kkp1

1
1 PENGENALAN Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak- kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi.

description

kkp1

Transcript of kkp1

  • 1

    PENGENALAN

    Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan

    pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan

    kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan

    peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara

    menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

    Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi

    cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Seni

    dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan

    pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan

    seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak

    melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga

    jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat

    holistik. Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif

    dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui

    aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan

    membolehkan murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan

    kreatif. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala

    gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan

    untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan

    mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar,

    membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan

    pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan

    untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam

    Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-

    kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi.