LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

12
1 LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK MENYESATKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA Golongan dan gerakan ateis turut menggunakan beberapa taktik untuk menjayakan agenda mereka. Berikut adalah beberapa kes yang menggambarkan taktik yang digunakan dan bagi setiap kes diberi penilaian segi tahap keseriusan ancaman berkenaan dengan meletakkan skala 1 (tidak begitu serius) dan 5 (sangat serius). KES 1 Taktik – Mempromosi ideologi ateisme. (Promote awareness and correct misunderstanding). Tahap Keseriusan – 3 (Susulan; (i) memberi idea kasar pengenalan terhadap ateisme, (ii) menonjolkan penglibatan seorang individu murtad, (iii) mewujudkan kumpulan perbincangan untuk golongan ateis dan, (iv) memberi gambaran bahawa menjadi ateis itu selamat dan tidak menyakitkan sesiapa). Petikan daripada sebuah page di Facebook yang bernama Warong Ateis yang diwujudkan untuk mempromosi pemikiran ateis selain daripada menggalakkan diskusi perbezaan fahaman. Daripada Facebook Bella Swensen pada 12 Ogos jam 10.39 pagi Terima kasih kepada saudara, Kok Sen Wai kerana sudi bertungkus lumus membuat senarai soalan yang selalu tidak ditanya oleh orang ramai dan menjawabnya sekali, mengenai isu ateisme di Malaysia.... --------------------------------------------------------------------- Saya seorang ateis yang berkawan dengan golongan murtad. Masyarakat saya kini sedang dibidas sesetengah golongan Muslim di Malaysia dan kerajaan kami. Kebanyakan orang

Transcript of LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

Page 1: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

1

LAPORAN 4

TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK

MENYESATKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Golongan dan gerakan ateis turut menggunakan beberapa taktik untuk menjayakan agenda

mereka. Berikut adalah beberapa kes yang menggambarkan taktik yang digunakan dan

bagi setiap kes diberi penilaian segi tahap keseriusan ancaman berkenaan dengan

meletakkan skala 1 (tidak begitu serius) dan 5 (sangat serius).

KES 1

Taktik – Mempromosi ideologi ateisme. (Promote awareness and correct

misunderstanding).

Tahap Keseriusan – 3 (Susulan; (i) memberi idea kasar pengenalan terhadap

ateisme, (ii) menonjolkan penglibatan seorang individu murtad, (iii)

mewujudkan kumpulan perbincangan untuk golongan ateis dan, (iv)

memberi gambaran bahawa menjadi ateis itu selamat dan tidak menyakitkan

sesiapa).

Petikan daripada sebuah page di Facebook yang bernama Warong Ateis yang diwujudkan

untuk mempromosi pemikiran ateis selain daripada menggalakkan diskusi perbezaan

fahaman.

Daripada Facebook Bella Swensen pada 12 Ogos jam 10.39 pagi

Terima kasih kepada saudara, Kok Sen Wai kerana sudi bertungkus lumus membuat

senarai soalan yang selalu tidak ditanya oleh orang ramai dan menjawabnya

sekali, mengenai isu ateisme di Malaysia....

---------------------------------------------------------------------

Saya seorang ateis yang berkawan dengan golongan murtad. Masyarakat saya kini sedang

dibidas sesetengah golongan Muslim di Malaysia dan kerajaan kami. Kebanyakan orang

Page 2: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

2

tampak tidak faham erti menjadi seorang ateis atau murtad. Oleh itu saya telah

memutuskan untuk menyediakan Soalan yang Tidak Ditanya (FUQ) berkenaan kami. Ini

ialah FUQ dan bukannya Soalan Lazim Ditanya (FAQ). Walaupun banyak penganut agama

dan golongan Muslim gemar membuat kenyataan tentang kami, mereka seolah-olah tidak

berminat untuk bertanya sama ada kenyataan tersebut benar atau tidak. Di sini, saya akan

memberi pencerahan.

Kenyataan #1: “Golongan ateis mengisytiharkan mereka tidak bertuhan dan hidup tidak

mematuhi undang-undang serta bebas daripada segala batasan akhlak.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis hidup tidak mematuhi undang-

undang serta bebas daripada segala batasan akhlak?

Jawapan: Hanya kerana kami tidak mengamalkan apa yang diamal penganut agama, tidak

bermakna kami tidak berakhlak atau bertatasusila. Terdapat pelbagai falsafah beretika

yang boleh diamal dan tidak memerlukan kepercayaan kepada perundang Maha Agung

(iaitu Tuhan). Data yang diperoleh di Malaysia kurang tetapi jika dilihat di Amerika

Syarikat, sekitar 0.1% daripada banduan terdiri daripada golongan ateis sementara

bilangan penduduknya ialah 3.1% daripada jumlah penduduk negara tersebut. Ini

bermaksud kebarangkalian golongan ateis melanggar undang-undang adalah lebih rendah

daripada penganut agama.

