MODUL PENGATURCARAAN.pdf

download MODUL PENGATURCARAAN.pdf

of 68

Transcript of MODUL PENGATURCARAAN.pdf

  • Draf 20012015

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    KSSR

    2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod Pseudo Dan Carta Alir

    TAHUN 61

  • Draf 20012015

    Standard kandungan:

    2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod Dan Carta Alir

    Standard pembelajaran:

    2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan carta alir.

    2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan dan aliran) dalam carta alir.

    2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam aktiviti harian.

    Masa: 60 minit

    NOTA RUJUKAN

    Apa itu Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir?

    Sebelum sesuatu atur cara komputer ditulis, perancangan

    awal merupakan satu amalan yang penting. Pembinaan

    algoritma merupakan perkara pertama dalam proses

    pengaturcaraan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

    2

    MODUL P3

  • Draf 20012015

    Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan

    ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa tabii untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah. Ia menunjukkan langkah demi langkah untuk

    melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat.

    Carta Alir adalah rajah yang mengandungi simbol-simbol geometri

    yang disambungkan untuk menunjukkan langkah-langkah penyelesaian

    masalah.Setiap simbol mempunyai makna dan fungsi yang tertentu.

    SIMBOL MAKNA/FUNGSI PENERANGAN

    MULA / TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti

    PROSES Aktiviti atau proses

    PILIHAN Menguji sama ada benar atau salah

    ALIRAN Aliran aktiviti

    PENYAMBUNG Menggabungkan aliran yang berlainan

    3

  • Draf 20012015

    Contoh 1: Algoritma

    Adakah anda suka makan kuih lapis?Berikut ialah resipi untuk menghasilkan kuih lapis yang sedap.

    Bahan-Bahan:

    1 cawan tepung gandum.

    2 sudu besar tepung beras.

    2 sudu besar tepung jagung.

    2 cawan santan pekat.

    3/4 cawan gula.

    Sedikit garam.

    1 sudu minyak masak.

    Pewarna merah.

    4

  • Draf 20012015

    Cara Penyediaan:

    1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Kacau sampai sebati.

    2. Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. Griskan loyang dengan minyak masak tadi.

    3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian adunan tersebut dengan pewarna merah.

    4. Letakkan lapisan pertama dan kukus selama 5 minit. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit

    5. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.Sebenarnya resepi tersebut adalah merupakan algoritma yang mengandungi senarai bahan-bahan masakan dan langkah-langkah untuk menghasilkan kuih lapis yang lazat. Secara umumnya, algoritma ialah satu susunan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah.

    Resepi ini juga boleh ditulis dalam bentuk pseudokod dan carta alir.

    Contoh 2: Pseudokod

    5

  • Draf 20012015

    Pseudokod:

    1. Mula.

    2. Masuk semua bahan kecuali pewarna dan minyak.

    3. Kacau sampai sebati.

    4. Tapiskan ketulan tepung.

    5. Griskan loyang dengan minyak masak.

    6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

    7. Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.

    8. Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.

    9. Kukus selama 5 minit.

    10. Letakkan lapisan seterusnya sehingga adunan habis.

    11. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit.

    12. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit.

    13. Tamat.

    Pseudokod mempunyai ciri-ciri yang menyerupai algoritma, cuma ia mengandungi langkah mula dan tamat.Arahan berada dalam setiap langkah.

    Sekarang cuba kita lihat pula bagaimana resepi ini digambarkan dalam bentuk carta alir.

    6

  • Draf 20012015

    Contoh 3: Carta Alir Secara Urutan

    7

    Tamat

    Letakkan lapisan pertama ke dalam loyang.

    Kukuskan setiap lapisan selama 5 minit.

    Mula

    Kacau sampai sebati.

    Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

    Warnakan satu bahagian adunan dengan pewarna merah.

    Tapiskan ketulan tepung.

    Masukkan semua bahan kecuali pewarna dan minyak.

    Griskan loyang dengan minyak masak.

    Kukuskan lapisan terakhir selama 10 minit.

