Pendidikan Johor melancarkan...
Transcript of Pendidikan Johor melancarkan...
Transformasi pendidikan di Johor telah tercetus sejak tahun 2005 lagi apabila Jabatan Pendidikan Johor melancarkan perancangan strategik pertama dengan memperkenalkan beberapa perubahan dalam pendekatan menyelesaikan masalah pencapaian akademik dalam kalangan murid sekolah. Kita melihat bahawa seluruh warga pendidikan Johor perlu digembleng untuk menghasilkan pendekatan yang lebih strategik dalam pengurusan pendidikan di Johor. Perubahan yang dilakukan selaras dengan apa yang sedang terjadi dalam persekitaran pendidikan abad ke-21 ini. Hari ini paradigma telah menganjak daripada sudut pandangan wilayah kepada sudut pandangan global, daripada kerahsiaan kepada keterbukaan, daripada penerima pasif kepada penerima inkuisif, daripada orientasi produk kepada orientasi proses, serta daripada keakuran dan persaingan kepada kolaborasi dan inkuiri. Kita perlukan pemikiran yang merentas budaya dan sempadan yang dapat melihat daripada pelbagai perspektif; kesedaran budaya dan kolaborasi merentas sempadan. Untuk itu, kita akan sentiasa mengalami proses transformasi. Kita akan terus melihat pelbagai perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. Cara proses pembelajaran dan pengajaran telah berubah. Cara guru meningkatkan keprofesionalisme turut berubah. Cara Guru Besar dan Pengetua memimpin sekolah juga telah berubah. Pendeknya kesediaan kita menerima proses perubahan yang berlaku akan menentukan kelestarian dan kemampanan kita dalam menjana tranformasi pendidikan di Johor ini. Dari meja Ketua Editor Hj. Ramli Abd. Samat
Oleh : MOHD NOR BIN A. GHANI
Mantan Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik, JPN Johor
Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan
keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana
Transformasi Kurikulum dan Implikasi kepada Pemikiran Profesionalisme Guru
Guru berperanan besar merealisasikan
pelaksanaan kurikulum di sekolah. Sebagai seorang
guru terdapat beberapa elemen penting
profesionalisme keguruan yang memerlukan
penghayatan dalam melaksanakan kurikulum. Elemen-
elemen ini boleh dikesan melalui terjemahan daripada
kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu
menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik
darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai
secukupnya elemen dan aspek kefahaman tentang
profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan
pengajaran di bilik darjah. Ini bertujuan agar kekangan
dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi
memaksimumkan pengajaran, mengembangkan
potensi insan dan sekali gus meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan itu.
Persoalannya bagaimanakah guru menyebarkan kurikulum yang dihasratkan ini bersulam
dengan idealogi (nilai dan kepercayaan) yang tersedia dalam pemikiran para guru itu sendiri?
Kepercayaan diri guru merupakan satu set tingkah laku yang merancang dan memandu jenis-jenis
tingkah laku guru, sebab tingkah laku mengesahkan kepercayaan diri. Maka, pegangan kepercayaan
(dan nilai) guru mempengaruhi pengajaran guru berdasarkan pemikiran yang difikirkan memberi
manfaat kepada pelajar. Orientasi nilai kepercayaan ini mempengaruhi pengajaran untuk pelajar di
bilik darjah guru berkenaan.
Oleh itu,sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan atau kegagalan
penyebaran kurikulum. Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan
guru sama ada kurikulum dianjurkan terlaksana. Dalam hal ini,guru perlu mempunyai lokus kawalan
diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran. Guru begini akan berinisiatif tinggi dan
berperanan sebagai „pengusaha‟ terbaik menyebarkan kurikulum dengan menterjemahkannya dalam
pengajaran..
Pemikiran merupakan proses dalaman
mental dan ini dapat difahami melalui perlakuan
seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Merujuk
kepada permasalahan yang dibangkitkan maka, ini
bermakna pemikiran guru merupakan faktor
penting menentukan variasi pendidikan. Pemikiran
ini sangat berpengaruh dalam enviromen
pembelajaran yang dicipta oleh guru.
Hal ini melibatkan „bagaimana‟ guru
mengumpul, mengorganisasi, menginterpretasi
dan menilai maklumat sebelum disebarkan.
Semasa aktiviti ini, kraf seorang guru,
pengetahuan profesional, kemahiran bertindak dan
refleksi banyak digunakan. Aktiviti ini merupakan
resipi terpenting peranan guru menentukan „apa‟
yang difikir guru dengan „apa‟ yang dilaksanakan
serta memahami penerimaan dan penolakan
kurikulum tehadap pelajar. Pengukuran tentang
pemikiran guru ini boleh dikesan hasil interaksi tiga
perlakuan utama yang saling mempengaruhi
antara satu dengan yang lain, iaitu tingkah laku
guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian pelajar.
Secara umumnya terdapat tiga jenis kurikulum; kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang
beroperasi dan kurikulum yang dipelajari. Kurikulum dihasratkan bersifat ideologi, kurikulum
beroperasi mencakupi pengetahuan kemahiran dan nilai yang disusun dan dilaksanakan oleh guru
di bilik darjah. Manakala, kurikulum yang dipelajari ialah perkara yang telah diperolehi pelajar hasil
kurikulum beroperasi. Ternyata kurikulum yang beroperasi sangat berpengaruh dan guru yang
diberi mandat bertindak sebagai „jurutera‟ membentuk pemikiran pelajar hasil pancaran pemikiran
profesional guru itu sendiri. Persoalannya, sejauh manakah tahap profesionalisme pemikiran guru
yang mengoperasikan kurikulum ?
Janet, (2003) menyarankan kepentingan melahirkan tenaga kerja yang mempunyai
keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi. Saranan ini dapat melahirkan ahli
profesional yang bebas dari kokongan dan cara ‟tradisi‟ mengidentifikasi dan menyelesaikan
masalah (di bilik darjah). Beliau menambah bahawa dua komponen penting pemikiran diri ialah
keupayaan untuk membezakan antara membuat ‟conscious reflection‟ dengan „recognition of
conflicting values‟. Secara mudahnya ialah dapat membuat refleksi yang adil dan seimbang tanpa
mengutamakan kepentingan pemikiran diri.
Persoalannya, sejauh manakah tahap
profesionalisme pemikiran guru yang
mengoperasikan kurikulum ?
Dalam banyak tinjauan menunjukkan
segelintir guru bertindak sebagai ahli
profesional yang „conformist‟ iaitu
yang lebih mudah berperanan
sebagai penerus tradisi daripada
bersifat kreatif atau inovatif
Pemikiran guru akan menentukan sejauh
mana kurikulum yang dihasratkan akan
terlaksana. Hal ini berkaitan dengan
kepercayaan, pemikiran, pertimbangan,
pengetahuan dan keputusan guru. Dalam
perkara ini, „bagaimana‟ guru memikirkan
kurikulum dan pelbagai interaksi yang berlaku
dalam proses perlaksanaan kurikulum akan
menjelaskan jurang yang wujud antara
jangkaan guru terhadap pelajar dan amalan
pengajaran sebenar.
Memahami pemikiran guru juga
bermakna mengetahui bahawa „apa‟ yang
dibuat guru dipengaruhi pemikiran guru itu
sendiri. Kefahaman tentang pemikiran guru ini
juga meningkatkan kefahaman tentang
penerimaan dan penolakan guru terhadap
sesuatu inovasi dan menggambarkan
kesediaan guru untuk menerima dan
mengadaptasi kurikulum dalam persekitaran
pendidikan yang wujud di sekitar guru,
sekaligus tahap profesionalisme guru boleh
dibaiki dan ditingkatkan.
Hasil dapatan pemantauan menunjukkan
kesedaran tentang perubahan dan amalan
pedagogi yang tidak dirancang teliti tetapi
sebaliknya hanya berdasarkan pemahaman
konsepsi guru semata-mata amatlah
„berbahaya‟ dan kerap menerima kegagalan
atau penerimaan yang „songsang‟ oleh
penerima. Maka, penyebaran kurikulum melalui
pemikiran guru harus cuba menghampiri
kontekstual keperluan proses pengajaran dan
pembelajaran yang mengwujudkan hasrat
paradigma progresif khususnya meliputi „apa‟
yang dihasratkan dengan ruang pemikiran guru
tentang pendidikan, konsepsi, teori dan amalan,
organisasi sekolah dan peranan guru dan
sekolah dengan masyarakat.
