Perancangan Strategik Smk Batu 17 2013

download Perancangan Strategik Smk Batu 17 2013

of 179

description

Disediakan bagi memenuhi keperluan kursus MA Educational Management 2013

Transcript of Perancangan Strategik Smk Batu 17 2013

PERANCANGAN STRATEGIK

PENASIHATTn Hj Kamarulzaman bin Md Ali

PENGARAH URUSANNubairi bin Mustafa

KONSULTAN 3Ku Nor Suriati binti Ku IshakKONSULTAN 2Syairah bt HuslanKONSULTAN 1Salmah bt Md Zain

PENGURUS LATIHAN & KEWANGANSyahzal Amira bt SabriPENGURUS PEMASARAN& LOGISTIKSiti Khatijah bt Ghazali

KONSULTAN PROJEK

LOGO KUMPULAN

ASAL BATU JADI PERMATASeperti lazimnya batu, bahan sintesisnya keras, namun ia masih tampak mulus dan jernih. Menariknya, ia dapat dihasilkan dalam berbagai warna yang menarik.Setelah digilap menerusi proses yang panjang, batu ini akhirnya dikenali sebagai permata Cubic Zirconia

SMK BATU 17DI SEBALIK BATU TERSEMBUNYI GEMERLAP PERMATA

KANDUNGAN DOKUMEN

BILPERKARAMUKASURAT

ELEMEN I: PENGURUSAN STRATEGIK DALAM PENDIDIKAN

1Definisi Pengurusan Strategik6

2Konsep Asas Pengurusan Strategik9

3Kepentingan Pengurusan & Perancangan Strategik13

4Model Pengurusan & Perancangan Strategik15

5Konsep Pengurusan Strategik16

6Pengimbasan Persekitaran17

7Peranan & Tanggungjawab Pentadbiran Sekolah25

8Pembentukan Strategi39

9Penjanaan Visi & Misi39

10Pembentukan Objektif47

11Memahami Analisis SWOT, TOWS Matriks & Matriks Ranking51

12Perancangan Pelan Tindakan58

13Kawalan & Penilaian60

14Standard Operation Procedure (SOP)66

ELEMEN II: PERANCANGAN STRATEGIK SMK BATU 17

15BAHAGIAN I: Pendahuluan73

16Aluan Pengetua73

17Ikrar Integriti Penjawat Awam74

18Falsafah Pendidikan Kebangsaan74

19Aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri75

20Matlamat76

21Etika Kerja76

22Objektif76

23Matlamat Strategik76

24Nilai Bersama77

BAHAGIAN II: Penyataan Visi & Misi Sekolah

26Visi & Misi Sekolah78

27Piagam pelanggan79

BILPERKARAMUKASURAT

BAHAGIAN III: Perancangan Strategik

28Pelan Kerja Pembinaan Perancangan Strategik80

29Pengimbasan persekitaran Luaran/Dalaman80

30Cabaran Utama:ANALISIS SWOT82

31Objektif, KPI, TOV dan Sasaran Pencapaian84

32Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab, Output, Outcome89

33Pelan Operasi92

34Perancangan Strategik Peningkatan Prestasi Akademik96

35Fokus Utama Sekolah98

36Analisis SWOT Bidang Hal Ehwal Murid (HEM)118

37Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab, Output, Outcome119

38Analisis SWOT Bidang Kokurikulum120

39Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab, Output, Outcome121

BAHAGIAN 1V: Pengurusan & Pentadbiran

40Maklumat Sekolah122

41Sejarah Sekolah123

42Penjelasan Lencana124

43Senarai Pengetua125

44Maklumat Staf Akademik125

45Enrolmen Pelajar126

46Keputusan Peperiksaan Awam127

47Pelan Kedudukan Sekolah128

48Senarai Guru & Staf129

49Carta Organisasi Sekolah130

50Pengurusan & Pentadbiran131

51Carta Organisasi Pengurusan137

52Carta Organisasi Kurikulum138

53Bidang Tugas Guru139

54Carta Gantt Pengurusan Kurikulum143

55Bidang Tugas Guru Unit HEM145

56Carta Gantt Pengurusan HEM148

57Bidang Tugas Guru Unit KOKURIKULUM150

58Carta Gantt Pengurusan KOKURIKULUM158

BAHAGIAN IV: Isu Pendidikan Sekolah-Sekolah Di Malaysia

59Benchmarking160

60Teori-Teori Kepemimpinan168

PENGURUSAN STRATEGIK DALAM PENDIDIKAN

1.1 Definisi Pengurusan StrategikTerdapat kekeliruan di kalangan pemimpin pendidikan hari ini tentang konsep pengurusan strategik dan juga perancangan strategik. Ini menyebabkan mereka kurang berupaya dalam mendokong konsep pengurusan yang sangat penting ini. Ada di kalangan mereka yang berani mencuba walaupun masih kabur dan tidak kurang pula yang terus melupakannya. Perancangan strategik dapat didefinasikan sebagai satu proses yang kompleks dan berterusan untuk perubahan sesebuah organisasi. Perancangan strategik merupakan tahap perancangan tertinggi dalam tahap perancangan yang melihat arah tuju sekolah pada jangka masa panjang iaitu 3 hingga 5 tahun ke hadapan dalam skop yang lebih luas dan umum. Ianya berdasarkan analisis sesuatu kejadian atau ramalan arah atau trend dan senario masa depan yang munasabah dan juga menganilisa data luaran dan dalaman.Satu yang fleksibel dan berorentasikan gambar besar. Ianya menjajarkan organisasi dengan persekitaran, membangunkan konteks untuk pencapaian matlamat dan menyediakan kerangka kerja dan halatuju untuk mencapai hasrat masa depan organisasi. Membina satu kerangka untuk mencapai kelebihan yang kompetetif melalui penganalisaan organisasi, persekitaran dalaman dan luaran serta potensinya. Ini membolehkan ia bergerak balas terhadap trend-trend, peristiwa-peristiwa, cabaran dan peluang yang baru timbul dalam kerangka kerja visi dan misi yang dibangunkan melalui proses perancangan strategik.Ia mensasarkan untuk mengubah cara organisasi berfikir dan beroperasi, dan membina satu proses pembelajaran organisasi. Apabila berjaya, ia akan mempengaruhi semua pengoperasian dan menjadikan falsafah dan budaya organisasi. Sybouts, W. (1992) menyatakan Strategic planning is fundamentally a discipline that involves stakeholder working collectively to review selected basic considerations or conduct a strategic analysis, clarify mission and goals, select strategies to move toward goal and operationalize the strategic goals into working plans.Di dalam disiplin pengurusan, pengurusan strategik dan perancangan strategik adalah berbeza. Meskipun kelihatan lebih kurang sama tetapi hakikatnya kedua-dua istilah itu berbeza dari segi makna dan fungsinya. Pengurusan strategik merupakan satu proses formulasi, implementasi dan penilaian tindakan-tindakan yang akan memastikan organisasi berupaya mencapai objektifnya ( David, 1986). Konsep utama yang harus ada dalam pengurusan strategik adalah formulasi, implementasi dan penilaiaan. Tiga tonggak inilah yang menjadi nadi utama menentukan kejayaan pengurusn strategic di mana-mana organisasi pun. Formulasi adalah proses pembinaan wawasan hingga ke peringkat pembinaan pelan tindakan. Peranan pengurus dan pemimpin amatlah penting di peringkat ini untuk memastikan kesepaduan wujud dalam proses fomulasi ini. Implimentasi pula adalah peringkat pelakanaan tindakan yang dirancang untuk memastikan wawasan tercapai. Akhirnya penilaian dilaksanakan di peringkat akhir untuk menentukan pencapaian wawasan.Pengurusan strategik dapat membantu pengurus untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan bermakna tentang kedudukan strategik semasa, pengaruh luaran semasa, pengaruh luaran masa depan dan harapan pihak-pihak yang berkepentingan (Mintzberg 1994). Muhammad Bustaman menjelaskan perancangan strategik sebagai satu tahap perancangan yang tertinggi dalam tahap perancangan yang melihat arah haluan organisasi pada jangka masa panjang sekurang-kurangnya 3-5 tahun ke hadapan dalam skop yang lebih luas dan umum dengan menyoal dan mencari jawapan tentang apakah (what) yang akan dilakukan pada masa hadapan, bagaimanapun (how), siapa (who) yang akan menerima fungsi tersebut dan bila (when) ianya akan tercapai. Jelasnya, perancangan strategik merupakan satu proses merancang halatuju organisasi. Ia menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada semua warganya.Pengurusan strategik merangkumi proses pembentukan dan pelaksanaan strategik sebagai tindak balas kepada dan sebagai tindakan awal bagi peristiwa masa depan di dunia luar manakala perancangan strategik adalah berkaitan dengan penentuan strategi untuk merancang bagaimana hendak melaksanakannya. Ia terdiri daripada analisis, membuat keputusan, pelaksanaan dan penilaiaan. Keputusan strategik adalah berhubung dengan keseluruhan skop aktiviti sesebuah organisasi, halatuju jangka panjang sesebuah organisasi, memadankan aktiviti sebuah organisasi dengan persekitaran dan membentuk aktiviti yang boleh dikekalkan sesuai denga sumber sebuah organisasi.Secara umumnya pengurusan strategik bolehlah dianggap sebagai otak manakala perancangan strategik sebagai tulang belakang kepada pengurusan organisasi. Perancangan strategik sebagai tulang belakang kepada pengurusan organisasi merupakan satu proses merancang halatuju organisasi. Ia menetapkan haluan ataupun halatuju organisasi yang akan menjadi panduan kepada semua warganya. Tempoh masa antara tiga hingga lima tahun merupakan jangka masa yang sesuai untuk mencapai halatuju berkenaan. Justeru itu, pengurusan strategik penting bagi menentukan kejayaan kerana ia merupakan kunci kepada semua proses pengurusan sekolah terutamanya dalam aspek kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, kewangan dan penilaian serta kawalan. Adalah di harapkan melalui perancangan strategik yang dikemukan ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah Kebangsaan Jitra memperbetulkan kekeiruan yang timbul dan seterusnya memperaktikkannya dalam pengurusan harian mereka.