  • Draf 20012015

    PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

    1. Murid telah boleh menulis langkah-langkah bagi aktiviti harian.

    2. Murid telah boleh menulis set arahan bagi suatu peralatan digital dalam melakukan tugasan.

    3. Murid telah menguasai kemahiran asas perisian persembahan.

    KEPERLUAN PERKAKASAN

    1. Set Komputer2. Kertas Mahjong3. Pen Marker4. Blue tack

    KEPERLUAN PERISIAN

    1. Perisian Persembahan (MS Powerpoint)2. P3.ppt

    8

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 1

    Jom Ikut Saya!(Mengenal Algoritma dan Pseudokod dan Carta Alir)

    Langkah 1: Baca situasi di bawah dengan teliti.

    6 5 4 3 2

    7 8 9 10 11 12

    18 17 16 15 14 13

    19 20 22 23 24

    9

    Irwan adalah rakan sekolah anda.Anda menjemput dia datang ke rumah anda untuk berbincang tentang projek sekolah. Anda dikehendaki memberi arahan yang jelas kepada Irwan untuk berjalan ke rumah anda.Irwan di larang melalui petak yang ada pokok.

    Irwan

    Rumah anda

  • Draf 20012015

    Langkah 2: Tuliskan arahan kepadaIrwansupaya dia boleh sampai ke rumah anda dengan tepat:

    10

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    TAHNIAH!!! ANDA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN SATU ALGORITMA

    Contoh: Bergerak ke petak no 2.

  • Draf 20012015

    Langkah 3: Tuliskan arahan-arahan tepat ke rumah anda yang perlu diikuti oleh Irwan dalam kotak di bawah menggunakan pseudokod:

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    11

    TAHNIAH!!! ANDA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN SATU KOD PSEUDO

  • Draf 20012015

    Langkah 4: Tuliskan arahan-arahan tepat ke rumah anda yang perlu diikuti oleh Irwan dalam kotak di bawah menggunakan carta alir:

    12

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 2

    Mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir

    Langkah 1: Guru memaparkan persembahan dari P3.ppt yang mempunyai contoh-contoh algoritma, pseudokod dan carta alir.

    Langkah 2: Kenal pasti algoritma, pseudokod atau carta alir yang betul seperti yang dipaparkan oleh guru.

    AKTIVITI 3

    Menulis Algoritma Bagi Aktiviti Harian Yang Dipilih

    Kerja Berkumpulan.Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

    Langkah 1: Setiap kumpulan senaraikan sekurang-kurangnya lima aktiviti harian yang melibatkan urutan atau prosedur.

    Langkah 2: Pilih satu daripada lima aktiviti tersebut dan tukar dengan kumpulan lain.

    13

  • Draf 20012015

    Langkah 3: Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah atau prosedur bagi aktiviti harian yang mereka terima. Lakarkan hasil perbincangan dalam format Peta Pemikiran iTHINK jenis Peta Alir (Flow Map).

    Langkah 4: Bentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

    AKTIVITI 4

    Membina Pseudokod Dan Carta Alir Berdasarkan AlgoritmaMengenali Simbol Pada Carta Alir

    Kerja Berkumpulan.

    Langkah 1: Berdasarkan AKTIVITI 3, setiap kumpulan dikehendaki membina pseudokod dan carta alir dengan menggunakan perisian persembahan.

    14

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 5

    Membuat Perkaitan Antara Algoritma, Pseudokod Dan Carta Alir

    Kerja Individu.

    Langkah 1:Terangkan maksud algoritma, pseudokod dan carta alir menggunakan Peta Pemikiran i-Think jenis Peta Bulatan (Circle Map)

    15

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 1

    A. Nyatakan sama ada gambar rajah di bawah mewakili algoritma, pseudokod, carta alir atau tidak berkaitan

    16

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 2

    A. Cari penyataan-pernyataan pada carta alir disediakan yang diletakkan pada simbol yang salah. Apakah simbol yang betul untuk penyataan-penyataan tersebut?

    17

    Mula

    Isi data-data yang diperlukan

    Klik butang Langkah seterusnya

    Klik Tunjukkan akaun saya

    Klik kotak tanda persetujuan

    Buka alamat gmail di http://mail.google.com/

    Berjaya mencipta emel Gmail

    Tamat

  • Draf 20012015

    B. Lukis semula carta alir berdasarkan gambar rajah yang diberi dengan menggunakan simbol yang betul. Nyatakan sebab anda menggunakan simbol tersebut.

