Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

32
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian Disediakan oleh : Nurul Syahida Aziz Fadilah Mohd. Puad Nur Syafrida Ibrahim

Transcript of Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Page 1: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Konsep pengujian, pentaksiran dan

penilaian

Disediakan oleh :Nurul Syahida Aziz

Fadilah Mohd. PuadNur Syafrida Ibrahim

Page 2: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Pengujian

Page 3: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Konsep Pengujian

• Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. (http://ismailwasi06.blogdrive.com/archive/6.html)

• Proses menguji sesuatu kemahiran bahasa

Page 4: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

• Satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu.

(Ismail Abu Bakar et. al ,1985)

Page 5: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Konsep ujian

• Satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang.

• Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu

• Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi atau tingkah laku di antara dua atau beberapa individu

Page 6: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

• Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau

satu sistem yang berkategori.

• Misalnya, 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran.

• Raminah Haji Sabran (1991) : Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan

Page 7: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Tujuan pengujian

• Membantu murid-murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru

• Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran. • Laporan kepada penjaga murid• Guru dapat mengetahui sama ada pelajar-

pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

• Untuk menapis dan membuat klasifikasi pelajar• Mengenal pasti masalah dalam pembelajaran

Page 8: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Proses pengujian

Persediaan Pelaksanaan (pentadbiran

ujian)Pemeriksaan

Page 9: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Jenis-jenis pengujian

Jenis pengujian

Ujian pencapaian

Ujian kemahiranUjian bakat

Page 10: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Ujian pencapaianUjian kemajuan Ujian pencapaian

kerap digunakan di dalam bilik darjah ebih rasmi dan bertujuan untuk mengukur pencapaian secara lebih menyeluruh, seperti ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal sekolah

tujuan untuk mengukur dan menilai, setakat manakah pelajar-pelajar telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajarkan di bawah satu-satu tajuk tertentu

Kebanyakan ujian pencapaian merupakan ujian umum seperti UPSR

Page 11: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Ujian Kemahiran

• untuk menentukan sejauh mana kemahiran bahasa seseorang pelajar dan bagaimana dia menggunakan kemahiran ini untuk menghadapi sesuatu tugas tertentu seperti pelajaran lain atau bidang-bidang tertentu.

• Misalnya, ada ujian lisan bahasa Malaysia pada peringkat UPSR, dan ada ujian untuk menguji kemahiran pelajar di dalam pertuturan.

Page 12: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Ujian Bakat

• Ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu.

• Adalah dianggapkan bahawa bukan semua orang, khususnya bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari bahasa Malaysia.

Page 13: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

PENTAKSIRAN

Page 14: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

DEFINISI PENTAKSIRAN

• Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud ‘duduk bersama’ dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah samadengan apa yang dimaksudkan.

• Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan datadengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untukmembuat keputusan.

(Salvia danYseldyke, 1978)

Page 15: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

• Pentaksiran adalah proses pengumpulandan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkankeputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadanganpenempatan.

(Gearheart, 1990)• Pentaksiran dari segi definisipula adalah

merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, danmenggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

(David Lambert dan David Lines, 2000)

Page 16: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

• Pentaksiran dalambidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yangmerangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahmaklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)

Page 17: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat �penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan:

i. Proses – langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk� mendapatkan hasil yang dikehendaki.

ii. Maklumat – bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara� yang ditaksir.

iii. Penghakiman – proses pertimbangan tentang pencapaian � pendidikan pelajar.

iv. Produk – pengetahuan, kemahiran & nilai yang pelajar peroleh� setelah melalui proses

Page 18: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

TUJUAN/ KEGUNAAN PENTAKSIRAN

• Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.

BENTUK PENTAKSIRAN

Set ujian bertulis dengan markah dan gred.

Page 19: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

CARA/ PROSES PENTAKSIRAN

i) Proses pengujianii) Merekodiii) Markah/gred

Selepas pembelajaran.

MASA PELAKSANAAN BAGI PENTAKSIRAN

Page 20: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN

• Mendapatkan gambaran prestasi murid dalam P&P.

• Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses P&P.

• Guru boleh memperbaiki proses P&P.

Page 21: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK

• Kekomprehensifan• Keobjektifan• Kebolehtadbiran• Kesahan skor• Kebolehpercayaan skor• Kemudahtafsiran

Page 22: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

PENILAIAN

Page 23: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

DEFINISI PENILAIAN

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Page 24: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

Satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.

Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif.

Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru.

Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

Page 25: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

PRINSIP ASAS PENILAIAN

Guru harus menentukan :

i. Tujuan penilaianii. Bidang yang dinilaiiii. Calon yang dinilaiiv. Teknik yang hendak digunakan( termasuk

kesedaran kekurangan dan kelemahan dalam teknik)

Page 26: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

KEPENTINGAN PENILAIAN

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.

Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Page 27: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Page 28: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

JENIS PENILAIAN

1) Penilaian Formatif

2) Penilaian Sumatif

Page 29: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Penilaian Formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.

Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Page 30: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Penilaian formatif diadakan dari semasa ke semasa apabila guru selesai mengajar sesuatu unit pelajaran.

Keputusan penilaian tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid yang lain.

Page 31: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.

Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain

Seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.

Page 32: Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian

SEKIAN..