konstruktivisme

27
PANITIA SAINS SK GEMANG Tuesday, 6 November 2012 Contoh Rancangan Pengajaran / Model Konstruktivisme Kreativiti Terarah KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. ========================================================================= ABSTRAK Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru tidak boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif untuk merangsang pengaliran pengetahuan secara berterusan. PENDAHULUAN Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar.A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa yang diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian. Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang'inert ideas' mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanak-kanak berfikir.Menurut Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan. Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-muriddenganpengetahuan bagi membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan tersebut. KONSTRUKTIVISME - KAJIAN AWAL Pembelajaran bermakna (meaningful learning) mengikut John Dewey (1966) merangkumi 'learning by doing' yang seterusnya dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah. DiAmerika Syarikat , program pengajarandan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir di kalangan murid-murid , menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Jean Piaget seorang yang terkenal dengan teori perkembangan kognitifj uga merupakan orang yang memberi sumbangan penting dalam konstruktivisme dengan mengutarakan 4 fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstruktivisme. i.Fasa Pertama :Menjelaskan tentangasas yang membolehkan kanak-kanak membuat penaakulan yang tidakbercirikan struktur yang logik. ii.Fasa Kedua :Menjuruskepada pendefinisian ciri-ciri struktur matematikal logik. iii.Fasa ketiga :Memfokuskan pembinaan pengetahuan melalui struktur matapelajaran. iv.Fasa Keempat :Tertumpu kepada mekanisme perkembangan yang mengaitkan perhubungan antara 'assimilation- accomodation' Persoalannya , sejauhmanakah amalan yang digunakan oleh guru-guru sekarang dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang menjurus kepada pembelajaran bermakna? Pada asasnya , konstruktivisme dapat dilihat sebagai kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam memori pelajar. Dalam proses pembelajaran , maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian aripada memori di dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan

description

kaedah pengajaran

Transcript of konstruktivisme

PANITIA SAINS SK GEMANGTuesday, 6 November 2012

Contoh Rancangan Pengajaran / Model Konstruktivisme Kreativiti Terarah

KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

=========================================================================ABSTRAK

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru tidak boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif untuk merangsang  pengaliran pengetahuan secara berterusan. PENDAHULUANKonstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar.A.N. Whitehead  (1929)  mengingatkan  kita  supaya  tidak membebankan  kanak-kanak  dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa  yang  diketengahkan  oleh  Whitehead  ialah  amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus  kepada  usaha  membolehkan kanak-kanak  atau murid berfikir  dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian. Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang'inert ideas' mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanak-kanak berfikir.Menurut Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan  pengetahuan individu secara keseluruhan. Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-muriddenganpengetahuan  bagi membolehkan pelajar  menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan tersebut. KONSTRUKTIVISME - KAJIAN AWAL    Pembelajaran bermakna (meaningful learning) mengikut John Dewey (1966) merangkumi 'learning by doing' yang seterusnya dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah. DiAmerika Syarikat , program pengajarandan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir di kalangan murid-murid , menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar.Jean Piaget seorang yang terkenal dengan teori perkembangan kognitifj uga merupakan orang yang memberi sumbangan penting dalam konstruktivisme dengan mengutarakan 4 fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstruktivisme.

i.Fasa Pertama       :Menjelaskan tentangasas yang membolehkan kanak-kanak   membuat penaakulan yang          tidakbercirikan   struktur yang  logik.

ii.Fasa Kedua       :Menjuruskepada pendefinisian ciri-ciri struktur    matematikal logik.iii.Fasa ketiga       :Memfokuskan pembinaan pengetahuan melalui struktur   matapelajaran.iv.Fasa Keempat    :Tertumpu kepada mekanisme perkembangan yang   mengaitkan perhubungan antara                                'assimilation- accomodation'

Persoalannya , sejauhmanakah amalan yang digunakan oleh guru-guru sekarang dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang menjurus kepada pembelajaran bermakna? Pada asasnya , konstruktivisme dapat dilihat sebagai kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam memori pelajar. Dalam proses pembelajaran , maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian aripada memori di dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan berlaku apabila maklumat

baru dapat dikaitkan dengan memori sedia ada untuk membina suatu kerangka baru ilmu pengetahuan yang lebih luas.

Dengan itu jelaslah bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru tidak boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif  untuk merangsang pengaliran pengetahuan secara berterusan.

AMALAN  KONSTRUKTIVISE  DALAM  BILIK DARJAHPengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.Seseorang  guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa faktor :

Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain

Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep

Murid digalakkan menghormati pandangan alternatif rakan mereka

Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah

Pembelajaran berpusatkan murid

Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya 

Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina

Murid digalakkan mengemukakan hipotesis

Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid 

Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru

Guru perihatin terhadap keperluan , kebolehan dan minat murid

Murid digalakkan bekerja secara kumpulan

Suasana bilik darjah di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk menguji kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.

 PERANAN GURU DAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPERANAN GURU                                                    1. Guru tidak menganggap minda murid sebagai bekas kosong yang perlu diisikan dengan fakta dan    pengetahuan baru.2.Guru berperanan sebagai pembimbing /fasilatator3.Guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah untuk menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurnaPERANAN MURID1. Murid tidak menganggap guru sebagai pembekal    maklumat tetapi sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan menggalakkan mereka berfikir serta berkomunikasi.2.Murid bertanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah3.Murid berdisiplin dalam membuat keputusan sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. CIRI-CIRI PEMBELAJARANKONSTRUKTIVISME

ØPengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiridan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini beerti pembelajaran merupakandaripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar .

ØPelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan sedia ada pelajar .ØSetiap pelajar mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Pelajar diberi peluang untuk

membentuk kemahiran dan pengetahuan dan menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan .

 

PENUTUPKonstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dalam kerangka minda masing-masing  berasaskan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Ia menuntut agar guru  lebih perihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu  konstruktivisme merupakan satu  anjakan  yang perlu diaplikasikan  terutamanya  dalam pendidikan matematik. Ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. 