1.2 Konsep Asas Pengurusan StrategikBagi melaksanakan kajian dan merancang kepada kejayaan sekolah berdasarkan konsep asas pengurusan strategik supaya ianya dijadikan garis panduan untuk merangka pelan strategik kejayaan sekolah tersebut.Tidak dapat tidak, kecemerlangan merupakan harapan dan impian setiap organisasi. Secara umum istilah cemerlang merujuk kepada pencapaian, kemahiran, kemampuan melebihi daripada yang diharapkan kepada kita atau melebihi tahap kemampuan kita. Dalam usaha mencapai kecemerlangan, pihak pengurusan sekolah sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. Salah satu pendekatan yang cukup popular dewasa ini ialah pengurusan strategik. Istilah strategik berasal dari perkataan strategos dalam bahasa Greek yang bermaksud fungsi seorang jeneral. Istilah strategik yang diguna pakai pada hari ini mengikut Kamus Dewan bermaksud kebolehan dalam mengurus sesuatu dan mempunyai halatuju yang jelas. Konsep ini digunakan sejak berkurun yang lalu malah sewaktu Perang Dunia Pertama pihak Jerman telah menggunakan konsep Peperangan Strategik untuk menewaskan musuh mereka. Perkataan Strategik dalam pengurusan pula digunakan untuk menggambarkan tindakan pengurus besar atau atasan membuat keputusan mengatasi tindakan oleh pihak musuh ( Steiner, 1979). Hal ini merangkumi banyak perkara penting dan masa depan syarikat termasuk tujuan, misi, objektif perancangan, program strategik dan kaedah atau tindakan yang perlu untuk melaksanakan strategik tersebut. (1979) memberikan definasi yang menyeluruh dan merangkumi empat komponen iaitu: Kedudukan masa hadapan akibat keputusan yang dibuat sekarang yang dipengaruhi oleh rantaian faktor yang menyebabkan berlaku sesuatu kejadian serta akibatnya. Kemudian pengubahsuaian dibuat di mana organisasi perlu sentiasa peka kepada peluang dan ancaman di sekelilingnya. Pengurusan Strategik merupakan proses berterusan yang mempunyai objektif spesifik yang diterajui dan ditubuhkan satu sistem yang kukuh untuk melihat agar proses ini berjalan lancar. Pengurusan Strategik juga merangkumi sikap atau cara hidup. Orang yang terlibat harus mempercayainya, memastikan pergerakannnya dan menjadi satu bahagian dalam pengurusan. Perancangan Strategik merupakan satu sistem yang formal yang perlu menggabungkan tiga jenis kegiatan iaitu perancangan jangka masa pendek, perancangan jangka masa pertengahan(3-5 tahun) dan perancangan jangka Strategik adalah satu proses apabila melibatkan pilihan terbaik untuk bertindakbalas tehadap keadaan persekitaran yang dinamik dan persekitaran yang kadang-kadang kurang menyenangkan. Allison & Kaye (1997) berpendapat strategik memerlukan kepastian tentang pilihan-pilihan dan penglibatan penuh terhadap satu set tindak balas dan tidak kepada yang lain.Strategik mengambil kira: Kehendak dan aspirasi jangka panjang Persekitaran luaran Kekuatan dalam organisasi sekolah Budaya cemerlang organisasi sekolah Harapan pihak yang berkepentingan (stakeholder) Menjangkakan sumber-sumber masa depanProses strategik dilaksanakan dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan bagi sesebuah organisasi sekolah dan cabaran-cabaran dalam persekitaran luaran. Berdasarkan pandangan Brent Davies & Linda Ellison (1998) terdapat pengurusan dan perancangan strategik yang digunakan di sesebuah organisasi dapat meningkatkan hasil kerja dan memantapkan halatuju organisasi untuk mencapai visi sekolah. Mengikut pendapat Less Bell(1998) dalam jurnalnya yang bertajuk From Symphony to Jazz: The Concept Of Strategy in Education mengkaji penggunaan konsep strategik dalam pengurusan organisasi. Konsep strategik yang berasal daripada perkataan Greek membawa maksud kepimpinan generalship ketenteraan.Pada asalnya konsep strategik digunakan dalam sektor perniagaan yang berorentasikan keuntungan, dan dipindahkan ke sektor persekolahan yang tidak berteraskan keuntungan. Strategik yang menggunakan perancangan jangka panjang mengenal pasti kekangan dan adaptasi kepada perubahan dalam persekitaran yang dapat menentukan hasil pada masa akan datang. Hargreaves (1989) pula, pengetua perlu merangka empat soalan utama dalam pengurusan strategik iaitu: Pada tahap apakah prestasi sekolah itu pada masa kini? Apakah perubahan yang diperlukan? Bagaimana mengendali perubahan-perubahan ini? Bagaimana dapat kita ketahui perubahan-perubahan ini Berjaya atau tidak?

Brent Davies dan Linda Ellisson (1998), berdasarkan jurnalnya yang bertajuk Strategic Planning in School: An oxymoron? menyatakan pendekatan tradisional dalam mengurus sesebuah sekolah tidak lagi praktikal dengan pendekatan strategik yang dicadangkan. Mereka beranggapan perlu ada cara baru untuk sesebuah sekolah berdepan dengan cabaran kepimpinan dan pengurusan alaf baru. Ford(1995), menyatakan lapan bidang yang perlu dilaksanakan oleh pengetua ialah:

Membina etos sekolah dan persekitaran pembelajaran. Visi dan halatuju masa depan. Melaksanakan matlamat ikut keutamaan. Pengubahsuaian kurikulum dan pemantauan hasil pelajar. Penggunaan sumber-sumber seperti manusia, fizikal, budaya dan iklim. Pemilihan guru, prestasi dan perkembangan staf. Penubuhan badan bebas yang memantau struktur organisasi dan pencapaiannya. Pembentukan polisi yang bersesuaian dengan peredaran masa.Di dalam buku William B. Castetter iaitu The Human Resource Function in Educational Administration menjelaskan aspek penting perancangan strategik iaitu: Menggerakkan sistem pengurusan yang sedia ada kepada pengurusan yang diinginkan. Menetapkan matlamat, objektif yang perlu di capai dan pelan-pelan taktikal (tindakan operasional) yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi. Mengutarakan persoalan asas berkenaan pengstrukturan yang perlu dibuat untuk membentuk halatuju dan generasi masa depan untuk pendidikan, aktiviti dan perkhidmatan. Membentuk pelan taktikal dalam batasan misi, matlamat, polisi dan nilai sumber manusia. Mengadakan satu had(measurable) yang akan digunakan sebagai rujukan pencapaian. Menghubungkan matlamat masa kini dengan matlamat visi. Mengkaji semua faktor luaran yang mungkin mempengaruhi perancangan strategik seperti politik, ekonomi, pendidikan dan sesitiviti masyarakat luar.Di Negara barat kaedah pengurusan digunakan dengan meluasnya dalam sektor korporat yang bermula bertapak pada tahun 1985 lagi. Pada awal 1990-an dan pada awal abad ke 21 konsep strategik dibawa semula ke dunia pendidikan dengan harapan ia mampu meletakkan pendidikan kita di mercu dunia. Strategik yang dimaksudkan di sini merujuk kepada cara bagaimana organisasi ingin mencapai matlamatnya dalam jang masa tertentu.1.3 Kepentingan Pengurusan dan Perancangan StrategikKeupayaan untuk menggunakan pengurusan strategik secara komprehensif dan kolektif boleh menjadi titik tolak berjayanya atau gagal sesebuah organisasi termasuklah organisasi sekolah. Oleh itu mengaplikasi pengurusan strategik adalah penting untuk sesebuah organisasi dan ianya di akui oleh sarjana-sarjana yang berkecimpung dalam bidang ini. Di antaranya ialah Anne Jones( 1987 ) menjelaskan, tanpa mempelajari kemahiran pengurusan strategik dan perancangan operasi, ketua hanya mendapati diri mereka tidak terlibat dengan apa-apa pun kecuali pengurusan krisis semata-mata. Tambahnya lagi, Kita melihat bahawa guru besar yang tidak mempunyai model pengurusan yang jelas itulah yang akan mengalami kegagalan yang besar.Untuk mengenali kekuatan dan kelemahan lebih jelas adalah melalui perancangan strategik . Organisasi mestilah membentuk rangka tindakan yang wajar diambil sejajar dengan usahanya yang mahu mengeksploitasi peluang dan mengekang ancaman yang wujud. Di samping itu, organisasi dapat merancang aktivitinya mengikut kepentingan dengan lebih jelas dan bersistematik. Organisasi dapat mengenal pasti tahap pencapaiannya dan mengawal segala program. Organisasi sentiasa dalam keadaan proaktif terhadap perubahan yang berlaku di dalam dan luar organisasi. Perancangan strategik juga dapat mengurangkan program berulang serta menyediakan satu suasana kerja yang kondusif.Manakala Bryson(1988), menegaskan implementasi pendekatan pengurusan strategik mewujudkan keseragaman tindakan dengan pelbagai unit yang akan menumpukan kepada objektif dan tujuan yang sama. Hasilnya, pengurusan akan menjadi proaktif dan akan membawa pihak pengurusan memikirkan masa depan organisasi seterusnya memimpin organisasi kearah kejayaan.Satu daripada elemen organisasi yang berdaya maju adalah organisasi yang sanggup dan mampu menerima dan melakukan perubahan. Seringkali perubahan mengundang tekanan dan melahirkan konflik dalam organisasi. Justeru, Brian Fidler dalam bukunya Perancangan Strategik Untuk Kemajuan Sekolah (1999) menghuraikan kepentingan pengurusan strategik sebagai wadah yang dapat memberi peluang kepada penglibatan pelbagai lapisan pengurusan dan proses pemikiran strategik akan mengurangkan tekanan terhadap perubahan.Pada masa ini, pelaksanaan pendekatan pengurusan strategik di sekolah adalah sesuatu yang lazim. Walaubagaimanapun, masih lagi terdapat bebrapa kelemahan dalam proses melaksanakannya. Antara faktor berlakunya masalah ini ialah kerana pemilikan pengetahuan yang tidak menyeluruh di kalangan pentadbir dan guru-guru. Terdapat kekeliruan terhadap konsep, usaha yang tidak bersepadu dan kefahaman mengenai kaedah pelaksanaan yang dangkal di kalangan warga organisasi. Oleh itu, semua pihak perlu cuba menggalurkan langkah-langkah mudah untuk melaksanakan pendekatan ini di sekolah.

1.4 Model Pengurusan Dan Perancangan StrategikKompenen-komponen yang perlu ada pada model strategik: Persetujuan dari pihak pengurusan atasan Visi, misi dan objektif sekolah baru Nilai-nilai sekolah kini Faktor kritikal kejayaan Analisis dan dianogsis persekitaran sekolah Analisis dan dianogsis faktor dalaman sekolah Pembinaan objektif Pembinaan, penilaian dan pemilihan strategi Analisa jurang (gap) atau pemadanan dengan polisi, struktur dan cara kepimpinan Pembinaan plan kontigensi Implementasi dan perubahan Penambahbaikan (kaizen)

1.5 Konsep Pengurusan Strategik

1.0 PENGIMBASAN PERSEKITARANPenilaian persekitaran dalam merupakan antara proses kedua dalam pengurusan strategik. Proses ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian persekitaran dalaman dan penilaian persekitaran luaran. Pada peringkat ini, perancangan strategik akan menilai semua faktor dalaman dan luaran yang mampu memberi kesan kepada organisasi. Hasil daripada aktiviti penilaian ini dirumus dan dimasukkan ke dalam satu analisis yang dipanggil Analisis SWOT.

1.1.1 Persekitaran LuaranPenilaian persekitaran luaran berbeza sedikit dari penilaian persekitaran dalaman kerana persekitaran ini dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berada di luar kawalan organisasi seperti politik, sosial, teknologi, perundangan dan pesaing. Ianya boleh menjadi peluang ataupun ancaman kepada organisasi. Mengetahui keadaan persekitaran luaran ini dengan baik mampu membantu organisasi membuat keputusan dengan lebih berkesan. Persekitaran luaran boleh diklasifikasikan dalam bentuk persekitaran am dan persekitaran pesaing.Proses analisis persekitaran am bertujuan untuk mengenal pasti keadaan sekeliling yang menjadi ancaman atau peluang yang ada pada masa kini dan juga untuk jangka masa panjang.Terdapat banyak komponen analisis persekitaran am tetapi semuanya boleh diklasifikasi kepada 4 komponen besar iaitu:PolitikAnalisis politik mengambil kira kedudukan undang-undang dan peraturan sesuatu negara, keutuhan kerajaan dan peraturan kerajaan sentiasa diberi perhatian supaya segala strategi yang dibuat adalah mengikut landasan yang betul.Undang undang serta peraturan juga boleh menghadkan atau menghalang aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu organisasi. Selain dari kerajaan, terdapat kumpulan atau institusi yang mempunyai pengaruh dan kuasa. Strategi-strategi dalam sesbuah organisasi mestilah mengambil kira semua ini dan sepatutnya menjalinkan hubungan baik dengan mereka dalam usaha untuk membentuk satu-satu strategi. Ideologi pilitik pemerintah serta sikap dan pendirian ahli-ahli politik terhadap institusi pendidikan juga menjadi faktor untuk dianalisis.EkonomiAnalisa komponen ekonomi boleh menentukan bagaimana sumber diagih dan digunakan dalam sesebuah organisasi. Di antara faktor yang termasuk dalam komponen ekonomi ialah peruntukan kewangan bagi pendidikan. Setiap faktor ekonomi boleh membantu atau menghalang pencapaian objektif sesebuah organisasi. Seorang strategis mesti menentukanapakah faktor ekonomi yang sangat penting dan memberi kesan kepada institusi pendidikan dan berusaha untuk meramal perubahan tersebut. Kebolehan meramal keadaan ekonomi denga tepat merupakan input yang sangat penting dalam membuat keputusan strategik.SosialKomponen ini dianalisis untuk mengetahui keadaan soiobudaya penduduk yang wujud persekitaran organisasi. Dalamnya wujud unsur-unsur seperti etika, pertimbangan moral yang dipengaruhi oleh kebudayaan, agama, bangsa dan negara. Komponen ini juga tertumpu kepada nilai dan sikap masyarakat serta isu-isu am yang ada kaitan dengan kegiatan yang ingin dijalankan. Strategis haruslah sentiasa mengikuti perubahan dalam nilai-nilai sosiobudaya yang mempengaruhi organisasi mereka. Kesan sosial akan membawa perubahan dalam keperluan, cita rasa dan minat pelajar serta orang ramai.

