LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK
-
Upload
logeswary-suresh -
Category
Documents
-
view
371 -
download
4
description
Transcript of LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK
LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK
SEMESTER : 4 PISMP
TARIKH : 13.08.2015
TEMPAT : KELAS DC 8
Saya Logeswary A/P Suresh dan rakan saya Renu Priya A/P Manimaran telah
mengendalikan satu sesi persembahan powerpoint mengenai alatan memasak, piramid
makanan, menu makanan, salad buah-buahan dan keselamatan di dalam bilik memasak
sebelum menjalankan amali memasak. Ini merupakan satu sesi untuk mengenali asas
memasak bagi semua guru pelatih dalam kelas saya. Sebagai permulaan rakan saya Renu
Priya A/P Manimaran telah memulakan persembahan multimedia dia dalam memperkenalkan
alatan untuk memasak. Peralatan dan kelengkapan dapur amatlah penting dalam menyediakan
hidangan. Kekurangan peralatan dan kelengkapan dapur akan mengganggu proses dalam
penyediaan makanan. Peralatan dan kelengkapan yang hendak digunakan mesti bersesuaian
dengan kegunaan dan fungsinya. Kebiasaannya peralatan dan kelengkapan dapur boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu peralatan dan kelengkapan semasa penyediaan,
peralatan dan kelengkapan memasak dan peralatan dan kelengkapan semasa menghidang.
Dia memperkenalkan rakan sekelas setiap peralatan dan kelengkapan dapur. Selepas
penerangan dia mengenai alatan, semua rakan dapat mengetahui nama setiap alatan dan
kegunaan alatan tersebut.
Renu Priya menjalankan persembahan multimedia
mengenai alatan memasak
Renu Priya juga telah beri aktiviti untuk mengenalpasti rakan sekelas dapat memberitahu
nama setiap alatan yang diajar. Sebagai aktiviti dia menyuruh rakan sekelas membentuk alatan
memasak menggunakan tanah liat ikut kumpulan dan bentang di hadapan kelas dengan
memberitahu nama setiap alatan yang mereka hasil.
Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan
yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian
paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas.
Piramid makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan
Rakan sekelas membentuk alatan
memasak dengan bersungguh-
sungguh.
Wakil dari setiap kumpulan tampil diri di
hadapan untuk memberitahu nama setiap
alatan yang dibuat dalam kumpulan.
Hasil peralatan memasak dari ketiga-
tiga kumpulan dengan menggunakan
tanah liat.
kepada kandungan zat dan fungsinya. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan
bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi
membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana
tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.
Oleh itu, saya telah memperkenalkan rakan sekelas piramid makanan dan cara memilih
makanan yang berkhasiat dalam kehidupan seharian.
Saya telah merancang satu aktiviti iaitu menyuruh rakan sekelas membina piramid
makanan ikut kreativiti mereka dan tampal gambar yang saya beri ikut kumpulan makanan yang
betul. Setelah siap, wakil dari setiap kumpulan telah menerangkan makanan yang ditampal
pada kumpulan makanan yang sesuai.
Seterusnya, kami berdua mengajar rakan sekelas membuat kad menu ikut makanan
ringan yang perlu buat. Perancangan menu adalah salah satu aspek yang penting dalam
kehidupan. Ramai yang pandang ringan pada perkara ini. Kad menu merupakan senarai
hidangan lengkap yang tercatat pada sekeping kad yang memberi maklumat tentang nama
hidangan dan bahan utama hidangan. Kami telah bahagi rakan sekelas kepada tiga kumpulan
dan memberi sarapan pagi yang berlainan iaitu sandwich tuna, sandwich sayur dan koko
krunch. Selepas siap, wakil setiap kumpulan perlu memberitahu sarapan pagi yang mereka
dapat dan terang menu kad yang dibuat. Setiap kumpulan buat sarapan pagi dengan menu kad
dengan secepat mungkin atas kerjasama setiap ahli.
Rakan sekelas membuat piramid
makanan ikut kreativiti masing-masing. Hasil dari setiap kumpulan.
Hiasan makanan adalah persembahan hidangan untuk menambahkan selera dan
memikat hati pelanggan. Oleh itu, kami merancang untuk membuat salad buah-buahan. Rakan
sekelas dihendaki membuat hiasan pada salad buah-buahan yang dihasil sendiri. Kami telah
edar kiwi, anggur, epal hijau, strawberi, madu dan yogurt. Mereka dibahagi kepada dua
kumpulan dan buat salad buah-buahan serta hias dalam pinggan yang diberi.
Kumpulan ketiga menyediakan sandwich
tuna.
Hasil sandwich sayur dengan kad
menu
Kumpulan dua membuat hiasan
pada salad buahan-buahan
Salad buah-buahan yang telah dihias dari
kedua-dua kumpulan
Sebagai penutup, kami telah rancang satu drama dimana setiap kumpulan perlu ambil
satu situasi langkah-langkah keselamatan di dapur. Setiap kumpulan dapat beri kerjasama yang
punuh dalam aktiviti ini. Secara kreatif mereka dapat melakonkan dan memberi mesej kepada
ahli kumpulan lain.
Laporan disediakan oleh,
__________________
LOGESWARY A/P SURESH
KEMAHIRAN UNTUK BERDIKARI (PKB 3073)
LAPORAN
KEMAHIRAN MEMASAK
NAMA : LOGESWARY A/P SURESH
: RENU PRIYA A/P MANIMARAN
NO I/C : 940703-01-6296
: 941003-02-5006
NO ANGKA GILIRAN : 2014121340067
: 2014121340069
PENSYARAH : PN. PERIAKKA A/P RENGAYA CHINAYA