Perkembangan Alam Remaja

download Perkembangan Alam Remaja

of 27

Transcript of Perkembangan Alam Remaja

PERKEMBANGAN ALAM REMAJA

NAMA : TING : GURU :

KATA PENGANTARAssalamualaikum, segala puji bagi Allah yang telah menolong hamba-Nya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh kemudahan. Tanpa pertolongan-Nya mungkin penyusun tidak akan sanggup menyelesaikan dengan baik.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan serta semua yang terlibat dalam menyelesaikan tugasan ini.Terima kasih juga kepada pihak sekolah SMKA Al-Mashoor (L) yang memberi kebenaran bagi menjalankan tugasan ini serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Selain itu, tujuan tugasan ini diberikan kepada pelajar STPM, untuk memberi pengalaman dalam menghasilkan sesuatu kajian bagi diaplikasikan dalam pengajian diperingkat universiti. Apabila berada di universiti, para pelajar perlu membuat tesis atau kajian untuk mendapat kepujian dalam bidang yang diceburi.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada penyelaras Tingkatan 6, Pn.Zainon Bt Othman yang banyak memberi bantuan dari segi memberi tahu kaedah dan cara untuk menjalankan kajian ini.

Akhirul kalam, semoga kajian yang telah saya laksanakan ini memberi manfaat kepada semua pihak dan dapat memberi input sedikit sebanyak dalam menjalani kehidupan terutamanya remaja.

2

ISI KANDUNGAN

Objektif kajian Kaedah kajian 1.0 Pengenalan1.1 Pengertian akil baligh 1.2 Pengertian remaja

3 45-6

2.0 Perubahan bagi remaja2.1 Fizikal remaja 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 Remaja lelaki Remaja perempuan Perkembangan remaja awal Perkebangan remaja pertengahan Perkembangan remaja akhir

7-10

2.2 Emosi2.2.1 2.2.2 2.2.3 Marah Takut Gembira

10-11

2.3 Mental 2.4Sosial 2.4.1 2.4.2 Hubungan kekeluargaan Hubungan rakan sebaya Hubungan masyarakat

12 13-14

2.4.3

3.0 Penjagaan kesihatan bagi remaja 4.0 Amalan gaya hidup sihat 5.0 Kesimpulan Rumusan kajian Borang soal selidik Rujukan Lampiran

14 15-17 17

18 19 20 21

3

OBJEKTIF KAJIANTujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan manusia apabila menempuh alam remaja. Walaupun, saya sudah mencapai remaja, tetapi tidak semua perkara tentang remaja saya ketahui. Oleh itu, melalui kajian ini saya mendapat pelbagai input dan maklumat yang dapat membantu saya dalam menempuh kehidupan alam remaja ini.

Malahan, tidak semua remaja mengalami perubahan yang sama dalam menghadapi alam remaja. Remaja juga perlu mengetahui cara untuk mengawal kehidupan mereka apabila memasuki alam remaja yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Selain itu, remaja semestinya bijak dalam mengharungi alam remaja supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan pujukan, rayuan, ajakan dan pengaruh yang tidak baik oleh orang sekeliling.

Mereka juga perlu tahu bahawa peringkat ini bermulanya keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka dapati semasa kecil. Jadi, waktu inilah ibu bapa, guru dan masyarakat perlu mengambil inisiatif untuk mengawal dan membentuk remaja menjadi orang yang berguna untuk negara dan bukannya sampah masyarakat.

Kesimpulanya, kajian ini adalah untuk memberi sedikit gambaran tentang apa yang dialami atau berlaku terhadap remaja. Jadi, saya berharap hasil kajian saya ini dapat membantu serba-sedikit permulaan bagi individu untuk memasuki dan menempuh alam remaja.

4

KAEDAH KAJIANSaya telah membuat kajian tentang tajuk Perkembangan Alam Remaja. Dimana, saya telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya melalui pemerhatian. Saya melihat apa yang berlaku terhadap perubahan manusia apabila meningkat ke alam remaja. Selain itu, saya juga telah membuat penyelidikan dengan melayari Internet dan mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya secara terperinci. Laman-laman web seperti Wikipedia amat membantu saya dalam menjalankan kajian ini. Melalui kemudahan Internet, saya juga dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat.

