LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN .1.0 PENDAHULUAN Program Transisi Tahun Satu merupakan

Click here to load reader

  • date post

    29-Mar-2019
  • Category

    Documents

  • view

    273
  • download

    3

Embed Size (px)

Transcript of LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN .1.0 PENDAHULUAN Program Transisi Tahun Satu merupakan

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

TAHUN SATU 2017

Nama Program : Program Transisi Tahun Satu 2017

Tempat :

Tarikh : 30 Disember 2016

Penglibatan : Murid-murid tahun satu dan semua guru

1.0 PENDAHULUAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu

murid-murid menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran dan pembelajaran yang berbeza

daripada alam pendidikan di prasekolah / tadika ataupun di rumah.

Melalui Program Transisi ini, para guru dapat menyelaras keperluan kognitif, emosi dan

jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran secara formal di Tahun Satu. Program ini juga diharap dapat meningkatkan minat

dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa sebarang masalah.

2.0 OBJEKTIF

a) Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran

yang formal.b) Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di

sekolah.c) Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. d) Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi

kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau

mata pelajaran.

1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2017

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

NAIB PENGERUSI 2

NAIB PENGERUSI 3

PENYELARAS & SETIAUSAHA

GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1

SIARAYA & PENGACARA MAJLIS

PENDAFTARAN

AKTIVITI SUAIKENAL MURID

PERSIAPAN TEMPAT

JURUGAMBAR

SPBT

2

3

4.0 PELAKSANAAN

Sebelum Program:

Sebelum Program Transisi Tahun 1 dijalankan, satu mesyuarat telah dijalankan bagi

melantik jawatankuasa yang terlibat dan membuat perancangan aktiviti bagi program. Hasil

mesyuarat yang dijalankan, penyelaras bagi Program Transisi yang telah dipilih ialah Pn. ---

sekaligus dilantik menjadi guru kelas bagi tahun satu. Jawatankuasa lain pula melibatkan semua

guru. Selepas jawatankuasa dibentuk, perbincangan diteruskan dengan pengisian program

pendaftaran dan program transisi yang akan dijalankan serentak pada satu hari sahaja.

Semasa Program:

Program Transisi Tahun 1 dijalankan selepas pendaftaran ibu bapa murid. Segala aktiviti

guru bersama murid berjalan dengan lancar mengikut jadual. Murid-murid memberikan

kerjasama dan reaksi yang positif sepanjang mengikuti program transisi ini. Bukan itu sahaja,

pujian turut diberikan kepada ibu bapa murid-murid kerana memberikan kerjasama yang baik

dan turut mengambil berat tentang perjalanan program ini. Pada hari tersebut, Puan --- selaku

Guru Besar telah memberikan sedikit taklimat mengenai sekolah. Selain itu, Puan --- turut

memberikan penerangan berkenaan maklumat sekolah yang perlu diketahui oleh ibu bapa.

Sepanjang program ini, guru-guru yang terlibat telah menjalankan pelbagai aktiviti yang

bertujuan untuk memupuk sifat berani, yakin diri dan kerjasama dalam diri murid-murid. Selain

itu, aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memberi gambaran awal kepada murid-murid

sekaligus memberi persediaan kepada mereka untuk belajar di tahun satu.

Selepas Program:

Memandangkan Program Transisi Tahun Satu hanya diadakan pada masa satu hari sahaja,

tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang program berlangsung. Semua perancangan

berjalan baik dan murid-murid tahun 1 juga memberikan kerjasama baik semasa aktiviti

berjalan. Selepas program transisi selesai, satu laporan berkenaan program telah dibuat oleh

penyelaras dan disemak oleh Guru Besar, ---

4

4.1 JADUAL PROGRAM TRANSISI

Hari/ Tarikh Masa Perkara / Aktiviti Catatan/

Jumaat30.12.2016

7.30-8.30pagi

1.1 Pendaftaran Pendaftaran ibu bapa dan murid Pengumpulan borang-borang

Pembelian buku

AJK Pendaftaran/ Guru Kelas/ SPBT

8.30-9.30pagi

1.2 Perjumpaan Ucapan selamat datang oleh Guru Besar. Pengenalan mengenai maklumat sekolah,

PBS dan LINUS. Penerangan berkaitan rekod kesihatan

daripada jururawat jemputan.

GBPK1PKHEMPK KKSemua Guru

9.30-10.30pagi

1.3 Aktiviti Suai Kenal dan Transisi Murid diperkenalkan dengan guru kelas

Tahun 1 Murid dibawa melawat kawasan sekolah Murid dibawa masuk ke kelas Murid memperkenalkan diri masing-

masing. Murid melakuakan aktiviti menulis,

menyambung titik dan mewarna.

AJK Aktiviti Suaikenal Murid

5

5.0 PENUTUP

Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2017 ini telah berjalan dengan baik hasil kerjasama

daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga dapat menghantar anak-

anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di sekolah supaya mendapat pendidikan

awal secara menyeluruh. Program Transisi yang dijalankan dalam masa yang singkat ini

diharapkan dapat memupuk sifat yakin dan berani dalam diri murid-murid tahun satu terutama

dalam pergaulan seharian.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

________________ _________________ Penyelaras Program Transisi PK HEMTahun 1 2017 SK

Disahkan Oleh:

_____________________ Guru BesarSK

6

LAMPIRAN BERGAMBAR

SUASANA SEMASAPENDAFTARAN TAHUN 1

7

AKTIVITI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU