Pentaksiran Dan Pengukuran Pengujian Bm

download Pentaksiran Dan Pengukuran Pengujian Bm

If you can't read please download the document

description

pedagogi guru

Transcript of Pentaksiran Dan Pengukuran Pengujian Bm

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEPTahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripadaproses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-matadijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu prosespengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakanuntuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar1.1 SinopsisTopikini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian danpentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik,para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapasoalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet,perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah andaboleh juga dilakukan.1

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH1.2 Hasil pembelajaran1.2.1. Konsep pentaksiran1.2.2. Konsep pengujian1.2.3. Konsep penilaian1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian1.3 Kerangka KonsepPengertian dan KonsepPentaksiranPengujianPenilaianPerkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian1.4 PentaksiranPentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal sepertipertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pulamelibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula2 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHmelibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiranialah:-i. Instrumenii. Kumpulan yang ditaksiriii. Responiv. Kumpulan yang menaksirv. Skor1.5 Pengujian Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan carayang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepassesuatu pengajaran Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuanuntuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama adasecara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yangdicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atautercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatukemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahamanmembaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perludiingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujianmenggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur.Oleh itu, ujianperlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya,3 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHjika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahanbacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar initidak menggalakkan.1.6 PenilaianPenilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, andproviding useful information for judging decision alternatives.Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatuproses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuatpertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Iaadalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku danmembuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumattentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dankeberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan datakuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atauselepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatupembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.4 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHKepentingan Penilaian Ujian Di Bilik DarjahPenilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yangsedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajarmereka telah dapat menguasai atau mempelajaritelah disampaikan.membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama disekolah.menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amatlemah dalam pencapaian mereka.membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik sertakaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian merekasentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; danmembolehkan pelajarmengetahui kelemahan-kelemahan merekaperkara yangdalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pulamemperbaikinya.5

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianRajah 1.PENILAIANPENTAKSIRANPENGUJIANBerdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyaiperkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu prosespengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produkP&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.6

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH1.8 AktivitiArahan:Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhirtahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah;a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian dilakukan.b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep- konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik.c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?7

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL2.1 SinopsisSebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yangdibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun olehBenjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalamhal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan)dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalampanduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yangberkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkanpemahaman anda. Selamat berjaya !2.2 Hasil Pembelajaran2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domainKrathwohl.2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dansistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian BahasaMelayu.8

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH2.3 Kerangka KonsepTaksonomi dan DomainTaksonomi Bloom DomainKrathwohl2.4 Taksonomi BloomTujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkanperilaku-perilaku yangmenekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, danketerampilan berfikir.2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkanperilaku-perilaku yangmenekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dancara penyesuaian diri.3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilakuyang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan,berenang, dan mengoperasi mesin.9 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHDomain KognitifBloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiridari dua tahap iaitu:i.ii.PengetahuanKemampuan dan Keterampilan IntelektualPengetahuan (Knowledge)Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.Pemahaman (Comprehension)Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.Aplikasi (Application)Pada tahap ini, seseorang pelajarmemiliki kemampuan untuk menerapkandi dalamgagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainyapersekitaran sebenar.Analisis (Analysis)Pada tahapanalisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yangdiperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalambahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampumengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senarioyang rumit.10 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHSintesis (Synthesis)Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur ataupola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenalidataataumaklumatyangharus didapati untuk menghasilkanbentukpenyelesaian yang diharapkan..Penilaian (Evaluation)Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,gagasan, metodologi dan sebagainyadengan menggunakan kriteria yangsesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Domain Psikomotor1. Persepsi2. Persediaan (Set)3. Respons Terpimpin4. Mekanisme (Mechanism)5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)6. Penyesuaian (Adaptation)7. Penciptaan (Origination)11 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH2.5 Domain David Krathwohl Domain Afektif Penerimaan (Receiving/Attending) Tanggapan (Responding) Penghargaan (Valuing) Pengorganisasian (Organization) Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or ValueComplex)12

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH2.6 AktivitiArahan:Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom danDomain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yangdiberikan.1.Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahundi sekolah anda dari segi:a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom.c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalamsoalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuksetiap kelas di sekolah anda.Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krathstax.htm3. http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf13

