L.KENDIRI
-
Upload
mythili-manimaran -
Category
Documents
-
view
232 -
download
2
description
Transcript of L.KENDIRI
Laporan Kendiri
NAMA : SHAMENEE A/R RAJAANGKA GILIRAN : 2014272340011NO. KAD PENGENALAN : 951209-02-5596
Saya bersyukur akhirnya, kerana dapat menyempurnakan BIG Fasa 3 ( Bina Insan
Guru) dengan berjaya. Program BIG ini kali ini amat beza dengan yang sebelumnya. Kali ini,
kami diminta untuk mengadakan satu program rasmi . Walaupun ianya sangat berbeza
dengan BIG yang sebelumnya, tetapi kami dapat menjalankan BIG dengan sempurna
seperti yang dirancang.
Terdapat beberapa kekuatan dalam BIG ini. Antara kekuatan yang saya dapat ialah
Pertamanya adalah dapat menerapkan semangat kerjasama dan tolong menolong antara
satu sama lain. Contohnya, pelajar guru telah menolong antara satu sama lain semasa
aktiviti ini berlaku. Seterusnya adalah dapat menjalinkan hubungan yang erat antara
siswazahguru dengan para pensyarah. Disamping itu, aktiviti ini juga membantu saya untuk
bergaul dan berinteraksi secara berkesan antara satu sama lain. Ini kerana, saya dapat
berkumpul secara bersama-sama dalam aktiviti seperti ini. Justeru, aktiviti ini merupakan
satu langakah untuk melahirkan hubungan silahturrahim antara kami. Selain itu, saya juga
dapat berkongsi pandangan dan idea dengan kawan saya. Tambahan pula saya juga
belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Seterusnya, saya adalah AJK Pentas. Saya
dan ahli kumpulan saya telah membuat banner tentang Kempen Kesedaran Kesihatan
dengan sendiri. Dengan ini kami dapat belajar untuk membuat sesuatu banner dengan
sendiri. saya juga mendapat pengalaman dalam mengurus dan merancang program.
Tugasan BIG kali ini banyak membantu saya dalam mengenali tentang etika sosial dan
protokol. Dimana ia akan membantu pelajar guru dalam mengurus program sebegini di
sekolah nanti.
Walaupun terdapat kekuatan, maka juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan
yang kami hadapi adalah masa yang singkat. Ini kerana kerja yang lain boleh dibuat dalam
masa yang singkat contohnya, mengemas, membuat video dan sebagainya, tetapi banner
haruslah memerlukan masa yang panjang. Ini kerana kami harus melukis gambar yang
berkenaan dengan kempen tersebut. Disamping itu, gambarnya haruslah besar. Walaupun,
saya boleh melukis, tetapi untuk melukis gambar yang besar ini adalah satu cabaran yang
amat besar kepada saya. Kelemahan yang seterusnya adalah, kami tidak mencukupi warna
dan berus untuk mewarna. Ini kerana disebabkan gambarnya besar, kami memerlukan
warna dan berus yang banyak bagi memudahkan.
Ancaman yang saya hadapi adalah, ia mengambil banyak masa untuk melukis. Ini
kerana saya pernah melukis gambar-gambar kecil, bukan gambar-gambar yang besar.
Maka, aktiviti ini mencadi satu cabaran. Saya mengambil banyak masa untuk melukis
sahaja. Ancaman yang seterusnya adalah, selepas melukis, semasa mewarna kertas yang
kami melukis telah berkoyak. Ini kerana kertasnya adalah kertas mahjong. Kertasnya nipis
dan apabila kami mengguna warna air maka kertas tersebut koyak. Justeru, kami melukis
lagi sekali gambar tersebut dan mewarnanya. Selain itu, perkataan-perkataan yang kami
lekat pada banner telah terjatuh disebabkan angin yang kuat. Kami telah menyediakan
huruf-huruf untuk lekat pada banner, contohnya, MAJLIS RASMI KEMPEN KESEDARAN
KESIHATAN. Setiap huruf telah dilekat pada banner dan pada keesokan harinya, terdapat
beberapa huruf yang terjatuh. Kami sekali lagi menyediakan huruf-huruf tersebut dan lekat
pada banner.
Seterusnya adalah peluang. Walaupun saya mendapati ancaman, maka saya dapat
peluang untuk belajar melukis gambar besar. Ini kerana sebelum ini saya hanya pernah
melukis gambar yang kecil sahaja. pengalaman ini merupakan pengalaman yang baru
kepada saya dan ahli kumpulan saya. Dalam aktiviti ini, kami dapat peluang untuk
mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, kami juga dapat
peluang untuk menunjukkan kreativiti yang ada pada diri kami. Tambahan pula, kami juga
dapat peluang untuk memperlihatkan ciri kepimpinan pada diri kami dalam menguruskan
sesuatu program atau tugasan.
Secara kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan program yang diadakan.
Banyak faedah telah saya perolehi dalam BIG kali ini. Program rasmi sebegini telah
memberi pendedahan kepada saya dalam mengendalikan suatu program dengan pemikiran
yang positif dan motivasi diri yang tinggi. Sekian, terima kasih.