TeknologiAnalisa teknologi ini bermaksud untuk menilai kedudukan prinsip kejuruteraan dan sains yang telah digunakan dalam proses operasi organisasi. Tahap teknologi yang telah diguna perlu sentiasa di awasi untuk memastikan sumbangannya. Peralihan teknologi seiring dengan masa dan perkembangan inilah yang harus sentiasa dipantau dan organisasi membuat pebgubahsuaian supaya ia tidak tertinggal.Perubahan teknologi juga meliputi penggunaan computer canggih, LCD, smartboard dan lain-lain adalah untuk melaksanakan aktiviti dalam proses P&P. Aliran atau corak teknologi termasuklah pengubahsuaian dari segi kaedah, reka bentuk, aplikasi dan juga kecekapan. Seseorang strategis yang berkesan seharusnya mengkaji perubahan teknologi yang boleh memberi peluang untuk memperbaiki kecekapan pengurusan dan pentadbiran. Ianya juga boleh menjadi ancaman sekiranya peluang ini direbut oleh pesaing.Penilaian persekitaran luaran juga merupakan elemen yang penting dan perlu dilihat kerana sesebuah organisasi itu tidak akan lengkap sekiranya tidak meliputi penilaian persekitaran luaran. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sebarang peluang dan ancaman yang wujud diluar organisasi dan penilaian ini amat berguna untuk melakukan analisis SWOT. Di antara faktor-faktor yang dinilai ialah politik, ekonomi, sosiobudaya, teknologi, pelanggang dan pesaing. Semua faktor ini sentiasa berada diluar kawalan organisasi. Antara faktor luaran yang boleh dianalisis ialah: Keadaan politik setempat Tahap sosiol setempat Kerjasama masyarakat Tahap ekonomi masyarakat Polisi dan dasar kerajaan Tahap keselamatan Kawalan kos/perbelanjaan Hubungan interpersonal masyarakatAncaman dan peluang yang wujud dari persekitaran luaran organisasi perlu juga dianalisis dengan tepat kerana kedua-dua faktor ini juga memberi kesan besar terhadap pencapaian strategik yang dirancang.1.1.2 Persekitaran DalamanBahagian pertama analisis SWOT ini memfokuskan kepada persekitaran dalaman iaitu berkaitan dengan faktor-faktor kekuatan (strengths:S) dan kelemahan (weakness:W). Manakala bahagian kedua memfokuskan kepada persekitaran luaran iaitu yang berkaitan dengan faktor-faktor peluang (opportunities: o) dan ancaman ( thtreats : T). Keberkesanan penilaian di kedua-dua bahagian tersebut adalah penting kerana ia merupakan nadi kepada penghasilan strategi yang berkualiti.Analisis persekitaran dalaman merupakan analisis maklumat yang diperolehi daripada organisasi itu sendiri. Analisis ini mengira, mengukur dan menggambarkan segala pergerakan dan operasi organisasi tersebut. Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan organisasi tersebut. Menerusi pengetahuan ini, strategi akan lebih mudah memilih dan mengatur rancangan seterusnya bagi mencapai visi, misi dan matlamatnya. Pada kebiasaannya analisis yang dibuat merangkumi bahagian berikut: Struktur organisasi Kepercayaan Sumber manusia Budaya Nilai Polisi dalamanKepercayaanDalam konteks sekolah, kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan yang dikongsi bersama oleh semua pihak yang berada di dalam sesebuah organisasi itu. Selalunya ia terbentuk hasil daripada gabungan faktor-faktor seperti agama, kefahaman politik, falsafah, lagenda dan mitos di samping faktor-faktor lain. Sebagai contoh, di sekolah ramai pekerja yang beragama Islam akan menerapkan nilai-nilai murni Islam seperti jujur, amanah, ikhlas, bertanggungjawab dan sebagainya dalam urusn pekerjaan mereka di sekolah dan di luar kawasan sekolah. Di samping itu, orang Islam juga percaya bahawa Allah akan membalas setiap perbuatannya yang baik itu dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.Sumber TenagaSumber manusia merupakan aset sesebuah organisasi yang sangat penting dalam usaha untuk mencapai matlamat. Tanpa sumber manusia, sesebuah organisasi tidak dapat menjalankan operasinya dengan berkesan. Dengan itu, penilaian terhadap sumber manusia merupakan aspek penting yang harus diberi penekanan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi.Analisa pentadbir dalam sesebuah sekolah dijalankan untuk menentukan kecekapan dan kemampuan mereka menjalankan tugas. Manakala analisis pekerja pula perlu untuk mengetahui mutu perkhidmatan, tahap pengetahuan serta hubungan mereka dengan pihak atasan.BudayaPihak pengurusan yang dapat membentuk satu budaya kerja yang bersih, cekap dan amanah mempunyai potensi lebih baik untuk membentuk sebuah organisasi yang cekap dan berdaya saing yang tinggi. Begitu juga organisasi yang diurus berasaskan kepada ajaran agama akan mampu mewujudkan satu budaya kerja yang lebih berkualiti. Dalam sekolah dapat dilihat bahawa budaya berjalan lebih mirip kepada komuniti berbanding organisasi. Dalam komuniti kejayaan dan kegagalan dikongsi bersama, saling tolong menolong dan bertingkahlaku menurut norma-norma dan kepercayaan dalaman. Satu komuniti bertindak berdasarkan kepercayaan teras yang dipersetujui dan berdiri tegak di atas tapak yang satu. Keresahan dan ketidaktentuan tentang apa yang patut dibuat dan tidak patut dibuat, apa yang wajar dan apa pun pula yang tidak wajar, tidak wujud. Guru-guru tidak hilang punca dengan hal-hal yang tidak dijangka atau perkara-perkara bukan rutin. Guru-guru mempamerkan sikap keyakinan yang tinggi.NilaiSecara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki melibatkan unsur penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakkan tingkah laku yang dipilih melibatkan nilai individu yang berkenaan atau nilai kelompoknya. Justeru itu pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi proses pembangunan. Penghasilan nilai-nilai ini akan mengakibatkan pihak lain meletakkan kita sebagai masyarakat membangun yang tidak bermoral. Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan melibatkan setiap orang kerana tingkahlaku / nilai individu mencerminkan nilai keseluruhan rakyat Malaysia.Elemen ini dan budaya organisasi yang sedia wujud perlu dipertimbangkan secara mendalam kerana impaknya sangat besar terhadap wawasan. Jika nilai-nilai positif seperti semangat kerjasama, hormat menghormati, menepati masa, rajin, tekun, amanah dan sebagainya sedia wujud dalam sesebuah organisasi. Ia akan menjadi pemangkin yang akan mempercepatkan pencapaian wawasan. Tetapi jika wujud nilai-nilai negatif yang menguasai organisasi maka tindakan segera perlu diambil. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan atasan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, masyarakat setempat dan juga pihak yang berwajib untuk memperbetulkan suasana yang wujud itu. Setelah budaya negatif ini diperbetulkan, maka barulah wawasan tersebut boleh diaju dan dibahskan untuk diterima pakai.Polisi DalamanPolisi sangatlah penting dalam melaksanakan sesuatu perancangan. Dalam konteks pendidikan, keberkesanan sesebuah sekolah adalah dipengaruhi oleh polisi pendidikan. Polisi pendidikan mempunyai pandangan yang pesimis tentang pengaruh sekolah terhadap kejayaan murid. Pengaruh pemimpin sekolah merupakan faktor signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan sekolah. Di samping faktor kepimpinan, faktor persekitaran dan budaya sekolah, jangkaan yang tinggi terhadap pencapaian serta penilaian yang kerap dilkukan juga membantu meningkatkan pencapaian murid. Keberkesanan sekolah juga mempunyai hubungan dengan kebolehan sedia ada murid seperti sekolah berasrama penuh yang mempunyai murid-murid yang terpilih dari segi pencapaian akademik walaupun proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan (Sharifah, 2000). Walaupun kecermelangan dan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbgai faktor seperti faktor sosioekonomi, lokasi sekolah, sumber kewangan, peralatan yang mencukupi serta tahap kebolehan sedia ada murid, namun pihak sekolah harus optimis dalam mengaplikasikan amalan-amalan pengurusan dan strategic sekolah bagi menjamin keberkesanannya.Semasa melakukan analisis dalaman organisasi, perkara yang boleh menjadi panduan untuk dianalisis adalah seperti berikut: Imej dan prsetasi sekolah Keberkesanan struktur Budaya organisasiStail dan gaya kepimpinan Motivasi staf keseluruhan Komitmen staf sokongan Kawalan kos/perbelanjaan Hubungan interpersonalStruktur OrganisasiStruktur organisasi yang ringkas hanya mempunyai dua tahap sahaja iaitu (Guru Besar) dan pekerja (guru/staf). Ini selalunya terdapat pada sesebuah organisasi atau institusi yang lebih mudah melaksanakan strategi yang diatur. Walaubagaimanapun, kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan yang diterajui oleh pentadbir itu sendiri dalam melaksanakan strategi yang telah dirancang. Apabila sesebuah organisasi itu berkembang, maka struktur organisasinya juga berkembang sejajar dengan keperluannya.Bagi institusi pendidikan, sekolah, struktur organisasinya adalah berlainan sedikit dengan organisasi/ firma yang lain kerana inputnya terdiri daripada manusia dan outputnya juga adalah manusia yang diukur dan direkodkan tahap pencapaian prestasi mereka yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Kebiasaannya, sturktur organisasi matrik digunakan di sekolah kerana struktur ini amat berkesan dan mudah dilaksanakan. Contohnya apabila di adakan sesuatu majlis atau program, semua warga sekolah yang ada sama-sama mengembleng tenaga melaksanakan program tersebut dengan lancar. Ahli jawatankuasa akan di bentuk dan staf akan diagihkan kepada tugas-tugas mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada kepada mereka.Struktur organisasi ini mempunyai kebaikan yang lebih kerana struktur ini membolehkan pengerusi projek memantau perancangan dan pelaksanaan strategi dengan mudah dan berkesan. Ahli jawatankuasa kecil yang dibentuk diberi ruang oleh setiap bahagian dan ketua bagi setiap projek berbincang tentang strategi dan bagaimana hendak melaksanakannya dalam menjayakan sesuatu program. Kemudian post-mortem akan diadakan selepas program dan laporan akan diberikan oleh setiap bahagian struktur organisasi.Peranan dan tanggungjawan Pentadbiran Sekolaha.PengetuaPengetua merupakan orang utama di sekolah, jika berdasarkan organisasi, jawatan pengetua berada pada bahagian atas struktur. Secara mudahnya, pengetua merupakan pengawai pengawal kepada sekolah yang diketuainya. Bidang tugas dan tanggungjawab seorang pengetua boleh dikatakan menyeluruh bagi sebuah sekolah. Dengan kata lain, pengetua bertanggungjawab dalam banyak hal berkaitan dengan institusi sekolah, antaranya :i.Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah.ii.Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan murid, guru dan staf sokongan sekolah.iii.Menyediakan khidmat bantu yang sewajarnya bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran(kepimpinan instruksional).iv.Mewujudkan dan memajukan iklim serta budaya sekolah.Manakala tugas pengetua seperti yang digariskan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi tujuh bidang utama, iaitu :i.Pengurusan kegiatan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.ii.Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan).iii.Penyediaan kemudahan pengajaran-pembelajaran.iv.Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.v.Kemajuan sekolah.vi.Pengajaran.vi.Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.

