Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
description
Transcript of Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
KONSEP TEKNIKMOHD AZIZI ZAMRI B. ILIASMOHD NAZIRUL B. AHMADNORSHAFIRA BT ILIASNUR ZUFIKA BT CHE ROSDI
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISIMenurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya•Teknik mengajar diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan & pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti P & P
TUJUAN TEKNIK P & P
oMenarik Minat muridoMengekalkan perhatianoMembangkitkan rasa ingin tahu
TEKNIK-TEKNIKPENGAJARAN BAHASA
TEKNIK SOSIODRAMATEKNIK PERMAINANBAHASA
TEKNIK PERBINCANGAN TEKNIK BERCERITA
Simulasi
• Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah.
• Terdapat dua jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Kedua-dua jenis simulasi ialah sosiodrama dan main peranan
• Sosiodrama adalah satu aktiviti lakonan berdasarkan satu cerita menggambarkan sesuatu situasi.
Prinsip-Prinsip Sosiodrama
• Pastikan situasi yang diwujudkan adalah berkaitan dengan pengalaman murid-murid.
• Pilih murid yang fasih dan lantang percakapannya. • Murid hendaklah memahami peranannya dengan jelas.• Murid boleh diberi masa untuk membuat penyediaan. • Menarik perhatian murid-murid lain tentang aspek-
aspek yang perlu diberi perhatian. • Pastikan keadaan emosi sosiodrama dapat dikawal• Di peringkat akhir, adakan perbincangan dan buat satu
rumusan.
Tujuan • Meningkatkan kefahaman murid-murid
terhadap satu-satu situasi tertentu• Menimbulkan kesedaran tentang mengapa
satu-satu perbuatan itu dianggap salah• Memberi peluang kepada murid untuk
melahirkan perasaan• Memberi peluang kepada murid melakonkan
pelbagai watak• Membantu murid berkomunikasi secara
berkesan
Kebaikan Sosiodrama
• Murid dapat menyatakan perasaan dan sikap• Kesedaran menggalakkan daya cipta• memberi peluang kepada murid mengalami
sesuatu situasi• Dapat memperkembangkan kemahiran-
kemahiran sosial.• Murid dapat menyusun idea dan bertindak
balas secara spontan semasa menghadapi sesuatu situasi
Kelemahan sosiodrama• Sosiodrama memakan masa.• Adakalanya murid menekankan prestasi
dalam sosiodrama bukan pada pencapaian objektif sesuatu pelajaran
• Murid-murid yang berbakat sentiasa memonopoli situasi
• Kaedah ini kurang berfaedah bagi murid yang kurang kemahiran, terutama yang mengalami kecacatan pertuturan
• Adakalanya sosiodrama hanya berfaedah bagi yang mengambil bahagian sahaja
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Main bermaksud puas.
Kebanyakan aktiviti melibatkan kemahiran
mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
KEPENTINGANPERMAINAN BAHASA
1) Bermain untuk Perkembangan Fizikal.
- Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka
2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi
-Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak. 3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif
PRINSIP-PRINSIP PERMAINAN
• Ada kaitan dengan objek pembelajaran.• Sesuai dengan umur dan kebolehan• Arahan permainan jelas• Maklum balas sesuatu perkara perlu diberi
serta-merta• Tempoh permainan hendaklah relevan• Menekankan nilai murni
KELEMAHAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA
• Bosan• Suasana tegang boleh berlaku• Alat-alat permainan memerlukan wang
satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk yang
bertujuan untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan
bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85)
Menggalakkan perkembangan mental murid-murid
Memupuk pemikiran kritis dan berkongsi pendapat
Membentuk semangat kerjasama memberi peluang dan ruang bagi mereka
untuk bercakap
1. Tentukan tajuk yang sesuai dengan minat,kebolehan serta pengalaman murid.
2. Guru perlu membimbing murid tentang cara perbincangan yang dikendalikan
3. Guru perlu membuat ulasan di akhir perbincangan
4. Pujian hendaklah diberikan kepada murid-murid
Sebelum Perbincangan Guru memberi penjelasan
tentang tugasan yang diberikan
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
Menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
Semasa Perbincangan Guru harus bergerak dari
satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.
Menggalakkan setiap ahli kumpulan mengambil bahagian
membetulkan kesalahan bahasa agar panduan bahasa sentiasa dipatuhi
Samb….Samb….Selepas Perbincangan Guru boleh menamatkan
perbincangan setelah bahan cukup untuk dikongsi
Guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan
Guru memberi ulasan tentang kekuatan dan kelemahan murid dalam perbincangan
TEKNIK BERCERITA
KONSEPKONSEPMenurut Kamus Dewan,cerita ialah
jalinan dan susunan mengenai kejadian atau hal-hal yang berlaku sama ada betul-betul berlaku atau
yang diada-adakan.
Bercerita pula merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa.
PRINSIP-PRINSIP PANDUAN BERCERITA
PRINSIP-PRINSIP PANDUAN BERCERITA
• Pilih cerita yang sesuai dengan minat,pengalaman, kebolehan dan umur murid-murid.
• Kaji cerita dan pastikan ia berkaitan dengan topik dan objektif pengajaran.
• Sebelum bercerita guru perlu menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita.
• Alat bantu mengajar disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan.
• Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi.
• Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir semasa bercerita.
• Adakan soal jawab untuk menghilangkan kebosanan murid
• Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami murid.
• Selepas bercerita,aktiviti susulan harus diadakan.
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI
BERCERITAPilih cerita yang sesuai dengan topik
pelajaran
Guru perlu menguasai bahgian-bahgian penting cerita secara berulang-ulang
Sedia alat bantu mengajar
Susun tempat duduk murid
SEMASA BERCERITA
SEMASA BERCERITA
Gunakan set induksi yang menarik ketika memulakan cerita
Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana satu peristiwa dapat
dirasakan.
Pastikan setiap murid memberi perhatian
Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan
Uji kefahaman murid secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan
Adakan perbicangan.
CARA PENYAMPAIAN CERITA
RUJUKAN…
Ee Ah Meng(1997) Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran.Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004).Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa