Nota Tatabahasa UPSR
-
Upload
paklong-cikgu -
Category
Education
-
view
782 -
download
1
Transcript of Nota Tatabahasa UPSR
NotaTatabahasa
Bahasa Melayu
Susunan Paklong cikgu.
- Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang
1
2
Kata Gantinama
Terdapat empat bentuk kata nama, iaitu:- kata nama tunggal- kata nama terbitan- kata nama majmuk- kata nama ganda
contoh:
kata nama tunggal
kata nama terbitan
kata nama majmuk kata nama ganda
yurohbapatempayanbelantaraposkod
pendakipekedaikekasihjuruterbangpinggiranpenantianpekarangankedudukantelapakseruling
balai rayaDatuk Bendaharaderia rasaanak emassusu pekat manisTimbalan Naib Canselormedan sinaranbuku lima
meja-mejakawasan-kawasantadika-tadikalelangitsesumbujejantassayur-sayurbiji-bijiankementerian-kementerianlauk-pauksuku-sakat
3
Kata Arah Ayat Contoh
atas Adik duduk di atas riba ibu.
antara Salmi duduk di antara Noni dan Fanny di dalam kelas.
bawahKambing peliharaan Pak Mat berlindung di bawah rumah apabila hari hujan.
belakangDi belakang rumah itu terdapat sebatang pokok manga yang berbuah lebat.
dalam Zaki menyimpan nombor telefon ibunya ke dalam telefon bimbitnya.
depan/hadapan Pengawas itu berdiri di hadapan murid-murid semasa perhimpunan.
hilirWartawan itu membuat liputan mengenai pencemaran suangi yang berlaku di hilir sungai itu.
hulu Rumah Tok Penghulu Kampung Jaya itu terletak di hulu sungai.
luarMaya menyerahkan bungkusan itu kepada Alice dari luar pagar rumah sahaja.
penjuru/sudut Almari itu diletakkan di penjuru bilik Aina.
seberang Di seberang sungai itu ada sebuah pondok yang usang.
sisi Zizan berdiri di sisi kuda yang hendak ditunggangnya.
tengah Murid-murid lelaki itu sedang bermain bola di tengah padang.
Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan kedudukan atau hala sesuatu benda.2. Kata arah didahului dengan kata sendi nama.3. Contoh kata arah adalah seperti berikut:
4
5
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya
6
KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
di - Digunakan untuk tempat. - Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping. 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
ke
- Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. - Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. - Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
1. Mereka akan ke Ipoh esok. 2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. 4. Cik Bedah ke surau.
dari
- Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang. 2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi. 3. Ely datang dari Kelantan.
daripada
- Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
1. Surat itu saya terima daripada Yatie. 2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu. 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak. 4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan. 6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota.
Kepada/ akan/
terhadap
- Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
1. Devi suka akan rambutan. 2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya. 3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa.
1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-
kata atau frasa-frasa yang lain.
3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya
dapat bertugas sebagai predikat ayat.
7
8
Kata sendi nama
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau
mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan
maksud terkandung dalam kata adjektif.
9
1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi
untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa yang
menjadi keterangan .
2. Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah :
kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau,
andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan
sesungguhnya.
10
~Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan
kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat
yang sama sifatnya dan memiliki status yang sama.
*dan *tetapi *atau *serta *seraya
*sambil *lalu
11
- Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan.
(A) Kata Bilangan TentuKata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu, dan dua juta.
(B) Kata Bilangan Tak tentuKata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan berbagai-bagai.
(C) Kata Bilangan HimpunanKata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga.
(D) Kata Bilangan PisahanKata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu atau berasingan.Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/ tiap-tiap.
(E) Kata Bilangan PecahanKata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.
(F) Kata Bilangan TingkatKata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua,kesepuluh dan keseratus.
12