Secara terperinci, antara tugas yang ditetapkan termasuklah :i.KurikulumMelaksanakan peruntukan Kursus Pengajian Sekolah.Mengawal dan memimpin jawatankuasa/panitia mata pelajaran.Menyediakan peralatan pengajaran-pembelajaran dan pusat sumber sekolah.Menyelia penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.Merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan rancangan pengajaran, ujian dan penilaian.Menyelia dan menilai kecekapan guru mengajar dan membimbing mereka melalui pencerapan dan perbincangan.Menggalakkan perkembangan pengajaran-pembelajaran yang berkesan.Menyemak dan menandatangani buku rekod mengajar.Mengadakan program pembangunan staf.Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Menyemak atau memeriksa kerja-kerja murid.Mengajar sekurang-kurang enam waktu seminggu.ii.KokurikulumMerancang kegiatan kokurikulum.Memajukan kegiatan sukan dan permainan di sekolah.Mengawal dan meningkatkan mutu persatuan atau kelab di sekolah.

iii.PentadbiranMentadbir hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sekolah.Menyediakan senarai tugas guru dan staf sokongan sekolah.Mengurus kemasukan, pentadbiran, pertukaran dan pemberhentian murid.Menguatkuasakan peraturan yang ada.Menyediakan laporan tahunan sekolah.Menyediakan jadual waktu sekolah atau kelas.Menjadi urus setia Lembaga Pengurus Sekolah.Menjadi ex-officio Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah.iv.Perkhidmatan dan PerjawatanMengurus hal-hal perkhidmatan, perjawatan dan kebajikan guru dan staf sokongan sekolah.Menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.v.KewanganMerancang belanjawan dan mengurus perbelanjaan sekolah.Menyelenggarakan segala jenis akaun penerimaan dan pembayaran.Mengurus penerimaan dan perbelanjaan, biasiswa, tuntutan, pembelian, pesanan, tender dan pembekalan kelengkapa atau peralatan.Menyelenggarakan dan mengawas pengurusan serta penyimpanan rekod kewangan sekolah supaya kemas kini dan teratur.Mengendalikan hal gaji guru dan staf sokongan sekolah.Menyediakan laporan kewangan tahunan sekolah untuk tujuan audit.

vi.Harta benda dan kawasanMenyimpan stok dan mengurus hapus kira.Merancang penambahan kemudahan fizikal dan pembangunan sekolah.Menyelenggarakan bangunan dan kemudahan fizikal sekolah yang lain.Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.Mengadakan langkah-langkah keselamatan harta benda di sekolah.vii.PerhubunganMewujudkan dan memajukan keberkesanan perhubungan di sekolah dan antara sekolah, dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.Menyelaraskan dan mengawal semua jenis penerbitan yang dikeluar dan diedarkan di sekolah.viii.Iklim dan Budaya SekolahMerancang dan mengadakan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Ucapan Sekolah dan Hari Guru.Menyemai dan menyubur iklim sekolah yang kondusif untuk kemajuan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran.Memelihara tahap kebersihan dan keceriaan yang tinggi dan sihat.Memupuk semangat bekerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain.Membimbing guru dan mempergiatkan aktiviti penyelidikan guru.Meningkatkan azam dan usaha sekolah untuk sentiasa maju dan berjaya.

Sebenarnya peranan pengetua di Malaysia hampir sama dengan peranan pengetua di negara lain. Dalam Pendidikan di Malaysia(1986), tiga peranan utama pengetua dibayangkan melalui tugas-tugas yang ditetapkan sebagaimana jadual di bawah :PerananTugas

Pengurus (Sekolah)

Penyelia

PemimpinMengurus pentadbiran am sekolah.

Menyelia pelaksanaan kurikulum, program pendidikan tambahan dan khidmat bantu serta memajukan kegiatan kokurikulum.

Memberi kepimpinan professional kepada semua guru dalam sekolah.Memupuk kerjasama antara sekolah dengan masyarakat serta pihak lain.

Sebagai orang utama di sekolah, pengetua semestinya mempunyai amalan kepemimpinan yang sesuai untuk menjadikan sekolah sebagai berdaya. Sergiovanni(1990), mengutarakan empat jenis kepemimpinan yang sesuai dilakukan oleh pengetua, mengikut empat peringkat pelaksanaan program kemajuan sekolah seperti jadual di bawah :Peringkat Pelaksanaan ProgramCara Kepemimpinan

a. Hendak bermula

b. Bermula(adanya ketidaktentuan)

c. Transformatif(sewaktu program sedang berjalan)

d. Rutin (apabila pelaksanaan sudah menjadi rutin)Perbincangan

Memberi bantuan/sokongan

Memberi galakkanMemperkukuhkan kumpulan kerja staf

Kawalan(dari jauh)

Kesimpulannya, tugas dan tanggungjawab pengetua merangkumi satu ruang lingkup yang cukup luas dan besar. Sehubungan dengan itu, peranan pengetua dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama, iaitu mengurus, mentadbir dan memimpin. Kegagalan pengetua berfungsi dalam tiga aspek ini boleh menyebabkan fungsi sekolah menjadi kaku dan hanya mengulang rutin kebiasaan, iaitu mengajar tanpa melibatkan proses-proses inovasi dalam memajukan sekolah. Lebih teruk sekolah boleh terbentuk singking school atau sekolah tengelam kerana kegagalan pengetua berfungsi dalam tahap yang sepatutnya.

b.Penolong-penolong Kanan Disebabkan tugas dan peranan seorang pengetua terlalu besar, maka konsep pengupayaan atau empowerment diperkenalkan dalam pentadbiran sekolah. Pengupayaan bukanlah bermaksud pengetua menyerahkan segala tugasnya tetapi memberi kuasa untuk melaksanakan tugas dengan mengurangkan gaya pengurusan birokrasi. i.Penolong Kanan PentadbiranA. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan3. Membimbing pelajar memeprolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.B. Membantu Pengetua Dalam Pengurusan Kurikulum

1. Membantu pengetua dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf2. Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran3. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu tahunan.4. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu sit in 5. Membantu pengetua menyemak dan menandatangani Buku Rekod Persediaan mengajar.6. Membantu pengetua mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok7. Membantu pengetua merancang program sokongan akademik8. Berinteraksi dengan Penolong Kanan Petang dalam hal-hal akademik dan bukan akademikC. Membantu Pengetua dalam Urusan Pentadbiran Harian

1. Menyemak kehadiran staf2. Mengurus data dan maklumat3. Mengawal disiplin pelajar4. Mewakili pengetua menghadiri taklimat dan majlis rasmiD. Membantu Pengetua dalam Pengurusan Staf1. Menyelia kerja-kerja staf2. Melaksanakan pembangunann staf3. Menilai prestasi sasaran kerja tahunan stafE. Membantu Pengetua Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber1. Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi2. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada3. Menyelenggara kemudahan dan kelengkapanF. Membantu Pengetua Dalam Tugas-Tugas Lain1. Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan tugas-tugas mereka2. Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan3. Membantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah4. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah5. Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah

ii.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)A. Mengajar1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulanB. Membantu Pengetua dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar1. Menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid2. Mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid3. Mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti: Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Pelbagai Biasiswa Bantuan Khas Pakaian Seragam/kasut/beg tajaan Kementerian Pendidikan Bantuan cermin mata tajaan Kementerian Pendidikan atau Persatuan Orang Buta Lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin4. Mengurus dan mengemaskinikan pelbagai rekod kebajikan murid5. Membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah6. Mengendalikan kes-kes disiplin murid7. Mengurus hal-hal makanan, minuman dan kebersihan kantin sekolah8. Menguruskan hal-hal Projek susu (Jika ada)

C. Membantu pengetua dalam Pengurusan Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar1. Mengendalikan pendaftaran murid-murid 2. Menempatkan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain3. Menguruskan perpindahan muridD. Membantu pengetua dalam Perhubungan Awam1. Mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum2. Mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)3. Menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi dan petangE. Membantu Pengetua dalam Tugas Tugas Lain1. Menguruskan hal Ehwal murid/kebajikan murid2. Menyelia kemudahan rawatan murid3. Menyediakan peralatan teknologi pendidikan4. Menentukan bahan Pusat Sumber dan Bacaan murid5. Mengganggotai jawatankuasa perbadanan dalam sekolah6. Mewakili pengetua menghadiri mesyuarat, taklimat dan majlis rasmi7. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh pengetua dan Kementerian Pelajaran dari masa ke masa.iii.Penolong Kanan KokurikulumA. Mengajar1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.3. Membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

B. Membantu Pengetua dalam Pengurusan Kurikulum1. Merancang, menyelaras dan mengubal hal-hal kurikulum2. Merancang, menyusun dan menyelia kerja-kerja akademik3. Merancang dan menyelaras penyertaan pelbagai kegiatan akademik dengan pihak luarC. Membantu Pengetua dalam Pengurusan Kokurikulum1. Menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas aktiviti-aktiviti kokurikulum2. Menyelenggara dan merekod kelengkapan serta kemudahan kokurikulum3. Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan dan kemudahan sedia ada4. Merancang dan menjadualkan kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun5. Menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan institusi/perbadanan luar6. Mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait dengan hal-hal kokurikulumD. Membantu Pengetua Dalam Perhubungan Awam1. Menjalinkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti anjuran PIBG dengan pihak Ibubapa .3. Menjalinkan hubungan baik dengan ibubapa secara langsungE. Membantu Pengetua Dalam Pentadbiran Harian1. Menyemak kehadiran staf2. Mengawal disiplin, keselamatan dan kebajikan pelajar3. Melayan tetamu semasa ketiadaan pengetua.4. Mengurus maklumat dan data rasmi sekolah

F. Membantu Pengetua Dalam Tugas-tugas Lain1. Menjalankan tugas-tugas rasmi semasa ketiadaan pengetua2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.3. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum4. Beranggungjawab tentang lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.5. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah6. Melaksanakan tugas-tugas lain atas arahan pengetua atau Jabatan Pelajaran dari masa ke masa.iv.Penolong Kanan PetangA. Mengajar1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan yang sewajarnya.B. Membantu Pengetua dalam Pengurusan Kurikulum1. Mengagihkan tugas-tugasan akademik kepeda guru-guru2. Menyelaras atau mengendalikan mesyuarat ketua panitia3. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu4. Menyemak dan menandatangani buku rekod persediaan mengajar guru sesi petang5. Mengurus hal-hal peperiksaan dalaman-bulanan, hujung penggal dan hujung tahun6. Merancang program sokongan bagi kemajuan akademik7. Menguruskan sit-in dari semasa ke semasa atau apabila diperlukan.

