Refleksi Selepas Amalan Profesional -...

233
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran

Transcript of Refleksi Selepas Amalan Profesional -...

Page 1: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran

Page 2: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional
Page 3: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP i

Refleksi Selepas Amalan Profesional

R E S A P (REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL)

Penaung

DATUK MARY TERESA KINAJIL Pengarah, IPG Kampus Kent

Penasihat 1

ROMLI DARUS Timbalan Pengarah, IPG Kampus Kent

Penasihat 11

JULIANA DUMPIL Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

Penyelaras Penerbitan

DOTI ASING

Ketua Editor DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN

Editor/Penelitian Pruf

CHAN HOU FOCK HJH DAYANG MAYANG AWG ABAS

NANCY LOO KASON KUNDAYIS LABEH

HJH NORHAYATY ISMAIL JAMES W. MOLIJOH

JASLINAH MAKANTAL

Penyumbang Artikel ISMAIL AG. PIUT

LAJIWIN KUDUN @ JOVINIA

Kompilasi Bahan Arun Daud

Asbi Selamat

Reka Bentuk Kulit FITRI SHAH WALIAH BINTI SU’UT

ALIMAH MUSLIM

Page 4: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP ii

Refleksi Selepas Amalan Profesional

Kandungan i. JK Penerbitan ii. Kata Alu-aluan Pengarah iii. Dari Meja Editor BAHAGIAN A: PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKTIF 1. Pemikiran Reflektif dalam Membugar Pengajaran Bermakna

Ismail Ag Piut 2. Amalan Refleksi Meningkatkan Profesionalisme Guru

Lajiwin Kudun @ Jovinia BAHAGIAN B: PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1. Tingkah Laku Bermasalah

Adhawati binti Kamaruddin 2. Tiada Kesediaan Membaca

Roslen binti Maming @ Azim 3. Tidak Kenal Huruf dan Nombor

Roslen binti Maming @ Azim 4. Murid Hyperaktif

Juliah bt Abdul Hamid 5. Masalah Murid Kurang Tumpuan

Haraney binti Doos 6. Masalah Murid Kurang Tumpuan

Haraney binti Doos 7. Masalah Tingkah laku Disruptif

Sanisah Bianus 8. Tingkah laku Negatif Kanak-kanak di Dalam Kelas

Suryani binti Rafai 9. Kanak-kanak Tidak Mendengar Arahan

Suryani binti Rafai 10. Murid Tidak Memakai Pakaian Seragam Sekolah

Samriah Abdul Rajak 11. Murid Kurang Memberikan Tumpuan

Samriah Abdul Rajak 12. Masalah Murid Tiada Kesediaan Belajar

Kamariah binti Hajar 13. Masalah Ingatan dan Lupaan

Kamariah binti Hajar

Page 5: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP iii

Refleksi Selepas Amalan Profesional

14. Murid Datang Lewat ke Kelas Junia binti Dollah

15. Masalah Murid Tidak Memberi Tumpuan Anura @ Anura binti Maddisa

16. Masalah Murid tidak memberi perhatian Anura @ Anura binti Maddisa

17. Murid Suka Mengganggu Kawan Dayang Rosni Abu Kassim

18. Kurang kemahiran Motor Halus Dayang Rosni Abu Kassim 19. Masalah Murid Lewat

Daiana binti Haris 20. Masalah Murid Tidak Menyiapkan Kerja sekolah Daiana binti Haris 21. Kemahiran Menulis Nama Sendiri Dg.idah bte Hj. Ag. Yahya 22. Masalah Tingkah Laku Kanak-kanak

Dg. Amidah bte Hj. Ag. Yahya 23. Murid Suka Buat Bising

Jijah Tahir 24. Murid Suka Ponteng Kelas

Jijah Tahir 25. Murid Pendiam dan Tidak Melibatkan Diri Dalam Aktiviti

Hayati binti Idris 26. Murid Suka Menconteng Dinding dan lantai Tabika

Hayati binti Idris 27. Masalah Disiplin Murid

Florida @ Fredelica Roland Jassin 28. Masalah Kawalan Kelas

Florida @ Fredelica Roland Jassin 29. Murid Suka Bersendirian

Saimah Datu Damsi 30. Murid Nakal Semasa Proses PdP

Saimah Datu Damsi 31. Murid Suka Mengasingkan Diri

Suzeh Said 32. Murid Pintar Cerdas

Suzeh Said 33. Menggunakan Bahasa Kurang Sopan

Egnes Mantok 34. Murid Sukar Dikawal

Egnes Mantok

Page 6: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP iv

Refleksi Selepas Amalan Profesional

35. Murid Suka Makan Makanan Ringan di Dalam Kelas Norhadizah binti Sukur 36. Masalah Murid Suka Menconteng Kelas Norhadizah binti Sukur 37. Murid Tidak Terkawal Semasa Aktiviti Fizikal

Rafiah binti Sabran 38. Murid Kurang Memahami Isi Pelajaran

Rafiah binti Sabran 39. Masalah mengenal Emosi Jasnin binti Aluiddin 40. Tidak Kenal Bangunan Mega

Jasnin binti Aluiddin 41. Kurang Kemahiran Motor Halus

Nuriah binti Madpiasin 42. Masalah Tidak Boleh Melakukan Operasi Tolak

Norhayati binti Tahir 43. Murid Kurang Tumpuan Haini binti Hj Maidin 44. Murid Tiada Alat Tulis

Haini binti Hj Maidin 45. Murid Suka Membuat Bising Norah binti Bating 46. Pertuturan Kanak-kanak Yang Pelat Oson Jan binti Khani Zaman 47. Lemah Dalam Mengenal Huruf

Oson Jan binti Khani Zaman BAHAGIAN C: PENGURUSAN MASA DAN AKTIVITI 48. Pengurusan Masa Tidak Tepat

Junia binti Dollah 49. Sayang Alam Sekitar

Rosmie Yasidin 50. Pengurusan Masa Kurang Efektif

Nuriah binti Madpiasin 51. Hari Potensi Kanak-kanak TABIKA

Norhayati binti Tahir

BAHAGIAN D: KOMPETENSI GURU DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Page 7: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP v

Refleksi Selepas Amalan Profesional

52. Ruang Belajar Yang Sempit Adhawati binti Kamaruddin 53. Cabaran Mengajar Bahasa Inggeris

Sanisah Banus 54. Permainan Bola Beracun

Rosmie Yasidin 55. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar

Juliah bt Abdul Hamid

Page 8: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP vi

Refleksi Selepas Amalan Profesional

Kata Alu-aluan Pengarah

Saya mengambil kesempatan pada ruang yang terbatas ini untuk

merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang

menjayakan penerbitan buku RESAP, iaitu singkatan pada Refleksi Selepas

Amalan Profesional. Amalan Profesional merupakan satu daripada syarat

bergraduan bagi semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di

semua Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Penulisan jurnal mingguan merupakan refleksi pelajar semasa

menjalani Amalan Profesional (praktikum). Hal yang demikian penulisan ini

amatlah penting. Ini kerana semua isu yang diketengahkan dalam buku ini

merupakan pengalaman peribadi yang auntentik pelajar sendiri. Saya

berharap agar bahan-bahan yang terdapat dalam RESAP ini, hendaknya

menjadi panduan dan rujukan kepada pelajar lain bagi memastikan tahap

keilmuan dan profesionlisme dapat dipertingkatkan sesuai dengan tuntutan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 iaitu

memartabatkan profesion keguruan. Dapatan kajian antarabangsa

menunjukkan bahawa guru yang berkualiti mampu meningkatkan

pencapaian pelajar sebanyak 50 peratus dalam tempoh 3 tahun berbanding

guru-guru lain.

Saya menyanjung tinggi dan menghargai komitmen yang diberikan

oleh para pensyarah yang terlibat dalam membimbing dan menyunting

karya dalam buku ini. Kerjasama yang padu antara pensyarah dan pelajar

KEMAS/JPNIN ternyata menjadi pemangkin pada kejayaan menerbitkan

buku ini. Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

dan semua penyumbang artikel serta sidang editor atas usaha dan

sumbangan idea membolehkan RESAP menjadi kenyataan.

Sekian.

DATUK MARY TERESA KINAJIL P.G.D.K, A.D.K. Pengarah, IPG Kampus Kent, Tuaran Sabah

Page 9: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP vii

Refleksi Selepas Amalan Profesional

Dari Meja Editor Kita panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah kurnia-

Nya dan izin-Nya jua, buku Refleksi Selepas Amalan Profesional atau ringkasnya RESAP akhirnya telah dapat diterbitkan. Semua karya dalam

buku ini merupakan hasil koleksi penulisan jurnal mingguan oleh pelajar

KEMAS/JPNIN Ambilan Oktober 2009 yang digarap berdasarkan pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional (Praktikum

Fasa 2) selama 14 minggu di tadika KEMAS di seluruh Negeri Sabah.

Semasa di institut, para pelajar didedahkan dengan pelbagai teori

pengajaran dan pembelajaran, serta pelbagai kemahiran pedagogi serta ilmu psikologi. Pelajar juga diberi input berkaitan dengan pengurusan bilik

darjah , pengurusan tingkah laku, pengurusan sosial emosi yang semua ini disepadu dan diaplikasi semasa menjalani praktikum. Semua pengalaman

ini diterjemahkan melalui amalan refleksi. Pemilihan isu yang digarap dalam bentuk penulisan jurnal mingguan ini dibincang bersama pensyarah

penyelia/pembimbing praktikum masing-masing. Pensyarah penyelia juga

bertanggungjawab menyemak dan menyunting hasil karya tersebut. Usaha ini secara tidak langsung dapat mengalakkan pelajar untuk menulis dan

mendokumentasikan segala pengalaman dan dapatan mereka untuk dikongsi dengan orang lain.

Semua karya yang dimuatkan dalam buku ini diakui banyak kekurangan dan kelemahannya. Masih terdapat banyak ruang yang perlu

dibaiki untuk memastikan karya yang lebih bermutu. Namun saya yakin usaha yang kecil ini sebagai satu langkah permulaan ke arah menggalakkan

penulisan yang lebih reflektif dalam kalangan pelajar institut ini. Justeru itu

pandangan dan cadangan dari semua pihak amatlah dihargai untuk meningkatkan lagi mutu penulisan para pelajar kita nanti.

Saya juga mengambil kesempatan di sini merakamkan ucapan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menerbitkan buku ini terutama pihak pengurusan tertinggi IPG Kampus Kent khasnya

Datuk Mary Teresa Kinajil yang memberi sokongan padu dalam usaha

menerbitkan buku ini. Terima kasih kepada semua rakan dalam Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan atas usaha berterusan membimbing dan

menyunting karya pelajar di bawah seliaan masing-masing. Kepada semua pelajar KEMAS/JPNIN yang sedia dan setia menerima cabaran ini, diucapkan

sekalung tahniah dan selamat menjadi guru sejati.

Sekian

DATU RAIMAN BIN HJ. DATU KAUMAN A.D.K

Ketua Editor

Page 10: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

1

BAHAGIAN A PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKTIF

Refleksi adalah berfifkir secara mendalam, bersungguh-sungguh, menganalisis dan menilai kekuatan dan kelemahan diri bagi

merancang tindakan secara rasional. (Salhah Abdullah dan Ainon Mohd, 2005)

“ ...kita perlu bina dan pupuk budaya baru yang positif dan mendorong para pendidik kita berkreatif dan berinisiatif..”

( Datuk Sri Dr. Wan Mohd Zahir Noordin, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia)

Page 11: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

2

PEMIKIRAN REFLEKTIF DALAM MEMBUGAR PENGAJARAN BERMAKNA

Oleh

ISMAIL AG. PIUT

Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kent

Konsep Pemikiran Reflektif Konsep kemahiran berfikir yang digagaskan oleh Edward De Bono (1976), merujuk kepada ‘proses Kemahiran Lateral yang menuntut manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan permasalahan situasi khusus’. Dan, secara ekslusif pendasaran definisi tersebut menjurus langsung kepada pendefinisian konseptual Pemikiran Lateral oleh Oxford English Dictionary (2008) yang berbunyi “a way of thinking which seeks the solution to intractable problems through unorthodox methods or elements which would normally be ignored by logical thinking”.

Dari perspektif Islam, kemahiran berfikir atau ‘Tafakkur’ yang difirmankan Allah SWT seperti dalam surah Al-A’raf ayat 176, Al-Imran, ayat 191, dan Al-Baqarah, ayat 219; adalah merujuk kepada ‘Pemikiran Holistik’ yang lebih luas iaitu pemantapan hubungan ‘insaniah’ dan ‘ihsaniah’ melalui konsistensi proses berfikir secara menyeluruh dalam konteks meneliti, mengkaji dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara atau isu berasaskan maklumat dan fakta yang menyeluruh untuk pembaikan (islah) dan kemuliaan (iz’zah) kendiri (Sidek Baba, 2006).

Bagi Hanipah. (2000), pemikiran ini melibatkan “proses

merenung kembali, menganalisis masalah, mencari bukti dan alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri". Ini bermakna, manusia mesti menggunakan kebijaksanaan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul selaras dengan syariat yang ditetapkan. Justeru Pemikiran Reflektif yang menjadi sebahagian Pemikiran Lateral dalam pendidikan merupakan ‘proses berfikir yang mengimbas kembali pengalaman atau pengetahuan lalu untuk membuat pertimbangan kritikal terhadap ‘alternative’ dan kesimpulan akhir

Page 12: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

3

pengajaran yang sempurna’ (Dewey, 1933). Ia juga ditakrifkan sebagai Berfikir Secara Kontemplatif iaitu berfikir dalam-dalam, bertafakkur dan merenung untuk penambahbaikan kendiri (Mohd. Khairi bin Zainuddin et. al. 2008). Untuk guru, Mezirow (1991) merujuknya sebagai ‘Pemikiran Kesahan di mana guru harus berfikir secara kritikal terhadap kesahan pengetahuan, kepercayaan, nilai kendiri serta mengujinya untuk mendapatkan kefahaman tepat tentang pengalaman baharu yang dilalui’. Jack C. Richards (2012) yang menamakannya sebagai ‘Refleksi Kritikal’ (critical reflective) telah menekankan kesedaran respon dalam berfikir sebagaimana dalam pendefinisian yang diberinya; “…an activity or process in which an experience is recalled, considered, and evaluated, usually in relation to a broader purpose. It is a response to past experience and involves conscious recall and examination of the experience as a basis for evaluation and decision-making and as a source for planning and action”.

Dalam hal ini, Ida Fazura binti Hj Ibrahim Birchall

(1992) menegaskan bahawa "Pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan yang seterusnya". Dengan erti kata lain kita haruslah berfikiran rasional, memahami falasi dan bersikap kritis dan kreatif terhadap fenomena atau isu yang dihadapi dan membuat peyelesaian menyeluruh berdasarkan sumber yang menyeluruh agar dengannya kita dapat memperbaiki diri secara menyeluruh. Signifikasi Pemikiran Reflektif

Tee Yueh Jiuan (2007) dalam kajiannya tentang ‘Amalan Pemikiran Reflektif Dalam Kalangan Guru-guru Matematik Di Sekolah Menengah’ yang bersampelkan 147 guru Matematik di 19 Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri Sembilan, telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan pemikiran reflektif guru dengan orientasi pembelajaran dalaman (r=0.46, p<0.01), kecekapan guru dalam menyelesaikan masalah (r=0.43, p<0.01), kekangan masa (r=0.34, p<0.01), orientasi pembelajaran luaran (r=0.32, p<0.01), dan persepsi guru terhadap pembelajaran matematik (r=0.28, p<0.01). Manakala, Burn et.al (2003) berpendapat bahawa Pemikiran Reflektif adalah sinonim Pemikirin Kritis. Justeru, amalan guru dalam pemikiran

Page 13: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

4

kritis dan kreatif juga bermakna manifestasi terhadap Pemikiran Reflektif guru. Seterusnya, Kajian Rosma (2012) terhadap Penggunaan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis Dalam Pengajaran Guru Malaysia menunjukkan sememangnya guru mempunyai minat yang tinggi mengenai pemikiran tersebut tetapi kurang menyedari peranan dan pelaksanaannya dalam konteks Kurikulum Baharu Sekolah Rendah. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan diri sebagai guru dan menyoal tujuan keberadaannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis terhadap kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibatnya terhadap keberkesanan pengajaran kendiri (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat ‘impulsive’. Bermakna, seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dalam tindakan dan ini membolehkannya membuat keputusan tepat dalam proses pendidikan. Sehubungan itu, amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi lebih ‘self-directed’ iaitu bertanggungjawab dan fokus terhadap perkembangan dan kemajuan profesionalisme kendiri (Van Manen,1977 dan Wildman, et al, 1990). Steffy B.E, et al. (2000) yang menyokong dapatan ini menegaskan ‘bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru’.

Kesimpulannya, dalam amalan dan manifestasi belajar mengajar, pemikiran reflektif membolehkan seseorang guru menanggap dan melihat pengajaran dan pembelajaran daripada perspektif yang lebih interpretive dan bersifat kritikal agar guru dapat memperkasakan nilai pemikiran yang berikut secara optimum:- • membuat penilaian kendiri

• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif • menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil

kerja • melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan • mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri spiritual, moral,

nilai, dan estetika • mengubah tingkahlaku

Page 14: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

5

Guru Reflektif

Dalam membugar pengajaran bermakna, guru reflektif mestilah sentiasa melestari muhasabah diri, merenung (tadabbur), serta melihat profession perguruan dan professionalism keguruan sebagai karier yang menyeronokkan di samping percaya bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan rantaian pembinaan modal insan (human capital development) melalui proses pengukuhan dan pengayaan pemudahcaraan guru yang efektif. Twomey Fosnot, C. (1989), mengungkapkan peranan guru reflektif ini dengan katanya; “An empowered teacher is a reflective decision maker who finds joy in learning and in investigating the teaching/ learning process – one who views learning as construction and teaching as a facilitating process to enhance and enrich development”. Justeru, sebagai pengajar reflektif yang sentiasa mengkaji peristiwa pengajaran secara cermat, analitis, dan objektif, guru seharusnya memiliki kesedaran dan kebiasaan berfikir tentang paraktik pengajaran secara berfokus. Dalam hal ini, Bartlett (1990) telah mencadangkan lima gelungan langkah yang berkesinambungan dalam pengajaran guru reflektif. Ia melibatkan; a) Pemetaan (mapping) – iaitu pemetaan tentang bukti peranan

guru yang melibatkan perilaku dan komunikasi dalam kelas, peristiwa kritikal (critical incidents) dalam pembelajaran, kepercayaan, dan perspektif diri tentang mengajar dan belajar melalui diari atau jurnal yang ditulis.

b) Pemakluman (informing) – iaitu mempersoalkan makna pengajaran guru dengan melihat secara kritis terhadap perbezaan keberkesanan dan implikasi pengajaran yang dilakukan secara sedar atau sekadar rutin harian serta mengkaji prinsip, teori, dan praktik kendiri yang mendasari pengajaran.

c) Mencabar (contesting) – iaitu mempersoalkan idea, struktur, strategi pengajaran, keberkesanan teori pengajaran yang dipercayai, serta ketidakharmonian antara gagasan yang difikirkan dengan gagasan yang dilaksanakan di samping mencari alternatif baru dalam pengajaran. Sebaiknya prosedur ini dilakukan bersama rakan sebaya untuk memastikan keberkesanan pengajaran, impak positifnya terhadap pelajar, dan peningkatan profesionalisme guru.

d) Penilaian (appraisal) – iaitu mencari strategi pengajaran yang konsisten dengan pemahaman baru terhadap hipotesis pengajaran berkesan yang berbaza.

Page 15: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

6

e) Bertindak (acting) – iaitu melaksanakan pengajaran dengan kesedaran peranan dan strategi yang berkesan hasil penambahbaikan diri yang beralasan kukuh dan teruji.

Germaine Taggart (2005) memaparkan satu model gelungan hubungan aplikasi pemikiran reflektif dalam pengajaran guru yang menarik sepertimana berikut:

1) PROBLEM:

Contact Episode

2) PROBLEM FRAMING/

REFRAMING (observation,

reflection, data gathering, moral

judgment, schema, contact

3) POSSIBLE SOLUTION SETS

(intervention)

4) EXPERIMENTATION

(observation, judgment)

6) REJECTION

7) SCHEMA

6) ACCEPTANCE 5) EVALUATION

Siratannya, sebagai agen yang terlibat langsung dalam perubahan tingkah laku pelajar di bilik darjah, guru sewajarnya menerapkan kemahiran Pemikiran Reflektif dalam kalangan pelajarnya melalui aktiviti pembelajaran secara tekal. Dalam hal ini, Piaget (1975) menggalakkan guru menggunakan Strategi Konstruktivisme iaitu pembelajaran yang menekankan proses asimilasi dan akomodasi pengetahuan baharu terhadap pengetahuan sedia ada pelajar. Aktiviti konstruktivisme seperti ‘Context-rich Learning’ (Brooks and Brooks, 1993) yang mengagaskan kolaborasi dalam penerokaan dan penilaian idea, galakan pengalaman berkomunikasi, dan mengakses bukti-bukti sebenar (real-world examples) dalam kalangan pelajar dapat meningkatkan kemahiran pemikiran raflektif

Page 16: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

7

individu. Manakala, Strategi Mediatif (Gardner,1958) yang menekankan perbincangan terbuka, pencapaian konsep, pembinaan konsep, dan inkuiri dalam pembelajaran, Strategi Generatif (Osborne, 1985) yang melibatkan penjanaan idea baharu berbentuk analogi daripada pengetahuan sedia ada, dan Strategi Metakognitif (Lev Semerovich VygotsKy,1934) yang mengagaskan kesedaran cara berfikir empirikal dalam membuat keputusan menjadi pemangkin kepada pemerolehan konsep baharu yang lebih tepat.

Dalam pada itu, Johnson, Johnson, & Holubec (1991) pula mencadangkan Pembelajaran Koperatif (cooperative learning) dalam memantapkan kolaborasi, hubungan merentas aras, kemahiran menyelesaikan masalah, dan proses pembelajaran demokratik dalam kalangan pelajar. ‘Jigsaw Technique’ oleh Aronson et.al (1978) misalnya, menekankan peranan setiap ahli dalam menyudahkan tugasan yang diberi. Di samping itu Teknik Percambahan Minda (brainstorming) oleh Harrington-Macklin (1994), Teknik Buzz Groups dan Role-Playing oleh Taggart (2005), Teknik Effective Questioning oleh Heathcote (1980), Aktiviti Gardening Puzzle, Roll On, Designing a Classroom, dan Logic Lure oleh Taggart (2005) seharusnya diaplikasi untuk meningkatkan tahap keterbukaan dan cara berfikir pelbagai perspektif dalam kalangan pelajar.

Kaedah-kaedah cadangan Edward De Bono (1976) seperti ‘Kaedah Perkaitan Bebas’ dalam perbincangan, ‘Kaedah Reversal’ dalam penilaian terbalik, ‘Kaedah Objek Fokal’ dalam mengkaji masalah, ‘Kaedah Cabaran atau Di Luar Kotak’ dalam melihat isu, ‘Kaedah Metafora dan Analogi’ dalam melihat persamaan dan perbandingan konsep, dan ‘Kaedah Menganalisa Masalah’ secara analitik di samping ratusan strategi terkini yang boleh memangkin, memupuk, membugar, melestari, dan memperkasa kemahiran Pemikiran Reflektif dalam kalangan guru dan pelajar hendaklah dioptimumkan penggunaannya secara konsisten.

Rumusan

Akal atau daya fikir merupakan kurniaan teristemewa daripada Allah SWT yang sekaligus menjadi elemen yang membezakan manusia daripada binatang. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 269; “Allah mengurniakan hikmat (rahsia ilmu) kepada siapa yang dikehendakiNya; dan siapa yang

Page 17: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

8

dikaruniakan hikmat maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikir”. Seperti agama, nyawa, maruah, dan harta, akal mestilah dipelihara kesempurnaannya agar fungsi manusia sebagai khalifah di muka bumi dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, Pemikiran Reflektif yang keberkesanannya memberi impak terhadap keperibadian dan profesionalisme kendiri, maka kesediaan individu untuk berfikiran terbuka dan positif amatlah dituntut agar keputusan atau tindakan diambil bersifat kolektif dan penilaiannya secara kritikal sebagaimana yang dikatakan oleh Shahabudin Hashim et.al. (2003); “…dalam usaha mengimplementasikan Pemikiran Reflektif, individu perlu memiliki pemikiran terbuka, iaitu kesediaan menerima idea-idea orang lain, bersungguh-sungguh menyelesaikan sesuatu permasalahan dan yakin serta berani bertanggungjawab akibat daripada keputusan yang diambil”. Justeru, ketekalan azam dan iltizm guru dalam membudayakaan pemikiran ini dirasakan menjadi kunci kejayaan manifestasi pembugaran pengajaran bermakna di bilik darjah selaras dengan pepatah Arab ‘Ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah’ (al-ilmu bi la amalin kasy syajarin bi la thamarin)

Rujukan

Bartlett, Leo. (1990), Teacher Development Through Reflective Teaching. In J.C. Richards and D. Nunan (Eds), Second Language Teacher Education (2002), New York: Cambridge University Press. Brooks, J. G., & Brooks, M. G. (1993), In Search of Understanding: The Case For Constructivist Classrooms, Alexandria, Va: Association for Supervision and Curriculum Development. Burn K, Hagger H, Mutton T and Everton T (2003), The Complex Development of Student Teachers’ Thinking in Teachers and Teaching; Theory and Practice, 9(4), 309- 331. Calderhead, J. (1989) 'Reflective Teaching and Teacher Education'; Teaching and Teacher Education, Vol. 5 No.1

Page 18: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

9

De Bono, E. (1976), Teaching Thinking, London, Temple Smith. Dewey, J. (1933), How We Think, Buffalo NY, Prometheus Books. Jack C. Richards (2012), Towards Reflective Teaching, http://www.tttjournal.co.uk, 10 November 2012. John Simpson and Edmund Weiner (2008), Oxford Dictionary 11th Edition, UK: Oxford University Press. Mezirow, J. (1991), Transformative Dimensions of Adult Learning, San Francisco: Jossey-Bass. Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin & Mohd Fuad Mohd Isa. (2008),Al-Miftah, Selangor: Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Piaget, J. (1975), The Child's Conception of the World, Totowa, NJ: Littlefield, Adams. Rosma Osman. (2012), Tahap Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah, Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, Tanjung Malim: UPSI. Schön D (1987) Educating the Reflective Practitioner. San Francisco: Jossey-Bass Shahabudin Hashim et.al. (2003), Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan, Kuala Lumpur: PTS Publication. Sidek Baba (2006), Berfikir Holistik, drsidekbaba.blogspot.com/berfikir- holistik.html, 15 Disember, 2006. Steffy, Betty E.; Wolfe, Michael P.; Pasach, Suzanne H. & Enz, Billie J. (2000). Life Cycle of the Career Teacher. Thousand Oaks, CA: Sage. Germaine Taggart (2005), Promoting Reflective Thinking In Teachers: 50 Action Strategies, Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Page 19: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

10

Tee Yueh Jiuan. (2007), Amalan Pemikiran Reflektif Dalam Kalangan Guru-guru Matematik Di Sekolah Menengah, Serdang: Universiti Putra Malaysia. Twomey Fosnot, C. (1989). Enquiring Teachers, Enquiring Learners: A Constructivist Approach For Teaching. New York: Teachers College Press. Van Manen,M. (1977), Linking Ways of Knowing and Ways of Being, Curriculum Inquiry, V.6, p.205 – 208. Wildman, T. Niles, J. Magliaro, S & McLaughlin, R. (1990), Promoting Reflective Practice Among Beginning and Experienced Teachers: In R. Clift, W.Houston, & M.Pugach (Eds), Encouraging Reflective Practice in Education, New York; Teachers’ College Press.

Page 20: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

11

AMALAN REFLEKSI MENINGKATKAN PROFESIONALISME GURU

Oleh

LAJIWIN KUDUN @ JOVINIA

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan IPG Kampus Kent, Tuaran

Pengenalan Mendidik anak-anak murid merupakan tugas yang kompleks. Setiap hari guru-guru berhadapan dengan pelbagai cabaran kerja yang berterusan seperti merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, menceriakan bilik darjah, berhadapan dengan ibu bapa, melaksanakan penilaian, membuat dokumentasi dan sebagainya. Kebelakangan ini, sistem pendidikan negara juga sedang menghadapi cabaran-cabaran baharu akibat daripada arus globalisasi. Justeru, peranan guru sebagai pengamal dan penyampai ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah turut berubah. Tekanan ini menyaingi keinginan guru untuk memberi perhatian kepada murid-murid. Akibatnya guru sukar untuk mengekalkan kegembiraan bersama murid-murid di dalam bilik darjah.

Kajian-kajian menunjukkan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mengurangkan tekanan dalam bilik darjah serta mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria. Namun untuk benar-benar dapat berkongsi pengalaman yang bermakna dengan murid-murid, guru harus belajar untuk menjadi reflektif. Dengan pelbagai cabaran ini guru-guru perlu mempunyai kebolehan mereflek secara sistematik tentang aktiviti-aktiviti pedagogi mereka sendiri supaya dapat menambahbaik amalan pengajaran mereka.

Bagi guru reflektif, tugas mereka adalah satu proses yang

berterusan iaitu daripada membuat pemerhatian sehinggalah menganalisa kesignifikanan aktiviti yang dilaksanakan terhadap perkembangan pembelajaran murid. Guru reflektif tidak hanya mengikut rancangan pengajaran yang telah disediakan tetapi harus mengambil kira perbezaan individu serta menghayati teori

Page 21: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

12

perkembangan kanak-kanak. Dengan ini guru akan lebih memahami keperluan murid-murid di dalam bilik darjah. Amalan refleksi membolehkan guru-guru untuk membuat keputusan yang efektif dan bermakna tentang bagaimana untuk bertindak dan merancang pembelajaran murid-murid.

Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan

Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada guru untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsif. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati. Hal ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan.

Amalan refleksi juga dapat memperkaya diri dan merangsang

amalan profesional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang membawa kepada sesuatu tindakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Hal ini ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab serta membuat keputusan dan seterusnya mengambil tindakan. Refleksi memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari kekuatan dan kelemahan diri. Justeru, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pengajaran dengan lebih berkesan.

Selain itu, amalan reflektif juga dapat mengelakkan keciciran

ilmu dalam kalangan murid. Ramai murid tercicir dalam pendidikan kerana mereka tidak mahu bersaing dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa berasa rendah diri. Hal ini menyebabkan mereka menjadi kelompok pelajar yang gagal atau lemah dalam pelajaran. Guru reflektif tidak akan mengabaikan potensi pelajarnya malah sering kali membuat refleksi serta membantu murid-murid

Page 22: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

13

membuat refleksi. Jika amalan ini diteruskan prestasi sekolah juga akan turut meningkat.

John Dewey, yang dianggap sebagai bapa kepada pendidikan moden telah menulis tentang pengajaran reflektif lebih satu abad yang lalu. Dewey (1910, 1916) percaya guru perlu mengambil masa untuk membuat refleksi terhadap pemerhatian mereka, ilmu pengetahuan dan pengalaman supaya mereka dapat memupuk pembelajaran kanak-kanak dengan berkesan. Refleksi guru terhadap hasil pemerhatian terhadap murid dapat membantu guru merancang langkah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dewey mencadangkan guru berkesan melaksanakan refleksi dengan rasa ingin tahu dan ada keseronokan.

Donald Schon seorang ahli teori pendidikan yang membina

kerjaya bersama Dewey (1983) telah membuat pemerhatian terhadap guru yang berkesan dan mendapati mereka bukan sahaja seorang yang reflektif tetapi juga mampu bertindak cepat dan secara semula jadi (natural) sebaik sahaja mereka bersama dengan kanak-kanak. Beliau menamakan situasi ini sebagai reflection-in-action. Schon percaya reflection-in-action sangat penting sebab setiap kanak-kanak dan situasi dalam pengajaran adalah unik. Bukan semua strategi atau teknik boleh digunakan terhadap semua kanak-kanak dan situasi. Sebaliknya pengajaran adalah bersifat rumit dan perlu berterusan (constant), ada sensitiviti, kemahiran dan kebolehan membuat keputusan (reflective decision making). Bagaimana membuat refleksi? Penyelidikan Tindakan

Kember & Kelly (1993) menyarankan agar amalan reflektif dilaksanakan dalam bentuk kajian tindakan. Hal ini kerana kajian tindakan melibatkan perubahan yang sistematik dalam pengajaran guru dengan adanya bukti bahawa wujudnya perubahan dan peningkatan pembelajaran pelajar (Biggs & Tang, 2007). Sasaran kajian tindakan adalah guru, bukan perubahan yang telah dilaksanakan.

Walaupun ramai guru mempunyai teori yang tersirat mengenai pengajaran, namun masih terdapat keperluan untuk mengkaji teori yang dapat menyelesaikan masalah pengajaran guru.

Page 23: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

14

Hal ini dapat membantu untuk memperbaiki kaedah pengajaran yang tidak berkesan. Guided reflection (Refleksi Berpandu)

Untuk membantu kemajuan refleksi dari dialogic kepada bentuk kritikal, Johns (1994) telah membangunkan konsep refleksi berpandu (guided reflection). Konsep ini melibatkan beberapa siri soalan yang boleh membantu guru untuk meneroka dan menimbang semula rasional di atas tindakan guru. Ini boleh direka oleh pihak ketiga atau oleh individu itu sendiri dan menjadi panduan dalam melaksanakan refleksi. Contoh soalan: Apa yang saya hendak cuba capai? Mengapa saya lakukan [aktiviti] seperti yang saya lakukan? Apakah akibat daripada [aktiviti]?

Aktiviti Ini boleh direka untuk membentuk sebuah diari reflektif, dengan satu sisi halaman terdiri daripada bahan deskriptif dan halaman lain mengandungi refleksi dan penerokaan (Moon, 2004). Contoh soalan-soalan yang boleh dijadikan panduan membuat refleksi: Refleksi Berpandu 1 (Guided Reflection 1) Maughan & Webb (2001)

a) Apakah yang paling penting / menarik / berguna / relevan tentang objek, peristiwa atau idea?

b) Bagaimana ia dapat dijelaskan (contoh dengan teori?) c) Bagaimana ia serupa dan berbeza daripada lain-lain isu? d) Apakah yang saya telah belajar daripada isu ini? e) Apakah ia bermakna untuk situasi saya pada masa akan

datang?

Refleksi Berpandu 2 (Guided Reflection 2)

Buat refleksi mengenai kejadian (incident) yang kritikal dalam pengajaran anda - situasi di mana anda berpendapat bahawa pengajaran atau penilaian anda tidak berlaku seperti yang anda harapkan. Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

Page 24: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

15

Biggs & Tang (2007)

a) Apakah masalah yang berlaku? Apa silapnya? Apakah bukti kewujudan masalah?

b) Apakah yang menjadi punca masalah? c) Bagaimana anda menangani masalah? d) Bagaimana penyelesaian anda kepada masalah berkaitan

dengan teori pengajaran dan pembelajaran yang anda

amalkan?

Berdasarkan contoh soalan di atas, bina empat soalan yang anda fikir dapat membantu membimbing anda dalam proses membuat refleksi.

Berikut adalah teknik-teknik lain yang boleh digunakan oleh

guru untuk melakukan refleksi pengajaran.

Blog

Mulakan blog anda.

Anda boleh

menjadikan blok ada

sebagai hak

persendirian atau

berkongsi dengan

orang lain

Gabung

Tangkap gambar

kelas anda, dan

apa juga aktiviti

menarik yang

berlaku

Renungkan!

Apa alasan anda

untuk tidak

membuat refleksi?

Chat

Bercerita dengan

rakan anda semasa

rehat tentang apa

yang anda lakukan.

Ambil kira apa

pendapat mereka.

Berhenti

Kerap berhenti semasa

pdp dan minta pelajar

berkongsi idea dengan

rakan kumpulan.

Bergerak di sekitar

kelas dan buat refleksi

tentang apa yang murid

lakukan apa yg murid

buat

Tangkap

Gambar

Tangkap gambar

kelas anda, dan

apa juga aktiviti

menarik yang

berlaku

Page 25: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

16

Dokumentasi

Dokumentasikan

apa yang murid

anda dan anda

buat. Nilai sama

ada

pembelajaran

berlaku.

Lekatkan

Sediakan “sticky

note” pada papan

putih. Catatkan

idea-idea yang

datang secara

tiba-tiba untuk

tujuan refleksi.

Perhatikan

Perhatikan murid

anda semasa pdp

dan lihat apa yang

mereka buat.

Adakah mereka

faham? Buat

refleksi.

Video

Buat rakaman

video kelas

anda.

Lihat dan buat

refleksi

Rakan Kongsi

Berkongsi dengan

rakan supaya anda

ada rasa

tanggungjawab

untuk mencuba

perkara baharu di

kelas anda

Bentang

Buat

pembentangan

artikel akademik

mengenai apa

yg anda lakukan

di dalam kelas.

Cara ini akan

memaksa anda

untuk merekod

proses yang

berlaku

Jurnal

Buat jurnal

tentang tugas

anda setiap hari

Adakah anda

rasa keperluan

membuat

refleksi?

Lukis

Lukis apa yang

anda ingin berlaku

sebelum

memulakan

pengajaran.

Kemudian lihat

semula jika

impian anda

menjadi

kenyataan

Page 26: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

17

Amalan refleksi merupakan satu proses berterusan yang berlangsung selama-lamanya. Guru yang menjadi pengamal refleksi lebih peka terhadap dunia dan kerjaya perguruan. Hal ini kerana aktiviti refleksi memberi ruang dan peluang kepada guru membuat penambahbaikan terhadap keupayaan mereka dalam mengintegrasi pengalaman sedia ada dengan pengalaman baharu. Guru yang mengamalkan refleksi melalui pelaksanaan tugasan akan terus berusaha dan berfikir bagi meningkatkan keupayaan diri mereka dalam kerjaya perguruan yang semakin mencabar.

Rujukan

Andrew Pollard. (2002). Reading for Reflective Teaching. New York: Continuum Biggs, J. & Tang, C. (2007). Teaching for Quality Learning.

Berkshire: SRHE & Open University Press Dewey, J. (1993). How We Think: A Restatement of the Relation of

Reflective Thinking to the Educative Process. New York: Free Press

Hanipah Hussin. (2004). Learning To Be Reflective: From Theory to

Practices Malaysia Experiences. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jack C. Richards.(t.t) Towards Reflective Teaching. dimuat turun

http://www.tttjournal.co.uk pada 1 Sept 2013 Maughan, C., & Webb, J. (2001). Small Group Learning and

Assessment dimuat turun dari http://www.ukcle.ac.uk/resources/temp/assessment.html pada 1 Sept 2013

Paul Surgenor, (2011). Tutor, Demonstrator and Coordinator Development at UCD dimuat turun pada 1 Sept 2013 Schon, D.A. (1983). The Reflective Practitioner: How Professionals

Think in Action. London: Temple Smith

Page 27: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

18

BAHAGIAN B PENGURUSAN TINGKAH LAKU

“Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan

yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Oleh itu

untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu

diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan

peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang

diraih selepas berusaha, persetujuan atau penerimaan rakan sebaya,

hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru”

- Burrhus Frederic Skinner (1904 – 1990)

Page 28: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

19

Tingkah Laku Bermasalah

Oleh

ADHAWATI BINTI KAMARUDDIN TABIKA KEMAS Sri Taman Sandakan

NANCY LOO KASON Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ISU

Tingkah laku bermasalah adalah satu fenomena yang biasa kita lihat dalam kelas pembelajaran tidak kira peringkat rendah mahupun peringkat sekolah menengah. Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu abnormal behavior dalam bahasa Inggeris dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Tingkah laku bermasalah pelajar ini boleh berbentuk positif atau negatif. Tingkah laku bermasalah positif ialah seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif ialah tingkah laku disruptif dan bergantung termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

Tingkah laku begini sangat membebankan guru kerana melibatkan orang lain dalam kelas. Pada peringkat prasekolah tingkah laku sebegini amat membebankan guru kerana individu berkenaan sering mengganggu rakan-rakan yang duduk diam. Mereka sentiasa ingin di beri perhatian, menunjuk-nunjuk diri di hadapan rakan-rakan serta sering melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang , melanggar disiplin dan peraturan sekolah.