    18

  • Draf 20012015

    19

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 3

    A. Nomborkan gambar mengikut urutan yang betul.Persediaan untuk ke sekolah

    B. Tulis pseudokod berdasarkan gambar di atas dengan urutan yang betul._________________________________________________________________

    _________________________________________________________________

    _________________________________________________________________

    20

  • Draf 20012015

    _________________________________________________________________

    C. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang betul.

    Penyediaan Ayam Goreng Bersalut Tepung.

    21

    Pseudokod Carta Alir

    Goreng ayam

    Mula

    Potong ayam

    Hidang ayam goreng

    Salut ayam dengan tepung

    Tamat

    Gaul ayam dengan garam

  • Draf 20012015

    LAPORAN PENCAPAIAN MURID

    Nama Murid:Tahun:Kelas

    Modul: Pengaturcaraan

    Standard Kandungan:

    2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan Carta Alir.

    Standard Pembelajaran:

    2.1 Mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses,

    pilihan, aliran) dalam carta alir.2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir

    dalam aktiviti harian.

    Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan

    Ya Tidak1 Murid boleh mengenalpasti

    algoritma, pseudokod dan carta alirdaricontoh-contoh yang diberi.

    2 Murid boleh membentuk algoritma, pseudokod dan carta alir berdasarkan situasi mudah yang diberi.

    3 Murid boleh menerangkan makna simbol dalam carta alir yang dibina.

    4 Murid boleh membuat perkaitan antara algoritma, pseudokod dan carta alir.

    KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

    22

  • Draf 20012015

    TARIKH

    Nama Guru: Tandatangan & Tarikh

    Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh

    23

  • Draf 20012015

    Standard kandungan:

    2.0 Menggunakan Algoritma Melalui KodPseudo Dan Carta Alir

    Standard pembelajaran:

    2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.2.4.1 Membezakan aliran secara urutan

    dan pilihan tunggal bagi algoritma.2.4.2 Membezakan aliran secara urutan

    dan pilihan tunggal bagi pseudokod.2.4.3 Membezakan aliran secara urutan

    dan pilihan tunggal bagi carta alir.

    2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi secara urutan dan pilihan tunggal.

    Masa: 90 minit

    24

    MODUL P4

  • Draf 20012015

    NOTA RUJUKAN

    Aliran secara urutan dan pilihan tunggal.

    Sesuatu masalah biasanya boleh diselesaikan dengan aliran secara

    urutan.Aliran secara urutan melibatkan penyelesaian masalah yang

    menggunakan langkah-langkah secara tertib. Walau bagaimanapun bukan

    semua masalah boleh diselesaikan dengan aliran secara urutan kerana dalam

    proses menyelesaikan masalah, kita akan berdepan dengan situasi yang

    memerlukan kita membuat pilihan. Dalam modul ini, hanya pilihan tunggal sahaja

    yang akan dibincangkan.

    Contoh 1: Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir Bagi Aliran Secara Urutan

    Situasi:

    Siti akan mengadakan majlis harilahir di rumahnya. Dia telah menyediakan atur cara majlis seperti berikut. Bilangan jemputannya adalah seramai 25 orang.

    Atur cara:

    4.00 petang Ketibaan tetamu dan rakan-rakan.

    4.30 petang Ucapan selamat datang.

    4.45 petang Nyanyian dan pemberian hadiah.

    5.00 petang Upacara memotong kek.

    25

  • Draf 20012015

    5.30 petang Permainan meniup belon

    6.00 petang Cabutan bertuah dan permainan.

    7.00 petang Majlis berakhir.

    Pseudokod:

    1. Mula

    2. Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan

    3. Memberi ucapan selamat datang

    4. Menyanyi

    5. Menerima hadiah

    6. Memotong kek

    7. Memulakan permainan meniup belon

    8. Mencabut nombor bertuah

    9. Majlis berakhir

    10. Tamat

    26

  • Draf 20012015

    Carta Alir

    27Tamat

    Mencabut nombor bertuah

    Majlis berakhir

    Mula

    Memberi ucapan selamat datang

    Memotong kek

    Memulakan permainan

    Menyanyi

    Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan

    Menerima hadiah

  • Draf 20012015

    Contoh 2:Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir Bagi Aliran Pilihan Tunggal

    Pilihan tungal berlaku dalam situasi di bawah apabila pembekal belon tidak dapat membekalkan belon dalam majlis. Penulisan Pseudokod akan memasukkan/menunjukkan syarat pada pilihan tunggal pada atur cara Permainan Meniup Belon.

