PPPM tingkat penguasaan Bahasa...
Embed Size (px)
Transcript of PPPM tingkat penguasaan Bahasa...

PPPM tingkat penguasaan Bahasa Inggeris Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
PUTRAJAYA 11 Sept. - Walaupun baru bermula kira-kira tiga tahun lalu, keberkesanan
Program Peningkatan Kemahiran Profesional Guru Bahasa Inggeris (Pro-ELT) yang dilaksanakan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menunjukkan peningkatan membanggakan dalam mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran pengajaran guru Bahasa Inggeris.
Program tersebut yang telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya bukan sahaja telah berjaya menunjukkan keberhasilan yang signifikan, malah telah melatih hampir separuh daripada keseluruhan 55,000 guru Bahasa Inggeris di semua sekolah seluruh negara.
Menurut Pengarah Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan, Mohamed Abu Bakar, sebelum program tersebut dilaksanakan terdapat pelbagai masalah melibatkan kecekapan dan kemahiran seseorang guru subjek tersebut dalam mengajar.
Beliau berkata, rna salah tersebut timbul disebabkan kemahiran guru terbabit semakin menurun selepas kurang berkomunikasi dan menggunakan bahasa tersebut dalam urusan harian terutamanya melibatkan guru di sekolah kawasan pedalaman dan luar bandar.
"Kita ada beberapa program melibatkan guru terbabit antaranya kursus selama empat hari untuk guru
Sebanyak 9,000 guru yang dilatih dalam kumpulan kedua pada dua tahun lalu telah menunjuld{an peningkatan yang baik dan pada tahun ini sebanyak 5,000 guru lagi yang sedang dilatih bukan sahaja telah berjaya meningkatkan kefasihan masing-masing malah telah diterapkan teknik pengajaran . dan pembelajaran terkini dalam bilil{ darjah:'
MOHAMED ABU BAKAR menunjukkan Modul Program OPS-English yang dirangka untuk meningkatkan keberkesanan guru mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah.
yang telah mahir dan kursus selama tiga bulan khusus bagi menambah bilangan subjek mengajar dalam Bahasa Inggeris dengan melatih guru Matematik, Bahasa Melayu dan sebagainya, kursus ini selalunya dibuat untuk guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
"Selain itu, kita juga telah melatih sebanyak 5,000 guru Bahasa Inggeris dalam kumpulan pertama untuk jangka mas a 480 jam yang mana 240 jam dilakukan secara bersemuka dan selebihnya melalui dalam talian, hasilnya sebanyak 76 peratus daripada guru terbabit yang mengikuti ujian Aptis mencatat peningkatan ke satu tahap band kecekapan yang lebih tinggi;' katanya kepada media baru-baru ini.
Menurut Mohamed, berdasarkan sistern penarafan Common European Framework of References (CEFR) setiap guru terbabit akan dinilai berdasarkan enam tahap iaitu C2, C1, B2,B1, A2 dan AI.
Katanya, tahap C2 dan C1 merupakan peringkat tertinggi bagi me-nentukan kecekapan dan kefasihan guru terbabit manakala, A2 dan Al merupakan penanda aras paling lemah dalam penguasaan bahasa tersebut.
Menurutnya, rata-rata guru ter-
babit berada dalam kelompok B1 dan B2 yang dikategorikan pada tahap baik.
Mengulas lanjut, .Mohamed berkata, sebanyak 9,000 guru yang dilatih dalam kumpulan kedua pada dua tahun lalu telah menunjukkan peningkatan yang baik dan pada tahun ini sebanyak 5,000 guru lagi yang sedang dilatih bukan sahaja
. telah berjaya meningkatkan kefasihan masing-masing malah telah diterapkan teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dalam bilik darjah.
Selain itu, beliau berkata, bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru terbabit, pihaknya turut memperkenalkan program Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah atau School Improvement Specialist Coaches (SISC) bagi membimbing guru terpilih supaya berupaya melahirkan golongan pendidik berkemahiran tinggi selaras perkembangan semasa.
Jelasnya, program terbabit akan membawa pakar SISC bersama Pegavvai di Pejabat Pendidikan Daerah bagi rnernberi latihan terutamanya kepada guru yang lemah ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas merangkumi tiga subjek teras Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik.