Dalam kelas saya terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Dia sering mengganggu rakan-rakan yang belajar dan sering memukul rakan-rakannya. Selain daripada itu kanak-kanak tersebut juga mengambil barang-barang orang lain. Saya sentiasa memberi perhatian kepada kanak-kanak ini kerana jika tidak dia akan pergi mengganggu kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini tidak mempunyai tumpuan untuk belajar dan kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak bermasalah ini juga menggunakan bahasa yang pelat dan sukar untuk difahami serta tidak memahami langsung arahan dan larangan guru.

Page 29: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

20

Saya merasa tertekan dan kadang-kadang tidak tahan dengan kerenah dan masalah yang ditimbulkan oleh kanak-kanak ini. Saya sering memanggil ibunya dan berbincang tentang masalah anaknya, walaubagaimanapun masalah ini tidak dapat diatasi.

ANALISIS ISU

Tingkah laku bermasalah seperti ini adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh seorang guru .Walau sesukar manapun ia terletak pada kebijaksanaan seorang guru untuk mengendalikan dan mendisiplinkan seorang kanak-kanak. Menurut tokoh-tokoh mazhab behavioris yang berpengaruh seperti Parlov, Thorndike dan Skinner, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku yang maksudnya penerimaan pembelajaran kanak-kanak itu adalah terletak kepada tingkah lakunya . Sekiranya kanak-kanak itu mempunyai tingkah laku dan disiplin yang baik maka mudahlah baginya menerima pembelajaran dan apabila seorang kanak-kanak itu kurang berdisiplin maka proses pembelajaran menjadi sukar.

Dalam menangani kes ini saya merasa kes ini agak teruk dan berlainan daripada kes-kes yang lain sebelum ini serta tidak pernah saya alami sepanjang mengajar di Tabika KEMAS. Saya telah mengambil beberapa langkah untuk membantu dan mendorong murid tersebut dalam pelajaran tetapi masih tidak berhasil. Pencapaian murid ini masih tidak ada peningkatan. Ini terbukti dengan penelitian rekod kemajuan murid ini yang menunjukkan bahawa murid ini belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

CADANGAN

Seorang guru hendaklah bijak dalam menangani setiap perkara yang menjadi masalah dalam kelas pembelajarannya. Lakukan apa-apa cara untuk membantu mengikut kemampuannya. Dalam hal ini saya patut menyahut cabaran ini, saya perlu memikirkan satu cara untuk menyelesaikan masalah yang saya nyatakan di atas tadi.

Situasi ini boleh dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh J. B Watson (1876-1958) seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat, merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov yang terkenal

Page 30: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

21

dengan kajian beliau tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik.Saya menganalisis teori ini untuk membantu saya mengaitkannya dengan tingkahlaku bermasalah yang dihadapi oleh murid saya tadi.

Antara pengajaran penting yang saya perolehi dalam teori di atas ialah Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku haruslah diberi perhatian yang lebih agar mereka merasa diri mereka dihargai dan dihormati. Berdasarkan dapatan tersebut, saya yakin dapat membantu murid tersebut.

Antara usaha-usaha yang boleh dibuat juga ialah guru hendaklah membuat perjumpaan dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk mencari jalan menangani masalah yang timbul. Dengan cara ini Ibu bapa juga dapat tahu apa perkembangan anak mereka di tabika. Ada dalam kalangan ibubapa memandang remeh tentang perkara ini sedangkan perkara ini sangat penting khususnya semasa dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Permuafakatan ibu bapa sangat penting untuk mencapai kejayaan seorang pelajar. Tindakan susulan ke rumah harus dilakukan agar guru tahu dengan lebih dekat tentang situasi kehidupan dan cara pembelajaran kanak-kanak ini.

TINDAKAN SUSULAN

Ibu bapa memainkan peranan utama dalam pendidikan dan pembentukkan anak-anak mereka kerana ibu bapa yang telah membentuk pendidikan asas mereka sejak dari lahir sehinggalah kanak-kanak ini ke alam persekolahan. Guru hendaklah mengadakan sesi perbincangan dengan ibu bapa dan mencari jalan penyelesaian tentang masalah yang dihadapi.Antara perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui bersama ialah ibubapa sentiasa memberi pesanan kepada kanak-kanak tersebut supaya sentiasa mematuhi arahan dan mendengar nasihat guru. Bagi guru pula,ia perlu sentiasa memberi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada kanak-kanak ini, guru juga perlu sentiasa memberi perhatian sepanjang aktiviti berjalan khusus kepada kanak-kanak ini. Selain daripada itu guru juga sentiasa memberikan kata-kata pujian dan dorongan yang tinggi agar kanak-kanak ini merasa dihargai dan disayangi.

Page 31: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

22

KESIMPULAN

Tingkah lakuh bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour dalam bahasa Inggeris dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah sama ada prasekolah, sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Tingkah laku bermasalah pelajar ini boleh dibahagi kepada dua iaitu positif atau negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang telah dikenal pasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakalah tingkah laku negatif ialah tingkah laku distruktif, disruptif dan bergantung, termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah yang saya hadapi ialah tingkah laku negatif dan ia amat mencabar saya bagaimana untuk menangani masalah ini. Walaubagaimana pun, sebagai seorang guru adalah tanggungjawab saya untuk mencari jalan penyelesaian dan cuba membuat yang terbaik kepada kanak-kanak bermasalah ini.

Selepas beberapa bulan kemudian, terdapat beberapa perubahan yang ketara telah berlaku terhadap kanak-kanak ini.Perubahan-perubahan yang ketara ialah kanak-kanak ini sudah mula menerima dan mendengar arahan. Keaktifan kanak-kanak ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang akhirnya menampakkkan kanak-kanak ini telah mula melalui proses belajar.

Page 32: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

23

Tiada Kesediaan Membaca

Oleh

ROSLEN BINTI MAMING @ AZIM TABIKA KEMAS Kg. Siasai Dundau, Kota Belud

DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu ini pengajaran dan pembelajaran bertemakan ‘Tanah Airku’. Terdapat seorang murid (S) berumur 5 tahun tidak berminat mengikuti aktiviti membaca. Murid berkenaan seorang yang aktif dan petah berkata-kata. Ketika guru membimbing kelas membaca, murid ini sentiasa memegang tangan, menarik-narik tangan guru, merebut Alat Bantu Mengajar guru dan bertindak memadam perkataan yang guru tulis di papan putih. Tingkah lakunya membuatkan murid lain tidak dapat menumpukan perhatian, lalu masing-masing bercerita lantas menyebabkan murid-murid lain turut tidak suka membaca. Hal ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam kemahiran membaca. Yang jelas tingkah laku bermasalah seperti ini menguji tahap kesabaran guru.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk

kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ditakrifkan oleh Shrigley Levin & Nolan (2004) ialah apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif.

Jelas di sini menunjukkan bahawa murid tersebut telah

memperlihatkan tingkah laku bermasalah yang menjejaskan kesediaan belajarnya. Murid tersebut ingin menarik perhatian guru serta rakan-rakan yang lain. Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya tidak cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu, bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca, seseorang

Page 33: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

24

kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan dan diajar kepadanya.

ANALISIS ISU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1408) kesediaan bermaksud perihal sedia, kesanggupan atau kerelaan. Manakala membaca pula diistilahkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Oleh itu, pada pendapat saya, kesediaan membaca ini boleh juga diistilahkan sebagai peringkat apabila seseorang itu boleh dilihat kesanggupannya untuk melakukan pembacaan bagi mendapatkan maklumat mahupun ilmu.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan

membaca kanak-kanak. Di antaranya ialah seperti yang berikut:

i. Pengalaman Dan Persekitaran

Faktor pertama ialah pengalaman dan persekitaran. Persekitaran yang kondusif memberi pengalaman bermakna dan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Misalnya dengan mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya. Cara asuhan turut mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang disuntik oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Faktor persekitaran inilah yang mendorong dan memotivasikan kanak-kanak itu untuk membaca. Namun, apa yang berlaku dengan murid ini adalah sebaliknya.

ii. Kecerdasan & Perkembangan Kognitif

Faktor yang seterusnya pula ialah faktor kecerdasan dan perkembangan kognitif. Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Proses perkembangan otak juga perlulah dalam keadaan normal. Murid (S) walaupun cergas dan petah berkata-kata, namun dia pemalas.

Page 34: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

25

iii. Penguasaan Bahasa

Faktor yang seterusnya ialah penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa adalah penting kerana bahasa merupakan alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa. Namun murid tersebut lebih menguasai bahasa ibunda (bajau) menyebabkan dia tidak meminati bahasa Melayu.

CADANGAN

Bagi menarik perhatian kanak-kanak, bahan bacaan kanak-kanak perlulah mempunyai ilustrasi yang berwarna-warni. Hal ini adalah kerana ilustrasi penting untuk membina minat membaca dalam diri kanak-kanak tersebut. Gambar yang mempunyai warna yang terang dan menarik menyebabkan kanak-kanak berasa teruja untuk membelek-belek bahan bacaan tersebut. Selain itu bahan bacaan yang berwarna-warni mampu mengekalkan tumpuan kanak-kanak dalam jangka masa yang lama. Gambar atau ilustrasi memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bahan bacaan kanak-kanak berkualiti sekali gus mengukuhkan lagi tentang perihal ‘sekeping gambar membawa beribu makna dan cerita di dalamnya’.

Selain itu, isi bahan bacaan perlulah ringkas tapi padat. Ini bagi mengelakkan kanak-kanak tidak memahami ayat atau perkataan seterusnya mematikan niat mereka untuk terus membaca disebabkan tidak faham serta jelas.

Di samping itu, bahan bacaan yang berkualiti juga perlu mempunyai ciri-ciri tulisan yang jelas dan bersaiz besar. Ini penting dalam membantu kelancaran kanak-kanak untuk membaca. Ini kerana koordinasi mata kanak-kanak masih pada tahap perkembangan. Koordinasi mata semasa membaca penting untuk kanak-kanak tersebut menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang disampaikan oleh penulis. Kanak-kanak lebih cenderung untuk membaca sekiranya mereka dapat membaca dengan baik tanpa sebarang masalah.

Tambahan lagi, guru perlulah menggunakan gaya autoratif dalam kelas. Gaya ini juga sebagai didikan demokratik. Ia mempunyai peraturan tertentu selari dengan jangkaan murid. Guru memberi kewajaran dan alasan serta garis panduan bagi peraturan yang dikenakan. Guru menggunakan ganjaran dan dendaan atau lebih dikenali sebagai peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Page 35: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

26

Pendek kata, yang baik dirangsang, yang salah ditegur atau didenda. Kuasa digunakan dengan penuh tanggungjawab. Sebagai contoh, murid S sentiasa memegang tangan, menarik-narik tangan guru, merebut ABM guru dan memadam apa yang guru tulis di papan putih. Dengan tingkahlaku ini, guru boleh melakukan peneguhan negatif terhadap murid berkenaan.

TINDAKAN SUSULAN

Antara aktiviti yang dapat dijalankan oleh guru adalah mengajar semula dengan pelbagai kaedah, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar menggunakan lagu dan permainan bahasa, mengajar strategi yang memudahkan murid mengingat bacaan yang diajar, menggunakan lebih banyak bahan visual dalam penerangan, memudah dan mempelbagaikan latihan, memperbanyakkan latih tubi serta menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.

Guru boleh mempelbagaikan latihan tambahan sesuai dengan

kebolehan dan keupayaan murid, memberikan gerak kerja dan latihan lebih mencabar, menggalakkan sifat berdikari dan bakat kepimpinan murid, memberi aktiviti yang dapat mengembangkan minat daya kreatif dan sifat ingin tahu murid dan menyediakan tugasan yang memerlukan murid membuat pemerhatian.

KESIMPULAN

Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru masuk sekolah telah mempunyai dua jenis motivasi dalaman iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggalakkan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan. Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu menggunakan

Page 36: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

27

pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik.

Page 37: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

28

Tidak Kenal Huruf dan Nombor

Oleh

ROSLEN BINTI MAMING @ AZIM TABIKA KEMAS Kg. Siasai Dundau, Kota Belud

DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu ini pengajaran dan pembelajaran kelas saya bertemakan ‘Air’. Isu yang saya ketengahkan ialah tentang seorang murid berkelakuan sopan dan baik di sekolah namun menghadapi masalah dalam mengenal huruf dan nombor. Murid ini tidak mengenal huruf tapi tahu untuk menyebutnya. Begitu juga dengan nombor. Murid ini dapat menyebut nombor tetapi apabila disoal oleh guru, murid ini memberikan jawapan yang salah. Selain itu, murid ini juga selalu tidak menyiapkan kerja. Setiap lembaran kerja yang guru berikan, dia akan berkata ‘cikgu, saya tidak mahu, saya tidak pandai’.

Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru masuk sekolah telah mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk menggalakkan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan.

ANALISIS ISU

Coots (1998) dalam kajiannya menyatakan status kanak-kanak, kepercayaan dan sosioekonomi, sikap dan persepsi ibu bapa kepada sekolah adalah faktor utama menentukan penglibatan mereka di sekolah.

Bilangan anak yang ramai menghalang ibu bapa memberi tumpuan yang sama rata kepada anak. Semakin ramai bilangan anak, semakin kurang penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran. Ini kerana mereka terpaksa memikirkan pembahagian masa yang lebih dalam hal mencari sumber rezeki untuk anak-anak

Page 38: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

29

yang ramai. Dalam hal ini, bapa lebih komited kepada kerja berbanding persekolahan anak. Walau bagaimanapun bapa yang mempunyai anak yang tidak ramai didapati lebih bertanggungjawab dalam persekolahan anaknya. Saya dapati murid ini mempunyai ramai adik-beradik dan terdapat ibu bapa lain yang menyatakan bahawa murid ini juga merupakan hasil perkahwinan isteri kedua bapanya. Selain itu, di rumahnya selalu tidak terurus dan dibiarkan bermain di luar rumah tanpa memakai pakaian.

Menurut teori keperluan Maslow, keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat kediaman perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu itu dapat memenuhi keperluan-keperluan lain seperti melibatkan diri secara aktif di sekolah dan sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai rumah tetapi sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga ramai dan pendapatan terhad, ibu bapa tidak ada masa hendak memikirkan bagaimana dan bila mereka akan melibatkan diri dalam persekolahan kanak-kanak. Kurangnya perhubungan ibu bapa dengan anak-anak boleh menyebabkan kurangnya galakan dan rangsangan ibu bapa ini ke atas anak-anak mereka. Faktor ini juga telah dihadapi oleh murid tersebut. Saya mendapati ibu bapa murid ini kurang memberikan perhatian kepadanya.

Kemiskinan juga mempengaruhi sajian makanan yang dimakan (Sherman, 1994). Ibu bapa yang kurang berkemampuan menyajikan makanan yang tidak seimbang dengan kadar protein yang tidak mencukupi. Protein amat penting bagi pertumbuhan mental seseorang, terutama dalam masa dua tahun pertumbuhan. Kekurangan protein di peringkat ini menyebabkan pertumbuhan otak menjadi terbantut. Selain itu kanak-kanak yang datang daripada golongan kurang berkemampuan turut menggambarkan kurangnya bahan-bahan bacaan dan rangsangan lain bagi meningkatkan kemahiran 3M selain peluang melawat ke tempat-tempat lain adalah kurang serta tidak mampu membeli komputer.

CADANGAN Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar, guru seharusnya:-

a. Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid.

Page 39: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

30

b. Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai

c. Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang di perhati.

d. Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid.

e. Mengenal pasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.

f. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan. Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu

mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

a. Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perlu diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif maka mereka tidak pandai.

b. Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri diperlukan. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

c. Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar.

d. Tidak sesekali menurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

TINDAKAN SUSULAN

Saya mengambil alternatif lain dengan memberi beberapa aktiviti kepada murid ini. Saya ingin memastikan murid ini dapat mengenal huruf dan nombor dengan betul. Sesetengah abjad adalah lebih susah ditulis daripada abjad lain. Oleh itu, permulaan yang terbaik bagi mengajar seseorang kanak-kanak menulis dengan huruf yang paling mudah dahulu supaya dia menikmati kejayaan lebih cepat. Urutan kesusahan dalam menulis abjad-abjad daripada yang paling mudah sehingga yang susah adalah seperti berikut :

Kumpulan 1 : l o i v t c x z

Kumpulan 2 : w r f h n u b d a m

Page 40: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

31

Kumpulan 3 : e k z s

Kumpulan 4 : j y p g q

Urutan di atas senang dikuasai. Namun, urutan itu adalah penting bagi mengajar seseorang kanak-kanak cara betul menulis setiap perkataan.

Untuk aktiviti nombor pula, saya letakkan satu set kad nombor di hadapan murid tersebut dan kemudian pilih kad nombor daripada set yang lain. Katakan kepada murid, ini nombor 8. Mana nombor 8 yang lain. Jika murid ini masih tidak memberi respons, saya akan cuba menunjukkan di mana nombor 8 berada dan letakkan nombor itu di atas. “ini nombor 8”. Cikgu akan letakkan nombor 8 di atas nombor 8 yang lain. Ulang cara ini pada nombor-nombor yang lain. Pengulangan cara ini boleh dilakukan secara bervariasi. Sebagai contoh, campurkan kad lain di hadapan murid. Seterusnya lakukan cara ini sehingga murid tersebut mengenali kombinasi nombor-nombor sehingga betul.

KESIMPULAN

Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: a Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru.

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. Salah sebutan juga terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.

Hasil daripada pemerhatian saya, dapat saya simpulkan di sini bahawa murid ini memerlukan lebih tumpuan daripada guru yang mengajar. Saya berharap pada satu masa nanti, ibu bapa murid yang terlibat dapat memberikan panduan kepada anak masing-masing agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ada.

Page 41: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

32

Murid Hyperaktif

Oleh

JULIAH BT ABDUL HAMID TABIKA KEMAS Kg. Sangkir, Kota Belud DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan ISU Minggu keenam saya menjalani praktikum, saya berdepan dengan beberapa masalah yang perlu diambil perhatian. Salah satu permasalahan yang perlu saya hadapi ialah murid yang hyperaktif. Murid hyperaktif ini merupakan seorang murid yang tidak pandai duduk diam, suka berjalan-jalan, merayau-rayau serta mengganggu rakan lain terutama sekali semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Adakalanya murid ini agak kasar dalam tindakannya dan boleh mengakibatkan berlakunya kecederaan kepada rakan yang lain misalnya, tiba-tiba dia akan memukul dan duduk di atas rakannya.

Sesungguhnya dalam masa enam minggu ini adalah masa yang singkat untuk membuat perubahan yang mendadak terhadap tingkah laku murid dan meningkatkan prestasi dalam pembelajaran mereka. Ini kerana dalam tempoh ini sikap dan tingkah laku murid akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut situasi, masa, tempat, persekitaran, pengajaran dan pembelajaran, ruang dalam kelas.

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif, saya berusaha memberikan perhatian yang lebih terhadap murid hyperaktif ini. Namun ternyata murid ini tidak menghiraukan guru yang mengajar di hadapannya. Adakala murid ini cuba memberi perhatian terhadap pengajaran guru tetapi hanya sementara sahaja. Apabila guru melihat ke arah murid lain, maka murid ini sudah hilang dari tempat duduk dan ke dapur untuk mengganggu pembantu di dapur. Gelagat murid ini menjadikan saya hilang tumpuan dan terpakasa bergegas ke dapur untuk membawanya balik ke tempat duduk. Sikap murid ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti kumpulan. Murid ini akan memonopoli semua peralatan yang diberikan kepada ahli kumpulan.

Page 42: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

33

Menurut Harry K.Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri “Most Behavior Problems In The Teacher’s faihure to teach students how to follow procedure” sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali pengajaran dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan. ANALISIS ISU Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Beberapa andaian awal yang saya jangkakan iaitu: 1. Kemungkinan murid yang hyperaktif tidak memahami apa

yang disampaikan. 2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan

masalah dalam kelas tersebut kemungkinan menjadi kebiasaan di rumah dan terbawa-bawa ke tabika.

3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi strategi pengajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru.

Setelah menganalisis dan membuat refleksi terhadap andaian

awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya akan bersikap sedemkian rupa di dalam kelas. Hal ini berlaku setelah mereka berjaya menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru lebih awal berbanding kawan-kawan mereka yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, murid tersebut akan berjalan-jalan, merayau serta mengganggu rakan yang lain yang masih membuat kerja.

Selain itu, penyusunan semula tempat duduk dalam kelas juga boleh dilakukan. Murid yang bermasalah diletakkan di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru. Menurut tokoh psikologi iaitu Skinner, beliau mengatakan guru memainkan peranan bagi membentuk tingkah laku kanak-kanak melalui pengalaman. Beliau juga mengatakan aspek persekitaran perlu diambil perhatian kerana aspek ini memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak.

Page 43: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

34

CADANGAN 1. Guru merancang pdp yang melibatkan aktiviti yang

bersesuaian dan dapat menarik minat murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif seperti memberi pujian dan kata-kata perangsang. Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.

3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru perlu memberi peluang untuk murid membentang dan menceritakan hasil kerja kumpulan mereka.

TINDAKAN SUSULAN Saya akan memantau permasalahan yang timbul di atas dengan mengemas kini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan agar masalah ini tidak berlarutan dan berpanjangan. KESIMPULAN Kesimpulannya, masalah murid bukanlah menjadi isu besar dan masalah utama bagi saya untuk melaksanakan praktikum sehingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan Bangsa dan Negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulang kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Page 44: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

35

Masalah Kehadiran

Oleh

HARANEY BINTI DOOS TABIKA KEMAS GDW Kg. Pinatau A, Kota Marudu

CHAN HOU FOOK Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Minggu ini sudah minggu ketiga saya menjalani praktikum Fasa-2 tahun 2012.Minggu ini adalah minggu yang sangat menghairankan saya kerana kehadiran murid ke sekolah tidak menggalakkan.Kehadiran kanak-kanak yang tidak memuaskan ini mengakibatkan aktiviti yang telah dirancang kurang memuaskan.Kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah ini saya mengandaikan disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan mereka jatuh sakit dan ada pula murid yang tidak ke sekolah kerana laluan utama mereka iaitu sungai telah dipenuhi oleh air.Sebenarnya perubahan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini membuatkan saya turut mengalami selesema minggu ini. Tetapi adakalanya saya juga berfikir sendiri adakah ketidakhadiran murid ini adalah disebabkan oleh saya sendiri.Contohnya , adakah cara saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas boleh menambat hati mereka ataupun tidak.Saya monolog sendirian,bagaimana caranya untuk saya memulihkan keseronokkan mereka apabila proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada masa yang akan datang.

Dalam Teori Montessori ada tertulis , murid akan lebih seronok jika mereka belajar melalui bermain dan ianya akan memberikan impak yang sangat baik kerana penerimaan mereka dalam pembelajaran sambil mereka berseronok adalah berkesan daripada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang hanya berfokuskan guru sahaja.

Oleh yang demikian ingin sekali saya membuat satu perubahan agar semua murid dalam kelas saya ini berminat untuk

Page 45: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

36

hadir ke sekolah semula.Tetapi saya masih tercari-cari kaedah dan cara yang terbaik untuk mengubah segala-galanya. ANALISIS ISU Mengikut hasil pemerhatian dan kajian yang telah dibuat oleh ahli-ahli saintis , salah satu masalah murid malas hadir ke sekolah ialah kerana faktor persekitaran dan juga disebabkan guru itu sendiri yang tidak menggunakan kaedah yang betul semasa mengendalikan sesuatu aktiviti di dalam mahupun di luar kelas. Montessori juga ada mengatakan bahawa adalah lebih baik jika guru menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan agar murid akan sentiasa seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tidak kira aktiviti semasa di dalam ataupun di luar kelas.Selain daripada itu,persekitaran kelas juga haruslah cantik di mata semua.

Untuk menyelesaikan masalah ini agar ia tidak berlarutan, saya harus menyiasat punca-punca masalah murid malas hadir ke sekolah dan saya monolog sendirian memikirkan tentang masalah yang berlarutan ini seperti

- Adakah murid sudah bosan dengan kaedah pembelajaran yang saya gunakan selama ini?

- Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini? - Apakah kaedah yang harus saya praktikkan semasa

pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan?

Selain menyiasat sendiri punca masalah ini berlaku, saya juga telah bertanya beberapa soalan kepada murid yang terlibat dan saya telah menerima jawapan yang ikhlas daripada mereka dan kebanyakannya saya dapati pendapat mereka adalah seperti:

- Aktiviti yang sama setiap hari mengakibatkan mereka bosan datang ke sekolah ( menyalin perkataan, mewarna gambar dan tiada yang menyeronokkan )

- Mereka tidak boleh membuat aktiviti yang disediakan oleh guru seperti membuat kolaj dan menyusun gambar-gambar

Page 46: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

37

CADANGAN

Saya telah menghabiskan banyak masa untuk mencari jalan yang terbaik untuk mengubah murid dari malas kepada rajin hadir ke sekolah. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan pada masa akan datang. Antara langkah-langkah yang nekad saya pertimbangkan ialaah seperti dibawah :

- Menyediakan aktiviti yang menyeronokkan murid seperti membuat aktiviti pembelajaran dalam suasana bermain.

- Menyediakan aktiviti individu,kelas dan berkumpulan yang menarik dan mengambil kira tentang kemampuan mereka.

- Menyediakan alat bantu dan alat bahan mengajar yang

kreatif dan menarik dalam setiap slot.

- Memastikan persekitaran luar dan dalam sekolah berada dalam keadaan yang menarik apabila dipandang.

Selain daripada itu,saya juga harus meneliti agar semua perancangan seperti yang telah dinyatakan di atas adalah sesuai dan boleh digunapakai untuk memikat hati murid agar rajin hadir ke sekolah dari semasa ke semasa. Pendapat ahli teoris yang tersohor iaitu Jeome Bruner ( 1966 ) bahawa adalah amat penting pembelajaran secara berkumpulan dan ia haruslah dalam keadaan yang menyeronokkan agar murid tidak merasa bosan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. TINDAKAN SUSULAN Konsep Montessori yang telah saya gunapakai untuk menyelesaikan masalah murid malas hadir ke sekolah memberikan kesan yang amat ketara sekali.Ini bermakna,teori Montessori adalah betul dan saya yakin dengan adanya teori seperti ini,kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh guru semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar kelas akan dapat diatasi dengan baik seandainya guru menggunakannya dengan baik.

Page 47: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

38

Disebabkan teori Montessori ini,saya telah mendapati bahawa murid yang terlibat dalam masalah ini telah berubah dengan cepatnya dan mereka suka datang ke sekolah kerana aktiviti yang dirancang dengan baik dan teliti telah memikat hati mereka untuk rajin hadir ke sekolah. KESIMPULAN Belajar melalui bermain,aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan, dan penggunaan alat bahan dan alat bantu yang menarik terbukti amat berkesan untuk membantu guru agar perjalanan pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas sentiasa berjalan dengan baik dan lancar. Inisiatif guru untuk mencari idea yang baru kreatif adalah amat penting untuk mengumpan murid-muridnya agar sentiasa hadir ke sekolah.Gabungan yang terbaik adalah merancang aktiviti yang menyeronokkan,penggunaan ABM yang kreatif dan menarik serta kaedah pembelajaran yang baik adalah kunci terpenting kepada guru agar perjalanan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas sentiasa lancar.

Page 48: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

39

Masalah Murid Kurang Tumpuan

Oleh

HARANEY BINTI DOOS TABIKA KEMAS GDW Kg. Pinatau A, Kota Marudu

CHAN HOU FOOK Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Minggu ini sudahpun masuk minggu yang kesepuluh saya menjalani praktikum Fasa ke-2 dan saya telah dapati ada tiga orang murid yang kurang memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Murid yang terlibat ini telah saya perhatikan dari awal praktikum sehinggalah minggu yang kesepuluh ini.Mereka bertiga lebih suka bermain sesama sendiri daripada mengikuti sesi pembelajaran. Dari awal sehinggalah ke akhir sesi pembelajaran ,Arientlen,Feainy Susan dan juga Filarensie hanya bermain anak patung sahaja.Masalah ini mempengaruhi sesi pengajaran saya di dalam kelas sekaligus menyebabkan interaksi di dalam kelas tidak berlaku seperti yang telah dirancang kerana mereka bertiga kurang memberi respon terhadap pengajaran saya. Menurut Lester,seorang ahli teoris matematik yang terkenal dalam sekitar tahun 1970 telah mengatakan bahawa : “Masalah merupakan sesuatu situasi apabila seseorang

individu atau kumpulan ini dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya.Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya”.

Oleh yang demikian,saya telah bertekad untuk menyelesaikan masalah ini kerana saya yakin bahawa sesuatu masalah itu ada jalan penyelesaiannya yang tersendiri berdasakan cadangan-cadangan yang telah dibuat.Seandainya murid ini dibiarkan maka mereka akan terus hanyut dengan kedayusan dalam pembelajaran.

Page 49: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

40

ANALISIS ISU Memandangkan timbulnya masalah seperti ini di dalam kelas saya , saya tertanya-tanya pada diri saya sendiri punca sebenar masalah ini terjadi.Adakalanya mereka akan memberikan tumpuan pada pembelajaran tetapi hanya beberapa ketika sahaja.Antara soalan-soalan yang muncul dalam fikiran saya adalah seperti:-

a- Adakah cara saya mengajar kurang menarik ? b- Adakah mereka tidak memahami apa yang telah

disampaikan? c- Adakah mereka belum bersedia untuk menerima pelajaran? d- Adakah penggunaan ABM yang tidak sesuai?

Hasil dari tinjauan awal yang telah saya jalankan melalui pemerhatian,ada beberapa dapatan telah saya perolehi seperti yang tertulis di bawah: a- Murid ini adalah dari golongan umur 4 dan 5 tahun b- Murid tidak minat dengan aktiviti yang telah dijalankan c- Murid ini tidak berminat dengan topik yang diajar

Sedaya upaya saya telah mencuba untuk menganalisis kebenaran tentang andaian yang telah saya buat ini.Pada awal pemerhatian,saya telah mengandaikan bahawa murid yang kurang tumpuan dalam pengajaran adalah golongan yang lemah.Tetapi , punca sebenar masalah seperti ini terjadi adalah dari guru itu sendiri kerana tidak menggunakan kemahiran untuk menyampaian pelajaran dengan berkesan. Dari sudut perspektif yang lain , saya memang akui bahawa proses pembelajaran dan pengajaran di prasekolah menitikberatkan kreativiti yang tinggi daripada guru.Oleh yang demikian , sekolah prasekolah memang memerlukan seorang guru yang mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan boleh menghasilkan satu inovasi yang baru dan boleh digunapakai di semua prasekolah.

Page 50: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

41

CADANGAN Untuk mengelakkan murid yang terlibat ini terus hanyut dengan alam khayalan mereka , saya telah mencari beberapa langkah penyelesaian,antaranya seperti:- a) Kaedah Dan Teknik Mengajar Yang Menyeronokkan Kaedah dan teknik pembelajaran yang menyeronokkan adalah penting untuk mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang pendek.kaedah dan teknik mengajar adalah satu cara untuk mendekati sesuatu objektif pelajaran berdasarkan langkah-langkah penyampaian yang strategi.

Menurut Alimiddin Mohd.Dom dalam Majalah Pendidik keluaran Jun 2008 ,Kaedah main peranan atau permainan stimulasi mempunyai kuasa dan pengaruh untuk meneroka isu nilai dan interpersonal.Kaedah ini melibatkan sekumpulan pelajar yang kecil dan dalam masa yang terhad iaitu antara 5 hingga 15 minit.Aktiviti main peranan ini bermula dari satu situasi yang direka dan ditimbulkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kelas prasekolah , aktiviti main peranan boleh dilakukan dengan cara melakonkan semula aktiviti yang telah dirancang berdasarkan tema yang telah dipilih oleh guru itu sendiri.Sebagai contoh tema cerita kanak-kanak seperti Si Siput dan Si Arnab yang telah diubahsuai jalan ceritanya menjadikannya lebih menarik.Dengan cara ini , murid akan lebih berminat untuk mengikuti sesi pelajaran sehingga ke akhir pembelajaran.

b) Model Pengajaran – Model Projek

Profesor William Kilpatrick telah menyarankan model ini berlandaskan aktiviti pengajaran melalui bermain , kerja amali ,kajian luar dan lawatan.Kebiasaanya , aktiviti pembelajaran dalam kerja projek boleh dijalankan setelah murid-murid telah menguasai sesuatu pengajaran dalam teori.Oleh yang demikian , melalui model pengajaran dalam projek , murid akan lebih menguasai pengajaran secara teori melalui amali yang telah dijalankan.Model ini amat sesuai untuk memikat tumpuan murid

Page 51: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

42

yang bermasalah kurang memberikan tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Strategi yang paling sesuai saya gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah mempelbagaikan aktiviti permainan semasa sesi pembelajaran.Ini kerana murid hanya terkenal dengan dunianya yang dipenuhi dengan hanya bermain.

c) Strategi Pengajaran Pemusatan Murid

Strategi pengajaran pemusatan murid bermaksud guru hanya akan bertindak sebagai fasilitator ,pemimpin yang autokratik dan hanya memberi bimbingan kepada murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Kaedah dan strategi seperti ini memberi peluang kepada saya untuk berkomunikasi dengan murid yang kurang tumpuan dalam kelas .Dalam pengajaran di dalam kelas prasekolah , saya akan menempatkan murid ini dalam kumpulan yang boleh membimbing mereka.Saya juga akan memberikan tugasan yang boleh membangkitkan keinginan mereka untuk terlibat dalam pengajaran dengan menitikberatkan aktiviti yang menyeronokkan.

TINDAKAN SUSULAN Selain daripada menitikberatkan kepelbagaian unsur permainan dalam sesi pembelajaran , saya juga menggunakan teknik peneguhan yang kreatif dan sesuai dengan murid untuk meningkatkan minat murid terutamanya murid yang bermasalah ini.Teknik token ekonomi juga telah saya praktikkan untuk memberikan kesedaran kepada mereka.Ternyata token ekonomi yang saya telah lakukan ini telah berjaya dan mereka mula berminat untuk terus melibatkan diri dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Memberikan ganjaran kepada sesiapa di antara murid yang telah berjaya mengumpul bintang yang terbanyak setiap sebulan sekali akan mendapat satu set barang permainan yang berunsurkan pelajaran.respon dari murid sangat menggalakkan. KESIMPULAN Ned A.Flanders ,Profesor dari Amerika Syarikat ada mengatakan bahawa:

Page 52: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

43

“Kewujudan interaksi berbentuk dua hala boleh berlaku apabila percakapan guru ditumpukan kepada pengaruh tidak langsung dengan menggunakan gaya menyoal, memuji, menerima perasaan pelajar dan pendapat mereka.Berdasarkan cara itu,murid-murid akan boleh memberi tindak balas dan digalakkan mengambil inisiatif dua hala yang tersebut,aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih bermakna, lebih seronok, lebih bermakna dan berkesan. Oleh itu,interaksi antara guru dengan murid berkomunikasi di dalam kelas adalaah amat penting dan mempunyai peranan yang penting.Masalah murid tidak memberi tumpuan dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dielakkan seandainya seseorang guru itu mengetahui bagaimana cara untuk berinteraksi dengan murid-muridnya. Hasil daripada teknik dan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan,saya telah mendapati bahawa semangat mereka untuk bekerja dalam kumpulan sangat memberangsangkan.Murid yang bermasalah kurang memberi tumpuan dalam kelas sangat aktif bersama dengan ahli kumpulannya yang lain.

Setelah saya mengalami masalah seperti ini , saya baru faham bahawa mengajar bukan sekadar hanya berceloteh panjang sahaja tetapi harus menekankan teknik dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Teknik token ekonomi dan peneguhan positif juga secara tidak langsung akan membawa perubahan seandainya ianya dapat dijalankan dengan sempurna.Selain itu,guru prasekolah yang memiliki pemikiran kreatif dan mampu mencipta sesuatu yang baru mengikut kesesuaian murid adalah lebih baik dan ianya akan menjadikan seseorang guru itu cemerlang dan professional.

Page 53: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

44

Masalah Tingkah Laku Disruptif Semasa Proses PdP Di Dalam Bilik Darjah

Oleh

SANISAH BIANUS

TABIKA KEMAS Kg. Bomboi, Keningau CHAN HOU FOCK

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Saya amat kecewa dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh seorang murid lelaki di dalam kelas TABIKA saya yang semakin hari semakin diluar kawalan. Murid ini asyik menjawab dengan gaya kata-kata seperti orang dewasa setiap kali saya memberikan nasihat kepadanya. Dia juga tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan asyik bercakap sehingga menimbulkan pergaduhan di antara rakan-rakannya. Murid ini juga dengan tidak semena-mena akan menumbuk atau menendang kawan-kawannya setiap kali timbul salah faham dan sengketa antara mereka. Walaupun ditegur setiap kali dia melakukan kesalahan namun sikapnya masih tidak ada perubahan, malah semakin menjadi-jadi. Sikap murid ini sering mengganggu proses P&P kerana kekecohan sering terjadi dengan tiba-tiba pada bila-bila masa di ruang belajar, ruang bermain ataupun di ruang makan. Saya mendapati murid ini sukar untuk dikawal dan bertindak bermain semasa sesi P&P dijalankan. Hal ini juga telah menyebabkan pprestasi murid ini merosot. Menurut Anderson (1989), menyatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar secara maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain. Hal ini akan menjamin keberkesanan dalam proses penyaluran maklumat kepada murid.

ANALISIS ISU

Adapun perkara ini menjadi permasalahan adalah kerana murid ini sering menimbulkan pergaduhan dan kekecohan sewaktu P&P berjalan. Ini akan menyebabkan P&P tidak berjalan dengan lancar kerana terpaksa meleraikan pergaduhan dan sebagainya. Melalui analisis yang saya lakukan, adapun murid ini bertingkah laku sedemikian atas beberapa faktor seperti ingin melepaskan rasa ingin

Page 54: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

45

bermain dan berkawan sepuas-puasnya ataupun ingin mendapatkan perhatian. Ini berdasarkan kepada keadaan sewaktu di rumahnya yang sunyi tanpa kawan sebaya hanya ditemani oleh ibu dan bapanya. Saya juga telah menyatakan kelakuan murid ini kepada ibunya dan ibunya menyatakan bahawa murid ini juga bersikap sedemikian sewaktu d rumah iaitu bila disuruh membuat kerja sekolah ianya tidak bersungguh-sungguh dan asyik bermain sendiri.

CADANGAN

Oleh yang demikian saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh memberi kesedaran kepada murid ini dengan harapan dapat mengubah sikapnya yang membahayakan dan mengganggu ketenteraman seluruh kelas iaitu:

Mengasingkan tempat duduk murid ini berseorangan di hadapan kelas dengan pemerhatian guru.

Sentiasa memberikan nasihat dan motivasi kepada semua murid agar tidak bersikap tidak baik dan menimbulkan pergaduhan.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab saya perlu bertindak dengan proaktif bagi mengekang masalah ini berlarutan dan akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran sentiasa terganggu. Oleh yang demikian setiap hari saya akan sentiasa memberikan nasihat dan menyatakan akibat-akibat jika sentiasa bersikap sedemikian, sentiasa memerhatikan murid ini agar dia tidak berpeluang mengganggu rakan ataupun bergaduh, serta meminta bantuan daripada ibu murid untuk sentiasa memberi peringatan kepada anaknya ketika berada di rumah disamping mendorong untuk rajin belajar dan bersungguh-sungguh membuat tugasan yang diberikan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang berkesan iaitu pengurusan disiplin dan tingkah laku murid dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung merupakan factor utama dalam menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang timbul dalam kalangan murid yang berkaitan dengan kawalan tingkah laku dalam kelas sudah tentu akan menyulitkan

Page 55: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

46

guru untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian tindakan yang berkesan itu adalah daripada kebijaksanaan guru dalam membantu murid mengubah sikapnya yang negatif dengan membuat kajian terhadap murid-murid yang bermasalah.

Page 56: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

47

Tingkah Laku Negatif Kanak-Kanak di Dalam Kelas

Oleh

SURYANI BINTI RAFAI TABIKA KEMAS Kem Tentera, Sandakan

NANCY LOO KASON Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ISU Minggu 3 berlalu kini tibanya pula minggu ke 4 dalam praktikum. Berbagai masalah yang saya hadapi minggu telah saya hadapi dengan kekuatan. Kebanyakkan permasalahan seperti minggu-minggu yang lalu .

Masalah berkaitan dengan kanak-kanak pasti terjadi setiap hari dan . Masalah kanak-kanak ini boleh dikategorikan kepada 3 aspek seperti tingkahlaku kanak-kanak, pelajaran dan kehadiran mereka setiap hari. Bagi masalah tingkahlaku kanak-kanak juga boleh dikategorikan kepada 2 iaitu, positif dan negatif. Tetapi, masalah yang sering kali menjadi masalah ialah tingkahlaku negatif. Segelintir kanak-kanak dikelas saya mengalami maslah tingkahlaku seperti pergaduhan,hiperaktif dan sebagainya. Ini boleh dilihat dan biasanya berlaku dalam aktiviti kumpulan . Kanak-kanak akan berebut bahan tugasan kumpulan. Pergaduhan tersebut mencetuskan kebisingan dan menganggu rakan yang lain. Ini menyebabkan saya berasa sangat marah dan cepat-cepat meleraikan keadaan.

ANALISIS ISU

Dalam menyelesaikan masalah tersebut, saya perlu membuat beberapa kajian tindakan melalui beberapa cara yang telah saya rancangkan. Menurut Teori Pelaziman Operan Skinner, tingkah laku individu juga mempunyai ciri motivasi ( iaitu dapat mengawal tingkah lakunya sendiri) dan cara pembelajaran juga boleh berlaku kerana dipengaruhi oleh kesan tingkah laku sebelumnya.

CADANGAN

Dalam menyelesaikan masalah tersebut, saya telah membuat beberapa tindakan melalui beberapa cara yang telah saya rancangkan. Di antara tindakan yang telah saya jalankan ialah

Page 57: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

48

dengan membuat lawatan susulan ke rumah kanak-kanak tersebut berjumpa dengan ibubapa mereka. Tindakan ini sedikit sebanyak telah membuahkan hasil perbincangan yang baik . Kanak-kanak juga mungkin menyedari kehadiran saya ke rumah mereka memberi kelainan dan motivasi kepada mereka.

Saya berpendapat bagi mengatasi ini ialah sebagai seorang guru, perlu ada sikap kasih sayang ataupun bonding. Contohnya bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkahlaku. Saya perlu menggunakan psikologi saya untuk mengubah mereka seperti bercerita tentang buruknya sesuatu tingkahlaku negative ataupun memberi ganjaran supaya mereka tidak nakal lagi. Setakat ini, saya telah menggunakan tokens dan hasilnya amat memuaskan.

TINDAKAN SUSULAN

Hari hari berikutnya aktiviti yang dijalankan semakin lancar dan berkesan. Dimana seperti aktiviti berkumpulan kanak-kanak menampakkan mereka semakin faham dan mendengar arahan saya. Mereka sudah boleh menjalankan aktiviti berkumpulan dengan baik. Contohnya, apabila masa ‘ berpusing’ mereka sudah faham dan melakukan tanpa arahan saya. Apabila aktiviti berkumpulan mengikut stesen tamat dan acara berpusing dilakukan, mereka dapat mengikut dan mendengar arahan dengan baik sekali. Setiap kumpulan akan berpusing beralih ke stesen seterusnya. Ini telah memudahkan kerja dan tenaga saya dimana tidak payah lagi saya bersusah payah mengarah mereka.

Tambahan lagi, saya mengadakan sistem tokens. Sistem ini membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan sistem ini, kanak-kanak yang bermasalah boleh dibendung. Contohnya, bagi kanak-kanak yang suka bermain daripada belajar saya akan mengingati mereka untuk memberikan tokens sekiranya mereka tidak bermain dan belajar bersama rakan yang lain. Dengan cara ini, ramai kanak-kanak semakin mendengar arahan saya.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini ialah peranan seseorang guru itu begitu penting contohnya dalam mencari penyelesaian masalah tingkah laku anak muridnya terutama ketika mereka berada di dalam kelas. Seseorang guru juga haruslah mempunyai daya ketahanan mental dalam menghadapi

Page 58: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

49

permasalahan sedemikian, dengan itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih berkesan.

Page 59: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

50

Kanak-Kanak Tidak Mendengar Arahan

Oleh

SURYANI BINTI RAFAI TABIKA KEMAS Kem Tentera, Sandakan

NANCY LOO KASON Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ISU

Berlalu sudah minggu ke 5, kini tibalah minggu ke 6 di bulan ogos. Pada minggu ini, merupakan minggu ke dua kita berpuasa di bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan ini, saya tidak terlepas daripada pelbagai rintangan dan cabaran. Di minggu ini jugalah terselit kelemahan dan kelebihan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam praktikum fasa 2 ini.

Seperti minggu yang sudah, minggu ini juga tidak terlepas daripada masalah. Masalah yang di hadapi oleh saya adalah kanak-kanak tidak mendengar arahan yang saya berikan. Ini menyebabkan apabila saya memberi latihan samada individu atau kumpulan, tugasan tersebut tidak dapat di sediakan dengan baik dan ada yang tidak siap.

Selain itu, masalah karenah kanak-kanak juga sedikit menggangu ketabahan dan menggugat kesabaran saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dimana, semasa saya melakukan aktiviti terdapat pelbagai tingkah laku negatif seperti bermain, mengusik rakan, membuat bising dan sebagainya. Walaupun di bulan puasa, mereka tidak terlepas daripada melakukan perangai yang mendatangkan kemarahan. Saya sangat kecewa dan marah dengan sikap mereka ini. Terdapat segelintir kanak-kanak yang hiperaktif dan tidak mendengar arahan yang saya berikan, sekiranya mereka mengambil perhatian tetapi untuk seketika sahaja dan mereka mengulanginya. Ini telah mengakibatkan saya menggunakan modifikasi tingkah laku seperti dendaan dan shaping.

ANALISIS ISU

Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan

Page 60: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

51

antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori : - 1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson 2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner. CADANGAN

Dalam menyelesaikan masalah sedemikian, terdapat beberapa perkara yang perlu di lakukan antaranya membuat aktiviti yang lebih menarik, memperbanyakkan interaksi secara individu dengan kanak-kanak, memberi lebih motivasi seperti memberi dorongan, pujian, kasih sayang dan bonding kerana ia boleh mengubah diri seseorang kanak-kanak kepada sikap yang positif.

TINDAKAN SUSULAN

Aktiviti yang telah di jalankan begitu berjaya, di mana perancangan untuk penyelesaian masalah yang di hadapi telah dapat

Page 61: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

52

di atasi. Semua perancangan yang telah saya cadangkan telah saya aplikasikan sebaik mungkin dan hasilnya begitu memuaskan.

Pada minggu ini hampir semua anak murid saya sudah menunjukkan perubahan yang positif di mana mereka sudah mendengar arahan dan saya sudah boleh mengawal tingkah laku kanak-kanak dengan menggunakan kaedah modifikasi tingkah laku seperti dendaan dan shaping sekiranya perlu. Dengan menggunakan kaedah ini, kanak-kanak dapat mengikuti arahan dan permintaan dengan betul.

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya dapatlah saya menyimpulkan bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, seseorang guru itu haruslah mempunyai keperihatinan serta komitmen yang begitu tinggi kepada anak muridnya. Seseorang guru itu juga harus berusaha dan mencari inisiatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah agar suasana pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.

Page 62: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

53

Murid Tidak Memakai Pakaian Seragam Sekolah

Oleh

SAMRIAH ABDUL RAJAK TABIKA KEMAS Kg. Lok Tuhog, Banggi

HAJAH DAYANG MAYANG BINTI HAJI AWANG ABAS Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan pemakaian pakaian seragam sekolah. Pada bulan Jun yang lepas murid-murid telah di berikan peruntukan Geran Perkapita merupakan buku pakej, beg sekolah, pakaian sukan dan pakaian seragam sekolah. Setelah perbincangan telah di buat, pihak sekolah dan ibubapa telah bersetuju untuk mematuhi peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah berdasarkan jadual pembelajaran murid di mana pada hari Selasa dan Khamis aktiviti luar di adakan. Pada hari itu murid akan memakai pakaian sukan iaitu t-shirt putih dan seluar sukan warna biru. Manakala hari Isnin, Rabu dan Jumaat murid akan memakai pakaian seragam sekolah seperti biasa. Berikut adalah contoh jadual yang telah di sediakan oleh guru :-

HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

PAKAIAN SUKAN

PEKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Peraturan mahupun disiplin yang saya jalankan selama ini

tidak diambil berat oleh ibubapa murid, walaupun kerapkali diberi peringatan oleh saya/guru. Agar mendisiplinkan anak-anak mereka, terutama bila anak kesekolah, biasakan anak itu memakai pakaian yang terdapat dalam jadual yang telah di berikan, anak-anak perlu dilatih dari kecil untuk mematuhi diisplin atau peraturan. Kita kena memupuk disiplin diri dari awal lagi agar anak-anak itu terbiasa dengan kehidupan yang berdisiplin, biasa melakukan sesuatu ikut peraturan yang kita buat. Latihan seumpama ini perlu di biasakan

Page 63: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

54

dari awal lagi supaya murid ini terbiasa mematuhi peraturan walaupun masalah ini tidak terlalu berat. Sedangkan mendisiplinkan murid adalah merupakan salah satu tugas guru. Seperti mana yang dikatakan oleh Kamus Dewan ( 2005) mentakrifkan disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, dan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, Kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

Moles ( 1989 ) juga menegaskan dua objektif utama mewujudkan disiplin di sekolah adalah :

1. Memastikan keselamatan dan kesejahteraan setiap murid dan 2. Mewujudkan suasana yang koundusif untuk pembelajaran.

Sekiranya disiplin murid tidak diambil berat, maka kedua-dua

objektif ini gagal, dari kenyataan ini diiplin murid merupakan salah satu tingkah laku yang boleh mengganggu ketenteraman murid lain. Oleh itu untuk mengubahnya, kerjasama antara guru dengan ibubapa amatlah penting. Saya ingin mengubah disiplin murid saya agar mereka akan menjadi murid yang dibanggakan, apabila mereka masuk ke tahun satu, bukan mata pelajaran sahaja yang cemerlang malah disiplin yang baik juga merupakan satu pencapaian yang diharapkan. ANALISIS ISU

Untuk menyelesaikan permasalahan ini, saya perlu menyiasat latar belakang murid dengan lebih terperinci dan bertanyakan tentang sistem disiplin yang dijalankan selama ini, antara soalan yang menjadi persoalan saya ialah :

1. Adakah betul pakaian mereka kotor terlupa tidak tercuci? 2. Adakah betul murid ini tidak suka dengan pakaian yang di

beri? 3. Adaka betul murid ini suka-suka pakai pakaian yang dia suka

bila datang kesekolah? 4. Adakah ibubapa tidak membaca peraturan pemakaian

seragam kesekolah yang telah di sediakan?

Menurut Imam Al Ghazali, kanak-kanak tidak bersalah dengan fikiran, hati dan jiwa yang kosong. Kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja bentuk yang dingini oleh ibubapa dan

Page 64: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

55

pendidik. Oleh itu, didalam hal ini, para ibubapa perlu berganding bahu dengan guru supaya pembentukan disiplin kepada kanak-kanak dapat dicapai. Daripada soal selidik yang saya jalankan, terdapat beberapa input yang saya dapat iaitu;

1. Murid ini terlalu manja, apa sahaja kemahuan akan diikuti oleh ibubapa. Bila anak menangis, mulalah ibubapa mengalah dan menuruti kemahuan mereka.

2. Ibubapa yang terlalu sibuk, sehinggakan baju anak terlupa tidak tercuci, menyebabkan anak pakai apa sahaja baju yang ada.

3. Ibubapa tidak tegas terhadap anak, alasan anak masih kecil lagi, sedangkan disiplin harus dipupuk dalam diri anak sejak kecil lagi. Supaya senang membentuk mereka.

Dari penganalisisan saya, segala permasalahan murid tidak memakai pakaian seragam mengikut jadual ke sekolah, bukanlah masalah murid itu sendiri, pada dasarnya murid-murid ini tidak tahu tidak faham tentang peraturan sekolah, namun sebagai ibubapa haruslah faham bahawa ibubapa kena menyediakan baju anak mereka sebelum anak mereka ke sekolah. Jika difikirkan dari perespektif yang lain, permasalahan pemakaian pekaian seragam ke sekolah adalah tanggungjawab ibubapa murid itu sendiri, seharusnya ibubapa dapat mendisiplinkan anak mereka dari awal lagi. Namun ibubapa berpendapat Tabika/prasekolah hanyalah untuk anak mereka ditumpangkan sementara, segala peraturan mereka sendiri tentukan ataupun ikut sesuka hati mereka sahaja. Dengan itu, saya perlu memikirkan bagaimana untuk mengubah perspektif ibubapa terhadap kelas prasekolah, supaya mereka dapat mengubah kesalah anggapan selama ini. CADANGAN

Untuk mengatasi masaalah ini, saya telah menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan boleh membantu menyelesaikan masaalah ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah ini, antaranya adalah seperti berikut;

1. Memotivasikan murid-murid dan ibubapa.

Page 65: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

56

2. Guru menunjukkan contoh yang baik kepada ibubapa, agar ibubapa yakin

dengan guru mendidik anak mereka di sekolah. 3. Guru sentiasa memberi peringatan kepada murid, esok

pakai baju apa. 4. Jadual peraturan pemakaian pakaian seragam akan di

kirimkan semula kepada ibu bapa sepaya ibubapa tahu apa pakaian yang harus di pakai esok hari.

TINDAKAN SUSULAN

Untuk menangani masalah ini, saya mengambil langkah positif, berbanding menggunakan pendekatan denda atau hukuman. Ini memandangkan tahap umur yang tidak sesuai untuk pendekatan tersebut, ini disokong oleh ahli falsafah, John Locke ( 1932-1704) menegaskan pada pendekatan positif dan mendisiplinkan kanak-kanak memukul mereka atau mengenakan hukuman tertentu tidak sesuai digunakan dalam pendidikan bagi sesiapa yang bijak, baik dan mahir, seharusnya ia kurang digunakan kecuali pada keadaan tertentu seperti kes yang ekstrim. Perubahan dan galakan melalui tingkah laku yang positif ini amatlah berkesan untuk pengukuhan positif bagi kebanyakan kanak-kanak secara langsung memotivasikan kanak-kanak supaya datang ke kelas dengan memakai pakaian yang disarankan supaya murid kelihatan nampak cantik dan seragam. KESIMPULAN

Pendekatan dan strategi dalam membentuk disiplin adalah suatu cara yang baik dalam menanagi masalah ini dalam kelas. Seperti mana pendapat Kennydy, Long, Krstine, Cok, Tang&Thomson,( 2001 ). Penguruan disiplin yang elektif amatlah penting dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Untuk mengelakkan masalah disiplin dan gangguan dalam sekolah, pengurusan disiplin yang elektif adalah penting dimana fokus diberi kepada murid-murid yang memerlukan bantuan dan bimbingan.

Dari kenyataan di atas telah membuktikan bahawa penguruan dalam proses pengajaran memerlukan penguruan disiplin yang baik dan teratur, disamping ada kerjasama dari ibubapa dalam menjalankan stretegi dan pendekatan yang mengubah disiplin tanggungjawab murid-

Page 66: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

57

murid. Oleh itu tanggungjawab yang sempurna dan galakkan daripada guru dan ibubapa sendiri menentukan penghasilannya.

Page 67: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

58

Murid Kurang Memberi Tumpuan

Oleh

SAMRIAH ABDUL RAJAK TABIKA KEMAS Kg. Lok Tuhog, Banggi

HAJAH DAYANG MAYANG BINTI AWANG ABAS Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Minggu ini adalah minggu pertama bagi saya menjalani praktikum Fasa 2. Daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, didapati murid-murid saya kurang memahami isi pelajaran yang saya sampaikan. Respon yang mereka berikan agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.

Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian ketika saya sedang mengajar. Keadaan ini agak merisaukan saya terutamanya murid yang akan melangkah ke tahun satu tahun hadapan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali perhatian murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya. Sharifah Md Nor ( 2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972) yang mana Grecey telah membahagikan guru kepada dua ketogeri iaitu guru produksi ( production) dan guru kraf ( craftman) yang bermaksud;

”Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu ’ bekerja ’, mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar.”

Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya

telah menggunakan pendekatan bermain sambil belajar. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya. Howard Garner (1943 ), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard,

Page 68: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

59

Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang di kurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Garner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).

ANALISIS ISU

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu :

1. Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ?

2. Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ?

3. Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? 4. Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ? 5. Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan

murid-murid ini di dalam pengajaran saya ? 6. Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk

mengatasi semua masalah ini ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

1. Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang.

2. Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil

3. Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

4. Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama.

Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.

Page 69: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

60

CADANGAN

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :

Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid

Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai

Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati

Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid

Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.

Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai

Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar

Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya memberi bimbingan.

Page 70: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

61

Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak.

Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru.

Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar.

KESIMPULAN

Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logikal – matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya.

Page 71: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

62

Masalah Murid Tiada Kesediaan Belajar

Oleh

KAMARIAH BINTI HAJAR TBK KEMAS Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat

HJH DAYANG MAYANG HJ AWANG ABAS Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Minggu ini merupakan minggu keenam saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran, mendapati masalah murid yang tidak hadir ke sekolah dalam beberapa hari sepanjang, Murid-murid yang terlibat dalam kalangan umur 4, 5 dan 6 tahun.. Selain itu, sesetengah murid-murid yang hadir ke sekolah juga berhadapan dengan masalah tidak berminat membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam minggu ini terdapat beberapa orang murid yang enggan berbual dengan guru walaupun guru memujuknya dengan pelbagai cara serta guru memberikan bahan bantu mengajar yang menarik. Mereka masih duduk diam dan kelihatan murung. Apabila guru meminta untuk membuat tugasan murid hanya buat tidak tahu atau tidak mempedulikan arahan guru. Masalah ini merupakan masalah yang sangat besar kerana prestasi murid perlu dikembangkan setiap hari dengan ini murid dapat meningkatkan kemahiran mereka. Sekirannya tabiat murid berterusan sebegini, guru(saya) khuatir perkara ini akan mempengaruhi rakan sebaya mereka.

Masalah ini bukan sekadar emosi murid masalah ini terjadi disebabkan dari dalaman dan luaran diri murid. Seharusnya, guru(saya) memastikan murid-murid tidak di paksa untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak ingin lakukan. Hal ini diperakui oleh ahli pakar Thorndike ( 1913 ), Beliau merumuskan Hukum Kesediaan seperti berikut;

1) seseorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan berjaya melakukannya,

2) seseorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan tetapi tidak dapat melakukannya, maka individu itu akan berasa kecewa.

Page 72: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

63

3) seseorang individu belum bersedia untuk melakukan sesuatu, tetapi dipaksa melakukannya, tindakan paksaan itu pula menimbulkan perasaan dukacitanya.

Oleh yang demikian, kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi dan kematangan pelajar untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar sesuatu sekirannya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. Paksaan ini tidak akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajaran.

Melalui perakuan penyataan diatas, hal ini memberikan saya ruang untuk membuat perubahan dalam kelas di mana saya ingin mengalakkan murid-murid untuk pergi ke sekolah dengan perasaan seronok dan gembira. Saya juga harus memahami perasaan dan setiap aspek tindakan saya untuk membawa murid masuk dalam alam pengajaran dan pembelajaran dengan memahamkan murid-murid mengenai kepentingan belajar. Namun begitu, saya memahami masalah ini bukan sekadar dari diri murid sahaja tetapi masalah ini melibatkan kerjasama daripada ibubapa. Oleh itu, terlebih dahulu saya perlu memahamkan ibubapa mereka mengenai kepentingan murid-murid menumpukan perhatian dan menyiapkan diri sebelum menghadiri diri ke sekolah.

Bagi saya, penumpuan dan kesediaan diri murid untuk belajar merupakan aspek yang penting daripada mereka dimarahi dan dipaksa untuk belajar.

ANALISIS ISU

Untuk menangani masalah ini, guru(saya) perlu mendapatkan maklumat keluarga murid dengan lebih terperinci bagaimana keadaan anak-anak mereka di rumah. Antara soalan yang menjadi persoalan saya ialah;

1) Adakah murid-murid tidur lewat sehingga rehat tidak mencukupi?

2) Adakah rancangan siaran TV, siaran kartoon dan rancangan sebagainya disiarkan pada waktu larut malam atau disiarkan pada waktu pagi dan menyebabkan murid ingin menontonnya?

Page 73: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

64

3) Siapakah yang menjaga masa murid untuk bangun pada awal pagi dan memberikannya semangat untuk belajar?

4) Adakah ibubapa yang berkerja(sibuk) hingga terlupa untuk mengemaskini keperluan anak-anak mereka?

5) Adakah ibubapa sentiasa mengambil berat akan semangat dan perubahan emosi anak-anak mereka?

Menurut Bruner ( 1966 ), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila masa peringkat perkembangannya. Selain itu, pendapat daripada Piaget (1966 ) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu, peringkat deria motor( 0-2 tahun ), peringkat praoperasi( 2-6 tahun ), peringkat operasi konkrit( 7-12 tahun ) dan peringkat operasi formal(selepas 12 tahun).

Selain itu, seperti mana kata Imam AL-Ghazali bahawa kanak-kanak tidak bersalah dengan fikiran, hati dan jiwa yang kosong. Kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa saja yang bentuk yang diingini oleh ibubapa dan pendidik. Oleh itu, dalam hal ini, para ibubapa perlu berganding bahu bersama guru supaya keperluan pendidikan yang sempurna untuk kanak-kanak dapat dicapai.

Hasil daripada tinjauan dan kaji soalselidik yang dilakukan, saya mendapati beberapa perkara yang menyebabkan murid tiada persediaan untuk belajar iaitu; murid tidur lewat sehingga larut malam kerana bermain, ibubapa yang sibuk bekerja menyebabkan diri anak dan keperluaan anak tidak disedari berkurangan, ibubapa jarang memberi motivasi dan kata semangat serta kata pujukan, murid-murid terpukau dengan rancangan kartoon yang terdapat disiaran TV dan murid-murid hilang semangat untuk ke sekolah.

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyusun tindakan dan telah menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan untuk membantu masalah ini walaupun cadangan ini tidak akan 100% berkesan, sekurang-kurangnya tindakan yang diambil dapat memberi sedikit sebanyak penyelesaian untuk masalah yang saya hadapi.

Diantaranya adalah seperti berikut;

Page 74: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

65

1) Guru dan para ibubapa membuat perbincangan mengenai satu jadual asas untuk murid semasa berada di rumah mereka sendiri. Jadual ini di sediakan mengikut aktiviti murid semasa dirumah sendiri.

2) Guru memberikan motivasi dan kata perangsang kepada murid untuk menjadi orang yang berilmu dan bersemangat untuk mengecapi ilmu yang ada.

3) Ibubapa perlu memberikan motivasi semasa dari rumah, ibubapa juga perlu menanyakan tentang perasaan anak-anak selepas pulang dari sekolah serta pengalaman mereka semasa berada di sekolah.

4) Guru perlu bijak memujuk murid dengan menyediakan aktiviti yang boleh membuatkan hati murid-murid gembira dan ingin memcuba serta turut dengan melakukan aktiviti tersebut seperti guru membuat lakonan, perkara ini boleh dilakukan semasa perbualan pagi.

5) Guru perlu menyediakan satu latihan yang diperlukan murid mengikut pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usahanya.(Hal ini dapat memberi diri murid kesediaan kognitif.)

6) Guru perlu wujudkan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan.

7) Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar dan menggunakan pelbagai pendekatan , kaedah, strategi dan teknik yang menarik.

Dengan tindakan akan membantu suasana kelas akan berubah. Guru harus bijak bila memberikan motivasi kepada murid serta guru menjadikan diri sebagai tempat murid gembira dan seronok. Menurut Stanford( 1971 ), pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap murid, dan bukan beberapa kali seseorang murid mengulang kaji bahan pelajarannya. Implikasinya, jika seseorang murid mempunyai sikap positif, motivasi diri tinggi, aktif, agresif, dan keinginan mencapai kecermelangan serta ketekunan dan minat terhadap pembelajaran, kesediaan afektifnya adalah tinggi yang akan membolehkannya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan.

Page 75: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

66

TINDAKAN SUSULAN

Merujuk kepada perkara diatas, berikutan tindakan yang di ambil oleh guru diantaranya;

I. Guru memberikan kata semangat mengenai kepentigannya ilmu pada diri murid-murid.

II. Guru menceritakan tentang Sang kura-kura dan Arnab dimana ketabahan dan kesungguh kura-kura menjadikan dia berjaya mendahului perlumbaan lumba lari.

III. Guru melalui penyediaan bahan bantu mengajar mengikut sukatan kemampuan diri murid-murid.

IV. Selain itu, guru menyediakan pelbagai aktiviti mudah dan menghiburkan hati murid-murid dan membangkitkan semangat murid.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, guru dan para ibubapa perlu berkerjasama dengan membentuk dan memberikan motivasi kepada diri murid-murid. Para ibubapa dan guru bekerjasama membincangkan aktiviti kanak-kanak agar mereka merasa gembira dalam bilik darjah. Guru perlu menganalisis keperluan lain kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu aktif semasa menjalankan pengajaran ini kerana sumber pertama kanak-kanak terbentuk mengikut tindakan emosi yang diberikan, sebelum guru membentukkan diri kanak-kank, guru perlu menjadikan dirinya sebagai contoh pada mereka.

Page 76: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

67

Masalah Ingatan dan Lupaan

Oleh

KAMARIAH BINTI HAJAR TBK KEMAS Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat

HJH DAYANG MAYANG HJ AWANG ABAS Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran saya (guru) dalam minggu ke lapan ini, masalah yang berlaku pada setiap diri murid merupakan perkara yang serius dimana hal ini melibatkan dengan kualiti kemampuan proses pemikiran murid. Murid-murid dari mula sesi pengajaran dan pembelajaran hingga ke akhir proses P&P majeoriti daripada 100% murid didapati sebanyak 60% murid mengalami masalah ingatan dan lupaan. Hal ini membimbangkan pada saya(guru), sebagai pengajar saya melakukan banyak cara untuk memudahkan murid-murid belajar dan mengingati perkara yang telah di pelajari akan tetapi sedikit sebanyak daripada mereka mengalami kesukaran untuk memberitahu apa yang mereka ingat selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, murid-murid juga mengalami kesukaran untuk mengingati perkataan yang mudah untuk disebut. Mengenai hal ini juga, sebanyak 30% daripada 60% murid-murid mengalami kesukaran mengingat setiap huruf dari A hingga Z.

Selain daripada itu kesukaran murid-murid untuk mengingat kembali sesi pelajaran pada hari kelmarin juga dapat dilihat daripada prestasi kemahiran mereka dalam menguasai pelajaran untuk hari ini. Ini kerana apa yang telah diajarkan pada hari kelmarin murid-murid tidak dapat ingat satu perkara apa pun apabila guru menanyakan soalan.

Guru dapati hal ini merupakan perkara yang perlu diambil berat dan diatasi untuk membendung permasalahan diri murid. Hal ini melibatkan aspek pemikiran pada murid, sama ada faktor pada ingatan murid mahupun dari sudut yang lain menyebabkan lupaan.Oleh kerana ingatan dan lupaan merupakan faktor penyebab utama yang terdapat pada setiap diri murid. Walau bagaimana pun guru menggunakan pelbagai teknik kaedah yang mudah untuk mengajar dan membentuk pemikiran murid akan tetapi, sesetengah

Page 77: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

68

murid masih lemah untuk mengingat dan mengatasi masalah faktor ‘’lupa’’. Masalah utama disini adalah faktor ingatan dan lupaan.

ANALISIS ISU

Menurut Atan Long( 1968 ), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otak(individu). Daripada sudut pakar yang lain,

Fein( 1978 ) mentafsirkan ingatan sebagai pemerosesan maklumat yang diterima dalam otak individu, menyimpan dan mengeluarkannya. Menurut Vermon ( 1980 ) ‘ ingatan meupakan bentuk menyimpan maklumat- maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan’.

Dari sudut konteks psikologi , ingatan dan lupaan adalah berkait rapat dan tidak boleh dipisah antara satu sama lain. Biasanya ia diperlihatkan sebagai satu unit keseluruhan. Peranan ini berlaku disebabkan berlakunya pembelajaran tetapi sekiranya pembelajaran tidak dilakukan maka tiada kewujudan ingatan dan tidak dapat diketahui ada kewujudan lupaan.

Walaubagaimanapun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kuantiti ingatan sebenarnya bukan sama dengan kuantiti pembelajaran. Pembelajaran juga merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman, sama ada ia berlaku tidak dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita dapat ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Biasanya, kuantiti yang didapati daripada pengukuran ingatan adalah lebih rendah daripada kuantiti pembelajaran, kerana baki kuantitinya yang tidak dapat diingat telah menjadi lupaan.

Melalui hasil kajian teori dan sudut pandangan daripada ahli pakar tersebut, guru mendapati pelbagai faktor lupaan yang menyebabkan murid-murid mengalami masalah ini, ialah tempoh masa, gangguan retroaktif dan proaktif, serta perubahan kuantiti dan kualiti ingatan.

Mengikut teori kesanan(Trace Theory) daripada psikologi gestalt, selepas aktiviti pembelajaran, imejnya tertinggal dalam otak. Walau bagaimanapun, sekiranya latihan tidak lagi dilakukan dalam satu tempoh masa maka apa yang ada dalam otak akan hilang secara perlahan-lahan.

Page 78: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

69

Berdasarkan kajian Jenkis dan Dallenbach, gangguan retroakif terjadi sekiranya pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama hingga sebahagianya hilang dalam ingatan manakala gangguan proaktif menurut Horton (1976) pelajar menghadapi kesukaran mengingat kembali bahan pembelajaran kerana faktor pembelajaran sebelumnya menggangu pembelajaran yang berikutnya. Sebagai contoh, murid-murid yang berumur 4-5 tahun mengalami kesukaran untuk mengecam huruf kecil (b) dan huruf kecil (d), kecil (p) dan (q) dan huruf kecil (g) dan ( j ) mengecam huruf besar (M) dan (W), angka -nombor (6) dan angka nombor (9).

Faktor perubahan kuantiti ingatan adalah sebagaimana yang telah dihuraikan, selepas pembelajaran, diikuti dengan sesuatu tempoh yang tidak ada ulangkaji atau latihan, kejadian lupaan pada otak akan berlaku secara berperingkat-peringkat, manakala faktor perubahan kualiti ingatan mengikut dasar kajian selepas pembelajaran. Pada peringkat permulaan, perkara yang baru dipelajari masih kekal di otak. Dengan peredaran masa, perkara yang murid-murid ingat telah mula berubah sedikit demi sedikit seperti contoh diatas.

CADANGAN

Hasil daripada analisis yang dilakukan, guru mengambil beberapa kaedah untuk mengatasi masalah yang berbangkit, dengan menyusun langkah-langkah tindakan yang melibatkan beberapa usaha yang difikirkan untuk membantu masalah ini walaupun cadangan ini tidak mengatasi 100% masalah berikut sekurang-kurangnya usaha ini memberi sedikit sebanyak jalan penyelesaian. Oleh itu beberapa cadangan diutarakan seperti berikut;

1. Guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang mudah diingati oleh murid.

2. Guru menjalankan pengajaran menggunakan bahan pembelajaran yang bersesuaian dan memberi masa yang cukup untuk murid ingat.

3. Gunakan tunjukcara dan amali yang dilakukan oleh murid sendiri

4. Memberi cukupmasa untuk ulang kaji bagi mengkukuhkan daya ingatan.

5. Mengajar dengan carta atau gambar rajah untuk memudahkan murid-murid mengilustrasikan subjek yang dipelajari.

Page 79: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

70

Oleh itu menggunakan kaedah pengajaran yang mudah, banyakkan amali, menggunakan bahan bantu mengajar yang berkonsepkan simbol membolehkan murid-murid ingat dan mengingat kembali sesi pembelajaran yang lepas.

Demikian, sebagaimana yang telah diterangkan, proses pembelajaran mempunyai hubungkait dengan proses ingatan. Selain itu, maklumat-maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengkaitkan dengan setiap pengalaman yang baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Teori ini daripada buku Essentials of Learning for Instruction (1975).

TINDAKAN SUSULAN

Untuk memngatasi isu ini tindakan yang perlu di ambil oleh guru diantaranya;

I. Guru menyediakan sesuatu yang menarik di dalam pengajaran untuk memberikan daya rangsangan pada ingatan murid-murid.

II. Guru perlu membuat penyediaan bahan bantu mengajar seharusnya yang menarik dan mudah diperkembangkan dalam pelajaran.

III. Selain itu, guru menyediakan pelbagai aktiviti mudah dan menghiburkan hati murid-murid serta melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan peristiwa semasa pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aspek yang melibatkan proses ingatan dan lupaan. Selain itu, dalam melaksanakan perkara ini peranan ibubapa juga turut terlibat dalam pelaksanaan tugas untuk membantu anak-anak merek mengulangkaji dirumah. Contoh seorang murid berumur 6 tahun dan mengalami masalah untuk membunyikan suku kata guru akan berpesan kepada ibubapa murid tersebut untuk memperbaiki kelemahan pada murid tersebut. Sesetengah murid mudah lupa cara dan membunyikan bentuk ejaan suku kata. Perkara ini juga perlu diteliti dalam setiap hari untuk melihat perubahan terhadap peningkatan ingatan murid-murid.

Page 80: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

71

Murid Datang Lewat Ke Kelas

Oleh

JUNIA BINTI DOLLAH TABIKA KEMAS Kg. Karakit , Banggi

HAJAH DAYANG MAYANG BINTI HAJI AWANG ABAS Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Sepanjang saya menjalani praktikum minggu ini, murid yang datang lewat ke kelas. Permasalahan ini menyebabkan pembelajaran yang dijalankan terganggu. Waktu pembelajaran bermula pada jam 7.30 pagi tetapi ada sebahagian murid yang datang antara jam 8.20 hingga jam 8.30 pagi. Kadaan ini menyebabkan murid-murid terganggu dan hilang tumpuan pada pembelajaran guru. Kebanyakan murid ini dihantar oleh ibu bapa walaupun rumah mereka berhampiran dengan Tabika. Teguran telah dibuat tetapi kurang diambil perhatian oleh ibubapa.

Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib dan melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

Moles (1989) juga menegaskan dua objektif utama menwujudkan disiplin di sekolah adalah:

a) Memastikan keselamatan dan kesejahteraan setiap dan murid dan

b) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.

Kedua-dua objektif ini akan gagal dicapai sekiranya disiplin murid tidak di ambil berat. kelewatan hadir ke kelas merupakan satu tingkah laku yang boleh menganggu ketenteraman murid lain. Dalam usaha memastikan pemasalahan ini tidak berulang, kerjasama antara ibubapa dan guru amat diperlukan. Tindakan awal yang diambil sudah tentu akan dapat membantu untuk pembentukan tingkah laku yang positif sebelum memasuki ke alam persekolah Tahun Satu.

Page 81: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

72

ANALISIS ISU

Berdasarkan isu di atas, guru memikirkan punca kelewatan anak-anak meeka melalui tembal bual esecara bersemuka . Di antara ialah seperti berikut :-

a)Adakah anak tidur lewat?

b)Adakah anak dibangunkan awal sebelum pergi ke sekolah ?

c)Adakah anak datang mengikut keinginan mereka tanpa bimbingan daripada ibubapa?

d)Adakah puan menggalakkan memujuk anak puan supaya datang awal ke sekolah mengikut waktu yang di tetapkan? Melalui temubual itu,ibubapa ada usaha untuk mempastikan anak-anak mereka supaya bangun lebih awal dan pergi ke sekolah lebih awal. Imam AL-Ghazali menegaskan,kanak-kanak tidak bersalah dengan fikiran,hati dan jiwa yang kosong. Kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja,bentuk yang diingini oleh ibubapa dan pendidik. Dalam hal ini,ibubapa dan guru haruslah bekerjasama dan bergading bahu supaya pembentukan disiplin kanak-kanak dapat dicapai. sebagai guru , saya melihat masalah ini timbul disebebkan aktiviti ang menarik dan mencabar atau ddiminati oleh murid. selain daripada itu guru dapati alat bantu yang disediakan kurang menarik minat kanak-kanak. Peraturan yang kurang difahami oleh kanak-kanak dan ibu bapa menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah seperti yang ditetapkan Kesimpulannya pemasalahan lewat datang ke Tabika bukanlah disebabkan oleh murid itu sendiri , malah guru dan ibu bapa perlu memberi kefahaman tentang peraturan di sekolah. Kerjasama dari ibu bapa amat penting untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ke sekolah lebih awal seperti yang dikehendaki. Tanpa kerjasama dari ibu bapa masalah ini tidak akan dapat membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

CADANGAN

Bagi mengatasi masalah ini saya menyarankan beberapa langkah untuk penambahbaikan Antaranya ialah seperti berikut;

Page 82: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

73

a) memotivasikan murid-murid dan ibubapa b) guru menunjukkan contoh yang baik kepada ibubapa.(guru

datang awal ke kelas setiap hari sekiranya tiada permasalahan)

c) guru sentiasa memberi peringatan agar murid dapat datang awal ke sekolah setiap hari.

d) meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan , alat bantu yang menarik dan pendekatan yang pelbagai.

e) guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif .

Saya menggunakan pendekatan positif berbanding menggunakan pendekatan denda atau hukuman. Ini disebabkan tahap umur yang tidak sesuai untuk menggunakan pendekatan denda atau hukuman. Ahli falsafah,John Locke (1632-1704) menegaskan pendekatan positif dan mendisiplinkan kanak-kanak adalah sangat baik berbanding dengan cara memukul atau mengenakan hukuman kecuali pada keadaan tertentu seperti kes yang esktrim. Perubahan dan galakan melalui tingkah laku yang positif ini amat penting kanak-kanak dan sekaligus memotivasikan kanak-kanak untuk terus berminat datang ke sekolah lebih awal.

TINDAKAN SUSULAN

Bagi memastikan isu di atas dapat diperbaiki guru akan sentiasa memantau supaya keadaan ini dapat dikawal. Selain daripada guru akan berbincang dengan para ibu bapa melalui perbincangan. Selain daripada itu guru sentiasa mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan seperti yang dicadangkan tadi.

KESIMPULAN

Pengurusan disiplin yang efektif amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengelakkan masalah disiplin dan gangguan dalam dalam bilik darjah, komitmen ibu bapa dan penglibatan kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. kanak-kanak perlulah dibentuk dan mereka ini memerlukan bantuan dan bimbingan dari orang dewasa. Selain itu,kerjasama ibubapa amatlah diperlukan untuk memastikan disiplin anak mereka dapat dibentukdengan sebaik-baiknya.

Page 83: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

74

Masalah Murid Tidak Memberi Tumpuan

Oleh

ANURA @ ANURA BINTI MADDISA TABIKA KEMAS Kg. Tajau Laut, Kudat

JAMES GEOFFREY W MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Sepanjang saya mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran perbualan pagi, bercerita dan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, saya dapati murid A kurang mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan di sebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran. Pada sesi berikutnya, saya mendapati murid A sekali lagi tidak berminat dan membuat hal sendiri ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah ini telah mempengaruhi pengajaran saya dalam kelas. Ini menyebabkan interakasi dalam kelas tidak berlaku seperti yang dirancang kerana murid A bersikap pasif dan menunjukkan sikap kurang berminat terhadap pengajaran saya. Mengikut Leste (1970), seorang ahli Matematik yang terkenal dalam tahun 1970, masalah merupakan satu situasi apabila seseorang individu dalam satu kumpulan ini dikehendaki melaksanakan kerja penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi dan kaedah penyelesaian masalah terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya. Oleh itu, saya berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini kerana saya percaya bahawa ia boleh diselesaikan berdasarkan cadangan yang dikemukakan. Saya tidak sanggup melihat murid A

Page 84: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

75

terus hanyut dan tidak meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang dikecapi rakan-rakannya yang lain. Sekiranya masalah ini dibiarkan, saya khuatir murid A akan mengandaikan dirinya tiada potensi untuk berjaya. ANALISIS ISU

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, hubungan guru dengan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pengajaran supaya jelas didengar oleh muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang (2003) menyatakan kekurangan minat belajar boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru yang mengamalkan kepimpinan autokratik tidak memberi peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat atau cadangan mereka di mana mereka hanya mengikut arahan dan kehendak guru. Akhirnya murid menjadi pendengar yang pasif. Saya telah menyiasat punca-punca masalah kekurangan penumpuan murid ini dalam kelas. Sikap murid A ini sememangnya sukar diramal. Selalunya saya perlu merangsang murid A untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Lanjutan dari itu, beberapa soalan telah saya senaraikan untuk meninjau masalah murid A: i. Adakah cara saya mengajar membosankan atau kurang menarik? ii. Adakah murid sendiri yang mempunyai masalah? iii. Adakah murid tidak faham apa yang diajar? iv. Adakah personaliti saya kurang menarik? v. Adakah tulisan saya terlalu kecil dan sukar dibaca?