---------------------------------------------------------------------

Kenyataan #2 : “Golongan ateis merupakan sebahagian daripada gerakan Freemason.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis merupakan sebahagian daripada

gerakan Freemason?

Jawapan: Tidak. Golongan ateis tidak dibenarkan menjadi ahli gerakan Freemason. Ini

termaktub dalam Perlembagaan Freemason yang menegaskan bahawa golongan ateis tidak

layak menjadi ahli. Penganut Islam lebih layak menjadi ahli Freemason daripada golongan

ateis atau murtad.

---------------------------------------------------------------------

Page 3: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

3

Kenyataan #3: “Golongan ateis menyembah syaitan/dajjal/dan lain-lain.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis menyembah syaitan/dajjal/dan

lain-lain?

Jawapan: Tidak. Penjelasannya akan lebih terang jika diberi perumpamaan seperti berikut;

Penganut Islam tidak mempercayai Tuhan Mesir seperti Horus dan Osiris. Disebabkan

ketidakpercayaan ini, adakah mungkin penganut Islam percaya akan Apophis, dewa yang

menjadi musuh Horus dan Osiris? Mestilah tidak. Menggunakan logik ini, oleh sebab

golongan ateis tidak mempercayai kewujudan Tuhan, mengapa pula mereka menyembah

musuh Tuhan iaitu syaitan/dajjal/dan lain-lain yang sememangnya mereka juga tidak

percaya?

---------------------------------------------------------------------

Kenyataan #4: “Golongan ateis bodoh.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis bodoh?

Jawapan: Tidak. Kajian dengan tekal membuktikan bahawa golongan ateis sama cerdik

dengan penganut agama. Sebenarnya, kajian membuktikan lebih daripada itu tetapi saya

tidak akan mengutarakannya sekarang bagi mengelak daripada menaikkan lagi api

kemarahan penganut agama.

---------------------------------------------------------------------

Kenyataan #5: “Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menyebut tentang golongan

ateis. Ini melanggar perlembagaan dan hak asasi manusia.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Apakah ketetapan Perlembagaan Persekutuan tentang

golongan ateis?

Jawapan: Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kebebasan

beragama menetapkan bahawa setiap orang berhak menganut dan mengamalkan

agamanya. Perkara 11 tidak menyebut tentang golongan ateis ataupun menetapkan

bahawa ateisme melanggar hak asasi manusia. Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan

juga tidak menyebut tentang unta. Adakah ini bermakna unta juga melanggar

Perlembagaan dan hak asasi manusia?

---------------------------------------------------------------------

Page 4: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

4

Kenyataan #6: “Prinsip pertama Rukun Negara kita ialah Kepercayaan kepada Tuhan.

Sesiapa yang tidak percayakan Tuhan tidak boleh menjadi rakyat Malaysia.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Bagaimanakah golongan ateis mendamaikan ateisme mereka

dengan Rukun Negara?

Jawapan: Rukun Negara, yang tidak boleh diguna pakai dari sudut undang-undang, terdiri

daripada lima perkara: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,

Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Jika kita

ingin melucutkan kerakyatan golongan ateis, kita harus lakukan yang sama terhadap

penganut Buddha Theravadin yang agamanya tidak bertuhan. Seterusnya, sesiapa yang

mendapat saman parkir, melanggar lampu merah atau memuat turun lagu atau filem

secara haram, harus juga dilucutkan kerakyatan. Dan jika anda pernah biadab dengan

seseorang dalam hidup anda, anda juga patut dilucutkan kerakyatan. Bila tiada lagi orang

yang menjadi rakyat di Malaysia, Rukun Negara dapat disempurnakan.

---------------------------------------------------------------------

Kenyataan #7: “Murtad meninggalkan Islam kerana mereka jahil akan ajaran agama

sebenar Islam. Kita harus buru mereka dan didik mereka.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Mengapa sesetengah rakyat Malaysia meninggalkan Islam?

Jawapan: Kebanyakan golongan murtad di Malaysia telah melalui pendidikan agama yang

sama dengan mana-mana Muslim lain di Malaysia. Kebanyakan mereka menghabiskan

masa bertahun bergelut dengan jiwa demi mengekalkan keimanan mereka, berbincang

dengan para ulama, berdoa untuk mendapat hidayah dan lain-lain. Sayangnya kita tidak

boleh mengawal apa yang kita percaya atau tidak percaya. Selalunya, mereka tidak

bersetuju degan apa yang diajar Islam dan mendapati ajaran tersebut tidak serasi dengan

hati nurani mereka. Anda boleh menahan mereka dan mendidik mereka secara paksa,

tetapi bagaimana mampu anda tahu mereka betul-betul insaf dan bukannya suatu usaha

mengelak daripada didakwa? Ini masalahnya bila anda cuba menguatkuasakan keimanan.