Tambahan pula, saya telah mencari maklumat di perpustakaan untuk mengumpulkan fakta yang berkenaan. Saya juga meminjam beberapa buah buku rujukan daripada perpustakaan sekolah yang memberi penerangan tentang perkembangan alam remaja. Saya turut mendapat maklumat daripada majalah-majalah dan surat khabar. Setelah berjaya mencari maklumat, saya membuat salinan fotostat tentang maklumat yang telah diperolehi. Penyelidikan sumber tersebut telah membantu saya dalam mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

Saya juga membuat rujukan buku-buku agama yang mempunyai maklumat tentang kajian ini. Ini bertujuan mencari pendapat dan pandangan ulama tentang perubahan yang berlaku kepada seseorang apabila meningkat remaja. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah orang sumber, dimana saya telah menemuramah ibu-ibu dan bapa-bapa dalam proses mereka menjaga anak-anak yang meningkat remaja.

Akhir sekali, saya telah menggunakan kaedah soal selidik dengan bertanyakan beberapa soalan bagi mengetahui tentang peribadi individu yang meningkat ke alam keremajaan. Soalan yang ditanya boleh dilihat pada borang soal selidik yang telah disediakan.

5

1.0 PENGENALAN

Zaman remaja merupakan suatu proses peralihan dari alam kanak- kanak ke alam dewasa. Proses ini bertujuan untuk membolehkan remaja mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam kehidupan seharian mereka.

Zaman ini dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan akan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Alam remaja adalah alam yang penuh gelora dan emosi yang menjadi rintangan untuk seseorang itu berkembang.

1.1 Pengertian Akil Baligh

Akil baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan seseorang kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan.

Zaman remaja juga merupakan kehidupan yang penuh rintangan yang perlu diharungi dengan penuh bermakna dalam zaman era masa kini. Tambahan pula, golongan remaja merupakan aset yang sangat bermakna bagi negara kerana mereka generasi yang akan meneruskan pembangunan negara. Alam remaja juga merupakan suatu masa di mana mereka perlu membangunkan potensi diri supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab, berintergriti dan berpendidikan.

Untuk mengatasi masalah ini, remaja perlu mempunyai keperibadian yang mulia contohnya seperti keperibadian Rasulullah S.A.W. Ia haruslah bermula dengan menjadi 6

seseorang yang berakhlak mulia, beriman dan bertakwa. Jadi, remaja pada masa kini perlu bijak mengharungi kehidupan dunia penuh dengan dugaan bagi menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.

1.2

Pengertian Remaja

Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap kehidupan mereka. Menurut Kamus Dewan (Edisi Tiga ) remaja adalah merupakan mulai dewasa, sudah akhil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Sementara itu, G. Stanley Hall (1904) pula mengenengahkan istilah storm and stress bagi menggambarkan remaja sebagai zaman ribut dan tekanan dalam tempoh kehidupan manusia dengan memiliki sifat tertentu, mengalami perubahan dan penuh dengan keganjilan

Pada peringkat ini, remaja lelaki dan perempuan akan mengalami perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial. Perubahan-perubahan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti amalan pemakanan, genetik, sosio-budaya dan persekitaran. Maka, memahami perubahan semasa akil baligh adalah penting bagi membantu seseorang itu untuk lebih bersedia dalam menempuh alam remaja.

Permulaan seseorang remaja baligh ialah ketika berumur dalam lingkungan 13 tahun dan akhir remaja bergantung kepada keadaan tempat di mana remaja itu dibesarkan. Peringkat awal remaja ialah dari tingkatan 1 hingga 2, remaja pertengahan ialah dari tingkatan 3 hingga 5 dan peringkat akhir remaja ialah pada tingkatan 6. Peringkat Usia Remaja Peringkat Awal (Tingkatan 1 dan 2) Tingka

Peringkat Pertengahan (Tingkatan 3 hingga 5)

Peringkat Akhir (Tingkatan 6)