C. Membantu Pengetua dalam Urusan Pentadbiran Harian1. Menyemak kehadiran ahli-ahli staf sesi petang.2. Menyelia khidmat bimbingan dan kaunseling3. Mengurus data dan maklumat bagi perancangan pembangunan sekolah secara amnya.4. Mengendalikan perhimpunan mingguan sesi petang5. Merancang program pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar.D. Membantu Pengetua dalam Pengurusan Disiplin dan Kebajikan Murid1. Mengoptimumkan kegunaan kemudahan dan kelengkapan sedia ada2. Mengawas keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid-murid sesi petang3. Mengemaskinikan pelbagai rekod kes-kes disiplin murid sesi petang4. Mengendalikan kes-kes kecemasan atau salahlaku murid sesi petang5. Mengendalikan kes-kes perpindahan muridE. Membantu Pengetua dalam Pengurusan Staf1. Menyelia tugas-tugas guru dan kakitangan sesi petang2. Menyelaraskan jadual waktu guru-guru pelatih atau guru baru yang baru berpindah3. Menyelia kelas-kelas pemulihan.4. Menagihkan tugas-tugas kepada staf bukan guru sesi petangF. Membantu Pengetua dalam Tugas-tugas Lain1. Menjalankan tugas rasmi semasa ketiadaan pengetua2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.3. Menganggotai mana-mana jawatankuasa perbadanan dalam sekolah..c.Ketua-ketua Bidang(Sekolah Menengah Sahaja)Secara ringkasnya, tugas ketua-ketua bidang sebagaimana yang disenaraikan seperti berikut :1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya.7. Mengajar mata pelajaran Teknik dan Vokasional.A.Kurikulum1.Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Tahunan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.2.Memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.3.Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran yang digabungkan.4.Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.5.Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengkayaan. 6.Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.7.Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.8.Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya.9.Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.10.Membantu dalam pemilihan buku sumber/rujukan, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.11.Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, JPN dan KPM.12.Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua.13.Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf.14.Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.15.Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.16.Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.B.Kokurikulum1.Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.2.Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.C.Pengurusan1.Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.2.Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.3.Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.4.Memastikan pengurusan bengkel dilaksanakan dengan baik.5.Membantu merancang takwim sekolah.6.Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.7.Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan berkaitan bidangnya.8.Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.9.Membantu dan menyelia pengurusan aset alih kerajaan yang berkaitandengan bidangnya.10.Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni berlaku di bilik darjah dan sekolah.11.Menyelia dan menyelaras kerja kursus pelajar dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).D.Tugas-tugas lain1.Berhubung dengan PKG, PPD dan BTPN tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.2.Berhubung dengan GKM sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.3.Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.4.Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.5.Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.6.Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.Kesimpulannya, pembentukan tugas di sekolah sebenarnya berpandukan tanggungjawab pengetua. Agihan tugas dan peranan penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang dibuat berdasarkan peranan yang perlu dimainkan oleh pengetua. Dalam soal ini, pengetua perlu memainkan peranan sebagai pemantau, penerima laporan dan mengukuhkan kerja-kerja yang diberikan kepada pembantunya. Kegagalan peranan mengambil tahu perkembangan tugas menyebabkan seorang pengetahui boleh terlepas pandang perkara-perkara penting yang perlu perhatian beliau.

2.0 PEMBENTUKAN STRATEGI3.1 Penjanaan Misi & VisiAhli-ahli strategi telah memberikan pelbagai takrifan mengenai visi dan ianya adalah mengikut pendekatan masing-masing mengikut bidang masing-masing. Visi adalah gambaran yang jelas tentang kejayaan masa hadapan yang ingin dicapai. Nanus (1994) mendefinisikan visi sebagai sesuatu yang realistik, keadaan yang menarik, dan yang boleh dipercayai untuk masa hadapan organisasi kita. Thornberry (1997) pula menyatakan visi ialah suatu gambaran atau pandangan tentang masa hadapan. Cowley & Domb (1997) pula menyatakan bahawa visi ialah gambaran pemikiran yang jelas tentang hasrat masa hadapan yang diinginkan. Mengikut kamus Yahoo! Education, visi merupakan suatu cara bagaimana seseorang melihat atau memikirkan sesuatu. Kamus ini juga mentakrifkan visi sebagai gambaran mental tentang apa yang ingin dicapai. Vadim Kotelnikov pula di dalam bukunya Vision, Mission, Goals And Strategies menyatakan visi sebagai kenyataan yang menjadi inspirasi untuk mencapai apa yang diingini untuk berlaku kepada organisasi di masa hadapan. Edaris Abbu Bakri pula menyatakan wawasan ataupun visi merupakan satu gambaran atau pandangan tentang masa depan yang ingin dicapai. Ia bukanlah sesuatu yang real tetapi diimaginasikan untuk menjadi pendorong dan hala tuju setiap warga organisasi berkenaan.Contoh-contoh visi yang telah dibentuk oleh sesebuah organisasi mahupun sebuah negara dapat dilihat daripada senarai di bawah;i. wawasan 2020 di mana Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 dibentangkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991ii. IAB IAB sebagai pusat kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan pendidikaniii. Wal-Mart memberi peluang orang kebanyakan membeli barangan yang serupa seperti orang kayaiv. Nike merasai emosi pertandingan; kemenangan dan mengalahkan pesaingv. Merck mengekal dan meningkatkan kehidupan manusiaWawasan atau visi merupakan satu matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh masa yang tertentu dan ditetapkan. Oleh itu, visi mempunyai kepentingan yang amat besar terhadap sesebuah organisasi. Organisasi yang mempunyai visi yang jelas sudah tentu mempunyai hala tuju yang mampu menjadi panduan kepada warga atau anggotanya untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan tugasan mereka. Visi dapat menjadi penggerak semangat kepada semua anggota sesebuah organisasi kerana masing-masing mempunyai hala tuju yang jelas dan seiring ke arah merealisasikan visi organisasi. Visi dapat memberikan kebaikan kepada organisasi seperti yang disenaraikan berikut; i. menjadi arah tujuan kepada organisasiii. mewujudkan perasaan mampu mengawal keadaaniii. mendorong anggota sesebuah organisasi supaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang iv. menjadikan sesebuah organisasi itu kukuh dan berdaya saing tinggiv. menjadi landasan untuk melakukan perubahan vi. menyatupadukan anggota di dalam sesebuah organisasiMenurut Nanus (1994) dalam bukunya Visionary Leadership, ciri-ciri pernyataan visi yang baik adalah seperti berikut:i. Berorientasi masa hadapanii. Memandu organisasi ke arah masa hadapan yang jelasiii. Sesuai dengan budaya dan nilai organisasiiv. Satu set piawai kecemerlangan dan berkualitiv. Jelas tujuannyavi. Membangkitkan semangat dan menguatkan komitmen atau kepercayaanvii. Menggambarkan keunikan organisasiviii. Dahagakan sesuatu kejayaan atau ambitiousPembinaan visi merupakan suatu proses yang rumit kerana ia memerlukan penggabungan idea dan pandangan daripada berbagai pihak. Dalam proses pembinaan visi sekolah, penglibatan daripada pihak pengurusan, guru-guru, wakil staf sokongan, wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, pelajar-pelajar, masyarakat setempat, wakil Pejabat Pelajaran Daerah serta wakil Jabatan Pelajaran Negeri diperlukan bagi menghasilkan visi yang kukuh. Visi yang dibentuk secara bersama ini akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dicapai berbanding dengan visi yang dibentuk oleh satu atau dua pihak sahaja. Proses pembinaan visi ini merangkumi beberapa langkah yang perlu dituruti. Secara ringkasnya proses pembinaan visi sekolah dapat digambarkan seperti dalam rajah di bawah.