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Pengenalan

                Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran mengira  yang melibatkan daya

pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran matematik  memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan

mantap dan menyeluruh. Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu mengambil kira

keperluan dan tahap pencapaian para murid.

                Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi  murid

secara  menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani.emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan  dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya

kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Salah satu trend

matematik yang perlu diamalkan ialah melalui pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme.

Pengertian Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan

tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha

pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep

pengajaran dan pembalajaran yang  lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada murid tanpa murid itu

sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka .

                Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira  struktur

kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan

sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina.

Proses ini dinamakan Konstruktivisme.Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran

bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

                Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir

semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman

dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal

walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

                John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa pendidik cekap harus

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun  atau membina pengalaman secara

berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Ciri-ciri Utama Pendekatan Konstruktivisme

                Mengikut pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai  peranan dalam

menentukan apa yang dipelajari. Ini bermakna kepala pelajar bukanlah kosong. Penekanan diberi kepada murid

supaya berpeluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan  iaitu dengan mengaitkan pengalaman lampau

dengan kegunaan masa depan. Murid bukan sahaja diberi fakta sahaja tetapi penekanan diberi kepada proses

berfikir dan kemahiran berkomunikasi.

Peranan Guru Dalam Kelas Konstruktivisme

 Melalui pendekatan konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah.. Guru akan

berperanan sebagai penyelidik . Dengan cara ini, guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau

pengetahuan. 

                Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru di dalam kelas adalah sebagai pengurus atau

fasilitator untuk menangani masalah disiplin dengan sempurna. Murid diterima sebagai individu yang

mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dan perlu diberi perhatian. Mereka diberi peluang untuk membina

keputusan sendiri.tentang perkara yang mereka pelajari. Melalui proses ini mereka lebih bertanggungjawab dan

melibatkan diri dalam aktiviti  pembelajaran. Sebaliknya mengikut ahli objektivisme berpendapat bahawa guru

harus berperanan sebagai pengawal kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang

yang ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka akan diberikan hukuman atau didenda oleh guru tersebut.

               

Prinsip-prinsip Pendekatan Konstruktivisme

Dalam pembelajaran secara konstruktivisme pengetahuan tidak diterima secara pasif tetapi dibina secara

aktif oleh pelajar. Manakala fungsi pembelajaran adalah bersifat penyesuaian dan bertanggungjawab untuk

mengorganisasi dunia pengalaman dan bukan untuk menemui dunia realiti.

Model Pengajaran Konstruktivisme

1. Model Pengajaran Interaktif (Biddulph & Osborne)

       Guru lebih sensitif kepada idea dan persoalan pelajar.

       Guru menyediakan pengalaman penerokaan yang membolehkan pelajar menimbul persoalan dan

mencadangkan penerangan yang munasabah.

       Guru menyediakan aktiviti yang memfokuskan kepada idea dan persoalan oleh pelajar.

       Guru menyediakan aktiviti yang menggalakkan pelajar membuat penyiasatan.

       Guru berinteraksi dengan pelajar untuk mencabar dan melanjutkan idea mereka.

2. Pengajaran Model Berpusatkan Masalah (Wheatley)

       Guru memilih tugasan yang  berkemungkinan menjadi masalah besar kepada pelajar.

       Pelajar membuat tugasan dalam kelompok kecil.

       Kelas akan berkumpul semula untuk membentangkan kepada kelas dan guru. Guru hanya berperanan sebagai

fasilitator.

Cara-cara Pelajar Membina Konsep Matematik

       Pelajar membuat penyelesaian matematik dengan manipulatif.

       Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka.

       Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.

       Pelajar belajar cara penemuan mereka.

       Pelajar berfikir secara mencapah.

       Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka.

Keberkesanan Strategi Pengajaran Matematik Melalui Pendekatan

Kontruktivisme

       Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep.

       Pelajar dapat berkongsi persepsi /pandangan / idea antara satu sama lain.

       Pelajar dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan mereka.

       Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.

       Pelajar dapat mengaplikasi idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman tersebut.

       Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah dilalui.

       Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru dibinanya.

       Pelajar dapat mengemukakan hipotesis daripada aktiviti yang dilaluinya tetapi bukan guru yang menerangkan

teori.

       Pelajar dapat berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.

       Memupuk semangat kerjasama antara individu dan kumpulan melalui aktiviti koperatif.

       Pengajaran berpusatkan kepada pelajar.

       Guru akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajarnya.

       Guru menjadi lebih prihatin terhadap keperluan , kebolehan serta minat pelajar.

       Guru hanya mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan pelajar mencari jawapan.

Kesimpulan

                Kesimpulannya pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan

memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran  dan pembelajaran  yang sesuai dan murid

dapat menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di

samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri  dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang

pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana guru

lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator.

               2.1        Teori Tingkahlaku 

Dalam teori tingkahlaku , terdapat tiga prinsip utama iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan.

Teori ini dilihat sebagai satu kaedah yang berobjektif. Pelajar akan bertindakbalas kepada apa yang

diberikan kepada mereka. Kebanyakan proses pembelajaran akan tertumpu kepada pensyarah. Teori

ini juga bergantung kepada tanggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika

peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya (Thorndike 1913). Sebagai contoh, apabila

seseorang pelajar diberikan ganjaran markah yang sesuai selepas di berikan ujian dan tugasan, ia

akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Teori ini juga

menjelaskan ilmu adalah sesuatu yang aktif dan terbina pada suatu tempat  (Wilhelmsen et al. 1998).