7

Rajah 1 : Peringkat yang berlaku semasa usia remaja

2.0

PERUBAHAN BAGI REMAJA

2.1

FIZIKAL

Perkembangan manusia bermula daripada sperma daripada bapa dan ovum daripada ibu disenyawakan menjadi zigot. Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis. Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi bahagianbahagian lain badan. Sel-sel ini akan menerima salinan gen-gen yang diperturunkan daripada ibu bapa

Seterusnya, zigot ini akan bertukar menjadi embrio iaitu segumpal darah. Pada masa ini,perkembangan otak bermula, mata, telinga dan mulut mula terbentuk. Pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat. Tali pusat ini juga membawa karbon dioksida dan perkumuhan daripada embrio kepada ibu untuk dikumuhkan. Seterusnya, terbentuklah seluruh anggota tubuh yang sempurna dilengkapi dengan sistem saraf yang lengkap.

Selepas berlakunya proses ini, lahirlah seorang bayi yang mana cukup sifatnya sebagai seorang manusia. Kemudian berlakulah perubahan-perubahan daripada bayi kepada kanak-kanak. Pada waktu ini, proses pembelajaran berlaku dengan pesat sekali dan bermula kehidupan bersosial. Seterusnya, perubahan terus berlaku pada peringkat remaja.

8

Rajah 2 : Perkembangan kanak- kanak

2.1.1 Remaja Lelaki

Perubahan yang berlaku bagi remaja lelak ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh. Pada masa ini jugalah mereka ahan mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar.

Remaja Lelaki suara menjadi garau misai dan janggut tumbuh bahu dan dada menjadi bidang jerawat alami mimpi zakar dan buah membesar

Rajah 3 : Perubahan fizikal bagi remaja lelaki

Rajah 4: Perubahan wajah kanak- kanak kepada remaja bagi lelaki

2.1.2 Remaja Perempuan

9

Remaja perempuan pula akan mengalami perubahan dari segi fizikalnya seperti buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. Untuk remaja perempuan, peringkat dewasa bermula apabila mereka telah mengalami akil baligh..Pada masa ini juga, perempuan akan lebih prihatin terhadap penampilan dan kecantikan diri. Remaja perempuan juga mula mengayakan diri supaya lebih menarik di mata lelaki yang melihatnya.

Remaja Perempuan Payudara membesar Bulu mula tumbuh bahagian ketiak dan ariari Punggung melebar Jerawat Haid Suara berubah Suka bergaya

Rajah 7 : Perubahan fizikal bagi remaja perempuan

2.1.3 Perkembangan Remaja Awal

Secara purata perempuan lebih pendek daripada lelaki semasa kanak-kanak, Kanak- kanak perempuan akan membesar cepat, menjadi lebih tinggi dan lebih berat diantara usia 10 dan 12 tahun. Kebanyakan kanak-kanak perempuan bertambah sekitar 5 cm setiap tahun. Pertumbuhan mereka akan perlahan sehingga seseorang wanita mencapai ketinggian maksimum sekitar umur 16 atau 17 tahun. Pertumbuhan lelaki pula secara amnya agak ketinggalan 2 tahun dibandingkan dengan perempuan. Pertumbuhan lelaki mulai tumbuh pesat diantara umur 10 hingga 16 tahun, iaitu pertambahan sekitar 7cm hingga 12 cm setahun.

10

Rajah 8 : Kanak-kanak perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki

2.1.4 Perkembangan Remaja Pertengahan Apabila remaja mula mencapai umur 14 atau 15 tahun, perubahan-perubahan fizikal menjadi semakin perlahan. Mereka bersedia menerima perubahan fizikal mereka yang baru. Pada peringkat ini, mereka akan mula berminat dengan pelbagai fesyen yang terkini.

2.1.5 Perkembangan Remaja Akhir Peringkat perkembangan remaja akhir adalah yang paling panjang. Fasa ini bermula sekitar umur 17 tahun hingga 20 tahun. Perubahan fizikal pada saat ini tetap terjadi, namun ianya agak lambat. Remaja secara fizikal kelihatan sudah dewasa kecuali mental. Keadaan fizikal mereka sangat penting dan menentukan harga diri mereka. (W. S. Turambi, 2001).

