KataGantiNama
description
Transcript of KataGantiNama
Kata Ganti nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri,
Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. 2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a) Kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga) (b)kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu. Gantinama Diri Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang
bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk
jamak.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan
biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan
seseorang yang baru dikenal atau dalam
suasana rasmi
hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman
dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap
dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila
bertitah kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata
serta temannya apabila bercakap dengan
orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan
menyertakan diri orang kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang
Kata ganti nama Diri Kedua Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak
seperti berikut :
Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila
tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita
engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan
dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak
bercakap
kamu (tunggal dan jamak) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua 1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua adalah murid yang baik 3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti. 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati,
misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti
orang biasa dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga. 1. Dia pegawai pendiaikan 2. Mereka itu orang India. 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 6. Dia menolong bapanya. 7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara. 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata
pengacara itu. 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi. 10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-
pengikutnya. Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama ( Orang yang bercakap )
aku saya patik hamba
kami kita
Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap )
awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan
awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan
puan anda tuanku
anda semua kalian
Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya)
dia ia nya beliau baginda
mereka
Kata Ganti Tanya 1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal. 3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah bagaimanaka
h kenapakah mengapakah
berapakah
Kata
Ganti
Nama
Penggunaannya
apa digunakan untuk
menanyakan nama
benda atau
bilangan
siapa digunakan untuk
menanyakan orang
atau nama orang
mana digunakan untuk
menanyakan orang,
binatang, benda,
dan tempat
Contoh ayat 1. Bilakah engkau pergi ke bandar ? 2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ? 3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ? 4. Nama pokok itu apa ? 5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat 1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. 2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat Penggunaannya
sana digunakan untuk tempat yang dianggap
jauh
sini digunakan untuk tempat yang dekat
dengan orang yang bercakap
situ digunakan untuk tempat yang agak jauh,
tetapi tidak sejauh sana
Benda, orang, Binatang ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir
/ dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang
dianggap jauh) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak
begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian
contoh ayat 1. Ini langsat. 2. Itu kucing. 3. Pokok itu rendah sahaja. 4. Kereta Proton Wira ini cantik. Kata Ganti Umum / Tak Tentu Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa. Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Kata Ganti Nama Penunjuk Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk 2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai: (a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya: i. Ini komputer. ii. Itu rumah Sally. (b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya: i. Kotak ini berat. ii. Saya belajar di sekolah itu. Kata Ganti tak tentu. 1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu 2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh
apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya 2. Azman tidak berkata apa-apa setelah
dimarahi gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu. 2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan
pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini
sahaja. 2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu sapa-sapa mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya digunakan untuk benda atau hal yang tidak
tentu digunakan untuk tempat atau benda yang tidak
tentu digunakan untuk menggantikan orang yang
tidak tentu