Teori ini sesuai untuk diaplikasikan kepada subtajuk yang menjelaskan pendedahan asas kepada

Autodesk Computer Aided Design Release 14 ( ACAD R14), prinsip kordinat dan perintah-perintah

assists.Sebagai contoh pendedahan pelajar kepada ikon di peringkat awal pembelajaran akan

merangsang pelajar untuk menggunakan ikon tersebut bagi memastikan apa yang terhasil apabila

ikon disebut ditekan semasa menggunakan perisian. 

kembali ke atas2.2        Teori Konstruktivisme 

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh

pensyarah tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama

mengubahsuai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme

hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus

supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan konstruktivis juga

menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar melalui proses

pembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivis juga percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak

boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap pelajar (Briner 1999). Di dalam konstruktivisme ilmu

adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi  proses

pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat

simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. Teori ini sesuai

untuk tajuk yang mudah difahami oleh pelajar melalui pendedahan yang minima. Sebagai contoh

kefahaman pelajar keatas prinsip kordinat dan line pada awal proses pembelajaran akan

memudahkan pelajar untuk belajar secara kendiri perintah yang melibatkan penghasilan objek segi

empat dan bulat di mana proses pembinaan objek ini melibatkan kefahaman yang betul terhadap

prinsip kordinat dan perintah line.  

kembali ke atas2.3        Teori Kognitivisme  

Dalam teori ini pelajar akan memperolehi maklumat secara aktif, menstruktur maklumat tersebut dan

mengkaji pengetahuan yang diperolehi supaya menjadi sesuatu yang bermakna. Teori ini lebih

menjurus kepada pengetahuan yang terkini dan pengetahuan yang lepas.Teori ini memandang ilmu

itu sebagai sesuatu yang simbolik, pembinaan mental di dalam pemikiran seseorang dan menjadi satu

proses yang membentuk gambaran simbolik itu kepada ingatan apabila ianya diproses. Penemuan

komputer pada tahun 1960 an dengan prinsip pemprosesan maklumat telah menguatkan lagi prinsip

pemprosesan maklumat dari sudut pembelajaran. Teori ini mewujudkan satu perspektif baru di dalam

menjelaskan idea pemprosesan maklumat dan tidak seperti andaian tingkahlaku di mana pelajar

bertindakbalas dengan suasana sekeliling dan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut secara

pasif. Teori ini boleh diapplikasikan kepada proses pembelajaran yang melibatkan proses kerja yang

komplek dimana pelajar akan menggunakan kemahiran mengingat jangka pendek dan dibantu latihan

yang berterusan bagi memahami urutan penghasilan lukisan yang melibatkan langkah kerja yang

komplek seperti pembelajaran perintah wblock. 

kembali ke atas2.4        Teori Andragogi 

Ini adalah teori yang dikeluarkan oleh Knowles (1975) di mana ianya menghuraikan pendekatan yang

perlu diambil di dalam mengajar golongan dewasa. Knowles (1975) menekankan bahawa golongan

pelajar yang matang memandu diri sendiri dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan.

Program pembelajaran golongan pelajar yang matang perlu mengambilkira aspek asas ini.  Knowles

(1975) membuat andaian di bawah terhadap reka bentuk pembelajaran untuk golongan dewasa iaitu :a.    Golongan pelajar matang kena tahu kenapa mereka perlu belajar. b.    Golongan pelajar matang perlu belajar kendiri. c.    Golongan pelajar matang mendekati proses pembelajaran dengan kaedah penyelesaian        masalah. d.    Golongan pelajar matang akan mempelajari sesuatu topik itu dengan baik sekiranya mereka        menyedari kepentingan topik tersebut. 

Prinsip asas yang terdapat pada teori ini ialah :a.    Golongan dewasa perlu terlibat di dalam perancangan dan penilaian pengajaran mereka.b.    Pengalaman menjadi asas kepada aktiviti pembelajaran. c.    Golongan dewasa begitu berminat untuk mempelajari subjek yang mempunyai hubungan         dengan kerjaya mereka dan kehidupan mereka. d.    Proses pembelajaran lebih berpusat kepada masalah berbanding dengan berpusat kepada        pengisian.kembali ke atas2.5        Teori Minimal 

Teori ini telah dibina oleh Caroll (1998) untuk membentuk rangka kerja yang akan membina kaedah

penerangan khususnya bahan latihan untuk komputer. Teori ini mencadangkan  beberapa perkara di

bawah iaitu :a.    Semua aspek pembelajaran perlulah bermakna dan di dalam lingkungan sendiri.b.    Pelajar perlu di beri projek yang realistik secepat mungkin. c.    Penyampaian membenarkan sebab kendiri dan memperbaiki keadaan dengan        menambahkan bilangan pembelajaran yang aktif. 

d.    Bahan dan aktiviti pembelajaran perlu menyediakan aktiviti untuk mengenal masalah dan        membaikinya. e.    Perlu ada hubungan yang rapat di antara latihan dan situasi sebenar.

Teori ini juga menekankan pembelajaran disusun berdasarkan kepada pengalaman yang ada pada

pelajar. 

kembali ke atas3.0     Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dan Contoh Aplikasinya 

Para pendidik perlu menjalankan kajian ke atas pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di

dalam merancang secara sistematik proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan

pembelajaran tajuk lukisan dua dimensi dengan Autodesk Computer Aided Design Releasa 14

( ACAD R14) memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan

digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran tersebut

boleh dicapai. Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran tajuk lukisan dua

dimensi dengan perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) ialah seperti

berikut:

kembali ke atas

3.1    Penerangan Tertumpu

Kaedah ini membantu pelajar untuk belajar dengan lebih aktif dengan membentuk situasi atau

memberikan penerangan tertumpu pada sesuatu topik yang menarik.Suasana pembelajaran dibina

dalam keadaan untuk memupuk proses berfikir bagi membantu pelajar membina kemahiran berfikir

yang berkesan dan membantu untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan berfikir secara

kritikal.Prinsip asas bagi kaedah ini ialah aktiviti pembelajaran dan pengajaran perlulah ditumpukan

pada sesuatu topik yang mendatangkan minat kepada pelajar (Chen 2000).