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN3.1 SinopsisJadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaansesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membinasoalan-soalan ujiansecara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancanganyang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaantinggi.yangCara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah denganmenyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSUdikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakanmatrik dua paksi iaituKemahiran (melintang).paksiKandungan (menegak) dan paksi Aras3.2 Hasil pembelajaran3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian14

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH3.3 Kerangka konsepJADUAL SPESIFIKASI UJIANKEPENTINGAN JSUDEFINISI LANGKAHPEMBINAAN JSU3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masamengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus danlain-lain.Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.3.5 Kepentingan JSUMengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiranyang diuji.15

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHBilMemberikan panduan untuk membentuk format ujian.Bentuk SoalanObjektifAras KognitifKemahiranBidang/Topik/Topik KecilJam123456JumlahItem1.1Sejarah Perkembangan BahasaMelayuAsal usul BM, BM sebelumdan selepas merdeka215212541.2Linguistik BMPengenalan linguistikDefinisi, Sejarah, LinguistikDiskriptif1.3FonologiDefinisi, alat artikulasi, carapenghasilanFonem segmentalFonem suprasegmentalJumlah120541116322211111114032Jadual 1: Contoh JSUContoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi disekolah.16

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH3.6 Langkah-langkah Membina JSULangkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diujiLangkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itua.b.c.soalan objektif (30 soalan)1 markah bagi 1 itemjumlah soalan bagi setiap topik dikira:=Jumlah masaX Jumlah soalanJumlah Masa keseluruhanLangkah III: Tentukan model aras kesukaran itemBiasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan BloomTiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotorDomain Kognitif6.5.4.3.2.1.PenilaianSintesisAnalisisPenggunaanKefahamanPengetahuanMudahSukarLangkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?Ujian objektifUjian strukturUjian esei, dan lain-lain.17 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHLangkah V:Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, eseidll)Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar)PemarkahanLangkah VINyatakan mata pelajaranNyatakan tingkatanSusunan nombor soalan mengikut tajukRumusanDalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan denganujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti katasebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, datayang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuanpemilihan, pengkelasan atau bimbingan.18

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH3.7 AktivitiArahan:Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telahditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut araskognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm19

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN4.1 SinopsisAnda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalampendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilaiini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagaialat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulisyang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalamtopik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahan-bahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlahmenjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang denganpensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajarananda.4.2 Hasil Pembelajaran4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif.4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif.4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .20

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH4.3 Kerangka KonsepPembinaan UjianObjektifSubjektif4.4 PendahuluanSelaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentinganujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentangpencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Inimemperbaikibergunabagiguruuntukdan meningkatkan kualiti P&P.4.5. Jenis-jenis UjianBerikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.4.5.1. Ujian ObjektifItem ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satujawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah itemjawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.21 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHItem Respons Bebasi. Jenis soalan:contoh:a)b)Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakaikasut)ii. Item Melengkapkan Penyataancontoh:a)Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudahturun.b)Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak sayabekerja.Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau palingtepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item ituialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.Item Salah - BetulItem ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungipenyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atausalah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.22

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHItem PadananItem Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulanobjek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya denganmemadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.Kata Bilangan1. Kata Adjektif Sifatan2. Kata AdjektifPancaindera3. Kata Adjektif Bentuk4. Kata Adjektif PerasaanContohA. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.B. Budak baik selalu dipuji.C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.D. Dia amat rindu akan emaknya.Item Aneka PilihanItem aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap keranadiberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yangberikut.a.b.c.Item aneka pilihan berbentuk soalanJenis jawapan terbaikAnalogi23 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHItem Jenis CantumanTeknik KlozTeknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi mengujikefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaanujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dansepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian klozpelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan olehguru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar dimintamelihatdanmembacakeratanitusecarakeseluruhannya.Kemudian,berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akanmencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang palingsesuai menurut makna keseluruhan teks.4.5.2. Soalan SubjektifSoalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:- Item Jenis Struktur Item Jenis Esei Pembinaan Ujian24 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHPrinsip-prinsip Asas Pengujian dan PenilaianAntara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalampembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:i.Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity)a.b.c.d.Kesahan IsiKesahan RamalanKesahan SerentakKesahan Gagasanii.Kebolehpercayaan UjianKebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatandan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yangdiuji.RumusanDalam proses pembinaan item ujian beberapaperkara yang berhubungandengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialahobjektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji danseterusnya aras ujian itu sendiri.25

