Program Transisi Th1

download Program Transisi Th1

of 26

  • date post

    31-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    51
  • download

    3

Embed Size (px)

description

TR

Transcript of Program Transisi Th1

PENGENALANProgram Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.Matlamat ProgramProgram Transisi Tahun Satu akan dapat :1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.2.Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Objektif Di akhir program, murid-murid dapat:1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran.3. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di sekolah.4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

TEMA PROGRAM

MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGASKemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYAMurid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata bercahaya mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

AHLI JAWATANKUASAPROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2015

PENGERUSIEN. Junit OngaGuru Besar SK Patung

NAIB PENGERUSI 1EN. Cyril Lee Lian ShoonPenolong Kanan Akademik SK Patung

NAIB PENGERUSI 2Pn. Raga PahamPenolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Patung

NAIB PENGERUSI 3En. Norshekim B. JamaliPenolong Kanan KoKurikulum SK Patung

PENYELARAS & SETIAUSAHAPn. Siti Fakhriah Bt. Ishak

GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1En. Norshekim B. Jamali- Bahasa MalaysiaPn. Jennifer Jios MatematikPn. Doris Harold Bahasa Inggeris & Dunia Seni VisualPn. Raga Paham Pendidikan Jasmani dan KesihatanPn. Lily Bekoh Dunia Sains & TeknologiPn. Siti Fakhriah Bt. Ishak Pendidikan MoralEn. Junit Onga Dunia MuzikEn. MOHD Halmaiza B. MOHD Zakaria Pendidikan IslamEn. Muhammad AlHapiz Bahasa ArabPn. Noany Jor Pemulihan

BIDANG TUGAS GURU BAGI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2015

BIDANG TUGAS GURU-GURU MATAPELAJARAN Memahami konsep dan tujuan Program Transisi Menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid yang berbeza. Membantu merancang aktiviti yang memenuhi keperluan JERI murid. Merekod dan mengemaskinikan rekod pembelajaran 3M dan dalam aktiviti pra huruf, pra nombor dan pra warna. Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa mengenai perkembangan setiap murid dalam mata pelajaran mereka. Merangka strategi untuk menyelesaikan tahap penguasaan 3M murid yang berbeza. Menyimpan hasil keputusan penilaian, pemerhatian dan ujian sepanjang tahun. Menjaga dan mengemaskini sudut dan ruang mata pelajaran masing-masing. Membuat dan membaiki ABM untuk dipamerkan di sudut atau ruang mata pelajaran. Menyediakan rancangan tahunan bertema dan rangka aktiviti untuk minggu transisi.

BIDANG TUGAS GURU KELAS Memahami konsep dan tujuan Program Transisi. Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika. Melukis pelan bilik darjah. Menyediakan sudut ruang mata pelajaran. Menjaga dan memantau keceriaan dan kebersihan kelas berdasarkan garis panduan yang diberikan. Prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan murid semasa di sekolah dan bertanggungjawab kepada ibu bapa dan penjaga murid. Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah Mengumpul maklumat untuk tujuan pengrekodan daripada ibu bapa atau penjaga murid. Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid. Membahagikan murid kepada kumpulan mengikut kecerdasan dan tahap kemampuan murid selepas minggu transisi. Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutin dan peraturan dalam bilik darjah secara berterusan. Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga.

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS TAHUN SATU Merangka dan menyelaras aktiviti untuk tiga minggu (sepanjang Program Transisi dijalankan). Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, Majlis Suaikenal Tahun Satu 2015 dan Majlis Penutupan Minggu Transisi 2015. Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang. Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir. Mengemaskini fail perlaksanaan program transisi secara berterusan. Membantu menyedia dan mengedar bahan edaran kepada ibu bapa penjaga. Membantu memantau sepanjang perlaksanaan program. Bertindak sebagai pakar rujuk.

BIDANG TUGAS SETIAUSAHA AJK KERJA Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak. Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal murid Tahun Satu dan Majlis Penutup Minggu Transisi. Menyedia dan mengedarkan aturcara bagi setiap majlis formal sepanjang program diadakan. Mengedar surat edaran dan jemputan kepada pihak yang berkenaan. Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang dikehendaki. Menyimpan fail dan rekod perlaksanaan program. Menyediakan laporan bertulis mengenai perlaksanaan program di akhir tahun.