    28

  • Draf 20012015

    Situasi:Siti akan mengadakan majlis hari lahir di rumahnya. Permainan meniup belon dan merebut kerusi telah disediakan untuk para tetamu. Bilangan jemputannya adalah seramai 25 orang.

    Atur cara:

    4.00 petang Ketibaan tetamu dan rakan-rakan.4.30 petang Ucapan selamat datang.4.45 petang Nyanyian dan pemberian hadiah.5.00 petang Upacara memotong kek.5.30 petang Permainan meniup belon6.00 petang Cabutan bertuah7.00 petang Majlis berakhir.

    Pseudokod:1. Mula2. Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan3. Memberi ucapan selamat datang4. Menyanyi5. Menerima hadiah6. Memotong kek7. Jika ada belon

    7.1 Memulakan permainan meniup belon 8. Mencabut nombor bertuah9. Majlis berakhir10. Tamat

    29

  • Draf 20012015

    Carta Alir

    PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID30

    Ya

    Tidak

    Memulakan permainan

    meniup belon

    Belon?

    Tamat

    Majlis berakhir

    Mencabut nombor bertuah

    Mula

    Memberi ucapan selamat datang

    Menerima hadiah

    Memotong kek

    Menyanyi

    Menyambut ketibaan tetamu dan rakan-rakan

  • Draf 20012015

    4. Murid telah mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.

    5. Murid telah mengetahui makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta alir.

    6. Murid telah mengetahui cara membina algoritma, pseudokod dan carta alir secara urutan.

    KEPERLUAN PERKAKASAN

    5. Set Komputer6. Kertas Mahjong7. Pen Marker8. Blue tack9. Kertas Nombor/Kad Nombor10. Pensel Warna

    KEPERLUAN PERISIAN

    3. Perisian Aplikasi

    31

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 1

    Permainan FROZEN

    Langkah 1:Setiap murid akan mendapat sekeping kertas/kad yang mengandungi satu nombor.

    Langkah 2:Murid diminta untuk tidak menunjukkan kertas/kad yang mengandungi nombor tersebut kepada murid lain.

    Langkah 3:Apabila guru meniupkan wisel atau berkata GERAK, murid akan bergerak secara bebas sambil membawa kertas yang mengandungi nombor tersebut.

    Langkah 4:Apabila guru meniupkan wisel sekali lagi atau berkata BERHENTI, murid akan berhenti dan membandingkan kertas/kad yang mengandungi nombor tersebut dengan rakan disebelah kanannya. Jika nombor salah seorangnya lebih kecil maka murid yang memegang nombor kecil itu akan dibekukan atau FROZEN dan tidak boleh bergerak ke mana-mana.

    Langkah 5:Ulangi LANGKAH 3 dan LANGKAH 4. Pemenang adalah murid yang memegang nombor yang terbesar.

    Langkah 6:Cuba anda tuliskan algoritma permainan tadi.

    32

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 2

    Membina algoritma, pseudokod dan carta alir bagi aliran secara urutan.

    Langkah 1: Guru memberikan satu situasi kepada murid.

    Satu sesi perkhemahan perdana unit beruniform bagi murid tahap dua akan diadakan pada hujung tahun ini. Perkhemahan tersebut akan diadakan di sebuah hutan rekreasi. Murid dikehendaki mendaftarkan diri di sekolah pada pukul tujuh pagi. Semua murid dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan. Apabila tiba di tempat perkhemahan, murid dikehendaki berkumpul di tapak perkhemahan bagi melihat demontrasi pemasangan khemah. Seterusnya, murid akan memasang khemah. Setelah siap, murid akan mengemaskan barang-barang mereka di khemah masing-masing.

    33

  • Draf 20012015

    Langkah 2:Murid melengkapkan algoritma.

    di sekolah pada pukul tujuh pagi.

    Semua murid dikehendaki yang disediakan.

    Tiba di .