Page 85: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

76

Dapatan dari tinjauan saya melalui pemerhatian menunjukkan bahawa murid A i. adalah dari golongan yang lemah dan pasif. ii. tidak faham dengan apa yang disampaikan dalam kelas. iii. tidak menggemari topik yang diajar. iv. tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap mata pelajaran

kerana dirinya sememangnya lemah dalam akademik. Saya telah menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Pada awalnya saya telah membuat andaian bahawa murid yang lemah dan pasif sememangnya kurang memberi tumpuan dalam kelas kerana tidak bermotivasi untuk belajar. Walau bagaimanapun, setelah saya membuat refleksi, saya mendapati andaian ini tidak berasas sama sekali kerana sebagai seorang guru dan juga pendidik, saya perlu bertanggungjawab untuk memberi motivasi kepada murid untuk belajar dengan baik. Di sinilah kemampuan saya sebagai seorang guru telah dicabar. Dari perspektif yang lain, saya akui bahawa mata pelajaran kelas pemulihan amat memerlukan kreativiti yang tinggi. Oleh yang demikian, kelas ini memang memerlukan seorang guru yang mampu menghasilkan kreativiti untuk menarik perhatian setiap muridnya. Tambahan lagi, setiap topik yang diajar akan diulang sehingga benar-benar terbukti seseorang murid itu telah menguasainya 100%. CADANGAN

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya telah mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa corak kepimpinan guru mempengaruhi keberkesanan komunikasi. Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi antara guru dengan murid: Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid yang cergas bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru.

Page 86: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

77

Interaksi antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri pertuturan yang baik seperti bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan akan menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, untuk menarik minat dan perhatian murid terhadap pelajaran yang diajar, guru disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak permainan dan pengaplikasian teknik menyoal yang berkesan. Untuk mengelakkan murid A dalam hayalannya dan mengembalikan tumpuan dalam kelas, saya telah mencadangkan beberapa langkah berikut:- i. Kaedah Dan Teknik Mengajar Yang Menarik

Kaedah dan teknik menarik adalah penting bagi mencapai objek pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mahupun teknik mengajar ialah cara untuk mendekati sesuatu objek pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Bagi mengatasi masalah murid A, kaedah main peranan dipraktikkan. Menurut Alimuddin Mohd Dom dalam Majalah Pendidik keluaran Jun 2008, kaedah main peranan atau permainan simulasi mempunyai kuasa dan pengaruh untuk meneroka isu nilai dan interpersonal. Kaedah ini melibatkan sekumpulan murid yang kecil dan dalam masa yang terhad iaitu antara 5 hingga 15 minit. Aktiviti main peranan ini bermula dari satu situasi yang direka dan ditimbulkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan, aktiviti yang berkaitan dilaksanakan berdasarkan tema yang sesuai. Sebagai contoh tema binatang seperti arnab dan kura-kura yang telah diubah jalan ceritanya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membangkitkan minat murid malah mereka lebih memahami pelajaran yang diajar oleh guru. ii. Menggunakan Model Pengajaran: Model Projek

Page 87: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

78

Model ini disarankan oleh Profesor William Kilpatrick

berdasarkan aktiviti pengajaran melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian luar dan lawatan. Pada kebiasaannya aktiviti pembelajaran melalui kerja projek dijalankan selepas murid-murid menguasai sesuatu pengajaran secara teori melalui latihan amali. Model ini amat bersesuaian untuk mengekalkan penumpuan murid yang bermasalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan mampu mengubah tingkah laku murid yang kurang berminat terhadap pelajaran menjadi seorang murid yang sentiasa berminat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya. iii. Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid

Dalam strategi pengajaran berpusatkan murid, saya bertindak sebagai fasilitator, pemimpin yang autokratik dan pembimbing murid dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan strategi sedemikian meningkatkan komunikasi pelbagai hala antara saya dengan murid serta murid dengan murid dan memberi peluang berinteraksi dengan lebih terbuka. Keyakinan murid turut terbentuk apabila mengutarakan idea, pendapat dan cadangan semasa perbincangan. TINDAKAN SUSULAN

Selain menerapkan kepelbagaian unsur permainan, saya telah menggunakan teknik peneguhan yang unik bagi meningkatkan minat murid terutamanya murid yang kurang memberi tumpuan. Saya telah menggunakan teknik peneguhan dengan memberi ganjaran dalam bentuk tepukan yang telah diinovasikan berdasarkan kreativiti saya sendiri iaitu Tepukan Amboi, Tepukan Wow dan Tepukan Ok. Penggunaan tepukan ini jelas mewujudkan kegembiraan dan suasana ceria dalam kelas. Motivasi juga dapat dipupuk dalam kalangan murid terutamanya murid yang kurang memberi tumpuan.

Teknik pengajaran secara berkumpulan dan mengikut tahap kecerdasan murid ini menerapkan unsur-unsur kepelbagaian permainan dalam kelas. Ia meningkatkan penglibatan semua murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Permainan merupakan aktiviti yang sinonim dengan kehidupan kanak-kanak. Murid yang kurang memberi tumpuan dalam kelas

Page 88: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

79

sudah pasti akan terdorong untuk terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkaitan dengan sesusatu yang mereka suka. KESIMPULAN

Menurut Ned A. Flanders (1965), seorang professor di Amerika Syarikat, kewujudan interaksi berbentuk dua hala boleh berlaku apabila percakapan guru ditumpukan kepada pengaruh tidak langsung dengan menggunakan gaya menyoal, memuji, menerima perasaan murid dan pendapat mereka. Dengan cara ini, murid dapat bertindak balas dan digalakkan mengambil inisiatif untuk berkomunikasi dengan guru. Dengan wujudnya interaksi dua hala ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih bermakna, lebih seronok dan berkesan.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa interaksi antara guru dan murid dalam kelas memainkan peranan yang amat penting. Masalah murid yang mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang menarik dan tidak membosankan murid.

Dapatan daripada teknik-teknik pengajaran yang telah saya lakukan ialah semangat kerja berkumpulan murid berjaya dipupuk. Semasa aktiviti kumpulan ini dijalankan, murid-murid dapat bekerjasama dan tolong menolong dalam menyiapkan tugasan yang saya berikan. Murid A yang kurang memberikan penumpuan telah mula menunjukkan minat terhadap pengajaran yang dilakukan. Ini membuktikan bahawa teknik pengajaran yang menarik dapat meningkatkan minat murid dalam sesuatu mata pelajaran.

Sebagai kesimpulan, mengajar bukan sekadar bercakap di hadapan kelas sahaja tetapi ia mencabar keprihatinan guru untuk memilih teknik dan kaedah yang boleh menarik minat murid terhadap pelajaran. Teknik peneguhan tepukan kreatif dan unik yang telah saya gunakan dan beberapa kaedah lain dalam menyelesaikan masalah tingkah laku murid A dan murid secara keseluruhannya dapat memupuk dan mengekalkan motivasi dan minat mereka. Saya juga berpendapat bahawa guru perlu mempunyai idea yang kreatif

Page 89: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

80

dan inovatif serta berfikiran kritis dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan profesional.

Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Justeru itu, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Page 90: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

81

Masalah Murid Tidak Memberi Perhatian

Oleh

ANURA @ ANURA BINTI MADDISA TABIKA KEMAS Kg. Tajau Laut, Kudat

JAMES GEOFFREY W MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Saya mengajar di Tabika KEMAS Kg. Tajau Laut Kudat. Murid-murid di Tabika KEMAS Kg Tajau Laut adalah seramai 20 orang dan berumur 4 tahun (6 orang), 5 tahun (5 orang) dan 6 tahun (9 orang). Kebanyakan mereka adalah aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Namun, pada tarikh 18 September hingga 21 September 2012, semasa saya masih menjalani praktikum fasa 2 minggu kedua belas, saya mendapati bahawa seorang murid B berumur 4 tahun kurang menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berdasarkan tema ‘Cuaca’. Murid ini kurang memberi perhatian dan tumpuan semasa guru membawa murid melakukan aktiviti di luar kelas. Aktiviti pembelajaran yang diadakan waktu itu ialah murid diminta memerhati dan mengenal keadaan cuaca. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 5 orang setiap kumpulan. Hasil pemerhatian dibincangkan dalam kelas. Murid B suka mendiamkan diri dan tidak suka bergaul. Masalah ini telah saya ambil perhatian dan tangani agar murid B tidak ketinggalan dalam pelajaran. Situasi ini menjejaskan objektif pembelajaran dan pengajaran. Saya telah mencari beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah melalui teori, strategi, kaedah, teknik serta penggunaan alat bantu mengajar (ABM) untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Teori Pembelajaran Behavoris dalam Choong (2008), setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan pembelajaran berlaku akibat kaitan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar

Page 91: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

82

yang menarik dan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan murid memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah alat bantu mengajar (ABM) dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkah laku yang terhasil (perhatian yang diberikan oleh murid) akan dilazimkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Konsep-konsep utama teori behavoris ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa murid akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang murid diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi gerak balas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memahami tingkah laku murid yang dapat meningkatkan pembelajaran murid. Prinsip-prinsip teori pembelajaran behavoris dalam Hartley dan Davies (1978) meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila murid melibatkan

secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. b) Bahan pengajaran disusun dalam urutan yang logik supaya

murid mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.

c) Setiap gerak balas harus diberi maklum balas secara langsung supaya murid dapat mengetahui sama ada respon yang diberikannya adalah benar.

d) Setiap kali murid memberikan respon yang benar dia perlu diberi ganjaran.

Selain itu, prinsip utama teori pembelajaran behavoris (tingkah laku pelaziman) yang dikemukakan oleh Pavlov telah juga diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan

pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dalam kalangan murid untuk memberikan kesan yang lebih

Page 92: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

83

bermakna terhadap murid di samping menghilangkan perasaan takut murid sekiranya aktiviti dijalankan secara individu.

b) Murid boleh mempelajari dengan mengaitkan rangsangan dan gerakbalas. Ini bermakna tingkah laku murid boleh dilazimkan untuk gerakbalas yang dingini oleh guru.

c) Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Murid yang menerima peneguhan positif seperti ‘baik’, ‘anda berjaya’, ‘jawapan anda betul’ akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik walaupun tidak lagi menerima pujian.

d) Pembelajaran dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan dalam kalangan murid.

e) Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai. Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang dan sebagainya. Motivasi juga boleh dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan murid.

Menurut Gagne, Briggs dan Wager (1992), terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran iaitu:

a) Menarik perhatian. b) Menyatakan objektif pelajaran. c) Merangsang proses mengingat semula kandungan lepas. d) Bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan murid. e) Memberikan bimbingan. f) Tugasan dan soalan. g) Membuat penilaian tahap penguasaan murid. h) Mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran

murid. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bilik darjah. Takrifan lain adalah merujuk tokoh berikut: a) Kindsvatter (Levin dan Nolan, 2004) - Tingkah laku bermasalah

atau salah laku. b) Feldhusen (Levin dan Nolan, 2004) -Gangguan terhadap

Page 93: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

84

perlaksanaan proses pengajaran yang lancar. c) Emmer dan rakan-rakan (Levin dan Nolan, 2004) - Mengganggu

pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk jangka masa tertentu.

d) Shrigley (Levin dan Nolan, 2004)- Apa juga tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru yang bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal (tingkah laku distruptif).

Berdasarkan teori pembelajaran behaviorisme atau tingkah

laku, saya yakin boleh menyelesaikan masalah murid B. Salah satu faktor yang boleh menyebabkan murid tersebut bertingkah laku sedemikian ialah umur yang terlalu muda dan merasa bosan kerana peringkat umur 4, kanak-kanak masih gemar bermain. Sebagai seorang guru, saya perlu membuat kajian dan mengambil pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. ANALISIS ISU Berdasarkan kajian saya melalui rekod anekdot, faktor menyebabkan murid B menghadapi masalah ialah: a) Tarikh kelahiran iaitu 31 Mei 2008 (umur masih muda). b) Murid ini anak sulung dan tunggal. c) Murid ini kurang memahami arahan guru. d) Gemar bermain dan membuat aktiviti sendiri. e) Murid ini mudah merasa bosan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan keadaan ini berterusan, saya telah berusaha menyelesaikan masalah murid B dengan mengemukakan bebebapa persoalan di dalam minda saya seperti berikut: a) Apakah pendekatan yang sesuai dipraktikkan untuk murid

berumur 4 tahun ? b) Mengapakan murid ini bertingkah laku sedemikian? c) Apakah murid ini tidak tertarik dengan proses dan

pembelajaran dalam bilik darjah ? d) Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengubah sikap murid

ini ?

Page 94: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

85

e) Apakah aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di rumah ? f) Adakah murid diberikan motivasi oleh ibubapa ketika berada di

rumah ?

Pendekatan yang dipraktikkan ialah pendekatan pembelajaran masteri iaitu memastikan murid dapat menguasai sesuatu seperti kemahiran dengan cekap dan lengkap dan menguasai kemahiran melalui latih tubi. Pendekatan pembelajaran masteri merangkumi 4 langkah iaitu menerangkan objektif secara eksplisit, teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, penilaian dan aktiviti susulan seperti dalam rajah di bawah.

Pendekatan belajar sambil bermain dan belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Teknik ini juga diaplikasikan kerana ia memberikan keseronokan dan kepuasan kepada murid dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga, kanak-kanak dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Mak Soon Sang (2003), main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Permainan merupakan satu kekuatan dan pengalaman penting sebagai asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Secara amnya, main didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dalam perkataan lain, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak

Page 95: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

86

(Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr dalam Kraus (1990) menyatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak meluahkan pendapat. Tambahnya lagi, main merupakan pengalaman katartik yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Dalam hal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut. Dari aspek psikoanalisis, Freud mengatakan bahawa main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang boleh membantu kanak-kanak berurusan dengan realiti sebenar (Kraus, 1990). Almy dalam Fagen (1984) pula menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesaksamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah ialah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. CADANGAN

Bagi mengubah sikap murid B, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantunya mengatasi masalah dan dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif dalam bilik darjah. Saya telah mencadangkan langkah-langkah berikut: a) Mengamalkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal agar

Page 96: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

87

timbul minat murid B terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (p & p).

b) Meminta murid B berpindah tempat duduk dari belakang ke depan.

c) Sentiasa memuji murid B. d) Meminta rakan sekelas terus memberikan perhatian terhadap

murid B. e) Menggalakkan murid B memberi sokongan. f) Memberi kata-kata motivasi kepada murid B. g) Mengadakan lawatan ke rumah murid B supaya dapat

berbincang dengan ibubapanya berkaitan masalah yang dihadapi oleh anaknya.

h) Menyediakan alat bantu mengajar yang dapat menarik murid B. TINDAKAN SUSULAN

Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan, bimbingan serta tunjuk ajar kepada murid B. Setiap kali saya memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kata-kata atau aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi dan semangat murid untuk belajar. Bagi murid B, saya terus memberinya bimbingan untuk membentuk tingkah laku dan seterusnya mengekalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, sebagai guru pelatih bimbingan dan kaunseling, saya turut menjalankan sesi bimbingan individu dengan murid ini untuk membantunya mengekalkan tingkah laku positif yang dimiliki. Saya turut memberi kesedaran kepadanya supaya aktif dalam kelas, menghormati dan mendengar arahan guru. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya dapat menyimpulkan bahawa seorang guru perlu bertanggungjawab bukan sahaja ke atas pencapaian akademik murid, tetapi juga terhadap pembentukan sahsiah murid. Menurut Teori Behavoris atau Tingkah Laku, tingkah laku seseorang itu boleh diubah melalui pendekatan yang sesuai. Salah satunya ialah dengan menjalankan modifikasi tingkah laku. Justeru itu, melalui kajian yang saya telah jalankan, saya dapat merumuskan bahawa kebijaksanaan guru itu sendiri dapat membantu murid mengubah tingkah lakunya yang negatif. Saya juga berpandangan bahawa seorang guru itu perlu sentiasa

Page 97: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

88

membuat kajian terhadap murid-muridnya agar murid-murid dapat dibantu, khususnya dalam memperkembangkan potensi mereka dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 98: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

89

Murid Suka Mengganggu Kawan

Oleh

DAYANG ROSNI ABU KASSIM TABIKA KEMAS Kg. Rampai, Kudat JAMES GEOFFREY W MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Masalah yang saya hadapi dalam minggu terakhir pratikum adalah Pengajaran dan Pembelajaran saya terjejas oleh seorang murid lelaki (murid C) yang suka berjalan dan menganggu rakan sekelas semasa saya mengajar. Murid C kurang memberi tumpuan dan perhatian semasa saya memberi penerangan dan semasa aktiviti kelas dijalankan. Selain itu, ada dalam kalangan murid yang mengadu selalu diganggu oleh murid C dan sejak akhir-akhir ini ramai murid tidak suka pada murid C. Kelakuan tidak baik murid C bermula dalam minggu pertama. Pada minggu-minggu sebelumnya, walau pun nakal tetapi murid C tidaklah sampai menganggu rakan yang lain semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan. Menurut DSMIV (1990), masalah tingkah laku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkah laku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh para pakar psikiatris dan psikologis. Kerr & Nelson (2010) pula mengatakan bahawa masalah tingkah laku dilihat sebagai;

Tingkah laku menganggu, iaitu tingkah laku untuk mendapat perhatian orang lain.

Tingkah laku “externalizing” yang ditujukan kepada orang lain dan persekitaran, bersifat ‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering menganggu orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk

kepada sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini

Page 99: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

90

membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iatu sama ada positif atau negatif. ANALISIS ISU Menurut pendekatan behaviorisme atau tingkah laku, tingkah laku yang adaptif adalah dipelajari. Ini juga bermakna bahawa sesuatu yang dipelajari boleh dihilangkan atau dibuang. Contohnya, jika seseorang yang ada tabiat merokok, iatu suatu perbuatan yang telah dipelajarinya, pada teorinya, tabiat ini boleh dibuang atau dihilangkan. Justeru itu, saya yakin bahawa tingkah laku murid saya ini juga boleh diubah melalui pendekatan yang sesuai. Saya berpendapat bahawa salah satu faktor yang boleh menyebabkan murid C bertingkah laku sedemikian ialah ingin mendapatkan perhatian sama ada daripada rakan atau pun guru. Namun demikian, sebagai guru saya perlu membuat penyiasatan bagi memudahkan saya mengambil pendekatan yang sesuai semasa proses p & p dalam kelas. Saya telah merumuskan beberapa soalan untuk membantu saya mengenal pasti masalah murid yang bermasalah:

Adakah murid ini berminat dengan sesi pembelajaran yang saya jalankan?

Mengapa murid ini berkelakuan demikian?

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengubah sikap murid ini?

Apakah murid ini menghadapi masalah keluarga di rumah?

Setelah mendapatkan maklumat melalui pembantu saya, rakan sekelas dan ibu bapa murid berkaitan, saya mendapati bahawa :

ada masanya murid C kurang berminat dengan sesi pembelajaran yang saya jalankan, tidak seperti rakan-rakannya yang lain.

murid C sememangnya nakal dan pernah dimarahi oleh jirannya kerana menganggu tanaman sayur jiran tersebut.

murid C tinggal dengan neneknya sahaja kerana ibubapanya telah bercerai sejak dia kecil lagi.

Page 100: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

91

nenek murid ini terlalu memanjakannya dan sentiasa menurut

permintaan cucunya. CADANGAN

Muhammad Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Bagi mengubah sikap murid ini daripada terus menganggu rakan dalam kelas, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantu murid C untuk berhenti menganggu dan menyedarkannya supaya melibatkan diri secara aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran seperti rakan-rakannya yang lain. Saya telah bercadang untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:

Memindahkan murid C dari tempat duduknya di belakang ke kedudukan di hadapan berdekatan dengan meja guru.

Melantik murid C menjadi ketua kelas.

Meminta rakan sekelasnya tidak terus mmbenci murid C.

Memberikan kata-kata motivasi agar murid C bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

Meminta kerjasama daripada neneknya agar tidak terlalu memanjakan cucunya ketika berada di rumah.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar kepada murid C. Setiap kali memulakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, saya memulakan dengan kata-kata yang boleh meningkatkan motivasi dan semangat murid-murid untuk belajar. Bagi murid C, saya telah memberikan bimbingan untuk membentuk tingkah laku dan seterusnya mengekalkan tingkah laku tersebut. Saya juga telah memastikan untuk memberi kesedaran kepada murid C supaya melibatkan secara aktif dalam kelas semasa Pengajaran

Page 101: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

92

dan Pembelajaran serta menghormati dan mendengar arahan guru walaupun dia kurang meminati aktiviti yang dijalankan.

Saya telah memantau semua permasalahan yang timbul

dengan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti yang tertera dalam bahagian cadangan mengikut tempoh masa yang telah disasarkan.

Menurut J.B Watson (1920) emosi manusia sentiasa berubah. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semulajadi iatu takut, marah dan kasih sayang. Menurut beliau lagi, guru hendaklah membuat rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya minat belajar dan mengelakkan daripada menggunakan rangsangan yang membawa kesan negatif. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa seorang guru perlu bertanggungjawab bukan sahaja ke atas pencapaian akademik murid tetapi juga terhadap pembentukan sahsiah murid. Menurut teori pembelajaran behavoris, tingkah laku seseorang itu boleh diubah melalui pendekatan yang sesuai. Salah satunya ialah dengan modifikasi tingkah laku. Justeru itu, melalui kajian yang saya jalankan berkaitan dengan masalah tingkah laku murid C, saya dapat merumuskan bahawa kebijaksanaan guru itu sendiri dapat membantu murid untuk mengubah tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru perlu membuat kajian terhadap murid yang bermasalah agar dia dapat dibantu dalam perkembangan potensi dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam kajian yang telah dilakukan, masalah yang ditimbulkan oleh murid C adalah membuat bising dan berjalan dalam kelas sambil menganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi pembelajaran. Kenakalan ini, tidak boleh dibiarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti kumpulan. Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku murid disebabkan oleh guru sendiri (Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedure). Kenyataan ini mendorong saya untuk melaksanakan kajian untuk membantu murid C mencari penyelesaian dalam mengawal tingkah laku negatif atau kenakalannya dalam bilik darjah.

Page 102: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

93

Kurang Kemahiran Motor Halus

Oleh

DAYANG ROSNI ABU KASSIM TABIKA KEMAS Kg. Rampai, Kudat JAMES GEOFFREY W MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu ketiga dalam Fasa 2 saya menjalani pratikum, saya mengenalpasti masalah kurang mahir menulis dalam kalangan murid saya. Masalah ini perlu diambil perhatian dan tindakan kerana murid yang berumur 4, 5, dan 6 tahun harus menguasai literasi awal 4 tahun iatu 4 M (menulis, mengira, membaca dan menaakul). Ada 2 orang murid saya yang berumur 6 tahun yang belum dapat menguasai 4M. Ini merupakan masalah besar kerana mereka akan memasuki tahun satu pada tahun hadapan. Menurut Irwan (2000), individu yang menghadapi masalah ini memerlukan satu program khas untuk belajar dan guru harus mengambil satu kaedah pengajaran yang sesuai.

Masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran menulis dijalankan, masalah murid berkenaan menganggu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku kerana murid yang tidak boleh menulis dengan betul terpaksa dibimbing dan diberi tumpuan yang lebih sehinggakan murid lain terabai dan mula membuat bising atau berjalan dalam kelas menganggu murid yang lain. ANALISIS ISU

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah mengambil beberapa tindakan dan strategi agar masalah 4M murid ini dapat dikurangkan. Saya mendapati 10% anak murid saya yang berumur 6 tahun dan 5% murid 5 tahun yang tidak dapat menguasai kemahiran motor halus. Saya telah menyiasat latar belakang keluarga mereka dan bertanyakan beberapa soalan untuk membantu saya menyelesaikan masalah mereka seperti berikut:

Page 103: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

94

Apakah aktiviti yang mereka lakukan semasa di rumah? Adakah ibubapa mereka ini ada memantau atau mengajar

mereka di rumah? Adakah mereka mempunyai bahan pengajaran selain buku

pakej yang dibekalkan oleh pihak sekolah? Siapakah kawan mereka semasa bermain? Adakah ibubapa/penjaga mereka memberi motivasi

pembelajaran kepada mereka? Ini sejajar dengan pandangan Imam Al-Ghazali bahawa kanak-kanak perlu dididik sejak lahir dan diajar mengenai huruf, menulis dan membaca. Oleh yang demikian ibu bapa seharusnya mendidik anak mereka di rumah kerana ibubapa adalah pendidik utama dan tidak patut bergantung sepenuhnya kepada guru.

Dapatan daripada soal selidik yang telah ditadbir menunjukkan bahawa:

Murid yang lemah itu tidak diberi tunjuk ajar di rumah oleh ibu bapa mereka.

Murid ini banyak menghabiskan masa mereka bermain dengan rakan sebaya tanpa dipantau oleh ibu bapa seperti menyediakan jadual belajar.

Murid terlalu dimanjakan sehinggakan segala kehendaknya dituruti sahaja. Sebagai contoh: Ibu bapa sentiasa mengalah jika anak mereka malas untuk belajar.

Murid ini mempunyai masalah lupaan. Mereka tidak dapat ingat apa yang diajar semasa di sekolah.

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencadangkan dan menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kedua-dua murid saya agar masalah ini tidak berterusan. Ini termasuklah:

Memberi motivasi kepada murid dan ibubapa.

Membuat latih tubi semasa di sekolah.

Page 104: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

95

Memberi perhatian atau lebih masa kepada murid yang lemah.

Membuat beberapa kajian dan membaca buku yang berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid.

Muhamad Kamil (2001) menyatakan bahawa motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Hal ini kerana motivasi merupakan suatu kaedah pengajaran yang boleh merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran yang diikuti. Weiner (1990) pula menyatakan motivasi adalah keadaan dalaman seseorang yang membangkitkan dan mengarah tingkah laku secara berterusan. Namun begitu, motivasi juga boleh dipengaruhi oleh gaya keibu bapaan yang diamalkan dalam sesebuah institusi keluarga. Ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa penerapan gaya asuhan akan membina sikap atau peribadi seseorang individu yang seterusnya memberi impak sama ada positif ataupun negatif terhadap pencapaian akademiknya. TINDAKAN SUSULAN Melalui rujukan pelbagai teori pembelajaran, pandangan tokoh pembelajaran telah banyak memberikan buah fikiran dan motivasi kepada saya untuk bertindak demi kebaikan anak murid yang bermasalah. Amalan teori berkenaan telah membuahkan hasil. Antaranya adalah perubahan positif dalam diri murid iaitu tulisan mereka telah menjadi kemas melalui latihan yang diberikan dan kemajuan yang positif dalam kiraan. Walau bagaimanapun, mereka belum dapat menguasai bacaan dengan memuaskan. Saya juga amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa murid. Semua kerja rumah dalam bentuk lembaran kerja yang telah saya bekalkan kepada murid untuk dibuat di rumah telah diberi perhatian oleh ibubapa mereka. Tanpa kerjasama mereka, masalah anak mereka ini tidak dapat diselesaikan.

Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja yang diinginkan oleh ibu bapa dan pendidik. Oleh itu, para ibu bapa perlu berganding bahu bersama guru supaya keperluan pendidikan yang sempurna untuk kanak-kanak dapat dicapai.

Page 105: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

96

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, pendekatan psikologi dalam memotivasikan murid-murid adalah satu cara yang baik dalam menangani masalah murid dalam 4 M. Malah sokongan daripada ahli pakar dan teori meneguhkan lagi kepentingannya. Sebagai contoh, Muhammad Kamil (2001) menyatakan bahawa motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Oleh itu motivasi merupakan suatu kaedah pengajaran yang boleh merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran yang diikuti. Wiener (1990) pula menyatakan motivasi adalah kaedah dalaman seseorang yang membangkitkan dan mengarah tingkah laku secara berterusan. Namun begitu, motivasi juga dipengaruhi oleh gaya keibu bapaan yang diamalkan dalam sesebuah institusi keluarga. Secara tidak langsung penerapan asuhan akan membina sikap atau peribadi seseorang individu yang seterusnya memberi impak sama ada positif atau pun negatif terhadap pencapaian akademik pelajar.

Kenyatan di atas telah membuktikan bahawa faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, bimbingan dan galakan daripada ibu bapa, keluarga dan guru dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran kanak-kanak. Masalah murid yang kurang menguasai 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) dapat diselesaikan dengan lebih berkesan sekiranya guru dan ibu bapa/ penjaga berganding bahu membantu pembelajaran murid baik di sekolah mahupun di rumah. Hakikatnya ialah guru prasekolah hanya bersama murid selama 4 jam dan selebihnya bersama keluarga mereka. Kanak-kanak sememangnya perlu mendapat motivasi daripada guru dan juga ibu bapa/ penjaga dalam menghadapi pelbagai permasalahan dalam bilik darjah.

Page 106: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

97

Masalah Murid Lewat

Oleh

DAIANA BINTI HARIS TABIKA KEMAS IPK Polis Kepayan, Kota Kinabalu

HAJAH NORHAYATY BINTI ISMAIL Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Masalah kekangan masa merupakan masalah paling utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan ini timbul disebabkan aktiviti yang dirancang agak terganggu kerana terdapat murid lewat datang ke sekolah. Kelas bermula pada jam 7.30 pagi, sedangkan murid-murid sampai ke sekolah pada jam 8.30 pagi. Masalah ini berlaku sebelum saya menjalani praktikum fasa yang kedua lagi. Murid ini sering datang lewat walaupun saya telah bertemu dengan ibu bapa murid dan meminta agar anak mereka dapat hadir ke sekolah sebelum sesi pembelajaran berlansung. Keadaan ini menggangu pembelajaran yang sedang dijalankan kepada murid lain yang sedang belajar. Aktiviti pegajaran terpaksa saya hentikan seketika bagi memberi tumpuan kepada murid tersebut. Manakala murid lain yang sedang belajar akan berasa bosan kerana terpaksa menunggu rakan mereka untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Fenomena ini juga akan menimbulkan pelbagai masalah lain seperti bising dan keadaan kelas tidak terkawal. Sekiranya keadaan ini tidak di diberi perhatian, maka objektif pengajaran dan pembelajaran saya tidak akan tercapai. Bagi menyelesaikan masalah ini kerjasama antara guru dan ibu bapa sangat penting. Saya sebagai seorang pendidik tidak akan berputus asa. Saya akan sentiasa berusaha membentuk mereka untuk menjadi manusia yang berguna di masa depan . ANALISIS ISU

Bagi menyelesaikan permasalahan ini, saya perlu menitikberatkan dan memikirkan cara-cara untuk mengatasinya agar perancangan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Antaranya :

Page 107: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

98

1. Memastikan ibu bapa/penjaga dapat menghantar anak mereka tepat pada masanya sebelum sesi pembelajaran bermula.

2. Saya akan berusaha melakukan yang terbaik dalam melaksanakan setiap yang saya rancang.

3. Segala kelemahan saya akan cuba perbaiki pada masa akan datang supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Dengan itu saya perlu mencari jalan penyelesaian dan cara

yang berkesan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran . Ibu bapa sepatutnya mempunyai kesedaran betapa pentingnya menepati masa yang perlu diterap dalam diri murid-murid ini. CADANGAN Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan dapat membantu menyelesaikan masalah ini atau sekuang-kurangnya mengurangkan masalah , antaranya adalah seperti berikut:

1. Berbincang dengan ibu bapa murid yang terlibat. 2. Sentiasa berkomunikasi dengan ibubapa tentang

perkembangan murid. 3. Guru selalu memberi ingatan kepada murid agar

sentiasa menitikberatkan pesanan guru kepada mereka.

Dengan adanya beberapa cadangan ini saya berharap masalah ini akan dapat diselasaikan. TINDAKAN SUSULAN Sebagai guru yang bertanggungjawab bagi memastikan murid ini tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran saya sentiasa memberikan dorongan dan motivasi sebelum sesi pembelajaran bermula kepada semua murid dan terutama sekali bagi murid ini. Saya terus memberikannya bimbingan untuk memupuk minat murid ini supaya bersemangat untuk datang awal ke sekolah. Saya juga telah bertemu ibu bapa murid ini supaya dapat

Page 108: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

99

menghantar anak mereka tepat pada masanya untuk kebaikan anak mereka dan juga murid-murid yang lain. KESIMPULAN Pendekatan, strategi dan teknik yang menarik sewaktu pengajaran dan pembelajaran sebenarnya dapat membentuk perancangan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik. Untuk mengelakkan masalah kekangan masa dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan yang efektif adalah penting di mana fokus diberi kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan yang sempurna. Dari kenyatan di atas telah membuktikan bahawa pengurusan dalam proses pengajaran memerlukan pengurusan dan perancangan yang baik dan teratur,di samping ada kerjasama dari ibu bapa dalam menjalankan strategi dan pendekataan untuk mengubah displin murid-murid, Oleh itu tanggungjawab yang sempurna dan galakan daripada guru dan ibu bapa sendiri menentukan perubahan dan hasil positif.

Page 109: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

100

Masalah Murid Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah

Oleh

DAIANA BINTI HARIS TABIKA KEMAS IPK Polis Kepayan, Kota Kinabalu

HAJAH NORHAYATY BINTI ISMAIL Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu kesepuluh menjalani praktikum, saya telah mengenalpasti masalah murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Masalah ini saya kesan apabila buku latihan yang murid hantar tidak mengikut jumlah murid yang ada di dalam kelas.Murid tidak menyiapkan tugas yang diberi oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya dalam sehari sekurang-kurangnya ada dua atau tiga lembaran kerja yang diberikan kepada setiap murid untuk disiapkan.Walau bagaimana pun murid ini tidak berjaya menyiapkan satu pun tugasan yang diberikan.Keadaan ini memaksa guru untuk meminta murid membawa kerja ini balik ke rumah untuk disiapkan. Pada keesokan harinya apabila meminta murid ini untuk menghantar lembaran kerja tersebut tetapi murid ini masih juga tidak dapat menyiapkannya walaupun sudah di minta oleh guru untuk disiapkan di rumah. Hal ini jika terus dibiarkan berterusan akan memberi kesan negetif kepada murid ini dan seluruh warga kelas.Adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran tersasar kerana kelambatan yang perpunca dari masalah ini.Manakala murid-murid lain seakan diabaikan kerana memberi tumpuan kepada murid tersebut.Perkara ini juga menyumbang kepada suasana bising kerana murid-murid lain yang dapat menyiapkan tugas dengan cepat terpaksa membuat hal masing-masing seperti bermain sesama sendiri. Keadaan ini menyebabkan suasana kelas menjadi riuh rendah. ANALISIS ISU Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Apa yang saya dapat lihat hasil dari pemerhatian

Page 110: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

101

saya murid ini menghadapi masalah lambat menulis dan suka berlengah-lengah semasa membuat tugasan yang diberi. Murid ini juga akan bermain bersama rakan sebayanya yang telah siap membuat tugasan sedangkan kerja sekolah yang diberi oleh guru belum disiapkan olehnya. Saya berpendapat bahawa perkembangan motor halusnya lambat berkembang. Faktor lain yang menyebabkan keadaan ini berlaku kemungkinan murid ini baru mendapat pendedahan di sekolah untuk memegang pensel dan menulis. Hal seperti ini adalah perkara biasa kerana setiap individu itu mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. CADANGAN Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut diantaranya adalah seperti berikut: 1. Guru membimbing murid menulis dengan cara yang betul

atau memegang tangan murid untuk menulis. 2. Guru memberi aktiviti yang melibatkan motor halus seperti menguli doh. 3. Meminta kerjasama daripada ibubapa untuk membimbing

anak mereka semasa di rumah. 4. Mengasingkan murid-murid tersebut mengikut kumpulan usia

yang sebaya. TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan seperti yang dicadangkan tadi.Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berpanjangan sehingga akhir tahun. KESIMPULAN Kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama bagi saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah

Page 111: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

102

generasi yang bakal menaungi kesejahteraan Bangsa dan Negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulang kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.Walau bagaimanapun permasalahan seperti ini guru harus berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat penting kerana mereka lebih berhak untuk mendidik anak masing-masing juga disebabkan mereka mempunyai masa yang berlebihan untuk bersama-sama dengan anak ketika di rumah berbanding dengan guru hanya 4 jam di sekolah untuk bertanggungjawab membimbing dan mendidik murid di sekolah. Bak kata perpatah ”Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Page 112: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

103

Kemahiran Menulis Nama Sendiri Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah

Oleh

DG. AMIDAH BTE HJ.AG.YAHYA

TABIKA KEMAS Kg. Lubang Batu Mandahan KUNDAYIS BIN LABEH

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan ISU Pada minggu keenam saya telah memulakan praktikum di Tabika KEMAS Kg. Lubang Batu Mandahan. Saya dapati banyak masalah timbul yang perlu saya perbaiki dan selesaikan. Saya memberi fokus utama kepada masalah dalam kemahiran menulis nama sendiri di kalangan kanak-kanak prasekolah. Bagi saya masalah ini perlu diberi perhatian dan tindakan. Berdasarkan pemerhatian saya, sebilangan besar kanak-kanak cenderung tidak menulis nama pada hasil kerja mereka. Kemahiran ini bagi saya adalah penting untuk memupuk kesedaran kendiri dan merupakan usaha awal bagi kanak-kanak memahami diri mereka. Di samping itu , ini akan memudahkan guru memeriksa hasil kerja yang telah dilakukan oleh kanak-kanak serta melaksanakan proses penilaian dan pentaksiran secara berterusan. ANALISIS ISU

Terdapat 40 peratus murid saya yang berumur 5 tahun masih tidak menulis nama pada tugasan mereka. Oleh itu saya membuat pemerhatian terhadap murid yang terlibat dan memastikan mereka menulis nama mereka. Saya juga mendapatkan maklumat latar belakang murid bagi membantu saya mengambil langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan, saya dapati kanak-kanak yang tidak menulis nama mempunyai persamaan ciri-ciri berikut.

1. Kanak-kanak tidak dapat mengenali ejaan nama mereka walaupum sudah mengenal

Page 113: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

104

huruf a-z. 2. Menulis nama mereka dengan huruf yang terbalik. 3. Mereka menulis pada ruangan nama tapi ejaan tersebut bukan nama mereka sendiri melainkan susunan objek secara rawak. 4. Mereka sering meminta bantuan rakan yang sudah mahir untuk menulis nama mereka.

Masalah ini menyebabkan saya sukar mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran kanak-kanak tersebut apabila tiba waktu memeriksa hasil kerja mereka kerana tugasan yang saya terima tidak mempunyai nama. CADANGAN

Saya telah menyenaraikan beberapa cadangan tindakan untuk mengatasi masalah ini seperti berikut.

1. Memberi motivasi kepada murid dan ibu bapa 2. Membuat latih tubi pada permulaan pengajaran awal pagi. 3. Memastikan murid menulis nama sendiri dalam setiap buku latihan. 4. Memberikan kerja rumah dan bahan rangsangan belajar sebagai rujukan di rumah.