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH4.7 AktivitiArahan :Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dansila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif danesei.b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasabagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuksetiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis danpenilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada gurupanitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dankelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduanmembina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepadapelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajaranda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segikelebihan atau kelemahannya.26

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHLayari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf2. http://www.usm.my/education/publication/JPP23-9_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf27

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA5.1 SinopsisTajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenispenilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan prosesp&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujianFormatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.5.2 Hasil Pembelajaran5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat, pencapaian.5.3 Kerangka KonsepJenis Penilaian bahasaUjian FormatifUjian SumatifUjian KefasihanUjian KemajuanUjian BakatUjian Pencapaian28

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH5.4 Ujian Formatif dan SumatifTerdapat beberapajenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujiankefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antaraujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangkamasa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.5.5 Ujian FormatifUjian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk mengujisesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skoppengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuanutama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu prosespengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan danpembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalambentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.5.6 Ujian SumatifUjian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh padaakhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalamkalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk UjianSumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahirandan aspek bahasa.29

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian SumatifUjian FormatifPerbezaanUjian Sumatif1. Pensijilan ataupenggredan2. Pada akhir1. Maklum balas kepada pelajar dan guru:kemajuan dan Fungsi kelemahan.2. Sepanjang pengajaranMasaunit/kursus3. Kognitif, psikomotor dan afektif4. Terhad kepada tugasanPenekananSifat3.Kognitif4. Beraneka jenis5. Senang sukar5. Berubah-ubah6. Dibentuk khasKesukaran6. Peperiksaan akhirAlattahun7. Rujukan kriteriaJenis ujian7.Rujukan norma5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian KemajuanManakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalammenguasai bahasa asing.Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telahdipelajari.Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakahseseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secarakeseluruhan.Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid darisemasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.30Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan danmengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHNOTA TAMBAHANUjian BakatUjian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungiunsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melaluiujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasaseperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktursesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dansebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pastimurid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatubahasa dengan cepat.Ujian PencapaianUjian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnyasesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasaidalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua setujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.Ujian KefasihanUjian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yangdipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkanseseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai denganpengetahuan dan kebolehan mereka.31

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHAKTIVITIArahan1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitandengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yangtelah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satukemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebutuntuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.32

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA6.1 SinopsisPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasipenilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agarkualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.6.2 Hasil Pembelajaran6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melaluipemerhatian.6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melaluipemerhatian penilaian melalui portfolio.33

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.3 Kerangka KonsepKaedah Penilaian BahasaPenilaian Melalui Portfolio6.4 Penilaian Melalui PorfolioPenilaian Melalui PemerhatianPortfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul danmerekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujuibersama.Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan kontekspembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain buktipembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yangmenyeluruh.Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secarakolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiransecara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awalhingga ke akhir.34 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.4.1 Tujuan PortfolioTujuan portfolio ialah untuk :Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuanyang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran merekasecara sistematik.Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamatperibadi.6.4.2 Kegunaan Portfolio menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan. digunakanbagimenggambarkankeperluanspesifikdalampenyempurnaan gred. menilai secara sumatif pembelajaran. menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar6.4.3 Ciri-ciri Portfolio(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedahkonkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketikamelakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.35

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH(c)Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatutugasan pembelajaran.(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung danmembuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama denganpelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secaraaktif.6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. Portfolio Kerja Harian Portfolio Hasil Terbaik Portfolio Dokumen6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio? Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan danberfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberigambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yangmempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.EJAAN5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru3 Membentuk suku kata2 Menyebut bunyi huruf1 Permulaan mengenal huruf36 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHMenggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasilpemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaranseimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberimatlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanyamembandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah PortfolioSesebuah portfolio mengandungi:Senarai semak yang disediakan oleh guruNota-nota yang disediakan oleh guruCatatan jurnalBuku logRefleksi kendiri muridGambar dan foto6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahamankendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktuyang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentangkeberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspekkognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan danpersekitaran.37 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.5.1 Jenis PemerhatianBerdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.6.5.2 Strategi Pemerhatian Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikalberdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekodanekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahandan persekitaran. Menjalankandijalankan.tindakansusulanterhadaphasilpemerhatianyang6.5.3 Pelaksanaan Proses PemerhatianBeberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.Antaranya ialah: Kualiti Pemerhatian Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian6.5.4 Fungsi Pemerhatian Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu prosespembelajaran. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakansebaya dalam sesuatu pembelajaran. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan sepertiprojek.38

