Mikroekonomi (rokok)

9
SOALAN 1 Pendahuluan Tembakau merupakan salah satu komponen utama dalam pengeluaran rokok. Ini bermaksud bahawa tembakau adalah barang penggenap kepada rokok. Dalam masa yang sama juga, tembakau juga boleh menjadi barang pengganti kepada rokok apabila ianya hanya diniagakan atau dipasarkan sebelum dijadikan rokok. Hal ini kerana terdapat individu yang hanya menghisap tembakau dan terdapat juga individu yang menghisap rokok. Ini bermaksud bahawa sekiranya berlaku perubahan kepada harga rokok, maka perubahan juga akan berlaku terhadap permintaan dan penawaran tembakau. Begitu juga sebaliknya di mana sekiranya berlaku perubahan terhadap harga tembakau, maka perubahan terhadap permintaan dan penawaran rokok juga akan berlaku. Sebelum merujuk kepada kes yang diberikan iaitu perubahan permintaan terhadap rokok dan tindakan kerajaan menetapkan harga tembakau yang lebih tinggi daripada harga pasaran, kita perlu memahami konsep permintaan dan penawaran yang akan digunakan untuk menerangkan perubahan tersebut. Hukum permintaan menjelaskan bahawa hubungan antara permintaan dengan harga sesuatu barang adalah negatif. Ini bermaksud bahawa semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka semakin rendah permintaan terhadap barangan tersebut. Begitu juga sebaliknya. Hukum penawaran pula adalah bertentangan dengan hukum permintaan di mana kuantiti permintaan barangan dan harga barangan mempunyai hubungan yang positif. Semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka semakin tinggi kuantiti yang akan ditawarkan oleh pengeluar dalam pasaran. Oleh itu, kedua-dua hukum ini akan diguna pakai dalam menjelaskan

Transcript of Mikroekonomi (rokok)

Page 1: Mikroekonomi (rokok)

SOALAN 1

Pendahuluan

Tembakau merupakan salah satu komponen utama dalam pengeluaran rokok.

Ini bermaksud bahawa tembakau adalah barang penggenap kepada rokok. Dalam masa

yang sama juga, tembakau juga boleh menjadi barang pengganti kepada rokok apabila

ianya hanya diniagakan atau dipasarkan sebelum dijadikan rokok. Hal ini kerana

terdapat individu yang hanya menghisap tembakau dan terdapat juga individu yang

menghisap rokok. Ini bermaksud bahawa sekiranya berlaku perubahan kepada harga

rokok, maka perubahan juga akan berlaku terhadap permintaan dan penawaran

tembakau. Begitu juga sebaliknya di mana sekiranya berlaku perubahan terhadap harga

tembakau, maka perubahan terhadap permintaan dan penawaran rokok juga akan

berlaku.

Sebelum merujuk kepada kes yang diberikan iaitu perubahan permintaan

terhadap rokok dan tindakan kerajaan menetapkan harga tembakau yang lebih tinggi

daripada harga pasaran, kita perlu memahami konsep permintaan dan penawaran yang

akan digunakan untuk menerangkan perubahan tersebut. Hukum permintaan

menjelaskan bahawa hubungan antara permintaan dengan harga sesuatu barang

adalah negatif. Ini bermaksud bahawa semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka

semakin rendah permintaan terhadap barangan tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Hukum penawaran pula adalah bertentangan dengan hukum permintaan di mana

kuantiti permintaan barangan dan harga barangan mempunyai hubungan yang positif.

Semakin tinggi harga sesuatu barangan, maka semakin tinggi kuantiti yang akan

ditawarkan oleh pengeluar dalam pasaran. Oleh itu, kedua-dua hukum ini akan diguna

Page 2: Mikroekonomi (rokok)

pakai dalam menjelaskan perubahan yang akan berlaku terhadap perubahan

permintaan terhadap kuantiti rokok dan peningkatan dalam harga tembakau.

Keluk Perminataan Rokok dan Keluk Penawaran Tembakau

Rajah 1 : Keluk Permintaan Rokok dan Keluk Penawaran Tembakau

Rajah 1 di atas menunjukkan keluk permintaan rokok, dan keluk penawaran

tembakau, . Keseimbangan asal dicapai pada di mana harga dan kuantiti

keseimbangan berlaku pada dan . Walau bagaimanapun, berlaku penurunan

permintaan terhadap kuantiti rokok akibat daripada kesedaran orang ramai tentang

bahaya rokok kepada kesihatan. Keadaan ini menyebabkan harga rokok meningkat.