TINDAKAN SUSULAN

Melalui pendedahan pelbagai teori dan aktiviti refleksi yang saya buat, saya telah menyedari bahawa teori-teori ini sangat berkesan sebagai sumber untuk memberi motivasi kepada murid-murid. Melalui kesedaran ini, saya telah melihat beberapa perubahan positif dalam diri murid-murid. Contohnya, dengan memberi latihan, prestasi tulisan mereka meningkat, begitu juga dari segi ejaan murid telah menunjukkan kemajuan yang positif. Walau bagaimanapun, murid belum menguasai dengan baik dari segi kekemasan. Saya sangat berharap akan mendapat kerjasama daripada ibu bapa untuk mengajar anak mereka di rumah. Bagi meneguhkan kemahiran yang dikuasai, setiap kanak-kanak yang dapat menulis

Page 114: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

105

nama dengan betul dan kemas diberi ganjaran berbentuk hadiah, ataupun pujian. KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemahiran menulis nama ini adalah merupakan satu kemahiran yang penting dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah pada sesi awal semester persekolahan lagi. Ini bukan sahaja dapat melancarkan proses penilaian dan pentaksiran yang dilakukan oleh guru, tetapi penting bagi kanak-kanak mengenal dan menghargai diri mereka melalui tulisan nama sendiri. Sebagai seorang guru, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu diambil kira apabila bermula semester satu masa persekolahan .

Page 115: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

106

Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak

Oleh

DG. AMIDAH BTE HJ.AG.YAHYA Tabika KEMAS Kg. Lubang Batu Mandahan, Papar

KUNDAYIS BIN LABEH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu ini saya berdepan dengan masalah tingkah laku hiperaktif kanak-kanak. Mereka sukar dikawal dan tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya menjalankan sesi penerangan terdapat dua orang murid yang tidak boleh duduk diam. Mereka sering bangun dan mengusik rakan mereka yang lain. Ini menyebabkan rakan-rakan hilang tumpuan. Walaupun pelbagai cara telah saya lakukan namun tidak berkesan. Kini masuk minggu kesembilan saya menjalani praktikum, saya masih lagi berusaha untuk mengubah tingkah laku mereka. Sebagai seorang guru, saya perlu menyesuaikan diri terhadap situasi begini. Saya telah membuat pelbagai perancangan dan persediaan supaya saya dapat menjalani praktikum dengan baik dan mencapai kejayaan.

Masalah ini perlu diatasi dengan segera agar tidak berlarutan. Jika terlalu lama tertangguh, masalah ini bertambah berat. Sebagai guru saya perlu mahir apabila berdepan dengan masalah seumpama ini. Sebagai seorang profesionaal saya perlu menguasai banyak teori dan strategi menyelesaikan masalah tingkah laku murid. ANALISIS ISU

Menurut Sue Cowley (2001), beliau menyatakan bahawa murid-murid di awal persekolahan mempunyai tahap keterujaan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang baru mereka temui atau alami. Mereka cenderung bersikap nakal kerana masih dalam percubaan untuk melihat apakah sikap yang dapat diterima dalam dunia dan situasi yag baru bagi mereka. Ini menggambarkan bahawa ciri-ciri hiperaktif di kalangan kanak-kanak adalah sesuatu yang

Page 116: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

107

biasa. Walaubagaaimanapun, perlakuan ini menjadi gangguan kepada guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan perlu diselesaikan. CADANGAN Bagi mengatasi masalah ini saya mengambil langkah-langkah berikut. 1. Menanamkan dalam diri saya kepercayaan, dan tangungjawab untuk menyelesaikan masalah ini.

2. Meletakkan tempat duduk murid bermasalah di hadapan kelas supaya gerak geri mereka mudah dipantau. 4. Memberi pengikhtirafan kepada murid bermasalah dengan menjadikan mereka model di kalangan rakan-rakan.

5. Memberi peneguhan positif, sekiranya mereka menunjukkan kelakuan baik dengan tidak mengganggu rakan-rakannya. 6. Menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik serta menggunakan pelbagai bahan yang sesuai untuk menarik minat mereka terhadap aktiviti pengajaran. TINDAKAN SUSULAN

Bagi saya masalah ini adalah perkara biasa berlaku kepada setiap guru pelatih yang menjalani praktikum. Sebagai tindakan susulan saya telah berjumpa ibu bapa kedua-dua orang pelajar berkenaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tingkah laku mereka semasa berada di rumah. Saya dapati murid yang pertama menunjukkan tingkah laku baik dan mendengar kata semasa berada di rumah. Saya dapati murid ini

Page 117: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

108

merupakan anak bongsu dan sangat manja. Mungkinkah kedudukan kelahiran murid sebagai anak bongsu ada kaitan dengan masalah tingkah lakunya?. Manakala murid yang kedua pula, ibunya mengakui anaknya memang nakal dan sangat aktif. Semasa di rumah dia sering mengusik adik dan kakaknya. Jika tidak mendapat sesuatu barang yang diingini, dia akan memberontak sama seperti di sekolah ketika bermain bersama-sama rakan. Saya rasa yakin tingkah laku murid ini boleh diatasi. Saya dapati kedua-dua mereka perlukan perhatian dan kasih sayang. Saya menyedari bahawa ini adalah tugas dan tanggungjawab saya sebagai guru untuk menyelesaikan masalah ini. KESIMPULAN

Saya berpendapat masalah yang saya hadapi ini adalah masalah biasa dihadapi oleh semua guru. Saya yakin masalah ini dapat diatasi dengan mudah sekiranya saya dapat membahagikan masa dengan baik dan bijak untuk mengatasi masalah ini. Saya perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku khususnya kanak-kanak hiperaktif kerana bagi saya masalah ini adalah paling mencabar apabila kita mengajar murid-murid.

Page 118: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

109

Murid Suka Buat Bising

Oleh

JIJAH TAHIR TBK KEMAS Kg. Sinar Baru, Kimanis

KUNDAYIS LABEH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu kelima saya menjalankan praktikum, saya telah mengenalpasti beberapa masalah tingkah laku murid yang nakal dan bising di dalam kelas. Antara masalah yang ditimbulkan oleh murid ialah membuat bising dan berkeliaran dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan lain. Mereka tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Tingkah laku ini amat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran biasanya berlaku lebih ketara semasa dalam aktiviti kumpulan. Saya percaya tingkah laku ini berpunca daripada sikap guru sendiri seperti mana dinayatakan oleh Herry K.Wong (1998) bahawa . ”Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedure” Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas saya. Saya ingin memastikan murid-murid memberi tumpuan sepenuhnya setiap kali kelas dijalankan dan menerima sebanyak mungkin input yang disampaikan. ANALISIS ISU

Saya telah membuat analisis untuk mencari punca masalah ini berlaku. Saya membuat andaian awal bahawa masalah ini berlaku berpunca daripada perkara berikut.

Page 119: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

110

1. Murid-murid yang membuat bising di dalam kelas tidak memahami pengajaran guru.

2. Murid-murid yang menimbulkan masalah dalam kelas adalah akibat peneguhan tingkah laku yang diterima daripada keluarganya. Tingkah laku ini kemudiannya terbawa-bawa ke sekolah.

3. Murid ini kurang beminat tentang bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru.

4. Kaedah dan teknik pengajaran guru kurang sesuai dan membosankan.

5. Tugasan yang diberikan terlalu mudah atau sukar untuk murid mengikutinya.

Saya telah membuat analisis dan refleksi dan mendapati murid-murid yang pintar juga terlibat sama membuat bising di dalam kelas. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru berbanding dengan kawan-kawan mereka yang lemah.

Saya perlu mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Cara ini memudahkan saya untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Saya berpendapat dengan cara begini murid lebih takut untuk menimbulkan masalah.

Penyusunan semula kedudukan murid dalam kelas juga boleh

dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan kelas bagi memudahkan saya membuat pemantauan ke atas tingkah laku mereka. Dengan begini murid akan merasakan mereka dapat memberi tumpuan yang lebih kepada setiap pengajaran guru di samping mereka juga berasa dihargai. Saya juga berpendapat mereka yang bermasalah tidak seharusnya dikumpulkan dalam kumpulan yang sama apabila membuat aktiviti tugasan. Oleh yang demikian saya meletakkan mereka dalam kumpulan yang mempunyai tingkah laku bervariasi.

Page 120: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

111

CADANGAN

1. Guru perlu merancang pengajaran yang lebih kreatif, sesuai dan menarik minat murid.

2. Memberi peneguhan kepada jawapan atau respon yang baik daripada murid. Ini memberi semangat belajar kepada murid kerana mereka diberi penghargaan.

3. Guru perlu membuat pemantauan terhadap perlakuan murid serta memberi semangat kepada murid.

4. Memilih murid memegang jawatan sebagai ketua kelas atau kumpulan agar mereka rasa mempunyai tanggungjawab kepada sekolahnya.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul di atas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Ini adalah untuk membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai deengan cepat. KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah isu besar dan bukan menjadi penghalang bagi saya melaksanakan praktikum sehingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulang kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Page 121: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

112

Murid Suka Ponteng Kelas

Oleh

JIJAH TAHIR TBK KEMAS Kg. Sinar Baru, Kimanis

KUNDAYIS LABEH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Kebanyakan murid yang bersekolah di tabika ini adalah penduduk kampung Sinar Baru, sekitar perumahan dan pekan Kimanis. Sebilangan besar penduduk kampung bekerja sebagai nelayan dan buruh. Rata-rata penduduk kampung kurang berpendidikan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang bekerja dengan kerajaan. Terdapat segelintir bekas murid tabika ini tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah dan menengah kerana mereka tidak mempunyai kenderaan atau tidak mampu membayar sewa kereta. Masalah yang selalu saya hadapi adalah pelajar yang suka ponteng kelas. Contohnya ada terdapat murid yang hadir kelas hanya dua hari sahaja dalam seminggu. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran mereka terganggu. Murid tidak dapat mengikuti sepenuhnya pelajaran yang disampaikan oleh guru. Murid juga tidak menghiraukan tentang peraturan kelas. Manakala, ibu bapa pula tidak mengambil berat tentang masalah ponteng anak-anak mereka. ANALISIS ISU

Saya perlu mengenal pasti dan menyelidik latar belakang keluarga murid dengan lebih mendalam bagi menyelesaikan masalah ponteng di kalangan murid. Oleh yang demikian adalah perlu untuk mengambilkira persoalan berikut.

1. Adakah murid-murid lewat bangun yang menyebabkan mereka lambat ke sekolah ?

Page 122: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

113

2. Adakah ibu bapa tidak mengejutkan anak mereka daripada tidur atas alasan rasa kasihan kepada anak mereka ?

3. Adakah ibu bapa mereka kurang memberi motivasi kepada anak mereka untuk datang ke sekolah ? 4. Adakah ibu bapa menganggap pendidikaan peringkat awal kanak-kanak kurang penting berbanding sekolah kebangsaan? 5. Adakah ibu bapa beranggapan bahawa pendidikan tabika hanya tempat kanak- kanak bermain sahaja dan bukan untuk menimba pengetahuan ? 6. Adakah keadaan persekitaraan tabika kurang ceria atau aktiviti kurang menarik minat murid-murid ? Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak tidak bersalah dengan fikiran, hati dan jiwa yang kosong. Kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja, bentuk yang diingini oleh ibu bapa dan pendidik. Oleh itu, dalam hal ini, ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru supaya pembentukan dispilin dalam kalangan kanak-kanak dapat dicapai.

Berdasarkan soal selidik yang saya telah jalankan, terdapat beberapa maklumat yang saya peroleh seperti berikut. 1. Hanya beberapa orang murid sahaja yang berminat datang ke sekolah. Mereka adalah mereka yang tinggal jauh dan menaiki kenderaan ke sekolah.

2. Kebanyakan murid yang ponteng disebabkan ibu bapa

mereka sendiri sibuk pada waktu pagi mengurus anak-anak mereka yang lain. 3. Kebanyakan murid yang ponteng adalah mereka yang

tinggal berhampiran dengan sekolah.

Page 123: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

114

4. Terdapat murid yang ponteng kerana dibawa oleh ibu bapa

mereka berjalan-jalan. 5. Ibu bapa kurang mementingkan pelajaran anak-anak

mereka kerana mereka menganggap bahawa ponteng adalah masalah kecil.

Berdasarkan analisis dan refleksi yang saya buat, saya berpendapat masalah ponteng bukanlah masalah murid itu sendiri. Pada peringkat umur mereka, murid-murid ini belum memahami dengan baik tentang peraturan sekolah walaupun terdapat sebahagian kecil murid yang boleh menyatakan punca permasalahan ponteng. Ada dalam kalangan murid yang menyatakan bahawa masalah ini berpunca daripada ibu bapa mereka sendiri yang lewat bangun. Masalah ponteng kelas adalah tanggungjawab ibubapa. Mereka seharusnya mendisplinkan anak mereka dari perringkat awal lagi. Ibubapa seharusnya tidak beranggapan bahawa tabika atau pendidikan awal kanak-kanak hanya tempat anak-anak bermain dan sekadar tempat menumpangkan anak-anak mereka. Oleh itu saya perlu memikirkan bagaimana untuk mengubah persepsi ibu bapa terhadap konsep dan peranan pendidikan peringkat awal kanak-kanak. CADANGAN

Saya telah menyenaraikan beberapa langkah yang difikirkan boleh membantu menyelesaikan masalah ponteng seperti berikut.

1. Mengadakan pertemuan dengan ibu bapa kanak-kanak bagi mengetahui punca masalah ponteng anak mereka.

2. Memberi motivasi kepada murid-murid dan ibu bapa tentang kepentingan kehadiran murid di sekolah.

3. Guru memilih seorang murid yang mempunyai tingkah laku baik untuk dijadikan sebagai model kepada murid-murid lain.

Page 124: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

115

4. Guru sentiasa memantau gerak-geri murid dengan menumpukan perhatian kepada sikap rajin, pandai membaca, menulis dan mengira. Setiap tingkah laku yang baik akan diberikan ganjaran.

5. Menyediakan suasana persekitaran sekolah yang lebih menarik agar murid-murid berasa seronok dan bermotivasi untuk datang ke sekolah.

6. Memberi peneguhan positif kepada murid-murid yang rajin datang ke sekolah.

7. Mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap masalah anak-anak mereka.

TINDAKAN SUSULAN

Saya lebih suka mengambil langkah positif berbanding menggunakan pendekatan hukuman atau dendaan bagi menyelesaikan masalah ini. Saya percaya perubahan tingkah laku lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan yang lebih humanistik. Oleh yang demikian, sebagai tindakan susulan saya akan bertemu lebih kerap lagi dengan ibu bapa murid yang terlibat bagi membincangkan tentang cara-cara mengatasi masalah ponteng. Saya akan mengadakaan satu sesi perjumpaan khas di sekolah dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah ponteng ini. KESIMPULAN

Strategi pengurusan tingkah laku murid adalah perkara penting yang perlu difikirkan oleh guru apabila menangani masalah ponteng. Bermula dengan ketegasan sehinggalah kepada pemilihan kaedah pengajaran perlu dipertimbangkan. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu terlibat dengan memberi kerjasama penuh dengan pihak sekolah. Mereka perlu faham tentang pengurusan tingkah laku anak-anak mereka. Oleh kerana pendidikan bermula daripada rumah, ibu bapa juga perlu diberi pendedahan tentang kemahiran pendidikan keibubapaan agar mereka tahu bagaimana menjaga anak mereka dengan baik.

Page 125: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

116

Murid Pendiam dan Tidak Melibatkan Diri Dalam Kelas

Oleh

HAYATI BINTI IDRIS Tabika KEMAS Kg.Gadong Kimanis ,Papar

KUNDAYIS LABEH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu ini pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan bertemakan ‘Bunga’. Murid-murid di tabika saya menjalankan aktiviti dengan seronok sekali. Dalam pengajaran yang saya jalankan saya menggunakan pelbagai bahan seperti lembaran kerja, tampalan dan puzzle. Semua ini adalah untuk menarik perhatian dan minat pelajar di samping menguji tahap kemampuan mereka. Terdapat seorang pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi pengajaran kerana pelajar ini agak pendiam dan sukar untuk bercakap, apatah lagi menyanyi. Masalah ini berlarutan hinggalah bulan April. Saya berasa risau pelajar ini tidak dapat mengikuti sepenuhnya pelajaran seperti mana pelajar lain. ANALISIS ISU

Untuk menangani masalah ini, saya perlu menyiasat latar belakang keluarga pelajar tersebut dengan lebih terperinci dan bertanyakan tentang pembelajaran yang dijalankan, sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya. Teori kognitif sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura menyatakan bahwa proses kognitif sangat penting dalam menentukan perilaku manusia. Bukti adanya pengaruh proses kognitif ini berasal dari fakta bahwa kita dapat membayangkan diri kita dalam keadaan emosi apa saja. Faktor percakapan, keyakinan, dan nilai dalam teori kognitif sosial bertindak sebagai pemberi pedoman. Pelajar ini sering duduk sendirian dan hanya berkawan dengan kawan yang rapat sahaja. Pelajar ini lebih banyak menghabiskan masanya dengan peralatan peribadinya seperti buku mewarna yang dibelikan oleh ibubapanya. Banyak andaian saya terhadap permasalahan pelajar ini. Berikut adalah persoalan yang timbul dalam fikiran saya tentang pelajar ini.

Page 126: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

117

1. Adakah secara fizikalnya pelajar ini kurang sihat ?

2. Adakah pelajar ini tidak berminat dengan persekitaran sekolahnya ?

3. Adakah kaedah pengajaran yang saya gunakan kurang sesuai untuk mereka?

4. Adakah mimik muka saya terlalu garang sehingga menyebabkan pelajar ini rasa takut untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran ?

5. Adakah saya dapat mengubah tingkah laku pelajar ini ?

6. Adakah pelajar ini mempunyai masalah peribadinya yang saya sendiri belum mengetahui.?

Daripada tinjauan awal, temubual dan soal selidik serta pemerhatian yang telah saya laksanakan, beberapa dapatan berikut telah saya peroleh.

Murid ini tidak faham pengajaran yang saya sampaikan di dalam bilik darjah

Murid ini takut ditertawakan apabila menjawab dengan salah terhadap soalan yang saya berikan.

Murid ini mempunyai esteem-kendiri rendah. Ibu bapa murid ini mengamalkan kaedah ‘authoritarian’

untuk megawal tingkah laku anak mereka.

Berdasarkan analisis yang telah saya buat saya amat percaya pelajar pasif mempunyai esteem kendiri yang rendah. Setelah membuat pemerhatian dan refleksi, saya rasa andaian ini benar kerana Carl Rogers (1951) sendiri menyatakan bahawa konsep kendiri atau esteem kendiri adalah merupakan penentu kepada sikap dan tingkah laku seseorang.

Page 127: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

118

CADANGAN

Bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan tindakan yang perlu saya ambil adalah seperti berikut.

a) Memberi tanggungjawab peranan atau tugas kepada murid ini supaya mereka rasa lebih dihargai.

b) Memperbanyakkan lagi kaedah belajar sambil bermain dalaam pengaajaran

c) Membnia rapport dengan murid tersebut dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan.

d) Meminta rakan untuk tidak menyisihkan murid ini. e) Menggalakkan murid lain memberikan sokongan moral

kepadanya. TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan yang saya perlu lakukan adalah. 1. Membuat pemantauan dari masa ke semasa terhadap murid yang suka megasingkan diri. 2. Menggunakan boneka tangan sebagai kaedah pengajaran guru semasa sesi perbualan pagi atau sesi bercerita. Saya peercaya kaedah ini sangat berkesan diaplikasikan untuk menangani masalah murid pemalu dan kurang yakin untuk menampilkan diri di hadapan rakan-rakan. KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini ialah, memupuk dan menyemai rasa yakin diri perlu dilakukan seawal usia kanak-kanak. Guru berperanan sebagai pendorong utama kepada murid untuk lebih aktif dan berkeyakinan. Guru perlu peka terhadap masalah murid serta sentiasa memantau tingkah laku mereka agar tindakan semerta dapat diambil. Kaedah pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan dan disesuaikan dengan kehendak psikologi murid.

Page 128: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

119

Murid Suka Menconteng Dinding dan Lantai Tabika

Oleh

HAYATI BINTI IDRIS TABIKA KEMAS Kg. Gadong Kimanis, Papar

KUNDAYIS LABEH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Saya mengajar dan melaksanakan praktikum di Tabika KEMAS Kg.Gadong Kimanis Papar. Rata-rata pelajar saya berusia 5 dan 6 tahun. Bangunan tabika saya merupakan bangunan khas KEMAS. Bangunan ini ditubuhkan pada tahun 1998. Apa yang merisaukan saya ialah pelajar pada tahun ini gemar menconteng dinding kelas. Bukan saja dinding luar, malah di dalam kelas dan tandas juga diconteng. Pada pendapat awal saya, murid pada tahun ini nakal-nakal belaka. Saya khuatir tingkah laku mereka ini akan berlarutan hingga mereka meningkat dewasa dan ini akan menimbulkan masalah yang lebih teruk seperti vandalisme. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan murid yang menghadapi masalah tingkah laku ini terdiri daripada murid lelaki. Menurut teori perkembangan Erikson, guru mahupun ibu bapa perlulah sentiasa membimbing kanak-kanak terutama yang berumur antara 6 hingga 12 tahun kerana melalui cara ini dapat memupuk sikap rajin dalam diri di kalangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak selalui dimarahi dan dikritik mengakibatkan mereka rasa rendah diri dan memberontak. ANALISIS ISU

Hasil dari contengan dinding tersebut mengakibatkan dinding tabika nampak comot dan mencacatkan penglihatan dan pemandangan. Melalui pemerhatian ini, timbul keinginan saya untuk mengenal pasti punca masalah tersebut. Seringkali saya lihat pelajar yang menconteng ini dilakukan oleh pelajar yang sama. Beberapa persoalan telah timbul dalam pemikiran saya tentang masalah ini.

Page 129: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

120

Apakah punca mereka berkelakuan demikian? Bagaimanakah saya boleh mengatasi masalah ini? Adakah saya mampu mengubah sikap mereka? Tindakan awal daripada pemerhatian dan soal selidik yang saya

jalankan, saya telah mengumpul beberapa maklumat seperti berikut. Saya mendapati murid-murid yang suka menconteng mempunyai ciri-ciri berikut.

1. Murid-murid ini dari kumpulan yang lemah dari segi

akademik. 2. Murid-murid ini terdiri daripada golongan yang nakal dan

suka menimbulkan masalah dalam kelas. 3. Mereka adalah di kalangan kumpulan yang sering

dimarahi guru. 4. Mereka adalah di kalangan murid yang kreatif.

Berdasarkan pemerhatian dan analisis terhadap permasalahan ini, saya percaya murid-murid yang lemah dan nakal ini kurang berminat untuk belajar kerana mereka berasa bosan dengan pengajaran di sekolah. Mereka juga adalah di kalangan murid yang tidak mempunyai motivasi untuk belajar. Saya rasa bertanggungjawab untuk mengubah sikap murid-murid ini terhadap aktiviti pembelajaran. Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri positif mereka. CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ini saya mencadangan tindakan seperti berikut diambil.

Mengenalpasti murid-murid yang terlibat dalam masalah menconteng dinding

Memberi kesedaran tentang kesan negatif vandalisme dan mengapa sikap itu perlu dihentikan

Mengadakan pertandingan menconteng paling cantik tetapi harus berdasarkan peraturan tertentu.

Menyediakan kertas mahjong sebagai tempat melukis atau menconteng mengikut kreativiti mereka. Aktiviti ini harus dilakukan setiap pagi.

Page 130: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

121

Seterusnya saya pastikan perkara berikut juga dilaksanakan pada masa yang sama dengan tindakan di atas.

Saya memastikan murid-murid ini sentiasa dipantau dari masa kesemasa

Nasihat berterusan akan saya diberikan. Memberi peluang kepada murid-murid menconteng dan

melukis dikertas mahjong dan ruang disediakan dengan penuh kebebasan.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai tindakan susulan saya membuat pemerhatiaan dan pemantauan tingkah laku murid dari masa ke semasa. Ini adalah untuk memastikan sama ada pelajar ini masih mengamalkan bertingkah laku demikian. KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan disini ialah, dalam keadaan tertentu guru perlu bertindak tegas. Tegas tidak semestinya garang dan bersuara kasar. Guru perlu bijak dalam menangani masalah pelajarnya dengan menggunakan strategi yang lebih sesuai. Pendekatan cara humanistik tetapi tegas menyedarkan pelajar untuk lebih hormat kepada guru. Oleh yang demikian guru perlu bijak apabila berdepan dengan masalah pelajarnya.

Page 131: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

122

Masalah Disiplin Murid

Oleh

FLORIDA @ FREDELICA ROLAND JASSIN TBK Perpaduan Bakut Muhibbah, Tuaran HAJAH NORHAYATY BINTI ISMAIL

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Hari ini merupakan minggu ke 2 saya menjalani praktikum. Pada minggu ini saya menghadapi masalah disiplin murid. Antaranya ialah masalah murid bising ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid yang kerap kali ke tandas, murid suka mengganggu rakan-rakan dan suka bergaduh . Keadaan ini membuatkan saya tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik . ANALISIS ISU Di peringkat sekolah, punca utama berlakunya salah laku yang kebanyakannya disebabkan oleh pelajar sendiri. Sebilangan kecilnya berlaku kerana masalah, keluarga, pengaruh persekitaran dan kecuaian sekolah. Masalah salah laku ini berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya mendapati kanak-kanak tidak memberi tumpuan semasa guru memberikan penerangan terhadap pengajaran dan pembelajaran disebabkan gangguan dari rakan-rakan yang lain. Setelah meneliti masalah ini saya dapati masalah ini berpunca daripada: 1. Keadaan fizikal bilik darjah kurang selesa. 2. Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya dan alam sekitar. 3. Bilangan murid yang terlalu ramai iaitu seramai 26 orang.

Page 132: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

123

CADANGAN Menurut P.F Olivia (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Oleh itu cadangan-cadangan ini akan dipertimbangkan untuk mengatasi masalah disiplin murid. 1. Sentiasa mengingatkan murid supaya tidak menggangu rakan-

rakan yang lain dan akibat menggangu rakan. 2. Menempatkan murid yang bermasalah tingkah laku itu duduk di

ruangan yang dekat dengan saya supaya dapat mengawal pergerakkannya.

3. Memberi tugasan tertentu kepada murid yang bermasalah tingkah laku. Misalnya, tugas memadam papan putih setiap kali selepas guru selesai memberikan penerangan.

4. Memberi ganjaran kepada murid yang berkenaan jika bertingkah laku dengan baik.

5. Berbincang untuk mengatasi masalah ini dengan ibu bapa murid. 6. Membaca buku-buku tentang pengurusan tingkah laku dalam bilik

darjah agar dapat menangani masalah tersebut 7. Berbincang dengan rakan-rakan senior untuk mendapatkan

nasihat dan pandangan. 8. Melaksanakan rancangan pengajaran secara sistematik dan

menarik serta bermakna. TINDAKAN SUSULAN Pelbagai cara dan kaedah telah dilaksanakan seperti mengubah kedudukan atau susun atur kerusi meja, memindahkan murid yang bermasalah kebahagian hadapan. Ini bagi memudahkan guru untuk mengawal murid tersebut. Perbincangan dengan ibu bapa murid juga telah dilaksanakan dan perkara ini mendapat sokongan daripada ibu bapa dan mereka menyatakan untuk sentiasa memberikan kerjasama dari masa ke semasa. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai serta variasi ransangan dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran untuk menggalakkan minat murid untuk belajar juga telah saya laksanakan. Perbincangan daripada rakan-rakan senior sedikit sebanyak membantu. Mereka menyarankan untuk gunakan ganjaran sebagai galakan dan motivasi kepada murid. Elakkan hukuman dan gunakan bimbingan yang wajar untuk murid yang menimbulkan masalah disiplin, demi

Page 133: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

124

mengurangkan konflik di antara guru dengan murid dalam sistem sosial sekolah. KESIMPULAN

Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus iaitu mengurus bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjadi murid yang berdisiplin dan mematuhi segala peraturan bilik darjah. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, tugas-tugas guru dalam pengurusan disiplin murid bukan sahaja perlu tetapi amat penting untuk menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan .

Page 134: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

125

Masalah Kawalan Kelas

Oleh

FLORIDA @ FREDELICA ROLAND JASSIN TBK Perpaduan Bakut Muhibbah, Tuaran HAJAH NORHAYATY BINTI ISMAIL

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada 27 Jun 2012, saya telah menghadapi masalah kawalan kelas semasa saya menjalankan P&P. Dalam kelas ini terdapat dua peringkat umur iaitu enam dan lima tahun. Murid yang berumur enam tahun lebih sukar menerima arahan, dan mereka sering mempengaruhi rakan sekelas yang berumur lima tahun. Hal ini menyebabkan aktiviti penyampaian P&P terganggu dan menyebabkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai dengan berkesan. ANALISIS ISU

Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar .

Menurut pemerhatian saya, masalah ini terjadi kerana perbezaan tingkah laku dan penerimaan murid 6 tahun dan 5 tahun. Murid 6 tahun yang sudah pernah menghadiri prasekolah tahun lalu sudah biasa dengan keadaan bilik darjah, lebih agresif dan sukar untuk dikawal.

Selain itu, masalah ini juga berpunca dari saya sendiri iaitu kurang memberi penegasan dalam arahan yang saya berikan kepada murid-murid. Ini kerana saya terlalu berlembut dengan mereka . Hal ini menyebabkan murid-murid kurang menerima arahan dan membuat aktiviti yang diberi dengan tidak bersungguh-sungguh.

Page 135: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

126

CADANGAN

Modifikasi tingkah laku merupakan satu cara menguruskan masalah disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah, sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, dalam membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara cadangan untuk mengatasi masalah ini ialah:

a. Meminta tunjuk ajar guru pembimbing dengan meminta tips-tips yang selalu dia gunakan dalam menarik perhatian murid-murid.

b. Membuat pemerhatian terhadap murid-murid yang selalu menggangu, memisahkan mereka daripada rakan-rakan yang juga suka mengganggu dan membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan supaya senang untuk mengawal mereka.

c. Memberi “Time Out” kepada murid yang bersikap pengganggu.

d. Membaca nota psikologi kanak-kanak untuk melihat selok belok sikap seorang kanak-kanak untuk mendapat perhatian mereka semula.

e. ‘Token Economy’ dan ‘Shaping’.

TINDAKAN SUSULAN

Pelbagai cara telah digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. ‘Token Economy’ antara yang berkesan dilakukan, murid memberi kerjasama dan mula menunjukkan perubahan. Namun tindakan ini tidak boleh diamalkan selalu kerana murid akan sentiasa mengharapkan ganjaran untuk melakukan sesuatu yang baik. Dalam ciri-ciri Teori Permodelan Bandura, unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya. Tingkah laku dan cerita-cerita yang dibacakan oleh guru mendapat respon yang baik daripada murid.

Page 136: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

127

KESIMPULAN

Guru diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model untuk membentuk personality mereka yang positif. Iklim tabika yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Oleh itu, guru haruslah bijak dan sentiasa menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid kerana kanak-kanak adalah seorang pemerhati dan peniru yang sangat hebat.

Page 137: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

128

Murid Suka Bersendirian

Oleh

SAIMAH DATU DAMSI TABIKA KEMAS Kg. Landung Ayang Laut, Kudat

JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Saya mengajar di Tabika KEMAS Kg. Landung Ayang, Kudat. Kebanyakan murid dalam kelas bimbingan saya sangat aktif dan melibatkan diri dalam apa juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p & p) yang dijalankan. Namun, pada minggu keempat dan kelima iaitu selepas satu bulan saya menjalani praktikum, saya mendapati bahawa terdapat seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang suka bersendirian dan tidak memberikan tumpuan semasa proses pengajaran p & p. Kedua-dua murid ini kurang memberi perhatian dan tumpuan semasa guru memberi penerangan di hadapan kelas. Mereka suka duduk di belakang dan suka membuat aktiviti sendiri.

Sikap atau tingkah laku mereka menyebabkan proses p & p terganggu kerana saya terpaksa menghentikan sesi pembelajaran untuk mengubah tempat duduk dengan menempatkan murid-murid ini di bahagian depan kelas. Namun demikian, mereka tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berubah, bahkan kekal dengan sikap yang suka bersendiri dan tidak bergaul dengan rakan semasa proses p & p. Justeru, saya berpandangan bahawa murid ini mempunyai tingkah laku yang bermasalah. Menurut DSMIV (Diagnostic Statistical Manual Of Mental Disorders Of The American Psychiatric Association) masalah tingkah laku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkah laku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan psikologis. Achenbach & Edelbrock pula mengkategorikan tingkah laku sebagai: • Tingkah laku internalising yang ditujukan kepada diri yang bersifat mengasingkan diri, compulsive, selalu sedih, pemalu dan berfokus kepada ketakutan dan fantasi. Keadaan sebegini mungkin disedari oleh guru sebagai situasi yang tidak menganggu namun

Page 138: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

129

tingkah laku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bilik darjah.

Berdasarkan kepada pengertian tingkah laku bermasalah di atas, saya menjangkakan bahawa sekiranya keadaan ini dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, ia akan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada diri murid itu sendiri, tetapi juga murid lain serta saya sendiri sebagai guru mereka.

Sebagai seorang guru, saya berperanan untuk menanam

kesedaran, kefahaman dan keyakinan dalam diri murid tentang kepentingan nilai dan moral. Saya juga berperanan sebagai pendidik khususnya dalam memperkembangkan potensi murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru itu, saya perlu menggunakan pendekatan tertentu untuk mengubah tingkah laku murid kepada tingkah laku yang lebih positif.

ANALISIS ISU

Menurut pendekatan behaviorisme atau tingkah laku, tingkah laku yang adaptif atau maladaptif adalah dipelajari. Ini juga bermakna bahawa sesuatu yang telah dipelajari boleh dihilangkan atau dibuang.

Salah satu faktor yang boleh menyebabkan murid-murid tersebut

bertingkah laku sedemikian adalah kerana kurang mendapat perhatian sama ada daripada ibubapa, rakan ataupun guru. Namun begitu, sebagai seorang guru, saya perlu menyelidik atau menyiasat punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut bagi memudahkan saya mengambil pendekatan yang sesuai semasa proses p & p supaya keadaan ini tidak berterusan. Untuk membantu saya mendapatkan maklumat yang diperlukan, saya telah menyediakan beberapa solan dalam minda saya:

• Adakah murid-murid ini tidak berminat terhadap mata pelajaran yang saya ajar? • Adakah murid-murid ini kurang mendapat perhatian ibubapa/ keluarga mereka?

Page 139: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

130

• Adakah murid-murid ini sering dimarahi oleh ibubapa/ keluarga mereka? • Mengapa murid-murid ini berkelakuan sedemikian? • Apakah yang perlu saya lakukan agar saya dapat mengubah sikap murid-murid ini? • Bagaimanakah penglibatan murid-murid ini dalam kelas guru lain? Saya telah berjumpa dan berbincang dengan keluarga murid-

murid terbabit dan juga menjalankan pemerhatian terhadap masalah murid-murid ini. Dapatan yang saya perolehi menunjukkan bahawa mereka:

• selalu ditinggalkan oleh ibu dan bapa mereka bersama kakak dan abang mereka ketika mereka bekerja. • Murid-murid ini sememangnya orang yang pendiam kerana takut dimarahi oleh kakak dan abang mereka semasa di rumah. • Murid-murid ini hanya aktif ketika ibu bapa mereka ada di rumah kerana mereka mesra dengan kedua ibu bapa mereka.

Setelah mengetahui puncanya, saya membaca beberapa buku berkaitan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini. Saya mendapati bahawa murid-murid ini tersenarai dalam program kaunseling berkelompok. Kaunseling berkelompok merupakan program bimbingan dan kaunseling yang dijalankan khas untuk murid yang dikenalpasti mempunyai masalah pergaulan atau tingkah laku bermasalah. Melalui maklumat tersebut, saya dapat membuat kesimpulan bahawa murid-murid ini memang bermasalah dan perlu dibantu. CADANGAN

Saya telah menyenaraikan beberapa langkah untuk dilakukan bagi mengubah sikap murid-murid ini daripada terus mengasingkan diri dari rakan-rakan mereka dalam kelas. Saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantu mereka supaya dapat turut serta secara aktif dalam p & p seperti rakan-rakan mereka yang lain. Berikut adalah senarai cadangan untuk dilaksanakan bagi membantu murid-murid tersebut:

Page 140: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

131

• Pertama sekali ialah meminta keluarganya agar memberi nasihat secara lembut dan tidak memarahi mereka dengan cara yang kasar apabila murid-murid ini melakukan kesalahan. • Meminta murid-murid ini berpindah tempat duduk, daripada duduk di belakang sekali ke kerusi paling hadapan. • Sentiasa memberikan pujian kepada mereka selepas melakukan sesuatu semasa sesi p & p. • Melantik murid-murid ini menjadi ketua kumpulan ketika aktiviti p & p agar mereka boleh meningkatkan keyakinan diri mereka dalam menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan mereka semasa p & p dijalankan. • Meminta rakan sekelas untuk mengajak murid-murid ini bermain bersama semasa waktu rehat. • Mengalakkan murid-murid lain memberi sokongan kepada murid-murid ini dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa dalam kelas.. • Memberi kata-kata perangsang supaya murid-murid ini bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.

TINDAKAN SUSULAN

Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk membimbing setiap murid dalam kelas untuk membina sahsiah dan tingkah laku yang baik. Oleh kerana itu, setiap kali saya memulakan kelas, saya memulakan sesi p & p dengan kata-kata atau aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi dan semangat murid untuk belajar. Bagi murid-murid yang bermasalah, saya sentiasa memanggil mereka ke hadapan kelas bersama beberapa rakan mereka untuk memimpin rakan-rakan lain semasa melakukan aktiviti seperti menyanyi lagu kebangsaan mahupun aktiviti lain. Tujuan saya adalah agar murid-murid ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan berani bergaul mesra dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya turut menjalankan sesi bimbingan kaunseling secara berkelompok dengan murid-murid ini bersama murid yang lain untuk membantu mereka mengekalkan tingkah laku positif bukan sahaja semasa dalam kelas tetapi juga semasa di rumah dan di tempat lain. Saya juga turut memberi kesedaran kepada mereka supaya aktif dalam kelas, menghormati dan mendengar arahan guru walau pun mereka tidak dilantik sebagai ketua dalam apa-apa aktiviti.

Page 141: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

132

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya dapat menyimpulkan bahawa seorang guru perlu bertanggungjawab bukan sahaja ke atas pencapaian akademik murid-muridnya, tetapi juga terhadap pembentukan sahsiah mereka. Menurut teori tingkah laku, tingkah laku seseorang itu boleh diubah melalui pendekatan yang sesuai. Justeru itu, melalui kajian yang saya jalankan berkaitan dengan kes ini, saya dapat merumuskan bahawa kebijaksaan guru itu sendiri dapat membantu seseorang murid mengubah tingkah lakunya yang negatif. Saya juga berpandangan bahawa seorang guru itu perlu sentiasa membuat kajian terhadap murid-muridnya agar mereka dapat dibantu, khususnya dalam memperkembangkan potensi mereka dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga mendapati bahawa penglibatan dan kerjasama ibu bapa juga merupakan perkara yang amat penting untuk membantu membentuk tingkah laku kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak sebenarnya mempunyai lebih masa bersama-sama keluarganya berbanding dengan gurunya di sekolah. Guru-guru hanyalah bertindak sebagai pembantu kepada ibu bapa untuk meningkatkan lagi pembentukan sahsiah dan tingkah laku anak mereka.

