Lontar_peluru
-
Upload
cannis-chong -
Category
Documents
-
view
21 -
download
3
description
Transcript of Lontar_peluru
LONTARPELURU
Disediakan oleh:Lai Chen YeeLie Poh Ling
a. PENGENALAN
Merupakan acara padang yang melibatkan pergerakan melontar satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.
Pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini iaitu Perry O`Brien dari Amerika Syarikat.
Beliau mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
b. SEJARAH
Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.
Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru ini tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara tersebut.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara ini telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga.Akhirnya sukan ini menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada awalnya, kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.
Mula diperkenalkan di Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1896.
Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda,yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.
c. PERALATAN DAN KELENGKAPAN
1. Peluru
Diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru-peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm.
Bawah 17 tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4 kg bawah 15 tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg.
Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur.
2. Gelanggang
Terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan melontar dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi
kawasan yang berdiameter 2.135 meter. Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan
penahan untuk menentukan sama ada lontaran sah atau batal. Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan penahan,
lontaran dikira batal. Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada
halangan dan gangguan. Bersudut 40° dari titik tengah bulatan melontar. Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan
ini, lontaran yang keluar atau mengenai garisan dibatalkan.
3. Pita pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang peserta.
Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.
4. Kasut berpaku (spike)
Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika gelanggang yang digunakan adalah padang berumput.
Tetapi jika gelanggang diperbuat daripada simen konkrit kasut sukan biasa adalah digalakkan dan sesuai untuk dipakai.
d. PERATURAN
Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.
Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu. Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya
jumlah peserta tidak melebihi lapan orang. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan
lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat.
Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.
Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran.
Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.
Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.
e. KAEDAH PEGANGAN PELURU
1. Menggunakan Tiga Jari
Meletakkan peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah manakala ibu
jari dan jari kelengking bertindak sebagai penyokong. Jari kelengking boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran
dengan tiga jari tengah.
2. Menggunakan Lima Jari
Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini
merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.
f. TEKNIK LONTARAN
Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru:1. teknik berdiri2. teknik lontaran sisi3. teknik O’ Brien 4. teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back).
1. Teknik Berdiri
Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm. Tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga
bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan
mendatar. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri
menyilang ke kanan. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri,
manakala kaki diluruskan dan peluru di tolak keluar. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala
tangan kiri membantu mengimbangkan tangan.
2. Teknik Lontaran Sisi
Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengan bulatan lontaran.
Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki kanan di angkat.
Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak
peluru keluar.
3. Teknik Membelakangi Kawasan Lontaran
Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di
belakang. Kaki kiri diangkat sedikit. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam
kawasan lontaran. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. Tolak peluru.
4. Teknik Pemindahan (O’BRIEN)
Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang.
Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.
Mulakan langkah dengan kaki kanan. Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar. Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru
dengan kuat. Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke
hadapan dan imbangkan dengan tangan kiri.
Peluru harus terletak atas tapak jari-jari yang
dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking
memberi sokongan isian.Pergelangan tangan haruslah
membengkok lurus (flexed).Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak
tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat
oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar
peluru.
Ansur maju
Pegangan peluru
Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari .Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.
ii. Teknik memegang peluru dengan lima jariKelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Peluru harus terletak atas tapak jari-jari yang
dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking
memberi sokongan isian.Pergelangan tangan haruslah
membengkok lurus (flexed).Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak
tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat
oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar
peluru.
Menyokong peluru
1. Berdiri dengan kaki terbuka,
lutut dibengkokkan, punggung ke
dalam dan tangan berada di pinggul.
Berat badan dipindahkan ke atas
kaki belakang (kaki kanan). Kaki kiri
diletakkan dengan ringan di atas
tanah. (rajah a).
Gaya Berdiri
Bahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk melontar peluru.
(rajah a)
2. Semasa menolak dari kaki
belakang berat badab harus
dinaikkan (semasa kaki belakang
diluruskan) memutar dan bergarak
ka hadapan di atas kaki depan
(kaki kiri). Tolakan diakhiri dengan
kedua-dua kaki berdiri di atas jari-
jari kaki yang masih menyentuh
tanah. (rajah b)
(rajah b)
3. Dengan atau tidak memegang
peluru,ambil posisi berdiri seperti
digambarkan di sebelah.(rajah c)
(rajah c)
4. Menolak lengan (dengan atau
tanpa peluru) ke hadapan dan ke
atas.(rajah d).
(rajah d)
5. Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh
ke belakang.Lengan kiri dibengkokkan dengan siku
berada tinggi.(rajah e).
(rajah e)
6. Putarkan batang tubuh ke
hadapan untuk menolak peluru
dengan kuat.Selapas tolakan
kaki dan tarikan badan
diperolehi,di mana pergerakan
untuk mendapatkan semula
imbangan adalah diperlukan
untuk mencengah faul,langkah
pemulihan patut dipelajari.
(rajah f) (rajah f)
7. Pemulihan:kedua-dua
kaki bertukar posisi,iaitu
kaki depan bergerak ke
belakang sebelum kaki
belakang sampai ke papan
penahan.(rajah g)
(rajah g)
1. Ambil posisi seperti yang
digambarkan di sebelah,
dengan beratan yang
mencukupi di atas kaki kiri.
Cuba imbangan badan. Kaki
kanan dibengkokkan sedikit.
(rajah h)
Lungsuran (The Glide)
(rajah h)
2. Menolak kaki belakang
(kaki kanan) tetapi masih tidak
meninggalkan tanah. Kaki kiri
diangkat lebih kurang satu
kaki di atas tanah. (rajah i)
(rajah i)
3. Pembaling mendarat di
bahagian depan bulatan
dengan kaki diletakkan seperti
dalam gambar. (rajah j)
(rajah i)
1. Berdiri di bahagian
belakang bulatan dengan
membelakangkan arah
lontaran bulatan dan kaki
kiri di belakang kaki
kanan.
Rangkaian sempurna
Peringkat akhir ini mengandungi rangkaian lungsuran kepada pergerakan-pergerakan lontaran berdiri dan
pemulihan.
2. Bongkok ke depan dari
pinggul, naikkan kaki kiri
dan membawa paha kiri ke
kaki kanan. (rajah b)
(rajah b)
3. Tolak kaki kiri ke atas dan
ke belakang ke arah papan
penahan, dengan
menggerakkan badan
melintasi pertengahan
bulatan. (rajah c) (rajah c)
4. Tiba ke tengah bulatan
dengan lutut kanan bengkok
dan kaki kanan rata di atas
tanah. (rajah d)
(rajah d)
5. Menolak ke atas dengan
kaki kanan untuk menaikkan
keseluruhan bahagian kanan
badan dan dada ke atas
sambil memindahkan tenaga
melalui pinggul ke bahu,
lengan ,tangan dan
melakukan tolakan akhir
daripada pergelangan tangan
semasa peluru dilepaskan.
(rajah e dan f)
(rajah e)
(rajah f)
6. Selapas peluru
dilepaskan,pindahkan berat
badan dengan cepat
daripada kaki kiri ke kaki
kanan.Pergerakan ini
bertindak sebagai satu
pemulihan , menolong
menahan momentum ke
hadapan dan mencegah faul.
(rajah g)
(rajah g)
1. Boleh membina
kekuatan kaki dan
belakang badan serta
berguna sebagaiaktiviti
memanas badan.
Latih tubi Pembinaan
Lontaran melepasi Kepala
2. Latihan ini bolah
membina kordinasi
antara kaki, badan,
lengan dan pergelangan
tangan.
Lontaran Dari Paras Dada
3. Latihan ini berguna
untuk melatih kederasan
pinggul.
Lontaran Ke Depan
Pegang peluru dengan cara
betul dan berdiri
menghadapi arah lontaran.
Tolak peluru sejauh yang
boleh dan buat tanda pada
tempat jatuhnya(Rajah 6.13)
Pembelajaran secara Ansur Maju (Rajah 6.13)
1. Lontaran Berdiri-Dari Depan
Berdiri seperti rajah di
sebelah,tetapi bengkokkan
badan dan putar badanke kanan
sejauh yang boleh tanpa
menggerakkan tapak kaki. Kilas
badanserta luruskan kaki ke
arah depan (kiri). Tolakan peluru
sejauh yang bolehdan
tandakantempatnyaianya jatuh (
Rajah6.14).
2. Lontaran Dari Depan Dengan Membengkokkan Kaki
Berdiri ke sisi, iaitu bahu kiri
kea rah lontaran. Bongkokkan
kaki kanan dan lontar peluru
dengan memutarkan pinggul
kanan seperti dalam
Rajah6.15.
3. Lontaran sisi
Berdiri ke sisi tengah bulatan dengan kaki dijarakkan. Ubah kedudukankaki kanan seperti dalam Rajah 6.16(b) supaya membelakangi arahlontaran. Pindahkan barat badan ke kaki kanan dan kaki kiri juga dibengkokkan badan ke depan. Kaki kanan dan kaki kiri jugadibengkokkan juga dibengkokkan pada lutut. Mula dengan putaran pinggulkanan dan luruskan kaki. Tolak peluru dengan kuat. Setelah melepasi peluru, songsangkan kedudukan kaki supaya dapat mengawal imbanganbadan dalam Rajah 6.16(c).
4.Lontaran dengan Membelakangi Kawasan Lontar
Berdiri dengan membelakangi
arah lontaran. Kaki kanan di
tengah bulatandan kaki kiri
berhampiran dengan lingkaran.
Bengkokkan lutut dan
lontar seperti Rajah 6.17.
Songsangkan kedudukan kaki
untuk mengawalimbangan
badan.
5.Lontaran dengan Membelakangi Arah Lontaran
Lakukan teknik keseluruhan seperti dalam Rajah 6.18.
Mula di hujunglingkaran dengan membelakangi arah
lontaran.
6.Teknik Penuh
• http://www.google.com/images?q=kawasan%20lontar%20peluru&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&source=lnms&tbs=isch:1&ei=9hJVTZTKDsnlrAft1O2eBw&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CAoQ_AUoAQ&biw=1350&bih=559
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru
• http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/
Rujukan
Sekian,Terima Kasih~