Maqasid as Syariah

21
MAQASID AL-SHARIAH Tujuan-tujuan Pensyariatan صد الشريعة مقاDisediakan oleh: Fahrul Irfan Ishak UNIKL-MITEC [email protected]

description

Tujuan PensyariatanMaqasid SyariahMaqasid Asy-Syariah

Transcript of Maqasid as Syariah

Page 1: Maqasid as Syariah

MAQASID AL-SHARIAHTujuan-tujuan Pensyariatan

مقاصد الشريعة

Disediakan oleh:

Fahrul Irfan IshakUNIKL-MITEC

[email protected]

Page 2: Maqasid as Syariah

SEJARAH MAQASID AL-SHARIAH

Seiring dengan kewujudan fiqh

Imam al-Haramayn menyebut berulang kali di dalam kitabnya al-Burhan – diikuti oleh al-Ghazali

Ketika itu dibincangkan dalam bab sampingan spt bab al-munasabah, al-maslahah & al-‘Illah

al-Shatibi (dikenali sbg imam al-maqasid) akhirnya mewujudkan bab khusus ttg maqasid & membincangkannya secara terperinci

Ketika itu, ilmu maqasid masih dianggap sbhgn drpd ilmu usul fiqh

Muhammad al-Tahir ibn ‘Ashur – membincangkan ilmu maqasid secara terasing

Page 3: Maqasid as Syariah

PENGERTIAN MAQASID AL-SHARIAH

Al-maqasid Bererti tujuan. Maqasid al-shariah ertinya tujuan-tujuan

shariah.

• Ulama’ usul al-fiqh Makna dan tujuan yang hendak dicapai oleh syarak dalam

mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia.

Asrar al-shariah iaitu rahsia-rahsia yang terdapat disebalik hukum yg ditetapkan syarak berupa kemaslahatan kepada manusia sama ada di dunia dan akhirat.

Page 4: Maqasid as Syariah

TUJUAN UNDANG-UNDANG SYARIAT

1. Membawa sebuah kehidupan yang baik dan sejahtera untuk semua.

2. Membentuk individu dan masyarakat berdisiplin dan bertanggungjawab.

3. Membina watak dan personaliti rajul dini.4. Memupuk nilai kehidupan murni dan norma

budaya luhur.5. Menjamin keadilan & kebaikan sejagat (al-a’dl

wa al-ikhsan)6. Menyelamat manusia dari kesesatan dan

melampaui batas.7. Melahirkan masyarakat cintakan kebaikan

bencikan kemungkaran.8. Membawa rahmat seluruh alam.

Page 5: Maqasid as Syariah

MAQASID AL-SHARIAH

MAQASID AL-SHARIAH

IALAH MATLAMAT ATAU TUJUAN

SYARAK YANG BERUPA RAHSIA ALLAH

BAGI SETIAP HUKUM-HAKAMNYA.

APA

PENTINGNYA

TAHU

MAQASID AL-

SHARIAH

UNTUK MEMAHAMI NAS-NAS SYARAK

DAN DIAPLIKASIKAN KEATAS

MASALAH-MASALAH YANG BARU TIMBUL

Terutamanya oleh mujtahid

Page 6: Maqasid as Syariah

MAQASID AL-

SHARIAH YANG

BERHUBUNG

DENGAN MANUSIA

ADA 5 PERKARA (Dhururiyat al-khamsah)

1. HIFZUD DIN = MEMELIHARA AGAMA

2.HIFZUN NAFS = MEMELIHARA JIWA /

NYAWA

3.HIFZUL `AQL = MEMELIHARA AKAL

4.HIFZUN NASAB = MEMELIHARA

KETURUNAN

5.HIFZUL MAL = MEMELIHARA HARTA

Page 7: Maqasid as Syariah

• Mewajibkan lima rukun Islam

• Hukuman hudud (bunuh) kepada yang

murtad daripada agama Islam

• Melarang keras perkara-perkara

khurafat, tahyul dan sihir.

• Berkaitan dengan perkara tauhid dan

syahadah

1. HIFZUD DIN (MEMELIHARA AGAMA)

MemeliharaAgama

Page 8: Maqasid as Syariah

- Hukuman Qisas iaitu balas bunuh dan balas

cedera.

- Ibadah berbentuk pergerakan fizikal yang

berkaitan dengan kesihatan mental dan fizikal

contohnya solat dan haji.

- Memelihara kepentingan perasaan dan jiwa

manusia.

- Solat 5 waktu

2. HIFZUN NAFS (MEMELIHARA JIWA)

Memelihara Nyawa

Page 9: Maqasid as Syariah

Membangunkan akal

- Mewajibkan umat Islam menuntut ilmu dari buaian

hingga mati.

- Menggalakkan umat Islam berfikir dalam apa jua

keadaan

Menjaga dan memelihara akal

- Hukuman Hudud 40 – 80 kali sebatan kepada peminum

arak

- Mengharamkan melihat perkara-perkara lucah.

- Berfikiran positif

- Puasa bulan Ramadhan

3. HIFZUL `AQL (MEMELIHARA AKAL)

Memelihara Akal

Page 10: Maqasid as Syariah

- Hukuman hudud ke atas penzina dan

orang yang tuduh zina (qazaf)

- Hukum Iddah

- Wanita-wanita yang haram dikahwini

- Pengklonan manusia

- Menasabkan anak luar nikah

4. HIFZUN NASAB (MEMELIHARA KETURUNAN)

MemeliharaKeturunan

Page 11: Maqasid as Syariah

- Hukuman hudud ke atas pesalah Sariqah

(mencuri) dan Hirabah (merompak)

- Ancaman ke atas mereka yang

menggunakan harta bukan dari haknya

- Penjagaan harta anak yatim

- Pewarisan harta (faraidh) dan wasiat

- Mendapatkan rezeki yang halal

- Menggunakan sistem kewangan Islam,

takaful dan pelaburan Islam

- Zakat dan Haji

5. HIFZUL MAL ( MEMELIHARA HARTA)

MemeliharaHarta

Page 12: Maqasid as Syariah

Kuiz 2a

Anda diminta menutup nota dan menulis di kertas kosong kelima-lima Maqasid Syariah.

Page 13: Maqasid as Syariah

SIFAT-SIFAT ISLAM

TUJUAN Memberi kefahaman kepada pelajar mengenai

perkara-perkara asas dan fundamental dan memperjelaskan tasawwur Islam sebagai al-din dan asas pembentukan tamadun dan peradaban.

Page 14: Maqasid as Syariah

1. RABBANI

- Islam berasaskan daripada apa yang ditetapkanAllah

- Bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah- Agama Islam nama yang diberikan oleh Allah tidak

seperti agama lain seperti Kristian, Buddha danTao.

- قل إن صالتي ووسكي ومحياي ومماتي لله رب العالميه

Maksudnya - katakanlah : Sesungguhnyasolatku,ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untukAllah ,Tuhan semesta alam

(Surah Al-An am, ayat 162)

Page 15: Maqasid as Syariah

2. SYUMUL (MENYELURUH)

- Merangkumi dan sempurna dalam segala aspek

kehidupan.

- Kesempurnaan Islam ada yang bersifat Qat’ie (muktamad) seperti solat 5 waktu dan pecahan dalam faraidh dan ada yang bersifat Furu’ie (cabang) seperti nasab dan bayaran zakat.

- Contoh kesyumulan Islam ialah Islam merangkumi aspek politik seperti pilihanraya demokrasi, sosial seperti sistem pendidikan dan jenayah, sistem ekonomi seperti zakat dan perbankan Islam.

Page 16: Maqasid as Syariah

Islam bersifat universal – sejagat.

Tidak terbatas kepada kaum, tempat, masa, sempadan geografi, warna kulit, dan pangkat.

Tidak mengiktiraf konsep assobiyah العصابية(perkauman) dan tiada sistem kasta yang mengkelaskan manusia mengikut darjat-darjat tertentu.

Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammmad) melainkan menjadi rahmat bagi sekelian alam. Al-Anbia’:107

Contoh Islam bersifat sejagat ialah – Islam boleh dianuti oleh apa-apa bangsa di atas muka bumi ini. Hukum hakam Islam juga terpakai di semua tempat contohnya makanan halal.

3. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)

Page 17: Maqasid as Syariah

4. WAQI’EYYAH (REALISTIK)

Waqie’ : setempat, realistik.

Sesuai mengikut keadaan setempat dan masa tertentu.

Islam bersifat sejagat, tetapi ia tetap meraikan perkara-perkara yang bersifat setempat.

Seimbang di antara tuntutan teori dan praktikal.

Islam mengharuskan rukhsah dalam perkara-perkara tertentu seperti solat jamak dan qasar bagi musafir dan mereka yang dalam keadaan uzur syari’e

Contohnya ialah Islam meraikan golongan yang sakit dikecualikan daripada mengerjakan haji.

Page 18: Maqasid as Syariah

5. AL-THABAT WAL-MURUNAH

(TETAP DAN ANJAL)

Thabat : Keaslian dan keabadian/tetap/mantap. Sumbernya asli dan tetap, tanpa perubahan dan penyelewengan (al-Quran)

Contohnya : kewajipan solat merupakan ketetapan Allah pada waktu tertentu

Murunah : Mudah, fleksibal, anjal dalam perlaksanaan. Tidak menyukarkan manusia.

Contohnya : cara perlaksanaan solat, tidak boleh berdiri duduk, baring, mata, hati.

Page 19: Maqasid as Syariah

6. TAWAZUN (KESEIMBANGAN

KEBENDAAN DAN KEROHANIAN)

Perimbangan antara rohani dan jasmani.

Perimbangan antara dunia dan akhirat.

Perimbangan antara individu dan kelompok.

Keseimbangan dan dinamika Islam dalam pembinaan kekuatan umat.

Islam tidak menerima ekstremisme.

Page 20: Maqasid as Syariah

7. WASATIYYAH (KESEDERHANAAN)

Kesederhanaan dan umat pertengahan (ummatan wasatan)

Kesederhanaan dalam Islam membina kekuatan.

Jangan salah faham terhadap kesederhanaan.

Page 21: Maqasid as Syariah

KUIZ 2b

1. Jelaskan takrif maqasid al-shariah.

2. Apakah maksud asrar as-syariah, terangkan dengan contoh.

3. Senaraikan dhururiat al-khamsah.

4. Huraikan dhururiat al-khamsah yang kedua.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan tasawwur Islam.

6. Jelaskan dengan contoh istilah berikut:-

i. Thabat wal Murunah.

ii. Waqi’eyyah.

iii. Rabbaniyyah.