Pemikiran guru akan
menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratkan
akan terlaksana
Hasil dapatan pemantauan juga menunjukkan ada
segelintir guru berpengalaman tidak mempunyai
pengetahuan yang kukuh tentang kandungan pelajaran dan
guru baru pula mempunyai pedagogi yang terbatas bagi
menentukan keberkesanan pengajaran di bilik darjah.
Pengetahuan yang kukuh akan dapat membantu pelajar
memahami dengan lebih baik konsep dan proses menimba
ilmu bagai sesuatu subjek di sekolah jika disulam dengan
pedagogi terbaik dan terpilih. Maka, guru perlu menguasai
atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang
mencukupi. Antara pengetahuan minimum itu ialah
pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am,
pengetahuan kurikulum, pengetahuan konten pedagogi,
pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan
konteks penting, dan pengetahuan falsafah, matlamat,
tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.
Dalam banyak tinjauan menunjukkan segelintir guru
bertindak sebagai ahli profesional yang „conformist‟ iaitu
yang lebih mudah berperanan sebagai penerus tradisi
daripada bersifat kreatif atau inovatif. Tambahan pula dunia
guru tidak memberi peluang yang banyak kepada
penerimaan terhadap perubahan. Guru bersifat seperti
pembina yang menurut spesifikasi yang ditetapkan bukan
sebagai seorang yang boleh mengubahsuai dan pencipta
baru.
Guru perlu bertindak sebagai pembina yang membina insan pelajar bukan robot matriks
yang taat dan setia tanpa pemikiran. Hal ini berhubungan dengan kompleksiti bilik darjah yang
mengakibatkan guru perlu kepada konsep „survival‟ untuk meneruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. `Survival‟ bermaksud guru perlu meneruskan „apa‟ yang diketahui dan
dapat dilaksanakan dengan apa yang dihasratkan. Kepuasan tidak semestinya diperoleh dengan
ketepatan menepati apa yang dihasratkan. Persepsi dan survival guru akan terlihat sewaktu
penyebaran kurikulum dilaksanakan.
Guru kerap menunjukkan penerimaan terhadap sesuatu kurikulum itu bukan isu yang lebih
penting iaitupelaksanaannya. Bagi memastikan perlaksanaannya berkesan, guru perlu mengenal
pasti kekangan dan peluang yang wujud bagi dimanipulasikan; sebaiknya mencapai hasrat
kurikulum itu sendiri. Pengecaman ini bermula pada peringkat bilik darjah lagi seperti ruang,
peralatan, saiz kumpulan pelajar yang diajar, pembahagian pelajar kepada aliran, kuantiti dan
sumber diperolehi, masa pengajaran dan peperiksaan mampu membentuk rangka kekangan dan
peluang bagi guru membuat keputusan. Keputusan yang perlu dibuat khususnya tentang tentang
kandungan pelajaran, kaedah, organisasi kelas, penggunaan masa, peranan setiap pelajar,
kumpulan dan susunan fizikal kelas. Seterusnya faktor fizikal seperti bangunan, kemudahan dan
peralatan, keadaan sosial dan psikologi lokasi pengajaran.
Hasil dapatan pemantauan menunjukkan ada segelintir guru yang membataskan diri meliputi
keupayaan, latihan dan tingkah laku. Terdapat tiga masalah utama mengukur pemikiran profesional
guru. Pertamanya guru tidak sedar akan pemikiran dan kepercayaan diri. Kedua guru tidak
melafazkan pemikiran tersebut dan kekurangan kosa kata mendeskripsikan pemikiran tersebut.
Akhirnya, guru menolak kepercayaan yang tidak popular atau mempunyai konotasi yang negatif.
Guru yang berpengalaman dapat mengenal pasti, mentafsir dan menganalisis corak-corak peristiwa
di bilik darjah dengan pengetahuan prosedur. Guru baru tidak sedar perkara ini, Guru baru
bertindak dalam cerminan diri sebagai pelajar. Semua catatan ini meliputi aspek-aspek
terpenting merangkumi kurikulum, pengajaran,
suasana bilik darjah dan organisasi. Kurikulum
yang „rigid‟ menghadkan penyebaran. Guru yang
tiada „kraf‟ menyukarkan pelaksanaan kurikulum
kerana terlalu „patuh‟ kepada peraturan yang
menyekat kreativiti dan inovasi. Maka, isu
terpenting ialah pemikiran profesional guru itu
harus didasari dengan tuntutan kehendak,
tuntutan tugas dan persepsi tugas guru terhadap
tugas tersebut. Persepsi ini menjadi dasar
kepada penerimaan atau penolakan terhadap
kurikulum.
Guru harus menganggap diri sebagai agen
yang aktif dalam perkembangan profesional diri.
Guru mampu membuat keputusan berdasarkan
pengetahuan yang memimpin tingkah laku
dalam sesuatu situasi. Guru perlu melihat diri
sebagai autonomous dan menganggap
pengajaran sbagai bernilai, kompleks dan satu
profesion yang mempunyai tuntutan yang tinggi.
Guru harus dapat memfokus pemikiran kepada
pengajaran yang telah dirancang (termasuk
semua prosedur pengajaran) dan bertindak
merubah keputusan apabila rutin „diganggu‟ atau
pelajar tidak menunjukkan respons yang sesuai.
Guru yang berpengalaman dapat
mengenal pasti, mentafsir dan menganalisis corak-corak peristiwa di bilik darjah dengan pengetahuan
prosedur
Pemikiran profesional guru harus mempunyai konstruk tersendiri
terhadap tugas dengan kesedaran bahawa guru mempunyai variasi yang
mendasari pemulihan tindakan masing-masing. Namun, guru yang profesional
sentiasa memikirkan minat dan kepentingan klien guru, pelajar dan
sekolah
Guru yang baik amalan pemikiran profesionalnya mempunyai „praktis intuitif‟ dan konsep
„bertindak dan refleksi berkadar keadaan‟ menghadapi kemungkinan bilik darjah yang sentiasa
berubah. Pemikiran profesional guru harus mempunyai konstruk tersendiri terhadap tugas dengan
kesedaran bahawa guru mempunyai variasi yang mendasari pemulihan tindakan masing-masing.
Kajian ringkas ini meyimpulkan bahawa pemikiran guru terhadap kurikulum dan pengajaran sangat
kompleks dan pengetahuan „apa‟ yang diketahui guru dengan „bagaimana‟ dan refleksi pemikiran
guru sangat kritikal melaksanakan kurikulum yang dihasratkan. Namun, guru yang profesional
sentiasa memikirkan minat dan kepentingan klien guru, pelajar dan sekolah.
Untuk itu, guru perlu diberi pengupayaan dengan keistimewaan dan status. Guru-guru yang
telah menjalani satu tempoh latihan yang mencukupi, memperoleh ilmu pengetahuan yang
mencukupi dan berdedikasi melaksanakan tugas patut menyedari tuntutan profesional profesion ini.
Guru harus sedar akan perubahan peranan, keadaan yang memerlukan reformasi dan etika
komuniti dalam masyarakat kontemporari. Guru yang dapat membawa diri ke tahap profesional,
kemungkinan besar menikmati tahap kejayaan yang lebih baik dan hasrat profesion akan lebih
tersusun dan teratur.
Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemas kini perkembangan pendidikan diri
dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang kepakaran masing-masing. Guru juga
disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan
membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan
merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh. Guru juga perlu bersikap terbuka dan
tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebab-
musabab melaksanakan tugas ini. Ternyata pemikiran profesional guru merupakan terjemahan
konstruk profesionalisme masing-masing. Konstruk pemikiran diri terhadap diri, rakan sejawat,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kandungan pengetahuan dan enviromen persekolahan
menjelaskan sejauh mana falsafah peribadi profesionalisme guru. Pancarkan ketokohan
profesionalisme guru.
Guru juga perlu
bersikap terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang
menyulitkan tentang sebab-sebab dan hubungan sebab-
musabab melaksanakan
tugas ini
CATATAN SEORANG CIKGU Hj. Zakaria Bin A.Shukor (Mantan Pengarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru)
Sebulan sebelum bersara, ada di antara
rakanku menasihati supaya aku mengambil cuti
sebelum bersara bagi menghabiskan baki cuti
tahunan yang melebihi 30 hari itu. Persoalannya,
perlukah aku bercuti ketika itu? Sedangkan sebu-
lan kemudian aku akan terus bercuti kerana dah
pencen. Oh! Jawapannya TAK PERLU kerana ini
akan melanggar prinsip kerjaku – Bercuti hanya
bila benar-benar perlu sahaja, apatah lagi untuk
cuti sakit.