    Murid di tapak perkhemahan.

    Melihat pemasangan khemah.

    Murid .

    Setelah siap, murid barang-barang mereka di khemah masing-masing.

    34

  • Draf 20012015

    Langkah 3: Murid-murid menyusun semula ayat-ayat untuk menghasilkan pseudokod yang bertertib.

    35

  • Draf 20012015

    36

    tiba di tempat perkhemahan

    tamat

  • Draf 20012015

    37

    mendaftarkan diri

    berkumpul di tapak perkhemahan

    melihat demontrasi pemasangan khemah

  • Draf 20012015

    38

    mula

    menaiki bas

    memasang khemah

    mengemaskan barang-barang

  • Draf 20012015

    Langkah 4: Murid melengkapkan carta alir.

    39

    Mendaftarkan diri

    Menaiki bas Berkumpul di tapak perkhemahaan

    Melihat demonstrasi

    Memasang khemah

    Mengemaskan barang dalam khemah

    Mula

    Tamat

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 3

    LAMPU ISYARAT

    Cuba anda perhatikan bagaimana LAMPU ISYARAT bekerja secara urutan.Terdapat EMPAT urutan yang perlu anda ketahui. Warnakan LAMPU ISYARAT di bawah untuk mengetahui bagaimana ianya bertukar mengikut urutan!

    Langkah 1:Anda hendaklah mewarnakan LAMPU ISYARAT yang menyala sahaja mengikut urutan dalam rajah di bawah:

    Langkah 2:Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan urutan LAMPU ISYARAT yang telah anda warnakan di LANGKAH 1.

    40

  • Draf 20012015

    Langkah 3: Cuba anda fikirkan bagaimana LAMPU ISYARAT yang boleh memaparkan kiraan digital sebelum berubah kepada warna seterusnya.

    Langkah 4: Cuba anda fikirkan bagaimana LAMPU ISYARAT anda boleh digunakan di tempat murid sekolah menyeberang jalanraya. Sila gunakan pilihan tunggal untuk situasi jika ada murid hendak menyeberang jalan. Adakah anda perlu mengubah arahan kepada LAMPU ISYARAT anda?

    41

    Cuba tuliskan dalam bentuk PSEUDOKOD

    1. Mula

    2. MERAH menyala 5 Minit

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 4

    Membina algoritma, pseudokod dan carta alir bagi aliran pilihan tunggal.

    Langkah 1: Guru memberikan satu situasi kepada murid.

    Satu sesi perkhemahan perdana unit beruniform bagi murid tahap dua akan diadakan pada hujung tahun ini. Perkhemahan tersebut akan diadakan di sebuah hutan rekreasi. Murid dikehendaki mendaftarkan diri di sekolah pada pukul tujuh pagi. Semua murid dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan. Apabila tiba di tempat perkhemahan, murid dikehendaki berkumpul di tapak perkhemahan. Bagi murid yang telah menguasai kemahiran pemasangan khemah, mereka akan terus memasang khemah. Bagi murid yang belum menguasai kemahiran pemasangan khemah, mereka dikehendaki melihat demontrasi terlebih dahulu sebelum memasang khemah. Setelah siap, murid akan mengemaskan barang-barang mereka di khemah masing-masing.

    Langkah 2: Murid diminta membina algoritma berdasarkan situasi di atas.

    42

  • Draf 20012015

    Langkah 3: Murid diminta membina pseudokod berdasarkan algoritma yang dibina.

    Langkah 4: Murid diminta menghasilkan carta alir berdasarkan algoritma situasi di atas.

    43

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 1

    A. Nyatakan jenis aliran bagi algoritma di bawah.

    Siti ada seekor kucing. Setiap hari, selepas pulang dari sekolah dia memberi makan kepada kucing itu selepas memandikannya. Namun pada suatu hari, Siti balik lewat dari sekolah. Kucing itu kelihatan tidak comot, maka Siti tidak memandikannya. Kucing itu terus diberi makan.

    Siti ada seekor kucing. Pada setiap hari, selepas pulang dari sekolah dia memberi makan kepada kucing itu selepas memandikannya.