"Sebenarnya penguasaan bahasa guru-guru ini bukan lemah, kerana semasa mereka keluar dari universiti kefasihan dan kemahiran mereka masih tinggi, namun selepas 10 tahun mengajar di kawasan luar bandar kemahiran ini semakin menurun, dengan menerapkan program ProELT tahap penguasaan sebanyak 75 peratus guru terbabit berjaya ditingkatkan semula kepada kemahiran asal.
"Bagaimanapun, sekiranya kemahiran ini tidak digunakan dibimbangi akan menurun semula, jadi kita cadangkan kepada guru terbabit untuk membanyakkan rnembaca buku akadernik dan novel serta berinteraksi supaya banyak perkataan dapat masuk ke dalam minda;' katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ,selain menurnpukan program kepada guru Bahasa Inggeris, pihaknya turut rnerangka program Oral Proficiency in English (OPS-English) untuk pelajar Tingkatan Satu dan Dua meningkatkan kemahiran lisan.
Mohamed berkata, program yang
Kita ada beberapa program melibatkan guru terbabit antaranya kursus selama empat hari untuk guru yang telah mahir dan kursus selama tiga bulan khusus bagi menambah bilangan subjek mengajar dalam Bahasa Inggeris dengan melatih guru Matematil{, Bahasa Melayu dan sebagainya, kursus ini selalunya dibuat untuk guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak:'
IIOHAIIEDABUBAKAR Pengarah Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris. Kementerian Pendidikan
dilaksanakan sejak tiga tahun lalu itu merupakan salah satu inisiatif di bawah gelombang satu (2013-2015) . PPPM bagi merealisasikan anjakan kedua iaitu memastikan setiap murid menguasal kemahiran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Inisiatif untuk meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris guru dan murid mer'J.jadi tumpuan dalam PPPM 2013-2025 sebagai salah satu daripada enam Aspirasi Murid iaitu kemahiran dwibahasa.
Katanya lagi, matlamat program tersebut ialah untuk mengajar kemahiran rnendengar dan bertutur serta berkomunikasi dalam kalangan pelajar serta membina keyakinan mereka bertutur menggunakan bahasa tersebut.
"Program ini mengajar setiap pelajar terbabit supaya lebih berkeyakinan ketika bertutur dalam
bahasa Inggeris kerana kita berharap sekurang-kurangnya selepas menamatkan pelajaran di Tingkatan Lima nanti mereka mampu berkomunikasi dalam bahasa tersebut sama ada untuk menyambung pengajian lebih tinggi atau terus memasuki alam pekerjaan.
"Selain diterapkan dalam koku-rikulum selama enam bulan pertarna, mereka juga diajar dari aspek kemahiran lisan supaya pelajar berasa yakin dan tidak malu untuk bertutur dalam bahasa terbabit;' katanya.
Tambahnya, sejak program tersebut dilaksanakan kepada pelajar yang berada di band tiga, em-
pat dan lima di 1,524 buah sekolah di seluruh negara, keyakinan mereka
bertutur menggunakan bahasa Inggeris dalam kelas dengan guru dan rakan-rakan yang lain telah meningkat.
Mohamed berkata, dalam masa lima tahun lagi pihaknya berharap program tersebut dapat diberikan penambahbaikan yang berkesan bagi meningkatkan keyakinan lepih banyak murid terutamanya di kawasan luar bandar menguasai Bahasa Inggeris.
Pada masa sarna, katanya, pihaknya juga sedang merangka sebuah program bagi menilai semula kelemahan pelajar yang masih gagal menguasai Bahasa Inggeris biarpun telah belajar bahasa itu selama 11 tahun bermula dari sekolah rendah hingga sekolah menengah.
"Menerusi perancangan ini yang penting guru juga perlu mahir dan fasih dalam bahasa terbabit, dalam masa lima tahun ini kita hendak semua pelajar terbabit boleh bertutur dalam bahasa Inggeris kerana jika mereka hendak melanjutkan pengajian lebih tinggi contohnya dalam bidang kejuruteraan dan sebagainya mahu tidak mahu perlu menguasai bahasa terbabit;' katanya.

t:IIDlllbluc:o In ....... ;"_ R",;", Rnml",h R",;", N .. ",h lOM",nll m .. n;",I",nk .. n alctiviti oembelaiaran di Sekolah Kebangsaan Jella¥fat'2