2.2

EMOSI

Emosi atau perasaan merupakan fitrah semulajadi seseorang manusia yang mana ianya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pemikiran seseorang. Dalam masa yang sama, pemikiran remaja pada waktu ini tidak cukup matang untuk berfikir secara rasional, logik dan objektif. Mereka mula mempunyai perasaan ingin mencari identiti diri, ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri serta perasaan ingin mencuba sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya.

11

Tambahan pula, selalunya perasaan akan mempengaruhi tingkah-laku seseorang contohnya perasaan apa yang mereka kehendaki dalam hidup, keadaan ini akan membawa kepada tekanan emosi yang menyebabkan berlakunya masalah gejala sosial yang berleluasa. Suasana alam sekitar juga merupakan peranan yang penting dalam mempengaruhi seseorang remaja. Ini kerana masyarakat Malaysia yang terlalu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur barat yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakt timur. Selain itu, dalam usaha untuk remaja mencapai kehendak dan keperluan hidup mereka akan mengalami satu perasaan yang utama iaitu perasaan marah, perasaan takut dan perasaan gembira. marah takut

gembira Rajah 9 : Emosi bagi remaja 2.2.1 Marah Seseorang remaja akan menjadi marah apabila kehendak atau keperluan dirinya tidak dapat dapat dipenuhi. Ini disebabkan oleh kehendak diri yang mahu kepada kebebasan hidup tanpa dikawal dan dijaga oleh penjaga. Remaja merasakan mereka sudah dewasa dan boleh hidup sendiri dan berdikari tanpa dibantu oleh ibu bapa. Maka, apabila timbulnya perasaan ini, seseorang remaja mula tidak lagi memikirkan sesuatu perkara itu mengikut landasan agama, tetapi memikirkan mengikut hawa nafsu sahaja.

2.2.2 Takut Perasaan takut juga wujud dalam seseorang individu, perasaan ini selalunya dipengaruhi oleh perasaan takut semasa kanak-kanak yang membawa ke alam remaja dan mungkin terus ke alam dewasa dan tua. Pengalaman-pengalaman pahit yang memberi kesan terhadap mindanya yang menjadikan seseorang itu penakut dan suka menyendiri contohnya seseorang yang takut pada air, mungkin semasa kecil dia pernah terjatuh di dalam sungai dan hampir lemas dan perasaan itu menghantuinya sehinggalah dewasa.

2.2.3 Gembira 12

Antara perasaan lain yang sangat penting ialah perasaan gembira. Rasa gembira akan memuncak apabila remaja mula mendapat perhatian, kasih sayang, pujian, dihormati dan dihargai. Ianya berkembang mengikut perkembangan umur seseorang dan perkembangan fizikalnya. Contohnya remaja yang sentiasa mendapat perhatian keluarga akan sentiasa berakhlak mulia dan sukar terpengaruh dengan gejala- gejala yang buruk.

2.3 MENTAL

Mental remaja dengan orang dewasa berbeza dimana orang dewasa mahu mereka dihormati kerana faktor mereka lebih tua, manakala remaja pula mahu hidup dengan kebebasan dalam membuat keputusan. Pada usia 13 hingga 15 tahun, remaja tidak mempunyai kekuatan mental bagi menyelesaikan masalah dan setiap keputusan yang dibuat beleh berubah dengan serta-merta apabila disergah atau dicabar

Dalam pada itu, ketika umur mencecah 16 tahun dan keatas, remaja mula bijak dalam menyelesaikan masalah dan lebih sistematik dalam melakukan sesuatu. Mereka sudah mula mencari sebab dan musabab bagi menyelesaikan sesuatu perkara dengan cara pemerhatian dan mampu berfikir dengan fakta-fakta yang logik berdasarkan pemikiran yang rasional. Namun begitu, mereka juga perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan peluang-peluang untuk menggunakannya dalam melakukan atau membuat sesuatu perkara.