Berdasarkan Rekod Perkhidmatan
(Rekod Cuti), sepanjang perkhidmatanku selama
32 tahun 4 bulan 23 hari, cuti sakitku hanya 6 kali
sahaja (3 kali, 2 hari setiap satu dan 3 kali, 1
hari setiap kali) jumlah hari hanya 9 hari sahaja.
Bukannya tak pernah sakit atau „Workaholic‟
tetapi seronok bekerja. Bagiku „Kerja untuk
Kepuasan dan bukannya Untuk Ganjaran
semata-mata‟. Kalau kita puas bekerja, hasilnya
pasti hebat, insyaAllah ganjaran akan datang
sendiri terutamanya daripada yang maha Esa.
Sebenarnya apabila kita menjadi Cikgu
yang baik dan disayangi anak muridnya, setiap
hari anak murid akan mendoakan kesihatan kita
agar cikgu dapat hadir ke sekolah untuk menga-
jarnya. Tetapi sebaliknya, Cikgu gagal mengajar
dengan berkesan dan menjemukan, pastinya
anak murid akan bosan, mereka tidak akan men-
doakan kesejahteraan Cikgu.
Sepanjang pengalaman sebagai Cikgu sama ada Cikgu biasa, Penolong Kanan, Penolong Kanan
(HEM), Pengetua, PPD, Ketua Sektor (2 Sektor) dan Pengarah Institut Pendidikan Guru, dapat kusim-
pulkan bahawa di dalam sesebuah organisasi anggotanya boleh digolongkan kepada Empat sebagai-
mana kotak Pintu Jauhari di bawah:
Kalau kita puas bekerja, hasilnya pasti
hebat, insyaAllah ganjaran akan datang sendiri terutamanya daripada
yang maha Esa
Trainable pula biasanya di kalangan
pekerja baru, punya motivasi dan sikap yang
tinggi. Kebanyakan cuba bekerja bersungguh-
sungguh, tetapi hasilnya kurang berkualiti
(kerana pengetahuan / pengalaman rendah).
Bagaimanapun Trainable lebih baik dari
Deadwood atau Maintainers, kerana mereka
mampu dan mahu diajar atau dibentuk.
Maintainers biasanya pekerja lama,
sudah bertahun-tahun di dalam organisasi.
Mereka mempunyai pengetahuan dan juga
pengalaman yang tinggi di dalam bidangnya
tetapi punya sikap yang amat rendah, tak ubah
seperti kumpulan Deadwood. Mereka tidak
mahu bekerja lebih kerana sudah selesa
dengan gaji yang ada, atau bermasalah
kesihatan atau alasannya dah nak pencen.
Inilah masalah yang perlu diselesaikan oleh
pemimpin agar ilmu yang mereka ada dapat
dikongsi oleh pekerja-pekerja lain.
STAR merupakan kumpulan yang amat diperlukan oleh sesebuah organisasi. Organisasi
akan menjadi cemerlang dengan adanya kumpulan ini, walaupun dengan jumlah yang kecil.
Mereka bekerja bersungguh-sungguh, tidak memikirkan imbuhan tetapi memikirkkan kepuasan
hasil dan keredhaan Allah. Mereka menjadi inspirasi bagi pekerja lain dan sentiasa mempunyai
motivasi yang tinggi. Sebab itulah Aku meletakkan diriku di dalam pintu STAR. Bukanlah angkuh
atau riak dan jauh sekali dari sombong... semuanya tiada di dalam diari hidupku, cuma itulah
caranya untuk Aku memperbaiki diri menjadi terbaik. Jadilah STAR wahai Cikgu semua!
Amanah Cikgu kepada anak muridnya Amat besar. Kesedaran terhadap tanggungjawab
dan integriti akan menjadikan kita lebih diberkati dan diredhai. Bercakap tentang Integriti, secara
kebetulan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim telah mengadakan Seminar
Integriti pada pertengahan 2007.
Sekiranya di dalam organisasi
terdapat ramai kumpulan
Deadwood ini, organisasi akan
lemah dan tidak produktif.
Deadwood mempunyai
sikap dan pengetahuan yang
rendah. Tidak bermotivasi, malas
berusaha, tidak berusaha untuk
meningkatkan kemahiran diri.
Kata lain, bekerja hanya untuk
dapat gaji. Sekiranya di dalam
organisasi terdapat ramai
kumpulan Deadwood ini,
organisasi akan lemah dan tidak
produktif.
CATATAN SEORANG
CIKGU
Di dalam seminar tersebut seorang Panel dari BPR (Kini SPRM), Johor telah
membentangkan jumlah mereka yang terlibat di dalam rasuah. Dan dapatan amat memeranjatkan.
Kumpulan Pendidikan di antara yang tertinggi terlibat dengan Rasuah ( ditempat ke-3
selepas...............). Benarkah kenyataan ini? Terimalah dengan fikiran terbuka dan fikir-fikirkanlah.
Menurut Wann Ann Shih (Ahli Falsafah China), rasuah wujud kerana adanya orang jahat di dalam
undang-undang yang jahat. Rasuah tidak hanya melibatkan urusan „Wang‟ sahaja, tetapi nepotisme,
masa, perbuatan (misalnya senyum dsb). Mungkin Cikgu terlibat rasuah masa.
Actual Alocated Time (AAT)
merupakan masa mengajar yang
sebenarnya. Di sekolah menengah
Jadual Waktu memperuntukan setiap
„period‟ selama 40 minit
(kebiasaannya).
Actual Teaching Time (ATT),
Persoalannya sama ada Cikgu dapat
mengajar tepat selama 40 minit
setiap period atau kurang? Katakan
setiap period Cikgu hanya mengajar
35 minit,( kurang 5 minit). Sekiranya 1
hari Cikgu mengajar 5 period,
andainya setiap period kurang
mengajar selama 5 minit (5 minit X 5
period = 25 minit).
Jom kita lihat masa mengajar Cikgu
berdasarkan analisa berikut:
AAT (Actual Alocated Time)
ATT (Actual Teaching Time)
ALT (Actual Learning Time)
Kalau seminggu ( 5 hari X 25 minit = 125 minit), sebulan (125 minit X 20 hari = 2500minit). Sebulan, selama 42 jam
bersamaan 1.8 hari Cikgu tidak mengajar dan gaji tidak pernah ditolak pun
Bererti selama 25 minit setiap hari Cikgu tidak mengajar. Kalau seminggu ( 5 hari X 25 minit
= 125 minit), sebulan (125 minit X 20 hari = 2500minit). Sebulan, selama 42 jam bersamaan 1.8 hari
Cikgu tidak mengajar dan gaji tidak pernah ditolak pun. Tidak mengapa! Cikgu jangan gusar.
Biasanya sekolah meminta Cikgu buat kelas tambahan, aktiviti kokurikulum tanpa berbayar dan
kerja-kerja lain. Ini semua untuk menghalalkan gaji dari masa Cikgu tidak mengajar tadi. Jangan
biarkan masa tidak mengajar tadi berlalu begitu saja kerana keberkatan dari pendapatan semuanya
untuk anak-anak.
Actual Learning Time (ALT), jumlah masa sebenarnya pelajar dapat belajar. Dari 35 minit
yang Cikgu ajar, berapa minit agaknya pelajar dapat belajar? Mungkin hanya 30 minit atau kurang,
ini bergantung kepada suasana dan masa. Tidak hairanlah kalau BPR kata Kumpulan Pendidikan di
antara tertinggi yang terlibat rasuah terutamanya rasuah masa. Janganlah jadikan kita salah seorang
yang terlibat.
„Cikgu Handsome hari ini!‟, usikan nakal
anak muridku, biasanya pelajar perempuan. Aku
tersenyum saja, Cuma persoalannya, aku
handsome hari itu saje ke? Tinggalkan saja
usikan itu. Apa yang hendak aku perkatakan
tentang Penampilan Diri seorang Cikgu. Cikgu
perlu punya penampilan diri yang baik. Setiap
hari persekolahan Cikgu akan dilihat oleh beratus
-ratus pasang mata pelajarnya. Dari hujung
rambut hingga ke hujung jari kaki mesti dijaga,
diurus dengan baik. Pemakaian baju, tali leher,
seluar mahupun sepatu mestilah kemas (lelaki).
