Konsep pengujian dan_penilaian_2
Transcript of Konsep pengujian dan_penilaian_2
Konsep Pengukuran,
Pengujian dan Penilaian
Konsep Pengukuran
Proses atau sistem untuk
menentukan nilai kuantitatif kepada
suatu benda, perkara atau keadaan
Dalam proses P&P, pengukuran
merangkumi segala aspek
pengujian termasuk skala ordinal
dan skala selang/nisbah
Skala ordinal : pangkatan/kedudukan murid (order) cth: Nombor dalam kelas (1, 2, 3….)
Skala selang/nisbah : menunjukkan unit yang tepat dan sama sela, cth:markah ujian dalam selang yang sama - A : 90 - 100
B : 80 - 89
C : 70 - 79
selang
yang sama
Konsep Pengujian
Merupakan satu kaedah dalam
pengukuran dan dijalankan dengan
cara yang sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur
tingkah laku seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga
peringkat iaitu, sebelum, semasa
dan selepas sesuatu pengajaran.
Konsep Pengujian
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre test.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan samada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
sambungan
Ujian juga diberikan selepas
sesuatu pengajaran untuk
mengetahui samada pelajar
dapat mengikuti pengajaran
yang diberikan atau sebaliknya.
Ujian ini dikenali sebagai ujian
post atau post test.
Konsep Penilaian
Suatu proses yang sistematik dalam mengumpulkan maklumat dan seterusnya mentafsir serta membuat keputusan sebelum tindakan dilaksanakan.
Ia melibatkan proses mendapatkan maklumat (pengukuran) , membuat taksiran (analisis), dan memilih keputusan untuk tindakan (penilaian).
sambungan
Bagi pengumpulan maklumat ia
melibatkan penggunaan pelbagai
instrumen (objektif/subjektif/lisan/
bertulis), pemerhatian, dan soal
selidik.
Tujuan Pengujian dan Penilaian
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
i. dapat membantu guru melihat dan mengkaji pencapaian objektif P&P dengan lebih teliti dan menyeluruh.
ii. Menjadi bahan rujukan dan dapat memberikan maklumat akan kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi- pengajaran guru, sukatan dan bahan ABM yang digunakan sesuai atau sebaliknya.
iii. Dapat mengenalpasti kelemahan murid dan cara-cara bagi mengatasinya serta mengetahui keperluan murid semasa P&P.
Tujuan Pengujian dan Penilaian
Pengurusan dan Pentadbiran
i. sebagai satu alat pengawalan mutu
ii. Untuk tujuan pemulihan,
penempatan dan pengelompokan.
iii. Untuk tujuan persijilan dan
menentukan kedudukan.
iv. Sebagai rujukan untuk melihat
keberkesanan kurikulum.
Tujuan Pengujian dan Penilaian
Pelaksanaan ke arah bimbingan
i. Menentukan tahap bantuan yang
diperlukan oleh pelajar/ murid.
ii. Mengenalpasti pelajar yang perlu
diberi bimbingan dan pendekatan
yang bersesuaian.
iii. Membantu perubahan sikap yang
positif.
Model Proses Pelaksanaan PenilaianMerancang menentukan hasil pembelajaran
berdasarkan senarai semak
Membina Indikator
Nelaksanakan penilaian
Pemerhatian tingkahlaku
Pemerhatian interaksi/lisan
Hasil kerja murid
Merekod
Menganalisis maklumat
Tindakan susualan
aktiviti pengayaan
Tindakan susualan
aktiviti bimbingan
Sudakah murid
menguasai
Melapor
Pelajaran/kemahiran baru
TidakYA
Proses Pelaksanaan Penilaian
Kaedah Pemerhatian
Ke atas tingkah laku murid
Perbualan/interaksi/lisan murid
Hasil kerja murid
Aspek Tingkah Laku seperti;
Bermain
Menyusun blok bersama rakan
Mengikat tali kasut
Berlari sambil melompat
Membuat kolaj
Menyelesaikan Masalah
Proses Pelaksanaan Penilaian
Perbualan/Interaksi/Lisan seperti;
Interaksi murid dengan guru
Interaksi murid dengan murid
Interaksi murid dengan bahan
Main Peranan
Bersoal jawab
Bercerita
Bacaan
Nyanyian Puisi
Proses Pelaksanaan Penilaian
Pemerhatian hasil kerja seperti;
– Lukisan
– Tulisan
– Buku Skrap
– Kraf Tangan
– Buku Kecil
– model
Proses Pelaksanaan Penilaian
Merekod Pemerhatian
Mencatat maklumat secara
sistematik- Perkembangan,
kebolehan dan pencapaian
Kaedah merekod melalui:
Senarai semak
Anekdot
Rekod berterusan
Penilaian Sumatif
Satu teknik pengumpulan maklumat dari satu-satu program setelah ianya tamat.
