Penyataan Profesional Semasa
-
Upload
adrience-loh -
Category
Documents
-
view
230 -
download
0
description
Transcript of Penyataan Profesional Semasa
Penyataan profesional semasa
Minggu 2 (2.2.15- 6.2.15)
Minggu ini agak lancar. Pada hari isnin, saya telah masuk tahun 2B untuk
mengajar murid kelas ini untuk menulis. Saya mendapati asas kemahiran
menulis untuk murid kelas ini kurang baik. Maka saya perlu memperbanyakkan
latihan untuk meningkatkan kemahiran menulis.
Pada hari Selasa, saya diseliakan oleh Pn Choo.Saya menggunakan
bahan teknologi untuk mengajar sajak klasik dalam kelas Bahasa Cina pada
Selasa. Saya mendapati murid agak suka dengan kelas yang menggunakkan
unsur tmk dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga jadikan
sajak klasik tersebut ke bentuk lagu.Murid agak suka dengan bentuk ini tetapi
mereka agak malu dan hanya menyanyi dengan suara yang ringan.
Pada hari rabu, saya diselia oleh Pn Su untu mata pelajaran sains. Pada
pendapat saya, kelas ini dijalankan dengan lancar. Kebanyakan murid dapat
membezakan gigi taring, gigi kacip dan gigi geraham.Mereka juga dapat
menyatakan fungsi mengikut jenis gigi tersebut dengan jelas.Tapi kelas ini masih
mempunyai beberapa orang murid yang memerlukan aktiviti pemuliahan, Jadi
saya bercadangan untuk menjalankan aktiviti mengikut tahap pembelajaran
murid. Pada hari inijuga, saya dan pasangan saya menjalankan aktiviti
kokurikulum . Kami telah siap mengajar tarian untuk lagu”little apple”. Apa yang
diperlukan adalah latihan murid supaya mereka dapat mempersembahkan tarian
ini dengan indah.
Pada hari khamis, kami telah menyertai LADAP yang bertajuk
pembelajaran professional komuniti. Dalam LADAP ini, kami jelas dengan
konsep pembelajran professional komuniti ini yang bakal dipratik dalam sekolah.