HBAE3103 kraf tradisional
-
Upload
saiful-asrul -
Category
Documents
-
view
1.597 -
download
13
Transcript of HBAE3103 kraf tradisional
OPEN UNIVERSITYUNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
(PENDIDIKAN RENDAH)
HBAE3103
KRAF TRADISIONAL
TUGASAN KURSUS
(SEM. JANUARI 2012)
ENGKU ZURAINI BT ENGKU JOHAN ISKANDAR
740119035790002
TEL : 014-8450036
EMAIL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN
WILAYAH KELANTAN
PENSYARAH PEMBIMBING
EN. ABD. AZIZ B. AB. RAHMAN
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya memberi
kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dihulurkan
kepada pensyarah pembimbing En. Abd. Aziz b. Ab. Rahman yang telah banyak
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah yang
dapat membalas segalanya.
Jutaan terima kasih juga dititipkan buat para sahabat dan semua pihak yang terlibat
memberikan kerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses
menyempurnakan tugasan ini.
Semoga segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan akan dapat digunakan
sepenuhnya untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dalam profesion perguruan demi
kemajuan anak bangsa.
Semoga segalanya mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.
Isi Kandungan Muka Surat ____________________________________________________________
2
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
1.0 Pengenalan
1.1 Seni Kraf Melayu
1.1.1 Kraf Ukiran Kayu
1.2 Hubung Kait Dengan Kepercayaan Melayu dan Agama Islam
2.0 Seni Kraf Melayu
2.1 Jenis-jenis Kraf
2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4
2.2 Proses Penggarapan Motif
a Motif Tumbuhan
b. Motif Haiwan
c. Motif Geometri
2.3 Ciri-ciri Islam serta Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Melayu
2.3.1 Motif Bunga Padi
2.3.2 Motif Itik Sekawan dan Itik Pulang Petang
2.3.3 Motif Bunga Buluh dan Pucuk Rebung
2.3.4 Motif Tampuk Manggis
3.0 Analisis Proses Pengarapan Idea
3.1 Analisis Proses Mentafsir Idea
3.2 Analisis Pengaruh dalam Memberi Makna
4.0 Sorotan Literatur
5.0 Kesimpulan
Pengenalan
3
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam. Hasil ciptaan seni kraf Melayu hari ini jelas menunjukkan ciri-ciri
keislaman yang utuh dalam penghasilannya. Seni kraf Melayu bukan sahaja berperanan sebagai
alat untuk kegunaan tetapi juga untuk kerohanian. Seni telah memainkan peranan penting pada
masyarakat Islam dalam memperkuatkan tauhid di kalangan ummah. Seni telah dijadikan sebagai
alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan
ummah. Dalam kesenian Melayu, agama dan seni saling berkaitan, dan tidak akan wujud kraf
dalam masyarakat Melayu jika kewujudan kraf tersebut bertentangan dengan kehendak agama
Islam. Hal yang berkaitan dengan agama merupakan transformasi simbolis hasil dari ungkapan
perasaan dan pengalaman masyarakat Melayu dengan alam sekitarnya yang lahir secara spontan,
tidak secara sewenang-wenang
1.1 Seni Kraf Tradisional
Seni diertikan sebagai usaha untuk mencipta reka bentuk dan karya sesuatu kraf atau
produk yang menyenangkan khalayak Seni bagi sesuatu kraf pula mempunyai perkaitan dan
persamaan dengan perkataan “manual’ atau corak pekerjaan yang lebih menggunakan tangan.
Dalam penghasilan seni kraf atau reka bentuk, elemen reka bentuk seperti garisan, warna, bentuk
dan tekstur telah digunakan untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk kraf. Seni mengikut
perspektif orang Melayu merupakan keindahan yang menarik minat, pandangan dan perasaan.
Dalam masa yang sama, estetika dan kecantikan kraf mereka selalunya berkait dengan latar
belakang budaya dan kepercayaan agama mereka.
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta yang diwarisi sejak turun –temurun dan
ianya adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa
dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin
melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan
mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad.
Kebanyakkan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau
untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk
4
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk
berbagai-bagai tujuan.