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.6 Rumusan.Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakantetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar.Penilaian cara inibiasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai,pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,dan sikap bias serta prasangka penilai.AKTIVITI1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.39

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA7.1 SinopsisPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasipenilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agarkualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.7.2 Hasil Pembelajaran7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrakpembelajaran.7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.40

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH7.3 Kerangka KonsepKaedah Penilaian Bahasa Penilaian MelaluiKontrak PembelajaranPenilaian Melalui Soal Jawab7.4 Penilaian Melalui Kontrak PembelajaranPenilaianmelaluiKontrak PembelajarandikenalijugasebagaiPerjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrakyang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak inibiasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengankriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapatkompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan olehguru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.7.4.1 Cara Pelaksanaan Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untukkeseluruhan proses pelaksanaan tugasan. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhanproses pelaksanaan tugasan.41 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajarberdasarkan kriteria yang ditentukan. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantaupenilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.7.4.2 Fungsi Kontrak PembelajaranKontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yangberasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :a.b.c.pelajar mengenal pasti dan merekod,menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapaimatlamat tersebut.7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?Penilaian objektif tugasanHasil PembelajaranPenilaianFormat / Bentuk7.4.4 Format Kontrak PembelajaranKeperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikutkeperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukankontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.42

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHSebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidakformal tetapi terancang dan jelas.Contoh Format Kontrak Pembelajaran IndividuKONTRAK PEMBELAJARANMata Pelajaran : ............................................................Nama: ........................................................................Tahun/Tingkatan :...........................................................Tugasan : .....................................................................Objektif :1..................................................................2..................................................................3..................................................................PerkembanganPeringkatApa yang ingindicapaipadaperingkat iniBagaimanaakandilaksanakanpada peringkatiniTempoh masapelaksanaanperingkat iniBagaimanapenilaian peringkatini dibuatCatatanTandatangan murid..............................Nama:Tandatangan rakan sebaya....................................Nama:Tandatangan guru...............................Nama:43 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH7.5 Penilaian Melalui Soal JawabTeknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling populardigunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, BahasaMelayu akan dapatmelahirkan interaksi antara guru dan pelajar secaraberkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep,kesanggupanmemberipenyataandanmelahirkanperasaan,penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.7.5.1 Cara PelaksanaanTeknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yangberkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balasyang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukanpelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaanpenggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untukmenguasai teknik menyoal.44

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHAKTIVITI1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayukelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soaljawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahamanmurid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dankeberkesanan kaedah tersebut.2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasaproses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.45

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHTAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA8.1 SinopsisPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasipenilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agarkualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajukpenilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akandisampaikan ketika interaksi bersemuka.8.2 Hasil Pembelajaran8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek8.3 Kerangka KonsepKaedah Penilaian BahasaPenilaian Melalui ProjekPenilaian Melalui Kertas Kerja46

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH8.4 Penilaian Melalui ProjekProjek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempohmasa yang tertentu.Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis datapersediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,projek bermaksud secara amali.Tugasan ini boleh dijalankan secaraindividu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap prosessehinggalah kepada tahap hasil disediakan.Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi ataumembuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,1989). Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti daninovasi.Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yangterdapat di luar bilik darjah.47 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH8.5 Ciri-ciri Penilaian ProjekProjek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).Jangka masa yang panjangMenunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapanyang benar.Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakanprojek atau dalam kumpulan.Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiranmerancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasanbersama orang lain.Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.8.6 Jenis-jenis penilaian ProjekLatihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisanatau bertulis.Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana danmenerangkan keputusan ujikaji, membina model.Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.Langkah 2 : Penilaian awal projek.Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.Langkah 5 : Penilaian hasil projek.48

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHAKTIVITIArahan:1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian silalengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membacadalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secaraberkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, andadikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilaikeberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.Tahniah !Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu SekolahRendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untukmembolehkan anda menguasai modul ini.Arahan:-Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepadapensyarah/tutor anda.----------------------------------------MODUL TAMAT---------------------------------------------49 BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH50