KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit...

24

Transcript of KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit...

Page 1: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan
Page 2: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan
Page 3: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DAERAH

JOHOR BAHRU DAN KULAI DALAM MENGIKUTI

MATA PELAJARAN VOKASIONAL ( LANDSKAP DAN NURSERI ).

MOHD NIZAM BIN JAMSARI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

ii

Page 5: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Untukmu Abah dan Emak ,Untukmu Abah dan Emak ,

Doamu, jasamu dan nasihatmu……..tiada terbalas, terlalu berharga.

Untukmu I s t e r i t e r c i n t a ,Untukmu I s t e r i t e r c i n t a ,

Doa, dorongan dan nasihatmu…….. menjadikan aku tabah.

Kau pelita penerang dikala ku kegelapan.

Untuk GuruUntuk Guru -- g u r u k u ,g u r u k u ,

Tanpamu…….. siapalah aku.

Untuk pu t e r a , p u t e r i c a hayama taku ,Untuk pu t e r a , p u t e r i c a hayama taku ,

Tawa dan tangisanmu……..menguatkan keazaman ayah.

Ya Allah ,Ya Allah ,

Syukurku tak terhingga ………atas segala limpah kurniaMu.

Page 6: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian kepada Allah, selawat dan salam kepada Junjungan Nabi

Muhammad SAW. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan keizinanNya dapat

pengkaji menyiapkan dan menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi

sebahagian daripada syarat untuk memperoleh Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup). Di kesempatan ini, pengkaji merakam setinggi-tinggi ucapan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn. Hj. Kandar bin Selamat di atas

bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sehinggalah sempurna hasil kajian ini. Pengkaji juga

amat menghargai kesabaran, kerjasama dan penumpuan yang beliau telah berikan

sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor,

Pengetua-pengetua SMK Sri Perling dan SMK Bandar Tenggara dan responden-

responden yang terlibat dalam kajian ini. Terima kasih di atas segala kerjasama yang

diberikan dalam usaha pengkaji menjalankan kajian bagi Projek Sarjana Muda ini.

Juga penghargaan diberikan kepada semua rakan 4SPH-PKPG 2001/04 yang

banyak memberikan pandangan dan pendapat yang berguna dalam menyempurnakan

Projek Sarjana Muda ini. Akhir sekali kepada mereka yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam menjayakan kajian ini

Page 7: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

v

ABSTRAK

Program mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah akademik merupakan

wadah untuk pelajar yang kurang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah

sebagai penerus kepada tahap pendidikan wajib sehingga 11 tahun yang dirancangkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Menerusi program ini diharapkan dapat

membantu pelajar meneruskan pendidikan dan mendapat kemahiran sekaligus dapat

mengelakkan masalah keciciran pelajar. Antara MPV yang ditawarkan ialah Landskap

dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan

kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan nurseri tanaman dan bidang

keusahawanan. Apa yang menimbulkan persoalan ialah adakah pelajar yang

berpencapaian sederhana rendah dan rendah mempunyai kesediaan mengikuti mata

pelajaran bercorak teknikal dan memerlukan mereka mengikuti kerja praktikal yang

banyak. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan bagi melihat kesediaan pelajar-pelajar

berkenaan mengikuti mata pelajaran ini dari aspek minat, sikap, motivasi dan

kemampuan kognitif. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 44

orang pelajar daripada 2 buah Sekolah Menengah Akademik di daerah Johor Bahru dan

Kulai. Bagi mendapatkan maklum balas responden, instrumen yang digunakan ialah

soal selidik yang mengandungi item-item soalan bagi menjawab persoalan kajian serta

menggunakan skala Likert. Data-data mentah telah dianalisis menggunakan perisian

SPSS 11.0 untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan

pelajar-pelajar yang mengikuti MPV Landskap dan Nurseri ini mempunyai minat,

bersikap positif, bermotivasi dan berkemampuan kognitif yang sederhana. Kajian ini

diharapkan menjadi panduan kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu pelajar dalam mengikuti MPV

Landskap dan Nurseri serta MPV yang lain.

Page 8: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

vi

ABSTRACT

The MPV programme in academic schools is an alternative for students who do

not do well in their PMR examination as a continuation to eleven years (compulsory

education) planned by The Ministry of Education. This programme is to help low

achiever students to continue their education and to acquire skills so as to prevent them

from dropout. One of the subjects offered by MPV programme is Landscape and

Nursery. Students taking these subjects will be trained with skills in the aspect of

horticulture, nursery management and entrepreneur knowledge. The question that arises

is whether the average and weak students able to follow the practical lessons of the

technical subjects provided. This research is carried out to see the students readiness

toward MPV in the aspect of interest, attitude, motivation and cognitive ability. This

descriptive research involving 44 students from two academic secondary schools in

Johor Bahru and Kulai is carried out. In order to get feed-back from the respondents, the

instrument use is questionnaires consisting of questions based on Likert scale. Raw data

is analysed using SPSS 11.0 software to get the frequency and percentage. From the

research it shows that students taking MPV Landscape and Nursery have interests,

positive attitude, motivated and average cognitive ability. It is hoped that this research

can be used as a guideline for schools, Educations Departments and the Ministry of

Educations to help students taking up the MPV Landscape and Nursery as well as other

MPV subjects.

Page 9: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 10: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

viii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Tempat kajian 8

1.9 Definisi Konsep 8

1.9.1 Mata Pelajaran Vokasional 8

1.9.2 Mata Pelajaran Landskap dan Nurseri 9

1.9.3 Sekolah Menengah Akademik 9

1.9.4 Kesediaan 10

1.9.5 Minat 10

1.9.6 Sikap 10

1.9.7 Motivasi 11

1.9.8 Kemampuan Kognitif 11

1.10 Penutup 12

Page 11: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

ix

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 11 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.1.1 Program MPV 14

2.1.2 Objektif Program MPV 15

2.1.3 Penawaran dan Perlaksanaan

Program MPV 15

2.1.4 Perihal dan Status Program 16

2.1.5 Bahan-bahan Kurikulum 17

2.1.6 Mata Pelajaran Landskap dan

Nurseri 17

2.2 Minat Pelajar 19

2.3 Sikap Pelajar 22

2.4 Motivasi Pelajar 24

2.5 Kemampuan Kognitif Pelajar 26

2.6 Kesimpulan 27

Page 12: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

x

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka bentuk Kajian 28

3.3 Populasi dan Sampel kajian 29

3.4 Tempat Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Bahagian A 30

3.5.2 Bahagian B 30

3.6 Kajian Rintis 32

3.6.1 Kesahan Soal Selidik 32

3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 33

3.7 Prosedur Kajian 34

3.8 Analisis Data 35

3.9 Kesimpulan 37

Page 13: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

xi

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 40

4.2.1 Latar belakang Responden 40

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 43

4.3.1 Minat Pelajar 43

4.3.2 Sikap Pelajar 47

4.3.3 Motivasi Pelajar 50

4.3.4 Kemampuan Kognitif Pelajar 53

4.4 Kesimpulan 56

Page 14: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

xii

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Rumusan 58

5.3 Perbincangan 63

5.3.1 Minat Pelajar Dalam Mengikuti

MPV Landskap dan Nurseri 63

5.3.2 Sikap Pelajar Dalam Mengikuti

MPV Landskap dan Nurseri 66

5.3.3 Motivasi Pelajar Dalam Mengikuti

MPV Landskap dan Nurseri 68

5.3.4 Kemampuan Kognitif Pelajar

Dalam Mengikuti MPV

Landskap dan Nurseri 70

5.4 Cadangan Tindakan 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.6 Penutup 75

Page 15: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

xiii

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 76

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A-E 81

Page 16: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

xiv

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan soalan mengikut persoalan kajian 31

3.2 Analisis purata nilai alpha berdasarkan persoalan kajian 34

3.3 Skala pemeringkatan 36

3.4 Tahap penilaian berdasarkan peratus 37

4.1 Taburan responden mengikut jantina 40

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 41

4.3 Taburan responden mengikut sekolah 41

4.4 Taburan responden mengikut bilangan subjek yang diambil

dalam peperiksaan PMR 2002 42

4.5 Keputusan (Gred mata pelajaran) yang diperolehi dalam

PMR 2002 42

4.6 Taburan frekuensi dan peratus berkaitan analisis minat

pelajar 43

4.7 Taburan frekuensi dan peratus berkaitan analisis sikap

pelajar 47

4.8 Taburan frekuensi dan peratus berkaitan analisis motivasi

pelajar 50

4.9 Taburan frekuensi dan peratus berkaitan analisis kemampuan

kognitif pelajar 53

4.10 Kesediaan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Akademik

Daerah Johor Bahru dan Kulai dalam mengikuti MPV

Landskap dan Nurseri 56

Page 17: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

xv

SENARAI SINGKATAN

BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

MPV Mata pelajaran Vokasional

PMR Penilaian Menengah Rendah

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMT Sekolah Menengah Teknik

SPSS Statistical Package For Social Sciences

Page 18: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 81

B Surat Kebenaran daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan 87

C Surat Kebenaran daripada Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 88