Amat sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu betul-betul ikhlas dalam

keimanannya, atau mereka hanya cuba mengelak daripada hukuman. Seperti yang difirman

dalam al-Qur’an (2:25), diperintahkan bahawa “Tiada paksaan dalam (menerima) agama”.

---------------------------------------------------------------------

Page 5: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

5

Kenyataan #8: “Hukuman meninggalkan Islam ialah hukum mati.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Patutkah seseorang dihukum hati sekiranya murtad?

Jawapan: Tolong jangan bunuh rakan saya. Ironinya, sesetengah mereka meninggalkan

Islam kerana agama ini mengajar bahawa murtad wajib dibunuh. Jika anda berpendapat

murtad tidak patut dibunuh, bagus, tetapi tolong nasihati saudara sesama Islam anda

supaya jangan membunuh rakan saya.

---------------------------------------------------------------------

Kenyataan #9: “Golongan ateis sangat biadab.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Kenapa golongan ateis sangat biadab?

Jawapan: Bukan semuanya biadab. Setahu saya, tidak seorang pun ateis/murtad yang

menyeru agar penganut Islam di Malaysia dibunuh. Tapi bukankah ancaman membunuh

murtad jauh lebih biadab? Kita harus melihat perkara ini dari perspektif yang lebih luas.

---------------------------------------------------------------------

Kenyataan #10: “Mereka yang meninggalkan agama lain tidak perlu gusar. Kami hanya

menahan mereka yang murtad daripada Islam.”

Soalan yang Tidak Ditanya: Kenapa golongan ateis harus gusar penahanan golongan

murtad?

Jawapan: Sesetengah mereka ialah rakan saya. Ini mungkin sukar dipercayai, tetapi

golongan ateis berupaya untuk berkawan, bercinta dan berasa empati. Kami juga

berpendapat bahawa idea menahan golongan murtad sangat tidak adil. Mereka dilahirkan

dalam keluarga Islam dan tidak memilih Islam dengan sendirinya. Bagaimanakah rasa

sekiranya saudara sesama Islam anda diberkas dan dipaksa menolak Islam? Lakukan

kepada orang lain apa yang anda mahu mereka lakukan kepada anda. Ini dipanggil

“Pedoman Penting” atau “Golden Rule” dan merupakan salah satu prinsip beretika saya

sebutkan awal tadi yang tidak memerlukan kepercayaan kepada Tuhan untuk diamalkan.

Akhir kata, sekiranya anda ada sebarang kenyataan yang ingin dibuat tentang golongan

ateis dan murtad, dipersilakan. Saya akan masukkan dalam FUQ ini sebaik mungkin.

---------------------------------------------------------------------

Page 6: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

6

KES 2

Taktik – Memperlekehkan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah

dan penerima wahyu. (Discrediting icon)

Tahap Keseriusan - 4 (Susulan; (i) memperlekehkan Rasulullah SAW, (i)

menerima sokongan negara luar, (iii) mendapat sokongan promosi oleh

tangan asing dan, (iv) menjatuhkan darjat agama Islam dengan agama

lain).

Gambar jijik di sebuah akaun

Instagram pertubuhan ateis yang

bernama Atheist Republic. Mereka

sengaja menghasut dan mencabar

masyarakat Islam, akhirnya,

sekiranya masyarakat Islam

bertindak untuk mempertahankan

imej ini , masyarakat Islam akan

dilabel sebagai pengganas atau

golongan yang suka melakukan

kekerasan kerana menyelar tindakan

golongan ateis.

Page 7: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

7

KES 3

Taktik – Membantah, menjatuhkan kredibiliti dan menidakkan usul pemimpin

di Malaysia. (Create rebellious chain and force controversial atmosphere)

Tahap Keseriusan - 4 (Susulan; (i) komen penghinaan masyarakat terhadap

Ketua Polis Negara, (ii) bantahan individu berpengaruh beragama Islam, (iii)

memanipulasikan kenyataan Ketua Polis Negara untuk menggambarkan polis

tidak efisien).

Kenyataan daripada KPN, Tan

Sri Khalid Abu Bakar yang

tidak bersetuju dengan ateisme

telah dihentam oleh

masyarakat yang menyokong

ateisme.

