Kesalahan Umum Inferens

11
KESALAHAN UMUM INFERENS Aquarium A Aquarium B 1. Rajah di atas menunjukkan 2 buah akuarium yang mempunyai saiz yang sama. 2 ekor diletakkan di dalam kedua-dua buah akuarium tetapi terdapat lapisan minyak di da Inferens salah: Ikan di dalam akuarium B mati kerana ada lapisan minyak berbanding A Inferens betul Ikan di dalam akuarium B mati kerana tiada udara untuk bernafas berbanding A 2. Rajah di atas menunjukkan 2 buah ladang yang menghasilkan purata berat labu yang berlainan Inferens salah: Purata berat labu di ladang Afnan lebih berat kerana jarak tanaman lebih jau berbanding lading Haizam Inferens betul Purata berat labu di ladang Afnan lebih berat kerana kurang persaingan ruang/ air/ nutrient berbanding di ladang Haizam . !raf menunjukkan bilangan orang utan yang ditemui dari tahun 1""#-2### GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK 1

description

Mengenai teknik menjawab soalan inferens sains sekolah rendah.

Transcript of Kesalahan Umum Inferens

KESALAHAN UMUM INFERENS

Aquarium A Aquarium B1. Rajah di atas menunjukkan 2 buah akuarium yang mempunyai saiz yang sama. 2 ekor ikan diletakkan di dalam kedua-dua buah akuarium tetapi terdapat lapisan minyak di dalam akuarium B.

Inferens salah:Ikan di dalam akuarium B mati kerana ada lapisan minyak berbanding A

Inferens betulIkan di dalam akuarium B mati kerana tiada udara untuk bernafas berbanding A

2.

Rajah di atas menunjukkan 2 buah ladang yang menghasilkan purata berat labu yang berlainanInferens salah:Purata berat labu di ladang Afnan lebih berat kerana jarak tanaman lebih jauh berbanding lading Haizam

Inferens betulPurata berat labu di ladang Afnan lebih berat kerana kurang persaingan ruang/ air/ nutrient berbanding di ladang Haizam

3. Graf menunjukkan bilangan orang utan yang ditemui dari tahun 1990-2000

Inferens salah:Bilangan orang utan berkurang kerana tahun bertambah

Inferens betulBilangan orang utan berkurang kerana habitatnya dimusnahkan/ pemburuan haram/ pembalakan haram

4. Rajah di bawah menunjukkan litar bersiri (series) dan litar selari (parallel). Berdasarkan pemerhatian, tuliskan inferens yang sesuai

Inferens salah:Mentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol terbakar kerana mentol disambungkan secara bersiri (series)

Inferens betulMentol di litar bersiri tidak menyala apabila salah satu mentol terbakar kerana terdapat satu aliran elektrik sahaja dalam litar bersiri(series) berbanding litar selari

5. Rajah di bawah menunjukkan pengembangan doh yang telah dicampurkan dengan 2 sudu yis.

Inferens salah:Doh mengembang kerana dicampurkan dengan yis

Inferens betulDoh mengembang kerana yis/ mikroorganisma bernafas.

6. Jadual menunjukkan jumlah cili yang berjaya dikisar menggunakan 2 kaedah yang berbeza dalam satu tempoh masa

Inferens salah:Jumlah cili yang berjaya dikisar menggunakan mesin pengisar lebih banyak kerana menggunakan mesin

Inferens betulJumlah cili yang Berjaya dikisar menggunakan mesin pengisar lebih banyak kerana menggunakan kaedah yang lebih moden.

7. Rajah di bawah menunjukkan 2 kepingan roti P dan Q selepas dibiarkan selama beberapa hari. Roti P tidak direnjiskan air manakala roti Q direnjiskan air.

Roti QRoti P

Inferens salah:Roti Q berkulat kerana direnjiskan air.Roti P berkeadaan baik kerana ia roti kering.

Inferens betulRoti Q berkulat kerana mikroorganisma bertumbuh.Roti P berkeadaan baik kerana mikroorganisma tidak boleh bertumbuh tanpa air.

8. Jadual di bawah menunjukkan kelajuan 3 buah kereta mainan yang sama dengan menggunakan bilangan bateri yang berbeza.

Bilangan bateriKelajuan (m/s)

110

220

330

Inferens salah:Kelajuan kereta mainan bertambah kerana bilangan bateri bertambah

Inferens betulKelajuan kereta mainan bertambah kerana mendapat sumber tenaga elektrik yang lebih banyak.

9. Jadual menunjukkan maklumat penyiasatan tentang masa tuala dijemur dan berat tuala itu.

Inferens salah:Berat tuala berkurang kerana tempoh masa bertambah.