D Surat Kebenaran daripada Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia 89

Page 19: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di dalam mencapai taraf negara maju dan kemampuan untuk bersaing dalam era

globalisasi, salah satu daripada bidang yang perlu di berikan perhatian adalah bidang

pendidikan. Kemajuan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membina

semangat jati diri setiap individu bagi mengejar kemajuan dalam semua bidang

kehidupan sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa. Negara

memerlukan masyarakat yang celik terhadap sains dan teknologi, serta mempunyai daya

saing yang tinggi dan berpandangan luas. Di samping itu, kita juga perlu mampu

menjadi pengguna teknologi yang bijak serta dapat menyumbangkan tenaga kepada

tamadun saintifik dan teknologi pada masa depan.

Secara umumnya banyak perubahan dalam pendidikan di negara ini telah

diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui reformasi pendidikan di mana

bidang kurikulum menjadi teras. Perubahan ini bertujuan menjadikan proses pendidikan

semakin kemas dan jitu dalam melahirkan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan

negara khasnya menjelang tahun 2020.

Page 20: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

2

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM ) ( 1993 ), menyatakan berdasarkan

kepada jangkaan di mana kadar pertumbuhan ekonomi negara di tahap 8% setahun dan

sektor perindustrian terus menjadi penyumbang utama ekonomi negara, keperluan tenaga

kerja juga akan meningkat. Seramai 56,000 jurutera dan 180,000 pekerja baru (mahir dan

separuh mahir) yang berasaskan sains dan teknologi perlu diwujudkan menjelang tahun

2000.

Pada era globalisasi yang mementingkan penggunaan teknologi tinggi, kemajuan

sesebuah negara amat bergantung kepada sejauh mana sumber tenaganya berfungsi dan

dapat mengambil kesempatan mempelajari, menggunakan, mentadbirkan serta

memanipulasikan elemen-elemen teknologi yang telah dipelajari.

Sebagai langkah ke arah melahirkan ramai tenaga mahir dan separuh mahir ini,

kerajaan melalui KPM telah mengujudkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

bermatlamat ingin melahirkan insan yang berketerampilan dan seimbang dari aspek

jasmani, rohani, emosi dan intelek. Usaha ini termasuk memperkenalkan mata pelajaran

vokasional ( MPV ) di peringkat sekolah menengah akademik. Ia merupakan subjek

vokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar-pelajar dengan ilmu dan

kemahiran asas untuk membolehkan mereka mengambil bahagian di dalam situasi

sebenar komunitinya dengan penuh yakin.

1.2 Latar belakang Masalah

Permintaan terhadap tenaga mahir dan separa mahir dijangka meningkat dengan

kepesatan ekonomi negara yang menuju ke arah sebuah negara yang maju dalam

perindustrian. Sumber manusia merupakan aset penting bagi merealisasikan hasrat ini.

Page 21: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

3 Latihan kemahiran samada di peringkat sekolah, institut kemahiran dan institut pengajian

tinggi telah diperhebatkan bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan teknikal

sebagai satu faktor pengeluaran terpenting dalam suatu proses pengeluaran.

KPM adalah pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan cita-cita negara

berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pengajaran yang

disampaikan di sekolah-sekolah yang menjadi pusat segala pengembangan ilmu.

Menyedari hakikat ini, KPM melalui Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) telah

menggubal satu kurikulum berbentuk pendidikan vokasional.

Menurut PPK ( 2001 ), program MPV di sekolah-sekolah menengah akademik

ditawarkan dalam 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam 5 bidang usaha iaitu

binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer.

Menurut Catatan Pengarang, Minda Pelajar Bil. 436 Berita Harian April ( 2002),

penawaran MPV ialah kepada pelajar tingkatan 4 dan 5. Dengan wujudnya MPV itu

membolehkan pelajar sekolah menengah akademik mendapat manfaat selepas mereka

gagal memasuki 86 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) di negara ini. Walaupun

pembelajarannya tidak sepadat di SMT, tetapi ia menjurus kearah itu di samping

berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diambil dan seterusnya menjadi

pekerja yang dedikasi. Langkah penawaran MPV oleh KPM dilihat sebagai satu usaha

kerajaan menangani keciciran pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan

Penilaian Menengah Rendah (PMR) supaya berminat ke sekolah. Pelajar yang terbabit

dengan program ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan

dan didedahkan dengan kerja bengkel, lawatan, program sandaran, tunjuk cara, tinjauan

pemasaran, sumbang saran, temu duga, persembahan dan menerima tempahan.