Hatta kalau Cikgu punya misai, uruslah misai itu,
janganlah misai sampai menutup mulut. Begitu
juga Cikgu Perempuan, pakailah pakaian yang
menarik kalau boleh dengan warna-warna
menarik (jangan lebih 3 warna) bermake-up
sedikit terutama gincu bibir (jangan keterlaluan).
Pakailah minyak wangi yang lembut. InsyaAllah
Cikgu akan mendapat perhatian, sekaligus mata
pelajaran yang diajar akan lebih berkesan.
Aku mahu Cikgu menjadi IDOLA kepada pelajarnya. Di luar sekolah pun sepatutnya Cikgu
menjaga penampilan, terutamanya selepas bersara. Janganlah sampai bulu hidung menjadi misai.
Ingat sampai bila-bila Cikgu tetap Cikgu,Satu kerjaya yang Mulia. Selalu aku bercerita tentang Cikgu
Matematikku sewaktu di sekolah menengah pada tahun-tahun 60an. Dia Cikgu lelaki dan masih
bujang.Setiap hari memakai baju berwarna biru tua. Suatu hari aku bertanya,” Maaf Cikgu, tumpang
tanya, Cikgu tak ada baju lain ke?”. Mungkin soalan yang agak kurang sopan, tetapi Cikgu
menjawab,”Ada,setiap hari saya salin tapi warna tetap Biru Tua, sebab warna kegemaran saya!”.
Selamba dia menjawab.”Tapi kenapa baju Cikgu koyak kat bawah ketiak?”, soalku lagi. Dengan nada
yang agak marah Cikgu menjawab, “Tiap-tiap baju saya koyakkan!”. Aku tahu dia memakai baju yang
sama setiap hari. Aku kecewa sebenarnya dengan jawapan itu. Matematik mata pelajaran kritikal
ketika itu, tetapi pengajarnya tidak menyelerakan. Akhirnya aku gagal matematik di dalam SPMku.
Begitulah pentingnya pakaian di dalam membantu P & P Cikgu.
Di umur 58 tahun ini aku amat bersyukur,
diberi kesihatan yang baik. Aku tak ada darah
tinggi, kencing manis atau masalah jantung.
Masih boleh makan minum semua jenis
makanan (sudah tentu yang halal). Masih boleh
berlari hampir setiap hari sejauh 2 km dalam
masa 25 minit. Tiada rahsianya yang perlu
diamalkan. Jangan lokek untuk membeli dan
memakan makanan tambahan. Buat
pemeriksaan kesihatan menyeluruh (darah dan
ECG). Ini aku lakukan setahun sekali (kali
terakhir pada 11 Julai 2010) kerana padaku
„Kesihatan adalah Kekayaan‟. Aku nasihatkan
kepada semua
Cikgu buatlah pemeriksaan doktor
terutamanya berumur 40 tahun ke atas
sebagaimana di dalam Arahan Perkhidmatan.
Janganlah menjadi Cikgu bermasalah
terutamanya kesihatan kerana bukan sahaja
menyusahkan sekolah untuk membuat jadual
waktu ganti tetapi juga kepada pelajar.
Mudah-mudahan aku terus diberi
kesihatan dan kekuatan untuk berbakti ke
sekolah-sekolah yang memerlukan. Aku mahu
segala Ilmu yang ada ini dapat dikongsi
bersama dengan Cikgu-Cikgu. BANGGALAH
MENJADI CIKGU.
Hj. Zakaria Bin A.Shukor
Judul Buku : The 360o Leader
Penulis : John C.Maxwell (Penulis Best-Seller New York Times) Halaman : 363 muka surat Penerbit : PTS Professional Publishing ISBN : 978-967-5226-25-0
Harga : RM30 (Semenanjung Malaysia)
Ulasan Buku : The 360o Leader Hj. Jasni Bin Hj. Omar
(KPP Sektor Pengurusan Sekolah)
Melalui pembacaan buku The 360o Leader,
terdapat 7 bahagian termasuk satu bahagian bo-
nus. Pada keseluruhannya buku ini amat menarik
dan wajar dibaca sebagai bahan ilmiah yang boleh
membantu kita dalam mengurus tadbir sesebuah
organisasi. Saya Cuma ingin berkongsi satu sub-
topik dalam bahagian 5 (Prinsip Amalan Pemimpin
360 Darjah Memimpin Orang Bawahan) iaitu
Prinsip Kembangkan Potensi Anggota
Pasukan.
Penulis menyatakan bahawa pekerja di ba-
hagian tengah adalah tulang belakang setiap
organisasi dan mereka perlu dihargai. Saya ber-
setuju dengan pendapat ini dan pemimpin perlu
membawa konsep ini selangkah di hadapan. Ba-
gaimana kita memberi kelebihan kepada pasukan
kita, membantu pemain gred B memberi usaha
yang paling tinggi dan membantu pemain gred A
mengangkat kepakaran mereka ke peringkat lebih
tinggi?
Memang terdapat banyak lagi kepimpinan
yang lebih hebat daripada hanya menyiapkan
kerja. Menyiapkan kerja menerusi orang lain men-
jadikan kita pemimpin tetapi mengembangkan
orang lain sementara menyiapkan kerja dengan
sempurna menjadikan kita pemimpin yang hebat.
Apabila kita mengembangkan orang lain, mereka
menjadi lebih baik, mereka melakukan kerja
dengan lebih baik, dan kita serta organisasi men-
dapat manfaat. Semua yang terlibat akan menang.
Hasilnya? Kita menjadi pemimpin yang dicari-cari
dan mahu diikut disebabkan cara kita menambah
nilai kepada orang lain.
Pimpin Mereka Berbeza-beza
Tidak semua orang memberi respons
kepada kepimpinan yang sama. Kita perlu cuba
konsisten dengan semua orang. Kita perlu
melayan semua orang dengan baik dan dengan
hormat tetapi jangan cuba menggunakan strategi
dan kaedah yang sama dengan mereka semua.
Jika kita mahu menjadi pemimpin 360 darjah, kita
perlu mengambil tanggungjawab yang disesuaikan
dengan gaya kepimpinan kita kepada keperluan
pekerja kita.
Penulis menyatakan bahawa pekerja
di bahagian tengah adalah tulang belakang setiap organisasi dan
mereka perlu dihargai.
Gunakan Matlamat Organisasi Bagi Mengembangkan Individu
Cara mewujudkan situasi menang adalah dengan memadankan tiga perkara berikut:
Matlamat
Cari keperluan atau fungsi dalam organisasi yang akan memberi nilai kepada organisasi.
Kekuatan
Cari individu dalam pasukan kita yang memiliki kekuatan yang perlu dikembangkan serta
membantu mencapai matlamat organisasi.
Peluang
Sediakan masa, wang dan sumber kepada individu yang memerlukan bagi mencapai
matlamat.
SITUASI INDIVIDU SITUASI ORGANISASI KEPUTUSAN
Tidak baik Tidak baik Semua orang rugi
Baik Tidak baik Organisasi rugi
Tidak baik Baik Individu rugi
Baik Baik Semua orang menang
Bantu Mereka Mengenali Diri
Individu tidak boleh menjadi realistik mengenai
potensinya sehinggalah mereka menjadi realistik men-
genai kedudukannya. Dengan kata lain, kita perlu tahu
di mana kita berada sebelum kita boleh memikirkan
bagaimana dapat kita tiba ke matlamat.
Max DePree (Pengerusi Emeritus Herman
Miller) berkata tanggungjawab pertama bagi pemimpin
adalah mendefinisikan realiti.
Saya percaya tanggungjawab pemimpin yang mahu mengembangkan orang lain adalah dengan
membantu merreka menddfinisikan diri mereka yang sebenarnya. Pemimpin membantu mereka menge-
camkan kekuatan dan kelemahan diri mereka. Perkara ini penting jika kita mahu membantu orang lain.
Bersedia Berterus Terang
Hampir kesemua pertumbuhan datang apabila kita mendapat respons positif kepada perkara yang
negatif. Semakin sukar perkara yang perlu kita tangani, semakin kita perlu berusaha keras bagi berkem-
bang. Proses ini selalunya kurang enak, tetapi kita selalunya perlu menghadapinya.
Apabila kita enggan mengadakan perbualan yang sukar, kita perlu bertanya diri kita, “Adakah kerana
ia akan menyakitkan perasaan mereka ataupun menyakitkan perasaan saya?” Jika ia menyakitkan
perasaan kita, kita sebenarnya mementingkan diri sendiri. Pemimpin yang baik dapat melawan rasa tidak
selesa mengadakan perbuaan yang menyentuh perasaan demi orang yang mereka pimpin dan organisasi.