Di samping itu, ciri-ciri mental yang kuat ialah mempunyai pemikiran yang wajar dan sesuai dengan akal menusia. Remaja perlu memikirkan perkara yang baik dan buruk untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Selain itu, remaja perlu bersikap positif dalam menjalani kehidupan seharian. Apa pun yang berlaku terhadap diri samada masalah yang besar atau yang kecil semuanya dugaan dan perlu diatasi dengan sikap yang positif.

Antara ciri lain ialah remaja perlu berdikari dan tabah serta sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia terutamanya dalam zaman serba moden ini. Selain itu, remaja juga perlu berkasih sayang sesama manusia. Sebagai remaja, mereka perlu

13

menghormati orang yang lebih tua. Remaja juga perlu menjaga kesihatan mental dengan melakukan senaman, makan makanan yang seimbang, berinteraksi sosial secara sihat dan sentiasa bersiakp positif.

2.4

SOSIAL

Sosialisasi merupakan satu proses yang membolehkan individu belajar cara bermasyarakat atau bersosial supaya mereka boleh berfungsi di kalangan masyarakat setempat. Proses sosialisasi ini berkembang melalui interaksi kekeluargaan, rakan sebaya dan hubungan dengan masyarakat.

2.4.1 Hubungan kekeluargaan

Remaja yang mempunyai hubungan sosial yang baik adalah bermula daripada suasana atau keadaan keluarga yang hidup dalam harmoni dan mempunyai kemesraan yang tinggi. Contohnya, ibu bapa yang bijak dalam mengawal kehidupan bersosial anak-anak sejak di rumah lagi akan mewujudkan sikap yang positif. Jadi, anak-anak remaja mereka akan lebih mengetahui cara-cara untuk bersosial dalam kalangan masyarakat sekeliling. Remaja akan mudah mempercayai penjaganya, apabila idea-idea dan perasaan mereka diberi perhatian. Malahan, didikan agama juga, perlu diterapkan oleh

14

ibu bapa sejak di rumah lagi supaya anak-anak dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah gejala sosial.

2.4.2 Hubungan rakan sebaya

Remaja selalunya banyak menghabiskan masanya bersama rakan-rakan. Rakan merupakan orang yang paling rapat dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat berbanding keluarga kerana remaja selalunya lebih mempercayai rakannya. Mereka akan berkongsi masalah, tempat luahan perasaan, berkongsi minat serta menjadi tempat untuk meminta pandangan dalam hal-hal kehidupan daripada rakan sebaya. Jika mereka mendapat sahabat yang baik, maka mereka akan dibawa ke arah kebaikan. Bagi, remaja yang mempunyai nilai keagamaan yang kukuh, mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan aktiviti kurang baik seperti menghisap dadah, berzina, minum arak, merempit dan sebagainya. Sebaik-baik rakan ialah rakan yang sering mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan perkara yang membinasakan .

2.4.3 Hubungan dengan masyarakat

Remaja selalunya mengharapkan kedamaian dan ketenteraman dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat perlu mengambil berat tentang masalah sosial remaja dengan menegur dan melaporkan perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh remaja kepada pihak-pihak tertentu. Ini akan dapat mewujudkan keharmonian masyarakat dan negara kerana mempunyai generasi muda yang proaktif dalam kehidupan mereka serta dapat memajukan negara pada masa hadapan.

3.0

PENJAGAAN KESIHATAN BAGI REMAJA

Remaja merupakan waktu yang sangat penting dalam menjaga kesihatan supaya kehidupan pada alam dewasa tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kesihatan. Remaja perlu menjaga kesihatan dari segi fizikal, mental dan rohani kerana ianya saling berkait rapat antara satu sama lain.

Pertama sekali, remaja perlu menjaga kesihatan fizikal dimana ia merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Remaja perlu melakukan aktiviti yang

15

dapat meningkatkan kekuatan fizikal iaitu dangan bersukan seperti bermain bola, futsal, badminton, ping pong, jungle tracking dan sebagainya.

Tambahan pula, golongan remaja perlu menyertai seni mempertahankan diri terutamanya golongan perempuan supaya mereka dapat mempertahankan diri daripada diambil kesempatan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Jadi, kekuatan dan kesihatan fizikal amat penting dalam setiap individu remaja.