1.1.1 Kraf Ukiran Kayu
Penggunaan kayu dalam senibina Melayu Tradisional boleh dilihat dengan begitu ketara
sekali. Seni ukiran kayu ini adalah merupakan warisan tradisional Melayu yang kaya dengan
mutu kehalusan dan maksud-maksud pembuatannya di samping memberikan keindahan kepada
senibina. Seniukir ini tidak dapat dipisahkan dalam rekabentuk rumah-rumah Melayu lama. Ia
merupakan pelengkap kepada sesuatu kesempurnaan sesuatu rekabentuk.Baik dari segi jenis-
jenis ukiran yang digunakan mahupun perletakkannya dalam sesuatu senibina. Ini termasuklah
dalam kontek kehendak, adat resam dan kepercayaan agama.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-
rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik
tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja dan kepala perahu yan gdisebut bangau, alat-
alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dn penganagkutan tradisi seperti perahu,
kereta kuda dan kereta lembu.
Seni ukiran kayu ini mempunyai motif-motifnya yang tersendiri. Pada kebiasaannya ia
terbahagi kepad tiga pola utama, iaitu Pola Bujang, Pola Pemidang dan Pola Lengkap.
Penggunaannya juga bergantung kepada elemen-elemen yang terdapat pada sesuatu rumah. Di
sebalik perletakannya, seniukir ini juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Semuanya ini
dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan serta pantang larang orang Melayu lama.
Pada awalnya kebanyakan motif-motif yang terdapat dalam seniukir ini banyak dicampur
aduk dan dipengaruhi dengan pengaruh-pengaruh luar terutamanya pengaruh Hindu. Di mana
kebanyakan motif-motif senibinanya lebih berkisar kepada elemen-elemen benda-benda hidup
seperti elemen binatang, patung dewa-dewa, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Setelah
kedatangan Islam motif benda-benda hidup ini sudah kurang digunakan. Ini adalah kerana motif-
motif sedemikian adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Sebagai ganti motif-motif yang
berunsur alam semulajadi, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan digunakan. Seni khat juga merupakan
salah satu daripada seni ukiran kayu yang dibawa setelah kedatangan Islam. 5
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
1.2 Hubung Kait Dengan Kepercayaan Melayu dan Agama Islam
Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu
dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu menghuni alam Melayu
dan menganut kepercayaan tradisi Animisme dan Hindu, akhirnya mereka mula mengenali Islam
dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama
Islam, sementara yang lain terus menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu
telah berubah. Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan
yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.
Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan
sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang
bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat
kaitannya dengan akhirat.
Seiring dengan perubahan kepercayaan dan anutan agama maka hasil ciptaan seni kraf
Melayu juga banyak menunjukkan pengaruh Islam dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan
penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Ciri-ciri Islam jelas dapat
dilihat dalam penghasilan karya berdasarkan ragam hias dan motif-motif yang digunakan iaitu
tiada lagi rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digunakan. Ketiadaan motif ini
dalam ragam hias kraf tradisional Melayu adalah disebabkan bedasarkan ajaran Islam
menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau
diharamkan.
Namun begitu, terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek
untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan
daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan
secara stailisasikan hingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran
tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa seni kraf
Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri Islam yang lain juga jelas diperlihatkan
dengan ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek
6
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu
seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada Al-Quran.
1.3 Jenis-jenis Kraf Melayu
1.3.1 Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan
untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu.
Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan
mendapat tempat istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik
ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot,
senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih
mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.
1.3.2 Ayaman
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh,
rotan, lidi, bertam, paku-pakis atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara danperaturan
tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Kelarai ialah corak atau motif
berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi.
Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap
harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan.
Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan
tepat. Antara jenis kelarai ialah, kelarai berakar, kelarai beras patah, kelarai anak ikan, kelarai
kepala lalat, kelarai bunga cengkeh, kelarai mata punai, kelarai sisik kelah, kelarai tampuk
manggis dan sebagainya.