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1

BilNAMA

1ARSHBIE ANAK MALEK

2BARRY VASCO ANAK BODMAS

3BEATRISCA GABRIELLYN ANAK EDDYSON

4CECELIA ANAK NERI

5DAVIDSON OWEN ANAK FOSTES

6FRISILIA FRITZ ANAK FRANKLIN

7HARIELDA LIV LIORA ANAK HIPNI

8JUSTINE ASHTONN ANAK FAGAL

9RICHMOND KEWELL AK RICHARD AJUN

10NATHALIE NALIANA FUNG ANAK NATHAN

11NURFARHANA BINTI NOORSHEKIM

12PHILOSOPHIA ANAK ADAM

13RUEBEN ELAM ANAK SAMUEL

14ROBNEY SIKAS AK CHRISTIE

15RYAN BATISH AK ANNIE

16SAMSON AK JOSIA

17THELMATORA SHILTON

RANCANGAN PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG TAHUN SATU 2015

MINGGU 1TEMA : SEKOLAH SAYA

Hari/ TarikhMasaPerkara / AktivitiCatatan/

112 Jan 2015 Isnin0720 07301.1 Pendaftaran Mengambil kehadiran Penerangan guru kelas tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari ini.

Guru Kelas Tahun 1 (DH)

0730 08001.2 Perjumpaan Ucapan selamat datang oleh Guru Besar. murid diperkenalkan dengan barisan guru- guru yang mengajar subjek Tahun 1 Murid bersalamanan dengan guru guru yang terlibat.

GBPK1PKHEMPK KKSemua Guru Subjek Tahun 1

0800 09001.3 Aktiviti Suai Kenal murid berdiri dalam satu bulatan yang besar saling bersalaman dan bertanya khabar murid diagihkan dengan tag nama masing masing. Murid diminta mewarnakan nama masing masing dalam kertas yang telah disediakan.

Guru Subjek BM (NJ)

Guru Penyelaras/ Guru Bimbingan & Kaunseling (SF)

0900 1000

1.4 Lawatan sekitar kawasan sekolah makmal computer Bilik Boss Bilik Guru Bilik Akses Bilik Pemulihan Tandas*guru diminta menerangkan tatacara dan peraturan bagi setiap tempat yang dilawati. *guru juga menerangkan tatacara murid sewaktu rehat.

Guru Subjek MT (JJ)

10.00 10.30REHAT

1030 11301.5 Ice breaking murid menyanyikan lagu Good Morning dan tepuk terima kasih. murid menjalankan aktiviti nyanyian rasa sayang dan sayang sekolah saya murid diminta berbaris mengikut ketinggian. murid dipilih secara rawak untuk menyatakan nama kawan apabila guru tunjuk ke arah sesiapa sahaja.

Guru Subjek BI (DH)

1130 1200 1.6 Aktiviti mewarna Sambungan aktiviti mewarna tag nama. Murid membuat bulatan dan dipilih secara rawak untuk menyatakan nama kawan mereka. Aktiviti dijalankan di bawah makmal computer.

Guru Subjek BA (MA) -membina hubungan baik sesame kawan.

1200 - 13001.7 Peraturan sekolah dipatuhi murid diagihkan kepada 4 kumpulan melalui undian. murid bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. murid diminta melantik ketua dan dengar arahan untuk setiap tugasan yang diberikan . murid diminta membentangkan hasil kerja masing-masing. setiap kumpulan diminta melukis satu objek yang dilihat mengikut kertas undi dan warnakan seperti yang terdapat di sekitar kawasan sekolah seperti tandas, bilik guru, makmal computer bilik BOSS. setiap kumpulan diminta menerangkan peraturan setiap tempat tersebut.

Murid mengemas kelas, berbaris dan bersalaman dengan guru sebelum pulang.

Guru Subjek DSV (DH)

Hari / TarikhMasaPerkara / AktivitiCatatan/bahan-bahan

213 Jan 2015Selasa