      Bahan pengajaran perlu datang dari sumber yang dapat memberikan maklumat dengan banyak

seperti perisian kursus.  Maddux et. Al (1997) ada menjelaskan bagaimana siri program yang disusun

oleh Jasper Woodbury adalah satu program yang membina simulasi untuk meletakkan pelajar pada

suasana masalah yang sebenar di mana mereka akan menyelesaikannya secara realistik dan

bermakna. Kaedah ini sangat sesuai untuk digunakan bagi subtajuk yang melibatkan proses

penghasilan objek dua(2) dimensi seperti pelan lantai dan tampak kerana terdapat masalah menarik

yang ada hubungan terus dengan kerjaya pelajar. 

kembali ke atas

3.2    Penglibatan aktif

Teknik ini menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif  di dalam aktiviti pembelajaran seperti

perbincangan terhadap sesuatu topik (D' Augustine 1973 ). Semua pelajar terlibat di dalam mengupas

sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat

diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada

pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis 1992). Proses pemindahan dan

penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Teknik ini sangat

sesuai untuk digunakan apabila perbincangan dibuat dalam menjelaskan kaedah yang akan

digunakan apabila terlibat dengan proses pembinaan yang melibatkan perintah untuk

menggabungkan entiti yang kecil kepada satu komponen objek.

kembali ke atas

3.3    Eksposisi atau ' Direct Instruction '

Ini adalah satu kaedah di mana pensyarah akan menerangkan kandungan topik secara lisan atau

dengan menggunakan alat bantu seperti LCD projektor dan perisian kursus.Pelajar akan mendengar

dan merekodkan maklumat penting yang diterangkan oleh pensyarah sebelum memulakan aktiviti.

Teknik ini juga dikenali dengan ‘systematic teaching’, ‘explicit teaching instruction’, ‘explicit teaching

and active teaching’ (Husen 1970). Teknik ini juga menyampaikan maklumat dengan langkah yang

sistematik dan di dalam proses penyampaian, langkah akan diambil bagi menguji kefahaman

pelajar(Rosenshine 1986). Kaedah  penyampaian ini berpegang kepada teori tingkahlaku. Rosenshine

(1986) ada menggariskan enam(6) fungsi pengajaran yang disusun mengikut urutan di dalam kaedah

ini iaitu semakan harian, mempersembahkan maklumat baru, latihan dipandu, pembetulan dan

tindakbalas, latihan kendiri serta semakan mingguan dan bulanan.

      Di dalam kaedah ini pensyarah banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan

menggunakan alat bantu seperti audio visual. Pelajar akan mendengar dan merekod maklumat

penting yang diterangkan oleh pensyarah sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Pembelajaran dengan

teknik ini akan memberikan penerangan, menghuraikan ide dan konsep yang akan digunakan dalam

menggunakan perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) sama ada dengan

atau tanpa alat bantu mengajar. Selain daripada itu kaedah ini juga melibatkan demonstrasi cara

menggunakan komputer untuk melaksanakan perintah-perintah yang dipelajari serta menerangkan

langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat masalah dalam melaksanakan sesuatu urutan arahan

yang komplek. Ianya sesuai untuk mengajar pelajar menggunakan perintah yang komplek seperti

chamfer, array dan mblock.Kaedah ini juga akan dapat menjimatkan masa pengajaran dan

pengendalian aktiviti akan menjadi lebih kemas dan teratur. Kaedah ekposisi juga memerlukan

perancangan yang teliti dari segi penggunaan alat bantu mengajar bagi mengelakkan rasa bosan di

kalangan pelajar. 

kembali ke atas

3.4        Tugasan yang pelbagai dan konsisten

Kemahiran menggunakan Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) melibatkan

kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Untuk memantapkan kefahaman ini latihan yang

mencukupi perlu diberikan kepada pelajar secara konsisten sehingga kemahiran dalam sesuatu tajuk

itu dapat dikuasai oleh pelajar dengan sepenuhnya. Menurut D’Augustine (1973)  latihan yang

mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk

benar-benar telah dikuasai sepenuhnya.

      Bagi setiap tugasan yang diberikan kepada pelajar ganjaran yang sesuai perlu disediakan dan

bagi subjek ini ganjaran yang sesuai untuk peringkat usia pelajar politeknik ialah markah diberi bagi

setiap tugasan yang dibuat. Ianya adalah bersesuaian dengan teori Thorndike (1913) yang

menyatakan proses pembelajaran yang baik memerlukan ganjaran dan latihan. Thorndike (1913) juga

menjelaskan proses rangsangan dan tindakbalas yang berterusan ini akan memperkukuhkan

kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Miller et.al (1960) pula telah memperkenalkan konsep

TOTE (Test-Operate-Test-Exit) yang mana ianya akan memastikan objektif sesuatu tajuk yang diberi

telah tercapai.  Teori ini juga menggalakkan tugasan yang berterusan sehingga sesuatu objektif

pembelajaran itu tercapai. Latihan yang berterusan akan membina kemahiran yang mantap di dalam

menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan kaedah penghasilan lukisan. Seterusnya

perpindahan maklumat yang jitu akan berlaku bila mana latihan yang melibatkan sesuatu topik itu

berjalan berterusan.

kembali ke atas

3.5    Pembelajaran koperatif

Kaedah pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar.

Kaedah ini sangat sesuai bagi sesuatu kumpulan pelajar menyelesaikan projek menghasilkan lukisan

dua(2) dimensi. Pelajar boleh berkomunikasi di antara satu dengan yang lain dengan menggunakan

perkhidmatan Internet.Dengan ini pelajar tidak kekang oleh masa, jarak dan tempat untuk menyiapkan

projek. Menurut Floyd (1991) pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam satu kumpulan akan

dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Manakala

menurut Floyd (1991) pembelajaran koperatif boleh meningkatkan motivasi pelajar semasa

perbincangan dalam kumpulan. Kaedah pembelajaran ini dikatakan lebih baik daripada kaedah

pembelajaran tradisional kerana ianya lebih menyeronokkan dan dapat juga meningkatkan motivasi,

akauntabiliti, tanggungjawab dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan sesuatu projek yang

diberi. Pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab kerana mereka mempunyai matlamat pasukan

yang perlu dicapai bersama. Kaedah ini juga akan dapat menjimatkan masa proses pembelajaran

pelajar. Untuk mengaplikasikan kaedah ini pelajar akan diberikan projek kecil pada pertengahan

semester yang melibatkan pelan lantai  dan butiran pintu serta tingkap. Pelajar akan  dibahagikan

kepada kumpulan dan setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan set persembahan lukisan yang

mudah.