Seni anyaman merupakan kraftangan yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup
tradisional masyarakat Melayu. Daripada tikar hingga kepada dinding rumah, hasil kerja
menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak
menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan
bahan anyaman. Seni anyaman ini mempamerkan budaya dan cara hidup orang-orang Melayu 7
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
dahulu. Masyarakat dahulu membuat seni anyaman adalah semata-mata untuk memenuhi
keperluan kehidupan harian mereka. Beberapa bentuk kraftangan yang dihasilkan melalui
anyaman adalah seperti topi, tudung saji, bakul dan perabot yang mana kebanyakkannya adalah
untuk kegunaan harian sendiri atau dijual secara kecil-kecilan di pasar terbuka.
Menghasilkan produk anyaman bukanlah suatu proses yang mudah. Menganyam
merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan
yang lain. Anyaman juga adalah kesenian yang bersifat lahiriah, mempunyai makna yang dalam
dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan,
pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai symbol yang memberi makna
yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan,
corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu.
1.3.3 Batik
Batik ialah kraf tangan tradisional yang terkenal di serata tempat. Batik menjadi terkenal
kerana mempunyai hubungan dengan kegunaan harian orang-orang Melayu misalnya sebagai
penggunaan tekstil. Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua lapisan masyarakat malah
digemari juga oleh pelancong-pelancong sebagai ole-ole untuk saudara mara mereka ataupun
juga untuk dipakai ke majlis-majlis tertentu.
Batik dihasilkan melalui dua kaedah yang utama iaitu yang pertama menerusi blok
tangan, di mana corak tertentu dibuat pada blok kemudiannya dicetak ke atas kain. Penghasilan
begini juga digelar ‘printed batik’ atau batik cop. Melalui proses ini , penghasilan sesuatu batik
itu menjadi cepat dan cermat.
Cara kedua pula ialah melukis corak batik di atas kain menggunakan buluh yang
dikhususkan untuk melukis ataupun dipanggil ‘canting’. Batik Terengganu dan Kelantan terkenal
dengan batik cantingnya. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik dan
prosesnya agak memakan masa berbanding cara yang pertama tadi. Oleh itu, batik yang
dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal
1.3.4 Tekat8
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
Seni tekat juga dikenali dengan nama bersuji. Menekat merupakan menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
merengangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk
bunga tekat. Bentuk tekatan menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul.
Perbezaan antara warna keemasan pada corak dan warna tua kain atau baldu itu menghasilkan
seni rupa yang menekankan keindahan tampak, bentuk dan dimensi dengan menggunakan dua
warna. Warna kain atau baldu yang lazim digunakan ialah merah, biru dan hijau. Tekatan
kelingkan menggunakan pita kelingkan tampalan kertas perada di atas kain berwarna.
Sungguhpun seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini
digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut.
Corak yang digunakan untuk tekat berasaskan corak awan larat dan tumbu-tumbuhan seperti
yang terdapat pada ukiran kayu. Antara motif yang yang sering digunakan ialah pucuk rebung,
daun paku, daun keladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula
adalah seperti bunga cengkih, bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang dan sebagainya.
Terdapat juga motif baru yang dicipta seperti bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.
1.3.4.1 Jenis-jenis Tekat
(a) Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak
motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut
corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain
baldu.
(b) Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan.
Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui
benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasa corak tekat gubah
diiring dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah
dari kain baisa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, 9
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara
perkahwinan, kemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
(c) Tekat Perada
Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yang
ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi
kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat
dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerrawang
yang bertebuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cemin untuk
mengindahkannya lagi.
1.3.5 Songket
Kain songket berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket atau menyolek
bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis, iaitu tekat
tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang
sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih sukar dan rumit
daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas yang dikembar dua
dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari
segi teknik dan kesan.
Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau unga lawi
ayam ( dalam bentuk pucuk rebung), di apit di antara kepala tepi dan tepi kain. Antara motif
songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga lawi ayam,
bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak,
tampuk manggis dan buah delima. Manakala corak-corak songket yang abstrak dinamakan
kasap, pecahlapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang
dan jong sarat.
Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek,
awan larat dan teluk berantai. Ilham daripada haiwan pula ilah bunga lawi ayam, unduk-unduk,
bunga hati dan sisik kelah.10
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
2.2 Proses Penggapan Motif
2.2 .1 Motif Flora
Unsur-unsur tumbuhan seperti akar, pucuk rebung dan tampuk (jantung pisang, manggis,
pinang) selalu digunakan. Daripa unsur bunga-bunga pula ia menggunakan motif bunga tanjung,
bunga melur, bunga cempaka, bunga kenanga dan bunga durian. Bunga, pucuk, kudup, putik,
daun, dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.
2.2.2 Motif Fauna / Haiwan
Unsur-unsur fauna pula ada motif berbentuk anak ikan, kepala gajah, tulang ikan dan
mata punaiMotif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif bunga-bungaan dan
tumbuh-tumbuhan.
2.2.2 Arabes
Arabes adalah motif artistic berdasarkan penerapan pengulangan corak-corak bentuk
geometrid an pola kombinasi yang pelbagai. Bentuk-bentuk ini sering menggunakan tema
tanaman (flora) dan kadang-kadang jugaa bertemakan haiwan (fauna). Arabes adalah, seperti
mana dibayangkan dalam namanya, unsure-unsur kesenian Islam yang sering ditemui menghiasi
dinding masjid. Pilihan bentuk-bentuk geometri yang harus digunakan dan bagaimana mereka
harus diformat didasarkan pada pandangan Islam terhadap dunia. Bagi muslim, bentuk-bentuk
ini, diambil bersama-sama merupakan pola yang tak terhingga yang melampaui dunia lahiriah
yang terlihat. Untuk kebanyakkan orang di dunia Islam, mereka dengan konkrit melambangkan
yang tidak terbatas dan kerana itu ia tidak berpusat atau mempunyai punca sekaligus ianya
melambangkan sifat Penciptaan Tuhan (Allah).
2.2.3 Geometri
11
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
Bentuk geometri digubah dalam pelbagai variasi seperti perulangan motif dan
menghasilkan corak yang menarik. Antara motif geometri ialah memanipulasi bentuk bulat, segi
empat dank on. Fungsi motif geometri ialah seperti untuk hiasan kaki kain atau gigi- sususnan
garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan
digunakan. Manakala untuk menghiasi kain batik panjang, motif kawung dalam susunan empat
bentuk bujur sering digunakan
2.2.4 Motif Seni Khat atau Kaligrafi
Motif ini menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Al-Quran dan tulisan
Jawi.Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat
keagamaan seperti rehal.
2.3 Ciri-ciri Islam Serta Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Melayu
Seni yang dilahirkan oleh masyarakat Melayu merupakan alat kepada budaya
yang dikenal sebagai peralatan budaya. Dari sudut antropologi pula, kesenian merupakan model
kepada peralatan budaya yang bersama-sama menentukan perkembangan sesuatu budaya.
Kesenian Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan asas kebudayaan setempat yang
berkembang sehingga terhasilnya kraf Melayu yang menjadi keperluan peralatan bagi tujuan
gunaan dan juga perhiasan.Sifat semula jadi orang Melayu yang sukakan seni telah menjadikan
mereka sebagai satu bangsa yang pandai mengolah berbagai-bagai budaya asing sehingga dapat
menjadikan keperibadian Melayu. Bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang pasif menerima
budaya asing malah merupakan satu bangsa yang aktif dan kreatif yan menyumbang kepada
perkembangan budaya. Kesenian yang dihasilkan dalam kraf Melayu merupakan satu aktiviti dan
jiwa sehinggakan ia telah menarik minat, pandangan dan perasaan.
12
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
Manakala menurut Ku Zam Zam (1984), kesenian berkait rapat dengan budaya kerana ia
merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang melahirkan kesenian ialah
agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat
membentuk keseniannya yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui.
Kesenian merupakan pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan
berkembangnya ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni
yang dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa dua
dimensi yang terdapat pada seni tekstil dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali sebagai seni
tampak yang terdapat pada seni ukir.
Seni Melayu merupakan satu seni yang dihasilkan berlandaskan karya yang tidak
bercanggah dengan Islam. Estetika seni atau kraf Melayu merupakan sesuatu penghasilan yang
mementingkan pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika
Islam. Kraf Melayu yang bercorak Islam ini juga telah mengubah pemilihan penghasilan motif
daripada kehidupan yang dipengaruhi agama semasa Hindu yang dianuti sebelum ini kepada
motif daripada tumbuh-tumbuhan atau alam semula jadi yang tidak bercanggah dengan nilai
Islam. Selain itu, unsur Islam ini juga telah menggalakkan susunan motif yang berbentuk
geometri yang menitikberatkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah
dengan Islam (Othman Mohd Yatim, 1989 dan Abdullah Mohamed, 1990).
