Maqasid syar’iyyah

24
PERUNDANGAN ISLAM @ MAQASID SYAR’IYYAH NAMA: 1. MUHAMMAD RIDZUAN BIN AHMAD PIDAUS 2. ABDULLAH HAKIM BIN KAMARUL BAHRIN 3. AHLIL MUSTAQIM 4. AMIR SYAREZZA 5. SAFARI

description

penerangan mengenai maqasid syariah @ perundangan islam dan sejarahnya secara ringkas

Transcript of Maqasid syar’iyyah

Page 1: Maqasid syar’iyyah

PERUNDANGAN ISLAM @ MAQASID SYAR’IYYAH

NAMA:

1. MUHAMMAD RIDZUAN BIN AHMAD PIDAUS

2. ABDULLAH HAKIM BIN KAMARUL BAHRIN

3. AHLIL MUSTAQIM

4. AMIR SYAREZZA

5. SAFARI

Page 2: Maqasid syar’iyyah

Pengenalan Kepada Perundangan Islam @ Maqasid Syar’iyyah

Page 3: Maqasid syar’iyyah

Syariah ditakrifkan sebagai “ setiap sesuatu yang telah disyara’kan Allah ke atas hamba-Nya dalam keseluruhan urusan al-Din dengan pelbagai hukum yang berkaitan. Syariah merupakan keseluruhan ajaran Islam yang terkandung di dalamnya urusan aqidah, akhlak, dan perundangan.”

Umat Islam telah diperintahkan untuk tidak memisahkan diri mereka dengan satu juzuk pun daripada keseluruhan ajaran Islam tersebut bila mana mereka telah diarahkan oleh Allah s.w.t melalui firmannya:

Page 4: Maqasid syar’iyyah

Terjemahan:“ Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana mereka itu adalah musuh kamu yang nyata” 

( al-Baqarah : 208 )

Maqasid syariah dapat dikatakan sebagai kefahaman akan tujuan-tujuan syariah, ruh di sebalik sesuatu hukum dan tujuan hukum tersebut disyariatkan.

Page 5: Maqasid syar’iyyah

Maqasid syariah merupakan sumbangan unik seorang pemikir perundangan Islam abad ke 8 hijriah Ibrahim Ibn Ali al-Shatibi, atau lebih dikenali sebagai Imam al-Shatibi. Beliau telah memberikan perspektif baru kepada fiqh dan kefahaman kita akan syariah.

Menurut Imam al-Shatibi, syariah datang untuk membawa maslahah kepada manusia seluruhnya, atau datang untuk kepentingan manusia itu sendiri.

Page 6: Maqasid syar’iyyah

Ia dapat menunjukkan jalan keluar kepada apa juga masalah semasa, jika kita memahami prinsip-prinsip universalnya, tujuan dan matlamat syariah.

Memahami tujuan dan matlamat syariah, memahami teks dan konteks, dalam kerangka prinsip-prinsip umum syariah atau al-Maqasid al-Syari’iyyah, kita akan lebih bersedia menghadapi cabaran dan permasalahan masakini dan masa akan datang. Inilah merupakan sumbangan utama Imam al-Shatibi kepada pemikiran perundangan Islam.

Page 7: Maqasid syar’iyyah

DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM @

MAQASID SYAR’IYYAH

Page 8: Maqasid syar’iyyah

Imam al-Syatibi dalam buku beliau yang tersohor iaitu al-Muwafaqat fi Usul al-Syari’ah mendefinisikan maqasid syariah sebagai “untuk menegakkan kebaikan atau kemaslahatan kepada manusia dan mengelakkan daripada berlakunya fasad atau keburukan”.

Menurut Izzuddin Abdul Salam , ia adalah Jalb al-Masaleh wa Dar al-Mafasid, yakni mewujudkan kebaikan-kebaikan dan mencegah dari kebinasaan-kebinasaan, sama sebagaimana takrif al-Syatibi di atas.

Ibnu ‘Asyur pula menyatakan, “pemeliharaan kepada fitrah manusia.”

Page 9: Maqasid syar’iyyah

Dari tiga takrif ini dapat dirumuskan bahawa maqasid syariah merupakan sebab atau maksud am kepada syariat Allah SWT yang merangkumi segala aspek kebaikan untuk manusia. Pengharaman atau pengharusan sesuatu hukum itu tidak lain tidak bukan melainkan sudah pasti ada rahsia tertentu daripada Allah SWT yang mungkin sebahagiannya dapat diketahui oleh manusia dan sebahagian besar lagi akan tetap menjadi rahsia Allah SWT.

Page 10: Maqasid syar’iyyah

MAKSUD UMUM MAQASID SYAR’IYYAH

Mendidik individu (tahdhib al-fard): Mendidik individu insan untuk menjadi insan

yang berguna. Menjadi model ikutan kepada orang lain. Contohnya islam mensyariatkan solat. Antara

matlamatnya mendidik individu menjadi orang yang berguna, baik dan terhindar dari perkara keji.Firman Allah s.w.t:

Page 11: Maqasid syar’iyyah

Terjemahan: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan

kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang

keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(Surah al- Ankabut: 45)

Page 12: Maqasid syar’iyyah

Menegakkan keadilan Menegakkan keadilan kepada individu dan

masyarakat Mengambil hak daripada orang yang zalim dan

memberikan hak kepada orang yang dizalimi atau ditindas.

Merupakan tujuan utama penetapan hukum. Allah s.w.t berfirman:

Page 13: Maqasid syar’iyyah

Terjemahan: Dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa…

(Surah al-Ma’idah: 8)

Menjaga kemaslahatan Menjaga kemaslahatan dinilai melalui 3 aspek

sampingan yang lain iaitu:i. Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan

makhluk lain.ii. Merealisasikan Kemaslahatan dengan

melaksanakannya.iii. Mecegah kemudaratan dan gejala buruk.