kembali ke atas

3.6    Pembelajaran kendiri

Kaedah pembelajaran ini berpusat kepada pelajar dimana pelajar akan lebih berdikari di dalam

mendapatkan ilmu terhadap sesuatu tajuk. Menurut Rogers (1994) pembelajaran kendiri adalah sama

dengan perubahan dan pembesaran seseorang. Rogers (1994) juga ada menyatakan secara

semulajadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Pada pandangan Rogers

(1994)tugas pensyarah ialah bertindak sebagai fasalitator di dalam proses pembelajaran dimana

tugas-tugas tersebut boleh digariskan seperti di bawah iaitu :a.    Membina suasana pembelajaran yang positif.b.    Menjelaskan maksud pelajar. c.    Menyusun dan membina sumber maklumat. d.    Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi. e.    Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk menguasainya. 

Teknik ini sangat sesuai untuk subtajuk yang mudah dikuasai oleh pelajar seperti perintah-perintah

‘view’ dan ‘drawing aid’ yang terdapat di dalam perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14

( ACAD R14).

kembali ke atas

3.7    Masteri

Teori ini mencadangkan fokus untuk sesuatu proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh

pelajar yang berlainan untuk menguasai perkara yang dipelajari(Mastery 2000). Ianya agak berbeza

dengan teknik pembelajaran secara tradisional dimana di dalam kaedah ini pelajar diberi jumlah masa

yang sama untuk menguasai sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza (Mastery

2000).  Di dalam suasana  pembelajaran masteri ini cabaran terletak kepada menyediakan masa yang

cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai

keupayaan yang sama (Levine 1985 ; Bloom 1981). Elemen-elemen penting untuk kaedah

pembelajaran masteri ialah (Mastery 2000) :a.    Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan menjelaskan       bagaimana ianya akan dinilai. b.    Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. c.    Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindakbalas berserta dengan langkah  d.    pemulihan yang sesuai. e.    Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.

Kaedah ini sangat sesuai untuk digunakan bagi subtajuk yang mudah pada permulaan tajuk lukisan

dua(2) dimensi kerana ada di antara pelajar yang terdapat di dalam kelas ini telah mahir dengan

elemen tersebut. Pelajar yang mahir tentang literasi komputer akan dibenarkan untuk maju secara

kendiri terutama bagi tajuk satu(1) iaitu berkenaan pengenalan kepada Autodesk Aided Design

Release 14 (ACAD R14) yang menjelaskan tentang paparan skrin. Melalui kaedah ini pelajar yang

mahir dengan prinsip menu boleh menguasai tajuk ini dengan mudah dan mampu untuk maju ke tajuk

dua(2) dengan lebih cepat.  

kembali ke atas

3.8    Analisis

Teknik pengajaran ini memecahkan konsep kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-

langkah pengajaran. Dengan teknik ini pelajar akan mendapat kefahaman yang lebih mendalam

terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui bagaimana sesuatu objek dua(2) dimensi

seperti ‘rectangle’ itu dihasilkan dengan menggunakan perisian Autodesk Computer Aided Design

Releasa 14 ( ACAD R14) , tetapi mereka akan dapat menjelaskan kenapa sesuatu prosedur itu

dilakukan. Menurut Newell (1972) analisis kritikal dengan kaedah GPS akan membahagikan masalah

keseluruhan kepada subkomponen dan setiap subkomponen itu tadi akan diselesaikan. Sebahagian

dari prinsip asas penyelesaian masalah yang boleh dihubungkan dengan tajuk lukisan dua(2) dimensi

ialah memecahkan objek besar kepada objek yang lebih kecil supaya dapat dijelaskan bagaimana

objek tersebut dapat dihasilkan. Melalui kaedah ini pelajar akan dapat memahami proses

pembentukan butiran tingkap dengan perintah block dengan lebih jelas. Dengan  ini pelajar akan

dapat mencari jalan keluar sekiranya timbul masalah semasa menghasilkan lukisan butiran yang agak

komplek dengan menggunakan perintah block.

kembali ke atas

3.9    Strategi pemetaan konsep

Di dalam kaedah ini pelajar membina perkaitan konsep secara grafik dan ini akan melibatkan pelajar

dengan pemprosesan maklumat secara aktif. Kaedah ini selaras dengan teori pembelajaran

konstruktivisme. Kaedah ini membantu pembelajaran dalam dua cara. Pertama, kaedah ini membantu

pelajar menyedari dan mengawal proses kognitif yang dilalui dalam pembelajaran. Kedua, pelajar

dibantu untuk menghasilkan rangka konsep yang terjalin di dalam sesuatu proses (Roth et al. 1993).

Strategi ini juga membantu pelajar untuk mengkaji dan dapat membuat refleksi terhadap proses awal

yang telah pelajari. Aktiviti menyusun dan mengintegrasikan maklumat dapat mengukuhkan ingatan

pelajar. Strategi ini juga dapat membantu pelajar mempelajari konsep-konsep baru dengan lebih

bermakna. Kesimpulannya kaedah ini dapat membantu pelajar untuk mengingat proses kerja yang

komplek sebagai contoh dalam proses pembinaan pelan lantai ianya akan melibatkan penggunaan

semula perintah draw, block dan layer. Melalui strategi ini kaedah baru yang dipelajari di dalam

pembinaan pelan lantai iaitu perintah hatch dan text akan dapat mengukuhkan perintah terdahulu

yang telah dipelajari oleh pelajar. 

kembali ke atas

3.10            Perbincangan

Kaedah ini dapat meningkatkan interaksi harmoni di kalangan pelajar disamping dapat mengukuhkan

apa yang telah dipelajari. Di samping itu kaedah ini akan dapat memupuk semangat setia kawan di

kalangan pelajar. Pask (1975) ada menjelaskan melalui kaedah perbincangan pembelajaran akan

berlaku berdasarkan perbincangan yang dibuat bagi tajuk yang tertentu untuk menjadikan kefahaman

ke atas sesuatu tajuk itu lebih jelas. Pask (1975) seterusnya menjelaskan untuk mempelajari sesuatu

tajuk pelajar perlu faham hubungan yang wujud di antara konsep di dalam sesuatu tajuk. Keupayaan

yang wujud untuk menjelaskan sesuatu tajuk akan dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu

perkara dengan lebih baik. Kaedah ini akan diaplikasikan untuk melibatkan pelajar dengan

perbincangan pra persembahan projek akhir yang diberikan kepada pelajar. Apabila setiap kumpulan

mempersembahkan proses yang telah dilalui untuk menghasilkan set lukisan tersebut maka

perbincangan akan wujud di kalangan pelajar untuk memudahkan langkah kerja yang diambil semasa

menyiapkan set tersebut. Perbincangan ini akan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap perkara

yang telah dipelajari sebelum ini.

kembali ke atas

3.11    Melalui Rujukan Terancang

Kaedah ini digunakan untuk melatih pelajar mendapatkan maklumat melalui aktiviti yang dirancang.

Sumber Internet adalah sumber penting yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat

tambahan terhadap topik yang dipelajari di dalam kelas. AutoDesk ada menyediakan laman web

seperti http://autodesk.com/caduser  yang akan membantu pengguna Autodesk Computer Aided

Design Releasa 14 ( ACAD R14) mendapatkan tip untuk menghasilkan lukisan dengan kaedah yang

lebih cepat. Disamping itu pelajar juga boleh dilatih untuk mendapatkan maklumat tambahan dari CD-

ROM yang terdapat di pasaran yang menjelaskan tentang penggunaan teknologi komputer di dalam

menghasilkan lukisan. Strategi ini akan dapat digunakan dengan memberikan tugasan yang menjurus

kepada pencarian maklumat dari Internet ataupun dari e-book yang berkaitan dengan Autodesk

Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14). 

kembali ke atas

4.0     Kesimpulan

Dalam mengajar lukisan dua(2) dimensi dengan perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa

14 ( ACAD R14) pensyarah perlu mahir dan arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

proses memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran seterusnya dapat

menyepadukan kemahiran ini dengan subjek lain. Pensyarah juga perlu menunjukkan sifat matang,

berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis 1996). Strategi

pengajaran yang berkesan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Kesimpulannya untuk berjaya dalam mendidik pelajar untuk subjek lukisan dua(2) dimensi dengan

perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) pensyarah perlu memahami isi

kandungan kurikulum dan dapat menguasai teori pengajaran seterusnya kaedah mengajar dengan

baik.  Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:saling bergantung antara satu sama lain secara positif,saling berinteraksi secara bersemuka,akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,kemahiran koperatif, danpemprosesan kumpulan.Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivismeAPAKAH TEKNIK LATIH - TUBI ?

         Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

         Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

         Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

         Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

         Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

         Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

         Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

1.    Sebutan (accent)-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

1.    Tatabahasa (grammer)-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

1.    Perbendaharaan kata (vocabulary)-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

1.    Kefasihan (fluency)-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

1.    Kefahaman (comprehension)-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

         Dikenali juga dengan teknik menghafaz.         Antara kelemahan tekniK ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan

menumpukan daya kreativiti murid.         Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan

pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.  APAKAH TEKNIK SIMULASI ?

         Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

         Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

         Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

         Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

         Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.  APAKAH TEKNIK MAIN PERANAN ?

         Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

         Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

         Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

         Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. APAKAH TEKNIK SUMBANGSARAN ?

         Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran(brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

         Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

         Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.  Tujuan Sumbangsaran

         Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid         Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas         Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk

dibincangkan dalam sesi umum.         Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak         Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan         Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea         Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.         Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan

mencukupi         Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )         Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik         Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

   APAKAH TEKNIK PERMAINAN BAHASA ?         Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui

teknik permainan.         Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar

memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

         Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

         Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

         merangsang interaksi verbal pelajar         menambah kefasihan dan keyakinan         menyediakan konteks pembelajaran         bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan         bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

   APAKAH TEKNIK SOAL – JAWAB ?         Merupakan teknik paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang

pendidikan         Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah

bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

         Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

         Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

         Tujuan utama teknik soal jawab ialah :1.    Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid2.    Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.3.    Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.         Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran

pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.  APAKAH TEKNIK BERCERITA?

         Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

         Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

         Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

         Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

         Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

         Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :         Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.         Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.         Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.         Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.         Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.         Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.         Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan

aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.  APAKAH TEKNIK DRAMA ?

         Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

         Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

         Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

         Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

         Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

         Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.  TEKNIK INKUIRI

         Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.         Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau

kesimpulan yang berorientasikan masalah.         Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.         Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan

minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana'. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

         Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

         Pengendalian teknik inkuiri ialah :1.    Proses mengenali masalah2.    Mengkaji ramalan3.    Mengumpul maklumat4.    Menganalisis5.    Membuat rumusa

  TEKNIK PERBINCANGAN1.    Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan

mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.

2.    Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

3.    Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi.

4.    Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

5.    Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

6.    Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :7.    Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan

dijalankan.8.    Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih

seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

9.    Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. TEKNIK FORUM

1.    Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.

2.    Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

3.    Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

4.    Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.TEKNIK PERBAHASAN

1.    Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

2.    Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.

3.    Antara manfaat teknik ini ialah :4.    Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan5.    Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan

teratur6.    Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang

betul dan laras bahasa yang sesuai.7.    Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.8.    Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.9.    Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di

kalangan pelajar.10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada

perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.TEKNIK KUIZ

         Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British ( BBC )

         Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.

         Tujuannya ialah :         Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar

mengenai topik-topik tertentu.         Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.         Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan

soalan-soalan secara teka-teki.         Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.         Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi

bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.         Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu

:         Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan

penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk

mencapai sesuatu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 – 4 orang ahli. Kumpulan yang

mengandungi 4 orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini

adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan

bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri

malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya.

TUJUH PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF 

Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip

asas. Prinsip-prinsip itu adalah:

a)       a)Saling bergantungan positif (Positive Interdependence)

Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling bergantung antara satu sama lain

untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri

dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk

menstruktur saling bergantungan positif. Antaranya ialah:

b)                   i)Tetapkan matlamat kumpulan yang jelas.

c)                   ii)Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan.

d)                   iii)Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan.

e)                   iv)Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan.

f)        b)Interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction )

Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak interaksi

di antara ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang telah distrukturkan akan

menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna sebanyak mungkin peluang dan masa perlu

diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu,

menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap

pembelajaran yang maksimum.

g)       c)Akauntibiliti Individu ( Individual Accountability)

Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya

digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa

setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan

sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif, setiap ahli kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan

yang berserupa secara bersendirian. Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah:

h)                   i)Memberi ujian individu kepada semua pelajar.

i)                     ii)Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan jawapan kumpulan.

j)                     iii)Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk digredkan.

k)       d)Penglibatan saksama

Kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud

secara automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga didorong untuk

menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang

produktif.

Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah:

i)                     i)Mengikut giliran untuk membuat kerja.

ii)                   ii)Memberi galakan kepada kumpulan.

iii)                  iii)Mendengar dengan teliti.

iv)                  iv)Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas.

v)                   v)Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.

l)         e)Pemprosesan Kumpulan ( Group Processing )

Ia juga dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan

pergantungan dan penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan berkesan. Ini dapat

dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan yang baik harus diamalkan manakala

kelemahan dalam kumpulan harus diperbaiki pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai

jika dilakukan sekali-sekala.

m)     f)Kemahiran sosial

Setiap ahli kumpulan peulu mempunyai kemahiran sosialuntuk membolehkan kumpulan koperatif

berjalan dengan jayanya. Kagan 91992) menghujahkan kepentingan kemahiran sosial sebagai yang

berikut:

  Lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal memperolehi kerja pertama kerana kekurangan

kemahiran sosial daripada pelajar yang kekurangan kemahiran teknikal.

  Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaanhidup hari ini.

  Pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk

pergi bekerja di tempat di mana saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.

n)       g)Interaksi serentak (IS)

IS berlaku bila mana bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam

kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun manakala

dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS

juga mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap

pelajar.

JENIS-JENIS MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN STRATEGI-STRATEGIYANG

DIGUNAKAN DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

i. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Menurut Sharan & Hertz – Lazarowitz 1980; Sharan & Sharan, 1990, Group Investigation – GI /

penyiasatan berkelompok ialah kaedah koperatif yang membolehkan murid merancang melakukan

satu kursus pembelajaran. Ini termasuk mengenalpasti satu topik yang disiasat, merancang dan

membolehkan penyiasatan serta menyediakan pesembahan terakhir. Ini bermakna penyiasatan

berkelompok ialah satu kaedah pengajaran di dalam bilik darjah di mana para pelajar bekerja secara

kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk memeriksa, mengalami dan memahami topik kajian mereka.

ii) Team – Accelerated Instruction- Mathematics (TAI)

TAI ialah pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran koperatif dalammatematik. TAI menyatukan

pembelajaran koperatif dengan kebebasan bertindak secara individu iaitu membolehkan guru

membentuk kelas matematik heterogenius untuk memberikan murid yang pencapaiannya rendah

meningkatkan tahapnya dan mempercepatkan kurikulum biasa sama seperti murid yang tinggi

pencapaiannya. Bahan-bahan TAI dapat menggantikan sepenuhnya buku teks dengan bahan yang

direka istimewa spesifik untuk program. Dalam TAI, murid ditentukan kepada kumpulan heterogenius

iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

iii)                  iii)Student Team Achievement Division (STAD)

STAD ialah satu kaedah pembelajaran koperatif yang berasal dari Hopkins. Ianya adalah satu kaedah

yang mudah dan praktikal. Dalam STAD, guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan

pembelajaran dan penilaian individu. Kumpulan akan memperolehi sijil atau apa-apa penghargaan

kejayaan apabila melakukan perubahan berbanding masa lepas sebagai pengiktirafan.

iv)                  iv)Learning Together (LT)- Belajar Bersama

Menurut Johnson & Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli kumpulan di dalam kumpul

kecil heterogenius secara koperatif untuk saling menyempurnakan matlamat pembelajaran. Bersama-

sama ahli kumpulan bekerja keras atas tugasan akademik yang sering melibatkan perancangan serta

perpaduan hasil kumpulan. Kemahiran sosial, latihan dan cara memproses diperlukan. Kumpulan

yang mencapai kriteria untuk kejayaan sempurna akan berkongsi ganjaran.

v)                   v)Jigsaw

Jigsaw telah diperkenalkan oleh Elliot Aronson (1978) dan rakan-rakan. Ia ialah satu daripada model

koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka pelajari. Model ini hampir sama

dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi

sebahagian maklumat yang mereka pelajari. Kunci idea dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu

pasukan akan menjadi dalam bab tertentu dan bertanggungjawab mengajar apa yang telah mereka

pelajari kepada rakan di dalam kumpulan.

vi)                  vi)Team – Games Tournament (TGT)

TGT telah dicipta oleh Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa aktiviti pengajaran seperti

berikut:

vi)      a.Pengajaran

Guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk syarahan, demonstrasi

dan pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian

mereka akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disediakan oleh guru untuk menguasai konsep.

vii)    b.Pertandingan

Murid-murid bermain permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap pertandingan, meja akan

diwakili 3 atau 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.KESIMPULAN

Sememangnya pembelajaran koperatif ini memberi kesan yang baik dalam pembelajaran matematik.

Ini kerana ia mendedahkan murid-murid berkomunikasi dan berkongsi segala apa yang diperolehi

bersama.Kaedah Pembelajaran KontekstualAPAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual? Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Termamungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

PERSEDIAAN MENGAJAR MENGGUNAKAN MODEL KONSTRUKTIVISME

Bidang : Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

Tajuk : Perubahan Fasa-fasa Bulan

Standard kandungan : 10.4 Memahami fasa-fasa bulan

Standard pembelajaran : 10.4.3 Menerangkan perubahan fasa-fasa

                 Bulan

Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat;          1. Menceritakan bentuk fasa bulan mengikut kedudukan bulan               yang berlainan.          2. Menyusun perubahan fasa bulan mengikut urutan yang betul

Masa : 60 minit

Pengetahuan sedia ada : 1. Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri                                           2. Bulan memantulkan cahaya matahari ke

         bumi.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASIPersediaan

Pemerhatian dan penggumpulan maklumat

Indikator Amalan

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan dan sentuhan.