3.0 Analisis Proses Pengarapan Idea
Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam iaitu alam tumbuhan, alam haiwan dan alam
cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan
alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di
gunung. Perkaitan kraf tradisional seperti ukiran kayu, batik dan songket dengan motif-motif
tertentu tidak dapat tidak mempunyai pengaruh secara semulajadi berdasarkan kebudayaan dan
kepercayaan agama. Pengaruh persekitaran, kepercayaan dan punca ilmu yang disampaikan
secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi telah menjadikannya sebati dan
diterima sebagai sesuatu yang mesti di mana jika diabaikan akan menghilangkan identiti sesuatu
kraf tradisional yang dihasilkan.
13
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
Antara garapan idea atau motif yang digunakan dalam seni kraf Melayu yang akan
dibincangkan di sini ialah seperti motif tumbuh-tumbuhan iaitu motif pokok padi, motif fauna
iaitu motif itik pulang petang dan motif geometri.
3.1 Analisis proses Metafsir Idea
3.1.1 Motif Pokok Padi
Padi merupakan sejenis tumbuhan yang membekalkan makanan ruji yang utama kepada
masyarakat Melayu iaitu beras. Jadi padi merupakan tumbuhan yang begitu dekat dengan
kehidupan masyarakat Melayu.Sehingga padi dijadikan motif dalam seni kraf dan ukiran
masyarakat Melayu dahulu. Selain itu sifat padi yang makin berisi makin merunduk, dijadikan
perumpamaan dalam masyarakat agar mengikut contoh sifat padi tersebut. Sekaya mana pun
kehidupan seseorang itu, seharusnya dia tidak angkuh dan memandang rendah pada orang lain.
Ini juga merupakan ajaran dalam Islam, bahawa setiap manusia itu sama di sisi Allah kecuali
aman yang mereka bawa. Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu masyarakat Melayu mula
menggunakan motif-motif tumbuhan yang boleh dijadikan teladan dan ikutan yang baik.
3.1.2 Motif Bunga Buluh dan Pucuk Rebung
Tumbuhan buluh hidup subur di kawasan yang berhampiran dengan air terutamanya di
tebing-tebing sungai. Tumbuhan ini menjadi begitu dekat dan sinonim dengan masyarakat
Melayu kerana pada masa dahulu, sungai merupakan jalan utama yang menghubungkan sebuah
kampung dengan kampung yang lain. Sungai juga merupakan sumber utama masyarakat Melayu
14
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
mendapatkan bekalan air. Oleh kerana tumbuhan buluh yang hidup subur di tebing-tebing
sungai menjadikan tumbuhan ini begitu dekat dengan masyarakat Melayu. Sehinggalah pohon
buluh ini juga digunakan dalam peribahasa Melayu iaitu ” seperti aur (buluh) dengan tebing”.
Bagi menggambarkan keakraban dan sikap saling tolong-menolong. Dalam Islam, penganutnya
diajar supaya mengamalkan sikap saling tolong menolong antara satu sama lain di mana yang
kaya menolong yang susah atau miskin.
Keakraban tumbuhan buluh ini dengan kehidupan masyarakat Melayu menyebabkan
ianya diabdikan dan dijadikan motif dalam penghasilan kraf-kraf tradisional masyarakat Melayu
bukan sahaja dalam tekstil batik dan songket tetapi juga dalam penghasilan labu sayung, wau dan
sebagainya. Pemilihan motif bunga buluh dan pucuk rebung ini dikaitkan dengan kesuburan dan
kesabaran berdasarkan sifat pucuk rebung yang berkembang biak secara perlahan-lahan.Rebung
juga dikaitkan dengan proses mendidik anak. Islam menuntut umatnya mendidik anak-anak
biarlah sedari kecil lagi, bak pepatah Melayu ”melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Motif
buluh dan rebung ini jelas menunjukkan pengaruh Islam yang amat kuat dalam seni ukir Melayu
Tradisional.
