NotaKuli

4
KULIAH 2: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN & KEMEROSOTAN TAMADUN Di akhir kuliah ini pelajar akan dapat: 1. Mengenal pasti kejayaan, kelahiran kelahiran sesebuah tamadun 2. Menganalisa persamaan dan perbezaan antara tamadun 3. Menghuraikan interaksi antara tamadun Proses perubahan sesebuah masyarakat daripada taraf tamadun yang rendah kepada tinggi boleh berlaku secara beransur- ansur atau secara drastik. Faktor Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Dunia 1.Kedudukan yang strategik 2.Rangsangan keagamaan 3.Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai 4.Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi 5.Persaingan dengan tamadun Kedudukan Yang Strategik Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan. Faktor geografi menyebabkan kemunculan tamadun China di lembah sungai Huang-Ho. Tamadun India bermula di lembah sungai Ganges. Tamadun Mesopotamia di lembah Tigris Tamadun Mesir di lembah Nil Tamadun Melayu di pesisir Selat Melaka Rangsangan Keagamaan Dan Kerohanian -Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nila-nilai kehidupan yang tulus dan suci. -Masyarakat yang menghayati agama akan memastikan kehidupannya mencapai kesempurnaan kemanusiaan agar dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun. -Tamadun Islam contohnya dipengaruhi oleh ransangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang menyeluruh. Pembangunan Ilmu dan Penghayatan Nilai -Pemimpin dan masyarakat yang menghayati nilai moral yang tinggi dan terpuji menggalakkan kepada kecintaan ilmu dan nilai murni. -Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin akan

Transcript of NotaKuli

Page 1: NotaKuli

KULIAH 2: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN & KEMEROSOTAN TAMADUN

Di akhir kuliah ini pelajar akan dapat:1. Mengenal pasti kejayaan, kelahiran kelahiran sesebuah tamadun 2. Menganalisa persamaan dan perbezaan antara tamadun 3. Menghuraikan interaksi antara tamadun

● Proses perubahan sesebuah masyarakat daripada taraf tamadun yang rendah kepada tinggi boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik.

Faktor Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Dunia1.Kedudukan yang strategik2.Rangsangan keagamaan 3.Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai 4.Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi 5.Persaingan dengan tamadun

Kedudukan Yang Strategik● Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan. Faktor

geografi menyebabkan kemunculan tamadun China di lembah sungai Huang-Ho. ● Tamadun India bermula di lembah sungai Ganges.● Tamadun Mesopotamia di lembah Tigris● Tamadun Mesir di lembah Nil● Tamadun Melayu di pesisir Selat Melaka

Rangsangan Keagamaan Dan Kerohanian-Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nila-nilai kehidupan yang tulus dan suci.-Masyarakat yang menghayati agama akan memastikan kehidupannya mencapai kesempurnaan kemanusiaan agar dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun.-Tamadun Islam contohnya dipengaruhi oleh ransangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang menyeluruh.

Pembangunan Ilmu dan Penghayatan Nilai-Pemimpin dan masyarakat yang menghayati nilai moral yang tinggi dan terpuji menggalakkan kepada kecintaan ilmu dan nilai murni.-Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin akan menggalakkan kepimpinan yang baik dan mendorong rakyat berganding bahu membangunkan negara.-Penghayatan nilai murni direalisasikan oleh tokoh seperti Plato, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan lainnya.

Persaingan Dengan Tamadun Lain-Tamadun-tamadun yang pelbagai mewujudkan interaksi antara tamadun dan ia merupakan satu ransangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. -Kepelbagaian tamadun akan menyebabkan wujudnya keterbukaan untuk menerima nilai-nilai positif tamadun lain.-Sikap toleransi yang tinggi-intaraksi antara tamadun dan bersikap terbuka dengan menerima sumber-sumber yang baik.

Faktor Kemerosotan /Kejatuhan Tamadun

Page 2: NotaKuli

1. Jurang sosial 2.Kezaliman 3.Keruntuhan moral4.Sikap tertutup-tidak mahu menerima perubahan- Jumud 5.Bencana alam

Perbezaan Jurang – Kemiskinan● Ketidakadilan wujud disebabkan wujudnya jurang antara golongan kaya dan miskin

Penindasan dan Kezaliman-Penindasan berleluasa sehingga hak-hak kemanusiaan diketepikan.-Kehidupan tidak bermakna jika ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati.Keruntuhan Moral

● Berlaku keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni.

● Kemerosotan tamadun Yunani, Romawi dan Islam dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai pemimpin.

Jumud-Bersikap tertutup● Tidak mahu menerima perubahan dalam segala aspek kehidupan.● Ia akan merencatkan kreativiti masyarakat.● Sikap tertutup adalah halangan besar kepada anjakan paradigma.

Bencana Alam● Mala petaka atau bencana alam yang menyebabkan berlakunya kemusnahan secara besar-

besaran.● Faktor ini berlaku di luar kawalan manusia.

Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun

Alam Sekitar-Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama.-Manusia dipertanggungjawabkan menjaga alam.-Setiap agama amat mementingkan penjagaan alam sekitar.

Keluarga-Keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat.-Pendidikan individu bermula di rumah.-Konsep kekeluargaan dalam Islam memntingkan kasih sayang dan hormat menghormati, begitu juga dengan ajaran agama lain.

Komuniti/Masyarakat1.Komuniti berperanan dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.2.Masyarakat juga sentiasa memastikan nilai dan norma hidup dapat dihormati.3.Masyarakat dapat memberi sokongan moral kepada anggotanya.

Kerajaan-Tamadun tradisional menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan.-Sifat-sifat pemerintah yang adil dan saksama merupakan tema utama tamadun-tamadun silam.

Page 3: NotaKuli

Kegiatan Ekonomi-Ekonomi penting dalam meningkatkan tahap moral masyarakat.-Dalam Islam, prinsip yang berkaitan halal haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak.-Wujudnya kegiatan ekonomi boleh mempertingkatkan tahap moral manusia.-Konsep wang, laba, ganjaran pasaran dan lainnya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan moral.

Pendidikan-Pendidikan penting bagi melahirkan akhlak mulia.-Matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-sifat mulia seseorang.-Dimensi rohani diberi penekanan dalam konsep pendidikan Islam, Hinduisme, Kristian dan laiin-lain.-Dalam ajaran Islam, tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusiam tidak seperti agama lain

Kesihatan dan Kesejahteraan-Masyarakat yang sihat akan sentiasa lebih bermoral dan beradab.-Konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak terpisah dari pandangan semesta agama dan pendekatan holistik.

Interaksi Antara Tamadun1.Interaksi mempunyai keistimewaan yang tersendiri.2.Memberi kesan yang positif dan negatif.3. Interaksi wujud di sebabkan nilai toleransi yang tinggi.

● Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama● Interaksi Dengan Budaya dan Tamadun Yang Berbeza.● Interaksi Antara Tamadun Yang Kuat Dengan Yang Lemah

Kesimpulan