Carta Aliran Proses Pembinaan VisiProses pembinaan visi di sekolah bermula dengan pembentukan visi mentah. Visi mentah dibentuk oleh pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada pengetua, penolong-penolong kanan serta guru-guru kanan yang arif tentang iklim sesebuah sekolah. Visi mentah ini dibentuk sebagai penggerak pemikiran semua ahli mesyuarat dalam mesyuarat utama. Setelah dibahaskan dalam mesyuarat visi mentah ini akan diputuskan samada diterima atau ditolak. Jika diterima visi ini akan dijadikan visi akhir sesebuah sekolah. Sebaliknya jika visi mentah ini tidak diterima maka pembentukan visi mentah yang baru akan dibuat dan proses penilaiannya diulang semula dalam mesyuarat utama sehinggalah visi akhir dibentuk. Dalam proses membahaskan visi mentah beberapa perkara penting akan dipertimbangkan sebelum suatu visi akhir sekolah dibentuk. Perkara-perkara yang dipertimbangkan termasuklah;i. keadaan fizikal sekolahii. iklim dan budaya sekolahiii. kemudahan dan kelengkapan sedia adaiv. faktor kewangan sekolahv. ciri-ciri warga sekolah Misi merupakan langkah atau usaha yang disusun untuk mencapai visi. Ia menjawab bagaimana untuk mencapai visi. Misi mestilah bersifat padu dan mampu menjana ke arah merealisasikan visi. Pernyataan misi menerangkan bagaimana sesuatu organisasi memilih cara untuk menjalankan aktivitinya (Sonia Blanford, 1999).Sumbangan paling utama misi ialah keupayaannya menjadi sumber motivasi kepada guru, di samping menjadi bahan medium memberi maklumat kepada masyarakat, stakeholder. Proses pembentukan misi bermula di peringkat atasan jika berdasarkan kaedah konvensional. Sekarang gaya pengurusan lebih kepada melihat, membaca dan menganalisis pandangan pekerja bagi tujuan pembinaan misi. Cara ini lebih mendekati warga organisasi kerana mereka lebih memahami kemampuan dan keupayaan organisasi dalam membina misi untuk mencapai visi. Selain itu, penggubalan secara bersama boleh membina semangat merealisasikan misi kerana pengurusan dan warga organisasi merasakan misi ini hak bersama warga organisasi.Misi dilihat dari dua sudut, satu dikatakan bersifat spesifik dan satu lagi bersifat umum. Misi yang bersifat khusus akan membantu sekolah membentuk strategi, objektif dan agihan sumber dilakukan dengan lebih cekap. Misi juga boleh dijadikan wahana untuk menyampaikan mesej sekolah kepada guru, pesaing dan stakeholder. Sementara itu, misi umum berkemampuan memberi ruang yang cukup kepada syarikat untuk mengeksploitasi persekitaran luaran dan dalaman secara optimum. Frued R. David telah mengenal pasti beberapa faktor dalam pembentukan misi: Pelanggan: Siapa pelanggan syarikat Produk atau servis : Apakah produk utama syarikat Pasaran : Dari sudut geografinya dimanakah syarikat bersaing Falsafah : Apakah asas kepercayaan, nilai dan aspirasi syarikat Kesedaran terhadap pekerja : Adakah pekerja merupakan aset paling berharga kepada syarikat. Kesedaran terhadap imej awam : Adakah syarikat memberi tindak balas kepada masalah sosial, komuniti dan persekitaran. Kesedaran terhadap survival, pertumbuhan dan keuntungan : Adakah syarikat komited ke arah pertumbuhan dan kewangan yang kukuh?Langkah-langkah menyediakan misi : Pastikan misi berkait rapat dan menyokong sepenuhnya visi Mudah, padat, jelas dan senang diingati Menjadi jawapan kepada bagaimana untuk mencapai visi Budayakan misi dalam kalangan semua warga organisasiMisi yang ini menjadi harapan sebagai satu arah atau haluan yang jelas tentang keadaan masa kini dan apa yang diidamkan untuk dicapai pada masa hadapan. Pegangan ini diharap dapat dicapai melalui gabungan tenaga semua pihak dalam organisasi sekolah. Budaya muafakat dan kerjasama merupakan nadi penting dalam menjadi misi sebagai satu kenyataan. Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah wajar mengerakkan budaya muafakat dengan gaya kepimpinan bijaksana dan menggunakan ilmu sebagai asas penyelesaian masalah.Pembinaan misi organisasi adalah langkah susulan selepas membina visi dalam pengurusan strategik. Kekeliruan sering timbul apabila mentakrifkan kenyataan misi kerana ramai yang menganggap kenyataan visi dan kenyataan misi adalah sesuatu yang sama. Hairuddin Mohd Ali dan Muhammad Bustaman Abdul Manaf dalam bukunya Perancangan Strategik Sekolah, misi didefinisikan sebagai suatu objektif yang ingin dicapai dalam pengertian yang lebih luas atau yang menjelaskan tujuan asas organisasi diwujudkan. Misi juga didefinisikan sebagai satu deklarasi sesebuah organisasi yang berkaitan dengan tujuan bagi mencapai apa-apa yang diinginkan. Ensiklopidia Wikipedia mentakrifkan misi sebagai keadaan sesebuah organisasi pada waktu ini dan secara asasnya mengapa organisasi itu wujud. Leann Cardani pula menyebut kenyataan misi sebagai penerangan tentang tujuan organisasi. Secara ringkasnya pernyataan misi boleh digambarkan sebagai alat atau cara bagaimana untuk mencapai visi yang telah ditetapkan bagi sesebuah organisasi. Contoh-contoh misi sesebuah organisasi adalah seperti yang disenaraikan di bawah;i.untuk meningkatkan kualiti kehidupan dengan merekacipta, membina, memasarkan dan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi peralatan rumah di dunia Maytag Corporationii.kami akan membina kapal yang baik di sini, dengan memberikan keuntungan jika kami boleh, dengan kerugian jika kami terpaksa, tetapi sentiasa kapal yang baik Newport News Shipbuildingiii.kami membantu mengangkut barangan dan manusia dengan berkesan tanpa merosakkan alam sekitar - Fordiv.menjadi yang terbaik dan berjaya dalam industri pembuatan sos TaminMisi mempunyai kepentingan tersendiri di dalam sesebuah organisasi kerana penjanaan misi yang padu akan membawa kepada pencapaian visi yang ditetapkan. Justeru itu penjanaan misi yang padu memerlukan pemikiran yang mendalam serta perbincangan yang teliti daripada pihak yang terlibat. Antara prinsip asas yang perlu diberikan perhatian dalam menjana misi yang baik ialah;i.visi organisasi yang jelas jika semua pihak dapat memahami visi dengan jelas maka pemikiran serta perbincangan untuk menghasilkan misi yang berkualiti akan menjadi lebih mudahii.mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan iii.fungsi kewujudan organisasi perlu difahami oleh setiap individu di dalam organisasi tersebut iv.pernyataan untuk tempoh masa yang masih panjangv.kebolehan untuk berubah mengikut masa, tidak seperti visi yang kekal sehingga ke tempoh yang ditetapkan.Di samping itu penjanaan misi yang baik juga perlu dilihat dari segi ciri-ciri yang dimilikinya. Ini kerana ciri-ciri misi yang baik akan memberi peluang yang tinggi untuknya menjadi landasan bagi mencapai visi sesebuah organisasi. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian ialah;i.bentuk ayat yang digunakan untuk menyatakan misi bentuk ayat yang ringkas atau bentuk point akan memudahkan misi untuk diingati oleh anggota sesebuah organisasi. Penggunaan ayat atau perkataan-perkataan yang berbunga menjadikan misi kelihatan tidak seriusii.menjadi jawapan kepada bagaimana untuk mencapai visi menyediakan satu arah atau haluan yang jelas tentang keadaan masa kini dan apa yang diidamkan atau ingin dicapai di masa hadapaniii. pernyataan yang jelas, ringkas dan padat misi perlu dinyatakan dalam bentuk yang ringkas tetapi dapat difahami dengan mudah oleh anggota sesebuah organisasiiv.diwarwarkan kepada semua dalam bentuk yang mudah kelihatan misi di letakkan, ditampal atau ditulis di tempat-tempat yang mudah dilihat dan dihayati oleh anggota organisasiv.boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti tekanan persekitaran, sumber sedia ada, maklumat dalaman dan luaran serta kesedaran dan pendirian pihak pengurusan Byron (2003) menyatakan misi ialah suatu pernyataan yang menjelaskan tujuan kewujudan sesuatu organisasi dan nilai pegangannya. Dalam erti kata lain, suatu pernyataan misi perlu menjelaskan sebab sesebuah organisasi patut melakukan sesuatu. Misi yang diwujudkan ini diharapkan dapat menjadi satu arah atau haluan yang jelas tentang keadaan masa kini dan apa yang diidamkan untuk dicapai pada masa hadapan. Deklarasi atau janji pihak sekolah ini diharap dapat dicapai melalui penggemblengan tenaga semua pihak di dalam organisasi ini. Hanya dengan budaya permuafakatan sahaja misi yang diwujudkan ini mampu direalisasikan dalam jangka masa yang ditetapkan kerana tanpa adanya kerjasama dan sokongan daripada semua pihak semua perancangan ini akan menemui kegagalan.3.0 PEMBENTUKAN OBJEKTIFObjektif dibina bagi tujuan merealisasikan visi dan misi . Pembentukan visi dan misi biasanya bersifat luas dan umum. Oleh yang demikian visi dan misi memerlukan pernyataan sokongan yang jelas , tepat , boleh diukur , boleh dicapai dan mempunyai jangkamasa yang khusus. Objektif bolehlah dikatakan sebagai matlamat khusus yang hendak dicapai oleh organisasi dalam sesuatu jangkamasa ( Haim Hilman Abdullah , 2006 ). Secara umumnya objektif dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu objektif jangka panjang ( tempoh melebihi 3 tahun ) , objektif sederhana ( satu hingga tiga tahun ) dan objektif jangka pendek ( kurang dari setahun ).Objektif boleh menjadi pemangkin yang baik kepada pelan tindakan organisasi. Objektif yang jelas dan menepati ciri-cirinya akan memudahkan organisasi membina pelan tindakan yang akhirnya bermatlamat kearah misi dan visi organisasi.Terdapat dua jenis objekif iaitu objektif umum dan objektif khusus (Zainal Abidin Ahmad , 2007 : 250) . Objektif umum hampir sama dengan visi dan misi .Objektif khusus mempunyai sasaran bersifat khusus atau dikenali sebagai objektif spesifik. Objektif khusus sangat penting bagi sesebuah organisasi. Objektif ini mempunyai lima ciri penting. Sekiranya objektif tersebut memenuhi sekurang-kurang satu ciri , maka ianya bolehlah dikatagori sebagai objektif khusus .Ciri-ciri objektif ialah :i. Specifik ( ketepatan )ii. S.M.A.R.TMeasuarable ( boleh diukur )iii. Achievable ( boleh dicapai )iv. Realistik v. Timely ( mempunyai jangkamasa.)Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi sesebuah organisasi menentukan objektif yang perlu digunakan. Bagi organisasi yang mementingkan akauntabiliti dan kecekapan , mereka akan membina objektif yang lebih spesifik . Kelebihan objektif yang spesifik ialah ianya mempermudahkan organisasi menggubal dan melaksanakan strategi , merancang perlaksanaan strategi serta memudahkan organisasi membuat penilaian dan kawalan pada akhir tempoh perjalanan program. Dengan erti kata lain objektif khusus adalah hala tuju organisasi yang menjelaskan pencapaian secara tepat , boleh dilihat , diukur , mempunyai tempoh yang hendak dicapai dan relevan dengan kemampuan organisasi.4.1 Kepentingan Objektif Kepada OrganisasiVisi dan Misi Organisasi selalunya bersifat umum dan merupakan halatuju organisasi secara keseluruhan dalam jangkamasa yang panjang. Agak sukar bagi kita untuk mencapai visi dan misi tanpa kita menetapkan objektif secara spesifik , realistik , pengukuran tepat , dan dalam jangka masa singkat. Di samping itu pengurusan sekolah mempunyai beberapa bidang seperti kurikulum , Hal Ehwal Murid , Kukurikulum dan Kewangan. Bidang-bidang ini biasanya mempunyai halatuju yang berbeza. Apabila setiap bidang ini membentuk objektif yang jelas , maka objektif ini akan dapat memenuhi visi dan misi sekolah. Apa yang penting ialah setiap objektif yang dicadangkan mestilah mempunyai hubungan yang rasional dengan Visi sekolah. Contohnya visi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar SMKPP Akan Menjadi Sekolah Cemerlang Negeri Kedah Menjelang 2012. Perkataan Sekolah Cemerlang itu sangat umum dan sukar ditakrifkan dengan tepat akan maksudnya. Oleh yang demikian kita memerlukan objektif yang lebih tepat untuk mencapai visi cemerlang. Contonya : Dalam bidang kokurikulum objektif yang sesuai seperti Mencapai Keputusan melebihi 95% dalam setiap mata pelajaran. Pencapaian dalam bentuk nilai peratus menunjukkan kecemerlangan dan dinyatakan secara tepat.4.2 Bagaimana Menjana Objektif Dalam Organisasi SekolahTerdapat beberapa sektor penting di sekolah yang menjadi teras pengurusan organisasi ini. Antaranya ialah Kurikulum , Hal Ehwal Murid , Kokurikulum dan Kewangan. Setiap sektor ini perlu diurus dengan bijak untuk mencapai kecekapan(efficiency) dan keberkesanannya(effectiveness). Kecekapan dalam pengurusan ialah penggunaan sumber yang cekap tanpa pembaziran. Contohnya di sekolah , pengurus sekolah hendaklah tahu menguruskan sumber kewangan , material dan sumber manusia yang terdiri daripada guru dan pelajar untuk mencapai sasaran yang biasanya dinyatakan dalam bentuk pencapaian dalam peperiksaan dan perubahan tingkahlaku.Dalam sektor kurikulum , biasanya objektif dinyatakan dalam bentuk pencapaian pelajar berdasarkan ujian dan peperiksaan dijalankan. Biasanya dinyatakan dalam bentuk angka iaitu peratus pencapaian dan capaian berlaku pada hujung tahun . Peratus pencapaian dalam angka dan tempoh setahun itu adalah contoh objektif yang spesifik. Untuk sektor Hal Ehwal Murid objektif lebih ditumpukan kepada pembentukan tingkah laku contohnya zero defect dalam kes ponteng , pembasmian salahlaku disiplin pembinaan tingkahlaku positif dan pernyataan sahsiah yang boleh dilihat.Sektor kokurikulum biasanya menjelaskan sasaran kegiatan unit beruniform , kelab , persatuan dan sejauhmana matlamat sekolah dalam setiap penyertaan aktiviti pertandingan yang disertai oleh sekolah di peringkat Daerah , Negeri mahupun Kebangsaan. Pencapaian dan halatuju di atas merupakan objektif yang akan menjadi teras pembentukan strategi sekolah.Keberkesanan(effectiveness) ialah pencapaian akhir setiap sektor menepati objektif yan dirncang oleh unit-unit di sekolah. Keberkesanan sesuatu program sekolah boleh diukur dengan hasil program yang secocok dengan objektif yang dinyatakan. Contohnya : pada peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM, semua mata pelajaran memperoleh 95% ke atas . Ini menunjukkan bahawa keberkesanan program yang dijalankan di sekolah dan keberkesanan itu juga menunjukkan pencapaian objektif sekolah.Untuk menjana objektif sekolah , Pengetua sebaik-baiknya perlu mengadakan satu mesyuarat khas dengan semua guru dan menerangkan secara terperinci apakah yang dikatakan Visi , Misi dan Objektif. Kemudian setiap sektor di sekolahnya dipecahkan kepada unit-unit kecil. Unit-unit ini perlu mencadangkan objektif mereka. Selanjutnya objektif yang dicadangkan dalam setiap unit dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat . Akhirnya objektif yang relevan dan menepati ciri-ciri SMART dipilih sebagai objektif sekolah.

Pembentukan Strategi Jangka Pendek , Sederhana dan Panjang

Rajah di atas menunjukkan bahawa objektif merupakan perkara penting dan asas yang perlu dibentuk selari dengan misi dan visi organisasi . Bermula dengan pencapaian objektif jangka pendek , sederhana dan jangka panjang organisasi akhirnya akan mencapai misi dan visinya5.0 MEMAHAMI ANALISIS SWOT, TOWS MATRIKS DAN MATRIKS RANKINGAnalisis SWOT selalu digunakan dalam pengurusan perancangan strategic sekolah, mempertingkatkan kecemerlangan organisasi, program pembangunan organisasi dan mengenal pasti kelebihan persaingan. Dalam pengurusan strategik, analisis SWOT diguna pakai bagi memastikan strategi yang dibuat boleh mencapai objektif, visi dan misi sekolah.Analisis ini terdiri daripada empat kuadrant, iaitu (S) strength / kekuatan, (W) weakness/kelemahan, (O) opportunity/peluang dan (T) threat/ancaman. Kuadrant kekuatan dan kelemahan merujuk kepada persekitaran dalaman sekolah, sementara kuandrant peluang dan ancaman merujuk kepada persekitaran luaran sekolah. Biasanya, faktor dalaman boleh dikawal dan dipengaruhi secara langsung oleh pengurusan sekolah. Persekitaran luaran sekolah faktor-faktor yang tidak dikawal oleh pihak pengurusan sekolah.SWOT didefinisikan berdasarkan kriteria berikut : Kekuatan (strength) ialah faktor dalaman di sekolah yang boleh membantu kepada pencapaian visi dan objektif yang digariskan. Kelemahan (weakness) faktor dalaman di sekolah yang boleh menghalang pencapaian visi dan objektif yang digariskan. Peluang (opportunities) merujuk kepada faktor luaran yang boleh membantu dan member kesan positif kepada pencapaian visi dan objektif sekolah. Ancaman (threats) ialah faktor luaran yang boleh mengagalkan atau memberi kesan negatif kepada pencapaian visi dan objektif sekolah.

Jadual 1 : Contoh Kuadrant Analisis SWOTMembantu kepada pencapaian Visi dan Objektif sekolahHalangan kepada pencapaian Visi dan Objektif sekolah

Dalaman(melibatkan situasi dalaman sekolah)Kekuatan (S)S1-80% merupakan guru terlatihS2-Terdapat 3 guru pakar bagi mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam dan GeografiS3-Terdapat asramaKelemahan (W)W1- Guru kurang komited dengan tugasW2- 80% guru tinggal melebihi 25 KM dari sekolah.W3- Penempatan di asrama hanya terhad untuk 180 murid

Luaran(melibatkan keadaan persekitaran luar sekolah)Peluang (O)O1- Mendapat kerjasama dari JPN dan PPDO2- Mendapat bantuan agensi seperti GPMS dan RISDAO3 Berdekatan dengan Komplek Belia dan Sukan Daerah Ancaman (T)T1 Terdapat Siber KafeT2 Kedai runcit menjual rokok terletak di hadapan sekolahT3 - Pengaruh masyrakat sekitar

5.1 Menganalisis Faktor Dalaman SekolahDalam membuat analisis dalaman yang melibatkan kekuatan (S) dan kelemahan (W), rangka kerja 7-S (McKinsey) boleh digunakan sebagaimana dalam rajah 1.

Strategi(Strategy)Sistem(System)PerkongsianNilai(Shared Value)Struktur(Structure)Kemahiran(Skills)Gaya(Style)Kakitangan(Staff)

Rajah 1 : Model McKinsey 7-Si. Perkongsian Nilai (Shared Value) merujuk kepada nilai teras yang dipegang oleh sekolah. Persoalan yang perlu ditimbulkan antaranya.a. Apakah nilai teras (core value) sekolah?b. Apakah budaya kerja sekolah?c. Berapa kuat nilai yang adad. Apakah nilai asas yang telah sekolah ada?ii. Strategi (strategy) merupakan pelan yang disediakan oleh sekolah untuk bertahan dan berdaya saing dengan sekolah lain. Soalan yang perlu timbul.a. Apakah strategi sekolah?b. Bagaimana warga sekolah berusaha mencapai visi?c. Bagaimana warga sekolah menangani persaingan?d. Bagaimana perubahan dalam permintaan pelanggan?e. Bagaimana strategi disesuaikan dengan isu persekitaran?iii. Sistem (system) ialah prosedur, proses dan kebiasaan yang dibuat semasa melakukan kerja. Perkara yang disoal.a. Apakah sistem utama yang digunakan? (sistem kewangan, sistem sumber manusia, sistem komunikasi dan juga sistem fail)b. Di mana sistem dikawal, adakah ia diselia atau dinilai?c. Apakah proses dan tatacara luaran yang digunakan dalam memastikan semua berjalan dengan baik.iv. Struktur (structure) dirujuk kepada bagaimana pengstrukturan sekolah dijalankan dan siapa melapor kepada siapa. Soalan-soalannya. a. Bagaimana unit-unit di sekolah dibahagikan?b. Apakah terdapat hierarki?c. Bagaimana sekolah mengendalikan aktiviti?d. Bagaimana warga sekolah menyesuaikan diri?e. Adakah kaedah pengurusan dalam membuat keputusan berasaskan kaedah berpusat (centralized) atau agihan kuasa (decentralized)?v. Kakitangan (staff) merujuk kepada guru-guru dan pekerja serta kebolehan mereka membuat kerja. Soalan-soalannya.a. Apakah jawatan atau pengkhususan ditunjukkan dalam kumpulan?b. Apakah jawatan yang perlu diisi?c. Adakah terdapat jurang dalam tahap kebolehan? vi. Kemahiran (skills) dirujuk kepada kemahiran guru, pekerja dan sekolah yang tersendiri. Persoalan-persoalan ialah.a. Apakah kemahiran yang paling baik ada pada sekolah?b. Adakah terdapat jurang kemahiran?c. Apakah kemahiran sekolah atau guru yang diketahui umum?d. Apakah sekolah/guru berkemampuan untuk melakukan pekerjaan tersebut?e. Bagaimana penyeliaan dan kemahiran-kemahiran dilakukan?vii. Gaya (style) dirujuk kepada gaya kepimpinan yang digunakan oleh pengurusan sekolah atau trait kepimpinan yang ada. Soalan-soalannya.a. Sejauhmanakah gaya pengurusan terlibat dalam pekerjaan?b. Setakatmanakah keberkesanan kepimpinan tersebut?c. Adakah guru-guru bersaing atau bekerjasama?d. Adakah guru-guru berfungsi sebagai organisasi atau individu?Dapatkan sebanyak mungkin kekuatan dan kelemahan berdasarkan perkara-perkara di atas, kemudian buat analisis berdasarkan keutamaan atau pengaruhnya terhadap pencapaian visi sekolah.5.2 Menganalisis Faktor Luaran SekolahFaktor luaran sekolah diwakili oleh kuadrant peluang (O) dan ancaman (T). Bagi memudahkan analisis dibuat elemen-elemen yang digunakan antaranya faktor politik, ekonomi, sosio budaya, teknologi, persekitaran, masyarakat dan perundangan. Faktor politik dilihat kepada bagaimana atau setakat mana pihak kerajaan mempengaruhi ekonomi. Hal ini dilihat dari segi aspek pencukaian, pekeliling perkhidmatan, polisi-polisi pendidikan dan kemudahan asas. Faktor ekonomi termasuk peruntukan perbelanjaan bagi pendidikan dan kesan ekonomi semasa ke atas peruntukkan pendidikan. Faktor sosial seperti aspek budaya masyarakat setempat, tahap sosioekonomi, tahap pengetahuan, pandangan terhadap tujuan bersekolah, komitmen masyarakat terhadap sekolah, kadar kemiskinan dan pengaruh keluarga terhadap murid. Faktor teknologi termasuk insentif teknologi, kemudahan internet atau kesan kewujudan siber kafe, pertukaran teknologi pendidikan dan tahap teknologi pengangkutan murid. Faktor persekitaran termasuk cuaca, bagaimana cuaca boleh mempengaruhi kedatangan murid ke sekolah dan insurans pendidikan. Faktor perundangan termasuk Akta Kanak-kanak, kadar saman ibu bapa terhadap pihak sekolah, pekeliling-pekeliling ikhtisas yang mempengaruhi tindakan di sekolah.5.3 Penggubalan Strategi Menggunakan TOWS MatrikBina satu jadual TOWS Matrik sebagaimana jadual 2. Senaraikan sepuluh faktor penting mengikut keutamaan. Kemudian senarai pendek 10 faktor tadi kepada 5 faktor yang paling mempengaruhi pencapaian visi. Sekiranya terdapat lebih 5 faktor yang mempengaruhi pencapaian visi, kesemua faktor berkenaan boleh digunakan. Kemudian padankan faktor-faktor tersebut.i. Gunakan kekuatan (S) untuk mengeksploitasi peluang(O)ii. Atasi kelemahan(W) dengan menggunakan peluang (O)iii. Gunakan kekuatan (S) untuk menghindari ancaman (T)iv. Kurangkan kelemahan (W) dan hilang ancaman (T)

Kekuatan (S)Kelemahan (W)

Peluang (O)S+OGunakan kekuatan (S) untuk mengesploitasi Peluang (O)W+OAtasi kelemahan (W) dengan menggunakan Peluang (O)

Ancaman (T)S+TGunakan kekuatan (S) untuk menghindari ancaman (T)W+TKurangkan kelemahan (W) dan hindari/hilangkan ancaman (T)

Jadual 2 : TOWS MatriksPERANCANGAN PELAN TINDAKANPerancangan tindakan adalah satu proses yang akan membantu kita untuk memberi tumpuan kepada idea-idea anda dan untuk memutuskan apakah langkah-langkah yang perlu ambil untuk mencapai matlamat tertentu yang mungkin ingin dicapai. Ia adalah satu kenyataan apa yang kita mahu untuk mencapai lebih satu tempoh masa tertentu. Menyediakan pelan tindakan adalah cara yang baik untuk membantu kita untuk mencapai matlamat : jangan bimbang tentang masa depan, mula merancang untuk itu. Satu pelan tindakan yang berkesan perlu memberi anda jadual konkrit dan set langkah-langkah yang jelas untuk membantu kita untuk mencapai matlamat, bukannya tanpa tujuan tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya. Ia membantu anda untuk memberi tumpuan kepada idea-idea kita.Ia melibatkan: Mengenal pasti objektif anda Menetapkan matlamat yang boleh dicapai & diukur. Mengutamakan tugas anda dengan berkesan. Mengenal pasti langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. Menggunakan senarai. Sebagai mampu untuk bekerja dengan berkesan di bawah tekanan. Menyiapkan kerja kepada tarikh akhir. Mempunyai pelan kontingensi Perancangan Taktikal (Tactikal Planning)Ia boleh dilaksanakan dengan cara membina kaedah atau program yang direkabentuk bagi mencapai kualiti yang dipersutujui oleh perancang strategi. Peringkat implimentasi perancangan taktikal ini melibatkan penentuan program spesifik yang mahu dilaksanakan untuk mendapatkan kualiti yang diingini.peringkat perancangan ini termasuklah ; Membuat keputusan tentang setiap tugas yang hendak disempurnakan. Menentukan individu atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakan setiap tugas. Mendapatkan jangkamasa penyempurnaan setiap tugas. Menentukan peruntukan sumber yang disediakan untuk menyempurnakan setiap tugas.Setelah rancangan bertindak(action plan) dilaksanakan, data penilaian formatif dikumpulkan dan dianalisa untuk digunakan dalam membuat keputusan. Seterusnya apabila program bertindak dilengkapkan, data sumatif dikumpulkan untuk menentukan sejauh mana program dapat membantu dalam mencapai paras hasil kualiti yang telah ditetapkan dalam spesifikasi kualiti terdahulu.

