ptd_bm

9
8/14/2019 ptd_bm http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 1/9  PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK LATAR BELAKANG Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat dan dihormati di persada dunia. Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa. Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS. 1

Transcript of ptd_bm

Page 1: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 1/9

 

PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK

LATAR BELAKANG

Perkhidmatan Awam Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dalam

memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan

kemakmuran. Sehubungan itu juga, keberkesanan perkhidmatan awam

merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan negara

bagi membolehkan Malaysia berdiri teguh sebagai sebuah negara bangsa

yang berdaulat dan dihormati di persada dunia.

Dalam konteks sektor awam di negara ini, Perkhidmatan Tadbir dan

Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan premier yang membantu kerajaan

dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras

perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi

kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan,

badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat

milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

Dari perspektif sejarah, skim perkhidmatan PTD lahir sebagai kesinambungan

daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia

bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits

Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh

British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah

ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk

mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami

pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay

Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai

Melayu sebagai pelapis kepada MCS.

1

Page 2: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 2/9

Pada tahun 1966, MCS telah digantikan dengan Malaysian Home and

Foreign Service (Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia). Namun

begitu, peranan penting perkhidmatan ini dalam sistem pentadbiran awam

Malaysia tetap kekal berterusan. Akhirnya pada tahun 1972, perkhidmatan ini

telah ditukar namanya kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)

dan seterusnya kekal sehinggalah sekarang.

A. PROSES PENGAMBILAN PTD

Bagi memasuki perkhidmatan PTD, seseorang calon itu perlu terlebih dahulu

mendaftar dengan pihak Suruhanraya Perkhidmatan Awam sama ada melalui

Borang SPA 8 ataupun secara online  di laman http://www.spa.gov.my.

Secara umumnya, semua calon akan melalui tiga tapisan sebelum mereka

dilantik sebagai pegawai PTD.

i) Peperiksaan

Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya

ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada

universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil

peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang

dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang

pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima

bahagian seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.

Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.

Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

2

Page 3: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 3/9

ii) PTD Assessment Centre (PAC)

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan

dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre

(PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat

penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum

diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke

perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan

melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan

INTAN Sarawak.

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspekkompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

KOMPETENSI PEMERHATIAN PENGERTIAN

Tatakelakuan Mempunyai perilaku dannilai murni selarasdengan nilai keIslamandan budaya ketimuran.

Penampilan Mempunyai imej danpenampilan diri yangmembolehkankehadirannya dirasaidan disenangi dalamsebarang suasana.

Keyakinan diri Yakin terhadapkebolehan diri danberani menghadapitugasan sertamempunyai daya tahan(tolerence level) yangtinggi terhadap cabarandan masalah yangdihadapi (mental danfizikal).

Kualiti Personal

Penggerak kumpulan Keupayaan untukmengurus danbekerjasama sebagai

satu pasukan.

3

Page 4: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 4/9

Potensi Kepimpinan Mempunyai potensisebagai seorangpemimpin yang baik.

Pengetahuan Kematangan idea Berupaya mencetuskan

idea yang matang,substantif, relevan danboleh diterima.

Kemahiranberkomunikasi

Berkebolehanberkomunikasi dikalangan rakan denganyakin dan berkesan.

Pengucapan awam / public speaking  

Kebolehan untukmenyampaikan idea,maklumat dan maksuddengan yakin danberkesan.

Kemahiran

Debat ala parlimen Kebolehanmenyampaikan idea,maklumat dengan yakindan berhemah.

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengankiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang

lain.

iii) Temu duga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak

diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan

menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama

calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan

dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat

penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil

untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

4

Page 5: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 5/9

B. LANTIKAN

Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran

pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Untuk

menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap

pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-

program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut. Secara

umumnya terdapat empat tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori

oleh pegawai PTD lantikan baru.

Tahap 1

Kursus PTD Unggul

Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary .

Sememangnya perkhidmatan PTD memerlukan penjawatnya mempamerkan

budaya kerja unggul supaya mereka dapat memimpin dengan berkesan,

memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi

pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Oleh itu peringkat ini

menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi perkhidmatan seorang

pegawai PTD.

Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang terpilih

bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai objektif-objektif

berikut:

i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni

demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;

ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat

stakeholders  terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada

masa hadapan; dan

iii) mendedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran

bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagimelahirkan insan yang seimbang.

5

Page 6: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 6/9

Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan

perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini akan mengetahui

penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat,

kementerian, jabatan ataupun negeri.

Tahap 2

Penempatan di Kementerian atau Jabatan

Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di ditempatkan di

mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada

di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai peneraju perkhidmatan

awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan

kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, perencana

dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak.

Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih secara on the job training untuk

membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat

awam.

Tahap 3

Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus

Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus

Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia adalah

syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41.

INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam bertanggungjawab

mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif dan sepenuh masa.

Matlamat kursus ini adalah untuk:

6

Page 7: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 7/9

•  Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu

menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan

budaya kerja cemerlang;

•  Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-

kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah

tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan

kerjasama berpasukan yang berkesan;

•  Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada

bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta

memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan

•  Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya

menangani perubahan persekitaran yang dinamik.

Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan

latihan bukan akademik. Latihan akademik merujuk kepada aspek

pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah. Modul-modul akademik yang

dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan

sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber

manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam

negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan

pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran

sosial serta keselamatan dan pertahanan negara. Peserta didedahkan

kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan

organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan undang-

undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan merekamenjadi pegawai yang kompeten.

Latihan bukan akademik bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin,

ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta melalui

pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan bencana,

aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee. Melalui pendekatan ini, peserta

Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul ketahanan diri

dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Maktab Polis Di Raja

7

Page 8: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 8/9

Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound 

School . Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah diri

(character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu juga

beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam,

lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut

dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.

Tahap Empat

PTD Training Roadmap

Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan

Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing-

masing. Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka ini

akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training

Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini akan

ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA. Objektif kursus-kursus dalam

siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai

PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut:

• Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti

• Kemahiran komunikasi dan interpersonal

• Pengurusan kewangan dan akauntabiliti

• Pengurusan dasar sektor awam

• Pengurusan sumber manusia di sektor awam

• Perancangan dan pengurusan projek

• Kemahiran perancangan strategik

• Metodologi penyelidikan 

• Pentadbiran tanah 

8

Page 9: ptd_bm

8/14/2019 ptd_bm

http://slidepdf.com/reader/full/ptdbm 9/9

Carta Proses Pemilihan dan Pelantikan PTD

MULA

SELESAI

SELESAI

SELESAI

SELESAI

Layak

TINDAKAN

SPA

SPA

SPA

SPA

INTAN/SPA/JPA

SPA/JPA

INTAN

Tidak Layak

Lulus

Gagal

Gagal

Lulus

AKTIVITI

Calon Mendaftar di SPA

Calon Menduduki Peperiksaan

Keputusan peperiksaan dan Surat

Panggilan Assessment Centre

Assessment Centre/Temuduga

Surat Tawaran Perlantikan PTD

Kursus DPA

Disahkan Dalam Jawatan

Lulus

  9