M6_Penyelesaian_Masalah_Panduan_Guru.pdf

7

Transcript of M6_Penyelesaian_Masalah_Panduan_Guru.pdf

  • PENYELESAIAN MASALAH 2

    Menyedari keperluan membuat perancangan secara teratur dan sistematik dalam

    menyelesaikan masalah.

    Menyakinkan murid bahawa sebarang masalah boleh diselesaikan dengan mudah

    apabila mengetahui langkahnya.

    60 120 minit

    Operasi Matematik, Prosedur Matematik, Membuat Refleksi

    Penyelesaian Masalah dalam Matematik berasaskan kaedah yang diperkenalkan oleh George Polya, iaitu: Pertama: Mentafsir dan memahami masalah Kedua: Merancang strategi penyelesaian Ketiga: Melaksanakan strategi Keempat: Menyemak penyelesaian/Membuat refleksi

    Di peringkat sekolah menengah, murid mungkin mempunyai kemampuan yang terhad dalam langkah-langkah menyelesaikan masalah baik dalam Matematik atau Sains. Dalam menyelesaikan masalah, murid perlu tahu langkah-langkah yang perlu diambil dan keputusan yang perlu dibuat. Justeru, pendedahan kepada langkah-langkah menyelesaikan masalah secara sistematik amat perlu supaya murid lebih bersedia menduduki TIMSS dan PISA.

    Selain daripada itu, modul ini juga bertujuan membina kefahaman yang mendalam terhadap penyelesaian masalah dalam kalangan murid dan menjadikan mereka lebih bersikap kritis dan analitikal.

    Dalam sesi soal jawab, guru mesti memberi masa untuk murid berfikir sebelum diajak berbincang atau memberi pendapat mereka.

  • PENYELESAIAN MASALAH 3

    SESI PERTAMA (60 minit)

    Penyelesaian Masalah dalam Matematik

    Minta murid menyatakan contoh masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Kemudian, soal murid tentang apa yang mereka faham dengan perkataan masalah.

    Seterusnya, terangkan definisi masalah dari aspek Matematik kepada murid.

    Paparan slaid memerlukan guru bertanya kepada murid apa yang mereka faham mengenai frasa penyelesaian masalah. Bimbing murid dengan mencetuskan pertanyaan yang menjurus kepada definisi yang bakal dipaparkan.

  • PENYELESAIAN MASALAH 4

    Tegaskan kepada murid tentang penggunaan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah.

    Seterusnya, cetuskan persoalan mengapa penyelesaian masalah perlu dilakukan semasa mempelajari Matematik? Klik pada pautan video bersama pakar mengenai perkara ini.

    Jelaskan kepada murid bahawa, menurut Van de Walle, pembelajaran konsep Matematik lebih mudah dipelajari dengan kaedah penyelesaian masalah kerana ia menggalakkan murid berfikir dan menyedari kepentingan Matematik dalam kehidupan seharian.

    Seterusnya, minta murid menyatakan ciri-ciri seorang penyelesai masalah yang baik.

  • PENYELESAIAN MASALAH 5

    Guru digalakkan menjalankan sesi sumbang saran bagi memperoleh ciri-ciri penyelesai masalah yang baik seperti yang dipaparkan pada slaid.

    Murid juga perlu menyatakan langkah-langkah dalam penyelesaian masalah. Bincangkan jawapan murid.

    Kemudian, perkenalkan kepada murid pakar penyelesai masalah iaitu George Polya. Polya telah memperkenalkan empat langkah dalam menyelesaikan masalah Matematik.

    Bincangkan langkah-langkah penyelesaian masalah dan kepentingan setiap langkah dengan meminta pandangan murid.

  • PENYELESAIAN MASALAH 6

    Satu contoh dikemukakan untuk dibincang bersama.

    Minta murid membaca soalan yang dipaparkan.

    Imbas kembali langkah-langkah yang perlu diambil oleh murid dalam menyelesaikan masalah. Pastikan murid dapat menyatakan langkah-langkah tersebut.

    Minta murid menerangkan cara mereka mentafsir dan memahami masalah. Salah satu cara ialah dengan menanda atau menggaris maklumat penting. Minta murid menyatakan maklumat penting dalam masalah yang diberi.

    Seterusnya, minta murid menyatakan langkah kedua. Terangkan beberapa strategi yang disenaraikan pada slaid. Minta pandangan murid tentang strategi yang paling sesuai digunakan untuk menjawab soalan seperti ini. Minta murid menerangkan jawapan mereka dan seterusnya menjustifikasikan pemilihan strategi melukis jadual.

  • PENYELESAIAN MASALAH 7

    Minta murid melukis dan melengkapkan jadual di papan hitam dan seterusnya memberi penjelasan terhadap penyelesaian mereka.

    Minta murid menyatakan kepentingan langkah keempat seperti, apakah yang akan terjadi sekiranya tiada langkah ini?

    Guru membuat rumusan bahawa sebarang permasalahan Matematik, sekiranya perancangan dibuat dengan sistematik maka penyelesaian masalah akan menjadi mudah.