Keputusan dari ujian akan menentukan tahap pencapaian dan penentuan gred.
Ia berbentuk rujukan norma kerana item yang disoal adalah luas dan ada unsur perbandingan terhadap kebolehan dan pencapaian.
Contoh ujian itu adalah seperti ujian semester, ujian bulanan, ujian PMR, SPM, STPM, sijil, ijazah atau diploma.
Tujuan Penilaian Sumatif
Pemberian gred dan menentukan
tahap pencapaian.
Perbandingan dalam aspek
prestasi antara pelajar, antara
kelas, antara jantina, status dsb.
Untuk tujuan merekod dan
melaporkan pencapaian kepada
pihak tertentu.
sambungan
Melihat samada matlamat tercapai atau tidak.
Melihat keberkesanan terhadap penggunaan pendekatan, kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
Menilai akan keberkesanan sesuatu model, ABM, bahan rujukan dan aktiviti yang dilaksanakan.
Penilaian Formatif
Sejenis penilaian yang membolehkan maklumat-maklumat digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam pelajaran.
Ia dijalankan secara berterusan semasa proses P&P berlaku.
Dilaksanakan selepas sesuatu pengajaran, selepas selesai sesuatu unit, bab, atau aras kemahiran.
sambungan
Ia termasuk dalam ujian rujukan
kriteria
Ia berfungsi untuk mengenalpasti
kelemahan-kelemahan, proses
pengajaran dan samada pelajar
dapat apa yang diajar.
Ia tidak ada kaitan dengan
pengredan.
Ciri-ciri ujian
Ujian perlu ada ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran
Kesahan : sejauh mana ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Kesahan isi : ujian menguji isi kandungan pelajaran (gunakan JPU/JSU)
Ciri-ciri ujian (samb.)
Kesahan gagasan : ciri untuk mengukur
trait, tingkah laku atau trait mental
hipotesis :
(a) pegangan pada sesuatu nilai akan
bertambah daripada umur belasan
hingga dewasa
(b) latar belakang pendidikan seseorang
tidak menjamin ketinggian nilai moralnya
Ciri-ciri ujian (samb.)
Kesahan ramalan : ciri ujian yang
berkaitan dengan kebolehan
meramal keupayaan atau kelayakan
seseorang calon .
Cth : peperiksaan percubaan UPSR
Kesahan serentak : pencapaian
dalam ujian terdahulu selaras
dengan pencapaian ujian terkini
yang serupa.
Ciri-ciri ujian (samb.)
Kebolehpercayaan : pencapaian dalam ujian tekal walaupun ujian itu diambil beberapa kali dalam jangkamasa berbeza.
Keobjektifan : ketepatan jawapan soalan yang akan memberi ketepatan pemarkahan (jenis soalan respon terhad). Soalan respon bebas mempunyai keobjektifan rendah - perlu penyelarasan.
Ciri-ciri ujian (samb.)
Kebolehtadbiran : kelicinan pelaksanaan ujian (persediaan bilik ujian lengkap, masa memulakan ujian tepat mengikut jadual, arahan jelas dan sistematik, pemeriksaan kertas jawapan mengikut jadual)
Kemudahtafsiran : setakat mana keputusan ujian boleh ditafsirkan dan memberi maklumat yang jelas tentang pencapaian murid.