6.0 KAWALAN DAN PENILAIANPeringkat ini merupakan peringkat akhir dalam kabanyakkan model pengurusan strategik. Pihak pengurusan seringkali menggunakan maklumat dari peringkat ini untuk mengenalpasti samada strategik yang digunakan untuk sesuatu program itu berkesan atau tidak iaitu dalam usahnya mencapai objektif,misi dan visi yang telah ditetapkan. Sekiranya organisasi mahu mencapai objektifnya menerusi satu-satu program itu bermakna startegik yang digunakan itu berjaya dilaksanakan seperti dirancang. Pengawalan memfokus kepada pengawalan terhadap strategi-strategi yang digunakan oleh setiap program. Tindakan membuat pengawalan ini adalah sama pentingnya tindakan-tindakan lain yang terdapat dalam pengurusan strategik. Ini penting kerana kemampuan melaksanakannya dengan berkesan mampu meningkatkan peluang organisasi untuk mencapai objektif visi yang telah ditetapkan.Kawalan dan penilaian adalah satu proses yang penting dalam pengurusan strategik. Perancangan yang baik belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sesebuah sekolah yang cemerlang mestilah mempunyai perancangan strategik yang baik. Kawalan dan penilaian merupakan proses terakhir dalam perancangan strategik. Kawalan bermaksud suatu tindakan yang dibuat untuk menyebabkan apa yang dirancangkan itu terjadi dan mengikut apa yang dikehendaki. Lima langkah yang perlu ada untuk menjalani proses kawalan iaitu : Mengenal pasti perkara yang hendak diukur Menetapkan piawaian terhadap prestasi Mengukur pelaksanaan sebenar Membandingkan prestasi sebenar dengan piawaian Mengambil tindakan pembetulan jika apa yang dirancang tidak mencapai tahap yang diinginkan.Strategi yang dirancangkan itu boleh dinilai berdasarkan dua aspek iaitu : Penilaian Kuantitatif : Boleh melakukan prauji dan lepas uji untuk melihat keberkesanan perancangan strategic yang dijalankan. Komponen yang boleh diukur perlu dijalankan dan dibandingkan. Penilaian Kualitatif : Biasanya dilakukan selepas strategi yang dirancangkan itu sudah tamat dijalankan. Penilaian jenis ini adalah sesuatu yang subjektif.Oleh itu, penilaian jenis ini sepatutnya boleh menjawab soalan soalan berikut : Adakah perancangan strategi itu konsisten dengan : Objektif atau misi sekolah atau institusi pendidikan itu ? Bersesuaian dengan persekitaran dalaman dan luaran sekolah atau institusi pendidikan tersebut ? Adakah perancangan strategi ini berpatutan dari segi : Kecekapan melaksanakannya atau kecukupan sumber Risiko ? Tempoh masa atau kesesuaian masa ? Adakah pelaksanaan yang hendak dilakukan itu ? Mendapat tentangan atau dorongan dari semua ahli sekolah atau institusi pendidikan itu ?Rajah 3.2 menunjukkan satu proses kawalan dan penilaian. Jika diperhatikan, perbandingan prestasi dibuat berdasarkan piawaian yang telah ditentukan. Jika terdapat ketidakselarian yang begitu berbeza sekali, maka perubahan dari segi perancangan, organisasi atau kaedah bagaimana pelaksanaan itu dilakukan perlu diubah atau diperbetul. Maklum balas mestilah mempunyai arah dua hala di mana maklumat itu mengalir dari pihak atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Hal ini membolehkan maklumat itu diterima bertepatan masa serta membolehkan sesuatu keputusan yang dibuat itu dengan persetujuan semua ahli yang menjayakan strategi itu. Oleh itu, diharapkan dengan adanya maklum balas ini, jika strategi yang dirancangkan ini memerlukan penyesuaian atau perubahan maka ia boleh dilakukan dengan serta merta supaya tidak berpanjangan dan melencong jauh dari sasaran.

Penerusan kerjaTidak perlu tindakanPerlaksanaan yang selaras dengan piawaianMembandingkan pengukuran dengan piawaianMengukur perlaksanaan Kawalan mutuSituasi kerja baru dimulakanPerlaksanaan adalah berbeza dari piawaianMengambil tindakan pembetulan :Mengubah perancangan, organisasi atau kaedah kaedah yang boleh dipengaruhiKITARAN IIKITARAN IISyarikat syarikat perniagaan besar di dunia ini menggunakan pelbagai model proses dalam menggubal dan mengarah aktiviti aktiviti pengurusan strategik. Walau bagaimanapun, asas komponen model yang digunakan untuk menganalisis pengurusan strategik adalah hampir sama dan boleh digunakan oleh pihak sekolah dan institusi pendidikan. Perlu diingatkan bahawa model model proses yang dikemukakan ini bukanlah sesuatu yang kekal tetapi ianya boleh diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan persekitaran sekolah atau institusi pendidikan.

Rajah 3.2 : Proses kawalan dan penilaian

Organisasi kerajaan mahupun organisasi bukan berasaskan keuntungan boleh menggunakan pendekatan BSC iaitu organisasi ini perlu mempertimbangkan perubahan dan pengubahsuaian pada bentuk model yang asal bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka. Pelanggan Siapakah yang dikenalpasti sebagai pelanggan kita dan bagaimana kita menhasilkan nilai kepada pelanggan kita ? Kewangan - Bagaimanakah kita mengambil nilai untuk pelanggan di samping mengawal kosnya ? Pembelajaran staf dan pertumbuhan - Bagaimanakah kita berusaha untuk maju serta memenuhi kehendak yang berterusan ? Proses Dalaman - Proses manakah yang perlu dicemerlangkan bagi memenuhi kepuasan pelanggan di samping mematuhi kekangan kewangan ?

MISI

Pelanggan

Proses DalamanKewangan

Strategi

Pembelajaran dan perkembangan pekerja

Model BSC untuk Sektor Kerajaan

6.1 Kawalan dan penilaian Dalam Bidang PendidikanDalam bidang pendidikan, kawalan lebih menumpukan perhatian kepada soal-soal core business atau teras pekerjaan, iaitu pengajaran dan pembelajaran samada untuk murid atau kakitangan. Dalam soal pengajaran, kawalan dibuat dengan dua cara, iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pemantauan Kurikulum Berkualiti. Latihan Dalam Perkhidmatan bertujuan mewujudkan pembelajaran secara berterusan dalam kalangan guru dengan menekankan soal-soal penguasaan kaedah pengajaran semasa atau berasaskan ICT. Sementara Pemantauan kurikulum Berkualiti akan melihat sejauhmanakah Latihan Dalam Perkhidmatan yang dilalui oleh para guru digunakan dalam proses pengajaran. Pembelajaran murid pula biasanya diukur melalui ujian dan peperiksaan secara dalaman yang dilaksanakan di sekolah. Dua elemen diguna pakai dalam kawalan kurikulum sekolah. Pada masa yang sama, kawalan ini juga digunakan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk melihat keterlibatan guru dalam Latihan Dalam perkhidmatan. PKB digunakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengawal perjalanan pengajaran guru dan sejauhmanakah guru memberi pengajaran yang berkualiti kepada muridnya. Pemantauan kurikulum Berkualiti mempunyai kaitan dengan elemen 9, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang guna pakai oleh Jemaah Penaziran Sekolah. Kawalan tingkah laku guru dan murid dilaksanakan melalui pekeliling-pekeliling yang diedarkan oleh pihak atasan. Tindakan displin perlu melalui piawai yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pekeliling yang diedarkan. Kaedah kawalan input perlu melalui standard piawai yang telah ditetapkan, ini meliputi soal-soal penggunaan pengetahuan, kemahiran, kebolehan, nilai-nilai dan motif subordinat.Soal penilaian biasa dilakukan ke atas bidang kurikulum, kokurikulum, displin dan pentadbiran. Penilaian dilakukan bagi tujuan melakukan penambahbaikan secara berterusan (kaizen) bagi tujuan mencapai visi dan misi sekolah. Penilaian melibatkan proses menentukan objektif, memperoleh maklumat dan membuat kesimpulan. Sekiranya ia dilakukan secara sistematik dan saintifik yang melibatkan penggunaan empirikal maka keputusan dibuat biasanya lebih tepat dan berkualiti. Penilaian seharusnya mampu menjawab perkara-perkara berikut: Adakah perancangan strategik itu konsisten dengan objektif atau misi sekolah dan sesuai dengan persekitaran dalaman atau luaran. Adakah perancangan strategi berpatutan dari segi kecekapan melaksanakannya/kecakupan sumber dan kesesuaian masa. Adakah pelaksanaan yang hendak dilakukan itu mendapat tentangan atau dorongan dari semua warga sekolah.Kawalan dan penilaian menjadi satu elemen penting kerana ia boleh berperanan sebagai sistem amaran awal terhadap pelaksanaan perancangan strategik yang digubal. Setelah dikenal pasti kekurangan atau kelemahan dalam pelaksanaan ia memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk kembali kepada landasan yang betul, membuat perubahan pada pelan taktikal, perubahan strategi atau perubahan dalam objektif. Akhirnya akan menghasilkan semula perancangan strategik yang lebih pratikal. Dalam penilaian isu-isu tertentu perlu diberikan perhatian, antaranya: Apakah kelemahan yang berlaku atau sebaliknya? Apakah bentuk perubahan yang perlu dilakukan pada masa sekarang dan masa hadapan, khususnya dari segi pelan strategik dan pelaksanaan? Apakah jangkaan-jangkaan yang akan berlaku pada masa hadapan?Konklusinya, proses implementasi perancangan, kawalan dan penilaian merupakan elemen yang penting supaya setiap perancangan yang dibuat mampu mencapai visi dan misi yang digariskan. Kegagalan fungsi boleh dikesan pada peringkat awal sekiranya kawalan dibuat secara pratikal bukan hanya melalui bancian bertulis semata-mata. Proses penilaian akan menjadi satu proses penting dalam membincangkan dapatan kawalan, penilaian akan berperanan memberi gambaran secara menyeluruh berkaitan pencapaian dan hala tuju implementasi perancangan strategik.

7.0 PENGERTIAN STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP)SOP adalah dokumen tertulis yang memuatkan prosedur kerja secara terperinci, tahap demi tahap dan sistematik. SOP memuatkan rangkaian secara bertulis tentang kegiatan rutin atau berulang-ulang yang dilakukan oleh sesebuah organisasi. Untuk itu, SOP juga dilengkapi dengan rujukan, lampiran, formula, diagram dan alur kerja (flow chart). SOP sering juga disebut sebagai manual SOP yang digunakan sebagai pedoman untuk