    44

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 2

    B. Ali: Ayah, ingat tak hari jadi saya minggu hadapan?Bapa :Oh, ingat! Apa hadiah yang kamu mahu?Ali : Saya inginkan kek dan sepasang kasut sukan Adidas.Bapa : Kek itu sudah pasti boleh ayah belikan. Kasut sukan Adidas itu ayah akan beli kalau dapat bonus.

    Tulis algoritma berdasarkan dialog di atas.

    45

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 3

    D. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang betul.

    Penyediaan Ayam Goreng Bersalut Tepung.

    46

    Pseudokod Carta Alir

    Goreng ayam

    Mula

    Potong ayam

    Hidang ayam goreng

    Salut ayam dengan tepung

    Tamat

    Gaul ayam dengan garam

  • Draf 20012015

    E. Susun pseudokod yang diberi ke dalam carta alir mengikut urutan yang betul.

    Penyediaan Ayam Goreng.

    47

    Pseudokod Carta Alir

    Goreng ayam

    Jika mahu rangup

    Mula

    Potong ayam

    Hidang ayam goreng

    Tamat

    Salut ayam dengan tepung tempura

    Gaul ayam dengan garam

  • Draf 20012015

    48

  • Draf 20012015

    LAPORAN PENCAPAIAN MURID

    Nama Murid:Tahun:Kelas

    Modul: Pengaturcaraan

    Standard Kandungan: 2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan Carta Alir.

    Standard Pembelajaran:

    2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.

    2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.

    2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod.

    2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir.

    2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi secara urutan dan pilihan tunggal.

    Bil Perkara yang dinilai Pencapaian CatatanYa Tidak

    1 Murid boleh membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagialgoritma, pseudokod, dan carta alir yang diberi.

    2 Murid boleh membentuk algoritma, pseudokod dan carta alir bagi aliran secara urutan dan pilihan tunggal berdasarkan situasi yang diberi.

    3 Murid boleh menukarkan pseudokod kepada carta alir.

    KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)TARIKHNama Guru: Tandatangan &

    Tarikh

    49

  • Draf 20012015

    Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh

    Standard kandungan:

    2.0 Menggunakan Algoritma Melalui KodPseudo Dan Carta Alir

    Standard pembelajaran:

    2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada kod psuedo secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal

    2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal secara logik

    2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam menyelesaikan satu masalah yang diberi.

    Masa: 90 minit

    NOTA RUJUKAN

    Pseudokod kompleks

    Apabila sesuatu situasi mempunyai pelbagai arahan dan aktiviti, maka situasi itu

    dikatakan sebagai kompleks.Begitu juga dengan pseudokod. Pseudokod yang

    kompleks merupakan gabungan beberapa pseudokod aliran secara urutan dan

    50

    MODUL P5

  • Draf 20012015

    pseudokod secara pilihan tunggal.

    Carta alir secara urutan dan carta alir pilihan tunggal apabila digabungkan akan

    menghasilkan satu carta alir yang menggambarkan satu situasi yang kompleks.

    Walau bagaimanapun gabungan tersebut mestilah logik.Carta alir tersebut

    adalah tersusun secara tertib dan boleh diterima akal.

    Contoh 1: Memisahkan pseudokod kompleks kepada pseudokod aliran secara

    urutan dan secara pilihan tunggal

    Pseudokod kompleks1. Mula. 2. Berkumpul di sekolah. 3. Bertolak dengan bas.4. Jika cuaca baik,

    4.1 melawat ke Zoo Negara 4.2 melawat ke Muzium Negara.

    5. Jika cuaca tidak baik, 5.1 melawat ke Muzium Negara.

    6. Makan tengah hari di Muzium Negara. 7. Jika bilangan murid lebih daripada 40 orang,

    7.1 pecah kepada dua kumpulan.7.1 bersedia dalam kumpulan.