Page 14: Maqasid syar’iyyah

PEMBAHAGIAN MAQASID SYAR’IYYAH

Page 15: Maqasid syar’iyyah

MAQASID SYAR’IYY

AH

AL-DHARURUYAT

AL-TAHSINIYAT

AL- HAJIYA

T

Page 16: Maqasid syar’iyyah

1. al-Dharuriyat – Perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam hidup seseorang insan yang mana jika dipisahkan ia daripadanya akan menyebabkan huru-hara dan terungkainya makna hidup seseorang insan. Hal ini tercakup dalam 5 perkara asas yang perlu dipelihara:i. Aqidah : Islam menyekat murtad dan perkara yang menggugat aqidah Islam samada gejala riddah atau memerangi Islam.ii. Nyawa : Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

Page 17: Maqasid syar’iyyah

iii. Aqal : Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dgn meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas meihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.iv. Maruah atau kehormatan / keturunan : Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.v. Harta : Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Page 18: Maqasid syar’iyyah

2. al-Hajiyat – Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk memudahkan kehidupan mereka yang sekiranya tidak dimiliki akan mendatangkan kesempitan namun tidak sampai kepada peringkat memberikan kesan kepada keseluruhan hidupnya. Tiadanya hajiyat tidak merosakkan kehidupan.Hajiyat berlaku dalam bidang ibadat, adat, muamalah ,jinayah dan sebagainya. Sebagai contoh dalam bidang ibadat ialah seperti rukhsah-rukhsah yang menimbulkan keringanan bagi menghindarkan masyaqqah, seperti boleh solat duduk bagi pesakit, berbuka dan solat qasar untuk musafir dan sebagainya.

Page 19: Maqasid syar’iyyah

Demikian pula dalam bidang adat seperti bolehnya perburuan, memakan makanan yang sedap sebagai nikmat dari Allah, memiliki rumah dan kenderaan yang baik dan sebagainya. Perkara ini, jika tidak terlaksana tidaklah sampai merosakkan kehidupan manusia. Contohnya, seorang yang bermusafir enggan berbuka puasa, tidak menimbulkan justifikasi hukum dan puasanya juga tidak rosak/terbatal.

Page 20: Maqasid syar’iyyah

3. al- Tahsiniyat – Perkara yang berkaitan dengan kesempurnaan hidup seperti akhlak dan juga tuntutan lain yang berkaitan dengan manusia untuk memberikan kerehatan yang lebih selesa dalam rangka menjalani hidup sebagai seorang insan. Ia merupakan mengoptimumkan aplikasi kehidupan selama mana ia tidak bertentangan dengan adat kebiasaan yang baik yang semuanya tercakup oleh bahagian makarim al-akhlak (kesempurnaan akhlak ).Nabi s.a.w bersabda :

  األخالق مكارم ألتمم بعثت إنما“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia”

Page 21: Maqasid syar’iyyah

Sebagai contoh dalam ibadat; memaksimalkan amalan solat-solat sunat, zikir dan doa , dalam adat ; seperti berprotokol ketika makan dan minum, dan sebagainya. Pendek kata tahsiniyat ini merupakan penghias kepada aplikasi kehidupan menuju kepada kesempurnaan hidup manusia.

Page 22: Maqasid syar’iyyah

KESIMPULAN

Sebenarnya syariat Allah SWT diturunkan untuk menjaga lima asas penghidupan manusia, bermula dari keutamaan pertama : agama, nyawa, akal fikiran, maruah atau keturunan dan harta. Kita melihat prinsip universal Islam ini berdasarkan maslahah menjaga kelima-lima keperluan induk penghidupan manusia. Imam Al-Shatibi menegaskan tanggung jawab kita sebagai umat Islam bukan setakat menjaga diri kita sendiri sebagai orang Islam atau masyarakat kita sendiri sebagai umat Islam, tetapi juga memelihara hak asasi manusia merentasi akidah dan pemikiran agama.

Page 23: Maqasid syar’iyyah

Ini merupakan revolusi dalam bidang fiqh dan juga usul fiqh berdasarkan maslahah, memahami tujuan kepada syariah. Beliau menegaskan bahwa kita ini bila melihat sesuatu teks atau hadis daripada al-Quran dan al-Hadis, kita tidak sepatutnya hanya melihat kandungan lafaz dari teks tadi, tetapi juga melihat latar belakang bagaimana dan kenapa nas atau teks itu wujud.

Melihat hukum Allah dengan menilai maqasid syariah telah membongkarkan segala rahsia hukum Allah dan kehebatan Allah sebagai Tuhan yang telah menetapkan segala peraturan kepada hamba-hamba-Nya. Objektif syariah iaitu untuk mempermudah urusan manusia memberi keyakinan bahawa Islamlah satu-satunya cara hidup yang amat sesuai untuk dipraktikkan oleh umat manusia untuk menjadikan mereka maju dan bertamadun.

Page 24: Maqasid syar’iyyah

Islam membangunkan manusia dengan mengeksploitasi kesemua empat-empat unsur diri manusia iaitu spiritual, intelektual, emosional, dan material. Hukum-hukum sama ada dalam aspek ibadah mahupun muamalat, akan menghidupkan unsur diri manusia itu dengan cara yang cukup harmoni.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengaktifkan pemikiran kita, mencari rahsia-rahsia syariat Allah, dengan hati yang penuh ikhlas dan suci tiada lain kecuali mengharapkan keredhaan Allah, dan jauh daripada untuk ‘menyesuaikan’ hukum dengan kehendak nafsu sahaja.