3.1.2 Motif Itik Sekawan dan Itik Pulang Petang
Corak Motif itik Sekawan atau Itik Pulang Petang menggambarkan tingkah laku haiwan
itik yang selalu berjalan beriringan ketika pulang petang ke kandang. Tingkah laku pulang
beriringan ini mengambarkan tingkah laku yang serasi, bersahabat, bersama-sama, agar menjadi
contoh kepada manusia dalam erti kehidupan.
15
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
Ianya juga melambangkan sifat bersatu hati, kerukunan dan ketertiban yang tergambar
dalam kalangan haiwan itik yang keluar serentak pada waktu pagi dan pulang ke kandang pada
waktu senja. Pemilihan sifat ini menggambarkan penghayatan masyarakat terhadap sifat baik
yang dapat di teladani dalam menjalani kehidupan. Islam juga mengajar umatnya supaya bersatu
hati, berdisplin dan tertib dalam menjalani kehidupan seharian. Maka dengan itu motif itik
pulang sekawan ini dijadikan motif dalam seni ukiran Melayu bagi mengambil nilai-nilai baik
yang ada pada sekawan itik agar menjadi ikutan masyarakat Melayu Islam.
3.1.4 Motif Tampuk Manggis
Motif tampuk manggis merupkan motif geometri yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Corak ini dihasilkan dalam bentuk yang mirip geometri terutamanya pada tenunan songket
Melayu. Selain itu corak ini juga kerap dilihat pada anyaman kelarai, tikar mengkuang, tudung
saji dan pelbagai barangan lain.
Pemilihan corak-corak ini jelas menunjukkan penghayatan masyarakat Melayu terhadap
struktur biologi tampuk manggis yang dicipta yang begitu unik dan sistematik oleh Allah SWT.
Bagi menunjukkan keagungan dan keunikan ciptaan Allah SWT inilah maka motif dan corak-
corak tampuk manggis diabadikan dalam bidang kraf-kraf tradisional Melayu.
3.2 Analisis Pengaruh Dalam memberi Makna
16
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
4.0 Sorotan Literatur
Berdasarkan kajian yang dibuat dalam forum Elemen Geometri Dalam Kesenian Islam,
telah menujukkan bahawa corak geometri membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi
dalam kesenian Islam yang mencakupi kaligrafi fan corak tumbuh-tumbuhan sama ada secara
tunggal ataupun digunakan dalam kombinasi dengan rajah penghiasan atau gambarajah, corak-
corak geometri yang popular berkaitan seni Islam.Geometri Islam terdiri daripada bentuk-bentuk
sederhana seperti bulatan dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang,
dihubungkan dan disusun dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas
kesenian Islam.
4.0 Kesimpulan
Masyarakat Melayu telah melalui proses ketamadunan yang unik daripada kepercayaan
animisme, Hindu, Buddha, Islam dan barat. Kesannya membawa perubahan yang besar dalam
corak kehidupan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun ternyata Islam telah membentuk
kehidupan masyarakat Melayu. Kewujudan kraf dalam masyarakat Melayu menampilkan motif
dan watak Melayu selaras dengan kehendak Islam walaupun kadang-kadang berbaur kebudayaan
hindu.Kesempurnaan kesenian Islam dalam kraf Melayu adalah manifestasi kesempurnaan dan
keindahan .Puncak kesempurnaan itu ialah Allah S.W.T.
17
ENGKU ZURAINI BT. E. JOHAN ISKANDAR 740119035790HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
.
RUJUKAN
Norhana Ismail.(2001), Ekpresi Seni Ukir dalam Senibina Melayu sebagai Suatu Penerapan Unsur-Unsur Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Hassan M. Ghazali (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Siri Pelangi Fokus Pendidikan Seni (Teori Seni), SPM, Penerbitan Pelangi, Sdn. Bhd.
Siti Zainon Ismail (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Motif-motif Batik (1991), Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Infokraf Malaysia.
Sumber dari Internet
http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm
http://psasir.upm.edu.my/6836/1/UM_2006_7(1-24).pdf
18