Page 142: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

133

Murid Nakal Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh

SAIMAH DATU DAMSI TABIKA KEMAS Kg. Landung Ayang Laut, Kudat

JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Minggu ini saya telah menjalankan praktikum dan permasalahannya adalah sama dengan minggu ketiga iaitu murid-murid yang nakal dan bergaduh sesama rakan. Ini berlaku apabila melakukan aktiviti pembelajaran dan pengajaran mengikut tema membentuk makanan/ kuih-miuh dengan menggunakan doh di mana sebahagian murid mula bergaduh dan bermain. Ini berpunca daripada sikap murid nakal tersebut mempunyai perasaan tidak senang hati dan cemburu melihat hasil kerja rakannya yang lebih baik. Untuk membuat perubahan dan membentuk sikap dan tingkah laku murid yang suka bermain dan bergaduh sesama rakan, saya bersikap tegas untuk membentuk disiplin mereka. Pada masa yang sama, saya berusaha menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Murid-murid nakal ini seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang membimbing dan memerhati di hadapan mereka. Sifat kenakalan mereka menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Sebagai seorang guru, saya telah mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kondusif dalam kelas. Saya berharap murid dapat memberi tumpuan yang sebaik mungkin dan mendapat input sebanyak mungkin setiap kali pengajaran dan pembelajaran dijalankan. ANALISIS ISU

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kenakalan murid ini, saya telah melakukan analisis untuk mencari punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya mengajar dalam kelas, terdapat beberapa

Page 143: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

134

murid yang suka membuat kecoh, bermain dan tidak fokus ketika melakukan sesuatu aktiviti. Beberapa andaian awal saya adalah:

Kemungkinan murid-murid yang membuat masalah tersebut tidak memahami apa yang disampaikan guru dalam kelas. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas terutama dalam aktiviti berkumpulan tidak berminat dengan pengajaran dan pembelajaran tersebut menyebabkan dia berfikir untuk melakukan perkara lain mengikut kemahuan sendiri yang boleh mengganggu p & p.

Pengajaran guru mebosankan dan tidak memenuhi strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi.

Memang lumrah dan sikap semulajadi murid suka mencari gaduh dan bermain ketika p & p. Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian

awal, saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya membuat bising dalam kelas. Hal ini biasa berlaku apabila mereka dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dengan cepat berbanding dengan murid yang lambat menyiapkan sesuatu tugasan. Murid yang cepat menyiapkan tugasan akan membuat bising, bergaduh sesama kawan dan bermain. Oleh sebab itu saya membuat keputusan untuk membantu murid-murid yang nakal dengan melaksanakan cadangan-cadangan yang tertera di bawah. CADANGAN

Untuk menyelesaikan masalah murid-murid yang nakal, saya telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh mereka. Ini termasuklah mengingati nama setiap murid yang mana akan memudahkan guru berinteraksi dengan

Page 144: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

135

setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah. Selain itu, penyusunan semula kedudukan murid dalam kelas juga telah dilakukan dengan cara meletakkan murid bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan lebih memberi tumpuan kepada setiap pengajaran guru. Cadangan lain yang telah dilaksanakan termasuklah:

• Guru merancang p & p yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru perlu kreatif. • Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif. Misalnya ‘satu jawapan yang baik’, ‘bagus kerana berani mencuba’ dsbnya. Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan rakan. • Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan, saya akan senantiasa membuat pemantauan. Guru haruslah memantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan, saya akan memberi semangat dan motivasi apabila murid menghadapi kesukaran atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

TINDAKAN SUSULAN

Saya telah memantau semua permasalahan yang timbul dengan mengambil kira semua cadangan untuk langkah-langkah penambahbaikan. Ini adalah untuk menyelesaikan masalah murid berdasarkan tempoh yang disasarkan. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masalah murid haruslah diselesaikan dengan pendekatan yang sesuai. Penyelesaian masalah kenakalan murid membolehkan saya melaksanakan p & p semasa praktikum

Page 145: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

136

dengan lebih berkesan. Guru harus peka kepada keperluan dan masalah tingkah laku murid. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, masalah yang berlaku dalam bilik darjah ada penyelesaiannya dan guru harus prihatin untuk menanganinya.

Page 146: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

137

Murid Suka Mengasingkan Diri

Oleh

SUZEH SAID TABIKA KEMAS Pekan Baru Pitas

JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Di Tabika, saya mengajar murid yang berumur lima dan enam tahun. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan kebanyakan mereka adalah daripada keluarga yang berada. Murid-murid ini sangat aktif dan peka dalam dalam banyak hal. Namun begitu, dalam kalangan mereka, ada seorang murid (murid D) yang tidak suka bergaul dengan murid lain. Dia langsung tidak berminat mengikuti apa sahaja aktiviti yang saya jalankan dalam kelas. Dia lebih suka menyendiri, membuat kerja sendiri, kadang-kala suka menyelerakkan bahan bantu mengajar di sudut pembelajaran dan pelbagai karenah lain setiap hari sehingga lah saya mendapat teguran pensyarah pembimbing tentang tingkah laku murid berkenaan semasa seliaan pertama pada minggu ke sebelas. Murid D menjadi perhatian pensyarah pembimbing dan meminta saya mengenal pasti masalah tingkah laku murid D agar proses pengajaran dan pembelajaran saya dalam kelas tabika berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan sepanjang tempoh praktikum. Sebelum ini saya tidak pernah ambil berat tentang tingkah lakunya yang sedemikian.

Tingkah laku dan perangai yang ditunjukkan setiap hari menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran saya sering terganggu. Ini adalah kerana saya terpaksa memujuknya beberapa kali agar mengikuti pengajaran saya sehingga murid lain terabai hanya kerana memberi tumpuan terhadap murid D. Banyak masa pengajaran dan pembelajaran juga terjejas dalam usaha saya memujuknya setiap hari. Namun ternyata usaha saya tidak membuahkan hasil di mana keadaan murid D tetap sama. Atas saranan pensyarah pembimbing, saya telah mengambil langkah menangani masalah ini agar ianya tidak berlanjutan demi kebaikan semua murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tabika.

Page 147: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

138

Setelah saya membuat pemerhatian menggunakan rekod anekdot dalam tempoh beberapa minggu terhadap murid ini, ternyata murid D mempunyai tingkah laku bermasalah iaitu suka mengasingkan diri. Masalah ini dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah negatif yang merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung). Tingkah laku ini boleh membahayakan diri kerana ia boleh membawa rasa bimbang, takut, tiada keyakinan diri, pergantungan berlebihan terhadap orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja dan tidak boleh berdikari. Selain itu, ia juga menunjukkan simptom pengunduran diri iaitu malu menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri dan sering menganggap orang lain lebih baik dari dirinya, tidak suka bergaul dengan kawan-kawan, sikap terlalu rendah diri dan perasaaan malu dengan rakan. Mohd Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H. Woody dalam bukunya berjudul ‘The School and the Behavior Problem Child’, semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Dalam kes-kes tertentu, kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Berdasarkan kepada tingkah laku bermasalah di atas yang menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran, wajarlah bagi guru bertanggungjawab mengenalpasti punca masalah murid yang bermasalah bertingkah laku dalam kelas agar strategi atau teknik tertentu dapat digunakan bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

ANALISIS ISU Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama. Ini termasuklah individu (individual), persekitaran (environment) dan tingkah laku (behavior). Di dalam tiga unsur asas

Page 148: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

139

ini, individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran dan tingkah laku sebagai tindak balasnya. Mengikut teori pembelajaran sosial, pembelajaran merupakan interaksi antara motivasi intrinsik dan tingkah laku individu dengan persekitarannya. Dengan itu saya yakin dan percaya bahawa tingkah laku murid saya ini boleh diubah melalui pendekatan yang sesuai dengan tingkah lakunya. Saya berpendapat bahawa murid D yang suka menyendiri mempunyai masalah pergaulan dengan rakan-rakan, suka menjauhkan diri dari rakan-rakannya dan lebih selesa berada di satu sudut atau tempat lain. Ada kemungkinan murid D tidak biasa hidup dalam kumpulan besar sejak kecil kerana sudah terbiasa hidup bersendirian dan mempunyai bilangan adik beradik yang kecil. Murid D juga jarang bercakap dan tidak banyak berinteraksi. Murid D suka mengasingkan diri kerana faktor keluarga di mana kedua ibu bapanya bekerja dan kurang mendapat perhatian dari kawan-kawan. Dia juga kurang memberi tumpuan serta perhatian dalam kelas dan tidak berminat langsung untuk belajar. Namun demikian, saya telah cuba membantu murid D mencari penyelesaian masalah yang dihadapinya.

CADANGAN

Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran saya berjalan dengan lancar tanpa gangguan, saya telah membuat beberapa cadangan untuk dilaksanakan untuk membantu murid D melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Ini termasuklah:

Apa sahaja aktiviti yang dijalankan di kelas, saya libatkan murid iD bersama.

Semasa sesi perbualan pagi, saya mempastikan murid D duduk di hadapan, agar dia merasa dirinya dihargai dan bukannya diasingkan.

Memberi tumpuan yang lebih kepada murid D semasa mengajar agar dia dapat mengikuti aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid lain dalam kelas.

Merapatkan hubungan murid lain bersama murid D dengan menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. Misalnya menjalankan aktiviti pengayaan,

Page 149: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

140

aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.

Memberi kata-kata nasihat sekiranya bertingkah laku negatif. Misalnya dia harus bersikap positif agar mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh, dihargai dan disayangi.

Memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan, hadiah dan motivasi kepada murid D agar lebih berkeyakinan dan bersemangat dengan perubahan tingkah lakunya.

TINDAKAN SUSULAN

Adalah menjadi tanggungjawab besar bagi saya dan pembantu saya untuk membentuk sahsiah murid D. Keadaan ini menjadi pendorong kepada saya untuk memberi perhatian lebih kepada murid D. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru memberi peluang kepada murid D duduk paling depan supaya dia merasa dirinya dihargai oleh guru dan murid-murid lain. Untuk merapatkan lagi hubungan murid D dengan murid yang lain, saya mewujudkan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. Dengan adanya situasi begini, murid D tidak akan merasa dirinya terasing seperti sebelum ini. Di samping itu juga, saya memberi peneguhan berbentuk ganjaran apabila dia berjaya melakukan sesuatu yang baik supaya dapat menaikkan semangatnya untuk terus kekal mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas selain memberi kata-kata nasihat, dorongan dan pujian kepadanya. KESIMPULAN

Tiada kekangan yang tidak dapat diselesaikan asalkan seseorang itu berusaha mencari jalan penyelesaian walau dengan cara apa sekali pun kerana setiap perlakuan atau perbuatan yang zahir dari murid itu adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan itu mempunyai kesan tertentu terhadap murid itu sendiri dan juga terhadap murid lain. Oleh itu, cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah sesuai dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza

Page 150: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

141

bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi. Dalam usaha menangani masalah ini, bukan hanya guru di tabika sahaja yang terlibat, bahkan ibu bapa juga memainkan peranan penting agar dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dalam pelbagai aspek seiring dengan perkembangan semasa.

Page 151: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

142

Murid Pintar Cerdas

Oleh

SUZEH SAID TABIKA KEMAS Pekan Baru Pitas

JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Di tempat saya mengajar, saya mempunyai ramai murid yang kebanyakannya sangat aktif melibatkan diri dalam apa juga aktiviti yang saya jalankan terutama sesi perbualan pagi semua murid mengambil bahagian mengemukakan pelbagai pertanyaan sehinggakan sukar bagi guru menjawab pertanyaan mereka ini. Antara ramai murid ini, seorang murid (murid E) yang saya rasakan istemewa kerana selagi saya tidak mengarahkannya berhenti bercakap selagi itulah dia akan terus bercakap. Pertanyaan demi pertanyaan akan dikemukakan kadang-kala murid E sendiri menjawab soalan yang diajukan. Keadaan yang ditunjukkannya ini menyebabkan guru tidak selesa mengajar kerana tingkah laku yang ditunjukkan ini menyebabkan rakan yang lain terpinggir dan tidak berani menonjolkan diri ketika sesi perbualan pagi kerana asyik murid E sahaja yang bercakap. Keadaan ini serba sedikit menganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru dalam kelas. Ini mendorong saya mengenal pasti punca murid ini begitu aktif mengemukakan pertanyaan sehingga tiada peluang langsung murid lain bertanya agar perkara ini tidak berpanjangan. Saya juga telah mengenal pasti sama ada murid E tergolong dalam kategori tingkah laku bermasalah. Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku kanak-kanak yang akan menjadi masalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Page 152: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

143

Seseorang murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah positif atau negatif membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Oleh yang demikian guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang serta melaksanakan strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang tidak baik itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan kelas yang kondusif demi mempertingkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran . ANALISIS ISU

Suradi Salim (1996) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. Mengikut kajian yang dilakukan, terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah: 1. Boleh menarik perhatian ibu bapa, pelawat dan penonton dengan menunjukkan gaya yang luar biasa. 2. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu, kalender dan jam peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. 3.Mempunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang. 4.Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah yang hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubi dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah. 5.Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan pantas sekali.

Elizabeth Drews (1961), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas pernah menyatakan It’s immoral to squander a child’s time on what he really knows (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa

Page 153: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

144

mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.

Kata-kata George Bernard Shaw (1965) mungkin sesuai

disebut di sini ’Take to get what you like or you will be forced to like what you get’ yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak, kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada kita. Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka.

Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas, guru memang ingin muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun dalam situasi kelas yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid, murid pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran dalam kelas. Apa yang pasti, sememangnya sukar juga mengawal tindak tanduknya dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana.

Menurut teori pembelajaran Pavlov, Thorndike dan Skinner,

mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diubah. Justeru itu, saya yakin dan percaya tingkah laku murid E boleh diubah melalui pendekatan yang sesuai. Menurut pemerhatian saya, murid E berkelakuan begitu disebabkan dia inginkan perhatian yang lebih daripada guru yang mengajarnya. Oleh itu, saya telah cuba mencari penyelesaian untuk menangani masalah ini daripada berlanjutan.

CADANGAN

Bagi mengubah sikap dan mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas ini daripada terus berpanjangan, saya telah menggunakan teori mazhab sosial iaitu:-

Guru menjadikan murid E sebagai model. Guru menjelaskan mengapa murid E boleh menjadi

model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain dalam kelas.

Page 154: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

145

Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.

Guru menggunakan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh misalnya berinisiatif untuk berubah. Hadiah akan diberikan sekiranya dalam kalangan murid lain dalam kelas yang menunjukkan kebolehan seperti murid contoh. Ini akan menggalakkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.

Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga

memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang, pencapaian dan aspirasi. Kerjasama antara guru dan ibu bapa diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah pintar cerdas di sekolah. Ini termasuk bimbingan dan kaunseling.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru yang satu-satunya mengajar dalam kelas tabika, adalah wajar bagi saya memberi kata-kata motivasi berbentuk nasihat dan teguran di samping membantu murid E mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya serta menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara. Saya juga memberi kesedaran kepada murid E agar menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya saya dapat merumuskan bahawa guru perlu peka terhadap permasalahan murid dalam kelas seperti kes murid pintar cerdas. Sekiranya guru mendapati ada dalam kalangan murid yang bermasalah, guru perlu mengambil tindakan dengan mengenal pasti punca permasalahan itu agar perkara ini tidak berpanjangan demi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantut atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Page 155: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

146

Murid Menggunakan Bahasa Kurang Sopan

Oleh

EGNES MANTOK TABIKA KEMAS Kg. Pelantong Beluran, Sandakan

HJ. MOHD ROZAIMI BIN ABD RAZAK Unit K0-Kurikulum

ISU

Saya telah ditugaskan di TABIKA KEMAS Kg Pelantong daerah Beluran dan Tabika ini terletak 2 KM dari pekan Beluran. Saya mengajar kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan mempunyai 25 pelajar. Kanak-kanak Tabika kebanyakannya aktif dan ceria. Pada minggu kesembilan Praktikum fasa II yang saya jalani, saya mendapati ada seorang murid lelaki yang menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam kelas. Tingkah laku bermasalah yang sering dilakukan murid ini ialah tingkah laku Distruktif iaitu Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap murid yang sering ditunjukkan ialah menggunakan bahasa yang kurang sopan dan perlakuan yang kurang sopan.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya. Sikap dan tingkahlaku murid ini telah mempengaruhi teman sekelasnya berubah kepada sikap positif kepada negatif. Masalah ini telah membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, sebagai guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksanakan strategi yang sesuai bagi menyelesaikan masalah ini agar tidak berlanjutan sehingga merosakkan masa depan murid.

Teori Piaget (1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri di mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev Vygotsky (1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget tentang

Page 156: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

147

perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

ANALISIS ISU

Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

Masalah sikap yang ditunjukkan oleh murid ini seperti bercakap dengan kawan menggunakan bahasa yang kurang sopan dan suka meniru perbuatan yang kurang sopan kepada kawan-kawan perempuan dalam kelas. Contohnya, menyentuh yang tidak sepatutnya, mempengaruhi kawan untuk melihat gambar tidak sopan dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Sikap murid ini menyebabkan banyak persoalan yang timbul dalam minda saya. Antara persoalannya ialah ;

Apakah punca murid ini bersikap sedemikian? Bagaimanakah latar belakang murid ini? Mungkinkah terpengaruh dengan persekitaran?

Menurut tinjauan yang saya lakukan melalui temubual dengan keluarga dan rakan yang berhampiran dengan murid ini serta pemerhatian yang saya lakuka dalam kelas, saya dapat merumuskan beberapa faktor yang penyebab kepada masalah ini berlaku iaitu;

Page 157: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

148

Faktor ibubapa – Ibu bapa murid ini sangat memanjakan anak mereka. Ibubapa murid ini sering menggunakan bahasa yang tidak sopan sehingga mempengaruhi murid ini.

Menurut teori Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata

yang betul kepada anak-anaknya.

Faktor persekitaran – faktor ini juga penyebab murid ini berkelakuan tidak sopan. Murid ini sering melihat dan mendengar perkara-perkara yang tidak sopan dan telah menjadi kebiasaan kepadanya apatah lagi murid ini tidak mendapat teguran dan nasihat daripada ibu bapa sendiri bahawa apa yang dilihat dan didengar itu adalah tidak baik. Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.

Faktor rakan teknologi

Hasil daripada pemerhatian yang saya lakukan, murid ini bermasalah adalah berpunca daripada ibu bapa sendiri yang tidak peduli tentang kesopanan bahasa, masalah ini juga timbul daripada faktor persekitaran dan faktor rakan teknologi yang semakin maju. Murid ini terpengaruh daripada rakan yang lebih tua daripadanya yang suka melayari internet, menbaca buku yang tidak sopan dan bercerita tentang hal-hal yang tidak sopan.

CADANGAN

Bagi mengubah sikap murid ini daripada tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantunya ke arah yang lebih baik seperti rakan-rakan yang lain. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut :

Menganjurkan seminar tentang kesopanan dan disiplin bahasa.

Memberikan perhatian sepenuhnya kepada murid ini tanpa mengabaikan murid yang lain.

Memberikan peneguhan terhadap dirinya khususnya dari segi sahsiah dan rohani.

Page 158: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

149

Berbincang dengan ibu bapa murid tentang tingkahlaku pelajar dalam kelas.

Menyediakan aktiviti yang boleh mempengaruhi sikap murid ini untuk berubah dari sikap negatif kepada sikap positif.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru kepada murid tabika KEMAS Kg Pelantong telah menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk, membimbing, dan mengubah anak murid daripada sikap negative kepada sikap positif. Bagi murid ini, saya akan berusaha untuk membentuknya untuk berubah bagi masa depannya. Pertama sekali saya akan berbincang dengan ibu bapa murid tersebut bersama ibu bapa yang lain untuk mengadakan seminar kesedaran kesopanan bahasa dan pentingnya disiplin dalam diri setiap anak-anak. Saya juga akan sentiasa memberi perhatian yang penuh untuk murid ini tanpa mengabaikan murid yang lain. Selain itu, saya akan memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid ini dengan melakukan aktiviti yang boleh menarik perhatian sepenuhnya murid itu terhadap aktiviti yang saya laksanakan. Saya juga akan mencari peluang yang ada untuk membawa murid ini melihat ataupun menonton cerita pendek bagaimana dan apakah kesannya sekiranya kita tidak mempunyai kesopanan bahasa dan disiplin yang baik.

Selain itu,saya menggunakan teknik Reverse Psycology.

Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasi tingkah laku negatif kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan Reverse Psikology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

KESIMPULAN

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan bahawa pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak. Dalam usaha untuk merealisasikan pernyataan tersebut, saya berhadapan pula dengan kes seorang murid yang suka menggunakan bahasa yang tidak sopan sehingga mengganggu aktiviti dalam kelas yang saya laksanakan.

Page 159: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

150

Masalah ini membawa saya meneroka pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah yang saya hadapi. Melalui pemerhatian dan tinjauan saya, murid ini bersikap sedemikian kerana factor ibu bapa yang sering menggunakan bahasa yang kurang sopan di depan anak mereka sehingga tidak mengambil berat tentang baik buruk perlakuan tersebut. Murid ini juga terpengaruh daripada persekitaran murid ini.

Pakar psikologi terkemuka, Albert Bandura pernah mengemukakan teori pembelajaran sosial, iaitu tabiat dan tingkah-laku kita adalah kita tiru dan kita pelajari daripada interaksi kita dengan masyarakat. Saya berusaha mengubah sikap murid saya dengan mempertimbangkan kematangan fikiran seseorang yang berbeza. Selepas itu, saya merancang aktiviti berstruktur secara terperinci yang saya lakukan dalam tempoh masa tersebut. Oleh itu, melalui kajian yang telah saya jalankan, guru haruslah mempertingkatkan prestasi pengajaran dari masa ke semasa. Guru juga harus mendorong, membimbing dan menyokong murid bagi memperkembangkan potensi yang ada dalam diri murid.

Page 160: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

151

Murid Sukar Dikawal

Oleh

EGNES MANTOK TBK KEMAS Kg. Pelantong Beluran, Sandakan

HJ. MOHD ROZAIMI BIN ABD RAZAK Unit Ko-Kurikulum

ISU

Saya telah ditugaskan di sebuah TABIKA KEMAS Kg Pelantong daerah Beluran dan Tabika ini terletak 2KM dari pekan. Saya mengajar kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan mempunyai 25 pelajar. Kanak-kanak Tabika saya kebanyakannya aktif dan ceria. Pada minggu kelapan Praktikum fasa II yang saya jalani, saya mendapati ada seorang murid lelaki yang sukar dikawal dalam kelas tidak kira dalam aktiviti luar ataupun aktiviti kelas. Tingkah laku bermasalah yang sering dilakukan murid ini ialah tingkah laku Distruktif iaitu Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid seusia dia. Sikap agresif murid ini sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain.

Sikap dan tingkahlaku murid ini menyebabkan dia tidak disukai oleh murid yang lain dan menyebabkan aktiviti yang dijalankan pada hari itu tidak dapat berjalan dengan baik. Saya memandang murid ini sebagai murid yang bermasalah dan memerlukan perhatian serta bimbingan. Tingkahlaku adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang, dan boleh dilihat oleh orang lain (Mukherji, 2001). Ia merupakan respon atau tindak balas individu terhadap apa yang berlaku sama ada dalam dirinya sendiri atau persekitaran. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkahlaku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.

Page 161: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

152

Menurut Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan kanak-kanak yang akan menyebabkan mereka menunjukkan tingkahlaku bermasalah sekiranya tidak dipenuhi. Antaranya ialah ;

1. Privasi - Kadangkala kanak-kanak inginkan ruang atau kebebasan untuk menyendiri. Contohnya, kanak-kanak ingin bermain atau membaca bersendirian.

2. Kuasa - Kanak-kanak juga inginkan kuasa untuk menentukan dirinya sendiri. Mereka juga inginkan kebebasan. Contohnya, kanak-kanak ingin memilih sendiri pakaian yang ingin dipakai semasa bermain.

3. Memiliki barang peribadi - Kanak-kanak ingin memiliki sesuatu benda. Mereka tidak mahu berkongsi barang yang dianggap milik peribadi seperti kasut dan permainan.

4. Perhatian - Kanak-kanak inginkan perhatian. Selalunya, mereka akan menangis supaya dapat memberitahu orang lain tentang keperluan mereka itu.

5. Kejayaan dan cabaran - Kanak-kanak ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka meneroka dunia dan persekitaran disebabkan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak akan mencuba sesuatu tingkahlaku untuk melihat kesan daripada tingkahlaku tersebut.

6. Keselamatan - Keperluan keselamatan yang ingin diperlukan oleh kanak-kanak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosional. Melalui interaksi, kanak-kanak belajar untuk menghargai dan menerima dirinya sendiri dan orang lain.

7. Kasih sayang dan penerimaan - Kanak-kanak ingin disayangi dan diterima seadanya oleh orang lain. Apabila kanak-kanak merasakan diri mereka terbiar, mereka akan merasa rendah diri dan kendiri negatif akan terbentuk.

ANALISIS ISU

Pakar psikologi terkemuka, Albert Bandura pernah mengemukakan teori pembelajaran sosial, iaitu tabiat dan tingkah-laku kita adalah kita tiru dan kita pelajari daripada interaksi kita dengan masyarakat. Apabila kita menganggap sikap atau tabiat kita tidak disukai, malah kita mungkin dihukum oleh orang di sekeliling kita, maka kita akan memilih sama ada mahu meneruskan atau mengubah sikap dan tabiat kita itu. Kita meneruskan atau mengubah

Page 162: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

153

sikap dan tabiat kita kerana adanya faktor pengukuh yang mempengaruhi perilaku kita. Menurut teori Bandura, ada dua jenis faktor pengukuh. Yang pertama ialah faktor di luar diri kita, iaitu perkara yang kita alami secara langsung akibat perilaku kita, sebagai contoh ialah pujian atau kutukan yang kita terima selepas kita melakukan sesuatu. Faktor pengukuh yang kedua ialah faktor yang datang daripada sistem yang ada dalam diri kita sendiri. Sistem seperti konsep-diri dan estim-diri ada dalam jiwa tiap-tiap manusia. Sistem itu mempengaruhi sikap, tabiat dan perilaku kita.

Sikap yang ditunjukkan murid berkenaan seperti merosakkan

benda dalam kelas, lari dari sekolah, tumbuk rakan sekelas dan menggangu kawan menyebabkan saya perlu menyiasat masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Antara soalan-soalan yang bermain di minda saya ialah :

- Mengapakah murid ini bersikap demikian?

- Apakah latar belakang murid ini?

- Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini?

- Mungkinkah kerana faktor persekitaran?

Daripada tinjauan yang telah saya lakukan melalui pemerhatian dan temubual dengan ibubapa serta rakan yang tinggal berdekatan dengan rumah murid berkenaan, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada permasalahan ini berlaku iaitu :

- Faktor genetik : meniru sikap ayahnya dan ibunya yang panas baran, menyebabkan dia sering bergaduh di dalam kelas.

- Cepat tersinggung

- Memerlukan perhatian guru.

Hasil daripada pemerhatian yang saya lakukan, murid ini bermasalah adalah berpunca daripada ibubapa murid tersebut yang sangat tegas dalam mengajar anak-anak. Ibu bapa murid tersebut sering bertindak kasar seperti memukul, mencubit, diteriak dan merotan sekiranya anak mereka melakukan kesalahan yang kecil ataupun masalah besar.

Page 163: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

154

CADANGAN

Bagi mengubah sikap murid ini daripada tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantunya ke arah yang lebih baik seperti rakan-rakan yang lain. Antara cadangan tersebut adalah sepertiberikut :

Meminta rakan sekelasnya untuk tidak menyisihkan murid ini semasa aktiviti yang dijalankan.

Memberikan perhatian sepenuhnya kepada murid ini tanpa mengabaikan murid yang lain.

Memberikan peneguhan terhadap dirinya khususnya dari segi sahsiah dan rohani.

Berbincang dengan ibu bapa murid tentang tingkahlaku pelajar dalam kelas.

Memberikan bimbingan dan nasihat secara lembut tanpa bertindak kasar atau tindakan yang boleh menyinggung pelajar tersebut.

TINDAKAN SUSULAN Menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk mendidik, membimbing dan membentuk anak-anak kecil ini menjadi seorang yang berdisiplin agar menjadi harapan dan kebangaan pada masa akan datang. Bagi murid ini, saya akan sentiasa memberi bimbingan dan perhatian agar dia merasa dihargai. Setiap pagi dan sebelum pulang saya akan memberikan kata-kata nasihat kepadanya dan sentiasa mengingatinya bahawa sikap yang tidak baik akan menyebabkan dia tidak disukai manakala sikap yang baik akan sentiasa disenangi oleh teman-teman yang lain. Selain itu,saya menggunakan teknik Reverse Psycology. Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasi tingkah laku negatif kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan Reverse Psikology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

Page 164: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

155

KESIMPULAN

Setelah membuat pemerhatian terhadap masalah murid ini, secara huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkahlaku bermasalah negatif murid ini, saya mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru kerana murid ini kurang mendapat perhatian daripada ibubapa murid itu sendiri. Dengan adanya modifikasi tingkah laku membantu murid mengubah tingkah laku negatif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak kira sama ada dalam kelas mahupun luar kelas. Oleh itu, melalui kajian yang telah saya jalankan, guru haruslah mempertingkatkan prestasi pengajaran dari masa ke semasa. Guru juga harus mendorong, membimbing dan menyokong murid bagi memperkembangkan potensi yang ada dalam diri murid.

Page 165: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

156

Murid Suka Makan Makanan Ringan di Dalam Kelas

Oleh

NORHADIZAH BINTI SUKUR TABIKA KEMAS Pekan Beluran A, Sandakan HJ. MOHD ROZAIMI BIN ABD.RAZAK

Unit Ko Kurikulum ISU

Hari ini 6hb Ogos 2012 bersamaan hari Selasa, masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah murid yang suka membawa dan suka makan makanan ringan semasa sesi pembelajaran dilaksanakan. Saya sebenarnya sangat tidak suka jika murid makan semasa sesi pembelajaran dilaksana. Masalah ini sering kali mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran saya kerana apabila saya sedang mengajar murid ini mula mengeluarkan keropok atau gula-gula dari dalam beg dan memakannya. Apa yang tidak menyeronokkan ialah murid ini berjalan dari meja ke meja macam penjaja makanan ringan pula dan membahagi-bahagikan makanan ringan tersebut kepada rakan-rakannya. Kelakuan mereka ini mengganggu sebab murid ini asyik memakan makan yang diberi oleh rakan mereka tadi . Oleh kerana makanan yang dibawa sedikit murid ini berebut-rebut makanan dan tiba-tiba saja ada murid menangis kerana tidak diberi makanan ringan. Murid ini berkata “cikgu mereka tidak memberi saya keropok” keadaan Ini akan mengganggu murid lain yang mahu belajar pada hari itu.

ANALISIS ISU

Masalah ini timbul mungkin disebabkan murid ini sudah dibiasakan makan makanan ringan di rumah oleh ibu bapa mereka. Murid tidak didedah lebih awal tentang peraturan sekolah iaitu tidak boleh makan makanan ringan semasa sesi pembelajaran dijalankan. Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

Page 166: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

157

CADANGAN

Langkah-langkah yang saya perlu ambil adalah seperti beriku:

a) Saya akan memberi nasihat dan teguran kenapa mereka suka membawa makanan ringan ke sekolah

b) Saya akan berjumpa dengan ibubapa murid ini c) Saya akan mengambil makanan murid ini d) Saya akan memberitahu mereka tentang peraturan sekolah

sekali lagi e) Saya memberitahu mereka tentang makanan ringan tidak

mempunyai khasiat

TINDAKAN SUSULAN

ada pendapat saya, adalah tidak normal jika kanak-kanak di Prasekolah tidak menimbulkan masalah dalam lima hari persekolahan. Menurut pengalaman saya, setiap minggu ada saja masalah yang akan ditimbulkan oleh kanak-kanak sama ada besar atau kecil.

KESIMPULAN

Nilai tambah yang saya bahawa kepada model ini adalah peneguhan dan hukuman untuk menguat kuasa peraturan dalam bilik darjah. Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas sebagai guru. Sebagai analogi, guru adalah sebagai tukang masak di mana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalaan ke atas api, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain,semua ini saling bergantung.

Menurut Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman).

” Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu ’ bekerja ’, mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar. ”

Page 167: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

158

Masalah Murid Suka Menconteng Kelas

Oleh

NORHADIZAH BINTI SUKUR TABIKA KEMAS Pekan Beluran A, Sandakan HJ. MOHD ROZAIMI BIN ABD. RAZAK

Unit Ko-Kurikulum

ISU Hari ini (10 April 2012), saya menghadapi masalah murid yang sangat suka menconteng meja. Murid ini sangat suka menconteng meja dan dinding kelas. Pantang saja ada pensel atau warna di tangan terus saja menconteng meja. Murid ini juga menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya. Walaupun sudah banyak kali saya memberi teguran namun murid ini tidak berubah. Pada hari tersebut saya mengajar mata pelajaran perkembangan kreativiti dan estetika. Dalam aktiviti tersebut saya telah telah mengajar aktiviti mewarna menggunakan berus warna. Ketika murid lain sibuk mewarna, murid yang suka menconteng tadi telah mewarna dinding kelas tanpa saya sedari. Pada hari tersebut saya telah mendenda murid ini dengan menyuruhnya membersihkan tempat yang dicontengnya tadi dengan kain.

ANALISIS ISU

Masalah ini timbul mungkin kerana murid ini sudah biasa dan suka menconteng dinding rumah. Selain itu juga mungkin murid ini tidak dilarang ketika menconteng meja dan dibiarkan saja menconteng dinding, lama kelamaan murid ini suka kerana tidak dimarah oleh ibu bapa mereka. Mungkin juga murid ini juga sangat minat kepada pendidikan seni visual tetapi tidak didorong oleh ibu bapa mereka. Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal.

Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

Page 168: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

159

Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah.

Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap murid.

Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.

Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas. Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas

CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:

a) Saya akan memberi teguran dan nasihat b) Saya akan memberi denda c) Saya berjumpa dengan ibubapa murid ini dan berbincang

dengan mereka tentang masalah anak mereka disekolah d) Saya meminta bantuan pembantu untuk memerhati murid ini e) Saya akan memberi ganjaran jika murid ini tidak menconteng

meja TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea-idea yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

KESIMPULAN

Saya akan sentiasa berusaha untuk memajukan kemahiran pengurusan bilik darjah saya. Saya akan melaksanakan apa sahaja peraturan dan tindakan yang ditetapkan selepas merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter. Dengan adanya usaha saya dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid, saya dapat mengurus bilik darjah dengan lebih baik jika dibandingkan dengan yang dulu. Sebagai bukti, dulu saya sentiasa tidak dapat menghabiskan pengajaran dalam masa dan waktu yang ditetapkan. Hal ini adalah kerana saya sentiasa perlu berhenti pengajaran saya hanya untuk menegur murid-murid atas sebab kebisingan. Tetapi, selepas saya

Page 169: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

160

mengamalkan cadangan yang saya rujuk pada Model Disiplin Asertif Canter, saya dapat mengurus masa dan murid-murid saya dengan berkesan dan baik. Oleh itu, saya ada masa yang cukup dan suasana yang kondusif untuk mengajar dan belajar.

Page 170: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

161

Murid Tidak Terkawal Semasa Aktiviti Fizikal

Oleh

RAFIAH BINTI JABRAN TBK KEMAS Kg. Balaban Jaya, Beluran

HJ MOHD ROZAIMI BIN ABDUL RAZAK Unit Ko-Kurikulum

ISU Pada minggu ini pengajaran dan pembelajaran bertemakan rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sepanjang minggu ini agak memberansangkan kerana setiap aktiviti dapat dilakukan mengikut perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang ingin dicapai. Penglibatan murid pula amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti permainan luar. Walau bagaimana pun, saya mendapati satu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah, iaitu ada antara mereka yang tidak dapat dikawal ketika aktiviti fizikal. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar dan memberi arahan. Sifat kenakalan yang sebegini tidak boleh dibiarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. “ Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedure.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam semua aktiviti fizikal yang saya laksanakan. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali aktiviti fizikal dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan. ANALISIS-ISU Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan keadaan murid semasa aktiviti fizikal,

Page 171: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

162

terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada penerangan guru. Perkara begini berlaku apabila aktiviti fizikal yang dijalankan menggunakan peralatan seperti bola ataupun pundi kacang. Beberapa andaian awal yang telah saya buat termasuklah: 1. Kemungkinan murid-murid yang bising tersebut terlalu terujah untuk memulakan aktiviti fizikal. 2. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan semasa aktiviti. 3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru? 4. Kemungkinan juga bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar.

Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah.

CADANGAN

Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah. Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru.

Page 172: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

163

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah: 1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran permainan luar. 2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti memuji murid kerana memberi kerjasama antara rakan-rakan). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan. 3. Semasa melakukan aktiviti fizikal guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan sentiasa bergerak untuk memastikan murid tidak berebut peralatan yang digunakan. Semasa memberikan arahan, guru bolehlah memberi semangat bekerjasama dan bertolak ansur sesama mereka. TINDAKAN SUSULAN Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul di atas dengan mengemas kini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menerajui kepimpinan, kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya. Menurut kajian yang dilakukan oleh H. V Perkins, didapati bahawa konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam bidang akademik atau ko kurikulum. Sekiranya seseorang ingin mencapai kejayaan, dia hendaklah melihat dirinya sebagai seorang murid yang berkebolehan dan

Page 173: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

164

mempunyai penghargaan diri yang tinggi. Murid-murid perlulah diberi peluang untuk memupuk nilai dirinya sendiri. Murid juga perlu mengekalkan hubungan yang sihat sesama rakan dan menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya.

Page 174: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

165

Murid Kurang Memahami Isi Pelajaran

Oleh

RAFIAH BINTI JABRAN TBK KEMAS Kg. Balaban Jaya, Beluran

HJ MOHD ROZAIMI BIN ABDUL RAZAK Unit Ko-Kurikulum

ISU

Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajarkan. Hal ini dapat saya kesan apabila saya menyoal mereka, tetapi mereka lambat menjawab soalan yang diajukan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh menjawab dengan betul. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran pada hari tersebut.

Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya.

Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman).

” Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu ’ bekerja ’, mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar. ”

Page 175: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

166

Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan pendekatan bermain sambil belajar walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya pada hari ini. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya.

Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).

ANALISIS ISU

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu :

i. Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memahami pelajaran yang saya berikan ?

ii. Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? iii. Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ? iv. Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan

murid-murid ini di dalam pengajaran saya ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

i. Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang.

ii. Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil.

iii. Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

iv. Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama. v. Murid-murid tidak berminat dengan subjek Penidikan Islam.

Page 176: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

167

Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.

CADANGAN

Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :

i. Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid ii. Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa

dihargai iii. Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa

mereka sedang diperhati iv. Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat

murid v. Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada

cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya. vi. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan

berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

i. Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perlu diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai.

ii. Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

iii. Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar

iv. Tidak sesekali menurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

Page 177: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

168

TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid yang istimewa dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus.

Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak.

Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru.

Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar.

KESIMPULAN

Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logikal – matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestetik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya.

Page 178: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

169

Masalah Mengenal Emosi

Oleh

JASNIN BINTI ALUIDDIN TABIKA KEMAS Kg. Rampayan Ulu, Kota Belud

DATU RAIMAN DATU KAUMAN Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Untuk minggu ini, saya mengajar bertemakan cuaca. Secara keseluruhannya murid tahu dan kenal keadaan cuaca. Antara kandungan pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan ialah berkaitan dengan cuaca mendung, panas, hujan, ribut dan sebagainya.

Pada umumnya keadaan cuaca yang pelbagai ini ada kaitannya dengan perasaan emosi kita. Jika cuaca mendung, ramai orang suka kerana tidak panas dan kanak-kanak gembira, boleh bermain di luar rumah. Begitulah sebaliknya jika hujan lebat jangkaan kita, kanak-kanak akan berasa susah hati atau bersedih kerana tidak berpeluang untuk bermain di luar rumah. Namun apa yang saya dapati ialah berlaku di sebaliknya. Murid-murid tidak dapat menceritakan keadaan emosi yang melibatkan perasaan seperti gembira, sedih, marah dan takut yang dikaitkan dengan keadaan cuaca. Dengan kata lain, perasaan kanak-kanak berlawanan dengan apa yang orang dewasa fikirkan. Albert Bandura menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

ANALISIS ISU

Setelah berfikir seketika, saya mencari punca masalah murid yang tidak dapat menceritakan emosi ketika cuaca hujan, mendung, panas ataupun berangin. Saya dapati bahawa murid sukar

Page 179: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

170

menentukan emosi mereka kerana apabila cuaca hujan, pada kebiasaannya orang dewasa berasa sedih atau susah hati kerana banyak aktiviti mereka yang tidak dapat dilakukan seperti menangkap ikan, memetik hasil ladang dan sebagainya. Murid pula berasa gembira kerana mereka dapat bermain hujan, melihat persekitaran yang menyeronokkan mereka, dapat memakai payung dan dapat tidur dengan nyenyak.