    8. Jika bilangan murid kurang daripada 40 orang,8.1 bersedia dalam kumpulan.

    9. Meneruskan lawatan di Muzium Negara.10.Jika belum pukul 4 petang,

    10.1 menonton persembahan multimedia

    51

  • Draf 20012015

    10.2 menonton pertunjukan wayang kulit11.Jika masa telah mencecah pukul 4 petang,

    11.1 menonton pertunjukan wayang kulit12. Balik13. Tamat

    Pseudokod aliran secara urutan:

    11. Mula

    12. Berkumpul di sekolah.

    13. Bertolak dengan bas.

    14. Melawat ke Muzium Negara

    15. Makan tengah hari

    16. Bersedia dalam kumpulan

    17. Menonton pertunjukan wayang kulit

    18. Balik

    19. Tamat

    Pseudokod aliran secara pilihan tunggal pertama:

    1. Mula

    2. Jika cuaca baik, 2.1 melawat ke Zoo Negara 2.2 melawat ke Muzium Negara. 3. Jika tiada hujan

    52

  • Draf 20012015

    3.1 melawat ke Muzium Negara.

    4. Tamat

    Pseudokod aliran secara pilihan tunggal kedua:

    1. Mula

    2. Jika bilangan murid lebih daripada 40 orang, 2.1 pecah kepada dua kumpulan.2.2 bersedia dalam kumpulan.

    3. Jika bilangan murid kurang daripada 40 orang,3.1 bersedia dalam kumpulan.

    4. Tamat

    Pseudokod aliran secara pilihan tunggal ketiga:

    1. Mula

    2. Jika belum pukul 4 petang,2.1 menonton persembahan multimedia2.2 menonton pertunjukan wayang kulit

    3. Jika masa telah mencecah pukul 4 petang,3.1 menonton pertunjukan wayang kulit

    4. Tamat

    53

  • Draf 20012015

    Contoh 2: Carta alir secara tunggal dan carta alir pilihan tunggal

    54

    Pergi Panggung Wayang

    Makan di restoranLapar?

    Tonton Wayang

    Beli TiketAda Tiket?

    Ya

    Tidak Mula

    Pergi Muzium Negara

    Naik bas

    Makan Tengahari

  • Draf 20012015

    55

    Mula

    Pergi Panggung Wayang

    Naik bas ke bandar

    Tonton Wayang

    Beli TiketAda Tiket?Tidak

    Ya

    Pergi Panggung Wayang

    Makan di restoranLapar?

    Tamat

    Ya

    Tidak

    Tonton wayang

    Tamat

  • Draf 20012015

    PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

    7. Murid telah mengenal Algoritma, Pseudokod dan Carta Alir.

    8. Murid telah mengetahui makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta alir.

    9. Murid telah mengetahui cara membina algoritma, pseudokod dan carta alir secara urutan.

    KEPERLUAN PERKAKASAN

    11. Set Komputer12. Kertas Mahjong13. Pen Marker14. Blue tack

    56

  • Draf 20012015

    KEPERLUAN PERISIAN

    4. Perisian Aplikasi

    AKTIVITI 1

    Membina pseudokod aliran secara urutan dan secara pilihan tunggal.

    Langkah 1: Guru memberikan satu pseudokod kompleks kepada murid.

    Pseudokod kompleks1. Mula. 2. Balik ke kampung 3. Jika lebih daripada empat orang,

    3.1 sewa kereta 3.2 bertolak

    4. Jika kurang daripada empat orang,4.1 bertolak

    5. Memandu kereta balik ke kampung. 6. Jika kesuntukan masa,

    6.1 menggunakan tol6.2 perjalanan balik ke kampung

    7. Jika tidak kesuntukan masa, 7.1 perjalanan balik ke kampung.

    8. Tiba9. Jika lapar,

    9.1 makan malam 9,2 rehat

    57

  • Draf 20012015

    10. Jika tidak lapar,10.1 rehat

    11. Berbual-bual dengan ahli keluarga12. Tamat

    Langkah 3:Murid diminta membina pseudokod aliran secara urutan berdasarkan

    kod pseudo kompleks yang diberi.

    Langkah 4:Murid diminta membina pseudokod aliran secara pilihan tunggal

    berdasarkan kod pseudo kompleks yang diberi.

    58

  • Draf 20012015

    AKTIVITI 2

    Membina carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal.

    Langkah 1:Murid diminta menghasilkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal berdasarkan pseudokod di atas.

    Langkah 2:Murid diminta menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal yang dihasilkan di atas.

    AKTIVITI 3

    Membina carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal.

    Langkah 1:Murid dimintamembaca perenggan di bawah.