Perkara yang perlu kita ingat adalah orang lain akan berusaha mengatasi perkara yang sukar jika mereka
percaya kita mahu bekerja dengan mereka.
Hj. Jasni Bin Hj. Omar
Yok! Atasi Stres
Dengan Cara Terapi... AZIZURAHMAN BIN HJ SAMIAN
Kaunselor JPNJ, Sektor Psikologi dan Kaunseling,JPN Johor (kini Kaunselor Kanan, BPsK, KPM)
Apakah perubatan alternatif dalam kaunseling?
Perubatan alternatif dalam kaunseling telah membantu mengatasi pelbagai penyakit dan masalah yang dialami oleh manusia samada melibatkan fizikal ataupun mental. Pelbagai pendekatan terapi dan rawa-tan yang telah diperkenalkan seperti terapi urut, terapi seni, terapi muzik dan terapi aroma telah banyak mem-bantu klien mengatasi masalah mereka dan mengem-balikan stamina mental serta fizikal mereka dalam keadaan normal dan stabil.
Sebagai contoh dalam pendekatan terapi satu
kajian telah menunjukkan bahawa terapi urut bukan sa-haja berkesan dalam menangani stress malah ianya da-pat mengurangkan lain-lain penyakit seperti pening kepala, barah, kanak-kanak terlalu aktif, kurang tum-puan belajar, strok, Parkinson, kemurungan, kerisauan dan lain-lain lagi (Martin, 2005; Jane, 2005; Ocker, 2004; et. Al., 2002; dan Abrams, 1999).Terdapat lebih kurang beberapa jenis terapi dan rawatan yang digunakan se-bagai pendekatan perubatan alternatif dalam kaunsel-ing. Di antaranya ialah seperti terapi urutan ( Massage Therapy),terapi aroma ( Aroma Therapy),terapi Seni ( Arts Therapy), terapi muzik (Arts Therapy) dan terapi tarian (Dance Therapy)
Apakah maksud Terapi Urutan ( Massage Therapy)?
Menurut Fritz (2001) dalam Ashmall (2003) telah mendefinisikan bahawa terapi urut yang menyeluruh dikenali sebagai Terapeutik Urut. Menurutnya terapi urut merupakan satu kesenian saintifik dan boleh dilakukan secara manual kepada tisu-tisu kulit, otot, tendon, ligamen, fascia, dan struktur badan dengan menggunakan tangan, kaki, lutut, lengan, siku dan tapak tangan melalui sen-tuhan luaran secara saintifik melalui pelabagai gerakan seperti usapan, menguli, menekan, memutar, dan memecah.
Ia juga termasuk menggunakan bahan tambahan seperti minyak, air, kepanasan dan ais bagi
meningkatkan dan mengekalkan keadaan fizikal dan kesihatan pada tahap yang baik melalui urutan melembutkan otot, meningkatkan rileks, merangsang perjalanan darah, dan menghasilkan kesan terapeutik kepada pernafasan, sistem saraf dan mengembalikan semula hubungan interaksi seluruh sistem badan.
Azizurahman bin Haji Samian
Kajian semasa menunjukkan bahawa terapi urut telah terpilih sebagai rawatan tambahan
dalam rawatan perubatan. Ini kerana kajian utama telah mendapati terapi urut adalah lebih baik
dari terapi relaks dan lain-lain rawatan pengurusan stress yang ada dalam pelbagai ujian sampel
klinikal (Field et al., 1992, 1998) dalam Abrams (1999).
Bagaimanakah Kaedah Rawatan Terapi Urutan? Terdapat empat cara rawatan dalam terapi urutan: Cara Urutan Ringan - gosokan panjang, gosokan memutar, gosokan ringan.
Cara Urutan Sederhana - menarik, menguli dan memulas.
Cara Urutan Kuat
- tekanan ibu jari atau gelungsuran, tekanan di bawah tapak tangan dan tekanan hujung jari.
Cara “Percussion”
atau pukulan - menetak, menumbuk, mencekup dan mencekak.
Bahagian tengah kening, (Dahi): Tekan dgn 2 jari telunjuk kiri dan kanan dibhg tgh kening. Gosok secara perlahan sambil men goyang tempat tersebut. Ulang sebanyak 7 kali. Rasional : merangsang sistem kardivaskulor dan sistem pernafasan, merangsang perjalanan darah ke otak. Mgurangkan sakit kepala, pi tam,gayat, hilang imbangan dan kemurungan
Bahagian Kening : Dua ibu jari kanan dan kiri ditekan ditengah2 kening, gosok secara mmanjang dari tengah kening hingga hujung kening. Urut 7 kali. Rasional : Untuk merangsang urat mata dan saluran saraf yg bkait dgn hati
Bahagian Tepi Kening dan atas tengah kepala :
Tekan dengan tiga jari ( telunjuk, tengah dan manis) dibhg tepi kening kiri dan kanan. Tekan dan gosokan ke atas dari hujung kening hingga ke atas kepala tersebut. Ulang sebanyak 7 kali untuk mendapat keberkesanan. Rasional : Merangsang sistem hormon pituitari badan yang mengawal alam spiritual (emosi dan minda) dan alam pemikuran. Dapat mengurangkan kemurungan, pening kepala, pitam dan meningkatkan daya ingatan.
Apakah maksud Terapi Aroma ( Aroma Therapy)? Menurut Veronica Sibley (2003)
menyatakan terapi aroma merupakan satu
rawatan yang lembut dan satu kaedah
berkesan untuk menyembuhkan dan
mencambahkan pemikiran, badan dan
semangat dengan menggunakan minyak
semula jadi dari tumbuh-tumbuhan yang
aromatik, pokok-pokok dan rumput-rumput. Ia
memberikan satu cara alternatif lain kepada
dunia perubatan kimia. Kesimpulannya, aroma
terapi adalah satu rawatan yang
menggunakan elemen tumbuh-tumbuhan yang
menghasilkan bauan yang harum dan dapat
membantu mengurangkan beberapa masalah
atau penyakit emosi, mental dan fizikal.
Apakah Jenis-Jenis Minyak Aroma Yang Digunakan Dalam Rawatan? Aroma Lavender digunakan untuk merawat stress dan dapat menenangkan emosi, mengelakkan
kepanasan matahari, sesuai digunakan untuk mengurangkan sakit kepala, mengurangkan penyakit
kemurungan dan kebimbangan.
Aroma Chamomile digunakan untuk mebantu proses penghadaman, merawat masalah sakit perut,
mengurangkan kesakitan ketika period pain dan membantu menyeimbangkan emosi, mengurangkan
kebimbangan, insomenia sakit telinga dan rasa loya.
Aroma Peppermint digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, sakit kepala, keletihan
sakit kepala berpanjangan, loya, gastrik, sakit perut, pedih ulu hati, sakit saraf, migrain dan masalah
kesejukkan.
Aroma Geranium digunakan untuk mengatasi masalah radang pundi kencing, gatal, psoriasis,
berpeluh waktu malam dan mengatasi muka merah ketika waktu panas.
Aroma Bergamot digunakan untuk mengatasi masalah sakit kepala, asma, senak, period pain,
jangkitan paru-paru, radang pundi air kencing dan masalah luka-luka.
Bagaimanakah Kaedah Rawatan Terapi Aroma?
Kaedah difusi digunakan bagi menyebarkan minyak esensial ke ruang udara. Kaedah yang boleh
digunakan ialah dengan difusi tisu mudah, difusi wap dan difusi lilin di dalam rumah, di pusat kosmetik
dan pusat SPA.
Lavender, Bergamot, Charmomile,
Peppermint dan Geranium;
Setiap satu mempunyai khasiatnya yang
tersendiri
Apakah yang dikatakan Terapi Muzik (Music Therapy)?
Terapi Muzik dipelopor oleh Canon Harford (1981) di The Guild of St. Cecelia. Ia mengubati
pesakitnya dengan menggunakan sedatif di mana ia berfungsi sebagai pemberi sokongan, mengisi
masa pesakit dan hiburan. Menurut Leslie Bunt (1994) bunyi dan muzik digunakan untuk men-
jalinkan perhubungan di antara klien dengan kaunselor secara memberi sokongan fizikal, mental
dan emosi. Kesimpulannya, muzik terapi merupakan profesion kesihatan yang menggunakan ele-
men teraputik dalam muzik bagi membantu dalam perkembangan fizikal,
psikologi, kognitif, rohani dan fungsi sosial seseorang individu.