CADANGAN

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat beberapa penyelidikan untuk bahan pengajaran saya. Ini penting supaya murid tidak keliru dengan emosi yang patut atau tidak patut dinyatakan semasa sesuatu peristiwa dinyatakan oleh guru. Saya telah memilih pernyataan peristiwa yang jelas pilihan emosinya.

Contohnya: Mohd Firdaus tidak dapat hadir ke sekolah kerana hari ini cuaca hujan. Apakah jenis emosi yang Mohd Firdaus alami?

Jawapan: Mohd Firdaus berasa sedih.

Saya juga telah membuat beberapa kad emosi yang dominan digunakan setiap hari. Apabila murid berasa gembira, murid dapat memilih kad emosi gembira.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru, saya perlu memastikan pengurusan emosi murid adalah baik. Saya tidak mahu murid mengalami kecelaruan emosi dan dapat menghalang murid dari mengalami masalah pembelajaran hanya kerana pengurusan emosi yang tidak baik. Saya ada menyatakan kepada beberapa orang ibu bapa supaya dapat memberikan perhatian terhadap anaknya apabila murid tersebut mempunyai masalah emosi dan pastikan agar masalah murid tersebut selesai dengan segera. Contohnya apabila melihat anaknya muram atau sedih, ibu bapa perlu mempunyai daya pujuk atau pengetahuan bagaimana mengetahui dan mengatasi masalah anak mereka.

Page 180: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

171

KESIMPULAN

Hasil daripada pemerhatian saya, murid mula memahami mengenai emosi mereka. Murid berupaya menceritakan emosi dan perasaan mereka kepada kawan-kawan berkaitan dengan situasi yang mereka lihat khususnya bekaitan dengan cuaca di sekeliling mereka.

Page 181: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

172

Tidak Kenal Bangunan Mega

Oleh

JASNIN BINTI ALUIDDIN TABIKA KEMAS Kg. Rampayan Ulu, Kota Belud

DATU RAIMAN DATU KAUMAN Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Pada minggu ini, saya mengajar dengan tema pembinaan. Saya dapati ramai murid yang tidak mengetahui istilah bangunan mega. Apabila guru menayangkan bangunan mega, tiada seorang pun yang dapat meneka atau menyebut nama bangunan tersebut. Walaupun murid-murid ini sangat aktif dan berminat dengan tema baru yang diajarkan oleh guru, namun tema pembinaan yang melibatkan bangunan mega ini membuatkan saya tertanya-tanya mengapa murid ini semuanya diam. Menurut Jean Piaget kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing.

Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

ANALISIS ISU

Setelah memikirkan masalah murid sejenak, saya mempunyai senarai persoalan di dalam benak. Antaranya ialah:

1. Mengapakan murid-murid bersikap demikian?

2. Apakah faktor yang menyebabkan berlaku sedemikian?

Page 182: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

173

3. Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid-murid?

4. Adakah saya tidak cukup menyediakan bahan bantu mengajar?

Hasil pemerhatian dan temu bual dengan murid, ibu bapa dan rakan seperjuangan, saya mendapati bahawa:

1. Murid tidak peka terhadap gambar yang dipamerkan oleh guru

2. Ini kerana bangunan tersebut bukan berada di tempat sendiri.

3. Saya perlu membuat bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan banyak mendapatkan gambar bangunan mega dari internet.

4. Saya perlu memikirkan idea yang kreatif dan mempelbagaikan kemahiran sedia ada untuk menarik perhatian murid.

CADANGAN

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat beberapa penyelidikan dan menyenaraikan beberapa cadangan seperti berikut:

1. Membuat bahan bantu mengajar yang lebih kreatif dan mempunyai kelainan dari bahan bantu mengajar yang lain.

2. Melibatkan penglibatan maksimum murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Membuat lawatan sekolah ke tempat-tempat seperti Yayasan Sabah.

4. Meneroka internet untuk mencari gambar bangunan mega dan menyediakan slide yang menarik untuk dipaparkan kepada murid.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru, saya sedar perbezaan pencapaian murid di kawasan bandar dan murid yang berada di kampung. Oleh yang demikian, sebagai agen pembangunan, saya menyahut cabaran untuk menjadikan murid kampung tidak jauh ketinggalan dari murid lain. Oleh yang demikian, saya berusaha memberikan bahan pengajaran kepada murid supaya mereka mengetahui bangunan mega.

Page 183: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

174

Selain daripada itu, saya pastikan bahawa bukan sahaja guru yang dapat memberikan murid pengajaran dan pembelajaran malah ibubapa dan masyarakat juga berperanan untuk memberikan mereka pengetahuan baru. Contohnya semasa menonton televisyen bersama keluarga, apabila bangunan mega kebanggaan negara dipaparkan, mereka akan diberitahu.

KESIMPULAN

Saya rumuskan bahawa murid perlu diberikan perhatian untuk dididik pelbagai pembelajaran dan pelbagai pendekatan perlu dilakukan supaya mereka tidak jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang tinggal di bandar.

Page 184: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

175

Kurang Kemahiran Motor Halus

Oleh

NURIAH BINTI MADPIASIN TABIKA KEMAS Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat HJH DAYANG MAYANG BINTI HJ AWANG ABAS

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan ISU

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran, murid-murid kurang kemahiran motor halus. Hal ini saya akui kerana sekarang ini masih terlalu awal dan masih lagi di awal tahun.Apabila saya melakukan aktiviti kreativiti dan estetika seperti menulis,menggunakan gunting dalam aktiviti menampal,murid-murid masih lagi tidak tahu menggunakan gunting dengan cara yang betul. Murid-murid tidak biasa memegang gunting. Dalam aktiviti mengoyak pula, murid masih lagi tidak pandai mengoyakkan kertas dengan baik. Begitu juga dengan dengan aktiviti menguntai manik.Mereka masih lagi tidak begitu cekap.

ANALISIS ISU

Masalah ini berlaku disebabkan kerana murid masih lagi berada pada awal tahun. Namun terdapat juga murid 6 tahun yang sudah menguasai kemahiran motor halus ini iaitu murid yang sudah pernah bersekolah selama dua tahun di sekolah ini. Tetapi murid yang baru bersekolah pada tahun ini adalah murid yang bermasalah dengan penguasaan motor halus ini. Namun terdapat juga murid yang dua tahun bersekolah masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran motor halus contohnya memegang pensil dan mengunting kertas dengan baik.

Setelah saya memerhati dan membuat ujian kepada murid-murid saya, didapati terdapat beberapa murid 6 tahun saya yang mempunyai masalah pembelajaran. Murid ini bermasalah dalam pembelajaran yang tidak pandai menulis dengan baik dan kemas dan memegang gunting dengan baik Berbanding dengan murid-murid yang saya yang lain sudah masuk enam bulan mereka berada di sekolah. Setelah saya membuat kajian mereka langsung tidak pandai menulis. Ini sekaligus membawa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas. Bukan itu sahaja, malah murid-murid ini akan ketinggalan dalam proses

Page 185: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

176

pengajaran dalam kelas. Mereka ini akan mengalami masalah untuk melakukan segala aktiviti yang di berikan oleh guru. Selalunya, lembaran kerja yang saya berikan tidak pernah siap dan saya pernah dapati murid-murid ini pernah meminta kawannya menuliskan dan menyiapkan kerja mereka. Saya mengetahui murid ini bermasalah apabila saya membuat pemerhatian, melalui rekod-rekod perkembangan. Saya juga membuat ujian kepada kepada murid-murid saya dan mendapati murid ini memang bermasalah dalam penulisan dan dalam semua aktiviti kreativiti yang menggunakan gunting. Hal ini memberi kesan kepada saya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Hal ini mendorong saya untuk melakukan kajian tindakan ke atas masalah ini.

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ini saya akan memberikan murid latihan dengan menjalankan aktiviti yang banyak menggunakan kemahiran motor halus. Dengan ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kemahiran motor halus mereka dari semasa ke semasa.

Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.

Pemerhatian saya mendapati mereka sering menggenggam keseluruhan penselnya. Teknik memegang pensel secara menggenggam ini menyebabkan akan merasa sakit pada jarinya. Selain itu, mereka juga akan mengalami kesukaran untuk

Page 186: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

177

mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf yang kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.

Di samping itu, saya mendapati ada di antara mereka yang suka menggunakan pensel yang amat pendek menyebabkan mereka selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009), penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak selesa semasa menulis.

Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. . Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.

TINDAKAN SUSULAN

Bagi mencapai objektif kajian ini, saya merancang beberapa aktiviti bimbingan untuk murid-murid ini . Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid prasekolah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta

Page 187: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

178

koordinasi tangan dan mata dilaksanakan dalam kalangan murid dari awal-awal lagi.

Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di atas pasir atau rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan.

Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir dalam aktiviti- aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan untuk kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, atau krayon. Untuk kes ini, saya menggunakan langkah-langkah ini bagi membantu mereka menulis dengan betul.

Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang dijalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada

Page 188: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

179

kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penulisan bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja.

Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada murid. Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel yang betul. Saya kemudian melatih mereka memegang pensel mengikut cara yang telah ditunjuk cara.

Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian, saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.

Langkah yang seterusnya ialah Menulis di atas huruf yang berputus dicetak. Guru telah mengenal pasti huruf-huruf yang selalu mengelirukan murid. Dengan bantuan komputer guru mencetak huruf berkenaan dengan saiz yang besar dan kecil. Murid-murid diminta menggunakan jari telunjuk dan pensil menulis atas huruf berkenaan mengikut arah jam. Cara ini dapat mengukuhkan kemahiran. Ia dibuat secara latih tubi. Murid digalakkan membuat latihan ini di rumah.

Latihan melukis dan mewarna menggunakan gambar-gambar yang menarik salah satu cara yang boleh membantu murid-murid. Murid digalakkan melukis mengikut bentuk gambar tersebut. selain daripada itu membandingkan gambar-gambar tersebut dari segi warna dan coraknya dapat menambahkan imaginasi murid serta memberikan banyak latihan pada saraf tangan.

Langkah yang seterusnya ialah cara duduk. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Guru harus menitiberatkan kedudukan badan semasa mereka menulis. Jangan sandar tepi, tunduk dan meniarap atas meja. Tambahan pula, pastikan cara pegangan pensil ltu betul. Perkara-perkara diatas adalah sangat kecil tetapi lama-kelamaan ia boleh menimbulkan masalah kepada murid semasa aktiviti pembelajaran. Kalau tidak dibetulkan pada permulaan, ia akan dibawa selama-lamanya.

Selain itu, bentuk tulisan dengan menggunakan batu, biji dan kayu. Pastikan bentuk tulisan hendak dihasilkan gunakan batu kecil, biji-biji manik dan lidi supaya menghasilkan bentuk yang betul.

Page 189: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

180

Juga menulis di atas permukaan pasir ataupun tanah Ini adalah satu aktiviti tradisional amat berkesan. Murid menggunakan jari telunjuk semasa menulis bentuk. Jari ditekan dengan kuat semasa menulis supaya murid-murid dapat mendalami bentuknya.

Menconteng secara bebas. Memberikan kebenaran untuk menconteng papan hitam mengikut citarasa murid. Cara ini memberikan kebebasan untuk minda murid –murid menghasilkan banyak bentuk. Guru menerangkan dengan sedikit pengubahsuaian bentuk tersebut boleh dijadikan huruf.

Membentuk corak / Menconteng bentuk. Melukis bentuk bulatan, garisan lurus, garisan melintang. Guru mencantumkan bentuk tersebut supaya menjadi bentuk huruf yang betul.

Sistem tiga garisan. Guru menerangkan fungsi sistem tiga garisan. Menerangkan cara penulisan di atas garisan itu. Latih tubi dijalankan. Guru juga haruslah mengajar murid menulis perkataan dari bawah ke atas. Cara ini menambahkan tumpuan murid pada hasil kerja mereka. Aktiviti ini juga memperlahankan pergerakan tangan dan menambahkan pemerhatian.

Cara yang seterusnya ialah dengan melatih murid memegang dan menggunakan gunting dengan betul. Guru melatih murid dengan melakukan aktiviti menggunting secara bebas dan secara mengikut garisan yang di berikan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai seorang guru prasekolah, saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul, teratur, dan kemas.

Setelah menghadapi masalah ini,barulah saya faham bahawa mengajar bukan sekadar hanya bercakap di hadapan kelas sahaja tetapi teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang digunakan juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar terhadap pembelajaran. Saya juga berpendapat bahawa guru perlu mempunyai idea yang kreatif dan inovatif serta berfikiran kritis dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan gemilang.

Page 190: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

181

Masalah Tidak Boleh Melakukan Operasi Tolak

Oleh

NORHAYATI BINTI TAHIR TABIKA KEMAS Apartment Indah Jaya, Sandakan

NANCY LOO KASON Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ISU

Hari ini saya menguji kebolehan kanak – kanak dalam matapelajaran Matematik iaitu dalam operasi tolak. Matematik termasuk dalam tunjang Sains dan Teknologi merupakan matapelajaran teras yang wajib diajar di pra sekolah. Kebolehan kanak – kanak dalam melakukan operasi tambah tidak banyak mendatangkan masalah kepada saya kerana mereka saya dedahkan lebih kerap untuk melakukan operasi tambah. Tetapi apabila dalam melakukan operasi tolak kanak – kanak menjadi keliru antara membuat penambahan atau penolakan. Hal ini dapat dikesan apabila fasa membuat operasi tambah selesai dan masuk ke fasa operasi tolak. Sebilangan kanak – kanak masih menyelesaikan masalah dengan membuat penambahan sedangkan soalan yang diberikan adalah penolakan atau operasi tolak. Cuma ada beberapa orang yang boleh menyelesaikan masalah dengan betul sambil membilang menggunakan jari.

ANALISIS ISU

Menurut teori behavirios yang menumpukan pada tingkah laku dan pembelajaran sosial. Persekitaran pembelajaran disusun atau dirancang oleh guru. Aktiviti pembelajaran adalah atas inisiatif guru dan objektif pengajaran merangkumi akademik dan kemahiran pra akademik. Ganjaran seperti hadiah atau makanan dan hukuman digunakan bagi membimbing tingkah laku kanak – kanak yang sesuai. Pengulangan diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kanak- kanak perlu diberi banyak latihan sebagai peneguhan.

Masalah yang berlaku di dalam kelas saya adalah disebabkan mungkin cara pengajaran dan pembelajaran yang saya amalkan terlalu cepat. Sedangkan cara penerimaan kanak – kanak tentang pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza setiap orang. Ada yang lambat dan ada yang cepat belajar. Menurut Jean Piaget,

Page 191: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

182

pembelajaran adalah sebagai satu proses yang berasaskan kepada motivasi instrinsik. Beliau juga menerangkan bahawa berfikir sebagai pembinaan melalui tahap – tahap di mana pelajar menjadi bertambah berupaya berfikir dalam kedaan abstrak dan bentuk logik. Menurutnya lagi, pengetahuan diperolehi secara berbeza – beza bergantung kepada tahap perkembangan individu dan jenis pengetahuan yang diperolehi. Berdasarkan Piaget, pengetahuan adalah melalui pengalaman seperti berikut antaranya: -

1. Pembelajaran logik matematik memerlukan tindak balas terhadap objek – objek diikuti oleh pemikiran mental. Menyusun objek-objek mengikut seriasi daripada pendek ke panjang memerlukan pemikiran mengenai hubungan antara objek – objek. Nombor, seriasi dan klasifikasi adalah termasuk dalam pembelajaran logik matematik.

2. Motivasi instrinsik adalah sangat penting untuk pembelajaran dalam program perkembangan. Ia adalah tanggungjawab guru untuk menyediakan bahan – bahan dan aktiviti yang boleh menarik minat kanak – kanak.

3. Pakar – pakar perkembangan percaya bahawa kanak – kanak mahu belajar, malah mereka sentiasa belajar. Kanak – kanak hendaklah membina kefahaman mereka sendiri, kanak – kanak menerima sangat sedikit daripada pengajaran kumpulan.

CADANGAN

Bagi mengatasi masalah ini saya mengajar angka dengan beberapa cara hingga kemahiran itu dapat dicapai. Menggunakan berbagai – bagai jenis bahan dan alat dari media atau sebagainya yang berlainan jenis untuk membantu meneguhkan kemahiran itu. Mungkin boleh menggunakan gambar atau perbuatan yang menggelikan hati kanak – kanak dan mereka akan cepat belajar apabila mereka berasa seronok. Ransangkan kanak – kanak untuk belajar. Saya telah sediakan aktiviti yang boleh menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan kanak – kanak. Selain daripada itu saya jalankan pengajaran dan pembelajaran secara latih – tubi pada setiap hari sehingga mereka mahir dalam konsep nombor terutama dalam operasi tolak.

Page 192: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

183

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan prihatin saya merasa bimbang dengan pencapaian kanak – kanak terhadap perkembangan mereka dalam pembelajaran sekiranya mereka belum mahir untuk melakukannya. Saya berhubung dan berbincang dengan ibubapa mereka mengenai permasalahan yang dihadapi oleh anak – anak mereka. Walaupun masalah ini nampak kecil sahaja namun kesannya akan dibawa oleh kanak – kanak sehingga ke peringkat sekolah rendah dan seterusnya.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kebolehan seseorang kanak – kanak dalam melakukan operasi tolak adalah berlaku mengikut tahap pencapaian setiap individu sama ada dia cepat belajar ataupun lambat. Sekiranya seorang kanak – kanak itu lambat dalam proses pembelajaran, kemungkinan besar faktor penyebab adalah tidak mendapat didikan awal ataupun bidang kognitif dalam dirinya agak lemah dan lambat menerima proses pembelajaran. Guru di peringkat prasekolah haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan setiap individu kanak – kanak seawal usia 4 hingga 6 tahun mendapat proses pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya sebagai bekalan yang terbaik untuk menempuh alam persekolahan yang sebenar.

Page 193: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

184

Murid Kurang Tumpuan

Oleh

HAINI BINTI HJ. MAIDIN TABIKA IXORA KEMAS Kg. Putaton, Penampang

CHAN HOU FOCK Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Saya mengajar di Tabika Ixora KEMAS Kg.Putaton Penampang. Tabika saya boleh dikategorikan berada didalam kawasan luar Bandar. Tabika ini terletak 15 km dari Bandar kota kinabalu. Kebanyakan murid-murid di sini adalah berasal dari keluarga yang berkerja sendiri dan pekebun getah. Namun, terdapat juga ada segelintir yang berkerjaya yang berpendapatan tetap seperti pekerja bank dan guru.

Tahun ini adalah tahun terakhir saya menghabiskan minggu praktikum yang dijalankan selama 14 minggu. Pada minggu keempat praktikum, saya telah diselia oleh pensyarah pembimbing saya iaitu En.Chan Hou Fock, dalam minggu tersebut saya telah mengajar tema “haiwan Jinak”. Saya dapat mengesan seorang murid yang kurang memberikan tumpuan semasa saya mengajar. Di dalam kelas saya mempunyai 20 orang murid, dalam ramai-ramai murid ini terdapat seorang murid yang kurang memberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan. Alat Bahan mengajar saya pada waktu tersebut adalah computer, saya telah mengakses internet untuk mencari gambar-gambar ataupun imej “haiwan jinak”. Saya juga meminta murid-murid untuk mengakses sendiri gambar haiwan yang mereka suka dengan bimbingan guru. Tetapi daripada semua murid yang melibatkan diri hanya seorang murid saya yang tidak melibatkan diri untuk mencuba alat tetikus untuk mengakses computer. Malahan murid ini selalu mengacau rakannya yang sedang seronok mengakses computer untuk mencari gambar haiwan-haiwan jinak. Walaupun pada mulanya murid-murid saya tidak mahu mencuba untuk memegang tetikus, lama-kelamaan semua murid dapat merasa cara-cara belajar menggunakan tetikus dan cara tersebut membuatkan mereka seronok untuk mencari gambar. Hanya seorang murid yang tidak turut sama melibatkan diri dalam aktiviti mengakses computer.

Page 194: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

185

Menurut Jean Piaget (1896-1980) menegaskan bahawa; “Pengetahuan dicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan social”.

Murid tersebut, sering menggangu rakan yang lain ketika rakan lain sedang asyik melakukan kerja. Murid tersebut sentiasa mengambil perhatian untuk membawa murid-murid yang lain untuk terlibat sama dalam aktiviti yang lain. Murid tersebut langsung tidak pandai duduk diam, mengusik rakan, memanggil-manggil murid yang lain. Saya mendapati murid ini sebenarnya seorang yang pandai namun disebabkaan oleh kerana sikapnya yang suka menganggu rakan menyebabkan dirinya selalu disisih oleh rakan-rakan. Menurut J.B Watson ( 1878-1958 ), manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Saya dapati murid ini takut untuk mencuba sesuatu kerana takut salah.

ANALISIS ISU

Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and Lampert(1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah. Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesui agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran aktiviti yang produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Melalui pemerhatian saya, murid ini seorang yang baik dan bijak. Saya mengetahui hal tersebut apabila saya menjaga murid ini semasa melakukan aktiviti menulis kerana masalah lambat menyiapkan kerja, murid ini boleh menulis dengan cantik. Saya terfikir, apakah yang menyebabkan murid ini mengalami masalah seperti itu.

Persoalan saya melibatkan:

1. Mengapa murid ini bersikap sedemikian?

2. Apakah faktor yang menyebabkan berlaku sedemikian?

3. Adakah keadaan yang sama berlaku di rumah?

4. Apakah yang saya lakukan untuk membantu murid ini?

Setelah melihat biodata murid ini serta temubual dengan ayahnya, saya mendapati bahawa murid ini :

Page 195: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

186

1. Murid ini merupakan anak bungso kepada pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga.

2. Murid ini mempunyai abang dan kakak yang jauh perbezaan jarak umur antara mereka abang dan kakaknya berumur 21 dan 17 tahun.

3. Murid ini terlalu dimanjakan oleh ibu dan bapanya. Apa sahaja yang murid ini minta akan ditunaikan oleh ibubapanya.

4. Sikap seperti menganggu rakan juga terjadi di rumah seperti menganggu ibubapanya membuat kerja.

5. Mungkin saya perlu memberikan pendekatan yang berbeza dengan murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti denda, sisih dan beri penghargaan.

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah murid ini, saya telah menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan boleh membantu menyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah ini. Antaranya adalah seperti;

1. Memberikan peneguhan yang positif kepada murid sekiranya dia berkelakuan baik dan tidak menganggu rakan-rakan yang lain.

2. Mengadakan teknik pengajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang menarik.

3. Guru juga sering memberi peluang kepada murid ini menjadi ketua dalam menjalankan aktiviti berkumpulan.

4. Pembantu murid juga, sering meminta pertolongan kepada murid ini menyusun kasut di luar kelas dan membantunya untuk terlibat sama menghidangkan makanan kepada rakan.

5. Murid-murid lain diminta membantunya dalam masalah pembelajaran.

6. Menasihatkan dan menegur mereka sekiranya berkelakuan tidak sopan apabila ada tetamu yang datang.

Untuk menangani masalah ini, saya mengambil langkah positif berbanding menggunakan denda atau hukuman. Perubahan dan galakan melalui tingkah laku positif ini amat berkesan untuk pengukuhan positif bagi kebanyakan kanak-kanak dan secara

Page 196: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

187

langsung bagi memotivasikan kanak-kanak dalam melaksanakan tugas pendidikan.

TINDAKAN SUSULAN

Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini saya akan mengambil langkah dengan memerhati kanak-kanak yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka di rumah adakah sama semasa di sekolah. Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.. Sebagai seorang guru yang prihatin juga, Saya mahu memastikan murid ini berubah di sekolah mahupun di rumah supaya dirinya tidak lagi menganggu murid lain dan keluarganya. Saya sedar, saya perlu memberikan tumpuan yang lebih berbanding dengan murid lain. H.v Perkins (1974) menyatakan konsep diri terdiri daripada persepsi kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu terhadap diri-sendiri.

KESIMPULAN

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, ia dapat diatasi sekiranya guru mempunyai sikap yang tegas terhadap kanak-kanak supaya mereka dapat menghormati sesama rakan yang hadir dan belajar ke tabika. Saya rumuskan bahawa, murid ini perlukan tumpuan yang lebih di sekolah kerana dia sudah terbiasa diberikan tumpuan di rumah. Ibubapa dan rakan perlu berkerjasama membantu murid ini mengubah tingkah-lakunya. Selain itu, guru perlu sentiasa memerhati setiap tingkah laku anak muridnya dan memahami kerenah kanak-kanak di sekolah. Seseorang guru juga perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

Page 197: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

188

Murid Tiada Alat Tulis

Oleh

HAINI BINTI HJ.MAIDIN TABIKA IXORA KEMAS Kg. Putaton, Penampang

CHAN HOU FOCK Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Saya mengajar di Tabika Ixora KEMAS Kg.Putaton Penampang. Tabika saya boleh dikategorikan berada didalam kawasan luar Bandar. Tabika ini terletak 15 km dari Bandar kota kinabalu. Kebanyakan murid-murid di sini adalah berasal dari keluarga yang berkerja sendiri dan pekebun getah. Namun, terdapat juga ada segelintir yang berkerjaya yang berpendapatan tetap seperti pekerja bank dan guru.

Saya mula ditempatkan di kampong ini bermula pada tahun 2003 sepanjang tempoh pengajaran saya disini masalah yang ketara dan selalu timbul ialah masalah murid tidak membawa alat tulis. Seperti tahun-tahun sebelum ini masalah yang selalu timbul disebabkan kebanyakan murid-murid tidak membawa alat tulis yang lengkap. Contohnya pensil, pemadam, pensil warna, pembaris dan pengasah. Ini menyebabkan saya sukar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Biasanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan didalam kelas biasanya memerlukan alatan warna yang lengkap, kerana pada kebiasaannya aktiviti menggunakan lembaran kerja sering digunapakai.

Sepanjang tempoh praktikum saya dapati banyak murid yang tidak membawa alat tulis. Sebenarnya sebagai ibubapa mahupun guru adalah penting bagi anak-anak mereka mahupun murid prasekolah untuk menyediakan alat kelengkapan sekolah terutama untuk kanak-kanak prasekolah.

Menurut Jean Piaget (1896-1980) menegaskan bahawa: “ Pengetahuandicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan social “.

Page 198: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

189

Pada ketika ini, kanak-kanak dikatakan membentuk suatu sistem yang teratur semasa berinteraksi dengan persekitarnya. Daripada pernyatan ini, bolehlah dikaitkan bahawa keperluan alat tulis yang lengkap merupakan suatu media untuk kanak-kanak memperoleh pengetahuan dimana ianya berinteraksi dengan persekitarannya.

Namun begitu, saya juga memahami bahawa dalam hal ini ianya memerlukan kerjasama daripada pihak ibubapa. Oleh itu, saya perlu menjelaskan kepada para ibubapa bahawa penyediaan alat tulis yang lengkap adalah penting untuk anak-anak mereka.

ANALISIS ISU

Untuk menangani masalah ini, saya telah menyiasat latar belakang keluarga mereka dengan lebih terperinci dan bertanyakan tentang sistem pembelajaran yang dijalankan sebelum ini. Antara soalan yang menjadi persoalan saya ialah:

1. Adakah mereka tidak mengambil peduli tentang hal kebajikan anak mereka?

2. Mungkin mereka beranggapan bahawa vpihak sekolah ada menyediakan alat tulis yang lengkap untuk anak mereka?

3. Adakah ibubapa mereka mengambil berat soal pelajaran anak mereka?

Menurut Imam Al-Ghazali, beliau menegaskan bahawa kanak-kanak tidak bersalah dengan fikiran, hati dan jiwa mereka adalah kosong. Kanak-kanak mudah dibentuk mengikut apa sahaja yang ibubapa corakkan. Oleh itu, dalam hal ini para ibubapa memainkan peranan penting untuk memberi kerjasama kepada guru supaya keperluan penidikan yang sempurna untuk kanak-kanak ini dapat dicapai.

Daripada tinjauan dan soal selidik yang jalankan, saya dapati:

1. Hanya segelintir murid sahaja yang sentiasa membawa alat tulis yang lengkap.

2. Pihak sekolah pernah menyediakan alat tulis lengkap kepada murid-murid namun alat tersebut hilang selepas aktiviti keas.

Saya cuba menganalisis anadaian saya mengenai masalah ini. Pada dasarnya, murid-murid tidak mengetahui tentang kepentingan alat tulis kepada mereka walaupun hari-hari digunakan. Malahan

Page 199: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

190

mereka tidak segan silu untuk meminjam alat tulis rakan lain kerana bagi mereka ianya sudah menjadi kebiasaan mereka.

Jika di renung kembali, penyediaan alat tulis adalah tanggungjawab ibubapa kanak-kanak itu sendiri. Mereka sepatutnya wajib menyediakan peralatan tersebut walau apa cara sekalipun. Namun saya perhatikan kebanyakan ibubapa memngambil sikap sambil lewa dalam penyediaan kelengkapan untuk anak mereka. Tidak dinafikan juga, keadaan ini berlaku kerana mereka tidak mampu menyediakan peralatan tersebut.

Selain itu, sebagai pihak sekolah yang sentiasa menjaga kebajikan murid tidak pernah lepas tangan dalam menangani masalah ini. Selaku guru saya sentiasa menyediakan dan meminjamkan alat kelengakapan untuk mereka supaya tidak ketinggalan dalam p&p. Tetapi malangnya, pensil-pensil tersebut tidak dipulangkan selepas sesi persekolahan berakhir. Oleh itu, saya terpaksa menghadkan penggunaaan alat tulis tersebut. Saya perlu memikirkan bagaimana untuk menggalakkan murid-murid supaya sentiasa memiliki alat tulis mereka sendiri.

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ini , saya telah menyenaraikan beberapa usaha yang boleh membantu dalam meyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah ini. Anataranya adalah seperti:

1. Guru menunjukkan contoh yang baik dengan cara memuji murid-murid yang sentiasa membuat kerja dengan baik kerana mempunyai ala kelengkapan menulis.

2. Tanamkan sikap bertanggungjawab di atas harta benda sekolah. Tegaskan bahawa setiap barang yang dipinjam harus dipulangkan semula.

3. Mengajar mereka menghormati dan menghargai alat tulis yang disedikan.

Untuk menangani masalah ini, saya mengambil langkah positif berbanding menggunakan pendekatan denda atau hukuman. Ini memandangkan tahap umur yang tidak sesuai untuk pendekatan tersebut. Hal ini disokong oleh ahli falsafah, John Locke (1632-1704) menegaskan pada pendekatan positif dan mendisiplinkan kanak-kanak;

Page 200: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

191

“ memukul mereka atau mengenakan hukuman tertentu tidak sesuai digunakan dalam pendididkan bagi sesiapa yang bijak, baik dan mahir, seharusnya ia kurang digunakan kecuali pada keadaan tertentu seperti kes yang lebih ekstrim.”

Perubahan dan galakan melalui tingkah laku yang positif ini amat berkesan untuk pengukuhan yang positif

TINDAKAN SUSULAN

Melalui kesedaran ini juga, saya telah melihat pelbagai perubahan positif dalam diri murid-murid. Sebagai contoh, mereka tidak lagi meminjam alat tulis dari rakan-rakan sebaliknya masing-masing membawa perlatan tulis sendiri. Ini memudahkan lagi semasa sesi p&p dijalankan. Mereka juga tidak lagi berebut-rebut untuk meminjam alat tulis yang disediakan oleh guru sebaliknya masing-masing sudah menggunakan pensil warna sendiri.

Namun ada juga segelintir yang masih tidak memiliki alat tulis yang sempurna, tetapi mereka juga telah menunjukkan daya usaha pembelajaran yang baik malah sikap suka meminjam barang rakan lain juga dapat dikurangkan. Murid yang selalu meminjam alat tulis rakan lain sekarang tidak lagi menimbulkan masalah kerana sudah memiliki set tulis sendiri.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan, pendekatan psikologi dalam memotivasikan murid-murid adalah suatu cara yang baik dalam menangani masalah ini. Malah sokongan daripada pelbagai ahli pakar dan teori akan meneguhkan lagi kepentingannya.

Sebagai contoh, Teori Interaktionis menegaskan bahawa kedua-dua factor persekitaran dan semula jadi saling membantu dalam mempengaruhi perkembangan manusia. Teori ini memberi perhatian pada persekitaran emosi bagi membantu perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Daripada kenyataan di atas sahaja, telah membuktikan faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, bimbingan dan galakan daripada orang sekeliling sama ada ibu bapa, keluarga dan guru banyak membantu proses pembelajaran kanak-kanak supaya menjadi lebih sempurna.

Page 201: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

192

Murid Suka Membuat Bising

Oleh

NORAH BINTI BATING TABIKA KEMAS Jeragan Bistari (F)

JULIANA DUMPIL Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Saya mengajar di Tabika KEMAS Jeragan Bistari ( F ), pada minggu kedua praktikum ini saya mengalami masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Ini termasuklah semasa sesi perbualan pagi, semasa melakukan aktiviti dan semasa sesi penerangan. Saya mempunyai 26 orang anak murid di mana semuanya aktif dan berminat dengan pelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang suka bercakap semasa saya memberi penerangan dan semasa membuat kerja. Contohnya semasa sesi penerangan, murid-murid suka bercakap bersama rakan-rakan sehingga adakalanya saya berasa kurang sabar dan berasa kurang selesa semasa memberi penerangan lalu menegur mereka, tetapi hanya seketika sahaja. Pada kebiasaannya mereka akan lebih banyak bercakap selepas cuti dua hari, iaitu hari sabtu dan ahad. Oleh itu, apabila hari isnin, mereka ada banyak cerita untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di Tabika. Malah terdapat juga murid yang tidak sabar untuk bercakap semasa sesi penerangan. Contohnya semasa saya memberi penerangan mereka tidak sabar untuk bercakap dan menyebabkan saya kehilangan idea untuk bercakap dan sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat segelintir murid saya sering bercakap dari sesi awal pagi sehinggalah waktu hendak pulang mereka masih lagi bercakap tidak habis-habis. Ada kalanya ia menguji tahap kesabaran saya. Jika mereka sering dan banyak bercakap tidak berhenti-henti mereka akan kehilangan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Itu yang menyebabkan kerisauan timbul dalam diri saya. Pelbagai cara telah saya lakukan namun ianya hanya sementara sahaja.

Page 202: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

193

ANALISIS ISU

Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa orang murid saya ini, menyebabkan saya terpaksa menyiasat tentang masalah yang dihadapi oleh mereka yang suka bercakap tidak henti-henti. Saya menganalisis ke atas beberapa orang murid saya yang suka becakap, di mana saya telah mendapati bahawa mereka sebenarnya ingin memberontak kerana ibu dan bapa mereka sangat sibuk bekerja dan dijaga oleh pembantu rumah sahaja. Pada saya hal inilah yang menyebabkan mereka suka membuat bising semasa di dalam kelas. Ini adalah kerana mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari ibubapa mereka. Mereka ingin bercerita, tetapi tiada siapa yang sudi mendengar, lalu mereka melepaskan perasaan di Tabika dengan bercerita dan bercakap apa sahaja dengan rakan-rakan.

CADANGAN

Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :

- Menukar tempat duduk murid yang suka membuat bising ke hadapan atau dari tempat murid yang suka berbual.

- Menjadikan mereka sebagai model di hadapan supaya mereka rasa dihargai ataupun akan berasa malu kerana sikap mereka yang suka bercakap.

- Memberi mereka peneguhan yang positif kepada dirinya, sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.

- Memberikan mereka dendaan sebagai peringatan supaya mereka tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.

- Pengasingan. Denda mereka berdiri pada satu sudut dan nyatakan mengapa mereka dikenakan pengasingan.

- Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai serta mengadakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat mereka.

TINDAKAN SUSULAN

Masalah yang dihadapi ada kaitan dengan masalah pengurusan diri. Murid-murid yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini saya akan

Page 203: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

194

mengambil langkah dengan memerhati murid yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka di rumah adakah sama semasa di Tabika. Dari pemerhatian yang saya lakukan, didapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Murid seperti ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta ingin disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya. Seseorang guru perlu mempunyai sikap penyayang dan sabar untuk menghadapi kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya saya sebagai seorang guru perlu bertanggungjawab bukan sahaja ke atas pencapaian akademik murid-murid saya, tetapi juga terhadap pembentukan sahsiah murid-murid. Menurut Fields dan Boesser (1994) telah menghuraikan beberapa keperluan tingkah laku bermasalah sekiranya tidak dipenuhi, tingkah laku seseorang itu boleh diubah melalui pendekatan-pendekatan yang sesuai.

Bagi saya adalah penting seseorang guru itu menggunakan kebijaksanaannya untuk membantu seseorang murid itu mengubah tingkah lakunya yang negatif, seterusnya guru perlu sentiasa membuat kajian terhadap murid-murid agar murid-murid yang bermasalah dapat dibantu memperkembangkan potensinya dalam semua aspek JERIS iaitu Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Seorang guru perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi kerenah murid-murid yang pelbagai ragam dan perangai.

Page 204: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

195

Pertuturan Kanak-Kanak Yang Pelat

Oleh

OSON JAN BINTI KHANI ZAMAN TBK KEMAS Rancangan Silabukan Pkt 4, Lahad Datu

JULIANA DUMPIL Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Dalam minggu ini ( 30 hb hingga 03 Ogos 2012 ) adalah merupakan minggu keenam saya menjalani Praktikum. Dan terdapat masalah pembelajaran yang berlaku dikalangan murid-murid saya iaitu mengalami pertuturan yang pelat seramai 3 orang iaitu seorang murid lelaki dan 2 orang perempuan. Masalah pertuturan yang pelat ini telah memberi kesukaran kepada saya untuk memahami kehendak mereka ketika dalam P & P. Saya dapati masalah pertuturan yang berlaku dikalangan 3 orang murid ini berlaku semenjak daripada rumah lagi sehinggalah awal persekolahan mereka.

ANALISIS ISU

Hasil pemerhatian saya setiap P & P dijalankan dikelas, perkara ini berpunca daripada cara pendidikan dan pendedahan yang mereka perolehi dari rumah mereka sendiri iaitu mereka tidak didedahkan dengan pertuturan yang betul dan baik oleh ibu bapa mereka dan ahli keluarga yang lain, yang hanya membiarkan perkara tersebut terus berlaku dikalangan anak-anak mereka sehinggalah anak mereka bersekolah ditempat saya bertugas. Apabila anak mereka tidak bercakap dengan betul, ibu bapa ini tidak segera membetulkan apa yang dipertuturkan oleh anak mereka sehinggalah berumur 5 dan 6 tahun dan anak-anak ini telah terbiasa bercakap dengan pertuturan yang pelat. Ini dapat diperkukuhkan lagi dengan pendapat tokoh pendidikan iaitu Albert Bandura dalam teori peniruannya iaitu proses pembelajaran kanak-kanak daripada orang dewasa. Saya amat bersimpati dan perihatin kepada murid-murid yang bermasalah pertuturan ini didalam situasi yang berlaku, sungguhpun rakan-rakan mereka yang lain boleh bertutur dengan cara yang betul dan baik.

Page 205: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

196

CADANGAN

Sebagai seorang Pembimbing dan Pemudahcara dalam P & P, saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memberikan tumpuan dan tunjuk ajar kepada murid-murid yang bermasalah pertuturan pelat ini, agar ia dapat membetulkan serba sedikit tentang pertuturan mereka kepada yang lebih baik. Untuk murid-murid ini, saya akan meminta mereka untuk menggunakan peralatan Bracation yang telah sedia ada di prasekolah untuk digunakan setiap hari, agar udara yang segar dapat memasuki ronga-ronga pernafasan mereka, kerana teknik ini adalah merupakan salah satu cara untuk memperbaiki pertuturan mereka yang pelat tersebut kepada yang lebih baik jika diamalkan setiap. Dan mengikut Model Pembelajaran Bandura, murid-murid akan mudah mengikut pertuturan orang dewasa.

SEBUTAN DEWASA

SEBUTAN MURID

naci naci

ikang ikang

pegi pegi

gambal gambal

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh sebulan atau lebih, kerana saya akan sentiasa memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada murid-murid yang mempunyai masalah pertuturan yang pelat ini, kerana murid-murid ini amat memerlukan bimbingan dan semangat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sungguhpun kadangkala pertuturan mereka itu menjadi bahan ketawa rakan-rakan mereka sendiri. Untuk murid-murid yang bermasalah pertuturan ini, saya akan perbetulkan sebutan mereka dengan cara yang baik.