    Hari ini cuti hujung minggu. Hanna pergi ke rumah Pak Mat. Walaupun tinggal dalam kawasan perumahan, Pak Mat ada menanam sayur di kawasan tanah lapang yang berhampiran rumah. Pagi ini, Hanna ingin membantu Pak Mat menanam cili. Mula-mula batas sepanjang dua meter akan dibina. Tanah batas digemburkan dengan menggunakan cangkul. Apabila batas telah siap, lubang kecil dibuat untuk memasukkan anak benih cili yang telah disemai terlebih dahulu. Hanya anak benih yang sihat sahaja yang akan ditanam. Kemudian sedikit baja diletakkan dan batas tersebut disiram dengan air. Hanna merasa begitu teruja sehingga terfikir untuk menanam cili sekiranya diberi keizinan oleh ibubapanya.

    Langkah 2: Berdasarkan algoritma di atas, bina pseudokod dan carta alir.

    59

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 1

    Nyatakan jenis aliran bagi pseudokod di bawah.

    1. Mula

    2. Pendaftaran

    3. Berkumpul

    4. Taklimat

    5. Lulus uji bakat

    6. Menjadi ahli

    7. Tamat

    1. Mula

    2. Pendaftaran

    3. Berkumpul

    4. Taklimat

    5. Uji bakat

    6. Jika tidak lulus,

    6.1 latihan

    6.2 menjadi ahli

    7. Jika lulus,

    7.1 menjadi ahli

    8. Tamat

    60

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 2

    C. Berdasarkan pseudokod kompleks yang diberi, nyatakan berapa pseudokod aliran secara urutan dan secara pilihan tunggal yang ada.

    Pseudokod kompleks1 Mula. 2 Pergi membeli-belah 3 Jika hendak cepat,3.1 menaiki monorail3.2 berjalan kaki4 Jika tidak hendak cepat,4.1 berjalan kaki5 Tiba di destinasi. 6 Mula membeli-belah.7 Jika semua ialah perempuan,7.1 membeli baju7.2 membeli kasut 8 Jika bukan semua ialah perempuan, 8.1 membeli kasut9 Makan tengah hari.10 Balik11 Tamat

    Pseudokod aliran secara urutan =

    Pseudokod aliran secara pilihan tunggal =

    61

  • Draf 20012015

    B. Berdasarkan pseudokod kompleks yang diberi, binakan pseudokod aliran secara urutan dan pseudokod aliran secara pilihan tunggal.

    Pseudokod aliran secara urutan

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    Pseudokod aliran secara pilihan tunggal pertama

    1.

    2.

    2.1

    62

  • Draf 20012015

    2.2

    3.

    3.1

    4.

    Pseudokod aliran secara pilihan tunggal kedua

    1.

    2.

    2.1

    2.2

    3.

    3.1

    4.

    63

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 3

    A. Lukis gabungan Carta Alir berdasarkan pseudokod di atas.

    64

  • Draf 20012015

    PENILAIAN 4

    A. Pelbagai aktiviti berlaku dalam kehidupan kita. Adakalanya kita perlu membuat pilihan atau keputusan. Cuba ingat kembali satu situasi yang

    65

  • Draf 20012015

    pernah anda lalui. Tuliskan situasi tersebut. Nyatakan berapa aktiviti yang berlaku? Aktiviti yang manakah memerlukan anda membuat pilihan?

    Seterusnya, berdasarkan situasi yang ditulis, bina algoritma, pseudokod dan carta alir.

    66

  • Draf 20012015

    LAPORAN PENCAPAIAN MURID

    Nama Murid:Tahun:Kelas

    Modul: Pengaturcaraan

    Standard Kandungan:

    2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan Carta Alir.

    Standard Pembelajaran:

    2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada kod psuedo secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal

    2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal secara logik

    2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam menyelesaikan satu masalah yang diberi.

    Bil Perkara yang dinilai Pencapaian CatatanYa Tidak

    1 Murid boleh mengenal pasti pseudokod secara urutan dan secara pilihan tunggal.

    2 Murid boleh membentuk pseudokod secara urutan dan secara pilihan tunggal.

    3 Murid boleh membentuk carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal.

    4 Murid boleh melukis gabungan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal

    KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)TARIKH

    67

  • Draf 20012015

    Nama Guru: Tandatangan & Tarikh

    Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh

    68