Di antara elemen dalam terapi muzik ialah bunyi suara, loudness,
pitch, duration and time, rhythm, melody and interval dan harmony pitch
sound together. Terapi Muzik dapat membantu mereka yang menghadapi
masalah seperti masalah tingkah laku, pesakit kronik, masalah pemakanan,
pemulihan fizikal, autism, penderaan emosi, bermasalah pembelajaran,
pesakit mental dan pesakit gastrik.
Terapi muzik dijalankan dengan penggunaan alat muzik. Ia mempun-
yai kombinasi antara pergerakan dan muzik. Terapis boleh menggunakan
nada muzik yang berbeza-beza terhadap klien mereka untuk mendapatkan
maklum balas dan perubahan klien.
Terapi muzik juga boleh dijalankan dengan mewujudkan kombinasi
antara aktiviti mewarna dan melukis selain aktiviti berirama, menulis lirik dan
mencipta lagu. Dengan menulis lirik dan mencipta lagu klien dapat meluahkan perasaan dalaman
Apakah Maksud Terapi Tarian
(Dance Therapy)?
Ia dikenali sebagai terapi pergerakan
( movement therapy). Ia merupakan satu per-
gerakan kreatif. Terapi tarian adalah suatu tek-
nik pergerakan dan tarian yang diperkenalkan
oleh Carl Gustav Jung pada 1916. Menurut
Barternieff dan Lewis (1980) terapi tarian
adalah merupakan bentuk-bentuk pergerakan
manusia yang meliputi functional dan
expressive, aktiviti yang boleh meliputi pemer-
hatian terhadap analisis pergerakan dan mem-
bawa perubahan.
Terapi tarian dapat membantu individu
yang mempunyai masalah sosial, masalah
ganguan emosi, kognitif dan fizikal. Ia boleh
dilaksanakan
Terapi muzik juga boleh dijalankan dengan mewujudkan kombinasi
antara aktiviti mewarna dan melukis selain aktiviti berirama, menulis lirik
dan mencipta lagu
melalui perkhidmatan di hospital psikitaris, pusat mental, institusi pemulihan dan sekolah pendidikan
khas.Terapi ini boleh dijalankan terhadap semua lapisan usia, jantina dan bangsa. Pergerakan terapi
dapat menyampaikan mesej saling memahami dan menerima antara satu sama lain dalam kelompok.
Irama digunakan untuk mewujudkan empati dan kejelikitan.
Bagaimana Terapi Tarian dilaksanakan?
Semasa terapi tarian dijalankan klien diingatkan
supaya berpakaian selesa atau loose comfortable clothing.
Ahli terapi juga akan berbincang mengenai matlamat yang
ingin dicapai dalam proses rawatan
Proses terapi dijalankan dengan menggunakan
muzik atau tanpa muzik di mana ahli-ahli terapi akan
bergerak bersama-sama dengan klien untuk menyokong
perasaan (support their expression) mereka. Ahli terapi
boleh berbincang dengan klien tentang pergerakan.
Sebenarnya pendekatan dan rawatan alternatif yang
dipaparkan adalah sebahagian kecil dari pelbagai teknik
rawatan yang diaplikasikan oleh pelbagai pengamal terapi
dalam proses rawatan terhadap klien mereka. Anda boleh
manfaatkan terapi ini dalam membantu mengurangkan stres
yang dialami, samada berpunca dari tempat kerja,
rumahtangga atau persekitaran. Jika masalah stres yang
dialami berlarutan berjumpalah kaunselor anda bagi
mendapatkan proses tolong bantu yang berkesan bagi
mengatasinya.
Anda boleh manfaatkan terapi ini dalam membantu
mengurangkan stres yang dialami, samada berpunca dari
tempat kerja, rumahtangga atau persekitaran
ADIGURU
Melayu Aria Putera
Oleh : Kasim Noah
I
“Adapun anak kita ini peliharakan baik-baik jangan diberi bermain jauh, kerana dia sangat nakal lagi
keras hatinya. Hendak ku suruh mengaji mualim tiada, lagi pun dia ini tidak tahu bahasa. Sekarang
baiklah kita ke Bentan. Maka demikian marilah kita berlengkap bersimpan segala kulakasar kita”.
Begitulah pesan Hang Mahmud kepada bininya Dang Merdu perihal hendak memberi pendidikan
kepada Hang Tuah yang sudah berumur 10 tahun itu. “Moleklah kita menghantar dia pada petapa
bernama Aria Putera di Bukit Pancalusa. Kerana kita tahu pandainya ilmu hulubalang. Boleh nanti
anak kita menjadi budak raja apabila besar,” begitu hendak siayah, memilih guru yang baik, berharap
kerja yang baik.
“Eloklah kanda berpakat dengan Hang Dolah, Hang Mesamut, Hang Mansor dan Hang Samsu akan
Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu mengiringi budak yang berempat itu kepada Hang Tuah. Biar besar
tidak leler, membuat onar dalam kampung, dibenci jiran tetangga. Biar tidak terlihat yang baik asal
jangan terdengar buruk. Beranak bercucu nanti baik khuluknya menjadi orang yang mulia. Biar kita
miskin asal perdana lakunya.,” pesan Dang Merdu pula. Begitu pula hendak siibu, memilih laku yang
baik, berharap nama yang masyhur.
II Setelah sepakat sekata, maka berangkatlah budak
berlima itu mengadap Pendita Aria Putera pun kebe-
tulan turun dari pertapaannya. Dipersembahkan oleh
Hang Tuah madu dan buah maja yang dibawa kepa-
da Aria Putera, disampaikan Hang Tuah pesan ibuba-
pa mereka. Dipimpin Aria Putera budak itu keru-
mahnya, dijadikan anak seadanya.
Adapun budak berlima ini sukanya hanyalah bermain
dan bergurau senda kerjanya. Barang perbuatan apa-
pun dijadikan permainan. Amatlah suka bergumpal
dan berkejar dan teramat pintarnya. Si Tuah itu tida-
klah mahu alah kepada yang lain. Si Jebat pula tera-
matlah degil dan keras hatinya. Tidaklah dia tahu erti
takut akan gertakan orang. Yang bertiga lagi itu pun
tidak kurang perangainya. Kerana mereka kanak-
kanak yang sedang membesar. Terasa bebanlah ke-
pada seorang guru biasa yang ingin mendidik budak
berlima ini.
Akan Aria Putera ini ditenungnya seorang demi seorang
muka budak berlima itu dan ditiupnya ayat, dilembutkan
hati budak-budak itu agar menjadi sayang padanya. Ti-
daklah masuk ilmu kejiwa jika budak itu tidak suka dan
benci akan dia.
“Hai cucuku Hang Tuah, adapun aku ini orang miskin, 3
bersaudara ramainya. Yang muda bernama Aria Sina di
Majapahit, yang tua duduk di Gunung Wirana Pura na-
manya Sang Persata Nala. Adapun cucuku apabila
sampai usiamu 23 tahun nanti hendaklah engkau pergi
ke Majapahit, jangan tiada engkau berguru kepadanya,
terlalu banyak tahunya dari pada aku. Ia menjadi ajar
ajar, tinggi ilmunya kerana tiada dia merasai dunia.
Tinggi maqamnya kerana tiada dia berharap emas
perak dengan menjual ilmunya. Bermula aku pun
berlajar padanya sedikit sebanyak. Sukar cucuku
mencari adiguru serupa dia di rantau Melayu ini.”
III
Tahulah Aria Putera bahawa perangai budak hendakkan bebas, jangan ditengking herdik, jangan
dipatah hatinya, jangan dikatakan jangan kerana itulah yang hendak dicuba. Itulah naluri budak. Hati
mendidik adalah mendidik hati.
Terpegunlah budak berlima itu mendengar kata-kata Aria Putera, bagaimana belum bermula alif
sudah diberikan pesan membuat ijazah. Baru keluar kampung sudah disuruh merantau jauh. Itulah
patutnya pesan guru pembuka hati anak didiknya. Menunjuk arah ilmu dengan jelas.
Ada pun mendidik anak yang degil ini perlulah dengan sabarnya. Lebih lagi telah ditenung oleh guru
ini budak berlima itu tinggi baik retaknya menjadi ancang negeri, besar bergelar mati ternama. Maka
bermunajatlah dia mencari petunjuk akan cara mendidik yang baik agar cepat pandainya dan berilmu
tinggi. Begitulah adiguru mendoakan muridnya yang jarang dibuat orang biasa. Mencari barakah ilmu
yang diajar.