Page 22: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

4

PPK ( 2001 ), menyatakan program MPV ini memberikan keutamaan kepada

pelajar-pelajar yang digolongkan dalam prestasi sederhana rendah dan rendah iaitu

mendapat gred D dan E dalam sebilangan besar mata-mata pelajaran dalam PMR. Selain

daripada itu, kecenderungan pelajar dalam sesuatu bidang kerjaya dan latar belakang

keluarga pelajar turut juga diambil kira.

Jika dilihat daripada pernyataan-pernyataan di atas, pelajar yang mengikuti MPV

terdiri daripada pelajar yang berpencapaian akademik di tahap sederhana rendah dan

rendah. MPV yang ditawarkan oleh KPM adalah mata pelajaran yang berbentuk teknikal

dan melibatkan banyak kerja praktikal.

Menurut Mok Soong Sang ( 2002 ), kesediaan belajar merujuk kepada keadaan

dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan

memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.

Sharifah Alawiah ( 1992 ), murid-murid belajar paling berkesan apabila mereka

sudah bersedia. Seseorang murid yang belum bersedia mempelajari sesuatu tidak dapat

mempelajarinya secara efisien pada ketika tersebut. Kesediaan belajar ialah kombinasi

kematangan, penggerakan, kebolehan, persepsi, kecenderungan dan faktor-faktor lain

yang membuat seseorang itu bersedia.

Menurut Ngalim ( 1995 ), di dalam proses belajar-mengajar di sekolah, pelajar

adalah sebagai masukkan mentah atau “raw input” yang memiliki karakter tertentu

samada dari segi fisiologi atau psikologi. Aspek fisiologi adalah berkaitan keadaan

fizikal dan panca indera manakala aspek psikologi meliputi minat, sikap, motivasi dan

kemampuan kognitif. Semua ini dapat mempengaruhi bagaimana proses dan hasil belajar

bagi seseorang pelajar.

Page 23: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

5

Kajian ini dirasakan perlu bagi melihat sejauh mana kesediaan pelajar di sekolah-

sekolah menengah akademik yang berpencapaian sederhana rendah dan rendah terhadap

mata pelajaran MPV Lanskap dan Nurseri yang sedang mereka ikuti. Apa yang

menimbulkan persoalan ialah adakah pelajar yang berada dalam kelompok ini

mempunyai kesediaan mengikuti mata pelajaran bercorak teknikal dan memerlukan

mereka mengikuti kerja praktikal yang banyak. Adakah mereka mempunyai kesediaan

belajar daripada aspek psikologi iaitu minat, sikap, motivasi dan kemampuan kognitif.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dilakukan untuk melihat kesediaan pelajar terhadap MPV Landskap

dan Nurseri di sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru dan Kulai daripada

aspek minat, sikap, motivasi dan kemampuan kognitif.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat kesediaan pelajar dalam

mempelajari MPV Landskap dan Nurseri.

a ) Mengenal pasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Landskap dan

Nurseri.

b) Mengenal pasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Landskap dan

Nurseri.

c) Mengenal pasti motivasi pelajar dalam mengikuti pembelajaran mata

pelajaran Landskap dan Nurseri.

Page 24: KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK …€¦ · dan Nurseri, pelajar yang terbabit dengan MPV ini dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam aspek hortikultur, pengurusan

6

d ) Mengenal pasti kemampuan kognitif pelajar dalam mengikuti

pembelajaran mata pelajaran Landskap dan Nurseri.

1.4 Persoalan Kajian

Di dalam penyelidikan yang dijalankan, pengkaji cuba mencari jawapan yang

dipersoalkan seperti yang dinyatakan pada objektif kajian. Perkara-perkara yang

akan ditinjau adalah meliputi :-

a) Adakah pelajar mempunyai minat mengikuti mata pelajaran Landskap

dan Nurseri ?

b) Adakah pelajar bersikap positif dalam mengikuti mata pelajaran

Landskap dan Nurseri ?

c) Adakah pelajar bermotivasi dalam mengikuti pembelajaran mata

pelajaran Landskap dan Nurseri ?

d) Adakah pelajar mempunyai kemampuan kognitif dalam mengikuti mata

pelajaran Landskap dan Nurseri ?