Jenis-jenis ujian
Ujian Formatif
Ujian Sumatif
Ujian prestasi
Ujian kepantasan dan daya
Ujian rujukan norma dan
kriteria.
Ujian Objektif dan Subjektif.
Ujian objektif – ujian yang
disediakan yang terdiri dari soalan
dengan 4 atau lima jawapan yang
salah satunya adalah betul.
Ia mempunyai permarkahan yang
standard.
Ia mungkin terdiri dari ujian aneka
pilihan, salah benar, ujian padanan
dan ujian lengkapkan.
Ujian Objektif dan Subjektif.
Ujian Subjektif – pelajar perlu
menjawab sesuatu soalan dengan
bebas dengan menggunakan ayat
mereka sendiri dalam masa yang
ditentukan.
Ujian ini lebih terarah kepada
kemahiran memberi pendapat,
penyataan idea-idea, perbincangan,
penghuraian, dan pengintegrasian
Ujian Prestasi
Ujian ini adalah untuk melihat akan
pencapaian yang diperolehi oleh
pelajar dari semasa-ke semasa
sama ada wujud peningkatan atau
sebaliknya.
Ujian ini ujud samada dalam bentuk
objektif dan subjektif.
Ujian Kepantasan dan Daya
Ujian kepantasan – bagi mengukur
kecepatan seseorang dalam
menyelesaikan masalah dalam
masa yang ditentukan. Contohnya;
ujian menaip, ujian menulis dsb.
Ujian daya – ia mengukur peringkat
pencapaian dalam kemahiran.
Soalan yang diberikan adalah dari
tahap mudah ke tahap sukar.
Ujian Rujukan Norma
Untuk tujuan perbandingan tahap
pencapaian antara pelajar-pelajar
yang mengambil ujian yang sama.
Untuk menentukan kedudukan
dalam kelas, penggredan dsbnya.
Ujian Rujukan Kriteria
Untuk mengukur perlakuan pelajar
terhadap objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Untuk melihat akan kemajuan yang
dicapai dalam sesuatu kemahiran.
Ujian ini tidak digunakan dalam
perbandingan, pengaturan gred dll.
Perancangan Ujian
1. Menentukan tujuan ujian
2. Menentukan isi kandungan ujian
3. Membentuk Jadual Spesifikasi
Ujian
4. Menulis item/soalan ujian
5. Menyemak item/soalan
Jadual Spesifikasi Ujian
Merupakan gambaran keseluruhan ujian.
Dilaksanakan sebelum ujian sebenar
dijalankan.
Ia dibuat bagi menentukan bentuk-
bentuk ujian, kandungan ujian, jenis-
jenis soalan, dan kemahiran-kemahiran
yang diajar.
Soalan yang dibina untuk menguji
kefahaman dan pencapaian pelajar.
Jadual Spesifikasi Ujian
Dibina dan dibuat ujian rintis untuk
mengetahui ketekalan soalan dari
aspek soalan senang, sederhana
dan sukar.
Soalan yang dibina juga mestilah
menekankan perkara yang
berkaitan dengan pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisa,
sintisis dan penilaian.
Langkah-langkah dalam
penyediaan JSU
Tentukan dahulu objektif ujian.
Menentukan isi ujian
Mengumpul soalan-soalan sample
Menentukan bilangan soalan berasaskan isi kandungan dan tajuk-tajuk yang diajar.
Membina soalan yang menguji aras kemahiran
Buat ujian kepada pelajar yang dipilih dari berbagai tahap pencapaian dan gunakan sebagai sampling.
Kepentingannya
Menjadi garis panduan dalam menentukan tahap kesukaran sesuatu kertas peperiksaan.
Ia memastikan ketekalan ujian untuk jangka masa tertentu.
Meningkatkan kesahan ujian tersebut supaya soalan yang ditanya perlu merujuk kepada kemahiran dan tajuk.
Untuk mengelakkan dari membuat ujian yang tidak selaras.
Pemberian markah yang standard.