Inferens betulBerat tuala berkurang kerana berlaku proses penyejatan

10. Rajah 1 menunjukkan bahan dan alat radas yang digunakan dalam satu penyiasatan. Sejumlah air yang sama dituangkan ke atas tanah liat, campuran tanah liat dan pasir dan pasir. Isipadu air yang terkumpul di dalam bekas P, Q dan R disukat.

BekasPQR

Isipadu air yang terkumpul (ml)204080

Tuliskan inferens tentang isipadu air dalam bekas R.

Inferens salah:Bekas R mengandungi paling banyak air kerana diletakkan tanah pasir

Inferens betulBekas R mengandungi paling banyak air kerana tanah pasir membenarkan sebagian besar air mengalir melaluinya.

11. Rajah menunjukkan dua buah troli yang serupa dilepaskan menuruni landasan yang berbeza.

Inferens salah:Troli J bergerak lebih jauh kerana ia melalui permukaan kaca.

Inferens betulTroli J bergerak lebih jauh kerana terdapat kurang daya geseran antara permukaan kaca dan roda troli.

11. Rajah di bawah menunjukkan seorang murid telah melepaskan bas mainan T menuruni satu landasan yang condong. Aktiviti ini diulangi dengan bas mainan U. Jarak pergerakan kedua-dua bas itu direkodkan.

Inferens salah:Bas mainan U bergerak lebih jauh berbanding bas mainan T.

Inferens betulBas mainan T bergerak lebih dekat kerana lebih berat berbanding bas mainan U.

12. Rajah menunjukkan aktiviti menarik beban di atas dua permukaan yang berbeza. Didapati lebih senang untuk menarik beban di atas permukaan P berbanding permukaan Q.

Inferens salah:Lebih sukar menarik beban di atas permukaan Q kerana ditarik di atas rumput.

Inferens betulLebih sukar menarik beban di atas permukaan Q kerana bayak daya geseran diantara beban dan permukaan rumput.

13. Rajah di bawah menunjukkan 3 cylinder yang mempunyai ketinggian yang sama tetapi berbeza luas tapaknya.

P R Q

Didapati silinder P jatuh terlebih dahulu berbanding silinder yang lain.Inferens salah:P jatuh dahulu berbanding yang lain kerana luas tapaknya lebih kecil berbanding yang lain

Inferens betulP jatuh dahulu berbanding yang lain kerana ia kurang stabil berbanding yang lain

14. Rajah di bawah menunjukkan jenis rod yang berbeza yang digantungkan dengan jumlah berat yang sama.Jenis rodKacaPlastikBesi

Keadaan rodPatahBengkokTiada perubahan

Inferens salah:Tiada perubahan pada rod besi kerana ia diperbuat daripada besi

Inferens betulTiada perubahan pada rod besi kerana besi lebih kuar berbanding rod yang lain.

15. Rajah menunjukkan 3 litar elektrik yang dibekalkan dengan bilangan sel kering yang berbeza.

Inferens salah:Mentol di litar V lebih cerah kerana mempunyai lebih banyak bateri

Inferens betulMentol di litar V lebih cerah kerana mendapat tenaga elektrik yang lebih banyak.

16. Jadual di bawah menunjukkan perubahan panjang bayang-bayangdari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Nyatakan inferens tentang perubahan panjang bayang-bayang.Inferens salah:Panjang bayang-bayang berubah kerana masa bertambah

Inferens betulPanjang bayang-bayang berubah kerana bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur.

17. Jadual menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas pemanasan air dilakukan.

Nyatakan inferens tentang perubahan suhu air.Inferens salah:Suhu air bertambah kerana masa bertambah

Inferens betulSuhu air bertambah kerana air menerima haba(water gains heat)

18. Selepas mencuci tiga helai kain yang sama Mak Timah menjemurnya dalam tiga keadaan seperti dalam Rajah 2. Mak Timah mendapati kain A paling cepat kering manakala kain B paling lambat kering

Inferens salah:Kain A cepat kering kerana luas permukaan terdedah lebih besar.

Inferens betulKain A cepat kering kerana kadar penyejatannya lebih cepat berbanding yang lain.

19. Rajah menunjukkan dua buah model jambatan yang dibina untuk menguji kekuatannya. Keputusan mendapati bahawa model Q dapat menampung beban yang lebih berbanding model P.

Inferens salah:Model Q dapat menampung beban yang lebih berbanding model P kerana kad manila digulung

Inferens betulModel Q dapat menampung beban yang lebih berbanding model P kerana model Q lebih kuat berbanding model P.

20. Rajah di bawah menunjukkan 3 sistem takal P, Q dan R. Bilangan pemberat yang boleh diangkat oleh setiap sistem takal direkodkan.

Inferens salah:Takal R dapat menarik lebih beban kerana menggunakan 3 takal.

Inferens betulTakal R dapat menarik lebih beban kerana kurang daya diperlukan untuk mengangkat beban.GURU CEMERLANG SAINS | MOHAMAD SAFUAN BIN ROZAK11