Selain itu, kesihatan mental juga merupakan perkara yang penting kepada setiap individu supaya berfungsi melakukan kerja sehingga mencapai matlamat dengan keadaan mental yang sejahtera, sempurna pemikiran, emosi dan tingkah laku. Kesihatan mental dan spiritual dapat meningkatkan pengamalan tingkah laku dan merupakan amalan yang penting dalam kehidupan remaja.

Tambahan pula, mental sebenarnya dibantu oleh akal untuk menentukan sesuatu perkara. Akal yang sihat tidak mudah dipengaruhi oleh sesuatu contohnya membunuh diri, jika individu itu mempunyai agama dia tidak akan melakukannya kerana dia tahu hukum bunuh diri adalah haram dalam Islam dan agama yang lain juga. Jadi, agama memainkan peranan yang penting dalam memandu akal dan mental seseorang untuk berfikiran yang matang dan positif.

Kesihatan rohani juga sangat penting dalam diri remaja kerana kerohanian merupakan pelengkap hidup seseorang individu terutamanya remaja yang memerlukan kepada pendedahan kerohanian yang banyak untuk mengelakkan mereka daripada terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Kerohanian ini berkaitan dengan kepercayaan dan pegangan hidup yang kuat kepada agama masing- masing.

4.0

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

16

PEMAKANAN SENAMAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT KEBERSIHAN DIRI KEBERSIHAN PERSEKITARAN BERFIKIRAN TERBUKA Rajah menunjukkan amalan gaya hidup yang sihat

Remaja perlulah mengamalkan gaya hidup sihat dimana ia membawa kesan yang positif terhadap diri dan masyarakat. Kehidupan remaja pada masa kini penuh dengan tekanan. Jadi, amalan gaya hidup yang sihat perlu dijadikan matlamat utama bagi remaja.

Seseorang remaja perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pada masa sekarang, kebanyakan remaja lebih menggemari makanan segera, makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Pelbagai jens penyakit boleh dihidapi seperti kencing manis, darah tinggi. Selain itu, remaja juga perlu menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jadi, makanan seimbang membolehkan kita mencapai kehidupan yang ceria kerana semua zat- zat yang diperlukan oleh badan diperoleh dengan sempurna.

17

Piramid makanan

aktiviti senaman

Kebersihan diri Rajah

aktiviti gotong-royong : Gaya hidup sihat

Sementara itu,senaman yang berkala membolehkan kehidupan seseorang remaja sihat dan cergas. Aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersamasama keluarga perlu dilakukan. Remaja yang sering bersukan biasanya akan memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas.Seseorang yang sihat mindanya adalah terhasil daripada badan yang cergas.

Kebersihan diri perlu dijaga pada setiap masa untuk membolehkan remaja terhindar daripada sebarang penyakit. Pelbagai keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Remaja juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asasasas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih. Oleh itu, amalan yang baik seharusnya diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Selain daripada itu, persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Para remaja adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.

18

Disamping itu, remaja juga perlulah bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dapat dipenuhi. Remaja digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Perhubungan yang baik akan dapat melahirkan satu kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sebenarnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang baik seperti mengamalkan pemakanan yang seimbang, mengamalkan senaman, pergaulan yang sihat dan sebagainya. Gaya hidup sihat akan dapat dicapai sekiranya semua masyarakat mengamalkan amalan kehidupan yang sihat.Justeru itu, kita semua perlulah memahami bahawa seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat.

RUMUSAN KAJIANSaya telah menjalankan kajian soal selidik terhadap 20 orang responden termasuk lelaki dan perempuan mengenai tajuk kajian saya di atas. Hasilnya, saya mendapati 70% bersetuju bahawa remaja perlulah diberi peluang bagi mencorak kehidupan mereka dan 90% bersetuju remaja memerlukan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa. Walaupun, remaja ingin mendapat kebebasan dalam mencorak kehidupan sendiri, tetapi mereka mahu ibu bapa memahami dan membantu mereka. Tambahan pula, 90% tidak bersetuju remaja hanya tahu menyusahkan keluarga, memalukan bangsa dan meruntuhkan agama.