Antara komen-komen daripada

netizen yang tidak bersetuju dengan

Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Page 8: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

8

KES 4

Taktik – Mengadakan perjumpaan di kalangan kumpulan untuk mengemas kini dan

menyampaikan pengalaman yang telah dilalui serta berkenalan dengan ahli-ahli

baru. (Regroup and strategize)

Tahap keseriusan - 5 (Susulan; (i) penglibatan individu yang sudah lama

diperhatikan oleh pihak penguatkuasa, (ii) penglibatan golongan Melayu yang

mengaku murtad, (iii) mendapat sokongan NGO luar negara, (iv) sokongan

masyarakat yang menggalakkan kebebasan beragama dan, (v) sengaja ingin

menimbulkan kekecohan dan keraguan terhadap pihak penguatkuasa dan Majlis

Agama).

Perjumpaan yang telah menjadi viral baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat

dan menimbulkan pelbagai persoalan seperti sudah berapa lama mereka ditubuhkan,

mengapa viral sekarang? Siapakah dalang di sebalik pergerakan ini? Adakah ia satu

gerakan yang disengajakan atau sudah dirancang lebih awal?

Page 9: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

9

KES 5

Taktik – Bekerjasama dengan pihak anti IMRDM (Islam, Melayu, Raja,

Daulah dan Maslahah). (Strategic Alliance Movement)

Tahap keseriusan - 5 (Susulan; (i) kerjasama pihak pembangkang yang

liberal dan anti Islam, (ii) ikon-ikon berpengaruh yang anti kerajaan, (iii)

bilangan pengikut mereka, (iv) penglibatan menentang kuasa Islam yang

sudah dilaksanakan selama bertahun-tahun dan, (v) penglibatan entiti

politik yang merupakan dalang untuk gerakan-gerakan yang menyesatkan).

Kenyataan daripada Dr. Patricia Anne

Martinez, Ahli Jawatankuasa Eksekutif

Persekutuan Kristian Malaysia mengenai

gerakan ateis di Malaysia. Beliau memuji

keberanian golongan Melayu Ateis yang berani

mengisytiharkan kemurtadan kepada

masyarakat umum.

Kenyataan daripada ikon liberal, Eric Paulsen

dari Lawyers for Liberty mengenai gerakan ateis

di Malaysia. Beliau mengkritik tindakan Tan Sri

Khalid dan berpendapat isu ateisme ini tidak

perlu digembar-gemburkan kerana masih ada

isu lain yang perlu ditangani.

Page 10: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

10

Kenyataan daripada Ahmad

Farouk Musa, Pengarah Islamic

Renaissance Front mengenai

gerakan ateis di Malaysia. Beliau

juga telah mempersoalkan

kenyataan Tan Sri Khalid dan

berpendapat Tan Sri Khalid tidak

menjalankan tugas yang

sepatutnya.

Page 11: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

11

KES 6

Taktik – Mendapatkan sokongan suaka politik daripada negara-negara asing dan

menonjolkan imej “kekejaman” Kerajaan Malaysia. (Seek asylum, portray as victim

and create an evil image)

Tahap Keseriusan - 5 (Susulan; (i) menggunakan campur tangan asing, (ii)

menggambarkan Malaysia sebagai negara yang kejam dan tidak adil, (iii)

penglibatan golongan LGBT yang melindungi haknya dan, (iv) media Barat tidak

sensitif dan menghormati pentadbiran negara).

Sumber video: – 1) http://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/winnipeg-hazim-ismail-

refugee-hearing-malaysia-1.3521172

Salah satu tindakan oleh individu

ateis, Hazim Ismail, yang telah

mendapat sokongan suaka politik di

Kanada. Media Barat kemudiannya

akan menonjolkan dan

mempromosikan bahawa Malaysia

adalah sebuah kerajaan yang kejam

dan sepatutnya menghormati

golongan “minoriti” yang sering dibuli

dan disalah faham.

Page 12: LAPORAN 4 TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK …

12

KES 7

Taktik – Mewujudkan kumpulan perbincangan untuk golongan yang mempunyai

kekhuatiran dengan agama, masalah sosial dan menyakinkan mereka bahawa

ateisme adalah sesebuah ideologi yang dapat membantu mereka. (Portray oneself as

saviour group and separate from current belief).

Tahap Keseriusan - 5 (Susulan; (i) wadah atau platform yang tidak dipantau oleh

pihak penguatkuasa, (ii) menggambarkan ateis adalah golongan yang baik, (iii)

sikap “talam dua muka” kepada seorang rakan yang sedang mengalami masalah

dalaman dan, (iv) penyertaan dan sokongan oleh golongan liberal yang

mengamalkan kebebasan tanpa agama).

Antara temu bual bersama individu

ateis di Malaysia yang menceritakan

tentang pengalaman beliau sebagai

seorang ateis. Penemu bual juga telah

diajak untuk menyertai Telegram

mereka di mana mereka

membincangkan tentang ateisme dan

bagaimana Islam itu mengelirukan

dan juga menindas mereka yang

lemah.