Saya juga akan meminta ibu bapa mereka, untuk mengajar mereka bertutur dengan cara yang betul apabila berada dirumah dan dengan cara ini mereka akan dapat memperbaiki serba sedikit masalah pertuturan anak-anak mereka dan saya juga memanggil ke Sekolah ibu bapa mereka untuk berbincang tentang perkara tersebut dan ibu bapa murid-murid ini dapat memberikan sokongan dan kerjasama terhadap pihak Sekolah bagi mengatasi masalah yang berlaku ini, kerana bagi mereka ini adalah untuk kepentingan anak-anak mereka juga.

Page 206: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

197

TINDAKAN SUSULAN

Selain daripada itu juga, dalam nyanyian boleh digunakan seperti lagu ‘Bakut-bakut tumit ta’ untuk pemintal lidah yang telah diajarkan kepada saya semasa diIPGM oleh Pensyarah Pembimbing iaitu Puan Nancy Kason dan saya telah aplikasikan kepada murid-murid pra sekolah ini. Dan ini terbukti juga oleh Model Maria Montessori dimana ia mengatakan bahawa perlunya pelbagai alat bantu bagi memberi pemudahcaraan untuk murid-murid ini memperolehi ilmu dengan lebih berkesan. Untuk murid-murid yang bermasalah pertuturan ini,saya akan memberi tumpuan dan bimbingan yang sepenuhnya dalam menuturkan kata-kata yang betul dan teratur. Saya juga akan meminta ibu bapa mereka untuk meluangkan sedikit masa bagi memberi tunjuk ajar mengenai sebutan yang betul semasa berada dirumah. Semoga dengan cara-cara ini dapat memperbaiki serba sedikit pertuturan mereka kepada yang lebih baik dan boleh menyanyikannya kerap kali semasa berada di rumah mereka sendiri.

SENIKATA LAGU

Bakut tumit-tumit ta

Bakut tumit-tumit ta

Bakut tumit-tumit ta ta…

Tu tu wa ta

Tu tu wa ta ta

Tu tu wa ta

Tu tu wa ta ta…

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sebagai seorang guru Pra Sekolah kita perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya dengan mengambil tahu tentang perkembangan pembelajaran mereka,agar mereka lebih bersemangat untuk mengikuti P & P yang telah dirancang serta mereka dapat mencapai matlamat dalam aspek Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosio.

Page 207: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

198

Untuk murid-murid yang bermasalah pertuturan ini,saya akan memberi tumpuan dan bimbingan yang sepenuhnya dalam menuturkan kata-kata yang betul dan teratur.Saya juga akan meminta ibu bapa mereka untuk meluangkan sedikit masa,bagi memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka mengenai sebutan yang betul semasa berada di rumah.

Page 208: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

199

Lemah Dalam Mengenal Huruf

Oleh

OSON JAN BINTI KHANI ZAMAN TBK KEMAS Rancangan Silabukan Pkt 4, Lahad Datu

JULIANA DUMPIL Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu kelapan ( 13hb Ogos hingga 17 Ogos ) saya menjalani Praktikum, saya dapati masalah di kalangan murid-murid seramai 5 orang yang berumur 6 tahun iaitu mereka masih lemah dalam mengenal huruf kecil dan besar tetapi dapat menyebutnya, berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Keadaan ini memberi kesukaran kepada saya untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran saya di kelas. Murid-murid yang bermasalah ini, hanya dapat mengenali beberapa huruf kecil dan besar sahaja. ANALISIS ISU

Mengikut pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati bahawa masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah berpunca daripada diri murid itu sendiri iaitu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa saya mengajar dan hanya menghafal saja huruf-huruf tersebut. Mereka hanya mengambil mudah sahaja tentang perlunya belajar mengenal huruf kecil dan besar serta kurangnya sokongan dan pendedahan daripada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri semasa berada di rumah. Ini kerana, murid-murid ini amat memerlukan dorongan dan penghargaan untuk mereka belajar dalam apa jua bentuk pembelajaran. Semasa saya mengajar Tunjang Komunikasi iaitu Bahasa Malaysia untuk mengenali huruf kecil dan besar kepada semua murid-murid yang ada di kelas, saya telah gunakan pelbagai teknik dan strategi seperti berpusatkan guru, murid dan alat bantu mengajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti gambar-gambar dan sebagainya adalah amat digalakkan seperti dalam Model Maria Montessori yang amat mementingkan proses sentuhan dan saya memberikan murid-murid yang lemah ini dengan memberi sentuhan sendiri alat bahan seperti kad-kad huruf, gambar dan sebagainya. Dan juga menurut model Behaviorisme iaitu proses pengulangan

Page 209: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

200

memerlukan pengalaman, kegiatan dan peralatan yang boleh dihidu, sentuh, rasa dan mendengar untuk tujuan memberikan keselesaan dan menimbulkan keseronokan kepada murid-murid

CADANGAN

Selain daripada saya juga telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan murid-murid yang bermasalah ini dapat menguasai huruf kecil dan besar :

i) Melakar huruf kecil dan besar di atas pasir ii) Membentuk huruf dengan menggunakan doh iii) Memberi tumpuan sepenuhnya kepada murid-murid

yang lemah ini semasa sesi p & p dijalankan iv) Meminta mereka menyebut huruf kecil dulu dan

seterusnya huruf besar pada hari berikutnya dengan satu persatu

v) Bermain dengan kad-kad huruf kecil dan besar dengan menyebutnya sambil menyusunnya dengan cara yang betul mengikut susunannya

vi) Menyusun puzzle yang terdapat huruf kecil dan besar vii) Meminta murid-murid menyebut huruf kecil sambil

menulisnya dipapan tulis viii) Menyanyi lagu huruf.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh tiga minggu atau lebih. Saya akan sentiasa memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada murid-murid yang lemah dalam menguasai huruf kecil dan besar. Saya akan membuat catatan tentang perkembangan murid-murid dari masa ke semasa, agar saya dapat menggunakan pendekatan yang lain pula dalam memberikan didikan dan bimbingan kepada murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran ini.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru Prasekolah ,saya akan sentiasa berusaha dengan gigih dan sabar untuk mengatasi masalah yang dihadapi ini dengan memberikan dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar kepada murid-murid yang lemah dalam menguasai huruf kecil dan besar ini dengan baik dan berkesan. Dalam sesi P & P yang saya akan jalankan nanti, saya akan memberikan suntikan motivasi untuk memberi semangat kepada murid-murid ini untuk terus belajar. Saya juga akan meminta murid-murid ini untuk sentiasa

Page 210: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

201

tampil ke hadapan, sekiranya belajar dalam mata pelajaran yang berkenaan. Saya akan mempelbagaikan aktivit yang berkaitan ini kepada murid-murid yang bermasalah ini, agar mereka dapat menguasai huruf kecil dan besar kelak.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa sebagai seorang guru hendaklah perlu bertanggungjawab bukan sahaja ke atas sahsiah murid-murid tersebut, tetapi juga terhadap pencapaian akademik murid-murid tersebut dalam mata pelajaran Bahasa. Menurut Teori Tingkah Laku, tingkah laku seseorang itu boleh diubah melalui pendekatan-pendekatan yang sesuai dan ia adalah bergantung kepada inisiatif guru tersebut agar semua proses P & P dapat berjalan dengan baik dan berkesan.

Page 211: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

202

BAHAGIAN C

PENGURUSAN MASA DAN AKTIVITI

“ Murid akan belajar apabila mereka mempraktikkan perkara yang diajar dan apabila mereka mempunyai kemahiran berfikir yang baik. Oleh itu masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran itu berlaku

akan menentukan kualiti pembelajaran”

(Doyle, 1983)

Page 212: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

203

Pengurusan Masa Yang Tidak Tepat

Oleh

JUNIA BINTI DOLLAH TABIKA KEMAS Kg. Karakit, Banggi

HAJAH DAYANG MAYANG BINTI HAJI AWANG ABAS Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu ini, permasalahan yang saya hadapi sepanjang lima hari mengajar ialah masalah pengurusan masa yang kurang tepat sebagaimana yang saya sudah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif yang saya inginkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari yang berikutnya. ANALISIS ISU Setelah menganalisis permasalahan ini, saya dapati masalah ini timbul disebabkan aktiviti yang melibatkan murid membuat lembaran kerja. Ada segelintir murid yang agak lambat menyiapkan tugasan yang diberi kepada mereka. Saya juga dapati ada juga murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang saya berikan dengan baik. Murid-murid tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kemungkinan masaalah ini ujud disebabkan tahap umur dan perkembangan murid-murid tidak sama , disebabkan kelas yang saya ajar ini terdapat murid-murid yang berumur 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Tahap perkembangan kognitif mereka berbeza. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk menyesuaikan pengurusan murid dan melibatkan masa.

Selain itu saya dapati kehadiran ibubapa untuk membayar sumbangan semasa saya sedang mengajar juga menimbulkan masalah pengurusan masa. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tertunda. Saya akan menyambung semula mengajar apabila urusan ibubapa selasai. Secara langsung objektif yang saya hendak capai pada masa itu tidak dapat di capai. Seperti yang saya sedia maklum, sekejap sahaja guru tiada, mulalah anak murid saya tidak melaksanakan tugasan yang diberi. Ini juga yang

Page 213: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

204

menyebabkan hasil kerja mereka tidak kemas ekoran tiada bimbingan dari cikgu terutamya murid berumur 4 tahun dan 5 tahun. CADANGAN Saya sepatutnya membaca banyak buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu tertentu terutamanya pada hari ibubapa membayar sumbangan anak-anak mereka. Supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dengan masa yang dirancang. Bagi memastikan aktiviti yang melibatkan lembaran kerja tidak melebihi masa yang di tetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan anak murid saya tentang masa yang ada, kerana masa itu adalah penting bagi semua orang, supaya masa yan ditetepkan tidak melebihi. Saya akan cuba mendapatkan bimbingan dan naihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. TINDAKAN SUSULAN Semasa menyediakan perancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya ibubapa datang pada bila-bila masa sahaja kesekolah untuk membayar sumbangan anak-anak mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran terganggu, maka saya menyediakan plan B iaitu menyuruh mereka datang ke sekolah untuk berurusan pada setelah selesai sesi pengajaran. Sekiranya ibubapa mematuhi plan B ini akan terlaksana dengan baik, maka pengurusan masa yang tidak tepat dapat diatasi dengan baik. KESIMPULAN Pada dasarnya masalah pengurusan masa yang kurang tepat ini , adalah permasalahan yang perlu diambil berat agar segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar. Amalan seharian merupakan salah satu cara untuk membiasakan diri kita untuk menepati masa. Sekiranya amalan seharian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, maka semuanya berjalan dengan baik. Masa itu adadalah emas. Tepati masa yang telag ditetapkan. Jadilah guru yang sentiasa menepati masa.

Page 214: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

205

Sayangi Alam Sekitar

Oleh

ROSMIE YASIDIN TABIKA KEMAS Kampung Melangkap, Kota Belud

DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu ini, saya menggunakan tema Sayangi Alam Sekitar. Semasa saya mengajar tunjang kemanusiaan dan bercerita tentang kepentingan menjaga alam sekitar, murid tergamam dan kelihatan seolah-olah tidak pernah mengetahui perkara tersebut. Ini menyebabkan saya terfikir bagaimana mengetengahkan topik yang sangat penting ini kepada masyarakat khasnya kepada murid berumur 4-5 tahun ini. Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid ini tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar kerana pada masa ini topok ini merupakan isu global dan inilah masanya saya boleh memberikan sumbangan agar anak murid saya menghargai alam sekitar.

ANALISIS ISU

Setelah saya berfikir tentang pelbagai persoalan, saya dapati murid-murid ini kurang pendedahan tentang penjagaan alam sekitar. Ini kerana murid ini tinggal di kampung yang majoriti penduduknya tinggal di kampung dan berkerja sendiri. Ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan yang luas bagaimana menjaga alam sekitar. Walaupun ada segelintir ibu bapa yang faham tetapi mereka gagal mengaplikasikannya kerana mereka tiada peluang untuk melakukannya.

Saya berasa bahawa masalah murid-murid kurang kesedaran tentang hali ini berpunca dari ibu bapa kerana pendidikan awal yang memberikan kesan kepada murid ini ialah datangnya daripada ibu bapa sendiri.

CADANGAN

Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam

Page 215: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

206

menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)

“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”

Oleh yang demikian saya berpendapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini perlu dilaksanakan. Perkara yang sangat penting ialah mengajar murid tentang kepentingan alam sekitar dengan mempelbagaikan BBM. Ini dapat menarik minat murid untuk memahami dan menyertai aktiviti yang dijalankan oleh guru.

Selain itu, pembacaan buku ilmiah ataupun surat khabar juga penting bagi memberikan pengetahuan apa yang terjadi secara realiti sekiranya kita gagal menjaga alam sekitar. Guru perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan slide dari internet bagi mempamerkan gambar-gambar yang sesuai terutamanya kesan kepada kegagalan menjaga alam sekitar.

Bengkel keibubapaan juga perlu dilaksanakan bagi memberikan peluang murid dan ibubapa dapat melakukan aktiviti bersama-sama dan secara tidak langsung dapat menyampaikan ilmu penjagaan alam sekitar kepada ibubapa murid ini.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru, kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan seronok serta selesa semasa melakukan aktiviti. Saya telah membuat beberapa aktiviti iaitu mencari gambar cara menjaga alam sekitar dan mencari gambar bencana alam dalam akhbar dan internet. Saya juga telah membawa murid melawat persekitaran luar

Page 216: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

207

kelas untuk melihat secara langsung persekitaran yang bersih dan sebaliknya.

KESIMPULAN

Hasil daripada pemerhatian saya, dapat saya simpulkan bahawa murid-murid berumur 4-5 tahun yang saya ajar ini memerlukan banyak pendedahan tentang pelbagai isu semasa terutamanya topik menjaga alam sekitar. Apabila guru mengutarakan soalan-soalan berkaitan dengan penjagaan alam sekitar, ada murid yang dapat menyimpan pengalaman pembelajarannya dan ada juga murid yang masih lagi memerlukan bimbingan.

Saya berharap ibu bapa dapat mendidik anak mereka dalam penjagaan alam sekitar terutamanya dalam aktiviti yang boleh dilihat di depan murid sendiri iaitu pembakaran terbuka, pembuangan sampah dan guna semula bahan terbuang.

Page 217: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

208

Pengurusan Masa Kurang Efektif

Oleh

NURIAH BINTI MADPIASIN TABIKA KEMAS Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat HJH DAYANG MAYANG BINTI HJ AWANG ABAS

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Masalah pengurusan masa ini adalah saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang kurang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif yang akhirnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari yang berikutnya.

Sejak menjalani praktikum ini, saya dapati sesi pengajaran dan pembelajaran saya disekolah adalah selalunya tidak tepat dengan masa sebenar yang diperuntukkan. Saya seringkali tersasar daripada peruntukan masa yang sebenar yang diperuntukkan.

ANALISIS ISU

Pada pendapat saya, masalah ini timbul adalah disebabkan oleh saya yang tidak melihat masa yang diperuntukkan.Begitu juga baktiviti yang diberi kepada murid terlalu susah dan banyak sangat latihan –latihan yang sukar disiapkan oleh murid,Contohnya pada minggu kedua ini,saya telah memberi murid satu kerja yang sangat berat kepada murid iaitu membuat origami dengan tema “Sekolah Saya”. Dalam aktiviti ini terlalu banyak lipatan yang hendak di buat sehinggakan ada sampai kertas murid yang renyuk dan terkoyak di sebabkan juga dengan saiz kertas yang saya berikan adalah sangat kecil.saya telah mencuba murid murid membuat sehinggakan origami mereka siap.Saya juga memberikan murid kertas semula untuk mereka membuat origami tersebut.Setelah beberapa kali saya meminta murid membuat tetapi akhirnya origami tersebut tidak juga menjadi.Banyak kertas yang renyuk dan koyak.

Page 218: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

209

CADANGAN

Setelah melihat kepada masalah tersebut, Saya cadangkan untuk mencari buku cara-cara membuat origami dan juga mencarinya didalam internet. Saya juga bercadang untuk membeli jam lonceng supaya apabila masa yang diperuntukan sudah sampai tepat pada masanya dapatlah saya mengetahui masa tersebut sudah tiba.

TINDAKAN SUSULAN

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya sebagai guru haruslah membuat rancangan persediaan mengajar yang memfokus kepada objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya di awal pengajaran guru, murid tidak memberi perhatian, maka proses pengajaran mengambil masa untuk memulakan aktiviti. Oleh itu saya sebagai set induksi yang menarik dan perlu bersedia dengan plan B bagi mengelaskan masalah pengurusan masa yang kucar-kacir.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,sebagai seorang guru prasekolah,saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul, teratur, dan kemas.

Setelah menghadapi masalah ini,barulah saya faham bahawa mengajar bukan sekadar hanya bercakap di hadapan kelas sahaja tetapi teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang digunakan juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar terhadap pembelajaran.Saya juga berpendapat bahawa guru perlu mempunyai idea yang kreatif dan inovatif serta berfikiran kritis dalam melengkapkan diri untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan gemilang.

Page 219: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

210

Hari Potensi Kanak-Kanak TABIKA

Oleh

NORHAYATI BINTI TAHIR TABIKA KEMAS Apartment Indah Jaya, Sandakan

NANCY LOO KASON Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ISU

Saya mengajar di Tabika Kemas Apartment Indah Jaya yang mempunyai kanak – kanak seramai 20 orang iaitu 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan yang berumur 6 tahun. Kebanyakannya kanak-kanak ini telah menerima bimbingan dari segi pembelajaran dan pengajaran kerana mereka sudah mendapat bimbingan ketika usia 5 tahun lagi. Penilaian kemahiran yang dibuat akan membuahkan hasil yang sama dan agak sukar untuk menentukan siapa yang boleh dapat tempat pertama dan seterusnya. Selain daripada penilaian berupa ujian, untuk membezakan keupayaan mereka satu program yang mengukur kebolehan kanak - kanak iaitu Hari Potensi Kanak – Kanak Tabika Kemas yang dianjurkan oleh jabatan diadakan setiap tahun dan menjadi aktiviti tahunan bagi jabatan Kemas Malaysia. Menurut buku dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan , pengalaman kanak – kanak pada peringkat awal mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran mereka seterusnya. Pengalaman yang dilalui merangkumi semua aspek perkembangan iaitu fizikal, intelek, bahasa, sosial, emosi dan nilai. Apabila salah satu aspek diketepikan adalah sukar bagi mereka mengatasi kelemahan itu kerana sudah jauh ketinggalan dalam perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, kurikulum kanak – kanak pada peringkat awal perlu seimbang dan memberi peluang kepada kanak – kanak mencapai perkembangan yang menyeluruh.

Untuk program ini saya telah membuat pemilihan terhadap semua kanak-kanak terlebih dahulu sehinggalah peringkat akhir saya memilih seorang kanak – kanak iaitu adik Mohd Syazputra Norazlee Bin Timbang bagi mewakili tabika dalam kategori Pertandingan Hafazan dan Tilawah kanak – kanak tabika ke peringkat parlimen Sandakan iaitu dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Ar-Rahman dengan terjemahan dan alhamdullillah beliau telah menjadi

Page 220: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

211

johan dan melayakkan diri ke peringkat zon yang akan diadakan di daerah Beluran.

ANALISIS ISU

Dalam buku Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan mengandungi pendidikan Agama Islam iaitu dalam Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai yang merangkumi pendidikan Agama Islam dan pendidikan moral.

Menurut (Brewer, 1992) Pengaruh Islam dalam pendidikan awal kanak – kanak juga perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam kurikulum dan strategi pengajaran. (Islamic Foundation for Education and Welfare, 1997; dan Ibn Khaldun Center for Development Studies).

Pendidikan Islam adalah satu – satunya cara bagi mengekalkan kebenaran semula jadi dalam diri kanak – kanak seperti yang dicipta oleh Allah SWT. Perkara yang perlu diingat adalah membetulkan diri sendiri dahulu dan memperbaiki sifat semulajadi kanak – kanak. Dalam Al-Quran, Allah SWT menunjukkan kebijaksanaan Lukman Hakim mendidik anaknya peringkat demi peringkat.(dalam buku Panduan Pendidikan Prasekolah oleh Dr. Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah). Dan peringkat yang keempat berkaitan dengan bacaan Al-Quran adalah wajib mengamalkan sembahyang sebanyak lima kali sehari. Hal ini memerlukan manusia mempelajari dan menghafal Al –Quran. Dengan itu, tanggungjawab ibu bapa adalah mengajar anak –anak membaca al-Quran dan berusaha menghabiskan membaca seluruh al-Quran tersebut antara umur 8 sehingga 10 tahun, iaitu sebelum kanak – kanak menghadapi beban kerja sekolah. Oleh itu ibu bapa perlu mendengar anak – anak membaca Al – Quran setengah jam setiap hari. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak – anak sembahyang pada umur 10 tahun. Ketika umur baligh, anak – anak perlu ditegur dan dingatkan apabila tidak sembahyang, Hal ini seharusnya ditekankan dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam di peringkat prasekolah, dan antara objektif pendidikan Islam seperti:

1. Mengenali dan memahami kalimah dan bahasa dalam al-Quran.

2. Menghafaz dan memahami makna dalam surah – surah pendek dan doa harian dengan bacaan yang sempurna. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,2003)

Page 221: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

212

Bagi menerangkan huraian yang ke 2 kepada kanak- kanak antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti:

a. Tilawah al-Quran Aspek tilawah al-Quran membolehkan kanak – kanak : i) Membunyikan huruf al-Quran tunggal berbaris di

atas, di bawah dan di hadapan. ii) Menghafaz surah – surah pendek

Surah al – Fatihah Surah al – Ikhlas Surah an – Nas

Mengikut huraian di atas, pendidikan agama Islam di peringkat pra sekolah diberi penekanan yang tinggi dan boleh diajar bukan sahaja semasa berada di tabika atau pra sekolah malah semasa mengadakan pertandingan seperti pertandingan hafazan dan tilawah hari potensi kanak – kanak tabika merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran awal kanak – kanak. Jadi saya berharap melalui beberapa usaha dan keyakinan dan juga mendapat keizinan daripada ibubapa adik Mohd Syazputra , mudah – mudahan dimurahkan rezeki dan hidayah daripada Allah SWT sewaktu kami mengikuti pertandingan pada peringkat zon nanti.

CADANGAN

Bagi meningkatkan mutu bacaan dari segi tarannum dan tajuwid adik Mohd Syazputra, semasa di tabika saya mengambil beberapa waktu untuk melatih dan mengajar mengikut kemampuan saya. Surah yang diwajibkan untuk dibaca adalah Al Fatihah dan terjemahan dan surah pilihan surah Ar- Rahman beserta terjemahan. Sesudah waktu di tabika selesai kedua ibubapanya pula yang mengambil alih mengajar dan melatih beliau di rumah. Kebetulan ibunya merupakan mantan johan qariah peringkat daerah Sandakan beberapa tahun yang lalu.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang yang bertanggungjawab, saya sentiasa memberikan dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar kepada kanak – kanak ini. Selain daripada kebolehan menghafaz al-Quran dengan baik beliau juga merupakan seorang pelajar yang cepat belajar dan bijak membuat latihan – latihan pembelajaran yang diberikan. Semasa berada di kelas saya akan meminta beliau mengetuai dalam membaca doa – doa dan surah – surah pendek

Page 222: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

213

agar kanak-kanak ini boleh menjadi lebih lancar. Dengan latihan sedemikian bolehlah meningkatkan lagi tahap mutu sebutan yang jelas dan sempurna. Saya selalu mengingatkan kanak-kanak supaya dapat membaca al –Quran di rumah setelah terutama apabila selesai kerja sekolah yang diberikan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya dapat menyimpulkan bahawa seorang kanak – kanak harus belajar membaca dan menghafal surah – surah pendek al –Quran sebanyak mungkin bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa di samping memahami nilai, peraturan dan adab yang diperintahkan dalam Islam. Dengan hal yang demikian ianya merupakan salah satu cabang untuk melengkapkan pembelajaran dan pengajaran kanak – kanak dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.

Page 223: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

214

BAHAGIAN D

KOMPETENSI GURU DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

“Kompetensi atau kecekapan p & p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik murid-muridnya”

(Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008)

Page 224: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

215

Ruang Belajar Yang Sempit

Oleh

ADHAWATI BINTI KAMARUDDIN TABIKA KEMAS Sri Taman, Sandakan

NANCY LOO KASON Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ISU

Saya melalui tempoh praktikum ini seperti biasa dan semua persiapan telah saya lakukan mengikut tema yang telah dipilih. Begitu juga kebersihan dan keselamatan sangat saya tekankan. Begitu juga keadaan kelas sentiasa terkawal dengan tidak membiarkan kanak-kanak berlari dan melompat ke sana sini sesuka hati . Masalah yang saya hadapi ialah ruang kelas yang sempit menyebabkan sukar bagi kanak-kanak bergerak bebas .Saya tidak dapat menyusun alat bantu mengajar mengikut tunjang dan agak sukar bagi saya menyediakan ABM mengikut tema sepanjang masa. Tambahan pula kelas berjalan dua sesi serentak di waktu pagi iaitu kelas A dan kelas B yang bersebelahan dan hanya dipisahkan oleh papan penghadang. Walau bagaimanapun, saya lalui juga masa pengajaran dan pembelajaran dengan rasa kesal dan cuba membuat yang terbaik bagi mereka.

Saya menggunakan kaedah ABM yang digantung sahaja agar menjimatkan ruang kelas dan ABM dapat digunakan mengikut tema yang berganti-ganti. Saya hanya berdoa semoga pensyarah yang datang dapat memahami keadaan dan masalah yang dihadapi. Tidak ada ruang bacaan, ruang bercerita, ruang bermain dan ruang sosioemosi. Pada waktu rehat, kanak-kanak hanya makan di tempat duduk masing-masing dalam kelas. Keadaan menjadi kurang selesa dengan bau makanan dan sisa-sisa makanan yang tertumpah ke lantai. Suasana pembelajaran menjadi kurang selesa dan agak terganggu, namun apakan daya saya tidak dapat mengatasi masalah ini.

ANALISIS ISU

Mengikut P. F. Olivia (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, serta cara yang menetapkan peraturan atau hukuman.

Page 225: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

216

Ruang kelas yang sempit menyebabkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terganggu dan kanak-kanak tidak dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan dengan baik. Sekiranya ruang kelas yang sempit menjadi masalah utama, dapat saya terima namun masalah lain timbul apabila guru-guru mengajar serentak menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah dan kelam-kabut. Di sinilah kesabaran saya tergugat namun saya terima semua ini sebagai satu cabaran dalam kerjaya saya. Saya tidak mudah mengalah dengan apa sahaja halangan yang ada malahan saya dan rakan setugas mencari jalan penyelesaian tentang masalah ini. Rakan setugas saya juga simpati dengan dilema yang saya hadapi dan cuba memberi berbagai-bagai idea untuk mengatasi masalah ini dan lebih-lebih lagi saya sedang menjalani latihan mengajar. Dia bimbang suasana seperti ini akan mempengaruhi markah saya dalam praktikum.

CADANGAN

1. Berbagai cara dan kaedah diambil untuk menangani masalah yang timbul di dalam kelas. Antaranya membawa kanak-kanak meneroka alam sekitar dengan belajar di luar kawasan tabika. Cara ini dapat membantu namun tidak semua masa kelas dihabiskan di luar kelas.

2. Menurut G. V. Sheriakov F. Redl (1956) mentafsirkan disiplin bilik darjah sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan serta hukuman.

3. Aktiviti kelas dibuat secara berganti-ganti antara kelas A dan kelas B seperti aktiviti nyanyian, bacaan, perbualan dan sebagainya.

4. Guru hendaklah bijak mengawal kelas agar kanak-kanak tidak berkeliaran semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5. Aktiviti guru hendaklah menarik dan bertukar ganti alat bahan untuk menarik perhatian kanak-kanak agar mereka tidak berbuat bising.

TINDAKAN SUSULAN

Berbagai cara dan langkah diambil demi mengatasi masalah-masalah yang timbul seperti membawa kanak-kanak keluar dari kelas untuk aktiviti kelas seperti membaca, menyanyi, perbualan

Page 226: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

217

pagi, aktiviti permainan luar dan sebagainya. Sekiranya aktiviti kelas dilaksanakan dalam kelas, akan dilaksanakan berganti-ganti dengan kelas sebelah bagi mengelakkan suara guru-guru bertembung semasa mengajar secara serentak. Kaedah ini berkesan tetapi membuang masa kerana terpaksa menunggu sehingga satu-satu guru itu selesai mengajar dikelasnya. Sebagai seorang guru yang kreatif dan bertanggungjawab tidak ada alasan atau sebab yang dijadikan sebagai batu penghalang dalam melaksanakan tugas lebih-lebih lagi jika dia berada dalam latihan mengajar atau praktikum. Tidak ada alasan atau sebab dia tidak menyediakan bahan-bahan praktikum walau sesukar mana pun. Atas alasan ini saya mencari jalan penyelesaian yang logik dan terbaik bagi diri saya dan masyarakat di sekeliling saya khasnya anak-anak murid saya.

KESIMPULAN

Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas-tugas mudah mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Walau apa pun saya akan sentiasa mencari jalan dan inisiatif yang terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi semoga objektif pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang sepanjang tahun tercapai.

Page 227: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

218

Cabaran Mengajar Bahasa Inggeris

Oleh

SANISAH BIANUS TABIKA KEMAS Kg. Bomboi, Keningau

CHAN HOU FOCK Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Pada hari ini saya mengajar English Language Comunication. Murid-murid menyatakan rasa tidak senang ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Agak sukar untuk mengajar murid-murid yang kurang pendedahan terhadap perkataan-perkataan bahasa inggeris. Murid-murid kurang bersemangat dan guru seperti bercakap dengan tunggul ketika berinteraksi dengan murid menggunakan bahasa inggeris. Sehubungan dengan masalah ini, murid akan membuat bising dan berjalan-jalan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Hal- hal ini merupakan satu realiti yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Kadang kala hal ini akan menimbulkan tekanan kepada guru dan menyebabkan guru hilang harapan dan putus asa terhadap prestasi anak-anak muridnya.

Abraham Maslow dan Carl Rogers termasuk kedalam tokoh kunci humanisme. Tujuan utama dari humanisme dapat dijabarkan sebagai perkembangan dari aktualisasi diri manusia automomous. Dalam humanisme, belajar adalah proses yang berpusat pada pelajar dan dipersonalisasikan, dan peranan pendidik adalah sebagai seorang fasilitator.

Afeksi dan kebutuhan kognitif adalah kuncinya, dan goalnya adalah untuk membangun manusia yang dapat mengaktualisasikan diri dalam lingkungan yang kooperatif dan suportif. Dijelaskan juga bahwa pada hakikatnya setiap manusia adalah unik, memiliki potensi individual dan dorongan internal untuk berkembang dan menentukan perilakunya. Kerana itu dalam kaitannya maka setiap diri manusia adalah bebas dan memiliki kecenderungan untuk tumbuh dan berkembang mencapai aktualisasi diri.

Page 228: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

219

ANALISIS ISU

Sebelum itu saya telah melakukan analisis secara pemerhatian bagi mencari punca –punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Oleh itu saya mendapati murid-murid tidak berminat dengan pelajaran bahasa inggeris kerana tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh guru dan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk membuat hal sendiri dengan berjalan-jalan atau membuat bising.

CADANGAN

Antara cadangan lain yang mungkin berkesan terhadap permasalahan yang timbul ini adalah seperti:

Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang sesuai dan dapat menarik minat murid.

Memberikan motivasi atau peneguhan positif agar murid berani menyebut perkataan bahasa inggeris dan sebagainya.

Mengajar murid menyebut perkataan bahasa inggeris melalui nyanyian.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul di atas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan seperti yang saya telah cadangkan. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berpanjangan. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, masalah ini sangat perlu untuk dibenteras bagi menangani murid-murid yang kurang minat pelajaran bahasa inggeris disamping masalah disiplin mereka. Ini kerana murid-murid ini adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan Negara pada masa akan datang. Ini kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk berusaha mengatasinya.

Page 229: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

220

Permainan Bola Beracun

Oleh

ROSMIE YASIDIN TABIKA KEMAS Kampung Melangkap, Kota Belud

DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU

Untuk minggu ini, saya mengajar dengan tema bunga. Masalah yang saya hadapi ialah murid tidak dapat bermain bola beracun dengan betul. Semasa saya mengajar melantun dan menyambut bola, murid belum dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang saya ajar. Selepas itu, saya berikan peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran melantun dan menyambut bola melalui permainan bola beracun. Saya dapati seolah-olah murid-murid tidak memahami apa yang saya katakan. Walaupun saya sudah membuat tunjuk cara bagaimana cara membaling bola namun murid tidak mahu mengelak daripada terkena bola seperti yang sepatutnya mereka lakukan.

ANALISIS ISU

Saya berfikir untuk mencari apakah masalah sebenar yang murid hadapi. Melalui pemerhatian saya, murid-murid saya sangat aktif bermain tetapi apabila disuruh bermain bola beracun, mereka lebih suka mendiamkan diri. Saya cuba mengenal pasti masalah yang mereka hadapi melalui beberapa soalan di minda saya iaitu:

1. Mengapakah murid mendiamkan diri semasa bermain?

2. Apakah faktor yang menyebabkan berlaku sedemikian?

3. Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid-murid berasa seronok semasa bermain bola beracun?

4. Adakah penerangan saya tidak cukup jelas dan P & P yang saya jalankan tidak menarik?

Hasil pemerhatian saya dan perbincangan saya dengan rakan-rakan sekerja, saya mendapati bahawa:

Page 230: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

221

1. Murid tidak memahami arahan yang diberikan oleh guru. 2. Murid tidak memahami arahan kerana rata-rata murid

berbangsa Dusun. Mereka lebih fasih berbahasa Dusun daripada menggunakan Bahasa Melayu.

3. Apa yang perlu saya lakukan untuk membantu murid untuk bermain bola beracun ialah menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang menarik perhatian murid.

CADANGAN

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat beberapa penyelidikan dan beberapa cadangan terutamanya memperbaiki pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan iaitu sebelum memulakan aktiviti bermain, guru perlu bercerita dengan murid tentang satu peristiwa yang benar-benar menakutkan dan menganggap bola itu sebagai musuh mereka. Melalui cerita tersebut, secara tidak langsung, murid dapat memahami mengapa bola tersebut perlu dielakkan daripada terkena badan murid. Selepas itu, guru juga boleh melukis sesuatu pada bola tersebut supaya murid benar-benar tahu bahawa bola itu perlu dielakkan dari terkena badan mereka. Contohnya, gambar yang menakutkan atau menggunakan warna api yang panas membara. Selain daripada itu, murid yang sudah terkena bola tersebut, perlu diberikan denda supaya mereka betul-betul bermain. Pengalaman didenda akan menjadi kenangan mereka dan mereka akan bermain bersungguh-sungguh dan tidak lagi bangga menjadi pemerhati rakan yang lain semasa bermain. Murid yang menang dalam permainan juga perlu diberikan pujian oleh guru seperti memberikan token atau keistimewaan kepada murid tersebut pada hari itu sahaja.

Pembelajaran pembiasaan ini adalah jenis pembelajaran yang dinamakan pembelajaran cuba jaya oleh Thorndike (1898), Pelaziman operan oleh Skinner (1938) dan pelaziman alat oleh Kimble (1961). Pembelajaran jenis ini menekankan tingkah laku yang sudah sedia dikuasai oleh seseorang digunakan sebagai alat bagi memenuhi sesuatu keperluan. Apabila tingkahlaku itu dilakukan dan mendapat pengukuhan yang positif atau ganjaran, maka tingkah laku itu diulang lagi.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru, saya sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab dalam memastikan murid menikmati seisi pengajaran

Page 231: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

222

dan pembelajaran yang menggembirakan. Saya juga ingin memastikan agar aktiviti permainan bola beracun ini dijalankan dalam keadaan bersama dan harmoni.

KESIMPULAN

Hasil daripada pemerhatian saya, dapat disimpulkan bahawa murid-murid memerlukan bahan bantu mengajar yang lebih menarik semasa seisi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ditambahkan lagi dengan masalah bahasa yang dialami oleh murid-murid, jadi tumpuan dan usaha guru perlu dilipatgandakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran tercapai objektifnya.

Page 232: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

223

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar

Oleh

JULIAH BT ABDUL HAMID TABIKA KEMAS Kg. Sangkir, Kota Belud DATU RAIMAN BIN DATU KAUMAN

Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

ISU Pada minggu keempat praktikum kali ini, saya menghadapi masalah menyediakan bahan bantu belajar. Aktiviti yang dirancang pada minggu ini ialah membuat Kenderaan Darat (kereta) daripada bahan-bahan terbuang. Proses pengajaran dan pembelajaran saya telah terganggu apabila ada dalam kalangan murid yang tidak dapat menyiapkan aktiviti membuat kenderaan darat pada masa yang telah ditetapkan. Lebih merumitkan keadaan ialah apabila ada murid yang tidak menyediakan atau membawa bahan-bahan yang diperlukan walaupun guru sudah berpesan seminggu sebelum aktiviti dijalankan. ANALISIS ISU

Berdasarkan situasi di atas, saya mendapati bahawa murid-murid yang tidak membawa bahan bantu belajar ini adalah disebabkan tidak mengambil berat dengan apa yang telah dimaklumkan oleh guru kepada mereka. Pada masa yang sama, saya juga mengandaikan kemungkinan murid-murid ini lupa memaklumkan kepada ibu bapa mereka. Seperti yang kita sedia maklum faktor kelupaan boleh berlaku kepada semua inividu tidak terkecuali murid-murid saya ini. Saya juga menyedari kaedah ini ada kelemahannya. Jika pesanan ini dicatatkan dalam bentuk memo (surat) dan minta murid-murid ini menyerahkan kepada ibu bapa mereka, besar kemungkinan pihak ibu bapa dapat maklum dan memahami pesanan tersebut dengan lebih jelas. CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyenaraikan beberapa usaha yang difikirkan boleh membantu menyelesaikan

Page 233: Refleksi Selepas Amalan Profesional - ipkent.edu.myipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/laporan/laporanrefleksi2014.pdf · pengalaman yang dilalui semasa menjalani Amalan Profesional

RESAP [REFLEKSI SELEPAS AMALAN PROFESIONAL

224

masalah ini atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan masalah ini, antaranya adalah seperti berikut : 1. Berbincang dengan ibu bapa murid yang terlibat. 2. Sentiasa berkomunikasi dengan ibu bapa tentang

perkembangan murid. 3. Guru selalu memberi ingatan kepada murid agar sentiasa

mengambil berat pesanan guru kepada mereka. 4. Saya perlu bersedia dengan pelan B iaitu menyediakan

sendiri bahan-bahan yang diperlukan. TINDAKAN SUSULAN

Saya telah mengambil tindakan dengan berkunjung ke rumah murid berkenaan untuk membincangkan perkara tersebut dengan ibu bapa mereka. Dengan cara ini guru dapat mengenal pasti punca kenapa murid tersebut tidak membawa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kereta sepertimana yang telah diarahkan oleh guru. KESIMPULAN

Pendekatan dan strategi yang menarik dalam membentuk perancangan pengajaran dan pembelajaran adalah suatu cara yang baik dalam menangani masalah ini dalam kelas. Untuk mengelakkan masalah penyediaan alat bahan mengajar dalam p&p, pengurusan yang efektif adalah penting dimana fokus diberi kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan yang sempurna.

Dari kenyataan di atas telah membuktikan bahawa mengurus pengajaran memerlukan perancangan yang baik dan teratur. Di samping itu juga perlu ada kerjasama dari ibu bapa dalam menjalankan strategi untuk mengubah disiplin murid-murid. Oleh itu, tanggungjawab yang sempurna dan galakan daripada guru dan ibu bapa sendiri menentukan perubahan dan pastinya menghasilkan yang positif.