hal ini adalah penting dalam memupuk rasa tanggungjawab dan
mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan di dalam kampus amnya dan di kolej-
kolej kediaman khususnya.
6
Pada 20 Februari 2016 yang lalu, seramai 21 orang pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dari Semester 5 beserta 12 orang pensyarah Jabatan Gugusan Gunaan, Uni-versiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) kampus Dungun telah mengadakan lawatan ke Rumah Ehsan Bandar Al Muktafi Billah Shah. Rumah Ehsan ditubuhkan bertujuan untuk memberi jagaan, rawatan & perlindungan kepada pesakit melarat yang uzur, daif dan tidak berwaris dalam persekitaran yang selesa dan tenteram. Justeru itu, para pelajar dan pensyarah telah mengambil inisiatif untuk melihat keadaan warga emas di sana di samping menyam-paikan sumbangan kepada mereka. Pihak Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) kampus Dungun telah menyediakan bas sebagai kemudahan pengangkutan untuk ke sana. Sebelum program ini, para pelajar telah bertungkus lumus mengumpul sedikit derma daripada seluruh warga UiTM untuk di-sumbangkan kepada warga Rumah Ehsan dalam bentuk barang-barang keperluan seperti lampin pakai buang, tuala, selimut serta minyak masak. Kami telah bertolak ke RUmah Ehsan pada jam 8:00 pagi dan diiringi oleh Penasihat Program, Puan Nur Shafini Binti Mohd Said beserta seorang pensyarah dari Jabatan Gugusan Gunaan, Universiti Teknologi Mara Terengganu (UiTM) kampus Dungun, Encik Khalid Bin Mat. Perjal-anan mengambil masa hampir satu jam untuk ke sana. Setelah sampai, kami disambut oleh pegawai yang bertugas, Encik Hafizi dan diberi sedikit taklimat ringkas mengenai keseluruhan Rumah Ehsan Bandar Al Muktafi Billah Shah ini. Selepas itu, kami dijemput untuk meng-ziarahi warga emas dari asrama ke asrama yang terdiri daripada empat buah asrama iaitu dua buah asrama lelaki dan dua buah asrama perempuan. Para pensyarah serta pelajar amat terharu melihat keadaan warga emas di sana kerana rata-rata daripada mereka ramai yang terlantar di katil dan hanya sebilangan kecil yang masih sihat. Kami juga terharu apabila mendengar kisah-kisah mereka yang agak sedih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Setelah ziarah selesai, kami mengadakan sedikit gotong-royong membersihkan kawasan asrama warga emas. Selepas itu, kami pulang ke kampus sekitar jam 1:00 petang dengan membawa kenangan dan pengalaman yang terindah di sana. Sebelum pulang, kami mengambil gambar dengan wakil yang bertugas sebagai tanda kenang-kenangan. Program sebegini sangat bermanfaat bagi ka-mi semua dalam membantu orang yang kurang bernasib baik di samping mendapat impak yang positif daripada pelbagai pihak terutamanya daripada pihak universiti ini sendiri.
KE RUMAH EHSAN BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH,
DUNGUN, TERENGGANU
4 4
LA21 is an agenda proposed at the United Nations Conference on Environment and Development (UNCED) in 1992
(Tonami and Mori, 2007) which sets tasks and vision to promote sustainable development at the local level.
Objective
It is intended to translate sustainable development principles and objectives into practical action at the local level to
achieve local sustainable development in addition to integrating local economic, social and ecological perspectives (Niss,
2002).
Key Elements (as described by the Ministry of Urban Wellbeing, Housing and Local Government)
Community vision
The local government approach private sectors and community to jointly work together through workshops and
discussions.
Partnership
Established between stakeholders during the formulation of community vision and identification of issues such as
safe city and health city concepts.
Community-based issue analysis
All issues are addressed through approaches for quantitative and qualitative data collection and analysis. ]
Action plans LA21
Sustainable development focusing on social economic and environmental factors.
Implementation and monitoring
Action plan is endorsed by the stakeholders and ready for implementation such as done in Kuantan, Pahang,
Petaling Jaya, Selangor and Miri, Sarawak.
Evaluation and feedback
Provide opportunity for stakeholders to assess and give recognition about their involvement and contribution to
the process as well as to inform the public on its progress. Hence, it is needed to seek opportunities for improve-
ment, to review objectives, strategies and actions as necessary.
Significance
LA21 is a learning process for everyone involved including ordinary citizens, NGOs and the government.
LA21 process requires a combination of top-down and bottom-up structures, in which the local councils play a role as a
facilitator and keep transparent by allowing free flow information.
Hope
LA21 process will strengthen social cohesion as well as rural and urban structures.