Haji Md. Kasim bin Mohd Noah Ketua Sektor
Sektor Jaminan Kualiti
IV Sebermula disuruhlah budak berlima itu masuk ke
hutan mencari buah-buahan untuk dibuat makan
mereka. Dipesankan agar pulang sebelum matahari
naik atas kepala. Budak budak itupun hilanglah
dengan bekas masing-masing. Banyaklah buah-
buahan yang dibawa pulang, masing-masing gembira
sambil kejar mengejar. Tidak mahu alah salah
seorang pun.
ADIGURU
Baru keluar kampung sudah
disuruh merantau jauh.
Itulah patutnya pesan guru
pembuka hati anak
didiknya. Menunjuk arah
ilmu dengan jelas.
Senyampang antara berlima itu ada yang
membawa sekerajang buah rambai. Jadi
berbalinganlah mereka akan buah rambai itu sambil
diperhatikan oleh Aria Putera. Maka Aria Putera pun
memanggil budak-budak itu mengadapnya disusun
dalam bulatan lima orang dan Aria Putera berdiri
ditepi. Dijarakkan 3 hasta dari seorang ke seorang.
“Anak-anakku. Tadi engkau nenek lihat bermain
berbaling rambai, sekarang aku hendak tunjukkan
kepada engkau bagaimana pendekar main
berbaling rambai. Ambillah barang tiga jurai seorang
dan duduklah kembali ke tempat kamu. Letakkan
sebiji ditangan kiri dan sebiji lagi ditangan kanan.
Apabila aku menyebut nama salah sorang
dari kamu maka jentikkanlah buah rambai itu
kepada orang yang telah ku sebut namanya. Dan
orang itu hendaklah menangkap sebanyak mungkin
peluru rambai yang dijentikkan oleh musuh mereka.
Siapa yang banyak menangkap dikira menang.
Hanya dua kali sahaja tangan kiri dan tangan
kanan”. Aria Putera memberi panduan. Jika bermain
jadikan ilmu, jika belajar jadikan seronok.
Maka disebut nama Tuah, maka berterbangan buah rambai yang dijentik oleh Jebat, Kasturi,
Lekir dan Lekiu. Bersilat si Tuah menangkap. Dapat 3 biji. Disebut pula Hang Jebat bersilat jugalah dia
menangkap, dapat 2 biji. Disebut pula Hang Kasturi di jentik Hang Jebat kena mata, dijentik Hang Tuah
kena dada. Dijentik Hang Lekiu kena telinga. Terkekeh Aria Putera melihat merah muka Hang Kasturi
mengelak buah rambai yang dijentik kawannya. Memekislah Hang Kasturi. “Bagaimana hendak pandai
kami bermain jika nenek tidak menunjuk cara menjentik buah rambai ini”. Maka diajar oleh Aria Putera.
Afdhal mengajar bila dipinta, ditunjuk satu satu.
“Peganglah buah rambai itu dengan 3 jari,
turunkan lengan kamu ke bawah, lurutkan segala
darah dan nafas. Jadikan ia peluru sakti dengan jurus
deras sibuah berangan. Bila terasa cukup masuknya,
sudah ditentukan pula jarak sasarnya, pusingkan
telapak tanganmu ke atas aras lambung, lepaskan
peluru dalam hela nafas dan kalimat mukjizat”.
Ditunjuk Aria Putera. Sekali jentik terkena batu
meletup bunyinya, terkena pokok robek kulitnya, satu
peluru dilepas tiga ranting putus terkulai. Begitu
hebatnya jurus angin buah rambai jika terkena
halkum boleh tidak bernafas. Terpegunlah budak
berlima itu. Adiguru menunjuk hebat ilmunya.
ADIGURU
Siapa yang banyak menangkap dikira menang.
Hanya dua kali sahaja tangan kiri dan tangan kanan”. Aria Putera memberi panduan. Jika bermain jadikan ilmu,
jika belajar jadikan seronok.
Permainan diteruskan budak-budak itu bertambah seronok, jarak mereka semakin jauh takut
sakit dijentik buah rambai, dan berusahalah mereka menjentik sekuat yang mungkin untuk
mengenakan musuhnya. Hang Tuah juga dapat membedal kawan yang berempat itu.
Hari pun malam permainan tadi disambung lagi ada yang tidak puas hati dan hendak berkelahi.
Dibenarkan juga oleh Aria Putera kerana faham benar dia muslihat guru. Dan tidak jemulah sang
adiguru menjadi pengadilnya. Tiba-tiba jamung dipadamkan dan mereka berada dalam gelap, Aria
Putera terus menyebut nama. Apa yang terdengar hanya keluh bebudak yang terkena peluru buah
rambai. Dan cepatlah habisnya peluru mereka kerana tidak dapat menangkap buah rambai yang
dijentik di dalam gelap itu.
V “Adapun untuk menjadi hulubalang itu, pertama
mengamati musuh. Cepat mengesan dan
bersedia. Serang dengan kekuatan dan ketepatan.
Dengan nafas dengan jurus, lihat dimana
lemahnya, ukur jaraknya, barulah lepaskan buah
pukulan. Yang bertahan kena bersedia mendengar
deru angin, ambil baunya sekali dan kesan kelip
cahaya. Mata telinga hidung perlu bersatu sebagai
pertahanan. Nafas, jurus dan sasar adalah paksi
menyerang musuh. Baik terang baik gelap tiada
bedanya.” Aria putera berkata lagi. “Awasi senjata
kita jangan sampai makan tuan, peluru kita jadi
senjata musuh, peluru musuh jika dapat ditewas
adalah senjata kita menyerang balas”.
Firasat dan ilmu hulubalang diajar perlahan-
lahan kepada budak berlima itu. Ilmu penentu
gerak, menyapa angin dimasukkan sedikit demi
sedikit sambil bermain itu. Ilmu pemula langkah
membuka gelanggang. Baik berperang mahupun
berhujah. Baik bertanding mahupun bermain
bergurau senda semuanya berbatas hikmah.
Makin minatlah budak-budak itu belajar dalam permainan selangkah demi selangkah. Hang
Tuah jugalah paling cepat dapatnya. Culas mengelak serang dan cekap memati langkah musuh.
Yang datang kemuka ditangkap dengan gigi, yang jauh tersasar pun ditangkap dengan dua hujung
jari. Tidak kira siang atau malam mereka rasa sama sahaja. Angin dan bau telah dirasa, gerak
sudah berupa pendekar. Sehinggalah bulan mengambang penuh bermulalah perguruan ilmu
hulubalang sebenar mereka. Berselang malam Aria Putera mengisi roh dan jiwa. Berselang pagi
siguru mengisi jurus gerun, berselang petang diisi asyek sekampung. Siapa memandang tunduk
kasih akan mereka. Habis rambai diganti kelikir, habis kelikir diganti pasir, habis pasir dijurus
angin. Siap dengan tauhid dan makrifat. Walau bermain tinggi maqamnya, hebat jurusnya.
ADIGURU
VI Semakin lama bersama Aria Putera semakin pula
tekun anak anak ini belajar, kuranglah mereka
bermain dan berleka kerana mereka tahu bahawa
Tuah dan Jebat telah maju ilmu tempurnya, rajin
pula mereka berlatih tanpa jemu. Maka, Kasturi,
Lekir dan Lekiu digagahkan juga dirinya. Hang
Tuah selalu sahaja menangnya. Hang Jebat pula
terlalu keras degilnya. Hang Kasturi pula terlalu
panjang akal belitnya. Lekir Lekiu pula terlalu
pantas elak menculas serang, terutama bila si
Jebat mengamuk. Kadang-kadang dibiar Aria
Putera Jebat mengamuk budak bertiga itu baru
disuruh Tuah mengembari amuk si Jebat.
Manakan mahu majunya jika adiguru tidak
mengesan rasa hati emosi muridnya.
Begitulah cepat budak itu belajar kerana Pendita Aria Putera tahu melayan kerenah kelima
budak kampung itu. Bangga benar hatinya kerana budak tidak tahu bahasa dari Kampung Duyung
yang degil dan bermain hutan itu telah dapat diasuh menurut perintah. Digilap bakatnya satu persatu.
Diajar mengikut kebolehan dan minat mereka. Yang suka bermain tombak diberi tombak, yang
pandai berseligi diberi seligi, yang berbadan sasa dibiar bertangan kosong. Cepat sangat pandainya
bila jiwa murid telah bersatu dengan adiguru. Cepat benar dapatnya bila pendita yang tua itu menjadi
rakan kepada budak-budak 10 tahun. Manakan mahu jadi ilmunya jika guru tidak berlatih bersama.