1.1.6 Mengenalpasti fenomena dengan tepat

Guru menyediakan“Permainan Sentuhan

Minda”

Murid melakukan percubaan dan membuat pemerhatian.

Adakah terdapat perubahan bentuk bulan semasa edaran

mengelilingi bumi?

Terangkan mengapa perubahan fasa-fasa bulan

berlaku?

Imaginasi

Penjanaan dan sintesis idea

Indikator Amalan

2.1.2 Menghasilkan idea secara berterusan

2.2.2 Menghasilkan bentuk  komunikasi yang unik melalui rajah dan lakaran.

Guru menyediakan dan menyusun alatan di kawasan terbuka.

Murid melakukan aktiviti gerak edar mengelilingi bumi sambil membuat lakaran bentuk fasa bulan.

Mengapa kita hanya dapat bahagian tertentu sahaja yang bercahaya?

Terangkan arah peredaran bulan semasa membuat satu edaran lengkap?

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASIPerkembangan

Aplikasi Idea

Indikator Amalan

2.1.3 Menghasilkan idea yang berrmakna.

2.2.2 Menghasilkan bentuk  komunikasi yang unik melalui rajah dan lakaran.

3.1.1 Menokok tambah idea

Guru mengedarkan kad fasa-fasa bulan.

Murid membuat pengelasan dan membina fasa-fasa bulan mengikut urutan yang betul.

Susunkan kad fasa fasa bulan mengikut urutan yang sebenar.

Tindakan

Pelaksanaan

Setiap kumpulan membuat pembentangan keputusan yang diperolehi.

Guru membuat ulasan dan menyatakan kesimpulan secara keseluruhan.

Adakah anda rasa hasil kajian ini tepat?

Adakah anda berpuas hati dengan hasil dapatan yang diperolehi?

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASIPentaksiran Guru Mengedarkan lembaran

kerja

LAMPIRAN 1LAMPIRAN 2

Murid melengkap dan menyiapkan lembaran kerja.

PENILAIAN PEKA5/4/10.4/15/4/10.4/25/4/10.4/3KPSMemerhati, mengelas, mengukur, berkomunikas, mendifinisi secara operasi

KMMenggunakan apparatus correctlySet up the apparatusDraw a

RefleksiNilai dan sikap Kerjasama, jujur, ketepatan

keputusan

Model KonstruktivismeBidang  :  Menyiasat Alam KehidupanTajuk     : Perlindungan Diri Dari BahayaStandard Kandungan :   Murid dibimbing untuk :                                                3.1  haiwan mempunyai ciri-ciri dan tabiat tersendiri untuk melindungi dirinya                                                3.2  mengenalpasti tabiat khas haiwan untuk melindungi diri dari bahaya

Masa     :               60 minit

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1.PersediaanPemerhatian

Indikator Amalan1.1.1          Menggunakan

deria penglihatan,sentuhan1.1.6  mengenalpasti ciri objek dengan tepat

Guru mempamerkan model/gambar pelbagai jenis haiwan.

Murid membuat pemerhatian

1.Apakah yang kamu dapat lihatpada model / gambar yang dipamer ?

2.ImaginasiPenjanaan Idea

Indikator Amalan1.1.6 mengenalpasti ciri objek dengan tepat1.1.1 menggunakan deria penglihatan dan sentuhan

3.Perkembangan

Penjanaan Idea

Indikator Amalan

Guru menunjukkan satu model haiwan .( rusa ).Guru bertanyakan soalan

Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan

Guru mengedarkan 5 jenis model yang berlainan kepada setiap kumpulan

Guru mengedarkan papan putih

1.Bagaimanakah haiwan ini menyelamatkan diri sekiranya berhadapan dengan   harimau ?

2. Bagaimanakah ciri-ciri tersebut dapat membantu haiwan tersebut melindungidiri?

1. Nyatakan ciri-ciri

Menilai3.2.2 menyatakan kekuatan dan kelemahan , kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu

kecil dan maker pen

Murid menncirikan model haiwan tersebut

haiwan yang dapat melindungi diri dari bahaya ?

4. Tindakan

Pelaksanaan

Indikator Amalan4.1.1  Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus

Amalan Berterusan4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan

Guru membuat ulasan  untuk setiap pembentangan dan mencirikan semula ciri-ciri yang terdapat pada setiap model haiwan dalam mempertahankan diri daripada musuh.

1.Apakah pengetahuan baru yang anda dapat dari penbentangan rakan-rakan anda?

2. Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda ?

5. Pentaksiran Guru mengedarkan lembaran kerja

Lampiran 1

Murid menyiapkan lembaran kerja

Refleksi

Nilai dan sikap Bekerjasama, bertolak ansur

Posted by ZARISHAM ZAKARIA at 01:02 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

1.

pelangipurple 25 March 2015 at 22:04

saya jadikan penulisan cikgu di atas sebagai rujukan saya. Halalkan ya...

Reply

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

▼  2012 (16)

o ▼  November (16)

Program Menceriakan Bilik Sains Dalam Cuti Akhir T...

Magic Experiment Science

Saintis Muda

Program Panitia Kuiz Mingguan

Contoh Rancangan Pengajaran / Model Konstruktivism...

Pengurusan Keselamatan Makmal

Terminologi Asas Sains UPSR

Analisis soalan bahagian A dan B UPSR

Kaedah Melakukan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan Tahun 2012

Plan Induk Pembangunan Pendidikan PIPP

MBMMBI

Dasar 1M1s

Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA )

INFORMASI PENUBUHAN LAMAN BLOG SAINS SK GEMANG

Foto Eksperimen

About Me

ZARISHAM ZAKARIAView my complete profile

Awesome Inc. template. Powered by Blogger.

Powered By Sonic Train ×