Berdasarkan kepada hukum permintaan, sekiranya berlaku penurunan terhadap

permintaan rokok, harga barangan ini akan meningkat. Dalam masa yang sama juga,

tindakan kerajaan mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran

terhadap tembakau menyebabkan harga tembakau juga meningkat. Ini menunjukkan

bahawa harga kedua-dua barangan ini telah meningkat. Oleh itu, keseimbangan akan

Page 3: Mikroekonomi (rokok)

beralih kepada di mana harga seimbangan baru dicapai pada . Pada kedudukan

harga ini, kuantiti penawaran adalah dan kuantiti permintaan adalah . Ini

menunjukkan bahawa permintaan terhadap rokok berkurangan tetapi penawaran

tembakau yang menjadi input utama dalam pengeluaran rokok telah meningkat. Ini

menyebabkan berlaku lebihan penawaran sebesar .

Ekoran daripada itu, lebihan penawaran ini harus dihapuskan untuk

mengelakkan pengeluar mengalami kerugian yang besar. Oleh yang demikian, kerajaan

harus membeli lebihan penawaran yang akan digunakan atau didagangkan apabila

berlaku lebihan permintaan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, tindakan

kerajaan yang menghadkan jumlah kawasan pertanian yang digunakan untuk

penanaman tembakau ini adalah satu tindakan yang akan dapat mengurangkan

pengeluaran tembakau. Keadaan ini menyebabkan keluk penawaran tembakau,

akan beralih daripada ke seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 1. Ini

menyebabkan kuantiti penawaran tembakau akan beralih daripada ke . Keadaan

ini menyebabkan lebihan penawaran sebesar yang wujud tadi dapat diatasi.

Dengan ini, kerajaan tidak perlu membeli lebihan penawaran tersebut dan hanya perlu

mengurangkan kawasan penanaman tembakau untuk mengurangkan pengeluaran

tembakau dalam pasaran walaupun berlaku peningkatan harga dalam pasaran.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penentu permintaan terhadap rokok dan penentu

penawaran terhadap tembakau bukan hanya dipengaruhi oleh perubahan citarasa

pengguna dan tindakan kerajaan menaikkan harga tembakau di atas paras

keseimbangan sahaja. Terdapat beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi

Page 4: Mikroekonomi (rokok)

permintaan dan penawaran terhadap kedua-dua barang penggenap ini. Salah satu

daripadanya ialah dasar kerajaan yang menghadkan penjualan rokok dan tembakau

hanya kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas. Dalam masa yang sama juga,

dasar kerajaan yang mungkin menghadkan kemasukan rokok import dari luar negara

lain juga boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran terhadap barangan ini.

Contohnya, sekiranya kerajaan menghadkan kemasukan rokok import, ini secara tidak

langsung akan menyebabkan kuantiti penawaran dalam pasaran akan berkurangan.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan harga rokok meningkat yang mana akan

menyebabkan permintaan terhadap rokok akan berkurangan.

Oleh itu, terdapat banyak faktor yang boleh digunakan untuk melihat perubahan

keluk permintaan dan penawaran sesuatu barangan sebagai mana yang dihuraikan di

atas.

SOALAN 2

Page 5: Mikroekonomi (rokok)

0E

Pendahuluan

Cukai merupakan satu bebanan yang akan ditanggung oleh pengguna dan

pengeluar mengikut nisbah yang akan ditentukan oleh keanjalan sesuatu keluk.

Keanjalan merujuk kepada pengukuran kepekatan satu pemboleh ubah seperti kuantiti

diminta atau kuantiti ditawar terhadap perubahan dalam salah satu penentunya seperti

harga, pendapatan dan sebagainya. Keanjalan membolehkan perbandingan terhadap

perubahan bagi dua perkara yang diukur dalam unit yang berbeza. Dalam pada itu,

keanjalan juga boleh digunakan untuk melihat tanggungan yang akan ditanggung oleh

pengguna dan pengeluar. Contohnya seperti cukai. Melalui keanjalan, peratus cukai

yang ditanggung oleh pengguna dan peratus cukai yang ditanggung oleh pengeluar

akan dapat ditentukan. Dalam masa yang sama juga, keanjalan sesuatu keluk juga akan

memainkan peranan dalam penentuan ini. Untuk melihat keadaan ini dengan lebih jelas,

maka rokok dan serbuk kopi akan dijadikan barangan utama untuk menentukan peratus

cukai yang akan ditanggung oleh pengguna dan pengeluar.

Keluk Permintaan dan Penawaran Bagi Rokok dan Serbuk Kopi

Rajah 2 : Keluk Permintaan dan Penawaran Rokok

Rajah 3 : Keluk Permintaan dan Penawaran Serbuk Kopi

Page 6: Mikroekonomi (rokok)

Rajah 2 dan Rajah 3 di atas menunjukkan perubahan terhadap harga akibat

daripada cukai yang dikenakan terhadap rokok dan serbuk kopi. Berdasarkan kepada

rajah 2, keseimbangan asal rokok dicapai pada di mana harga dan kuantiti

keseimbangan adalah pada dan . Walau bagaimanapun, keseimbangan ini adalah

sebelum cukai dikenakan ke atas rokok. Apabila cukai dikenakan ke atas rokok, maka

keseimbangan akan berubah dan keluk penawaran akan berubah daripada ke .

Pada kedudukan ini, keseimbangan baru dicapai pada di mana harga dan kuantiti

keseimbangan baru adalah dan .

Cukai yang dikenakan oleh kerajaan ini memaksa pengguna dan pengeluar

untuk berkongsi bersama untuk sama-sama menanggung cukai tersebut. Kawasan AB

adalah beban cukai yang harus ditanggung oleh pembeli dan penjual.

Memandangkan keluk permintaan tersebut adalah tidak anjal, maka pengguna akan

menanggung lebih banyak cukai daripada penjual. Kawasan C adalah beban

cukai yang akan ditanggung oleh pengguna. Manakala ABC adalah beban cukai yang

ditanggung oleh pengeluar. Berdasarkan kepada kenyataan ini, semakin tidak anjal

sesuatu keluk permintaan, maka semakin banyak atau semakin besar beban cukai yang

akan ditanggung oleh pengguna.

Bagi rajah 3 pula iaitu keluk permintaan dan penawaran serbuk kopi,

keseimbangan asal dicapai pada di mana harga dan kuantiti keseimbangan berada

pada dan . Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan mengenakan cukai ke atas

barangan ini menyebabkan harga barangan ini meningkat daripada ke . Keadaan

ini turut menyebabkan keluk penawaran kopi beralih ke kiri dari ke . Pada

Page 7: Mikroekonomi (rokok)

keseimbangan baru ini iaitu pada titik , kuantiti keseimbangan baru bagi serbuk kopi

adalah pada . Peningkatan harga sebanyak adalah disebabkan oleh cukai yang

dikenakan ke atas serbuk kopi. Dalam masa yang sama juga, kuantiti permintaan telah

berkurang daripada ke . Kawasan XY adalah beban cukai yang harus

ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Walau bagaimanapun, memandangkan keluk

permintaan adalah lebih anjal, maka beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar

adalah lebih banyak daripada cukai yang ditanggung oleh pengguna. Kawasan XYZ

adalah cukai yang ditanggung oleh pengeluar sedangkan pengguna hanya menangung

cukai sebesar kawasan Z . Ini menunjukkan semakin anjal sesuatu keluk

permintaan, maka semakin kurnag beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna

sebaliknya semakin banyak beban cukai yang akan ditanggung oleh pengeluar.

Kesimpulan

Secara amnya, penentuan beban cukai yang akan ditanggung oleh pengguna

dan pengeluar adalah dipengaruhi oleh keanjalan sesuatu keluk permintaan. Semakin

anjal sesuatu keluk permintaan, maka semakin kurang beban cukai yang akan

ditanggung oleh pengguna tetapi semakin besar beban cukai yang akan ditanggung

oleh pengeluar. Begitu juga bagi keluk permintaan yang kurang anjal. Semakin kurang

anjal keluk permintaan ini, maka semakin kurang beban cukai yang akan ditanggung

oleh pengeluar sebaliknya semakin besar beban cukai yang akan ditanggung oleh

pengguna.

Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana pengguna atau pengeluar

menanggung keseluruhan beban cukai yang dikenakan ke atas sesuatu barang.

Keadaan ini akan wujud sekiranya sesuatu barangan tersebut mempunyai keanjalan

Page 8: Mikroekonomi (rokok)

sama ada anjal sempurna atau tidak anjal sempurna. Sekiranya barangan tersebut

mempunyai keluk permintaan yang anjal sempurna, maka kesemua beban cukai yang

dikenakan ke atas barangan tersebut akan ditanggung oleh pengeluar. Manakala bagi

barangan yang mempunyai keluk permintaan yang tidak anjal sempurna, kesemua

beban cukai yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna.

Bibliografi

William J. Baumol and Alan S. Blinder, Microeconomics : Principles and Pilicy,

Ninth Edition, Thomson South Western, United State of America, 2003

Page 9: Mikroekonomi (rokok)

Richard G. Lipsey, Paul N. Courant and Christopher T.S. Ragan,

Microeconomics, Twelfth Edition, Addison-Wesley, United State of America,

1999

Roger A. Arnold, Microeconomics, Sixth Edition, Thomson South Western,

United State of America, 2004