Sama berlatih bergelut, sama berlari memanjat bukit, sama meniti denai, sama menyelam
lubuk. Diisi dengan sendi kalimat, dikunci dengan fatwa dan pedoman, disusun nafas, diatur tidur
makan, agar budak budak itu sentiasa sihat dan berazimat. Banyak kali jugalah Aria Putera
mengebat menggunakan ilmu jurus batinnya bagi mengalahkan kudrat tenaga muda budak berlima
itu. Jika tidak, usahkan si Tuah, si Jebat, Hang Lekir pun akan dapat mengalahkannya.
VII “Wahai cucu-cucu kesayanganku kembalilah
engkau ketanah jadi kerana firasat nenek sampai
masanya cucu akan menjadi budak raja. Jiwa kita
jiwa Melayu. Jadi Raja pun tetap hamba kepada
yang Esa. Sombong bongkak bukan budaya kita.
Patuh setia pada yang tua itulah melayu kita,”
Aria Putera memberi nasihat.
ADIGURU
Cepat benar dapatnya bila pendita
yang tua itu menjadi rakan kepada
budak-budak 10 tahun. Manakan
mahu jadi ilmunya jika guru tidak
berlatih bersama
“Ilmu itu apa yang engkau amalkan. Apa yang
engkau latih sendirian. Apa yang engkau ulang-ulang
setiap hari sampai engkau jadi cekap. Setengah
hairan bertanya bagaimana kamu menjadi pintar,
setengahnya bertanya siapakah guru kamu. Tapi
sebenarnya, engkaulah yang menguasai ilmu itu,
engkaulah yang mendalami, engkau jugalah yang
mengukuhkan. Pada diri engkau jugalah kehebatan
dan kemahiran itu berlaku, bukan pada nama guru
mu. Ajaran itu ada pada aku, kehebatan itu ada pada
engkau. Dapatkan selangkah dari guru engkau
jadikan sepadang pada dirimu. Satu ayat diajar guru
engkau zikirkan seribu kali sehari,” sepatah sekitab
dikhutbah adiguru.
“Jagalah kampung bangsa Melayumu. Tanah
Melayu ini jangan sampai dirosak orang dagang.
Jangan sampai tidak hormat pada yang tua. Jaga
fitnah kerana dia membakar nafsu, jaga nafsu kerana
ia membakar iman, jaga iman kerana iman boleh
menjaga yang hak”.
“Ingatlah bila sampai saatnya manusia Melayu
itu lupa, sedarkan asal kita sebangsa serumpun.
Berpadalah mengejar dunia, jangan membuang
saudara kerana hendak menjadi ketua. Biar
sekeluarga kita membangun anak bangsa”.
Maka sujudlah budak berlima itu dikaki Aria
Putera sama dengan tangisnya. Akan Aria Putera
diangkatnya budak itu diciumnya seorang demi
seorang dengan penuh kasih sayang. Terasa bangga
hatinya kerana anak kampung yang teramat degil
lagi keras hatinya dapat dibentuk patuh, beradap
mulia. Walaupun ilmu tidak seberapa, mereka diajar
menjadi orang berguna. Itulah kepuasan seorang
guru, bangga guru atas muridnya. Adiguru yang
membangun modal insan, mendidik membangun
potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek, alangkah
mulianya.
Wallahualam.
ANAK GEN-
ERASI
Anak generasi kian alpa,
Virus mazmumah meresap ke lubuk jiwa,
Mengalir ke urat saraf iman,
Memamah jantung taqwa,
Runtuh tembok amal,
Roboh tugu akhlak,
Bila:
Hidup berkiblatkan nafsu,
Di persada maksiat.
Sebelum wabak menjadi barah,
Menular membunuh harapan negara,
Gilaplah permata itu ,
Dengan sutera addin,
Suntikan imunisasi tazkirah,
Dengan nur hikmah,
Tuntunlah ke terminal nasuha,
Dengan kasturi istiqomah.
Agar;
Lahirlah salafusoleh
Pembela agama , pejuang bangsa,
Mengibarkan panji-panji kebenaran,
Tanpa gentar bersarang di dada,
Menyahut cabaran yang datang,
Dengan semangat waja,
Menebus maruah,
Negara merdeka,
Menggilap kembali ,
Kegemilangan yang hilang.
Duhai ibu,
Duhai bapa,
Para pendidik,
Pemimpin budiman,
Di atas hakikat ini, akurlah
Di atas kesedaran ini, insaflah.
Bahawa anak generasi hari ini,
Adalah cermin peribadi kita
Di masa depan.
Nukilan,
Tg. Norlaila Tg. Ismail
SK. Taman Perling,
Persisiran Perling 1,
ADIGURU
ERTI SENYUMAN
Bila rakan ku tersenyum kepadaku
Menguntum mekar indah
Hati berbunga melihat
Lantas terbalas respon
Tersenyum jua aku..
Walau aku tidak begitu pasti, mengapa…
mungkin..
Menjaga hatinya….
Bila rakan ku tersenyum kepadaku
Manis, …keindahan wajah terserlah
Bagai ada daya penarik
Hati bergetar untuk tertaut…
Cumanya siapa dia itu … dan
Siapa aku ini…. Bolehkah itu…
Atau….bagaimana nanti…
Letaklah akal …buatlah keputusan…
Fikir panjang-panjang….
Bila rakan ku tersenyum kepadaku
Tidak seperti selalu
Bagai dibuat-buat
Tawar ….manisnya kurang
Tapi masih ada rupa…
Mencari cermin.. mencari rencah
Menilik diri , mencari kurang
Entah dimana-mana….
Bila rakan ku tersenyum kepadaku
Terus tertawa…
Mesti ada yang tercuit
Dari lucuan yang mencuit
Dari kenangan atau tingkah spontan
Bila rakan ku tersenyum kepadaku
Sedang matanya melirik
Ke kiri atau ke kanan
Bagaimana mahu mentafsir
Hanya dia yang tahu apa ertinya
Apa bersarang di benak
Adakah yang tidak enak
Bagaimanapun
Sebagai rakan
Aku tetap prihatin dengan ribuan jenis senyumanmu..
Kerana
Semuanya ada rasa
Semuanya ada perasa
Semuanya ada perasaan
Yang begitu subjektif untuk ditafsirkan
Engkau….tetap rakanku
Walaupun senyumanmu hilang terus nanti
Mungkin kerana aku tidak cuba memahami situasimu
Maafkan aku……….
Nukilan
Anarin
240405
Enkripsi data (data encryption) merupakan satu cara penukaran data daripada bentuk yang boleh dibaca kepada suatu bentuk kod sulit yang tidak difahami. Ia biasanya digunakan pada dokumen-dokumen yang bersifat sulit atau peribadi untuk mengelakkan data tersebut daripada dibaca atau dimanipulasi. Kemudahan enkripsi data merupakan salah satu ciri yang terdapat di dalam Microsoft 2007. Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat enkripsi data pada Microsoft 2007. 1.Klik pada butang Microsoft Office
Membuat Enkripsi Data pada
Microsoft 2007
Oleh: YASMIN JEFFRY TANG
Sektor SICT JPNJ
2. Pilih Prepare pada menu yang di-
paparkan. Seterusnya, pilih Encrypt
Document di menu sebelah kanan.
YASMIN
3. Paparan Encrypt Document akan meminta kata laluan (password). Sila masukkan kata laluan.
4. Seterusnya paparan tersebut
akan meminta pengesahan kata
laluan. Sila masukkan kata laluan
sekali lagi.
Selepas anda menekan butang „OK‟, dokumen anda telah
selamat di enkripsi. Jangan lupa untuk save dokumen tersebut.
Dokumen tersebut tidak akan boleh dibuka selagi kata laluan
yang betul tidak dimasukkan.
Soalan untuk e-majalah…
SIAPA YANG MENONTON SARKAS?
Seramai 120 orang telah pergi menonton satu pertunjukan sarkas. Jumlah kutipan wang hasil
jualan tiket ialah RM120.00. Harga tiket-tiket masuk adalah berbeza. Harga tiket untuk orang
dewasa ialah RM5.00, kanak-kanak RM2.00 dan murid beruniform sekolah hanya RM0.10.
Berapakah bilangan penonton orang dewasa, kanak-kanak dan murid sekolah yang datang
menonton pertunjukan sarkas itu?