LA21 can stay intact in a globalized environment while achieving sustainable development.
REFERENCES
Niss, J. (2002). Local and National Agenda 21 in the Baltic Sea Countries. CCBNews on Local Agenda 21. Volume 1, Issue 4, Early 2002. CCB News
Tonami, A. and Mori, A. (2007). Sustainable Development in Thailand: Lessons from Implementing Local Agenda 21 in Three Cities. The Journal of Environment & Develop-
ment Volume 16 Number 3, September 2007
7
Pada 16 Mac 2016, sekitar jam 10.30 pagi, PPS (Pusat Pengajian Siswazah) dikungjungi Tuan Rektor dan TRHEA. Tujuan asal kunjungan tersebut ialah untuk meneliti pembinaan fasiliti di PPS, iaitu ruang hada-pan langskap yang telah siap. Dalam lawatan yang singkat itu, Tuan Rektor sempat meluangkan masa untuk berbincang dan membu-ka ufuk pemikiran berkenaan hala tuju PPS pada masa depan. Terdapat dua perkara yang telah diberi penekanan untuk tindakan PPS, iaitu: Pembangunan prestij pusat pengajian siswazah pada masa hadapan, Pembangunan jana sumber kewangan. Pembangunan prestij telah pun bermula dengan pemilihan blok 8 (Dinamik) pada tahun 2015 sebagai pejabat pentadbiran yang khusus untuk PPS. Sebelumnya hanya mula beroperasi di Karah 10 (2000) dan berpindah ke blok 13 (c) pada tahun 2012. Selain itu, beberapa fasiliti telah dirangka untuk menaik taraf ruang yang terletak berhampiran blok 8 tersebut. Antaranya ruang langskap, parkir staf dan parkir pelajar. Selain itu tingkat lantai blok 8 ini juga telah dinaik taraf daripada kelas kepada ruang pejabat dan student lounge. Tingkat 2 dan 3 juga berada dalam perancangan untuk naik taraf kelas yang lebih sesuai dengan pelajar pasca siswazah. Dari aspek sumber pula, pertambahan jumlah kepakaran di UiTM juga membantu PPS untuk melangkah ke hadapan dengan kepelbagaian bidang seperti pengurusan, perakaunan, sains komputer, pengajian Islam, bahasa dan sains dan teknologi. Setakat ini kepakaran yang bertaraf doktor falsafsah ialah sekitar 39 orang dan jumlah ini akan terus meningkat pada tahun ini dan tahun berikutnya. Adalah menjadi harapan pihak pengurusan untuk memastikan penyeliaan pelajar pasca siswazah se-makin bertambah untuk memastikan objektif kualiti UiTM tercapai, iaitu graduasi pasca siswazah ber-jumlah 1200 orang menjelang 2025. Oleh itu, kepakaran UiTM perlulah sama-sama berusaha mengen-alpasti prospek calon-calon mengikut bidang masing-masing supaya mereka berminat dan mendaftar pengajian dan kepakaran UiTM Terengganu bertindak sebagai penyelia utama. Sesungguhnya PPS ya-kin kepakaran yang sedia ada mampu memberi sumbangan yang tidak berbelah bagi. Seiringan dengan objektif universiti perlu menjana kewangan sendiri, PPS tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini. Kelas sarjana Mod Kerja Kursus yang sedia ada perlu dipertingkatkan lagi pengam-bilannya dari semester ke semester. Kursus MOSM dan EMBA merupakan teras kewangan sedia ada yang perlu diperkasakan. Selain itu, keyakinan CPPS terhadap kepakaran yang sedia ada di UiTM Ter-engganu juga memberi keyakinan kepada PPS untuk menambah satu lagi program, iaitu Sarjana Pengu-rusan Sumber Manusia dalam masa terdekat. Kursus ACCA yang pernah ditawarkan dan buat masa ini dibekukan oleh pihak fakulti, akan ditawarkan kembali apabila mendapat kebenaran dan kepakaran yang sedia ada adalah mencukupi. Dari perspektif Tuan Rektor, apabila pengajian pascasiswazah semakin rancak dan bertambahnya jumlah penyeliaan, maka jumlah jam kredit pensyarah dapat dicukupkan. Isu tidak cukup jam mengajar pelajar under grad tidak lagi menjadi masalah. Hal ini kerana penyeliaan pelajar pascasiswazah dapat menampung jam amanah tugas sepertimana yang diamalkan di fakulti-fakulti. Oleh itu, pihak PPS amat berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM Terengganu kerana kepercayaan dan bimb-ingan untuk memastikan pengajian siswazah di UiTM Terengganu menjadi relevan dan berkembang pesat pada masa depan.