Selain itu, apabila menempuh alam remaja, seseorang itu akan meninggalkan zaman kanak-kanaknya dan menyukai perubahan yang berlaku keatas diri mereka. Saya mendapati 80% bersetuju yang mereka sudah bersedia ke alam remaja dan 85% bersetuju bahawa mereka gembira dengan perubahan yang berlaku keatas diri. Remaja juga memerlukan kesihatan yang sihat dan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat membantu remaja dalam menjalani kehidupan yang aktif dan cergas. Kehidupan remaja selalunya dikatakan sangat bergantung kepada rakan berbanding ibu bapa mereka sendiri. Tetapi, hasil kajian yang saya jalankan, 80% bersetuju

19

bahawa yang sebenarnya remaja lebih merapati ibu bapa berbanding rakan yang hanya 60% bersetuju.

Selain itu, pada dasarnya dapat kita lihat bahawa remaja pada hari ini tidak mengetahui bahawa mereka bersalah apabila melakukan apa-apa kesalahan dan telah bercanggah dengan ajaran agama. Antara contoh kesalahan ialah ponteng, buli, pergaulan bebas, zina dan sebagainya. Daripada kajian yang telah saya lakukan, didapati 90% bersetuju bahawa remaja mengakui kesalahan mereka sendiri dan 85% bersetuju bahawa ajaran agama dapat mencegah mereka daripada terjebak dengan kesalahan.

Kesimpulannya, hasil daripada kajian ini yang telah saya jalankan, didapati bahawa remaja sebenarnya mengetahui perkara yang baik dan buruk, akan tetapi pelbagai faktor telah mempengaruhi mereka sehingga terjerumus ke kancah masalah. Jadi, semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh remaja pada hari ini supaya generasi yang akan datang dapat mentadbir dan membangunkan negara yang tercinta ini.

6.0 Borang soal selidik Tandakan ( / ) bagi jawapan anda. Petak 1-sangat tidak setuju, Petak 2-tidak setuju, Petak 3-setuju, Petak 4-sangat setuju

Bil Perkara 1. 2. 3. 4. Adakah anda perlu diberi peluang untuk mencorak hidup sendiri. Adakah anda sudah bersedia untuk ke alam remaja dan meninggalkan alam kanak- kanak? Perlukah seseorang remaja ini mendapat perhatian daripada keluarga mereka sepenuhnya ? Adakah anda bersetuju dengan kenyataan remaja hanya tahu menyusahkan keluarga, memalukan bangsa, dan meruntuhkan agama? 5 Adakah anda gembira dengan perubahan yang berlaku ke atas diri anda samada anda adalah seorang remaja lelaki atau perempuan ? 6 Perlukah seseorang remaja mengamalkan gaya hidup yang sihat ?

1

2

3

4

20

7

Adakah anda setuju rakan sebaya adalah orang yang paling rapat dengan kehidupan seseorang remaja ?

8 9

Sebagai seorang remaja adakah ibu bapa anda orang yang paling rapat dengan anda ? Adakah anda berasa bersalah sekiranya anda melakukan sesuatu kesalahan seperti ponteng kelas?

10

Adakah ajaran agama menjadi satu sebab mengapa seseorang remaja itu tidak terjebak kepada kegiatan yang tidak sihat seperti minum arak, pergaulan bebas dan sebagainya.

21

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI 1. Burhannudin,Abdul Razak,Mohd Fauzi,Hamizon(2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5.DBP: Kuala Lumpur. 2. Dzulkifli,Jamaliah,Aris Fadzil(2007).Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6.DBP: Kuala Lumpur. 3. Albeny Joslyn Panting, Pises Busu(2009).HBHE2203 Kesihatan Diri Dan Keluarga.Meteor Doc. Sdn. Bhd: Selangor. 4. Aminuddin, Anuar dan Enson(2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2.DBP: Kuala Lumpur. 5. www.slideshare.net/thiva1487/22249089 6. http://shukreyahz.blogspot.com/2007/02/pengenalan-2467.html 7. http://psikologi-perkembangan.blogspot.com/

22

Lampiran

23

24

25

26

27